Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore TEKS UCAPAN TN HJ AMIZAN

TEKS UCAPAN TN HJ AMIZAN

Published by shan.aqua93, 2021-04-07 15:00:38

Description: TEKS UCAPAN TN HJ AMIZAN

Search

Read the Text Version

SK pasir gudang 4 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Terima Kasih Saudara Pengacara Majlis, 1. Yang Berusaha Cikgu Norliza binti Hashim, Guru Besar SK Pasir Gudang 4 Yang dihormati, 2. Tuan Haji Kuswandi binTayen, Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang 3. Encik Mohd Jefferin bin Saat, Timbalan PPD Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang 4. Encik Anuar bin Jaafar, Penolong Pengarah Menengah dan Tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 5. Puan Zaida Khalida binti Shaari, CEO Yayasan Amir 6. Puan Azlina binti Shahrom, Head Programme Management,Yayasan Amir 7. Encik Conrad Roy Fernandez, Executive Director Corporate LeapEd Services 9. Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor 10. Pegawai-pegawai Yayasan Amir dan LeapEd Services 11. Pegawai –pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang 12. Mantan SLT dan MLT SK Pasir Gudang 4 13. Warga SK Pasir Gudang 4 2

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, 1. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersama-sama berkumpul dalam Majlis Apresiasi Tamat Tempoh Matang Intervensi Program Sekolah Amanah(TTMIP) pada tengah hari ini. Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 yang telah berjaya mengadakan majlis apresiasi yang buat julung kalinya di negeri Johor. 2. Justeru, majlis ini merupakan suatu penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Sekolah Amanah yang telah bermula pada tahun 2015 sehingga memperoleh Sijil Tamat Tempoh Matang Intervensi Program Sekolah Amanah (TTMIP) pada 29 September 2020 . Saya amat berharap dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh sekolah-sekolah yang berjaya menerima Sijil Tamat Tempoh Matang Program Sekolah Amanah ini akan dapat menjadi contoh dan pemangkin kepada Sekolah-sekolah Amanah yang lain. Ternyata program Sekolah Amanah ini memberi impak yang besar terutama kepada para pelajar dan ibu bapa kerana dapat menikmati faedah daripada persaingan yang sihat antara “providers of services” Sekolah Amanah ini. 3

Hadirin yang dihormati sekalian, 3. Program Sekolah Amanah yang pada masa ini melibatkan 18 buah sekolah di negeri Johor iaitu 13 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah dengan menggunakan pendekatan “whole school improvement” sebagai strategi perubahan pendidikan. Program Sekolah Amanah hari ini mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Ia adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna. Bagi mewujudkan senario ini, sekolah memerlukan kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan, guru yang kompeten dan mempunyai aspirasi tinggi, dan komitmen ibu bapa dan komuniti yang padu. Semua pihak perlu bersatu hati dan berganding bahu dalam merealisasikan misi dan visi program Sekolah Amanah ini. 4. Tambahan pula, sebarang perubahan dalam pendidikan tidak boleh dilihat hanya dalam perspektif persekitaran organisasi yang telibat sahaja. Sekolah hanya boleh menjadi lebih baik sekiranya seluruh pihak yang terlibat untuk membantu sekolah menjadi lebih baik. Hal ini kerana jaringan pentadbiran antara sekolah primer dengan sekolah yang kurang berkemampuan serta merangsang guru untuk lebih berinovatif yang membawa perubahan dan penambahbaikan. Pendidikan di Malaysia mestilah boleh menjadi pencetus kreativiti dan penjana inovasi generasi 4

muda. Kerajaan mahukan supaya sistem pendidikan kita mampu melengkapkan setiap murid dengan kemahiran baharu yang diperlukan untuk merebut peluang di peringkat serantau dan juga global. Sistem pembelajaran dalam pendidikan abad ke-21 amat menuntut penglibatan pelbagai pihak di luar lingkungan sekolah tanpa mengetepikan atau mengurangkan peranan sekolah dan guru. 5. Sehubungan itu, saya amat berharap agar pihak pentadbir dan warga sekolah dapat mengekalkan budaya Sekolah Amanah ini demi kemenjadian murid. Penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pendidikan perlu dikekalkan untuk menjayakan pembangunan pendidikan di Malaysia memandangkan mereka semua merupakan pelengkap, pengukuh dan pencepat (accelerator) kepada kemajuan pendidikan sesebuah negara. Saya amat berbangga akan pencapaian murid-murid di Sekolah Amanah yang telah berjaya melahirkan murid- murid yang berani dan berkeyakinan tinggi. Jelas terbukti kemenjadian murid-murid hasil daripada program Sekolah Amanah yang telah dilaksanakan. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga pendidik yang telah begitu komited dalam melaksanakan semua program yang telah dirancang. 5

6. Saya juga berharap agar kerjasama daripada semua pihak dapat diteruskan dan dijadikan panduan ke arah pendidikan yang lebih berkualiti serta penjanaan generasi yang lebih mantap demi pembangunan pendidikan negara. Hakikatnya, semua pihak baik kerajaan, mahupun pihak swasta atau masyarakat semuanya mempunyai peranan dalam menjayakan program Sekolah Amanah di sesebuah sekolah. Kerajaan bukan sahaja menjalankan pendidikan, tetapi wajib juga tidak memonopoli, malahan membuka ruang agar pihak-pihak lain juga boleh membantu dalam menjalankan pendidikan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 7. Sebagai penutup, sekali lagi, saya ingin mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam membentuk kerjasama awam-swasta yang wujud ini iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak Yayasan AMIR serta rakan-rakan penaja serta seluruh warga SK Pasir Gudang 4. 8. Saya juga berharap program hari ini yang merangkumi warga SK Pasir Gudang 4, pegawai JPN, PPD dan wakil-wakil penaja dari Yayasan Amir dan LeapEd Services merupakan salah satu wadah bagi menggembeling idea dan tenaga pelbagai pihak berkepentingan untuk memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara. 6

9. Saya pasti semua yang hadir ke majlis pada hari ini mempunyai idea dan pengalaman yang baik untuk dikongsi bersama-sama. Harapan saya agar semua warga pendidik terus menjadi penyuluh dan suri teladan dalam memartabatkan tradisi keilmuan dan membentuk kesempurnaan akhlak generasi muda akan datang. Melalui model seperti Sekolah Amanah ini juga mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi Malaysia yang berdaya saing di peringkat global. Saya, dengan lafaz Bismilahirrahmanirahim dan penuh rasa besar hati merasmikan Majlis Apresiasi Tamat Tempoh Matang Intervensi Program Sekolah Amanah (TTMIP) Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. 7

8


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook