SENARAI AHLI KUMPULAN : SHASHA RAISYIKIN BINTI 25DET21F1005 MOHD ROSNI 25DET21F1011 25DET21F1021 NUR FARISHA YASMIN BINTI 25DET21F1027 ZULKEPLI AZNI MAISARAH BINTI ZAKARIAH HAWA AMANI SOFFIA BINTI MOHD HAIROL
ISI KANDUNGAN : TAJUK MUKA SURAT M/S OBJEKTIF 4 PENGENALAN 5 KONSEP PERLEMBAGAAN 6-8 PINDAAN PERLEMBAGAAN 9 SEJARAH PENGGUBALAN UNSUR-UNSUR TRADISI 10-14 KESIMPULAN 15-20 21
OBJEKTIF • Menjelaskan toleransi yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan Malaysia. • Menjelaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. • Memberi kefahaman mengenai kerasionalan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. • Menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam masyarakat tentang unsur-unsur tradisi.
PENGENALAN Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara & setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu insititusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada bagi pihak kerajaan ataurakyat atau sesiapa sahaja. Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dan bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada bukan Melayu seperti perkara di bawah: • Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan. • Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain dibenarkan. • Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan.
KONSEP PERLEMBAGAAN DEFINISI: ▪ Perlembagaan ialah mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. ▪ Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan. JENIS PERLEMBAGAAN: Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu; ▪ Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. ▪ Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.
Perlembagaan Malaysia adalah; • Bertulis. • Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual. • Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif. • Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya. TUJUAN PERLEMBAGAAN • Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. • Sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. • Sebagai satu panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja .
KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN • Di Malaysia, tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. • Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. • Contohnya; - Kuasa perundangan hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. - Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan - Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia setakat mana ia bercanggah.
PINDAAN PERLEMBAGAAN ➢ Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meluputi perkara- perkara yang tidak disebut dalam perkara lain. ➢ Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara boleh dipinda, perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa bumiputera, imegresen. ➢ Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.
SEJARAH PENGGUBALAN • Penentangan terhadap penjajah dipelopori oleh orang Melayu • Antara perjuangan berdarah menentang penjajah i. Penentangan terhadap penjajahan Siam di Zaman Melaka. ii. Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka. iii. Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka. iv. Penentangan terhadap penjajahan Inggeris di Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu. v. Penentangan terhadap penjajahan Jepun. • Begitu juga perjuangan orang Melayu menentang penjajahan digerakkan melalui semangat kebangsaan. • Menjelang abad ke 20 munculnya intelek-intelek Melayu yang sedar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan bukan sahaja melalui senjata tetapi juga melalui perundingan.
• Antaranya seperti Syed Syeikh al-Hadi, Rahim Kajai, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Mohamad Eunos dan ramai lagi telah bangkit menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan. • Selain itu, lahirnya pertubuhan-pertubuhan (Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Selangor) • Dalam masa yang sama, media massa (Al-Imam, Majlis, Utusan Melayu, Saudara) digunakan sebagai medium untuk menentang penjajah. • Dalam tempoh penyerahan Jepun dan kedatangan semula British ke Tanah Melayu pula, telah berlaku kekacauan dan huru-hara yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya selama 14 hari. • Pada masa ini, berlaku pergaduhan yang melibatkan orang Melayu dan Parti Komunis Malaya yang majoritinya adalah orang Cina. • Akibatnya Inggeris telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration – BMA) dan seterusnya digantikan dengan Malayan Union.
• Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan dari Raja-Raja Melayu. Berikut sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan: - Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri- negeri seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yang besar dan sistem pentadbirannyaa adalah terpisah. - British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu. - Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah negara sendiri.
• Manakala ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan ialah: - Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor pula, dalam menjalankan kuasanya akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan. - Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan. - Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. - Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah menetap selama 10 tahun. Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.
• Tentangan orang Melayu kerana: - Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu. - Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris. - Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara. - Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. - Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.
Unsur-Unsur Tradisi • Difokuskan kepada tiga • Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. • Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. • Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
• Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan. • Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk: • Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri. • Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat. • Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
• Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu: • Perkara 11 (4) : Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa- apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam’.
• Perkara 12 (2): ‘...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud berkenaan’. Perkara 121 (A) ‘ Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa- apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah’.
• Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain. • Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya
• Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu itu ditakrifkan sebagai: • Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu. • Menganut agama Islam. • Mengamalkan adat istiadat Melayu.
KESIMPULAN • Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu • dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin.
Search
Read the Text Version
- 1 - 21
Pages: