GARIS PANDUAN \"AL-KHEIR\" Etika Pelancongan mengikut Prinsip Islam FAUNA BEACH CHALET
ISI KANDUNGAN BIL ISI MUKA SURAT 1 1 Kata Kata Aluan 2 2 2 Tujuan 3 3 Latar Belakang 3 4 Visi 3 5 Misi 4 6 Objektif 5 7 Panduan dan Peraturan Di Chalet 6-9 8 Keperluan dan Kemudahan 9 Aktiviti- Aktiviti dan Peraturan 10-12 10 Senarai Bilik dan Harga 13 11 Penutup
KATA-KATA ALUAN Assamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah saya panjatkan rasa syukur kepada hadrat Allah S.W.T kerana memberikan keizininan untuk menggunakan Garis Panduan Al-Kheir untuk Fauna Beach Chalet yang harap dapat digunakan sebagai rujukan dalam aspek pelancongan Fauna Beach Resort khususnya pada pihak pelancong yang datang ke destinasi percutian tersebut. Pelancongan yang menitikberatkan soal keagaamaan menjadi produk pelancongan yang unik dan selamat untuk dikunjungi pelancong terutamanya pelancong yang beragama Islam dan menjadi sumber ekonomi kepada penduduk setempat. Idea yang tercetus ini dapat memberikan nama baik kepada Malaysia kerana mengamalkan konsep Islam dalam aspek pelancongan. Selain itu, ia juga dapat membantu dalam mempromosikan destinasi percutian ini dengan lebih luas. Saya berpandangan penerbitan Garis Panduan Al-Kheir untuk Fauna Beach Chalet ini sangat bertepatan dengan kehendak dan tuntutan semasa supaya pelaksanaan konsep pelancongan ini tidak disalahertikan dan tidak tergelincir dari landasan syarak. Menyedari pentingnya Garis Panduan Al- Kheir ini dapat memelihara nama baik Fauna Beach Chalet dan mengelakkan perkara yang haram dari berlaku. Dengan adanya Garis Panduan Al-Kheir untuk Fauna Beach Chalet juga diharapkan dapat memberi penjelasan kepada pelancong-pelancong yang datang bercuti terutamanya bagi pelancong yang bukan Islam berkenaan dengan peraturan ketika bercuti di destinasi percutian tersebut. Akhir kata, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menerbitkan Garis Panduan Al-Kheir untuk Fauna Beach Chalet ini. Saya mendoakan semoga usaha yang diberikan untuk menjayakan Garis Panduan Al-Kheir untuk Fauna Beach Chalet ini mendapat keredhaan Allah S.W.T dan dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Sekian, Muhammad Roslam B. Talib PENGURUS FAUNA BEACH CHALET
TUJUAN Buku garis Panduan Al-Kheir ini diterbitkan khas kepada para pelancong di Fauna Beach Chalet untuk memberitahu etika perlancongan berasaskan prinsip islam. Hal ini supaya perlancongan islam dapat diperluaskan. LATAR BELAKANG Pemilik Fauna Beach Chalet ialah Encik Muhammad Roslam B. Talib. Beliau menubuhkan chalet ini di No. 176, Pantai Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar, 22300 Besut, Terengganu. Fauna Beach Chalet telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan diusahakan sehingga kini. Chalet ini mempunyai permandangan yang cantik dan indah untuk dinikmati oleh para pelancong yang datang. Bagi yang mahu menginap disini boleh menghubungi talian Encik Roslam iaitu 019-9668623 atau boleh menghantar ke e-mel di faunabeachchalet@yahoo.com.
VISI Bekerjasama menjadikan Fauna Beach Chalet sebagai Chalet 5 Bintang yang terunggul di Malaysia selaras dengan pematuhan Prinsip Prinsip Islam. MISI Menjadikan Fauna Beach Chalet sebagai Chalet terkemuka dengan perkhidmatan konsisten, terbaik dan pengurusan sumber manusia yang cemerlang untuk kepuasan pelanggan dalam mencapai keuntungan yang maksima. OBJEKTIF Objektif garis panduan ini disediakan untuk: Menyediakan garis panduan pelancongan yang menghormati prinsip agama. Menawarkan kepelbagaian produk kepada pelancong. Mempromosikan Fauna Beach Chalet sebagai pelancongan keluarga.
PANDUAN DAN PERATURAN PELANCONGAN DI CHALET • Tatacara sambutan Petugas-petugas yang menyambut tetamu haruslah memakai pakaian rasmi Fauna Beach Chalet dan menyambut ketibaan pelancong dengan senyuman dan layanan yang mesra. • Etika berpakaian Pelancong mestilah sentiasa menjaga aurat dan sopan ketika berada di Fauna Beach Chalet. Pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan agar tidak menimbulkan perasaan seseorang untuk melakukan maksiat. • Etika pengasingan peralatan makanan dan minuman Pihak Fauna Beach Chalet haruslah mengasingkan pinggan mangkuk yang khas untuk yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam supaya tidak bercampur dan tidak timbul perasaan ragu-ragu untuk yang beragama Islam memakainya. • Etika pelakuan Para pelancong hendak sentiasa mematuhi peraturan yang disediakan oleh Fauna Beach Chalet. Sepeti tidak merokok di tempat awam, tidak berpelukan dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai, membuang sampah merata-rata dan tidak membawa haiwan peliharaan masuk ke Fauna Beach Chalet. • Pengharaman penjualan arak Pihak Fauna Beach Chalet mestilah melarang pelancong membawa minuman beralkohol dan mengharamkan minuman beralkohol dijual kepada pelanggan yang beragama Islam dan tidak membenarkan yang bukan beragama Islam membeli. • Etika berada di dalam bilik Setiap bilik yang disediakan mestilah mempunyai had maksimum untuk bermalam di Fauna Beach Chalet. Pelancong yang bermalam di Fauna Beach Chalet haruslah tidak mengubah kedudukan asal perabot yang telah disediakan dan meletakkan kembali peralatan yang sudah digunakan agar memudahkan pekerja mengemas kembali untuk pelanggan seterusnya.
KEPERLUAN DAN KEMUDAHAN • Kaunter Penerangan Kaunter penerangan disediakan di tempat yang strategic dan persekitaran yang kondusif termasuk menyediakan buku rekod pelawat, boring boring yang berkaitan dan juga peti cadangan/aduan. • Kemudahan Alatan Menyediakan alatan untuk para pelancong untuk melakukan aktiviti snorkeling dan scuba diving seperti google, jaket keselamatan, Godive Fin Full Heel dan scuba tank. • Ruang Solat Menyediakan surau untuk para pelancong melakukan solat berjemaah. Selain itu menyediakan sejadah dan telekung bagi memudahkan para pelancong untuk menunaikan solat. • Kemudahan untuk Pelancong Menyediakan keperluan bagi kemudahan pelancong seperti jeti, tempat letak kenderaan, papan tanda, kiosk jualan cenderamata dan ruang untuk pelancong bergambar. • Ruang Santai Menyediakan ruang santai seperti meja dan kerusi di tepi pantai bagi pelancongan menikmati suasana pantai dan melihat matahari terbenam. • Ruang Makan Menyediakan ruang makan yang terbuka dan berasaskan buffet. Pelancong boleh menikmati makanan sambil ditemani angin dan bunyian ombak di pantai. • Speedboat Menyediakan speedboat untuk mengambil pelancong dari jeti Kuala Besut ke Jeti Fauna Beach Chalet. Speedboat juga digunakan untuk membawa pelancong ke destinasi snorkeling dan mengelilingi Pulau Perhentian.
AKTIVITI-AKTIVITI DAN PERATURAN 1. ATV Kenderaan yang menggunakan tayar tekanan rendah yang dikenali sebagai kenderaan utiliti ringan yang dipandu di jalan yang tidak rata seperti laluan bukit. Aktiviti memandu ATV ini merupakan aktiviti lasak yang dilakukan oleh pelancong yang menyukai cabaran. PERATURAN Memakai pakaian keselamatan yang lengkap seperti sarung tangan, helmet berkualiti tinggi, pelindung mata, pelindung dada, memakai pakaian dan berseluar panjang dan pelindung siku bagi mengelakkan kecederaan serius pada anggota badan. Pelancong hendaklah mengikuti landasan ATV yang telah disediakan oleh Fauna Beach Resort dan mengikuti setiap arahan yang diberikan oleh pekerja yang mengiringi mereka. 2. SNORKELING Aktiviti snorkeling adalah kegiatan rekreasi air yang popular di Fauna Beach Resort. Penyelam boleh mengamati beraneka ragam flora dan fauna bawah laut, seperti terumbu karang, ikan, kerang, bintang laut, rumpai laut, obur-obur, udang, dan penyu. PERATURAN Pelancong perlu memakai peralatan snorkel iaitu peralatan selam berupa tiub berbentuk huruf J dengan pelindung mulut di bahagian hujung sebelah bawah sebagai saluran masuk udara. mengganggu hidupan laut seperti merosakkan batu karang atau menyentuh makhluk laut hendaklah dielakkan. Pembuangan sampah terutamanya plastik ke dalam laut juga hendaklah dielakkan semasa melakukan aktiviti tersebut.
3. BOLA TAMPAR Fauna Beach Resort turut menyediakan aktiviti dan kawasan untuk bermain bola tampar. Bola tampar ialah sejenis sukan yang dimainkan oleh dua pasukan di atas gelanggar berpasir dibahagikan jaring. Sukan ini bertujuansama seperti sukan induknya bola tampar iaitu menghantar bola melepasi jaring ke sisi lawan serta menghalang perkara yang sama berlaku pada sisi pasukan sendiri. PERATURAN Menggunakan peralatan dengan berhemah dan tidak melakukan kerosakkan pada peralatan tersebut. Memulangkan semula perlatan bola tampar setelah selesai menggunakannya kepada pihak Fauna Beach Resort. 4. FIRE SHOW Persembahan Fire Show merupakan salah satu hiburan yang menggunakan api untuk menarik pandangan setiap pelancong pada waktu malam. Persembahan Fire Show ini dilakukan oleh sekumpulan penghibur yang professional dan berpengalaman. PERATURAN Para pelancong hendaklah sentiasa menjaga jarak antara penghibur yang melakukan aksi Fire Show bagi mengelakkan kecederaan dan tidak menganggu pergerakan penghibur. Dilarang membawa cecair yang boleh menyebarkan api seperti petrol semasa menonton Fire Show. 5. BBQ BBQ merujuk kepada kaedah dan juga alat untuk memasak daging dengan mempergunakan haba dan asap daripada kayu bakar atau arang bara ataupun daripada gril gas propana. Bagi pelancong yang ingin melakukan aktiviti BBQ, Fauna Beach Chalet turut menyediakan kemudahan perlatan memasak kepada pelancong seperti tempat memanggang, pinggan,arang dan sebagainya. PERATURAN Setiap kelengkapan kemudahan memasak yang diberikan kepada pelancong hendaklah digunakan dengan berhemah dan tidak merosakkan atau menghilangkan perlatan tersebut. Setelah selesai menggunakan peralatan tersebut hendaklah dibersihkan dan diserahkan semula pada Fauna Beach Resort. Kawasan yang dijadikan lokasi memasak BBQ hendaklah dibersihkan dan tidak meninggalkan sebarang sampah di lokasi tersebut.
6. Banana boat Banana boat adalah bot rekreasi yang kembung yang ditarik menggunakan bot. Kebiasaannya penampung tiga hingga sepuluh orang yang duduk di atas tiub yang lebih besar dan berehat kaki mereka pada dua tiub sisi yang menstabilkan bot. Bentuk fizikal banana boat ini berbentuk pisang dan berwarna kuning. Sepanjang perjalanan, bot yang bekuasa tinggi akan menarik bot pisang tersebut dan akan cuba untuk menterbalikkan banana boat dengan membuat selekoh tajam. PERATURAN Penunggang hendaklah memakai jaket keselamatan semasa menunggang banana boat. Kapasiti untuk menunggang banana boat hendaklah tidak melebihi 10 orang. Sentiasa peka terhadap nasihat yang diberikan oleh penjaga keselamatan bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku. 7. Parachute Parachute ialah satu aktiviti riadah yang dimana seseorang itu ditarik oleh sesuatu kenderaan (kebiasaannya bot) di mana bersertakan dengan payung terjun yang telah direka khas untuk melakukan aktiviti tersebut. Bot akan menarik orang yang berkelengkapan payung terjun naik ke udara. Selalunya bot membuat pusingan laluannya lebih kurang 4 hingga 5 minit. PERATURAN Pelancong yang ingin melakukan aktiviti tersebut perlu memakai jaket kesalamatan dan kelengakapan untuk dipakai bersama payung terjun. Perlu mendengar dan patuh arahan yang diberikan sebelum melakukan aktiviti parachute. 8. Berbasikal Berbasikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka Basikal juga digunakan untuk tujuan rekreasi untuk mengambil udara segar dan juga dapat membantu menghilankan stress pada diri. PERATURAN Memakai topi keledar dan pelindung siku semasa melakukan aktiviti berbasikal bagi mengelakkan kecederaan yang parah. Tidak melakukan kerosakkan pada basikal yang dinaiki.
9. SCUBA DIVING Scuba diving ialah aktiviti menyelam ke dasar laut di mana penyelam menggunakan peralatan pernafasan sebagai bekalan udara di dalat laut. PERATURAN Aktiviti scuba diving hanya diberikan keizinan kepada mereka yang mempunyai lesen untuk scuba diving sahaja. Peserta perlu memakai perlatan pernafasan semasa melakukan aktiviti. Mendengar dan patuh arahan staf yang mengiringi mereka. Tidak menganggu dan merosakkan hidupan laut. 10. WATER BLOB Water blob adalah aktiviti air di mana peserta duduk di hujung beg udara yang sebahagiannya melambung (dikenali sebagai trampolin air atau blob) dan dilancarkan ke dalam air apabila peserta lain melompat ke beg udara dari platform di seberang. Ketinggian beg udara adalah kira-kira 10 meter (33 kaki) panjang dengan lebar 2 meter (6.6 kaki). Ketinggian yang disyorkan untuk menara pula adalah 15 kaki di atas permukaan air, atau 10 kaki di atas beg udara. PERATURAN Memakai jaket keselamatan semasa melakukan aktiviti. Individu yang berumur kurang dari 12 tahun yang tidak mempunyai kemahiran berenang hanya dibolehkan melakukan aktiviti ini dengan kehadiran penjaga atau ibubapa sahaja. Aktiviti ini hanya boleh dilakukan pada waktu siang sahaja dan tidak dibenarkan dilakukan pada waktu malam dan pada cuaca ribut atau hujan.
SENARAI BILIK DAN HARGA JENIS BILIK HARGA (1 MALAM) BILANGAN BILIK DEWASA Family Deluxe Air Cond RM 205 2 Double Bed 4 Family Deluxe Fan RM 130 3 1 Double and 1 Single Bed Standard Garden RM 175 1 Double and 1 Single 3 Air cond RM 85 Bed 2 RM 185 2 Standard Garden Fan 1 Double Bed Standard Sea View 1 Double Bed Air Cond Standard Sea View Fan RM 95 1 Double Bed 2 Bungalow Fan Sea View RM 100 1 Double Bed 2 3 Hari 2 Malam Pakej Perhentian Snorkeling Standard Fan (Twin): RM 340 Bungalow Fan (Twin): RM 360 Standard A/C (Twin): RM 430 (Triple): RM 380 Family Deluxe Fan (Twin): RM385 (Triple): RM350 Family Deluxe A/C (Twin): RM460 (Triple): RM400 (Quad): RM370 Pakej termasuk: Penginapan 2 Malam, 2 Sarapan 2 Makan Tengahari 1 Makan Malam dan 1 BBQ Pengangkutan bot pergi balik dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian 2 x snorkeling perjalanan dengan peralatan
SENARAI BILIK DAN HARGA 3 Hari 2 Malam Pakej Perhentian + Susu Dara + Rawa Snorkeling Standard Fan (Twin): RM 360 Bungalow Fan (Twin): RM 380 Standard A/C (Twin): RM 450 (Triple): RM 400 Family Deluxe Fan (Twin): RM410 (Triple): RM370 Family Deluxe A/C (Twin): RM480 (Triple): RM420 (Quad): RM390 Pakej termasuk: Penginapan 2 Malam, 2 Sarapan 2 Makan Tengahari 1 Makan Malam dan 1 BBQ Pengangkutan bot pergi balik dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian 2 x snorkeling perjalanan dengan peralatan
SENARAI BILIK DAN HARGA 3 Hari 2 Malam Pakej Perhentian + Redang + Lang Tengah Snorkeling Standard Fan (Twin): RM 450 Bungalow Fan (Twin): RM 470 Standard A/C (Twin): RM 540 (Triple): RM 490 Family Deluxe Fan (Twin): RM500 (Triple): RM460 Family Deluxe A/C (Twin): RM570 (Triple): RM510 (Quad): RM480 Pakej termasuk: Penginapan 2 Malam, 2 Sarapan 2 Makan Tengahari 1 Makan Malam dan 1 BBQ Pengangkutan bot pergi balik dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian 2 x snorkeling perjalanan dengan peralatan
PENUTUP Buku garis panduan Al-Kheir ini dapat dijadikan panduan kepada para pelancong dan Fauna Beach Chalet dalam melakukan pelbagai aktiviti ketika bercuti di Fauna Beach Chalet.
Search
Read the Text Version
- 1 - 18
Pages: