Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Stim Flower

Stim Flower

Published by norafidahnoralidin, 2019-03-14 09:06:07

Description: Stim Flower

Search

Read the Text Version

BUKU MANUAL KAEDAH PENANAMAN STEAM FLOWER

Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi bagi tingkatan Satu mengandungi topik tanaman hiasan memberi kemahiran kepada murid teknik pembiakan keratan batang. Pembiakan keratan batang melibatkan tiga jenis keratan iaitu keratan kayu keras, keratan kayu sederhana dan keratan kayu lembut. Walau bagaimanapun kaedah penanaman keratin kayu lembut peluang untuk tumbuh sangat tipis disebabkan oleh bahagian keratan ini mempunyai ciri-ciri muda mudah patah, lembut dan tidak matang menyebabkannya sukar untuk tumbuh. Inovasi ini membantu pembiakan keratan kayu lembut tersebut boleh tumbuh dengan baik kerana keratan tersebut di tutup dengan botol terpakai membolehkan pucuk yang dibiakkan ini dilindungi daripada keadaan persekitaran seperti cuaca panas, hujan dan angin. Steam yang terhasil di dalam botol semasa proses ini membantu tumbuhan ini sentiasa dalam keadaan lembah kerana apabila Steam yang terhasil terlalui ianya melekat di persekitaran botol dan bertukar dalam bentuk cecari dan mengalir ke dalam medium penanaman.

MANUAL PENGGUNAAN KAEDAH PENANAMAN STEAM FLOWER Kandungan 01. Pengenalan 2 02. Objektif 2 03. Alat dan bahan 2 04. Proses Penanaman 4 05. Pelaksanaan 1

Pengenalan Inovasi Steam Flower merupakan satu kaedah penanaman baru dan tambahan kepada kaedah penanaman tanaman hiasan teknik pembiakan keratan batang yang terdapat di dalam Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan Satu. Kaedah ini telah dilaksanakan secara berterusan dan bermula dengan penanaman secara persedirian hasil daripada minat dan keinginan memiliki spesis bunga kertas yang cantik, menarik dan memukau mata memandang. Kaedah penanaman Steam Flower ini juga telah diperluaskan kepada pengusaha bunga secara kecl-kecilan. Oleh kerana sepsis bunga kertas ini sangat tinggi nilainya terutama sepsis import maka timbul kaedah steam flower untuk membolehkan memperoleh sepsis ini dengan hanya membeli pucuk bunga tersebut yang boleh dikategorikan sebagai keratan batang kayu lembut. Kaedah ini telah dilaksankan di beberapa buah sekolah, antaranya prasekolah IPGK Gaya, Sk Kolombong, SM St Micheal dan pelatih IPGK gaya, Kota Kinabalu, Sabah. 1.Cara pelaksanaan Steam Flower ; Objektif Inovasi; 1.1 Memperbanyakkan anak pokok bunga kertas. 1.2 Menghasilkan bibit bunga kertas dengan cepat. 1.3 Menambahkan kaedah pembiakan 2. Alatan Dan Bahan 1. Sudip tangan 2

2. Bekas penanaman (pasu) 3. Botol terpakai 4. Pucuk bunga kertas 5. Air 6. Medium penanaman 3

Proses Penanaman Langkah-langkah penanaman Steam Flower (i) Sediakan medium semaian campuran tanah loam, organik dan pasir dengan nisbah 3:2:1. (ii) Sediakan keratan kayu lembut (pucuk) bunga kertas. (iii) Pasu diisi dengan campuran tanah loam dan dibasahkan dengan air 4

(iv) Tanam keratan kayu lembut bunga kertas ke dalam pasu berisi campuran tanah loam campuran tanah loam 5

(v) Pucuk bunga kertas yang baru ditanam ditutup dengan botol (vi) Tulis tarikh pada pelekat di badan botol 6

(vii) Tanggalkan penutup botol setelah tempoh sebulan pucuk di tanam. Biarkan 2 minggu (viii) Selepas 2 minggu botol yang digunakan untuk menutup pucuk tanaman bunga kertas di buka dan biarkan tanaman tadi terdedah pada persekitaran selama 2 minggu sebelum di pindahkan ke pasu yang lebih besar. ……….. SEKIAN ……. 7


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook