Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Konsep, Peranan dan Sumbangan Sastera Kanak-kanak

Konsep, Peranan dan Sumbangan Sastera Kanak-kanak

Published by pju18_d605, 2020-08-31 20:28:27

Description: Konsep, Peranan dan Sumbangan Sastera Kanak-kanak

Search

Read the Text Version

KONSEP, PERANAN DAN SUMBANGAN SASTERA KANAK-KANAK DALAM PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU KUMPULAN 1: SITI NUR SHAFIKA BINTI MD FAKHARUZI NUR HASYA ATHIRAH BINTI AHMAD FAIRUS IDAYU NATASHA BINTI MAHADZIR

KONSEP SASTERA KANAK- KANAK BERDASARKAN TOKOH

• Menurut Hadijah Rahmat (2006), sastera awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku atau bahan bacaan dan cerita. Hubungan tersebut boleh dalam bentuk mendengar, bertutur, membaca dan menulis. • Md. Sidin Ahmad Ishak (2005) menyatakan bahawa sastera kanak-kanak mempunyai tafsiran yang agak luas dan umum. Karya puisi, novel, drama, segala bentuk penerbitan dan penulisan yang memberikan manfaat kepada kanak-kanak adalah merupakan sastera kanak-kanak. • Sastera kanak-kanak adalah karya sastera yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur dan mampu menimbulkan keseronokan kepada mereka untuk membaca dan menghayati cerita-cerita dalam buku tersebut (Ani Omar, 2012).

PERANAN SASTERA KANAK-KANAK DALAM PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU

Bahasa dan Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Komunikasi • Dalam hal ini, aspek seni bahasa yang juga merupakan salah satu elemen dalam komponen sastera memberi fokus terhadap sastera dalam bentuk nyanyian, cerita, lakonan dan puisi. Ini boleh dilakukan melalui pembacaan secara mekanis kepada kanak- kanak di bilik darjah. Melalui aktiviti bacaan tersebut, kanak-kanak akan berpeluang mendengar sebutan yang betul, menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan, dan menceritakan semula cerita atau menulis, atau melukis cerita yang telah didengar atau yang telah dibaca oleh mereka (Khairuddin Mohamad dan Adenan Ayob, 2013) Sosial Perkembangan Sosial • Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Pada zaman ini kehidupan menjadi bertambah kompleks dan ini mengakibatkan kanak-kanak turut menerima sedikit sebanyak tekanan. Kanak- kanak memerlukan contoh bersosialisasi yang baik, dan mempelajari bagaimana untuk bersosialisasi dengan baik di dalam masyarakat.

Personaliti Perkembangan Personaliti • Noriati A. Rashid et al .(2013) menyatakan bahawa objektif perkembangan sosioemosi Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk membolehkan kanak-kanak membina kemahiran emosi untuk memahami diri dan orang lain. Adalah diharapkan kanak-kanak akan mengamalkan tingkah laku yang baik dan mempunyai konsep kendiri yang positif serta membina kemahiran sosial dalam kehidupan bermasyarakat. Kerohanian Perkembangan Kerohanian dan dan Moral Moral • Kanak-kanak akan dapat pengajaran mengenai sebab dan akibat sesuatu perlakuan menerusi pembacaan . Buku-buku yang banyak mengambarkan perlakuan prososial ini bolehlah dijadikan panduan oleh kanak-kanak yang sememangnya mencari-cari model yang baik yang boleh ditiru oleh mereka. Dari sudut kerohanian pula sememangnya sastera kanak-kanak sememangnya kaya dengan cerita-cerita anbiya dan juga kisah-kisah nabi. Guru boleh menggunakan cerita-cerita ini sebagai cara menyemaikan sifat kerohanian kepada kanak-kanak melalui kisah dan tauladan. Guru-guru juga perlu memastikan buku-buku tersebut adalah yang mudah difahami oleh kanak- kanak dan guru boleh memperkenalkan istilah-istilah baru yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam kurikulum kerohanian SK.

Kreativiti dan Perkembangan Kreativiti dan Estetika Estetika • Komponen kreativiti dan estetika memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran (Noriati A. Rashid et al., 2013). Guru yang baik memperkenalkan bentuk kesenian yang baru kepada kanak-kanak serta mengembangkan kemahiran ekspresi mereka secara beransur-ansur agar kanak-kanak dapat mengadaptasi maklumat baru dan menguasai teknik-teknik baru serta menggalakkan kanak-kanak menggunakan segala pontensi diri mereka yang kreatif.

SUMBANGAN SASTERA KANAK-KANAK DALAM PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU

Menghasilkan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak menerusi penggunaan bahasa yang mudah serta ilustrasi yang menarik. Nilai-nilai kebudayaan masyarakat Melayu dalam konteks kesusasteraan dapat dilestarikan menerusi sastera kanak-kanak.

Sastera kanak-kanak juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangaan murid. Kanak-kanak dapat memahami keindahan bidang kesusasteraan Melayu.

SEKIAN, TERIMA KASIH


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook