INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 ) ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU EDUP 3083 NAMA: DISEDIAKAN OLEH: HANIS WAHIDAH BINTI SHUIB NO. KAD PENGENALAN: 971031025828 2017192340039 ANGKA GILIRAN: PISMP C3 KUMPULAN: ENCIK BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR PENULISAN AKADEMIK (NPDL) NAMA PENSYARAH 20 MAC 2021 AKADEMIK: TAJUK TUGASAN: TARIKH SERAHAN: TARIKH PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN ................................................................................................................................ 2 PENGENALAN..................................................................................................................................... 3 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PEMBANGUNAN KERJAYA .......................................... 3 DG41 : Pelaksana ........................................................................................................................... 4 DG44 : Penggerak .......................................................................................................................... 5 DG48 : Pembimbing dan Mentor ................................................................................................ 6 DG52 : Peneraju Perubahan ........................................................................................................ 7 DG54 : Pemikir Strategik .............................................................................................................. 7 Gred Khas : Pemikir Holistik....................................................................................................... 8 KESIMPULAN ...................................................................................................................................... 9 RUJUKAN ...........................................................................................................................................10
PENGENALAN Guru atau pendidik merupakan golongan yang mempunyai peranan besar dalam merealisasikan Wawasan Pendidikan Negara. Menurut Yahya Don (2005), bagi memastikan Wawasan Pendidikan dapat diisi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, beberapa hala tuju digariskan untuk dicapai dan menjadi panduan kepada warga pendidik dalam melaksanakan tanggungjawab serta mencorakkan masyarakat masa depan. Guru sebagai pengajar, pengasuh, dan pendidik memberi kesan yang besar dalam perkembangan murid. ‘Guru sebagai agen perubahan’ merupakan satu frasa yang sangat mendalam maksudnya kerana guru menggalas tanggungjawab besar dalam mempengaruhi kehidupan seseorang murid. Justeru, guru perlulah menunjukkan ciri-ciri teladan yang baik dan menunjukkan nilai- nilai yang positif sepanjang berkhidmat. Sesungguhnya, budaya kerja positif mendorong budaya kerja cemerlang (Ibrahim Haji Mohamad, 2000). Dalam konteks ini, profesion perguruan merupakan kerjaya profesional yang dipandang tinggi dan memainkan peranan penting dalam masyarakat. Profesion ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran teknikal serta pengetahuan khusus yang diaplikasikan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Hal ini disokong oleh Akhiar Pardi et al. (2012) yang menyatakan bahawa profesion bermaksud satu pekerjaan, karier berstatus tinggi yang selalunya melibatkan latihan akademik dalam tempoh yang lama, kelayakan formal dan keahlian badan profesional. Oleh itu, sebagai seorang guru yang profesional kita tidak boleh menganggap kerjaya perguruan sebagai kerjaya ‘makan gaji’ sahaja malah seseorang guru perlulah mempunyai visi dan motivasi dalam merealisasikan aspirasi sistem. Dalam lembaran kerja kursus ini, saya akan menyediakan satu pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya sebagai seorang guru profesional berpandukan peringkat- peringkat perkembangan guru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu membangunkan imej sekolah dan sebagai sebuah institut pendidikan yang berwibawa. PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PEMBANGUNAN KERJAYA Dalam usaha menjadi seorang guru yang profesional, kita mestilah mempunyai sebuah pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya yang jelas dan terancang. Guru yang profesional perlulah sentiasa bersedia bagi meningkatkan kualiti diri, kemahiran pedagogi dan pengetahuan pada sepanjang masa. Justeru, saya akan memperincikan pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya apabila saya bergelar guru kelak. Berdasarkan Rajah 1, terdapat enam peringkat yang akan saya jelaskan berdasarkan garis panduan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu DG41, DG44, DG48, DG52, DG54, dan gred khas (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2016). Rajah 1 DG41 : Pelaksana Pada peringkat ini, sebagai guru novis yang ditempatkan di pedalaman, saya terlebih dahulu perlu memahami dan melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), peranan guru novis sebagai pelaksana (DG41) adalah dengan memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan. Hal ini bermaksud, pada ketika ini, saya diberikan mentor dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan dan mendapatkan bimbingan daripada mentor yang berpengalaman. Dalam tempoh tiga tahun pertama, saya akan mempelajari kemahiran-kemahiran melalui pengalaman sebenar seperti kemahiran mengurus masa, mengurus bilik darjah dan mengendalikan ibu bapa. Model Huberman (1989) menggariskan peringkat pertama (tiga tahun pertama) iaitu menyertai kerjaya dan pada peringkat ini, seseorang guru itu sedang melalui transisi daripada berperanan sebagai pelajar kepada peranan sebagai seorang guru (Akhiar Pardi et al., 2012). Pada peringkat ini, guru mempelajari pelbagai kemahiran. Sebelum mencapai tahun ketujuh saya akan mencari pelbagai strategi serta kaedah mengajar yang mencabar dan menunjukkan kreativiti di samping mendampingi guru-guru yang telah lama mengajar bagi mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar. Sehubungan dengan itu, sebagai guru novis saya akan membina imej diri sebagai seorang guru yang ‘tegas tetapi menyeronokkan’. Saya akan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi pada masa yang sama saya tetap mementingkan disiplin murid. Saya akan menghasilkan pelbagai bahan bantu mengajar serta
inovasi untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Melayu. Apabila murid tertarik untuk belajar maka prestasinya akan meningkat. Mohd Hasani Dali (2010) menyatakan bahawa kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh guru novis. Hal ini demikian kerana, bagi murid yang bersekolah di pedalaman, saya perlu mengambil hati mereka untuk datang ke sekolah dan belajar dalam suasana yang kondusif. Di samping itu, saya juga akan melibatkan diri dalam pelaksanaan kajian tindakan untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bagi bidang kokurikulum pula, saya akan menjalankan tugas berdasarkan bidang yang diberikan kepada saya dengan hati yang terbuka. Saya akan menimba pengalaman secara optimum untuk mengendalikan sesuatu persatuan. Dalam fasa ini juga, saya akan melaksanakan pentaksiran seperti yang telah ditugaskan kepada setiap guru. Saya juga akan sentiasa menilai keberkesanan aktiviti kokurikulum dan membuat penambahbaikan terhadap aktiviti kokurikulum dari semasa ke semasa. Setelah disahkan jawatan, saya bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang bahasa secara separuh masa. DG44 : Penggerak Pada fasa DG44 ini, saya bertugas sebagai penggerak yang akan sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah dengan sendiri. Saya tetap akan melaksanakan kajian dan penyelidikan untuk penambahbaikan PdP. Hal ini demikian kerana, guru sebagai agen perubahan perlulah sentiasa mengikuti perkembangan dan keperluan murid dari semasa ke semasa serta sentiasa belajar. Apabila saya telah menamatkan pengajian, saya masih ingin berkhidmat di sekolah sebagai seorang guru. Pada ketika ini, saya ingin menggalakkan murid saya menyertai pelbagai pertandingan inovasi agar sekolah pedalaman ini semakin dikenali dan menunjukkan bahawa sekolah pedalaman turut mampu bersaing setanding sekolah- sekolah di bandar. Penilaian akan sentiasa dilaksanakan sepanjang proses PdP bagi memantau pencapaian murid. Dengan hasil penilaian ini, saya akan mengambil tindakan susulan untuk memberi maklum balas yang tepat kepada murid. Apabila telah dilantik sebagai guru panitia, saya ingin melaksanakan beberapa program bahasa untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bidang penulisan dan lisan murid di sekolah tersebut. Misalnya, saya ingin mengadakan program Karangan 5 Bintang yang melibatkan murid menulis karangan sebanyak 100 buah karangan pada setiap tahun dan aktiviti Pentas Suara yang menggalakkan murid bercerita setiap kali waktu rehat. Saya yakin bahawa program sebegini akan meningkatkan keyakinan murid dalam bidang penulisan dan lisan di samping dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Dalam bidang kokurikulum pula, saya akan merancang aktiviti dan bahan kokurikulum. Justeru, saya ingin mewujudkan Kelab Reka Cipta di sekolah tersebut. Hal ini demikian kerana, saya ingin menggarapkan nilai kreativiti dan inovasi dalam diri murid-murid serta mengembangkan potensi murid. Perkara ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009) yang melibatkan usaha berterusan kearah perkembangan potensi individu secara menyeluruh. Tujuan penubuhan kelab ini adalah bagi menggalakkan murid berfikir aras tinggi dengan mencipta sesuatu yang baharu yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, saya akan menggalakkan mereka menyertai pertandingan reka cipta agar imej sekolah dapat ditingkatkan. Penilaian keberkesanan aktiviti kokurikulum turut dilaksanakan serta penambahbaikan terhadap aktiviti kokurikulum dari semasa ke semasa. Dalam tempoh hampir 16 tahun perkhidmatan saya akan menjadi seorang guru yang proaktif dan sentiasa menyediakan semua bukti pengajaran, inovasi, kajian dan sebagainya untuk memohon guru cemerlang. DG48 : Pembimbing dan Mentor Pada gred DG48, saya bertindak sebagai pembimbing dan mentor. Dalam fasa ini, saya akan merangka panduan pelaksanaan PdP. Saya akan berusaha untuk dilantik sebagai Guru Kanan Bahasa dan saya akan merangka Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) sekolah. Di samping itu, saya akan menjadi salah seorang pemeriksa kertas UPSR dan melibatkan diri secara aktif dalam bidang pentaksiran termasuklah dalam bidang pembinaan soalan UPSR. Pelaksanaan kajian untuk penambahbaikan PdP akan saya berikan bimbingan kepada guru-guru novis. Di samping itu, saya akan mengekalkan program yang telah dilaksanakan pada DG44 jika program tersebut membawa perubahan besar kepada murid. Dengan program tersebut, saya akan melaksanakannya secara besar-besaran iaitu dengan membuat kolaborasi antara sekolah di peringkat zon terlebih dahulu agar manfaat itu dapat dikongsi bersama. Dalam bidang kokurikulum pula, saya akan merancang pelbagai aktiviti dan bahan kokurikulum yang dapat membina keyakinan diri dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri murid. Penilaian prestasi murid akan dilaksanakan dan setiap penilaian atau pencapaian akan direkodkan bagi menonjolkan prestasi serta membuka peluang yang lebih luas kepada murid untuk menyambung pelajaran ke sekolah yang cemerlang apabila mereka menganjak ke Tingkatan 1. Di samping itu, saya akan melaksanakan tugas yang diarahkan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti yang dikehendaki. Sebagai ketua panitia, saya akan memberikan motivasi dan bimbingan agar semua rakan sejawat tetap komited dalam
melaksanakan tugas dan meningkatkan prestasi PdP. Dalam konteks ini, saya akan menghantar proposal dan memohon daripada pihak sekolah untuk mendapatkan sebuah bilik untuk dijadikan galeri untuk mengumpul semua hasil kerja murid dan segala bahan pembelajaran. Rasional penubuhan galeri ini amat membantu guru-guru lain dalam memudahkan PdP kerana bahan pembelajaran disediakan di satu pusat serta dengan pengumpulan hasil kerja atau karya murid, murid akan merasa dihargai dan kekal bermotivasi untuk melaksanakan tugasan. Dalam tempoh perkhidmatan sebagai DG48 ini juga saya akan memohon untuk menukar laluan kerjaya sebagai pensyarah di institusi pendidikan. DG52 : Peneraju Perubahan Pada gred DG52 iaitu peneraju perubahan, saya menukar laluan kerjaya Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sebagai pensyarah di institusi pendidikan. Saya akan meneroka pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran. Melalui Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Bahagian Pendidikan Guru, 2016), sebagai peneraju perubahan, sebagai seorang pensyarah, kita mestilah mengaplikasikan amalan berasaskan eviden untuk membimbing pelajar ke arah pembelajaran yang lebih tinggi. Pada peringkat ini juga, saya akan melestarikan autonomi pelajar melalui perbincangan hasil pembelajaran bersama pelajar. Bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran diri dan rakan sejawat, saya akan mereka bentuk dan memimpin program pembelajaran profesional berasaskan penyelidikan berdasarkan refleksi kritikal dan mengaplikasikan idea inovatif. Selanjutnya, saya ingin mewujudkan kolaboratif antara institusi dan komunikasi dengan perkongsian positif atau seminar yang boleh meningkatkan prestasi semua pihak. Dalam fasa ini juga, saya akan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyelesaikan pengajian Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang linguistik bagi mengembangkan lagi ilmu serta prestasi diri dan memberi manfaat kepada institusi. DG54 : Pemikir Strategik Semasa menyandang gred DG54 sebagai pemikir strategik, saya akan mengamalkan budaya kerja yang positif dan menjadi model bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berdasarkan penyelidikan dan amalan terbaik. Sehubungan dengan itu, saya akan mereka bentuk strategi pentaksiran yang berkesan dan sejajar dengan hasil pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam dokumen kurikulum. Saya juga akan memberikan khidmat konsultasi dan sokongan dalam membudayakan penyelidikan di peringkat yang lebih luas sama ada daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa untuk memperkasakan
pembangunan pembelajaran profesional warga pendidik. Saya juga akan menilai serta merencana semula program untuk memenuhi keperluan pembangunan pembelajaran profesional rakan sejawat. Seterusnya, saya akan mereka bentuk, merancang dan menjalankan penyelidikan berasaskan sekolah untuk meningkatkan kualiiti pengajaran dan pembelajaran serta memberikan khidmat konsultasi dan sokongan kepada warga pendidik. Saya juga akan melaksanakan pelbagai program pendidikan untuk penambahbaikan isu pendidikan dan kandungan kurikulum di pelbagai peringkat bukan sahaja institusi pendidikan, komuniti setempat mahupun pengantarabangsaan. Gred Khas : Pemikir Holistik Pada fasa ini, saya memilih laluan kerjaya kepimpinan sebagai pemimpin institusi pendidikan. Dengan ini, saya akan mempamerkan dengan jelas dan holistik matlamat dasar pendidikan dan mampu meneraju pembangunan pelan strategik jangka panjang di samping menyumbang kepada pembangunan dasar pendidikan. Sebagai seorang pemimpin sesebuah institusi, saya memilih untuk menjadi pemimpin yang bersifat demokrasi kerana saya memerlukan idea-idea yang bernas daripada pihak pelaksana, pembimbing, peneraju perubahan serta pemikir strategik bagi membawa bidang pendidikan ini ke arah yang lebih cemerlang. Saya akan membentuk kefahaman yang jelas tentang matlamat dasar pendidikan dan mampu untuk mengambil pemilikan dalam membangunkan pelan stratgik jangka panjang di samping menyumbang kepada pembangunan dasar pendidikan terutamanya dalam menyelaraskan dasar-dasar untuk bidang kuasa fungsi tertentu. Seterusnya, saya akan mempertahankan dasar dan pelaksanaan dasar. Saya juga akan menggalakkan rakan sejawat saya menghasilkan inovasi dalam pedagogi. Saya akan mempengaruhi penggubal dasar bagi memastikan peningkatan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dalam cara pedagogi, arahan dan peningkatan profesional.
KESIMPULAN Kesimpulannya, saya memilih untuk kekal menjadi salah seorang warga pendidik di sekolah dan institusi kerana bagi saya kerjaya sebagai pendidik itu merupakan kerjaya yang mulia. Hal ini demikian kerana, saya merasakan bahawa seseorang pendidik itu memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Justeru, saya ingin menjadi sebahagian daripada warga pendidik yang komited dalam memberikan khidmat untuk melahirkan modal insan. Namun demikian, dalam usaha melaksanakan amalan kerja terbaik, pelbagai dugaan perlu ditempuh. Dengan adanya sokongan dan bimbingan daripada pelbagai pihak, saya berpendapat bahawa pembangunan profesional dalam bidang perguruan ini akan menjadi lebih mudah. Sehubungan dengan itu, bagi menjadi seorang pendidik yang kekal bermotivasi dan berwawasan, saya telah menetapkan pelan pembangunan diri dan kerjaya sebagai panduan pada masa akan datang. Diharapkan bahawa pelan yang telah dibina ini mampu meningkatkan prestasi saya dari semasa ke semasa.
RUJUKAN Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin, & Muhammad Kushairi Jusoh. (2012). Asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru. Freemind Horizons Sdn. Bhd. Bahagian Pendidikan Guru. (2016). Dokumen awal deskripsi tugas pegawai perkhidmatan pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Ibrahim Haji Mohamad. (2000). Pelaksanaan Sekolah Wawasan tidak menimbulkan masalah. In Dewan Masyarakat (pp. 18–20). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Malaysia, K. P. (2009). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. https://www.moe.gov.my/index.php /dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan Mohd Hasani Dali. (2010). Pengurusan bilik darjah untuk guru novis. Universiti Utara Malaysia. Yahya Don. (2005). Kepimpinan pendidikan di Malaysia. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Search
Read the Text Version
- 1 - 10
Pages: