Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore tugasan 4

tugasan 4

Published by yeechienong1010, 2019-10-05 16:37:43

Description: Penulisan Apresiasi

Search

Read the Text Version

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT SENARAI KANDUNGAN 1 TUGASAN 4 : PENULISAN APRESIASI (10%) 2 1.0 KARYA PHOTO 2.0 PENETAPAN TEMA DAN HAL BENDA 2 3.0 KOMPONEN-KOMPONEN KAMERA 3 4 3.1 Jenis Kamera 4 3.2 Butiran Teknikal (Ditulis Dalam Bahasa Inggeris) 5 4.0 TEKNIK PHOTOGRAFI DAN SENI KOMPOSISI 6 5.0 TEKNIK SUNTINGAN (POST PROCESSING) 6.0 UNSUR NILAI MURNI DAN ESTETIKA 7.0 PENUTUP

1.0 KARYA PHOTO BEFORE AFTER

2.0 PENETAPAN TEMA DAN HAL BENDA Gambar 1 bertemakan portrait manusia. Hal benda ialah seorang budak perempuan yang berumur enam tahun sedang mensenyum sambil menggunakan sekeping daun menutupkan sebelah matanya. Senyuman budak perempuan tersebut telah menarik minat dan perhatian saya untuk mengambil gambar pada ketika tersebut. Senyuman budak perempuan tersebut telah menjadi titik fokus foto tersebut. Gambar ini adalah diambil di luar rumah dan pada waktu petang pukul 4.30pm. 3.0 KOMPONEN-KOMPONEN KAMERA Komponen-komponen kamera yang digunakan untuk mengambil Gambar 1 akan dibincangkan. 3.1 JENIS KAMERA Kamera DSLR Nikon D5100 with 18-55mm Lens digunakan seperti Gambar 2. Gambar 2: Kamera DSLR Nikon D5100 with 18-55mm Lens

3.2 BUTIRAN TEKNIKAL (DITULIS DALAM BAHASA INGGERIS) Jadual 1 menunjukkan butiran teknikal bagi Gambar 1 Property Value Camera maker NIKON CORPORATION Camera model NIKON D5100 F-stop f/7.1 Exposure time 1/200sec ISO speed ISO-200 Focal length 48mm Flash mode No flash, auto Dimensions 4928 x 3264

4.0 TEKNIK FOTOGRAFI DAN SENI KOMPOSISI Merujuk kepada Gambar 1, aspek komposisi titik fokus ditunjukkan dengan menjadikan portrait budak perempuan sebagai objek dominan foto. Bahagian later belakang menjadi blur untuk memberikan pembaca foto fokus pada objek yang ditonjolkan. Situasi ini merupakan bokeh yang menghasilkan salah satu bentuk fotografi kreatif yang diinginkan. Cara mudah untuk menghasilkan gambar adalah dengan memposisikan subjek foto iaitu muka budak perempuan berdekatan dengan kamera dan berjauh sedikit dengan later belakang. Cara lain untuk mendapatkan kesan bokeh yang jelas ialah aperture perlulah besar. Gambar ini yang menggunakan aperture f/7.1 dapat menghasilkan Depth of Field ( area yang terfokus) yang lebih kecil. Lensa juga memberikan pengaruh pada hasil foto bokeh. Lensa yang digunakan ialah 18-55mm yang memiliki aperture maksimum f3.5 pada Focal Length (FL) 18mm dan aperture maksimum f5.6 pada FL 55mm. Gambar ini menggunakan Focal Length 48mm yang berjarak cukup jauh dari subjek foto atau menempatkan subjek jauh dari later belakang. Point of interest yang terdapat dalam foto ini adalah amat jelas sekali di mana mata pembaca terus terarah kepada senyuman budak perempuan. Rambut yang berada di belakang menjadi kabur berbanding dengan muka supaya tidak memberi sebarang gangguan kepada apa yang difokuskan. Dari segi pencahayaan foto pula, cahaya yang tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang sekali gus menjadikan foto kelihatan seakan- akan dalam keadaan tenang. Selain itu, komposisi keseimbangan simetri dan asimetri dapat dilihat kerana potret berada di kanan berhampiran tengah dan kelihatan seimbang. Komposisi pattern and texture pula dapat dilihat menerusi corak daun yang dipegang oleh budak perempuan tersebut. 5.0 TEKNIK SUNTINGAN (POST PROCESSING) Merujuk kepada Gambar 1, teknik suntingan dilakukan menerusi Aplikasi Photoshop CS6. Keseimbangan warna ditukar pada keseluruhan untuk menjadi objek tersebutlebih menarik. Antaranya ialah pilihan contrast. Saya menggunakan pilihan ini supaya gambar kelihatan lebih perbezaan warna. Rambut dan daun menjadi gelap manakala muka budak perempuan menjadi terang. Selain itu, saya juga memilih pilihan curves yang dapat menjadikan gambar lebih gelap dari segi warnanya. Pilihan level juga saya gunakan. Dengan menggunakan ketiga-tiga pilihan ini, perbezaan warna bagi gambar tersebut telah menjadi jelas dan senyuman budak perempuan tersebut lebih menarik hati pembaca foto.

6.0 UNSUR NILAI MURNI DAN ESTETIKA Kanak-kanak merupakan hadiah yang diberikan oleh Tuhan kepada ibu bapa. Setiap kanak yang hidup di alam ini adalah diberikan Tuhan sebagai bahan pembelajaran untuk ibu bapa. Setiap kanak mempunyai kemahiran dan watak yang berbeza dan unik. Merekalah golongan yang suci dan bersih sejak lahir. Gambar 1 melambangkan nilai penghargaaan terhadap segala nyawa di bumi ini supaya bersikap kasih sayang terhadap kanak-kanak. Menerusi Gambar 1, dilihatkan budak perempuan tersebut amat gembira dengan mengambil sekeping daun dan menutup sebelah matanya. Kanak-kanak tidak mempunyai masalah dan risau yang banyak seperti dewasa, mereka amat gembira terhadap kurniaan Tuhan dan syukur kepada barang yang diperoleh walaupun ianya hanya sekeping daun. Dalam dunia kanak-kanak, mereka mudah bersyukur dan gembira apabila mendapat apa-apa pun hadiah yang disukai mereka berbanding dengan dewasa. Sebagai golongan dewasa, kita perlulah menjaga dan melindungi golongan kanak-kanak dengan baik dan sempurna, tidak boleh memberikan mereka mengalami segala bahaya. Kita juga harus bersyukur terhadap apa yang kita peroleh dan tidak boleh bersikap keterlaluan. Nilai kesederhanaan perlu diamalkan dalam perlakuan harian. Nilai estetika juga dapat dilihat menerusi subjek foto tersebut. Kita perlu menghargai kanak-kanak dalam arus modenisasi dan globalisasi ini. Hal ini demikian kerana berita tentang menderita kanak-kanak, membunuh kanak-kanak dan menculik kanak-kanak amat menyedihkan. Kita tidak seharusnya mengetepikan masalah ini kerana inilah tanggungjawab kita untuk melindungi kanak-kanak. Kita perlu menyedari kepentingan melindungi kanak-kanak dan kesan jika kita tidak berbuat demikian. Kes-kes yang berkaitan dengan penderitaan kanak-kanak semakin hari semakin serius. Kita perlulah memikirkan dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai dewasa untuk melindungi mereka. Langkah kita yang menyayangi kanak-kanak akan mendatangkan perubahan dan tidak berlakunya perkara sedih pada masa akan datang.

7.0 PENUTUP Menerusi penulisan apresiasi ini, kita dapat menilai dan menghargai setiap foto yang penuh bermakna yang terselit dalam foto. Kita juga dapat membuat refleksi terhadapt diri kita mengenai kekuatan dan kelemahan diri apabila membuat penilaian gambar. Selain itu, banyak pengetahuan dan kemahiran baru yang telah diperoleh melalui penelitian pada hasil karya tersebut yang dapat membantu kita melakukan sedikit penambahbaikan terhadap kemahiran fotografi yang diambil. Merakam sekeping foto yang bermakna bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, kita haruslah berusaha lagi apabila menghadapi cabaran yang ditempuhi semasa ingin melakukan penggambaran. (777 patah perkataan)


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook