Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PH F&B Bahasa Melayu

PH F&B Bahasa Melayu

Published by protokol.hijau, 2021-12-21 03:02:34

Description: Protokol Hijau untuk Perkhidmatan Katering & Kantin ini
menggariskan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan
agar Syarikat dapat menjadi contoh terbaik (lead by
example) bagi mencapai sasaran Negara dalam
melaksanakan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim
Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam National
Climate Change Policy).

Search

Read the Text Version

Garispanduan ini adalah dokumen elektronik. Pencetakan adalah sangat tidak digalakkan. V 1.1

PENGENALAN Protokol Hijau untuk Perkhidmatan Katering & Kantin ini menggariskan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan agar Syarikat dapat menjadi contoh terbaik (lead by example) bagi mencapai sasaran Negara dalam melaksanakan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam National Climate Change Policy). Garis Panduan ini bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) dari premis-premis Perkhidmatan Awam, dengan mengambil kira beberapa elemen penting seperti berikut:- 1. Penggunaan Digital 2. Peralatan Makanan 3. Penyediaan Makanan 4. Penyediaan Minuman 5. Pembuangan Sisa-Sisa Pepejal 6. Pembungkusan (take away)

kkhaindtmina kahtiedrmina per kper tagn tan ISI KANDUNGAN 1 PENGGUNAAN DIGITAL 03 2 PERALATAN MAKANAN 04 3 PENYEDIAAN MAKANAN 05 4 PENYEDIAAN MINUMAN 06 5 PEMBUANGAN SISA-SISA PEPEJAL 07 6 PEMBUNGKUSAN (TAKE AWAY) 08

PENGGUNAAN DIGITAL Gunakan menu digital (e-menu) melalui kod QR, dalam talian atau tablet. Elakkan dari mencetak buku menu. Gunakan kaedah resit digital melalui e-mel (e-receipt). Gunakan kaedah pembayaran digital (e-payment). 03

PERALATAN MAKANAN Gunakan peralatan makan dan minum seperti sudu, garpu, pinggan, cawan dan straw yang boleh diguna semula dan mesra alam. Ditegah dari menggunakan peralatan pakai buang yang diperbuat daripada bahan plastik (single use plastic). 04

PENYEDIAAN MAKANAN Penutup makanan (cling wrap) hendaklah diperbuat daripada bahan yang boleh digunakan semula ataupun jenis plastik yang mudah reput (biodegradable). Bagi sesi mesyuarat, hidangkan makanan di dalam bekas yang boleh diguna semula (seperti kotak bento). 05

PENYEDIAAN MINUMAN Elakkan dari menggunakan dan menjual air botol plastik bagi penyediaan air, selaras dengan inisiatif \"zon bebas botol plastik\" di setiap premis Kerajaan. Gunakan jag (water jug) yang diisi daripada dispenser air atau sistem penapisan air (water purifier) persendirian. Sediakan dispenser air untuk air minuman. 06

PEMBUANGAN SISA-SISA PEPEJAL Pengusaha kantin hendaklah menyediakan tong-tong sampah kitar semula serta tatacara pembuangan yang jelas. Plastik-plastik sampah yang digunakan hendaklah diperbuat dari jenis bahan yang mudah reput (biodegradeble). Sisa-sisa buangan hendaklah diasingkan untuk dikitar semula dan dikompos oleh syarikat-syarikat kitar semula. Buang sisa minyak dengan tatacara yang betul (lampiran x) 07

PEMBUNGKUSAN (TAKE AWAY) Pembungkus makanan hendaklah diperbuat dari bahan mesra alam, bekas yang boleh diguna semula ataupun jenis plastik yang mudah reput (biodegradable). Menggalakkan pengguna untuk membawa bekas makanan dan botol air yang boleh diguna semula. 08



Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (Brunei Climate Change Secretariat): @bccs.bn [email protected] @BCCS_BN [email protected] /bccs.bn +673 2383222 smbg 704 / 730


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook