USAHAWAN This template was made by Slidesgo MUSLIM & CABARAN NOR ZALINDAH ABDUL RAHMAN
USAHAWAN MUSLIM & CABARAN NOR ZALINDAH BINTI ABDUL RAHMAN
iii
iv
v
BAB 1 DEFINISI USAHAWAN MUSLIM Melihat kepada konteks Usahawan Muslim, Rasulullah sendiri merupakan perintis kepada lahirnya usahawan Muslim. Kemudian ia diikuti oleh para sahabat seperti Abdurrahman bin Auf, Zubair Ibnu Awwam, Talhah bin Ubaidilah dan Shuhaib bin Sinan mempunyai kualiti, keperibadian dan etika keusahawanan yang amat tinggi. Secara dasarnya, usahawan Muslim ialah mereka di kalangan umat Islam yang menjalankan aktiviti perniagaan dengan produk yang halal. Namun begitu, mereka juga terikat dengan perundangan syariah dan etika yang perlu dipatuhi bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 1
Definisi usahawan Muslim merujuk kepada Individu yang mencari dan mengeksploitasikan sumber- sumber dan peluang-peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT, berasaskan kepada al-Quran dan al- Sunah demi kepentingan di dunia dan di akhirat. Usahawan Muslim juga didefinisikan sebagai usahawan yang selalu bertindak sesuai dengan prinsip dan nilai Islam. Maksud lain juga boleh diertikan sebagai Muslim yang berterusan mencari, menggembleng dan memanfaatkan kurnia Allah SWT yang lain selari dengan tuntutan dan arahan USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 2
yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan Sunah. Usahawan Islam juga bermaksud seseorang yang bersedia mengabdikan dirinya kepada Allah SWT melalui perniagaan dalam usaha untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah dengan menyediakan perkhidmatan kepada keseluruhan masyarakat. Kesimpulannya, definisi keusahawanan dalam konteks Islam boleh diertikan sebagai suatu bentuk ibadah melalui aktiviti perniagaan serta bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 3
BAB 2 TANGGUNGJAWAB USAHAWAN MUSLIM Dalam perspektif Islam bidang keusahawanan merupakan ilmu fardu kifayah. Ini bererti tanggungjawab usahawan Muslim amat besar kerana ia merupakan suatu kewajipan. Sumber utama bagi ilmu fardu kifayah merujuk kepada akal fikiran. Namun prinsip-prinsip pelaksanaan boleh diambil daripada sumber-sumber hukum iaitu al- Quran, hadis, ijmak dan qias serta perjalanan hidup sahabat. Usahawan Muslim bertanggungjawab dalam mengeluarkan atau menghasilkan segala barang dan perkhidmatan yang diperlukan atau diperlukan oleh masyarakat. Hakikatnya pada hari ini, usahawan merupakan manusia yang memikirkan bukan sahaja apakah yang dikehendaki oleh USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 4
masyarakat, tetapi berusaha sedaya upaya untuk mencipta atau menghasilkan barang atau perkhidmatan itu. Usahawanlah yang mengenal pasti keperluan manusia ini dan mencari jalan untuk memuaskan keperluan tadi. Seterusnya usahawan Muslim perlu mengagihkan barang dan perkhidmatan yang dihasilkan itu kepada masyarakat. Semua barang yang hendak dipasarkan memerlukan peniaga-peniaga yang terdiri daripada pemborong, penjual runcit, peraih dan sebagainya sebagai pengantara yang khususnya untuk membawa barang dan perkhidmatan dari kilang ke tempat-tempat yang sangat hampir dan selesa bagi masyarakat dan ini merupakan antara tanggungjawab usahawan Muslim yang sangat penting kepada masyarakat. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 5
Usahawan Muslim juga perlu menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat supaya barang dan perkhidmatan yang telah disediakan dapat digunakan sepenuhnya. Dalam menggunakan barang dan perkhidmatan yang makin canggih dewasa ini, pengguna biasanya menghadapi berbagai-bagai masalah yang memerlukan perkhidmatan daripada usahawan. Perkhidmatan yang dimaksudkan ini ialah perkhidmatan selepas jualan. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 6
Tanggungjawab lain yang dipikul oleh usahawan Muslim dengan menentukan mutu barang dan perkhidmatan yang disediakan untuk pengguna adalah paling baik supaya tidak ada barang yang cacat atau rosak yang hendak dijual secara menipu. Selain itu mencari jalan bagaimana cara untuk menjual dengan harga paling murah di samping untuk mendapatkan keuntungan kerana harga yang murah memberi kepuasan yang lebih kepada pembeli dan dapat menjaga kebajikan pembeli itu sendiri. Misalnya, cuba berunding dengan para pembekal untuk mengurangkan harga barang yang mereka bekalkan, atau meningkatkan keberkesanan proses pengeluaran dan sebagainya. Seterusnya berpegang kepada sifat benar dan amanah. Ini merupakan satu tanggungjawab seorang usahawan Muslim kepada masyarakat kerana penipuan atau pecah amanah merupakan USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 7
kegiatan mengambil hak pembeli dengan cara yang batil. Maka, sebarang kecacatan yang ada harus dihuraikan kelemahannya supaya pembeli tahu apakah kekurangannya. Usahawan harus sentiasa sedar bahawa dalam menjalankan tanggungjawab mereka, mereka sedang memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan. Maka, keselesaan, keselamatan, kepuasan dan kebahagiaan masyarakat itu harus diutamakan sentiasa. Hal ini sudah pasti menjadi tanggungjawab usahawan Muslim yang lebih tahu tentang barang dan perkhidmatan yang mereka sediakan. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 8
BAB 3 CIRI-CIRI USAHAWAN MUSLIM Strategi perniagaan dan keusahawanan Rasulullah tercermin dalam sifat jujur, adil, ramah, berkebolehan, senang menolong pelanggan, menjaga hak pengguna, dan tidak menjelaskan perniagaan orang lain. Kejayaan nabi Muhammad SAW dalam menjalankan perniagaan didasarkan pada keperibadian yang boleh dipercayai serta pengetahuan dan kemahiran yang berkelayakan. Kejayaan seorang usahawan Muslim sangat bergantung pada integriti peribadinya dalam menjalankan tugas dan pekerjaan yang dilakukannya. Kemampuannya menjaga integriti peribadi akan membentuk kebolehpercayaan dalam menghadapi cabaran, dan pada masa yang sama melindunginya daripada amalan perniagaan negatif USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 9
yang bertentangan peruntukan Syariah. Integriti seorang usahawan Muslim tercermin dalam sifat dan tingkah laku seperti kejujuran, tawakal, bersyukur, amanah, menunaikan zakat, infak, tekun beribadah, mempunyai semangat hijrah , amanah, mendoakan orang miskin dan anak yatim, bertoleransi dan mengakui kesalahan dan segera bertaubat. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 10
Ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh seorang usahawan sesuai dengan ajaran Islam merujuk kepada sifat Takwa, Tawakal dan Syukur. Sifat-sifat ini mesti dimiliki oleh usahawan Muslim kerana dengan sifat- sifat tersebut mereka akan diberi kemudahan melakukan setiap perniagaan. Dengan sifat takwa, kita akan diberi jalan keluar untuk menyelesaikan masalah dan mendapat kekayaan yang tidak dijangka. Dengan sikap rendah diri, usahawan Muslim akan mengalami kesenangan menjalankan perniagaan walaupun perniagaan yang di usahakan mempunyai banyak saingan. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 11
Jadual 1 di bawah menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan Muslim. Jadual 1: Ciri-Ciri Usahawan Muslim dari Pandangan Sarjana dan Ahli Akademik Muslim. CIRI –CIRI ELEMEN Bertakwa Melalui ketetapan ini, seorang usahawan kepada ALLAH Muslim mesti percaya kepada Allah SWT SWT dan berusaha dalam mencari kejayaan dan kekayaan untuk memperbaiki dirinya serta mengikuti semua ajaran Allah SWT dan Nabi. Usahawan Muslim yang berjaya ketika mereka mempunyai 'ketakwaan' kepada Allah SWT dan memperoleh banyak keuntungan daripada aktiviti keusahawanan. Ibadah kepada Utamakan ibadah kepada Allah SWT Allah SWT suatu seperti berdoa, puasa pada bulan keutamaan Ramadan, menunaikan haji dan umrah, suka bersedekah, membayar zakat, solat sunat, dan lain-lain. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 12
Halal sebagai Usahawan Muslim sentiasa keutamaan menitikberatkan pemilihan bagi menjalankan perniagaan daripada sumber yang halal, suci dan bersih. Tidak suka Menggunakan semua sumber dengan pembaziran cekap. Mengamalkan Tidak terlibat dalam aktiviti yang dilarang moral yang oleh Islam seperti riba, rasuah, tinggi penyelewengan, perzinaan, mencuri dan lain-lain. Boleh Usahawan Muslim harus memiliki sifat dipercayai kejujuran, kepercayaan, menepati janji, ketepatan masa dan lain-lain. Keprihatinan Saling menolong terutama yang terhadap golongan miskin, memerlukan dan lapar. kebajikan Berpengetahuan Usahawan Muslim sentiasa mencari pengetahuan baru bagi menambah ilmu. Menjaga Pengeluarannya atau produk yang masyarakat dan dikeluarkan tidak membahayakan alam sekitar masyarakat dan persekitaran. Sumber: (Joni Tamkin, 2013; Nor ‘Azzah, 2013; Siti Rahmaniah, 2013). USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 13
BAB 4 CIRI –CIRI USAHAWAN MUSLIM BERJAYA Usahawan berjaya merujuk kepada usahawan yang telah melakukan aktiviti keusahawanan dalam sesuatu perniagaan dan telah berjaya mendapatkan keuntungan hasil daripada aktiviti tersebut. Selain itu, usahawan berjaya menurut Shuhairimi Abdullah (2013), usahawan yang mempunyai ciri- ciri umum dan spesifik. Antara ciri-ciri umum yang dimaksudkan menjadikan agama Islam sebagai satu cara hidup, melakukan aktiviti yang halal, mengeluarkan sedikit daripada harta yang kita ada ke jalan Allah, menghargai nilai yang baik, dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri, keluarga, pekerja, dan masyarakat. Manakala ciri- ciri spesifik usahawan berjaya di mana usahawan itu mestilah kreatif, berkemampuan dalam mengurus, berorientasikan masa hadapan, bermotivasi, berpengetahuan, bertanggungjawab, dan mempunyai keyakinan diri. Jadual 2 seterusnya menyenaraikan ciri ciri usahawan Muslim berjaya. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 14
Jadual 2: Ciri –ciri usahawan Muslim berjaya. Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya. Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi. Sentiasa berjimat dalam menggunakan sumber. Berfikiran terkedepan. Sentiasa menjaga kualiti. Elakkan dari banyak berhutang. Bersyukur dengan kejayaan. Sentiasa membayar hutang jika berhutang. Sanggup berkorban di jalan Allah SWT. Dermawan. Mempunyai niat yang betul dalam menjalankan keusahawanan. Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan. Mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat. Pandai berhubung dengan manusia. Sentiasa menjaga agar tidak terlibat dengan aktiviti yang diharamkan oleh Allah SWT. Sentiasa menilai tindakan dan keadaan berjaga-jaga. Tidak boros dengan kekayaan dan tidak kedekut. Beriman serta mementingkan ibadah. Berdisiplin dan bersistematik Bertawakal USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 15
8 TOKOH USAHAWAN MUSLIM YANG BERJAYA DI MALAYSIA TAHUN 2020 1) Tan Sri Syed Mokhtar Al-bu--khary 2) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim 3) Ahmayuddin bin Ahmad 4) Tan Sri Azman Hashim 5) Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah 6) Datuk Abdul Kadier Sahib 7) Datuk Kamarudin Meranun 8) Tan Sri Mokhzani Mahathir USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 16
BAB 5 CABARAN MENJADI USAHAWAN MUSLIM Usahawan Muslim tidak lari dari berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menjalankan perniagaan. Apabila menceburi bidang perniagaan dan bergelar seorang usahawan Muslim, masalah yang bakal dihadapi adalah berbeza dengan yang hanya bekerja makan gaji. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh usahawan Muslim. Cabaran merupakan elemen yang penting bagi usahawan Muslim untuk mengetahui tahap kejayaan dan kemampuan mereka di dalam mengurus perniagaan. Cabaran yang dapat diatasi dengan baik merupakan suatu kejayaan bagi usahawan Muslim. Usahawan Muslim perlu memiliki ilmu pengetahuan dan bijak dalam menghadapi cabaran. Usahawan Muslim yang ingin berjaya USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 17
sebagai seorang usahawan mereka perlu kuat dan bersiap siaga dari fizikal dan mental. Antara cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan Muslim adalah seperti yang berikut: MENGAMBIL RISIKO Bagi seseorang usahawan Muslim, mengambil risiko dalam bidang perniagaan bukan perkara yang luar biasa. Berani mengambil risiko merupakan salah satu konsep keusahawanan yang perlu ada USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 18
dalam jiwa seorang usahawan Muslim. Usahawan Muslim yang berani mengambil risiko merupakan seorang usahawan yang memiliki semangat yang tinggi dalam mencapai kejayaan perniagaan mereka. Ketika risiko yang diambil mereka membuahkan hasil, mereka akan berasa puas hati kerana keputusan yang dibuat daripada mereka tidak bersia-sia sahaja. Nor Aishah (2013) dalam bukunya menyatakan, individu yang berani menghadapi risiko akan mampu bertahan dalam bidang yang diceburi. Selain itu, pengambilan risiko juga membawa maksud individu yang berani menghadapi risiko yang besar walaupun tiada apa- apa jaminan yang akan melindunginya ketika ditimpa sebarang masalah pada masa hadapan. Keberanian mengambil risiko merupakan ciri penting dalam menyumbang kejayaan perniagaan usahawan Muslim. Namun usahawan Muslim tidak USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 19
boleh sama sekali terlalu berani. Mereka perlu belajar dan mendalami ilmu pengurusan risiko. Usahawan Muslim perlu bijak untuk menonjolkan kelebihan dalam perniagaan berbanding pesaing. Hal ini kerana dunia perniagaan sentiasa terdedah dengan ketidaktentuan. Usahawan Muslim sentiasa berwaspada dan mampu menganalisis semua aspek dalam perniagaan seperti pengurusan kewangan, pemasaran, pengeluaran, pengurusan sumber manusia. Semua aspek ini mempunyai risiko yang perlu difahami dan dikenal pasti oleh usahawan Muslim. Usahawan Muslim akan mengalami kerugian sekiranya tidak dapat mengenal pasti risiko-risiko yang akan dihadapi sekiranya mereka lalai. Untuk mengurus risiko, usahawan Muslim perlu mampu membayangkan setiap kemungkinan hasil sesuatu tindakan atau kegiatan yang dilakukan. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 20
ISU GLOBALISASI Usahawan Muslim perlu peka dan bersedia dengan perubahan ekonomi semasa. Kesediaan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat membantu ketahuan usahawan Muslim dalam dunia perniagaan. Usahawan Muslim seharusnya bersedia selengkapnya dalam menghadapi perubahan dunia perniagaan yang memasuki era globalisasi. Hal ini kerana perubahan yang berlaku mendorong kepada peningkatan dalam industri yang rata-rata berasaskan teknologi maklumat. Kesan globalisasi bukan sahaja terhadap perniagaan malah melibatkan pengaliran modal, kecenderungan penggunaan teknologi komunikasi. Globalisasi ini boleh dipandang secara positif apabila, kemajuan teknologi komunikasi ini membolehkan kita meneroka perniagaan seluruh USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 21
dunia hanya dengan sebuah komputer riba atau tablet. Sebagai usahawan Muslim, dengan keupayaan maklumat di hujung jari, mereka wajar memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang ada untuk membuat pilihan yang terbaik dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan. Usahawan Muslim juga harus melengkapkan diri bagi menghadapi kemunculan teknologi ICT. usahawan yang bijak bukan sahaja bererti mereka cekap dalam mengurus tadbir perniagaan sahaja tetapi mereka juga merupakan pengurus bermaklumat yang tahu menggunakan teknologi ICT dalam meningkatkan kecekapan dan keupayaan membuat keputusan selaku seorang usahawan Muslim yang berjaya. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 22
PENJENAMAAN Penjenamaan merupakan aspek yang sangat bernilai dan penting dalam perniagaan. Penjenamaan bertujuan untuk memberi gambaran tentang produk atau perkhidmatan yang dijual oleh seseorang usahawan. Sesetengah perusahaan sanggup melabur jutaan ringgit bagi memperkenalkan produk jualan mereka. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 23
Penjenamaan di dalam kamus Oxford bermaksud pemberian nama atau imej ke atas barangan atau perkhidmatan yang dijual supaya orang tertarik untuk membelinya. Penjenamaan dilihat sebagai satu strategi yang berkesan untuk menguasai pasaran. Sekiranya usahawan Muslim tidak menitik beratkan aspek ini, ia merupakan satu kerugian besar dalam perniagaan mereka. Hal ini kerana jenama itu memberi satu gambaran tentang kualiti produk dan akan menjadikan ia lebih berharga dan mahal. Cabaran yang dipikul oleh seorang usahawan Muslim adalah memastikan boleh memperoleh penjenamaan tanpa menyamai pesaingnya kerana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran kebanyakan sama. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 24
KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA Kerjaya sebagai usahawan merupakan salah satu pilihan yang tepat. Umat Islam digalakkan supaya bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Banyak penulisan telah menceritakan bahawa sembilan persepuluh daripada rezeki adalah daripada perniagaan. Namun penglibatan masyarakat terhadap bidang ini masih rendah dan menganggap kerjaya sebagai usahawan tiada jaminan masa hadapan. Kebiasaannya kerjaya usahawan pilihan terakhir terutamanya bagi graduan yang baru menamatkan pengajian. Bagi usahawan Muslim yang telah memilih dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya, maka berusahalah menjadikannya sebagai satu kerjaya yang menyeronokkan dan menyumbangkan sesuatu kepada ekonomi negara dan Islam. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 25
RASUAH Jenayah rasuah dalam perniagaan sering berlaku. Umat Islam sama sekali dilarang terlibat dengan perbuatan rasuah kerana kesan kepada amalan tersebut boleh merosakkan dan menjatuhkan sesebuah negara. Amalan rasuah merupakan satu cabaran yang getir bagi usahawan Muslim. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 26
Usahawan Muslim seharusnya menghindarkan diri dari terjebak dengan amalan rasuah. Walaupun ada yang beranggapan amalan rasuah perlu dalam mendapatkan sesuatu namun ia tetap haram di sisi Islam. Islam menetapkan tanda aras yang tinggi untuk menghindarkan usahawan Muslim terlibat dengan amalan rasuah. Jika sesebuah negara terlibat dengan budaya dan amalan rasuah akan memberi kesan terhadap ekonomi. setiap usahawan Muslim perlu mempunyai kesedaran etika kerja, mengamalkan sikap integriti dan amanah dalam menjalankan perniagaan maka rasuah dapat diatasi dengan baik. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 27
KESIMPULAN USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 28
Secara keseluruhan, bidang keusahawanan adalah bidang kerja yang penting dan dipandang tinggi dalam Islam. Umat Islam sangat digalakkan memilih kerjaya keusahawanan untuk memajukan diri dan ekonomi Islam. Walau bagaimanapun, masyarakat Islam masih ramai yang tidak mempelopori bidang keusahawanan dan hanya lebih selesa sebagai golongan pengguna dan pembeli sahaja serta makan gaji. Cabaran – cabaran yang mendatang memerlukan usahawan Muslim sentiasa bersedia. Jelas Islam tidak sama sekali menghalang umatnya mencari keuntungan dalam perniagaan, namun perlu diperoleh melalui jalan yang benar dan mengikut tuntutan syariat. Kewajiban seorang usahawan Muslim dalam berkongsi keuntungan perniagaan dengan membayar zakat. Usahawan Muslim tidak boleh mengejar keuntungan semata-mata namun perlu bertindak membantu dan memelihara kepentingan umat Islam. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 29
Tahap kesedaran perlulah diterapkan kepada keseluruhan lapisan masyarakat Islam melalui pembudayaan nilai dan sikap usahawan. Kesedaran kepada pentingnya mempelopori dan menjadikan keusahawanan sebagai satu pilihan utama akan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan ekonomi. Sejajar dengan itu, banyak program – program yang boleh menarik minat umat Islam menjadi usahawan perlu dilaksanakan dengan lebih baik. Bantuan – bantuan yang wajar boleh dipertimbangkan bagi memperkasakan lagi bidang keusahawanan. Usahawan Muslim yang mengamalkan pendekatan Islam dalam aktiviti perniagaan mereka akan berjaya mendapat kejayaan di peringkat yang lebih tinggi serta mendapat keredaan Allah SWT. . USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 30
Keusahawanan dalam Islam merupakan satu bentuk ibadah. Setiap aktiviti perniagaan terikat dengan syariat dan adab. Prinsip keusahawanan Islam dibentuk berpandukan kepada al-Quran dan al- Sunah. Kejayaan dalam perniagaan bagi usahawan Muslim lebih menjurus kepada mendapat keredaan Allah SWT. Keusahawanan Islam mengandungi nilai- nilai murni seperti sifat sabar, berani menanggung risiko, kreatif, berilmu pengetahuan, bersungguh – sungguh dan pelbagai sifat lain yang berkaitan perlu dihayati oleh usahawan Muslim khususnya. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 31
RUJUKAN 1. Hafidhuddin, D. (2006).Shariah Principle Management in Practice. Gema Insani. 2. Joni Tamkin, B. (2013, April 18). Head of Department, Department of Shariah and Economy, Akademi Pengajian Islam University Malaya. (P. R. Mohd. Faizal, Interviewer) 3. Khan, B., Farooq, A., & Hussain, Z. (2010). Human resource management: An Islamic perspective.Asia-Pacific Journal of Business Administration, 2(1), 17-34. 4. Nor ‘Azzah, K. (2013, April 22). Head of Department, Department of Shariah and Management, Akademi Pengajian Islam University Malaya. (P. R. Mohd. Faizal, Interviewer) 5. Nor Aishah Buang. (2013). Pendidikan Keusahawanan, Selangor : Penerbit UKM. 6. Norasmah Othman, Harinder Kaur a/p Toluk Singh, Poo Bee Tin & Norasiah Sulaiman. (2012). Globalization And The Trend In Demand For Higher Education In Malaysia. International USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 32
7. Shuhairimi Abdullah. (2013). The Characteristics of Successful Entrepreneurs from Islamic Perspective. Journal of Islamic Human Advanced Research, 3(6), 322-345. 8. Siti Muti’ah Hairan*, Norasmah Othman & Mohamed Yusoff Mohd Nor,(2015). INTERNASIONAL SEMINAR ON GLOBAL EDUCATION III 9. Siti Rahmaniah, B. (2013, June 28). Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Melaka. (P. R. Mohd. Faizal, Interviewer) 10. Yunus, A.F., Sidik, S., & Kamaruddin, K. (2019). The concept of spiritual education in Surah Ibrahim verses 35-41 According to Muhammad Quraish Shihab.International Journal Of Contemporary Islamic Education,1(1), 20-47 11. Zulkifli, C., & Saripuddin, O.A.S.S. (2015). Concept of business ethics in Islam: Approach to the entrepreneur.Journal of Asian Business Strategy,5(1), 13-18. USAHAWAN MUSLIM & CABARAN 33
Search
Read the Text Version
- 1 - 40
Pages: