BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN shorturl.at/lBU01 PERPUSTAKAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK JALAN BAKAM, 98009 MIRI SARAWAK Tel. No: 085-421201 samb. 421 Faks: 085-424178 Laman web http://www.ipgks.moe.edu.my
ISI KANDUNGAN MUKASURAT 1 KANDUNGAN 2 Pengenalan, Visi, Misi dan Objektif Waktu Perkhidmatan 3-4 Peraturan 5 Kesalahan dan Denda 6 Keahlian Perkhidmatan dan Kemudahan 7 - 10 Jenis Koleksi 11 Pengkelasan Koleksi Perpustakaan 12 Petunjuk Koleksi 13 Pelan Perpustakaan IPGKS 14 Panduan Kecemasan 15 Direktori 16 i
PERPUSTAKAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK PENGENALAN Perpustakaan merupakan salah satu unit yang terdapat di Insti- tut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) yang bertanggung- jawab sebagai nadi penggerak kepada segala aktiviti pengum- pulan, penyebaran dan penyimpanan maklumat kepada se- luruh warga institut. Ia juga berperanan penting dalam mendukung aktiviti- aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Kedudukannya yang strategik telah menjadikan Perpustakaan IPGKS lokasi tumpuan pelajar-pelajar dan ka- kitangan institut. VISI Pengaksesan maklumat dengan cepat dan tepat MISI Menjadi sebuah pusat ilmu yang lengkap dengan maklumat da- lam pelbagai bentuk media terutamanya berkaitan dengan bi- dang perguruan. OBJEKTIF Memperlengkapkan bahan-bahan dalam segala bidang khasnya yang berkaitan dengan kurikulum perguruan. Memberi perkhidmatan pinjaman dan rujukan kepada semua pelajar, staf akademik dan staf bukan akademik IPGKS serta peserta dalam perkhidmatan. 1
WAKTU PERKHIDMATAN Semasa Semester/Cuti Waktu Peperiksaan Semester Isnin - Khamis Isnin - Khamis 7.30 pagi - 9.30 malam 7.30 pagi - 4.00 petang Jumaat Jumaat 7.30 pagi - 11.00 pagi 7.30 pagi - 11.00 pagi 2.15 petang - 4.30 petang 2.15 petang - 4.30 petang Sabtu & Ahad & Cuti Am - Sabtu & Ahad & Cuti Am - TUTUP TUTUP Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Loceng isyarat akan dibunyikan 15 minit sebelum Perpustakaan ditutup. Semua pengguna dikehendaki meninggalkan Perpustakaan apabila mendengar isyarat ini. 2
PERATURAN 1. Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar/staf semasa berada di dalam Perpustakaan. 2. Keahlian tidak boleh ditukarmilik. 3. Dilarang membawa masuk beg, bungkusan dan payung ke dalam Perpustakaan. Sila simpan di bilik simpanan yang disediakan di dalam Perpustakaan. 4. Pengguna wajib berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam Perpustakaan. Pelajar dimestikan mematuhi Peraturan Pakaian Pelajar yang dikuatkuasakan oleh HEP semasa berada di dalam Perpustakaan. 5. Tempat duduk tidak boleh ditempah. Buku dan fail yang sudah lama ditinggalkan di atas meja boleh dipindahkan oleh staf Perpustakaan untuk membolehkan pengguna lain menggunakan tempat tersebut. 6. Pengguna mesti berkelakuan baik, sopan dan dilarang merokok, makan dan minum semasa berada di dalam Perpustakaan. 7. Dilarang berbual atau berbuat bising dan mengganggu ketenteraman di dalam Perpustakaan. Pengguna yang berbuat demikian boleh diarahkan meninggalkan Perpustakaan. 8. Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa berada di dalam Perpustakaan. 9. Dilarang membawa dan memindahkan bahan 3 Perpustakaan dari satu koleksi ke koleksi yang lain.
10. Pengguna haruslah mengembalikan bahan yang telah digunakan ke troli yang disediakan. Jangan biarkan bahan tersebut bersepah di atas meja. 11. Dilarang mengalih perabot atau menyalahgunakannya. 12. Dilarang membuang sampah di dalam atau di luar bangunan Perpustakaan. 13. Pengguna yang membuat salinan bahan Perpustakaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang bersabit dan bertentangan dengan AKTA HAK CIPTA. 14. Pengguna mestilah mematuhi setiap peraturan tambahan yang ditetapkan ketika menggunakan perkhidmatan / kemudahan Perpustakaan seperti perkhidmatan komputer, bilik perbincangan dan sebagainya. 15. Ahli yang menangguhkan pengajian, menarik diri, atau tamat pengajian perlu memulangkan semula bahan yang dipinjam. 16. Nama pelajar semester akhir yang tidak menjelaskan denda atau tidak memulangkan bahan yang dipinjam sebelum tamat pengajian akan dihantar ke HEP untuk tindakan selanjutnya (digantung keputusan peperiksaan). 17. Staf akademik dan bukan akademik yang bercuti belajar, tamat perkhidmatan / kontrak, berhenti atau bersara mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam. 18. Pihak Perpustakaan berhak menarik balik sebarang kemudahan yang diberikan kepada pengguna sekiranya pengguna didapati menyalahgunakan atau merosakkan kemudahan Perpustakaan. 19. Staf Perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 20. Pihak Perpustakaan berhak menambah dan meminda peraturan Perpustakaan dari semasa ke semasa. 4
KESALAHAN DAN DENDA KESALAHAN DENDA 1. Mencuri bahan Perpustakaan a) Gantung keahlian selama 1 semester. 2. Mengoyakkan bahan dengan sengaja. b) Membayar harga bahan mengikut harga semasa serta wang proses 3. Menconteng bahan dengan RM10.00 sengaja. c) Membayar harga bahan serta wang proses RM10.00 4. Merosakkan atau d) Mengesorkan tindakan yang lebih menyalahgunakan alat pan- keras kepada Jabatan HEP. dang dengar / komputer 5. Makan/minum dalam Perpustakaan 6. Menyalahgunakan perabot, mengalih/ merosakkan 7. Membuat bising/ mengganggu Gantung keahlian selama 1 bulan ketenteraman pengguna lain. 8. Menyepah/meninggalkan buku di atas meja/ rak. 9. Membawa dan menyepahkan a) Membayar harga bahan tersebut bekas makanan/ minuman di mengikut harga semasa serta bangunan Perpustakaan wang proses RM10.00 10.Menghilangkan bahan b) Menggantikan bahan yang sama Perpustakaan. serta wang proses RM10.00. 5
KEAHLIAN Keahlian Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak terbuka secara PERCUMA kepada: 1. Semua Pelajar IPGKS 2. Staf akademik IPGKS 3. Staf bukan akademik IPGKS Syarat-syarat keahlian: Borang Keahlian 1. Setiap permohonan keahlian mestilah mengisi Borang Keahlian ( ▫https://forms.gle/TPUwvjEjWqC98Ebz7 ) 2. Ahli hanya boleh menggunakan perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan oleh kelayakan masing-masing. 3. Pengguna luar yang ingin membuat rujukan perlu mengemukakan surat kebenaran dari Ketua Jabatan atau Pustakawan di tempat masing-masing. 4. Ahli adalah bertanggungjawab dalam melaporkan sebarang pertukaran alamat. 6
PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN 1. Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan 1.1 Pinjaman Hanya ahli berdaftar sahaja yang diberikan kemudahan pinjaman. Pengguna hendaklah menunjukkan Kad Pelajar/Staf ketika membuat pinjaman. Peraturan pinjaman adalah seperti berikut: 1.1.1 Mesti berdaftar sebagai ahli Perpustakaan IPG Kampus Sarawak 1.1.2 Mesti menunjukkan kad pelajar / staf setiap kali membuat pinjaman. 1.1.3 Dilarang membuat pinjaman bagi pihak pengguna lain. 1.1.4 Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam. 1.1.5 Bahan yang dipinjam mesti dikembalikan mengikut tarikh pemulangan yang ditetapkan. 1.1.6 Denda akan dikenakan jika peminjam menghilangkan, merosakkan atau lewat memulangkan bahan yang dipinjam. 1.1.7 Bahan Perpustakaan yang dibawa keluar mestilah melalui prosedur pinjaman yang sah. 1.2 Kelayakan Pinjaman *Hanya bahan yang ada duplikat sahaja yang dibenarkan untuk dipinjam keluar. Kategori Ahli Buku Am *Bahan Alat Tanda Kertas Multimedia Bantuan Merah Soalan Staf Akademik 30 hari Mengajar Peperiksaan Staf Bukan (10 naskah) 2 hari 14 hari 2 jam 1 hari Akademik (5 buah) (10 keping) (2 naskah) (5 naskah) 14 hari Tidak (2 naskah) 2 hari Tidak 2 jam dibenarkan (1 buah) dibenarkan (2 naskah) meminjam meminjam Pelajar 14 hari 2 hari 14 hari 2 jam Rujuk di (8 naskah) (2 buah) (10 keping) (2 naskah) kaunter sahaja 7
1.3 Perkhidmatan Pemulangan Bahan 1.3.1 Bahan yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang telah ditetapkan. Denda akan dikenakan kepada pengguna yang lewat memulangkan bahan. 1.3.2 Notis peringatan akan dihantar kepada pengguna. 1.3.3 Denda lewat pemulangan bahan yang hilang juga akan dikenakan dan akan dikira dari tarikh bahan itu sepatutnya dipulangkan sehingga bahan tersebut dilaporkan hilang oleh peminjam. 1.4 Denda 1.4.1 Denda Lewat Pemulangan Buku Am Lewat 1 hari - 20 sen setiap bahan Bahan Multimedia Lewat 4 minggu - harga buku + RM10.00 Alat Bantuan Mengajar Buku Tanda Merah Lewat 10 minit - 20 sen Lewat 2 minggu - harga buku + RM10.00 1.4.2 Denda menghilangkan, mengoyakkan dan merosakkan bahan: 1.4.2.1 Peminjam dikehendaki menggantikan bahan yang sama beserta dengan wang pemprosesan RM10.00 dan denda lewat pemulangan atau, 1.4.2.2 Peminjam dikehendaki membayar harga bahan tersebut mengikut harga semasa berserta dengan wang pemprosesan bahan RM10.00 dan denda lewat pemulangan. 1.4.2.3 Peminjam yang tidak memulangkan atau membayar denda akan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak HEP. 1.5 Perkhidmatan Pembaharuan Pinjaman 1.5.1 Boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi dengan syarat bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain. Dan hanya dibenarkan sekali sahaja. 1.5.2 Pembaharuan dibuat melalui telefon: 085-442421. Walau bagaimanapun pembaharuan cara ini HANYA dibenarkan kepada 8
1.6 Perkhidmatan Internet dan Multimedia 1.6.1Pengguna boleh mengakses Internet serta melayari laman web tertentu seperti PNMDigital (http://www.pnmdigital.gov.my/) untuk mendapatkan maklumat dan membantu penyelidikan. 1.6.2Pengguna boleh menggunakan perisian CD-ROM dengan kebenaran khas dan tidak dikenakan bayaran. 1.6.3Pengguna juga boleh mencari serta mendapatkan maklumat bibliografi sesuatu bahan rujukan dengan menggunakan perkhidmatan Sistem Katalog Berkomputer (OPAC) yang menggunakan aplikasi eQUIP. 1.7 Taklimat dan Pandu Arah Taklimat Perpustakaan diberi kepada ahli/ pelajar baru serta rombongan pelawat dari luar Institut IPGKS. Taklimat untuk pelajar baharu diadakan pada Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. 1.8 Pameran Bahan Baharu Pameran bahan baru dibuat dari masa ke semasa. Bahan ini akan dipamerkan di rak pameran selama 2 minggu dan boleh dipinjam. 9
KEMUDAHAN 1. Bilik Perbincangan Pada masa ini, Perpustakaan mempunyai 2 buah Bilik Perbincangan yang boleh menempatkan 15 hingga 20 orang da- lam stu-satu masa. Bilik ini digunakan untuk tujuan perb- incangan. Tempahan mesti dibuat di Kaunter Perkhidmatan sebelum menggunakan bilik ini. 2. Galeri Bilik yang menempatkan gambar-gambar serta Koleksi Khas Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak sempena sambutan Jubli Emas. 3. Ruangan Santai Pengguna boleh membaca akhbar harian serta majalah yang dilanggan oleh Perpustakaan di Ruangan Santai. Kemudahan sofa disediakan untuk ruangan ini. 4. Ruangan Multimedia Menempatkan 6 komputer disediakan untuk membantu pengguna. Pengguna boleh mengakses maklumat di internet dan mengakses koleksi multimedia di ruang ini. Pengguna mesti mendaftar di Kaunter Perkhidmatan dan mematuhi semua peraturan penggunaan yang ditetapkan. 5. Ruang Penyimpanan Barang Ruang khas untuk penyimpanan barang disediakan untuk memudahkan pengguna menyimpan beg dan benda-benda yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Perpustakaan. 6. Wayarles Perpustakaan dilengkapkan dengan kemudahan wayarles bagi memudahkan pengguna yang membawa komputer riba. 10
JENIS KOLEKSI KOLEKSI RAK TERBUKA/ PINJAMAN Merangkumi bahan-bahan yang terdiri daripada pelbagai tajuk perkara. Bahan ini boleh diakses melalui rak terbuka bagi tujuan sirkulasi. Jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada kelayakan pengguna mengikut kategori. KOLEKSI RUJUKAN Merupakan koleksi bahan rujukan seperti ensaiklopedia, kamus, istilah, buku panduan, bibliografi, indeks dan lain-lain. Koleksi ini diberi tanda R dan hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan sahaja. KOLEKSI TANDA MERAH Terdiri dari bahan rujukan yang disyorkan oleh staf akademik bagi rujukan di dalam Perpustakaan. Staf akademik akan memaklumkan dari masa ke masa judul-judul bahan yang perlu ditempatkan di koleksi ini bagi bidang masing-masing. Bahan koleksi ini ditandai dengan RS. KOLEKSI KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN Perpustakaan menyediakan Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan lepas yang diperoleh dari Unit Peperiksaan untuk rujukan pelajar dan pensyarah IPGKS. KOLEKSI RUJUKAN PENYELIDIKAN Merupakakan koleksi jurnal-jurnal, prosiding, laporan penyelidikan, dan se- bagainya yang berkaitan dengan hasil penyelidikan merangkumi pelbagai cabang ilmu. Ditandakan dengan RP dan hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan. Sekiranya kakitangan akademik ingin meminjam bahan- bahan daripada koleksi ini boleh dibuat dengan pinjaman khas. KOLEKSI TERBITAN BERSIRI Menempatkan jurnal, majalah, keratan suratkhabar, tesis, bahan-bahan yang dijilid dan lain-lain. KOLEKSI BAHAN RUJUKAN DIGITAL Menempatkan alat pandang dengar seperti pita video, pita audio, cakera padat, dvd, cd-rom dan dalam bentuk digital. 11
PENGKELASAN KOLEKSI PERPUSTAKAAN Koleksi Perpustakaan dikelaskan mengikut Dewey Decimal Classification Systems. Ringkasan pengkelasannya adalah seperti berikut: Sistem Pengkelasan DDC 10 Perkara Utama 000-099 Karya-karya Am 100-199 Falsafah 200-299 Agama 300-399 400-499 Sains Kemasyarakatan 500-599 Bahasa 600-699 700-799 Sains Tulen & Matematik 800-899 Sains Teknologi 900-999 Kesenian Kesusasteraan Geografi & Sejarah Setiap bahan yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan telah direkodkan dan diberi nombor khas yang unik bagi memudahkan proses pengesanan dan pencarian bahan. Nombor tersebut dikenali sebagai nombor panggilan. Setiap nombor panggilan yang diberi adalah tertakluk kepada arahan dan tatacara pengkelasan dalam Dewey Decimal Classification Systems. 12
PETUNJUK KOLEKSI KOD KOLEKSI Koleksi Am RS Koleksi Tanda Merah R Koleksi Rujukan RP Koleksi Rujukan Penyelidikan F Koleksi Fiksyen Bahasa Melayu F Koleksi Fiksyen Bahasa Inggeris Koleksi Bahasa Cina M Koleksi Terbitan Bersiri AV Koleksi Multimedia 13
14
PANDUAN KECEMASAN Apabila berlaku kecemasan; Alat penggera / siren akan berbunyi. JANGAN panik. TINGGALKAN semua bahan Perpustakaan di atas meja. Bawa barang-barang anda yang berharga sahaja. JANGAN berebut atau bertolak-tolakan. Kakitangan Perpustakaan akan memandu anda keluar melalui pintu-pintu kecemasan. Sekiranya terdapat masalah, kakitangan Perpustakaan bersedia membantu pengguna. 15
DIREKTORI Perpustakaan Insitut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak Puan Rosfatimah bin Wasli Pustakawan 085-421201 samb 410 085-442410 Puan Dayang Suhailah Mohd Jaafar Pembantu Pustakawan 085-421201 samb 421 085-442421 Puan Princella Ram Bahadur Pembantu Pustakawan 085-421201 samb 421 085-442421 Pn Norsiah bt. Omar Pembantu Operasi 085-421201 samb 421 085-442421 Encik Alwi Kamar Pembantu Operasi 085-421201 samb 421 085-442421 16
Search
Read the Text Version
- 1 - 18
Pages: