Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore QRCODE PANTAI PASIR BOGAK

QRCODE PANTAI PASIR BOGAK

Published by cikmudawannyxgaming, 2023-02-07 10:14:50

Description: QRCODE PANTAI PASIR BOGAK

Search

Read the Text Version

Bertempatkan di Pulau Pangkor, Pantai Pasir Bogak terletak kira- kira 5 km dari Pekan Pangkor. Untuk ke pantai ini, pengunjung perlu mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor. Panjang pantai ini lebih kurang 1.3 km dan terkenal dengan aktiviti berkelah, bermandi-manda, sukan air, berbasikal dan memancing.

BUAIAN KAYU NIBONG PASIR BOGAK Sebanyak lima buaian yang dibina oleh Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung telah siap sepenuhnya. Buaian yang dibuat daripada batang nibong manakala bangku buaian daripada kayu cengal terletak di Pantai Pasir Bogak. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana buaian yang berketinggian 10 hingga 12 kaki persegi dijamin selamat diguna. Tulisan Jawi dijadikan tulisan papan tanda buaian tersebut, adalah untuk menggalakkan pelancong mendekati tulisan Jawi sebagai satu skrip penulisan indah, mudah dan perlu dikuasai semua sebagai legasi budaya dan warisan masyarakat negara ini.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook