BUKU CERITA KANAK-KANAK KEMBARA SATU MALAM NURHAIFA ADILAH ANAS
Watak dan perwatakan ADAM (watak utama) Anak tunggal yang baru dua minggu kehilangan org tuanya tinggal dengan neneknya dikampung seorang cucu yang baik kerana menolong neneknya berniaga. Boji Seekor monyet yang petah berkata-kata. Prihatin terhadap Adam yang sesat di hutan.
Watak dan perwatakan Tok Mahardika Seekor singa yang sudah berusia. seorang yang cerdik pandai dan tahu selok-belok Hutan Utopia. . Nenek Hanya keluarga yang Adam ada. Berniaga sebagai sumber pendapatan. tinggal di kampung.
Bunyi bising didapur. Pada malam itu hujan turun dengan sangat lebat. Jam di dinding sudah menunjukkan lepas waktu tengah malam. Namun, Adam masih tidak dapat menutup mata meskipun badannya sudah penat menolong nenek berniaga seharian. Sedang leka Adam melayan perasaan, tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur tapi tidak dihiraukan kali pertama. Namun, hatinya jadi tidak senang bila bunyi bising itu kembali kedengaran. Adam gagahkan diri bangun dari katil untuk memeriksa bunyi bising didapur. Pintu usang misteri. Sampainya di dapur, Adam merenung kekeliruan ke arah pintu yang kelihatan usang berada betul-betul ditepi peti sejuk. Melihat tiada yang aneh didapur selain pintu itu, Adam yakin punca bunyi bising itu pasti disebalik pintu usang tersebut.Satu bau seperti bunga-bungaan menyapa hidung sebaik sahaja pintu dibuka. Berbekalkan saki baki keberanian yang ada, Adam melangkah masuk kedalam. Adam tercari-cari suis lampu Kakinya terus menuju kehadapan dengan sifat ingin tahu apa yang ada disebalik pintu usang ini. Namun, rasa takut mula mengambil alih apabila dia sedar yang dia sudah berjalan agak lama seolah-olah pintu itu membawanya ketempat yang tiada penghujung. Adam segera berpaling kebelakang untuk berpatah balik. Adam berlari sekuat hati kearah pintu usang itu. Tangan Adam terasa sangat sejuk dan peluh mulai membasahi bajunya. Adam tidak hirau dan terus berlari tetapi terasa seolah jaraknya dengan pintu itu langsung tidak berkurang. Matanya mula bergenang, jantungnya berdegup semakin kencang tiba-tiba, Adam tersadung lalu tidak sedarkan diri.
Air terjun indah di tengah hutan. Adam tersedar apabila terasa ada cahaya terik memancar kearahnya. Adam duduk dan melihat sekeliling cuba memproses apa yang berlaku. Adam mula panik bila sedar bahawa dirinya berada di tengah hutan tebal berkaki ayam. Dia beranggapan bahawa hutan itu ialah hutan dibelakang rumah neneknya. Adam mula berjalan berharap dia jumpa arah pulang ke rumah neneknya. Sekitar 20 minit berjalan kedengaran dari jauh bunyi deruan air yang begitu kuat, selang beberapa langkah, mata Adam seakan tidak dapat berkelip, terpukau melihat keindahan air terjun yang tersembunyi di tengah hutan itu. Berlatarkan pokok hutan yang mungkin berusia ratusan tahun serta sinaran mentari segar melalui celah dedaun menghidupkan lagi suasana. Meskipun dengan fikiran yang bercelaru bercampur perasaan takut berada di tempat yang asing, tidak dapat Adam nafikan betapa indahnya pemandangan dihadapannya kini. \"Nama aku Boji\" “Siapa kau?”. Sedang leka Adam menikmati air dingin sungai itu, ada satu suara yang menyapanya dari belakang. Adam menoleh kebelakang. Namun, tiada siapa dibelakangnya. Segera Adam naik keatas dan memakai bajunya. “Hei budak, aku cakap dengan kau”. Akhirnya, Adam mendongak kepalanya dan melihat diatas dahan sebuah pokok. Terbeliak mata Adam bila dapat tahu empunya suara tadi ialah seekor monyet. “Apa nama kau” tanya monyet itu. “Adam”. “Kau boleh panggil aku boji. Adam kau tak sepatutnya ada dekat sini. Ini bukan tempat kau”. “Macam mana kau boleh sampai sini?”. Dengan harapan Boji dapat membantunya, Adam pun menceritakan bagaimana dia terjumpa pintu usang yang membawanya ke hutan itu.
Tok Mahardika, penduduk lama di Utopia. Setelah mendengar cerita Adam, Boji pun berkata, “Mari ikut aku. Kita pergi berjumpa dengan Tok Mahardika. Dia orang lama disini. Pasti dia tahu bagaimana nak bantu kau”. Tanpa bersoal, Adam ikut Boji menuju ke perkampungan dimana Tok Mahardika berada. Setelah sampai di tengah kampung, terdapat sebuah rumah batu. Tanpa berlengah, Boji mengetuk pintu rumah tersebut. “Tok Mahardika, Boji datang ada hajat tok” laung Boji dengan kuat. Tidak lama kemudian, keluar seekor singa yg sudah jelas berusia. Riak wajahnya berubah sebaik saja matanya singgah pada Adam. Sebaik sahaja mendengar penjelasan daripada Boji, Tok Mahardika berkata “Pergi ke pinggir hutan. Di sana kamu akan jumpa sebuah perigi lama. Itu satu- satunya jalan pulang ke dunia kamu”. Tok Mahardika berhenti sejenak kemudian sambung berkata \"Boji, aku amanahkan kamu bawa anak muda ini pulang secepatnya. Dia tidak boleh lama-lama dalam dunia kita”. Boji yang petah berkata-kata hanya mampu mengangguk seolah-olah faham maksud tersirat Tok Mahardika. Jalan pulang rumah nenek. Perjalanan menuju ke pinggir hutan mengambil masa yang agak lama. Sepanjang perjalanan, Adam sempat berkenalan dengan ramai penghuni dihutan itu. Akhirnya, setelah kira-kira hampir 2 jam berjalan kaki, mereka jumpa sebuah perigi yang disebut Tok Mahardika. “Kau mesti pergi sekarang Adam” kata Boji. Adam mejadi sayu terpaksa berpisah dengan kawan yang dikenalinya itu. Terus Adam memeluk Boji dan berterima kasih kepadanya. Sebelum Adam masuk kedalam perigi itu, Boji hadiahkan Adam topi miliknya sebagai tanda peringatan. Tanpa membuang masa, Adam masuk kedalam perigi itu dan perlahan-lahan Adam tenggelam ke dasar perigi.
Mimpi atau Realiti? “Adam…Adam…Adam” Adam terjaga dari tidur bila terdengar suara nenek memanggilnya. Terus dia meloncat turun dari katil dan memeluk neneknya seolah-olah sudah lama tidak berjumpa. “Kenapa ni Adam? Cepat pergi mandi. Nenek dah nak pergi kedai ni” “okay nek”. Adam masih keliru samada apa yang dilaluinya itu hanyalah sebuah mimpi atau realiti. Sedang Adam mengemas katilnya, kakinya tersepak satu objek di bawah katilnya. Adam pun membongkok mencapai objek itu. Topi. “Boji” bisik Adam sambil tersenyum. Tamat
Search
Read the Text Version
- 1 - 7
Pages: