Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PMS 10_1 Ogos_Serumpun Wangian Ilmu

PMS 10_1 Ogos_Serumpun Wangian Ilmu

Published by g-06243994, 2023-02-17 02:05:29

Description: Untuk kegunaan dalaman sahaja

Search

Read the Text Version

Serumpun Wangian Ilmu Yunani bermaksud yang terpuji adalah merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Dakwah yang jelas menunjukkan pengarang turut menggunakan Kitab Injil dan Bible untuk membincangkan Nabi Muhammad dalam novel 1511H [Kombat] dan menegaskan kewujudan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa yang sama daripada sumber tersebut turut membincangkan kewujudan Nabi Muhammad SAW dengan merujuk sumber luar daripada Kitab Injil. Hal ini dilakukan oleh pengarang kerana tertarik dengan fikiran-fikiran luar yang kemudiannya diambil untuk ditulis dalam karya (Mana Sikana, 1998: 78). Hal tersebut dapat dilihat apabila doktor Islam yang merawat orang kafir tadi menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW memang ada dibincangkan dalam kitab Injil namun fakta ini telah diubah oleh orang Barat. Pengakuan ini dinafikan oleh pesakitnya yang tidak mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW terdapat dalam kitab Injil. Penafian ini dijelaskan oleh Doktor Abdul Kader Aras dengan keras untuk menegah pesakitnya daripada terus mengeluarkan hujah tanpa bukti yang jelas. Berikut adalah petikan tersebut: Doktor berkata bahawa Muhammad ada dalam Injil. Doktor muda berhujah bahawa Nabi Muhammad S.A.W memang ada dalam injil, tetapi fakta ini digelapkan. (1511 H [Kombat]: 26) Hujah ini dipetik turut dipetik dari sumber Ustaz Johari Yaman bertajuk Mengenali Rasulullah (2008: 73) dan hipogram Kitab Sirah Rasulullah SAW tulisan Syeikh Muhammad al-Khudhari Bik dan diterjemahkan oleh Ust. Hj. Mohd Asri Hj. Hashim (2009: 51). Berikut adalah wacana yang dipetik daripada kedua-dua buku tersebut: Kitab Injil Barnaba telah menyebut nama Muhammad secara jelas. Kitab ini baru saja ditemui tetapi ia disembunyikan oleh tangan-tangan yang jahil. Sumber tersebut menjelaskan cerita Nabi Isa yang memberitahu kaumnya tentang kehadiran Muhammad atau Ahmad dan disebutkan juga sifat-sifat Muhammad yang akan membawa kebenaran. Nabi Isa sendiri amat meyakini akan kehadiran Nabi Muhammad SAW. Novel 1511H [Kombat] ini juga turut menceritakan hal yang sama tentang kebenaran kewujudan Nabi Muhammad SAW. Kedua-dua wacana yang dipetik ini menunjukkan berlakunya pengubahsuaian terhadap fakta yang telah dilakukan oleh pengarang untuk menegaskan bahawa nama Nabi Muhammad SAW memang jelas terkandung dalam kitab Injil walaupun dinafikan oleh orang kafir. Nabi Isa yang dikatakan “Tuhan” oleh penganut agama Kristian turut mengakui kehadiran Nabi Muhammad SAW. Maka, sepatutnya pengakuan Nabi Isa tersebut turut diperakui oleh pengikut-pengikut Nabi Isa yang lain yang menganut agama 139

Serumpun Wangian Ilmu Kristian. Namun, hal itu tidak berlaku kerana agama Kristian tetap tidak mahu mengakui wujudnya Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir seperti yang diakui oleh pesakit tersebut kepada doktor yang merawatnya. Penggunaan Bible dan penyebutan kitab Injil yang dirujuk sebagai sumber oleh Faisal Tehrani untuk disesuaikan dengan karya menjelaskan berlakunya proses pengubahsuaian dalam karya. Untuk memperlihatkan perkaitan rujukan sumber, Faisal Tehrani turut memasuki gereja ketika berada di Jerman pada tahun 2006 sewaktu perayaan Krismas. Beliau melihat sendiri upacara keagamaan masyarakat Kristian di sana untuk memperlihatkan perkaitan dan simbolisme upacara penyembahan terhadap Nabi Isa. Asas ini turut dijadikan sumber untuk memindahkan Bible tersebut dalam karya dengan membuat sedikit pengubahsuaian. Interpretasi daripada kedua-dua petikan tersebut menjelaskan pengertian yang sama yang menunjukkan fakta yang digunakan oleh pengarang dalam karya benar-benar berlaku dan bukannya rekaan magis pemikirannya kerana kewujudan Nabi Muhammad SAW turut diakui dalam kitab Injil dan Bible. Faisal Tehrani menggunakan sumber sebenarnya untuk berdakwah berasaskan kebenaran agar pembaca memperakui kebenaran serta kemurnian Islam seperti yang diakui oleh Hashim Awang ketika mengulas novel Hidayah dalam majalah Dewan Sastera dengan menggunakan pendekatan dakwah (Hashim Awang, 1993: 74). Jelaslah, menerusi kajian terhadap novel 1511H [Kombat] menjelaskan bagaimana Faisal Tehrani sebagai seorang pengarang novel yang merujuk sumber sebenar untuk membongkar kebenaran di sebalik kewujudan Nabi Muhammad SAW. Setiap bukti dan keterangan daripada sumber-sumber sebenar itu dijadikan sebagai bukti dan dijalin dengan baik dalam bentuk penceritaan karya kreatif yang menarik. Kejadian yang ditimbulkan oleh pengarang ini menerusi sumber-sumber yang sebenar untuk tidak menimbulkan keraguan dalam sejarah Islam agar barat tidak akan mudah menukarkan fakta kebenaran tentang kewujudan Rasulullah. Sumber Sebenar Dapat Mengetahui Asal-usul Ketamadunan Orang Islam Perbincangan seterusnya tentang sumber yang membolehkan seseorang mengetengahkan asal-usul kegemilangan Islam dan dunia Islam pernah disanjung suatu ketika dahulu. Dalam novel Manikam Kalbu, Faisal Tehrani memetik sumber yang mencetuskan fenomena tentang kebenaran ketamadunan orang Islam yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang. Cerita ini dimulakan dengan perekaan busana muslim ini menerusi watak Ziryab yang dipetik daripada teks ilmiah oleh pengarang untuk memantapkan menyerlahkan kebenaran fakta. Ini jelas kelihatan apabila pengarang mengambil nama Ziryab yang diambil daripada nama pereka 140

Serumpun Wangian Ilmu Islam yang terkenal suatu ketika dahulu yang bernama Abul Hasan Ali ibnu Nafi yang lahir di Iraq pada tahun 789 Hijrah. Sumber sebenar yang dirujuk ialah Muslim Spain Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974). Berikut adalah keterangan yang menunjukkan rujukan sumber dalam Manikam Kalbu yang dituturkan oleh watak Cikgu Natasya dan ditujukan kepada Ziryab: “Ziryab nama pereka fesyen terkenal Islam. Dia juga seorang ulama”. “Ziryab itu nama sebenarnya Abul Hasan Ali ibnu Nafi. Dia lahir di Iraq pada tahun 789 Hijrah. Beliau ahli muzik dan anak murid kepada ulama muzik terkenal, Ishak al-Mausili ketika era kehebatan dinasti Abbasiyah. Malah dia sangat masyhur di Andalusia dan dikatakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan fesyen musim dingin dan fesyen musim panas. Juga fesyen untuk musim gugur dan musim bunga. Ziryab juga bertanggungjawab memperkenalkan seni dandanan rambut termasuklah barangan kecantikan seperti produk kosmetik, ubat gigi, dan deodoran ke Eropah”. (Manikam Kalbu: 54-56) Kata-kata daripada Cikgu Natasya ini memberi perangsang dengan mengingatkan Ziryab untuk berdakwah melalui rekaan fesyen terkini yang bersesuaian dengan fitrah orang Islam. Penggunaan watak Ziryab dalam Manikam Kalbu yang berpandukan kepada watak sebenar semasa zaman Abbasiyah dan terkenal di Andalusia menunjukkan penggunaan watak sebenar oleh pengarang yang diambil dari zaman tersebut ke dalam novel. Berikut adalah sumber sebenar yang dirujuk untuk menggambarkan kelebihan dan ketokohan Ziryab pada zaman Abbasiyah dan semasa kerajaan Andalusia. But the most important émigré was Ali Ibn Nafi, known as Ziryab (789 – 857). He was probably a client (mawla) who was brought up and educated in Baghdad. According to Ibn Rabbihi , he was a black slave of the famous musician … who trained him in the arts of music and singing. Ziryab became the boon-companion of his patron, and introduced new fashions in hair styles, culinary arts, table etiquette, and dresses for every season and occasion (Anwar G. Chejne, 1974: 372) Sumber yang dikenal pasti ini menceritakan perihal Ziryab yang hidup zaman kegemilangan Islam di Andalusia dan beliau amat terkenal dalam pelbagai bidang seperti memperkenalkan fesyen rambut, seni kulinari, dan juga mereka baju untuk pelbagai musim. Ketokohan Ziryab pada zaman Abbasiyah ini menjadi pedoman kepada Faisal Tehrani untuk menamakan watak Ziryab dalam novel Manikam Kalbu. Ketokohan dan kepakaran Ziryab ini ditafsirkan kepada seorang watak remaja yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang jahitan busana muslim. Kebolehan 141

Serumpun Wangian Ilmu Ziryab ini adalah bakat warisan yang diperoleh daripada neneknya bernama Zainon Abdullah yang pernah menjadi tukang busana istana Maziah, Istana Bukit Chandan dan Istana Bukit Serene (Manikam Kalbu: 350). Ziryab dalam Manikam Kalbu diberikan peranan lebih besar untuk menyesuaikan busana Melayu dengan keperluan semua zaman yang tidak menyalahi etika dan hukum untuk orang Islam. Sisipan perenggan daripada sumber sebenar yang agak ringkas namun telah dijadikan ukuran sebagai asas perluasan watak, iaitu daripada cerita seorang pereka pada zaman Abbasiyah sehingga membawa kepada kegemilangan watak Ziryab dalam novel ini. Dalam Manikam Kalbu ini, watak Ziryab ini diperluaskan lagi peranannya sebagai seorang pereka busana yang berjaya membawa ciptaannya ke peringkat antarabangsa dan telah diiktiraf melalui kemenangannya dalam pertandingan tersebut. Ketokohan watak Ziryab ini menjelaskan pengarang cuba mengetengahkan seorang anak muda yang berjiwa kental dan bersemangat waja untuk menjadikan busana muslim sebagai agenda dakwahnya ke peringkat antarabangsa menerusi berpakaian. Persamaan yang jelas antara watak dalam Manikam Kalbu dengan sumber tersebut ialah, kedua-duanya memiliki kepakaran untuk mereka cipta busana. Namun, perbezaan yang jelas, Ziryab dalam Manikam Kalbu dijadikan watak yang menunjukkan kepakaran menjahit baju untuk kegunaan umat Islam. Manakala Ziryab yang dipetik daripada sumber tersebut menjadikan kepakarannya sebagai komersial di samping turut memperkenalkan beberapa jenama dan produk yang lain. Jelaslah, dalam novel Manikam Kalbu ini menunjukkan berlakunya perluasan peranan watak terhadap watak utama dengan membuat susunan watak berasaskan persamaan dan perbezaan peranan masing-masing (Kristeva, 1980: 78). Ketokohan Ziryab pada zaman Abbasiyah ini menjadi pedoman kepada Faisal Tehrani untuk menamakan watak Ziryab dalam novel Manikam Kalbu. Ketokohan dan kepakaran Ziryab ini ditafsirkan kepada seorang watak remaja yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang jahitan busana muslim. Jelaslah, watak Ziryab dalam Manikam Kalbu ini diadakan untuk memperkukuhkan konsep dakwah, iaitu mengajak manusia melakukan islah (nilai pembaikan) melalui etika berpakaian yang betul. Menurut al-Ghazali nilai pembaikan melalui tingkah laku penting untuk mempamerkan kebaikan dari segi sikap dan pemikiran ke arah pegangan hidup yang lebih baik (Kamariah Kamarudin, 2011: 316). Hal tersebut juga menjelaskan pendakwah sebagai seorang agamawan yang memahami dengan baik corak amalan melalui berpakaian untuk menutup aurat. Ini juga adalah peringatan jihad kepada umat Islam agar berpakaian mengikut syarak dan tidak menyalahi kehendak agama Islam yang menjadi tuntutan dan kewajipan kepada semua umat Islam. Kepakaran Ziryab mereka pakaian yang bersumberkan cerita pada masa pemerintahan Abasiyah ini menjelaskan juga kegemilangan rekaan fesyen yang menjadi kegilaan masyarakat terutama anak-anak remaja sebenarnya bukanlah 142

Serumpun Wangian Ilmu dibawa oleh Barat. Sumber ini menjelaskan bagaimana Ziryab sebagai pereka busana pada zaman itu dikagumi kerana kebolehannya dalam bidang ini dan juga kepakarannya dalam bidang yang lain seperti memperkenalkan rekaan resyen rambut dan juga seni kulinari. Ziryab bukan sekadar mahir mencipta busana, namun beliau juga telah memperkenalkan empat musim pakaian untuk dipakai yang bersesuaian dengan peredaran musim yang berlaku di dunia. Oleh itu, kegemilangan fesyen rekaan baju terutama yang melibatkan pakaian pertukaran musim ini asalnya direka dan dicipta oleh orang Islam dan bukannya dicipta oleh orang Barat. Kemajuan yang dinikmati oleh Barat merupakan cedokan daripada kemajuan yang pernah wujud di dunia Islam dahulu (Mohd Asri Zainul Abidin, 2008: 188). Hal tersebut berlaku apabila tamadun Islam berpindah tangan dan menjadi milik Barat ketika Sepanyol dan Portugal kalah di tangan Barat (Mahayudin Hj. Yahya, 2001: 183) bermula dengan pengambilalihan Andalusia pada tahun 492 Hijrah. Maka tidak hairanlah, dunia menganggap Barat menjadi pelopor ketamadunan berpakaian sehinggakan umat Islam sendiri terbawa-bawa dan meniru corak pemakaian mereka. Salah faham dan salah tafsir ini telah menenggelamkan ketokohan ilmu berbusana yang telah diperkenalkan oleh orang Islam, sekaligus hak orang-orang Islam mula dinafikan oleh Barat. Dari semasa ke semasa rekaan itu diubahsuai dan disesuaikan dengan perubahan masa untuk memberikan nilai tambah pemakaian mengikut zaman tertentu dan terkini untuk kecantikan penampilan setiap hari. Di samping memakai baju mengikut trend terkini untuk kecantikan, juga menjelaskan bagaimana keindahan membawa kebaikan dan kebaikan tidak bermakna sekiranya tidak memancarkan keindahan (Hashim Awang, Dewan Sastera, 1994: 14) melalui penampilan diri dengan berpakaian mengikut syariat Islam. Interpretasi di sebalik peristiwa tersebut menjelaskan orang Islam boleh berpakaian mengikut peredaran masa asalkan tidak melanggar hukum. Kesannya memperlihatkan orang Islam boleh menerima perkembangan gaya berpakaian terkini tanpa melanggar syariat berpakaian dalam agama. Jelaslah novel yang ditulis oleh Faisal Tehrani dengan mengambil sumber sebenar daripada buku ilmiah tersebut berjaya menyelongkar aspek kegemilangan busana Islam suatu ketika dahulu sewaktu pemerintahan kerajaan Abasiyah. Bukan itu sahaja, kegemilangan ini dapat dibuktikan dengan rekaan-rekaan barang yang lain seperti ubat gigi, sikat, deodoran dan sebagainya. Kegemilangan dan sumbangan tamadun Islam ini turut diakui oleh Barat seperti yang diperakui sendiri oleh Robert Briffault (Rasid Muhammad, 2010: 138). Robert Briffault mengatakan bahawa sains yang bangkit di negara Eropah adalah diperkenalkan oleh orang orang Islam dari Arab (ibid). 143

Serumpun Wangian Ilmu Keyakinan Kewujudan Akhirat Menerusi Kisah-kisah dalam Al-Quran. Dalam novel Tuhan Manusia, Faisal Tehrani telah merujuk sumber daripada al-Quran untuk menyatakan bahawa manusia seharusnya berpegang kepada kepercayaan kepada akhirat yang menjadi salah satu daripada rukun iman umat Islam. Untuk itu, amalan di dunia dengan akhirat akan diambil kira sebagai tugas manusia apabila dibangkitkan di akhirat nanti. Hubungan antara tugas manusia di dunia dan di akhirat ini jelas dilihat dalam Tuhan Manusia dengan memindahkan sepenuhnya petikan al-Quran daripada surah at-Taubah, ayat 106. Cuma, dalam surah at-Taubah, ayat 106 ini pengarang mempersoalkan golongan bukan Islam yang melakukan kebaikan melalui watak Zehra. Zehra tidak bersetuju dengan keterangan yang diberikan oleh Profesor Mahfuz tentang hukuman kepada orang bukan Islam dan beliau mempertikaikan hukuman kepada orang yang melakukan kebaikan. Maka hal tersebut jugalah petikan daripada al-Quran yang diucapkan oleh Profesor Mahfuz dalam Tuhan Manusia yang dipindahkan oleh pengarang seperti berikut: “Dan ada pula orang-orang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah; adakalanya Allah akan mengazabkan mereka dan adakalanya Allah akan menerima taubat mereka. Dan Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (Tuhan Manusia: 188) Berikut pula adalah ayat al-Quran yang dipetik terus dan dipindahkan oleh pengarang ke dalam novel ini: “Dan ada pula orang-orang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah; adakalanya Allah akan mengazabkan mereka dan adakalanya Allah akan menerima taubat mereka. Dan Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (Terjemahan al-Quran Darul Iman, 2007: 203) Dalam terjemahan ini menjelaskan bahawa Allah SWT sentiasa menerima taubat hamba-hamba-Nya. Allah juga sentiasa melihat setiap perlakuan dan perbuatan sama ada orang beriman ataupun tidak kerana Allah Maha Mengetahui segala perkara yang nyata ataupun perkara yang ghaib. Setiap perbuatan hamba- Nya akan dipertimbangakan dan akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya. Ada juga dalam kalangan orang yang ditangguhkan dulu keputusan Allah kerana beberapa perkara yang diambil kira oleh Allah SWT atas kebaikan yang pernah dilakukan semasa hidup. Kedua-dua petikan ini memperlihatkan persamaan yang jelas semasa menjelaskan balasan akhirat kepada orang Islam dan kepada orang bukan Islam yang sering melakukan kebaikan. Kedua-dua petikan tersebut jelas menunjukkan berlakunya penjelasan tentang penceritaan berkaitan akhirat oleh pengarang. Nasib 144

Serumpun Wangian Ilmu orang-orang yang berbuat kebaikan seperti Mother Theresa dan Mahatma Ghandi yang dipersoalkan oleh Zehra telah dijawab oleh Profesor Mahfuz melalui keterangan daripada petikan ayat al-Quran tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada Zehra dan juga pelajar-pelajar yang hadir dalam majlis tersebut. Menurut Profesor Mahfuz, golongan bukan Islam yang sentiasa membuat kebaikan digelar marjauna liamrillah iaitu nasib orang-orang sebegini akan ditentukan oleh Allah di akhirat nanti. Perbincangan syurga dan neraka melalui surah daripada al-Quran ini mengingatkan pembalasan kepada setiap perbuatan manusia dalam novel ini disampaikan kepada orang bukan Islam untuk mendorongnya mempercayai kewujudan dunia yang akan diambil kira di akhirat nanti. Watak bapa kepada Ali Taqi yang menyampaikan cerita secara bijaksana semasa kuliah subuh dengan menyelitkan dua ayat al-Quran iaitu surah al-Baqarah ayat 200 dan surah al-Qashah ayat 77 telah mendorong Tse sebagai orang bukan Islam memikirkan perkaitan antara dunia dan akhirat. Kebijaksanaan penyampaian bapa Ali Taqi ini membuatkan Tse mendapat cahaya hidayah dari Allah SWT untuk memeluk Islam. Kata-kata tersebut yang telah mendorong Tse untuk memeluk Islam seperti berikut: Ayat itu sentiasa mengingatkanmu betapa dunia adalah laluan akhirat. “Dunia dan akhirat bersatu. Dalam Islam, umatnya diajar untuk berjaya di dunia dan mendapat kebahagiaan di akhirat”. (Tuhan Manusia: 210) Ayat al-Quran tersebut telah mendorong Tse memikirkan perkaitan antara dunia dan akhirat sehingga beliau mengakui kebenarannya dengan mengucap dua kalimah syahadah untuk memeluk Islam. Petikan surah al-Quran tersebut menjelaskan juga bagaimana sumber daripada al-Quran tersebut dapat mendorong pendengarnya membuat pertimbangan kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh di dunia dan juga akhirat. Kebahagiaan di dunia tidak akan bermakna sekiranya tidak dicapai kebahagiaan di akhirat. Malahan, sumber al-Quran itu turut mendorong manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat dan Allah tidak sekali- kali mencegah daripada mencari keuntungan di dunia juga kerana tugas-tugas manusia di dunia akan diambil kira di akhirat kelak. Keberkesanan kaedah penyampaian watak bapa Ali Taqi dalam Tuhan Manusia menunjukkan sumber al-Quran diguna pakai dan dijelaskan dengan cara berhikmah dan penuh keilmuan sehinggakan orang bukan Islam turut tertarik dengan Islam. Penjelasan tersebut turut menjadi daya tarikan kepada Tse untuk memeluk agama Islam yang mempersoalkan kemurnian dan kelebihan agama Islam sehingga menimbulkan daya tarikan yang lebih terhadap agama Islam dalam kalangan insan Muslim ataupun bukan Muslim yang dibincangkan dalam Seminar Pasca Sarjana di Port Dickson (Hashim Awang, Dewan Sastera, 1993: 74). Penyampaian secara berhikmah ini menunjukkan kaedah yang digunakan oleh Faisal Tehrani melalui sumber rujukan al-Quran untuk berdakwah kepada khalayak. 145

Serumpun Wangian Ilmu Keberkesanan kaedah penyampaian dengan bijaksana ini turut ditunjukkan bukti yang jelas oleh Profesor Mahfuz apabila beliau berjaya mematahkan hujah Zehra. Zehra yang sengaja menyalahtafsirkan ayat al-Quran surah at-Taubah, ayat 106 dengan mempersoalkan kedudukan orang-orang bukan Islam yang banyak melakukan kebaikan seperti mother Theresa dan Mahatma Ghandi. Zehra mempersoal dan mempertikaikan golongan sebegini yang akan mendapat pembalasan neraka di akhirat kelak. Profesor Mahfuz menerangkan dengan bijaksana sehinggakan Zehra tidak mampu lagi untuk mempermainkan ayat suci al-Quran tersebut. Profesor Mahfuz telah merumuskan terjemahan surah at-Taubah, ayat 106 dengan lembut bahawa setiap manusia akan diadili dan setiap perbuatan di dunia diketahui oleh Allah SWT untuk memberikan balasan yang setimpal. Penerangan tersebut menunjukkan Profesor Mahfuz seorang ahli akademik dan pendakwah yang berjaya mendorong Zehra menerima pendapatnya kerana memiliki ilmu yang kuat dan mantap dalam mematahkan hujah orang yang keliru tentang pembalasan di akhirat. Ternyata penyampaian dakwah sedemikian memerlukan ilmu yang tinggi untuk mematahkan hujah orang yang masih keliru dan cuba memperlekehkan kandungan al-Quran. Hujah sedemikian turut mendorong orang Islam memperteguhkan konsep kepercayaan kepada akhirat yang menjadi salah satu daripada kepercayaan kepada rukun Iman yang menjadi pegangan mereka orang Islam selama ini. Jelaslah, orang yang berilmu sememangnya banyak merujuk perihal yang sebenar dan mampu menjawab hujah-hujah yang cuba menggugat kebenaran Islam. Sekiranya seseorang memiliki ilmu yang mantap, sukar untuk sesiapa sahaja mempertikaikan perkara-perkara yang tidak boleh dijangkau oleh pemikiran biasa terutama hal-hal yang berkaitan dengan alam ghaib. Orang yang mampu berhujah dengan baik akan dapat membuatkan seseorang menerima alasan dan bukti yang diberikan dengan mudah. Untuk memastikan hujah-hujah disampaikan dengan baik, maka perlunya bentuk pembacaan yagn mendalam teutama bagi pendakwah yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah menerusi hujah-hujah yang dipetik daripada al-Quran. Oleh itu, sumber yang dirujuk terutama daripada al-Quran mampu meletakkan seseorang individu mematahkan hujah kepada orang-orang yang sentiasa meragui kesucian al-Quran dan kebenaran agama Islam. KESIMPULAN Perbincangan bersumberkan fakta yang sebenar membolehkan seseorang manusia mampu berhujah dan berdiskusi dengan baik untuk menjelaskan sesuatu isu. Kebolehan ilmu yang dimiliki menerusi pembacaan mematangkan seseorang untuk berhujah dan tidak menerima sahaja tanpa menilai kebenaran yang hakiki. Seseorang yang berilmu turut disebut di dalam al-Quran dengan istilah Ulul Albab dan istilah ini disebut sebanyak 16 kali dalam al-Quran (Mohd Asri Zainul Abidin, 2008: 371). Perkataan Ulul Albab ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman 146

Serumpun Wangian Ilmu yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat dan kemuncaknya mereka akan menemui hakikat kebenaran yang boleh menyelamatkan kehiduapn mereka di dunia dan di akhirat (ibid). Insan berilmu yang merujuk sumber sebenar terutama sumber daripada kitab al-Quran menjadikan seseorang mampu berkata-kata dengan baik dan berhujah dengan matang untuk menegakkan kebenaran. RUJUKAN Anwar G. Chejne. (1974). Muslim Spain Its History and Culture. United Kingdom; The University of Minnesota Press, Minneapolis. Danial Zainal Abidin. (2008). Minda muslim super. Selangor: PTS Millenium Sdn. Bhd. Faisal Tehrani. (1511H). [Kombat]. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn. Bhd. Faisal Tehrani. (2007). Tuhan Manusia. Selangor: al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. Hashim Awang. (1993). Menilai novel Hidayah dengan pendeatan dakwah dalam Dewan Sastera, November. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. (1994). Metodologi kesusasteraan Islam: kaedah penilaian dalam Dewan Sastera, Februari. Julia Kristeva. (1977). About Chinese Woman. New York: Urizen Books. Julia Kristeva. (1980). Desire in Language–A Semiotic Approach to Literature and Art. Oxford: Columbia University Press. Johari Yaman. (2008). Mengenali Rasulullah. Selangor: Nadi Minda Resources, Rawang. Kamariah Kamarudin. (2011). Takmilah dalam novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana. (1998). Teori dan kritikan sastera pascamodenisme. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka. Mohd Asri Zainul Abidin. (2008). Mengemudi bahtera perubahan minda. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mahayudin Hj. Yahya. (2001). Islam di alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rasid Muhammad. (2010). Merintis kecemerlangan Islam. Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd. _______________ Bible. (2000). Prophecies for Muhammad in the Bible yang telah dikemas kini pada 16 Januri tahun 2000. 147



KESALAHAN EJAAN DI PAPAN TANDA Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman Puan Hajah Amanah bt. Mohd Noor Seminar Pendidikan Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) Anjuran: IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak ABSTRAK Kesalahan ejaan berlaku secara berleluasa di mana-mana sahaja termasuklah kesalahan yang dilakukan dalam penulisan ataupun lisan. Namun, kesalahan ejaan yang berlaku pada papan tanda di mana-mana kawasan sangat dominan dan tidak disedari oleh masyarakat. Jika sekalipun kesilapan ejaan itu disedari, masyarakat tidak pernah mengambil berat tentang kesalahan tersebut. Keadaan ini menjadikan papan tanda mempamerkan kesalahan secara terang-terang dan tidak dipedulikan oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) apabila menaikkan papan tanda tersebut di mana-mana sahaja. Ada juga papan tanda yang diletakkan menunjukkan ejaan yang telah lama dan tidak lagi diguna pakai dalam peristilahan bahasa Melayu. Hal ini perlu ditangani agar bahasa Melayu tidak dipandang sebagai satu medium bahasa perantara yang tidak penting. Perlembagaan 152 meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi perlu dijaga dan sepatutnya hal ini tidak berlaku dalam masyarakat. Pelbagai faktor yang menyebabkan kesalahan ejaan pada papan tanda yang akan menjadi salah satu fokus dalam perbincangan kertas kerja ini. Faktor-faktor tersebut ialah masyarakat yang tidak prihatin dan tidak mengambil berat, tiada pakar-pakar bahasa yang dilantik oleh pihak PBT untuk menyemak kesalahan tersebut, pembuat papan tanda tidak merujuk kepada mana-mana pakar bahasa, papan tanda yang menggunakan ejaan yang lama dan tiada hubungan langsung pihak-pihak berkenaan dengan pihak DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) dan persaingan dengan bahasa Inggeris. Oleh itu, semua pihak termasuk pihak yang berkuasa perlu memainkan peranan untuk sama-sama mengatasi masalah ini. Kata Kunci: Ejaan, Penulisan, Papan Tanda, Medium, Prihatin, Fokus PENGENALAN Kesalahan ejaan di papan tanda di mana-mana sahaja sangat dominan dan memberi kesan bahasa yang mendalam kepada pakar-pakar bahasa yang menyaksikannya setiap hari. Kesalahan-kesalahan ejaan ini seolah-olah tidak dipedulikan oleh masyarakat yang tidak prihatin dan masyarakat yang tidak mengetahui hukum- hukum dalam ejaan bahasa Melayu. Kesalahan-kesalahan yang berlaku dari sudut ejaan di tempat-tempat umum akan menyebabkan berlakunya salah faham kepada orang yang memerlukan maklumat daripada papan tanda tersebut. Seringkali juga 149

kesalahan papan tanda tersebut boleh menjadi bahan sebagai lawak jenaka kepada orang yang mengetahui ejaan yang sebenarnya. Orang asing yang datang ke sesebuah tempat yang sedang mendalami dan mempelajari bahasa Melayu akan mengelirukan mereka dan boleh menggalakkan mereka melakukan kesalahan dan akan mengulanginya jika kesalahan tersebut tidak dibaiki dari semasa ke semasa. Papan tanda merupakan sebuah medium perantaraan ataupun medium komunikasi secara satu hala yang dipaparkan kepada orang awam. Papan tanda ini diletakkan bertujuan untuk memudahkan semua orang merujuk tempat-tempat berkenaan ataupun menjual iklan komersial bagi melariskan jenama sesebuah organisasi. Namun, adakah fungsi papan tanda ini berkesan sekiranya terdapat banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Sedangkan papan tanda ini akan menjadi salah satu alat komunikasi yang berfungsi menerangkan kepada pengguna sesuatu maklumat tentang kedudukan sesebuah bangunan, arah jalan dan sebagainya (Forum bahasa, 2007:31). Pelbagai bentuk papan tanda yang diletakkan di sepanjang jalan ataupun di sesebuah kawasan. Jenis-jenis papan tanda banyak memuatkan gambar- gambar ataupun huruf-huruf keterangan tentang sesuatu. Ada papan tanda yang memuatkan maklumat dalam bentuk tulisan, gambar, lambang-lambang dan juga ayat. Sebahagian besar juga papan tanda yang memuatkan ayat atau kata atau frasa sahaja (S. Nathesan, 1999:37). Penggunaan huruf pada papan tanda ini bergantung kepada sejauh manakah fungsi yang dibawa oleh mesej papan tanda tersebut. Papan tanda digunakan sebagai komunikasi langsung ataupun tidak langsung yang dipaparkan secara visual. Pada zaman digital ini, banyak juga papan tanda yang menggunakan tulisan letronik dan dipenuhi dengan warna-warni untuk menarik minat masyarakat membacanya. Setiap mesej yang dipaparkan dalam pelbagai bentuk ataupun warna tulisan, papan tanda masih boleh dianggap sebagai salah satu medium penyampaian maklumat yang penting dan berkesan dalam kalangan masyarakat. Seringkali juga masyarakat pengguna menggunakan papan tanda sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju tanpa bertanyakan kepada individu. Maklumat yang tepat memberi kesan langsung dan kesan dekat kepada penggunanya. Justeru. papan tanda awam ini tidak semestinya dalam bentuk papan notis semata-mata. Sebarang maklumat yang dipamerkan untuk panduan umum dan bukan bertujuan mendapatkan keuntungan bagi mana-mana pihak adalah dianggap sebagai papan tanda awam. Penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda di merata-rata tempat di Malaysia ini menunjukkan berlakunya ketidakseragaman penggunaan bahasa yang tepat walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih lima puluh tahun yang lalu. Satus bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara 152 masih belum

Serumpun Wangian Ilmu terusik, namun bahasa Melayu seringkali digunakan secara berleluasa tanpa merujuk kepada tatabahasa yang sebenar. Walaupun proses memartabatkan bahasa Melayu telah dilakukan sejak dahulu lagi, namun kesalahan tetap berleluasa tanpa diendahkan oleh mana-mana pihak. Hal ini menyebabkan proses pemantapan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat menghadapi masalah yang bukan mudah untuk ditangani. Tambahan pula, isu berkaitan penggunaan bahasa Melayu di negara kita sering diperkatakan dan tidak pernah memperlihatkan usaha untuk menyelesaikannya. Penggunaan papan tanda dan papan iklan yang mengelirukan pengguna masih lagi berleluasa di tempat-tempat awam. Penggunaan yang sedemikian menggambarkan sikap pengiklan yang hanya ingin memaparkan produk mereka semata-mata tanpa menghiraukan penggunaan bahasa Melayu yang tepat ataupun tidak. Sikap yang tidak mengambil berat dengan mengabaikan kepentingan penggunaan bahasa Melayu menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Apa yang dipentingkan hanyalah papan tanda yang diletakkan dapat dibaca dan difahami oleh pengguna. Maka tidak hairanlah ada juga telah mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris yang menjadikan bahasa rojak sebagai maklumat untuk disampaikan kepada pengguna. Soal salah ataupun betul penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda. FAKTOR-FAKTOR KESALAHAN EJAAN PADA PAPAN TANDA Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya pelbagai kesalahan pada papan tanda Faktor-faktor tersebut ialah masyarakat yang tidak prihatin dan tidak mengambil berat, tiada pakar-pakar bahasa yang dilantik oleh pihak PBT untuk menyemak kesalahan tersebut, pembuat papan tanda tidak merujuk kepada mana-mana pakar bahasa, papan tanda yang menggunakan ejaan yang lama dan tiada hubungan langsung pihak-pihak berkenaan seperti pihak DBP ataupun pakar-pakar bahasa yang lain. Masyarakat yang tidak prihatin dan mengambil berat Cabaran globalisasi memberikan cabaran besar kepada pengguna bahasa Melayu. Cabaran ini membawa kepada sikap pengguna yang tidak mengambil berat apatah lagi untuk memberikan keprihatinan yang lebih kepada bahasa kebangsaan ini. Apabila menyaksikan kesalahan ejaan dan frasa pada papan tanda, mereka hanya akan memandang sekilas pandang sahaja tanpa menghiraukan kesan kepada mereka juga. Ada juga yang menyebut kesalahan tersebut, namun hanya setakat menyebut di bibir sahaja tanpa adanya kesan di hati. Ada juga pengguna yang menyebut dan marah-marah kerana bahasa yang tidak betul, namun sekadar 151

Serumpun Wangian Ilmu meluahkan marah kepada papan tanda yang tidak bernyawa dan tidak boleh buat apa-apa. Mereka tidak melakukan apa-apa tindakan dan membiarkan papan tanda itu dilihat oleh orang lain dalam keadaan yang sama berkurun abad. Seringkali juga papan tanda tersebut rosak dan buruk kerana cuaca, namun tiada juga sebarang perubahan kerana tidak ada orang yang prihatin dan tiada yang sudi mengambil berat untuk melaporkan kepada pihak yang berwajib. Seringkali juga sikap mementingkan diri menjeratkan diri mereka untuk tidak bertindak terhadap kesalahan yang dilihat walaupun mereka tahu itu adalah kesilapan dan kesalahan yang nyata dan meninggalkan kesan kepada pengguna yang lain. Menurut Nik Safiah Karim, kesalahan yang dilihat dan berulangan ini adalah berpunca daripada sikap yang dipegang oleh pengamalnya iaitu tidak mengambil berat dan tidak mengambil peduli walaupun orang lain melakukan kesalahan tersebut di hadapan mata (Nik Safiah Karim: 2004). Tiada pakar bahasa dilantik Dalam setiap kelemahan sistem di mana-mana sekalipun, semua pihak diminta untuk tidak menuding jari mencari kesalahan manusia. Namun, kesilapan manusia merancang jugalah yang menjadikan bahasa Melayu tidak dipantau dan disalah guna oleh pihak-pihak yang tidak melihat akan kepentingan bahasa Melayu ini. Oleh itu, pentingnya pakar-pakar bahasa dilantik oleh pihak berwajib untuk memastikan setiap papan tanda yang dinaikkan dan dipamerkan kepada masyarakat menggunakan bahasa yang rasmi dan mudah difahami oleh semua pihak. Lantikan sedemikian akan membuka satu laluan lembaran baru dan akan membuka mata semua pihak agar bahasa rasmi dalam Perlembagaan 152 tidak boleh diperlekehkan oleh bahasa-bahasa yang lain. Perlantikan pakar-pakar bahasa ini perlu disahkan oleh badan-badan tertentu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka ataupun institusi bahasa yang berwibawa dan diperakui oleh kerajaan. Pakar-pakar bahasa yang berada di institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Putra Malaysia yang memperjuangkan bahasa Melayu perlu diberi mandat untuk menjadi penilai dan pakar-pakar bahasa yang dilantik. Profesor- profesor bahasa juga boleh dilantik kerana kepakaran yang ada pada mereka untuk memantau penggunaan bahasa Melayu di papan tanda di mana-mana kawasan sekalipun. Bukan itu, sahaja, Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu memperluas bidang tugas Munsyi Dewan yang dilantik dengan melantik mereka menjadi duta kepada penggunaan bahasa Melayu untuk papan-papan iklan yang diletakkan di papan tanda ini. Ini membolehkan bidang kuasa mereka diperluas dan diperakui oleh pihak yang berwajib. 152

Serumpun Wangian Ilmu Hal tersebut bermakna agensi-agensi yang akan menaikkan papan tanda di mana-mana lokasi akan merujuk kepada pakar-pakar ini sebelum mereka meluluskannya untuk dinaikkan dan dipaparkan kepada khalayak awam. Strategi ini perlu dikuatkuasakan secara serentak ke seluruh Malaysia tidak mengira negeri mana sekalipun. Untuk memberikan lebih keberkesanan langkah ini, pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan yang lebih besar dengan meluluskan papan tanda yang hanya mematuhi garis panduan ejaan yang betul sahaja boleh dinaikkan. Ejaan yang tidak mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) tidak boleh diluluskan dan perlu melalui proses saringan yang betul untuk memastikan setiap ejaan dan ayat yang digunakan adalah menepati dengan tujuan meletakkan iklan tersebut. Untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan tersebut juga perlunya suatu usaha di peringkat awal menerusi pembudayaan melalui sistem pendidikan di sekolah dan institusi pendidikan yang lain. Usaha ini perlu bermula dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah membawa kepada peringkat pengajian yang lebih tinggi. Untuk itu, kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia dalam dua aspek yang penting. Pertama, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Pihak PBT tiada hubungan dengan pihak DBP Ketidakseragaman dan kesalahan bahasa Melayu di papan tanda ini juga berpunca kerana tiadanya korelasi antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP yang merupakan sebuah organisasi kerajaan yang menjalankan tanggungjawab untuk menjaga status bahasa Melayu seharusnya memainkan peranan untuk memantau penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda ini. Oleh itu, satu kerjasama yang jitu antara PBT dan DBP seharusnya digembleng agar tidak lagi berlaku kesalahan penggunaan bahasa pada papan tanda di mana-mana sekalipun. Pihak DBP sepatutnya melantik pegawai-pegawai yang bertauliah untuk memantau dan bekerjasama memastikan setiap permohonan untuk menaikkan papan tanda dirujuk terlebih dahulu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila DBP telah mengesahkan ejaan yang diguna pakai adalah terkini dan menepati dengan hukum penggunaan tatabahasa dan ayat, maka pihak PBT akan membuat pengesahan sebelum diserahkan kepada organisasi yang berkaitan untuk dipasang pada papan tanda. 153

Serumpun Wangian Ilmu Persaingan dengan bahasa Inggeris Bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda dan bahasa rasmi sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 memberikan satu saingan yang hebat kepada penggunanya. Realiti kepada penggunaan bahasa Melayu pada hari dan ketika ini dalam dunia penuh dengan cabaran teknologi komunikasi ini meletakkan bahasa Melayu yang digunakan hanya sebagai syarat semata-mata untuk mendapatkan lesen meletakkan papan tanda di tepi-tepi jalan yang sesuai dengan sesuatu promosi produk. Hal ini terjadi kerana saingan yang hebat dengan bahasa asing terutama bahasa Inggeris menjadi polemik penggunaan bahasa di Malaysia. Menurut Mohd Arif (Utusan Malaysia, 2009), polemik semasa yang sedang hangat dibincangkan kerana persaingan yang berlaku antara bahasa Melayu dan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan dalam dunia teknologi hari ini merupakan persaingan yang sengit, sehingga boleh dikatakan bahawa dengan kehadiran bahasa Inggeris itu telah menyebabkan ianya diangkat dan diagung-agungkan sehingga bahasa kebangsaan yang merupakan teras rakyat di Malaysia ini semakin terpinggir dan dipandang rendah. Penggunaan bahasa Melayu semakin mencabar apabila dasar pendidikan suatu ketika dahulu mengajar sains dan matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris. Namun, semua itu berakhir apabila Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyidin Yasin telah mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar semula dalam bahasa Melayu bermula pada tahun 2012. Langkah ini dibuat untuk mengembalikan semula keperkasaan bahasa Melayu di Malaysia. Penggunaan bahasa ibunda tidak akan membuatkan status Malaysia mundur kerana banyak negara terkemuka dunia yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing namun menjadi gerila teknologi dunia seperti Jepun, Korea dan China. Oleh itu, perlunya keseragaman penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan di papan tanda untuk memperlihatkan bahawa Malaysia mempunyai bahasa ibunda yang boleh diperlihatkan identiti kepada masyarakat luar. Banyak gambar yang menunjukkan penggunaan bahasa Melayu yang dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris di papan-papan tanda yang diletakkan di mana-mana sahaja. Yang pastinya sebahagian daripada papan tanda tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri dan ada juga yang diletakkan tanpa meminta kebenaran pihak majlis tempatan. Bukan itu sahaja, ada sebahagiannya pula menggunakan bahasa Inggeris dengan sepenuhnya di papan tanda untuk memberitahu sesuatu kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah, perkataan-perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dicampuradukkan dan tidak diberi hak mutlak untuk menyampaikan maklumat kepada awam menerusi papan tanda iklan di kawasan-kawasan yang terlibat. 154

Serumpun Wangian Ilmu KESIMPULAN Kesalahan yang terdapat pada papan tanda bukanlah menunjukkan kesalahan keseluruhan iklan pada papan tanda tersebut. Kesalahan tersebut dalam pelbagai keadaan iaitu kesalahan campuran penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, kesalahan ejaan, kesalahan ayat dan pelbagai kesalahan lain. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh pelajar UiTM Terengganu, pelbagai bentuk kesalahan yang dibuat oleh pembuat papan tanda dan iklan di sekitar Bandar Terengganu yang melibatkan pelbagai keadaan. Kesalahan tersebut seperti sebutan bagi perkataan pinjaman, terutama pinjaman daripada bahasa Inggeris masih tetap dominan dan kacau-bilau keadaannya, seperti yang selalu diperkatakan dalam media massa. Dari segi pengaksaraan pula, kesalahan ejaan mencatatkan bilangan yang besar. Kebanyakan sampel masih keliru dengan sistem ejaan bahasa Melayu, menyebabkan sikap tidak kisah sama ada yang ditulis itu ejaan baru ataupun ejaan lama. Bagi kesalahan ayat, pengkaji tidak menemui kesalahan struktur ayat secara spesifik, tetapi lebih kepada kesalahan sebahagian komponen dalam ayat tersebut, seperti kesalahan penggunaan kata jamak, kesalahan tanda bacaan, kesalahan penjodoh bilangan dan sebagainya. Kajian lain di Kedah juga menunjukkan kesalahan bahasa pada papan tanda perniagaan di Pekan Jitra masih lagi berada pada tahap yang tinggi berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kesalahan- kesalahan bahasa yang dilakukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya kelemahan dalam penguasaan bahasa Melayu, sambil lewa dan tidak meletakkan kepentingan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Begitu jugalah dalam kajian ringkas ini yang menunjukkan banyak kesalahan yang digunakan di papan tanda secara umum. Namun, kajian ini tidaklah fokus satu tempat sahaja. Pengkaji mengambil gambar di serata tempat termasuk di tempat pengkaji tinggal dan juga di tempat-tempat lain di negeri-negeri di Malaysia. Kebanyakan gambar yang diambil oleh pengkaji menunjukkan kesalahan atas perkara yang sama dan hal tersebut seolah-olah tidak dipedulikan oleh orang ramai yang menunjukkan juga tidak prihatin masyarakat. Sekaligus menunjukkan kurangnya penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib. Oleh itu, perlunya keseseragaman dan kuatkuasa undang-undang pihak PBT untuk memastikan tiada lagi perkara yang sama berulang. Pihak PBT juga perlu bekerjasama dengan organisasi yang dilantik oleh kerajaan untuk memelihara status penguasaan bahasa Melayu ini agar tidak disalahtafsir dan tidak diperlekehkan oleh orang ramai kekuatan yang ada pada bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia. 155

Serumpun Wangian Ilmu RUJUKAN Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu dan Cabaran Globalisasi. Dlm. Awang Sariyan (Ed.),  Sumbangsih: Kumpulan esei mengenang jasa Asraf . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Artikel dalam Cara-cara memartabatkan semula kebitaraan bahasa Melayu yang dimuat naik dalam http://diariungu.blogspot.com/2009/05/cintai-bahasa-melalui- buku.html Mohd Arif Atan. (2009). Ruangan Rencana dalam akhbar Utusan Malaysia keluaran 2 Mac 2009. Kajian Penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda awam dan premis perniagaan di sekitar Bandar raya Kuala Terengganu. Kajian dan Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa Papan Tanda Perniagaan di Kedah dalam website http://www.researchgate.net/publication/263281759_ http://www.researchgate.net/publication/263281759_Analisis_Kesalahan_ Pengunaan_Bahasa_Papan_Tanda_Perniagaan 156

HUBUNGAN ANTARABANGSA DALAM NOVEL-NOVEL FAISAL TEHRANI DAN SEJARAH MELAYU Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman Hajah Amanah binti Mohd Noor The Seminar Malay-Chinese Translation Language and Culture,13-15 Mei 2017 Anjuran: USM dengan kerjasama Universiti of Foreign Studies Guangzhou, China ABSTRAK Hubungan Diplomatik Malaysia-Republik Rakyat China telah berusia 35 tahun pada 31 Mei 2009 dan berterusan sehingga sekarang. Hubungan ini berjalan dalam pelbagai cara dan kaedah. Melalui kajian ini, pengkaji melihat hubungan yang berlaku dalam novel-novel Faisal Tehrani dan yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Faisal Tehrani ialah seorang penulis prosa moden dan juga pengkritik sastera tanah air. Beliau menulis cerita yang menunjukkan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar. Beliau menulis menerusi pengalaman, kajian, dan pembacaan dari semasa ke semasa. Dalam kertas kerja ini hubungan antarabangsa yang wujud dalam novel-novel Faisal Tehrani dan catatan sejarah lampau oleh penulis-penulis lebih awal merangkumi hubungan dari segi perdagangan/ekonomi, hubungan politik, hubungan keagamaan, hubungan kesenian, hubungan perubatan/dan hubungan akademik. Hubungan perdagangan membicarakan perdagangan yang berlaku antara Malaysia/ Tanah Melayu dengan Negara-negara lain seperti China, India dan Sumatera. Hubungan diplomatik pula mengaitkan pengaruh pemikiran ataupun penjajahan. Hubungan diplomatik ini menunjukkan perkatian antara negara yang terlibat dengan tanah air penulis sendiri. Hubungan politik memihak kepada cerita dengan corak pemerintahan yang menunjukkan kehebatan negara masing- masing dalam mentadbir negara. Hubungan yang turut dibincangkan ialah hubungan keagamaan dan hubungan perubatan/akademik. Peristiwa yang berlaku dalam setiap novel dan cerita sejarah dalam Sejarah Melayu yang ditulis menunjukkan pelbagai bentuk hubungan antara Malaysia dengan negara luar khususnya negara China. Hubungan ini menunjukkan sejak zaman berzaman Tanah Melayu sudah ada ikatan yang erat dengan negara lain dan hubungan ini dipupuk dalam bentuk pelbagai cara sama ada hubungan sebenar dan hubungan penulisan prosa kreatif. Kata Kunci: Hubungan, pengaruh, pengalaman, kajian. 157

Serumpun Wangian Ilmu PENGENALAN Novel Faisal Tehrani menceritakan hubungan dengan Negara Cina, Arab, dan negara-negara yang lain. Kebanyakan novelnya membicarakan bentuk hubungan antara Malaysia dengan negara lain dan hubungan ini dalam bentuk perdagangan/ ekonomi, politik, keagamaan, kesenian, perubatan, dan akademik. Sejarah Melayu turut mencatatkan pelbagai peristiwa dan kejadian yang menunjukkan hubungan Tanah Melayu dengan Tanah Besar China. HUBUNGAN PERDAGANGAN/EKONOMI Hasil bumi Tanah Melayu membuatkan Inggeris dan Peranchis berikhtiar menakluki Tanah Melayu. Melaka ditakluki Portugis tahun 1511 (Raja Haji Ahmad et.all: 1982) kerana kawasan Linggi yang dimiliki Johor, (Raja Kecik). Sultan dan pengikutnya membuka pelabuhan di Sungai Johor dan menarik pedagang-pedagang dari luar. Orang Melayu Melaka telah menyediakan entrepot bagi urusan saudagar Cina, India, Indonesia, dan orang-orang Eropah dan hubungan perdagangan telahpun wujud antara kepulauan Melayu dengan Cina. Watak Ben Qortubi yang tinggal di Pulau Sukma (Terengganu) dalam Bedar Sukma Bisu menunjukkan hubungan Malaysia dengan China menguasai hampir keseluruhan Pulau. Meskipun perang sudah memasuki Selatan China, namun semangat Ben Qortubi makin kuat untuk terus berdagang kerana beliau berpendapat makanan adalah keperluan utama manusia. Perang tahun 1939 membuatkan Ben Qurtubi dan isterinya, Fatimah diseksa sehingga dagangannya dihentikan seketika. Semangatnya pulih setelah Jepun kalah dan beliau membina semula kapal dagang dengan nama Bedar Sukma Bisu untuk digunakan semula. Bedar Sukma Bisu menceritakan Muhammad Chen yang berketurunan China menetap di Labuan dan menyambung semula empayar perkapalan dan perniagaannya melebar pula ke Kota Kinabalu. Moyang Chen telah merantau ke Manila pada tahun 1800-an dan menguasai perniagaan di Labuan dan Cagayan, Sulu. Moyangnya berhijrah ke Brunei dan mengembangkan perniagaan eksport import kapas, tembakau, tebu, kopi, dan lada hitam. Pulau Labuan dijadikan pusat penyimpanan makanan dan kapal dagang dari serantau ceruk dunia datang berniaga di Labuan seperti Singapura, Hong Kong, Brunei, Manila, Syarikat Hindia Belanda, Perairan Sulu, Australia, Jepun, Vietnam, Kepulauan Caroline, dan China. Menurut M.Rajantheran (1999: 72) hubungan Seriwijaya dengan China wujud kerana China kuasa perdagangan besar di samping India sejak Masihi lagi. Hubungan dikukuhkan lagi dengan pembinaan biara agama oleh Seriwijaya untuk memanjangkan usia Maharaja Cina. Bukti kesusasteraan menunjukkan hubungan perdagangan Alam Melayu dengan negara China (ibid: xi) dan China dikatakan pembekal utama beras kepada Tanah Melayu walaupun dibawa masuk secara haram oleh Ben Qortubi. 158

Serumpun Wangian Ilmu Hubungan China dengan Tanah Melayu menerusi watak Chen turut berhubung dengan Wefada dan mereka bercinta dan berkahwin apabila Chen menyambung pengajiannya di Amerika Syarikat. Ikatan perkahwinan memanjangkan silaturrahim antara Malaysia dengan China yang meluaskan lagi hubungan Malaysia dan China. Chen bercita-cita tinggi dalam membantu kepesatan ekonomi serantau iaitu Vietnam, Kemboja, Siam, Selatan China dan menganjur ke China dengan mendirikan pelabuhan di luar Kota Bharu. Wefada meneruskan usaha suaminya untuk membangunkan Pelabuhan Pulau Sukma setara pelabuhan di Pantai Barat yang berkembang pesat iaitu Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Kelang, dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kepesatan ekonomi China akan membolehkan Pelabuhan Pulau Sukma menjana ekonomi Negara dan impian ini mewujudkan memudahkan hubungan Malaysia-China untuk memasarkan barangan dari kedua- dua buah negara. HUBUNGAN KASIH SAYANG DAN PERSAUDARAAN Perkahwinan Chen dengan Wefada dalam Bedar Sukma Bisu menghubungkan ikatan sillaturrahim antara dua benua dan perkaitan hubungan persaudaraan berlaku kerana keturunan Raja Iskandar Zulkarnain pernah ke negeri China. Dakwaan Chen dibuktikan dengan mengikuti salahsilah keluarga. Menurut buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karangan A.Samad Ahmad, Raja Suran berkahwin dengan Tuan Puteri Onang Kiu (anak Raja Chulan) dan anak mereka dinamakan Tuan Puteri Cendani Wasis dan kecantikannya membuatkan Raja China meminang beliau untuk digandingkan dengan anaknya yang bernama Raja Cu Lan. (hlm. 17-18). Menurut buku Sulalatus Salatin (1986), hubungan China dengan kepulauan Melayu ini terbina apabila China menghantar barang-barang berikut kepada raja Melaka: Jarum sarat sebuah pilau, … sutera benang emas kimka dewangga, … benda yang gharib-gharib. … Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan kepada khatib … (ibid: 131) Hubungan perkahwinan telah lama wujud Malaysia dengan China semenjak pemerintahan Raja Suran lagi. Masa itu, China terkenal dengan kuasa ekonomi dunia, namun kasih sayang tersebut dipanjangkan semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah yang menerima rombongan Maharaja China dengan membawa pelbagai hadiah tanda persahabatan. 159

Serumpun Wangian Ilmu HUBUNGAN POLITIK Hubungan ekonomi dan hubungan politik turut akan memainkan peranan dan kedatangan rombongan Maharaja China ke Melaka menjadi daya penarik Maharaja China membina hubungan dengan Melaka. Kemasyhuran kepulauan Melayu yang menakluki banyak jajahan di bawah pentadbiran Raja Suran menyebabkan Maharaja China menghantar utusan lebih awal sebelum China diserang tentera Raja Suran. Maharaja China menyatakan masa yang panjang untuk ke China sehinggakan orang muda menjadi tua, pokok kesmak ditanam berbuah dan besi yang besar bertukar menjadi jarum yang kecil. Raja Suran mempercayainya dan tidak jadi menyerang China. Peristiwa itu menyebabkan hubungan politik antara China dan Kepulauan Melayu terbina hasil perkahwinan anak Raja Suran dengan anak raja China. Hubungan politik Malaysia–China ini bermula apabila Kepulauan Melayu yang kaya khazanah ekonomi menyebabkan pedagang berlayar sehingga ke negeri China. Hubungan itu menyebabkan berlaku perebutan sebahagian kekayaan semulajadi yang dimiliki Kepulauan Melayu. (Daniel Perret, etc: 2001). Persengketaan politik ini terjelma dalam novel 1515 dengan Watak Nyemah Mulya telah meyakinkan sultan mengumpulkan askar dari Jawa, Palembang, Siak, Inderagiri, Acheh, Champa, Kelantan, Kedah, Melaka dan orang-orang Bugis untuk membebaskan Goa dari cengkaman Portugis. Persengketaan politik menyebabkan suami Nyemah Mulya (saudagar kaya dari Canton-China) menyumbangkan kewangan kepada angkatan perang untuk ke Sepanyol dan Portugal dalam mempertahankan kuasa politik mereka. Walaupun suami Nyemah Mulya (Samsuddin) banyak membantu dalam mempertahankan politik isterinya, Samsudin juga menggunakan isterinya untuk merampas ketuanan Melayu (hlm. 295). Menurut Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu: 1986), hubungan politik China dengan kepulauan Melayu makin kukuh apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan puteri Maharaja China. Hubungan makin utuh ekoran raja China dijangkiti gatal-gatal seluruh badan dan beliau sembuh apabila raja China disuruh minum, basuh muka, dan mandi air basuh kaki raja Melaka. Ekoran itu, Maharaja China bersumpah untuk tidak disembah oleh anak cucu raja Melaka dan menitahkan kedua-dua negara hidup dalam berkasih-kasihan (ibid: 137). Hubungan ini berpanjangan juga disebabkan peristiwa makan kangkung rombongan raja Melaka. Rakyat China sendiri tidak berpeluang melihat dekat wajah raja dan permaisuri. Saranan Tun Perpatih Putih agar rombongan diberi makan kangkung rebus tanpa dipotong, membolehkan Maharaja China dilihat duduk di 160

Serumpun Wangian Ilmu dalam mulut naga pada mungkur kacanya (ibid:133). Maharaja China juga mendapat idea bagaimana beras yang beliau makan itu perlu dikupas bukan lagi ditumbuk. Baginda juga menjadikan raja Melaka sebagai menantu yang menguatkan lagi hubungan politik antara negara China dan kepulauan Melayu. HUBUNGAN KESENIAN Hubungan kesenian kain songket kebanggaan masyarakat Melayu wujud sejak sebelum merdeka dan China pula terkenal dengan suteranya. Peniaga-peniaga berulang-alik dari China mengambil sutera Cina untuk dipasarkan di Malaysia. Dalam Manikam Kalbu, hubungan kesenian pembuatan Busana Melayu dilihat ketika watak Dang Nurhalijah merekacipta busana Melayu untuk bertanding. Rekaan busana turut dikagumi sultan ialah penyertaan dari Tun Matin (Manikam Kalbu) dan dimenangi Manikam Kalbu. Dang Nurhalijah teruja untuk menang kerana berhajat menuntut ilmu busana ke negeri China, namun beliau kalah di tangan Manikam Kalbu. Negara China mengkagumi busana orang Melayu yang terbukti dengan kekaguman maharaja China melihat persembahan dan menggunakan sapu tangan. Untuk membuktikan kebijaksanaan rombongan Sultan Muhammad Syah, Maharaja China menguji Manikam Kalbu dengan lima soalan tenunan. Manikam Kalbu menjawab soalan-soalan tersebut dan Maharaja China begitu teruja dan tergelak setiap kali jawapan dibacakan yang menyebabkan Melaka dan China makin erat kerana seni busana. HUBUNGAN KEAGAMAAN Hubungan keagamaan turut mempengaruhi proses sosial China/Malaysia. Dalam Bedar Sukma Bisu, Chen keturunan dari negara China telah memeluk Islam ekoran perkenalan dengan pemuda berbangsa Korea yang memeluk Islam setelah menjadi anak kapal milik saudagar Arab dari Qatar dan berkahwin dengan Wefada. Beliau mengkaji Islam apabila Imam Khomeini dapat mengalahkan kerajaan boneka Amerika di Iran. Di Kuala Lumpur dan Jakarta beliau mendalami ajaran Islam ini. Chen juga memeluk Islam setelah meneliti pelayaran Laksamana Cheng Ho yang memeluk Islam dan kebangkitan Islam pada tahun 1980-an menjadikan minat terhadap Islam makin bersemarak. Ini dikukuhkan dengan ilmu sistem ekonomi Islam yang dipelajari berjaya meyakinkan dirinya untuk menjadi penganut Islam. Tambahan pula Chen menikahi Wefada yang menguatkan lagi hubungan dua benua ini. Bangsa Melayu dan Cina jika beragama Islam adalah tidak tergambarkan (1515:213) bermaksud hubungan ini akan menjadikan dua bangsa yang berbeza 161

Serumpun Wangian Ilmu hidup dalam satu persefahaman yang baik dan hubungan ini wujud sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah. Mengikut Sejarah Melayu (1986), setelah rombongan Maharaja China diterima baik oleh Sultan Melaka, maka rombongan Melaka dialu-alukan ke China dan akhirnya hubungan ini diikat melalui perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Liu dan memperoleh anak bernama Paduka Hamimat. Rombongan dari China telah diislamkan oleh Sultan Mansur Syah yang menguatkan lagi kekeluargaan ini. Mengikut salasilah dalam Sejarah Melayu (ibid: 134), rombongan dari China tadi diberi penempatan di luar kota Melaka dan mereka telah menggali perigi dan dari situ wujudnya nama Bukit China di Melaka yang kekal sehinggalah sekarang. Hubungan keagamaan menunjukkan hubungan Cina dengan Alam Melayu terbukti apabila sami Buddha yang bernama I-Cing mengunjungi India pada tahun 671 Masihi. Mengikut catatan Wheatly, 1966, (M.Rajantheran: 1999) I-Cing belayar dari Canton sewaktu angin monsun timur laut selama 20 hari dan beliau sampai di Sriwijaya. Selepas enam bulan, beliau ke Mo-lo-yu (Melayu-Jambi) dan apabila angin barat laut bertiup beliau belayar ke Kedah. Dari situ pula I-Cing Ke India semula sebelum balik ke China. Hubungan agama Buddha yang dibawa oleh I-Cing ini menunjukkan I-Cing juga menjadi orang penting dalam membawa pengaruh agama Buddha kepada orang Cina di Malaysia. Catatan dua orang sami Buddha yang dianggap penting dalam hubungan dengan Alam Melayu iaitu Fa-Hsien yang tiba di India tahun 399 Masihi dan kembali ke China tahun 413–414 masihi. Ini bermakna hubungan China/alam Melayu telah ada melalui sami Buddha yang berkunjung ke alam Melayu dan menuju ke India sebelum balik semula ke China. KESIMPULAN Hubungan Malaysia dengan China wujud sejak pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Desakan kepentingan ekonomi menjadi daya tarikan utama untuk menjajah negeri yang mempunyai hasil bumi yang banyak seperti kepulauan Melayu. Hubungan sebegini menjadikan rakyatnya saling berhubungan untuk kepentingan bersama. Catatan sejarah lampau membuktikan Malaysia dengan negara China wujud dalam pelbagai dimensi seperti penjajahan, ekonomi, keagamaan, dan perkahwinan. 162

Serumpun Wangian Ilmu RUJUKAN A.Samad Ahmad. (1986), Sulalatus salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daniel Perret, Puteri Rashidah Megat Ramli. (2001). Hubungan budaya dalam sejarah dunia Melayu–artikel majalah archipel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Faisal Tehrani. (2002). 1515. Kuala Lumpur: Utusan Publictions & Distributors Sdn. Bhd. Faisal Tehrani. (2007). Manikam kalbu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Faisal Tehrani. (2007). Bedar sukma bisu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. M. Rajantheran. (1999). Sejarah Melayu–kesan hubungan kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji. (1982). Tuhfat al-nafis. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 163



Serumpun Wangian Ilmu LAMPIRAN 165

Serumpun Wangian Ilmu 166

Serumpun Wangian Ilmu 167

Serumpun Wangian Ilmu 168

Serumpun Wangian Ilmu 169



Serumpun Wangian Ilmu Wangian Mutiara Kata Perkara yang membahagiakan jiwa manusia: 1. Menyediakan waktu untuk membaca Al-Quran, kitab-kitab, buku dan lain-lain bahan bacaan kerana membaca merupakan sumber hikmah. 2. Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir asbab dan asas kemajuan. 3. Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu menunjukkan jalan kejayaan. 4. Mencari masa untuk tertawa dan bersenda kerana tertawa muziknya jiwa dan bersenda menjadikan diri muda sentiasa. 5. Mencari waktu untuk beribadat kerana ibadat itu menjadi ibu penenang jiwa. Kata-Kata Keramat Jiwa 1. Jika cinta jatuh di tanah yang tandus dari embun kedurjanaan, maka tumbuhlah kedustaan, penipuan, hasad, dengki dan pelbagai perkara tercela. 2. Jika cinta itu jatuh di tanah yang subur dari embun kecintaan, maka tumbuhlah kesucian hati, keikhlasan, kesetiaan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain sifat terpuji. 171

SERUMPUN Wangian ILMU Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman ialah Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki, Enstek, Negeri Sembilan merupakan seorang penulis yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan buku. Beliau mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang pendidikan yang membolehkannya menulis pelbagai artikel untuk diterbitkan. Dalam bidang akademik, Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman memperoleh Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam bidang Penulisan dari Universiti Malaya pada tahun 1992. Selepas itu beliau mendapat Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1994 yang membolehkan beliau menjadi guru di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan dari tahun 1994 hingga tahun 2001. Selepas itu, Dr. Wan Zaliha menyambung pengajian Master di Universiti Kebangsaan Malaysia dan lulus pada tahun 2014 dalam bidang kesusasteraan Melayu. Setelah mendapat Ijazah Sarjana Sastera, beliau mula berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban dari tahun 2003 sehingga tahun 2019. Beliau juga telah mendapat PhD dalam bidang Kesusasteraan Melayu dari Universiti Malaya pada tahun 2013. Bermula tahun 2020 Dr. Wan Zaliha Wan Othman menyambung perkhidmatannya di Institut Aminuddin Baki sebagai Pensyarah Kanan. Dalam bidang penerbitan, Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman telah banyak menghasilkan pelbagai buku seperti buku Penulisan Sastera Kreatif Kanak-kanak, dua siri buku Kebudayaan Melayu, Antologi Monolog Alam, Antologi Nuraniku Berpuisi, Memoir Kecemerlangan IPGKRM, Novel Aman Bukan Amin, Cerpen Antologi bersama-sama kawan-kawan iaitu Antologi Suara dari Laman Bougainvilla dan pelbagai lagi buku-buku ilmiah dan buku-buku penulisan kreatif. INSTITUT AMINUDDIN BAKI ISBN 978-967-2996-18-7 Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 9 789672 996187 71760 BANDAR ENSTEK Nilai, Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia KemPendidikan


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook