Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 11 Panduan Pelaksanaan STEM

11 Panduan Pelaksanaan STEM

Published by jkelly7981, 2022-09-09 09:45:56

Description: 11 Panduan Pelaksanaan STEM

Search

Read the Text Version

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP Langkah 5: Murid melihat kepada unsur persamaan dan perbezaan Membuat kesimpulan yang berlaku dalam masalah yang telah dileraikan. Murid perlu memberi fokus kepada: a. kuantiti bahan - murid perlu mengenal pasti kuantiti bahan yang sama dan kuantiti bahan yang berbeza b. Inti roti sandwich - murid perlu mengenal pasti bahan yang sama dan bahan yang berbeza dalam penyedian yang berbeza c. tempoh penyediaan - murid perlu mengenal pasti tempoh penyediaan bagi roti sandwich yang berbeza Langkah 6: Membuat persembahan hasil dapatan menggunakan persembahan power point Membentangkan hasil dapatan Langkah 7: Guru dan murid memberi maklum balas kepada hasil persembahan murid. Murid membuat penambahbaikan Maklum balas dan sekiranya perlu. penambahbaikan 33

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP 7.3 Contoh aktiviti STEM dalam mata pelajaran Asas Kelestarian Mata Pelajaran: Asas Kelestarian Tema/Tajuk/Kemahiran: Mereka Bentuk Bekas Penyimpanan Ais Hasil Murid: Bekas Penyimpanan Ais Menyatakan masalah Mengumpul maklumat Menjana idea kreatif dalam bentuk beberapa lakaran Memilih lakaran terbaik Mengenal pasti jenis alatan dan bahan Membina projek berdasarkan lakaran terbaik Menguji projek yang telah dibina TIDAK Menambah baik projek BERJAYA YA Membuat persembahan projek Mendokumentasi projek 34

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP Langkah Cadangan Aktiviti Langkah 1: Selepas tamat peperiksaan, sekumpulan murid bercadang untuk Menyatakan mengadakan perkhemahan selama tiga hari di Sungai Congkak Hulu masalah Langat Selangor. Semasa perkhemahan Ahli Jawatankuasa Makanan berdasarkan menghadapi masalah menyimpan ais. Dengan keadaan cuaca yang situasi panas bekalan ais yang dibawa tidak dapat bertahan lama dan akan cepat mencair jika dibiarkan pada suhu persekitaran. Bagaimanakah mereka perlu memikirkan reka bentuk bekas penyimpanan ais dan bahan yang boleh mengatasi masalah mengurangkan perubahan fizikal ais dalam tempoh yang panjang. Langkah 2: Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah Langkah 3: Lakaran 1 Lakaran 2 Lakaran 3 Menjana idea 1 1 1 kreatif dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan masalah Lakaran idea pilihan 35

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP Langkah Cadangan Aktiviti Langkah 4: Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental Langkah 5: Mengenal pasti jenis alatan dan bahan berdasarkan projek eksperimental Langkah 6: Membina, menguji dan menambah baik projek eksperimental 36

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP Langkah Cadangan Aktiviti Langkah 7: Membuat persembahan projek eksperimental secara lisan Langkah 8: Mengumpulkan catatan dan lakaran mengenai projek eksperimental Menghasilkan sebagai dokumentasi projek laporan projek 37

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP 7.4 Contoh aktiviti STEM dalam mata pelajaran Pertanian Mata Pelajaran: Pertanian Tema/Tajuk/Kemahiran: Penternakan Poltri Hasil Murid: Membina Reban 38

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP Langkah Cadangan Aktiviti Langkah 1: Guru memberi arahan kepada murid untuk menyediakan perumahan Mengenal pasti ternakan ayam/puyuh di kawasan sekolah. Murid dibekalkan dengan Masalah dan bahan seperti kayu, paku, jaring mata punai, mentol, wayar elektrik, mencetuskan dan anak ayam. Peralatan yang dibekalkan adalah tukul kuku idea kambing, gergaji, pahat, pita ukur, pemasa, suis lampu, bekas minuman dan bekas makanan. Kawasan yang disediakan terletak antara dua bangunan bengkel yang mempunyai keluasan yang terhad. Murid dikehendaki menyediakan lakaran reka bentuk reban yang sesuai berdasarkan bahan yang ada serta ruang yang terhad. Faktor keselamatan juga perlu diutamakan agar tidak mengganggu murid lain yang berada dibengkel. Guru mengarahkan murid untuk membentuk beberapa kumpulan dan mengenal pasti masalah serta membincangkan strategi atau perancangan yang perlu dibuat untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Langkah 2: Aktiviti Catatan Penyelesaian 1. Sediakan lakaran reka bentuk Murid mengintegrasikan Masalah dan reban untuk kawasan seluas 20 kemahiran Kejuruteraan dan Membina meter persegi Matematik melalui Produk penggunaan alat pengukur, 2. Ukur kawasan binaan dan letakkan penanda. 3. Berdasarkan lakaran, potong alat memotong dan membaca kayu mengikut ukuran yang ukuran. dikehendaki. 39

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP 4. Membina rangka utama reban Murid mengintegrasikan mengikut lakaran yang dibuat. kemahiran Kejuruteraan, 5. Membuat kemasan pada Teknologi dan Matematik rangka utama. melalui aktiviti membina, 6. Memasang jaring mata punai memasang dan membuat pada rangka utama reban. pendawaian. 7. Membuat pendawaian elektrik bagi satu mentol yang dikawal oleh satu suis. 8. Menyediakan bekas minuman dan makanan ternakan. 9. Menyediakan vitamin, Murid mengintegrasikan makanan dan minuman ternakan. kemahiran Sains, Matematik 10. Memasang alat pemasa pada dan Teknologi melalui punca elektrik. penyediaan makanan, vitamin dan minuman untuk ternakan. Langkah 3: Murid mengintegrasikan Menguji dan kemahiran Sains, Teknologi membuat dan Matematik semasa penambah mengendalikan alat pemasa. baikan produk 11. Menguji dan menghidupkan lampu dan alat pemasa. 12. Membentangkan produk kepada kelas dan mendapatkan maklum balas untuk penambah baikan. 13. Menyimpan alatan dan bahan. 14. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan. 40

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP 7.5 Contoh aktiviti STEM dalam mata pelajaran Matematik Mata Pelajaran: Matematik Tema/Tajuk/Kemahiran: Pereka Unggul Hasil Murid: Pelan lantai dan Bajet projek Cadangan Aktiviti Catatan Penyataan Masalah Seorang ahli perniagaan ingin membina sebuah rumah baharu. Beliau Sumber: telah mengiklankan dalam surat khabar tawaran tender bagi rekaan lantai rumah baharunya. Syarikat anda berminat dan bercadang untuk  Buku teks menghantar tender bagi projek ini. Anda selaku pengurus projek perlu tingkatan 1, 2 dan membentuk satu pasukan kerja. Pasukan kerja anda harus terdiri 3.  Buku rujukan, majalah daripada seorang pereka, seorang akauntan, seorang jurutera binaan  Laman dan beberapa orang profesional. sesawang: http://bina- Keluasan lantai bagi rumah baharu itu adalah 150 m2 yang terdiri rumah.com/belaja daripada sebuah ruang tamu, dua bilik tidur, sebuah dapur dan sebuah r-autocad/, bilik air.Tugas pasukan anda adalah untuk menghasilkan pelan lantai http://binarumahs bagi rumah tersebut. Anda harus mengambil kira saiz dan susun atur endiri.blogspot.m setiap bilik yang menepati keluasan yang diberi. y/2011/10/pelan- rumah.html Berdasarkan pelan lantai yang dihasilkan, reka corak lantai dan susunan  Modul/ Risalah jubin yang bersesuaian bagi setiap ruang/ bilik dengan kos anggaran. Kemasan lantai bagi setiap ruang/ bilik akan menggunakan jubin seramik  Pakar binaan dan reka bentuk pelan yang berlainan jenis dan saiz. Kos adalah salah satu faktor utama yang harus dipertimbangkan dalam pemilihan bahan binaan yang akan digunakan. Syarikat yang mengemukakan rekaan yang menarik dengan bajet yang berpatutan akan mendapat tender tersebut. Fikirkan strategi terbaik untuk mengemukakan kedua-dua reka atur pelan lantai dan anggaran kos. Selamat maju jaya. 41

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP Garis panduan menjalankan aktiviti :  Murid membentuk kumpulan;  Murid perlu membawa set geometri dan peralatan lain untuk melukis;  Guru perlu membawa pita ukur yang mungkin berguna semasa pembelajaran;  Murid perlu membentangkan pelan lantai dan bajet kepada rakan sekelas;  Semasa pembentangan murid perlu membuat penilaian kendiri dan juga ahli; dan  Guru perlu menilai dan mentaksir setiap pembentangan projek. 42

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP Elemen STEM yang berkaitan: Kandungan Proses Kemahiran Nilai pemikiran - Poligon - Memilih skala - Menyelesai - Membuat yang sesuai masalah perkaitan - Panjang, dengan lebar, - Membentuk - Menganggar kehidupan perimeter dan dan panjang dan sebenar luas poligon mengaplikasi luas rumus - Berkolaborasi - Lukisan matematik - Menggunakan untuk berskala teknologi menyelesaikan - Menetapkan digital masalah - Ukuran asas kos yang (panjang dan minima bagi - Melukis pelan - Menjana idea luas) keseluruhan menggunakan projek skala - Menghayati - Perpuluhan matematik - TMK - Mengaplikasi konsep - Komunikasi matematik Carta alir proses pelaksanaan penyelesaian masalah: 43

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP Templat Pembelajaran untuk murid: Lampiran B-1 Lampiran B-1 TEMPLAT PEMBELAJARAN Apa yang saya Apa kita perlu Apa yang kita Rancangkan yang Sumber tahu? tahu? patut buat? terbaik dan apa perlu dilakukan. 44

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP PENUTUP Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industri menerusi pengukuhan pendidikan STEM. Kurikulum semua mata pelajaran STEM menekankan konsep mendidik murid dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik melalui penyelesaian masalah autentik dalam konteks dunia sebenar secara kreatif dan inovatif. PdP STEM yang berkesan diharapkan dapat menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah, pengajian tinggi serta berupaya menangani cabaran dan berdaya saing di peringkat global. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pendekatan STEM diharapkan dapat mencetuskan idea untuk meneroka, mengeksploitasi dan mencipta bidang kerjaya baru selari dengan zaman mereka. 45

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP RUJUKAN Bosworth, D.; Lyonette, C.; Wilson, R; Bayliss, M. & Fathers, S. (2013). The Supply of and Demand for High-Level STEM Skills. Evidence Report 77. London: UKCES. www.ukces.org.uk Connections Learning. (2014). STEM Education: Preparing students for A Growing Field. UK: Pearson. www.connectionslearning.com Hall, T.; Strangman, N. & Meyer, A. (2003). Differentiated Instruction And Implications For UDL Implementation – Effective Classroom Practices Report. US: National Center on Accessing the General Curriculum (NCAC). Hassan; Razali; Awang; Halizah; Ibrahim; Badaruddin; Zakariah & Siti Hajar. (2013). Memacu pelan transformasi pendidikan: Peranan IPTA dalam membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan aliran sains dan teknikal di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Kali Ke-4 Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2013, 23 – 25 September 2013, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur. Jolly, A. (2014). Six characteristics of a great STEM lesson. Education Week Newsletter. 17 June 2014. http://www.edweek.org/tm/articles/2014/06/17/ctq_ jolly_stem.html. Muhammad, S.; Lilia, H. & T. Subahan, M. M. (2013). Pendidikan STEM dalam Entrepreneurial Science Thinking “ESciT”: Satu perkongsian pengalaman dari UKM untuk Aceh. Prosiding Aceh Development International Conference 2013. 26 – 28 Mac 2013. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. National Research Council. (2011). Successful K-12 STEM Education: Identifying Effective Approaches in Science, Technology, Engineering and Mathematics. Washington DC: National Academic Press. President’s Council of Advisors on Science and Technology. (2010). Report to the President – Prepare and Inspire: K-12 Education in Science, Technology, Engineering, and Math (STEM) for America’s Future. September 2010. http://www.whitehouse.gov/ostp/pcast 46

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP Tucker, G. (2016). Why STEM educatios matters. Corporation for National & Community Service. https://www.serve.gov/servegov-blog-article/why-stem- education-matters UNESCOPRESS. (2014). Global Alliance launched for Science, Technology, Engineering and Mathematics. Media Services. UNESCO. 23 Sept. 2014. www.unesco.org Unit Perancang Ekonomi (EPU). (2015). Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. Kual Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Universiti Kebangsaan Malaysia. (2016). Program Bitara STEM UKM. http://www.ukm.my/peradaban/news/peradaban-dan-pendidikan-stem/ Vilorio, D. (2014). STEM 101: Intro to tomorrow’s jobs. Occupational Outlook Quarterly; pg. 3-12. Westwood, P. (2006). Teaching and Learning Difficulties: Cross-curricula Perspectives. ACER Review. Curriculum & Leadership Journal, 4(27). 47

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP LAMPIRAN LAMPIRAN A: KEMAHIRAN PROSES PERKARAKEMAHIRAN PROSES PENERANGAN KEMAHIRAN Sains Teknologi KejuruteraanA. KEMAHIRAN MEMPEROLEHI DAN MENGUMPUL MAKLUMAT Matematik 1. Mendengar Memberi perhatian dengan baik, peka dan √√√√ menyoal kembali 2. Memerhati Melihat dan meneliti dengan tepat, sistematik √ √ √ √ dan peka 3. Mencari Mendapatkan sumber, menggunakan √√√√ beberapa sumber melalui program carian komputer, katalog perpustakaan dan lain-lain 4. Menyiasat Bertanya, menemuramah, menyelidik dengan membina soalan yang berfokus, kritis dan √√√√ kreatif (soal selidik) 5. Mengumpul data Menjadualkan, menyusun, mengelaskan dan √ √ √ √ merekodkan data Mengenal pasti masalah, mencari/ menyiasat 6. Menyelidik latar belakang, mereka bentuk siasatan, √√√√ menganalisis data, membuat rumusan/ kesimpulan B. KEMAHIRAN MEMPAMERKAN MAKLUMAT DENGAN SISTEMATIK 1. Merekod Mencatat data dalam jadual atau carta dengan √ √ √ √ tepat, sistematik dan lengkap 2. Membandingkan Mengenal pasti persamaan √√√√ 3. Membezakan Mengenal pasti perbezaan √√√√ 4. Mengelas Mengenal pasti ciri yang serupa untuk √√√√ dikategorikan 5. Mengurus Menyusun dan mewujudkan satu sistem √√√√ pemfailan/pelabelan/ aturan supaya mudah untuk diurus 6. Merangka Menggunakan tajuk utama dan tajuk kecil √√√√ melalui menggunakan proses logik dalam merangka penyiasatan 7. Mengkaji semula Melihat semula dan mengenal pasti perkara √√√√ baharu dan penting 8. Menilai Mentaksir dan mengenal pasti ciri-ciri yang √√√√ baik dan buruk, serta mencari jalan penambahbaikan 9. Menganalisis Melihat implikasi dan hubungan dengan perkara yang berkaitan, mengenal pasti sebab √ √ √ √ dan kesan, mengesan masalah baharu 48

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP LAMPIRAN B: KEMAHIRAN MANIPULATIF PERKARAKEMAHIRAN MANIPULATIFPENERANGAN KEMAHIRAN Sains Teknologi KejuruteraanKEMAHIRAN MENGENDALI BAHAN DAN INSTRUMEN Matematik 1. Menggunakan Mengetahui bagaimana ia berfungsi, √√√√ radas/ alat bagaimana untuk menyesuaikannya, menggunakannya dengan betul selaras dengan tugas yang diberikan, memahami batas penggunaannya Mengetahui bagaimana untuk menyimpannya, 2. Menjaga alat/ menggunakan laras (setting) yang betul, √ √ √ √ radas menjaga kebersihannya, mengendalikannya dengan betul, mengetahui kadar kapasitinya, membawa dengan selamat 3. Mendemonstrasi Melaraskannya, menerangkan bahagian dan alat/ radas fungsinya, menjelaskan prinsip saintifik yang √ √ √ √ terlibat Merancang dan menjalankan aktiviti untuk mengkaji sesuatu hipotesis, mengumpul data , 4. Mengeksperimen mentafsir data dan membuat rumusan/ √√√√ kesimpulan 5. Membina/ Membangunkan sesuatu item/ objek untuk √√√√ mencipta mendemonstrasikan perkara yang disiasat/ ditugaskan 6. Menentu ukur Belajar maklumat asas tentang penentukuran, √ √ √ √ (Calibrating) termometer, neraca, jangka waktu, dan lain- lain 49

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP AHLI JAWATANKUASA PENERBITAN PENASIHAT Dr. Sariah binti Abd. Jalil PENGERUSI 1 Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah STEM PENGERUSI 2 En. Shamsuri bin Sujak Timbalan Pengarah (Kemanusiaan) PENYELARAS Pn. Zaidah binti Md Yusof SETIAUSAHA Pn. Lanita binti Yusof PENOLONG SETIAUSAHA En. Anandan A/L Kanniapan Pn. Norfadhillah binti Yusoff 51

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP AHLI PANEL 1. Dr. A’azmi bin Shahri Ketua Sektor Penyelidikan dan Jaminan Kualiti 2. Tn. Hj. Naza Idris bin Saadon Ketua Sektor Pendidikan Tenikal dan Vokasional 3. En. Mohd. Faudzan bin Hamzah Ketua Sektor Sains Sosial 4. Dr. Ruslawati binti Othman Ketua Sektor Pendidikan Khas 5. Cik Hjh. Nor Azian binti Mohd Kamel Ketua Sektor Dasar 6. En. Mohamed Salim bin Taufix Rashidi Ketua Sektor Kesenian dan Kesihatan 7. Tn. Hj. Sofian Azmi bin Tajul Arus Ketua Sektor Inovasi dan Teknologi 8. En. Mohd Lufti bin Mahfuz Unit Komunikasi Kurikulum 9. Cik Susilawati binti Ehsan Unit Matematik Menengah 10. En. Ansori bin Ishak Unit Kejuruteraan Teknologi 11. En. Mohd Raja Alam bin Mohd Yassin Unit Pertanian 12. En. Anuar bin Mohd Som Unit Kejuruteraan Elektrik 13. Pn. Wan Faizatul Shima binti Ismayatim Unit Pend. Teknologi Maklumat dan Komunikasi 14. Pn. Mash Manjawani binti Mat Unit Pend. Teknologi Maklumat dan Komunikasi URUS SETIA Unit Sains Tulen Sektor Sains Dan Matematik 52

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP Diterbitkan oleh: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blk E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook