Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore MESYUARAT KURIKULUM BIL01-2020

MESYUARAT KURIKULUM BIL01-2020

Published by A.d Qayyum, 2020-09-24 09:31:29

Description: MESYUARAT KURIKULUM BIL01-2020

Search

Read the Text Version

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 Sekolah Kebangsaan Bebuloh Tarikh : 30 Januari 2020 Masa : 2.30 petang – 5.20 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Pearl SK. Bebuloh. KEHADIRAN 1. Encik Rahman bin Salim. (Guru Besar) 2. En. Aznan bin Abidin. (Penolong Kanan Pentadbiran) 3. Cik Amidah binti Basar (Penolong Kanan HEM) 4. En. Jahar bin Abit (Penolong Kanan Kokurikulum) 5. Pn Jamilah Binti Hj Ag. Kanak (Setiausaha Kurikulum) 6. Pn Nur kamilah Binti Abdullah Phillip (Pen.Setiausaha Kurikulum) 7. Pn Noni Binti Ibrahim (Ketua Panitia Bahasa Melayu) 8. En Adrian Romario Andrew (Ketua Panitia Bahasa Inggeris) 9. Cik Razia Binti Abdullah ( Ketua Panitia Matematik) 10. En Mohd Sahrun B Hambug (Ketua Panitia Sains) 11. Cik Noranis Lyana Binti Zambery ( Guru Perpustakaan & Media) 12. Pn Bungahati Binti Muin 13. En Anwar Bin Hashim 14. En Hamizan Bin Alia 15. Cik Ummi Malihah Binti Mohmed Nisman 16. En Mohd Aqil Bin Mahrop 17. Pn Juliana Binti Mohd Ariffin 18. Pn Azyan Munirah Binti Ismail 19. Pn Norshafarina Binti Ahmad Marzuki 20. Puan Sunarni Binti Suyut 21. En Dzulfadhly Bin Musnin 22. En Faizatul Ikhram Bin Ibrahim 23. En Mohd Saifullah Bin Mohd Jendeh 24. Pn Lawangsa Binti Hassim 25. Pn Maskunah Binti Kalbeh 26. En Hafizuddin Bin Sa’ari 27. En Ahmad Nasuha 28. Pn Siti Hajar Binti Imran 29. Pn. Dg Ruzanna Binti Ag Tangah TIDAK HADIR 1. En Farhan Bin Ahmad – Temu Janji doktor 1

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 AGENDA 1. Ucapan Pengerusi. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum bil 4/2019 3. Perkara-perkara berbangkit. 4. Dasar dan ketetapan Kurikulum Sekolah 2020. 5. Pascanilai UPSR 2019 /PBD/Laporan Uijan Diagnostik Tahun 6. 6. Takwim Kurikulum 2020. 7. Pengurusan Panitia. 8. Laporan Bilik-bilik Khas 8.1 Pusat Sumber 8.2 Unit ICT 8.3 Pelaporan qaf 8.4 Pemulihan 8.5 Pra Sekolah 9. Program Intervensi. 10. Jadual Pencerapan PdPC. 11. Mandat Guru Besar 12. Hal-hal Lain. 13. Penutup. 1. Ucapan Pengerusi. 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke Mesyuarat Kurikulum bil 01/2020 pada hari ini. 1.2 Pengerusi merakam ucapan tahniah kepada semua guru yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dengan menyempurnakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan terutama pdpc yang berkesan dan berkualiti selain mengurus sekolah sepanjang persekolahan tahun 2019 dalam memartabatkan SKB walaupun berlaku sedikit penurunan dalam keputusan UPSR tahun lalu. 1.3 Pertukaran Pentadbir dan guru bukan alasan untuk guru tidak bersemangat , sebaliknya tunjukkan kekuatan guru atas nama sekolah. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum bil 4/2019. 2.1 Minit mesyuarat Kurikulum bil 04/2019 telah disahkan oleh Cik Noranis Lyana binti Zambery dan disokong oleh Encik Fakhrunisham bin Mohamed. Tindakan : untuk makluman 3. Perkara Berbangkit 3.1 Tidak ada usul yang dibangkitkan. 2

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 Tindakan: untuk makluman 4. Dasar dan Ketetapan Kurikulum Sekolah 2020. 4,1 Pelantikan J/Kuasa Kurikulum 2020. 4.1.1 Pengerusi mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Kurikulum bagi sesi 2020, guru guru boleh merujuk Pengurusan dan Takwim 2020 . 4.1.2 Guru-guru perlu mematuhi pekeliling iaitu Pengajaran Pendidikan Sivik pada setiap Minggu ke-4 setiap bulan mengikut modul. Menghadirkan diri dalam perhimpunan rasmi sekolah setiap hari Isnin dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan pada setiap hari Rabu. Pengajaran Pendidikan dan Pendidikan Muzik dilaksanakan secara berasing . PKJR dalam bahasa Melayu pula diajar secara sisipan. Tindakan: untuk makluman 4.2 Guru perlu mematuhi SPI Bil 3 1999 dalam Penyediaan Rancangan Pengajaran. 4.2.1 RPH perlu dibawa bersama semasa proses Pdpc di dalam kelas. 4.2.2 DSKP hendaklah diolah bersesuaian dengan takwim semasa sekolah dan tahap kebolehan murid untuk dijadikan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan. 4.2.3 Pengerusi turut menyentuh mengenai buku rekod mengajar kerana buku rancangan mengajar adalah dokumen penting untuk laporan penilaian prestasi guru-guru. Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang terkandung dalam buku rancangan mengajar seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, rancangan pelajaran tahunan, takwim persekolahan, jadual waktu dan senarai nama pelajar. Semua guru perlu mematuhi peraturan penyediaan dan penghantaran iaitu pada hari Jumaat minggu pertama selepas rehat. Penyediaan buku rancangan mengajar hendaklah mematuhi pekeliling ikhtisas bil.3/1999 KPM dan saranan Jemaah Nazir. 4.2.4 RPT perlu dihantar pada 31Januari 2020 untuk pengesahan. Tindakan: untuk makluman 4.3 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 4.3.1 Guru –guru perlu berbincang dan menyelaraskan format RPH dalam mesyuarat panitia. Isi kandungan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengandungi tajuk,tema, standard kandungan, standard pembelajaran, objektif, pengisian kurikulum, sistem bahasa (untuk mata pelajaran bahasa), EMK, aktiviti dan impak. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) hendaklah ditulis dengan kemas teratur . 3

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 Tindakan: untuk makluman 4.4 Jadual waktu. 4.4.1 Jumlah waktu mengikut jam kredit minimum setahun dengan pelaksanaan Kurikulum KSSR semakan 2017. 4.4.2 Pengagihan mata pelajaran adalah berpusat dan keutamaan diberi berdasarkan opsyen dan kepakaran guru. 4.4.3 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 32 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan . 4.5 Tindakan: untuk makluman 4.5.1 Penilaian dan Peperiksaan. Guru-guru mata pelajaran perlu menyediakan ‘headcount’ bagi semua mata pelajaran (TOV& ETR). 4.5.2 Peperiksaan hanya dilaksanakan untuk murid tahap dua , iaitu murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. 4.5.3 Guru-guru perlu membuat analisis tahap pemguasaan bagi semua mata pelajaran. Post Mortem perlu dibuat setiap kali selepas peperiksaan dilaksanakan. 4.5.4 PBD akan dilaksanakan untuk menilai penguasaan murid tahap satu dan pentaksiran akan dilaksanakan 2 kali setahun. Laporan dan analisis tahap penguasaan murid akan diisi dalam borang ‘offline’ bagi semua mata pelajaran selepas pdpc. Tindakan: untuk makluman 4.5.5 Terdapat empat komponen pentaksiran tahun 6 yang terdapat dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) iaitu Pelaporan PBD, Pelaporan PJASK, Pelaporan Psikometrik dan UPSR. 4.5.6 Pencapaian UPSR 2019, Murid melepasi tahap minimum (MTM)- 50.98% (26/51 orang) dan tidak ada murid yang mendapat semua E (all England), Guru diminta tidak berputus asa dan teruskan usaha untuk membantu murid-murid sekurang-kurangnya memperolehi D. Tindakan: untuk makluman 4.5.7 Murid tahap satu tidak ada peperiksaan, penilaian akan dijalankan secara holistik sepanjang tahun iaitu melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) . Pentaksiran akan dilihat melalui lima aktiviti yang dicadangkan iaitu, kuiz, bercerita,projek mudah, main peranan dan permainan. 4.5.8 PBD mengandungi enam tahap penguasaan dan tahap penguasaan minimum yang perlu 4

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 diberi kepada murid adalah TP3. Guru-guru diminta merujuk Buku Panduan Pentaksiran Bilik Darjah. 4.6 Masa Persekolahan. 4.6.1 Masa persekolahan bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Waktu boleh berubah mengikut keperluan dan persetujuan pihak pentadbir. Guru-guru wajib datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum PdP bermula dan balik selepas 15 minit loceng terakhir . Tindakan: untuk makluman 5.0 Pascanilai UPSR 2019/ PBD/ Laporan Ujian Diognastik Tahun 6. 5.1. Pelaporan pascanilai UPSR 2019 akan dibentangkan dalam perjumpaan khusus bersama guru-guru tahun 6. 5.2 Pentaksiran PBD dilaksanakan sepanjang tempoh PdP sepanjang dan pelaporan pertama akan dibuat pada bulan Mac nanti. 5.3 Pencapaian murid tahun enam dalam Ujian Diagnostik sangat membimbangkan kerana hanya 2 daripada 64 orang murid sahaja yang melepasi tahap minimum bagi semua mata pelajaran. Mata Pelajaran Melepasi Tahap Tidak Melepasi Bil Gagal Mata Jumlah Calon Minimun (MTM) Tahap Minimum. Pelajaran Gagal Bahasa Melayu (K1) (TMTM 1 mata pelajaran Bahasa Melayu (K2) 51 (77%) 2 mata pelajaran 4 (6%) Bahasa Inggeris (K1) 35 (53%) 15 (23%) 3 mata pelajaran 8 (12%) Bahasa Inggeris (K2) 24 (36%) 31 (47%) 4 mata pelajaran 10 (15%) Matematik 12 (18%) 42 (64%) 5 mata pelajaran 14 (21%) Sains 7 (11%) 54 ( 82%) 6 mata pelajaran 13 (20%) 6 (9%) 59 (89%) 15 (23%) 60 (91%) Tindakan: untuk makluman 6.0 Takwim Kurikulum 2020 6.1 Pengerusi membentang aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun yang terdapat dalam takwimdan meminta semua guru seboleh-bolehnya agar dapat melaksanakan aktiviti tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pertindanan aktiviti. 6.2 Semua guru boleh merujuk takwim yang telah diedarkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran. Tindakan: untuk makluman 5

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 7.0 Pengurusan Panitia 7.1 Mesyuarat pengurusan panitia pertama perlu dijalankan mengikut takwim sekolah dan mesyuarat perlu diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun. Semua program dan aktiviti perlu ditancang dengan baik. Tindakan: untuk makluman 7.2 Minit mesyuarat panitia hendaklah diserahkan kepada setiausaha kurikulum seminggu selepas tarikh mesyuarat berlangsung. 7.3 Setiap panitia perlu membuat anggaran perbelanjaan sebelum peruntukan PCG turun. 7.4 Semua ketua panitia diminta mengemaskini fail panitia masing-masing. 7.5 Setiap panitia pelajaran disarankan untuk membuat Kajian Tindakan pada setiap tahun untuk meningkatkan mutu PdP guru. Guru-guru diminta mengenal pasti masalah murid dan mencari jalan penyelesaiannya dengan mencipta inovasi baharu. 7.6 Pengerusi menyatakan latihan yang diberi kepada pelajar perlulah mencukupi dan selaras dengan saranan panitia. Latihan yang diberi hendaklah disemak dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyemak. Selain itu, semua guru perlu menggalakkan pelajar membuat pembetulan bagi setiap kesalahan. Buku latihan hendaklah kemas dari segi tulisan, ada tarikh, tajuk dan garisan. Buku latihan pelajar akan disemak sepanjang tahun oleh pihak pentadbir. Tindakan: Semua Guru 8 Laporan Bilik-bilik Khas. 8.6 Pusat Sumber 8.6.1 Cikgu Noranis Lyana selaku guru Perpustakaan dan Media (GPM)telah membentangkan logo Pusat Sumber dan menerangkan maksud bagi setiap imej yang terdapat dalam logo tersebut (boleh rujuk di pusat sumber). 8.6.2 Beliau juga membentang carta organisasi dan ajk pusat sumber 8.6.3 Aktiviti-aktiviti pusat sumber yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 i. Kursus Kepimpinan Pengawas PSS. ii. Watikah Pelantikan Pengawas PSS. iii. Pelancaran Program Nilam. iv. Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan Peringkat Negeri. v. Program Dekad Membaca vi. Program gotong –royong pusat sumber. vii. Pertandingan “Mini Library” peringkat sekolah. viii. Lawatan Eksplorasi ke Perpustakaan Awam Negeri Sabah Cawangan Tg. Aru . ix. Kolaboratif bersama Panitia Matematik – Quizizz x. Program “Jom Membaca “ jalinan bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah. xi. Mewakili WP. Labuan bagi Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat Kebangsaan. 6

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 xii.Melaksanakan PLC bersama guru perpustakaan & media SMK Rancha- Rancha dan SK. Pekan 2 Tindakan: untuk makluman 8.7 Unit ICT 8.7.1 Unit ICT telah menyediakan laporan yang lengkap dan telah disampaikan oleh PK. Pentadbiran memandangkan guru ICT ada temu janji di hospital. 8.7.2 Unit ICT memiliki aset 41 unit chrome book yang ditempatkan di bilik PAK 21, tetapi hanya 21 unit sahaja berfungsi. 18 buah memerlukan beteri yang baharu kerana beteri yang sedia ada telah kembung dan 2 buah lagi skrinnya rosak. 8.7.3 Keberadaan Komputer peribadi pula, 3 buah diletakkan d Pusat Sumber ,4 buah lagi komputer ditempatkan masing-masing di bilik guru besar, PK Kokum, Kaunter pejabat dan Prasekolah. 8.7.4 2 unit monitor dipinjamkan untuk kegunaan bilik mesyuarat, tetapi akan diambil semula oleh unit IT susulan penyelenggaraan CPU dari unit SPMICT pada tahun 2019. Monitor dipinjamkan kerana CPU rosak dan telah diselanggara pada bulan November 2019. 8.7.5 Guru-guru boleh menggunakan makmal komputer tetapi perlu memberi keutamaan kepada guru yang mengajar mata pelajaran TMK terlebih dahulu. 8.7.6 Penerimaan status sebagai ‘Digital Makers Hub’, susulan itu penubuhan 3 kelab utama memenuhi kriteria penubuhannya, iaitu Kelab Komputer, Kelab Fotografi & Videografi dan Kelab Robotik. 8.7.7 Tiga unit penghawa dingin di makmal komputer perlu diselenggara dengan segera. Tindakan: untuk makluman 7

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 7.6 Pelaporan J.qaf 8.3.1 Laporan J.Qaf yang telah dibentangkan oleh ustaz Hamizan bin Alia . 8

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 Tindakan: untuk makluman KELAS IQRA 1 IQRA 2 IQRA 3 IQRA 4 IQRA 5 IQRA 6 AL-QURAN KHATAM JUMLAH 1C 33 2 35 1D 36 1 2 2 1 37 69 2 1 2 72 JUMLAH 5 1 1 7 1 24 10 1 2 1 3 36 2C 22 8 1 4 3 1 6 2 36 2D 24 8 2 5 2 1 3 3 36 3C 6 10 5 6 4 2 12 3 36 3D 7 13 6 7 5 2 9 33 4C 6 7 4 3 2 11 KHATAM 28 4D 7 6 8 37 21 7 45 31 5C 4 IQRA 4 IQRA 5 14 AL-QURAN 28 5D 2 7 6 IQRA 6 34 6C 1 2 2 2 31 6D 92 69 42 2 1 JUMLAH IQRA 1 IQRA 2 IQRA 3 5 1 JUMLAH KELAS 2 2 1 1 7 1 35 1C 33 1 4 3 3 37 1D 36 2 1 5 2 1 6 2 72 JUMLAH 69 6 4 1 3 3 10 1 7 5 2 12 3 36 2C 24 8 1 4 3 2 9 36 2D 22 8 2 37 21 2 11 KHATAM 36 3C 24 10 5 IQRA 4 IQRA 5 7 45 36 3D 6 13 6 14 AL-QURAN 33 4C 7 6 7 2 2 IQRA 6 28 4D 6 8 2 31 5C 7 4 5 1 1 28 5D 7 6 2 1 34 6C 2 1 2 4 3 1 7 1 31 6D 69 42 5 2 3 JUMLAH 92 IQRA 2 IQRA 3 6 4 1 6 2 JUMLAH KELAS IQRA 1 2 7 5 1 3 3 35 1C 1 4 3 2 12 3 37 1D 33 2 1 37 21 2 9 72 JUMLAH 36 IQRA 4 IQRA 5 2 11 KHATAM 69 10 1 7 45 36 2C 8 1 2 2 14 AL-QURAN 36 2D 24 8 2 2 IQRA 6 36 3C 22 10 5 5 1 36 3D 24 13 6 2 1 1 1 33 4C 6 6 7 4 3 1 28 4D 7 6 8 5 2 2 31 5C 4 6 4 17 3 28 5D 7 7 6 7 5 13 3 34 6C 1 2 4 3 26 9 31 6D 2 69 42 37 21 JUMLAH IQRA 2 IQRA 3 3 JUMLAH KELAS 92 2 12 35 1C IQRA 1 1 22 37 1D 2 1 7 11 72 JUMLAH 33 14 45 36 10 1 36 2C 69 8 1 36 2D 8 2 36 3C 24 10 5 36 3D 22 13 6 33 4C 24 6 7 28 4D 6 6 8 31 5C 7 4 28 5D 7 6 34 6C 7 1 2 31 6D 69 42 JUMLAH 2 92 9

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 7.7 Pemulihan 7.7.1 Pn. Siti Hajar memaklumkan setakat 20 Januari 2020 seramai 39 orang murid yang terlibat dengan kelas pemulihan. 4 orang murid merupakan murid berkeperluan khas. Kelas Jumlah murid 2 Crystal 9 3 Crystal 13 4 Crystal 12 5 Crystal 2 6 Crystal 3 Tindakan: untuk makluman 7.8 Prasekolah 7.8.1 Pn. Norshafarina memaklumkan guru-guru pra menghadapi cabaran yang hebat pada tahun ini kerana 78 orang murid pra yang mendaftar pada tahun 2020 ini, 98 % daripadanya tidak tahu apa-apa, mereka tidak mendapat pendidikan awal yang baik, kebanyakan tidak tahu memegang pensel dan sukar untuk mendengar arahan. 8 Tindakan: untuk makluman 9 Program Intervensi. 9.6 Beberapa intervensi yang telah dibuat untuk membantu murid-murid pemulihan iaitu, 9.6.1 Program Dalaman’SAMURAI’ 9.6.2 Program Outreach – dilaksanakan pada bulan Februari. 9.6.3 Perjumpaan ibu bapa 9.6.4 Unit pemulihan bergerak 9.6.5 Kelas Tambahan Tahun Satu 9.6.6 Program Bacaan Pagi Tindakan: untuk makluman 10

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 10 Jadual Pencerapan PdPC. 10.1 Pengerusi memaklumkan semua guru akan dicerap sebanyak empat kali setahun. 10.2 Jadual Pencerapan PdP guru tahun 2020 : BIL NAMA PEGAWAI PENCERAP CATATAN M/P FEB APR JUL OKT 1 ANWAR BIN HASHIM PI 2 AHMAD NASUHA BIN MOHAMAD IZANI BI 3 AZYAN MUNIRAH BINTI HJ. ISMAIL SN 4 BUNGAHATI BINTI MUIN BM GB PKP PKHEM PKKO 5 DG. RUZANNA @ DGKU ADIK HJ. AG.TANGAH PI 6 FAIZATUL IKHRAM BIN IBRAHIM BA 7 FARHAN BIN AHMAD SN 8 HAMIZAN BIN ALIA PI 9 MOHD. SAIFULLAH BIN MOHD JENDEH PSV 10 JAMILAH BINTI HJ AG KANAK BM PKP PKHEM PKKO GB 11 FAKHRUNISHAM B MUHAMED PI 12 SITI HAJAR BINTI IMRAN @ GINULIS 13 JULIANA BINTI MOHD. ARIFIN BM 14 LAWANGSA BINTI HASSIM PSV 15 MOHD. AQIL BIN MAHROP BM 16 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN SA'ARI RBT PKHEM PKKO GB PKP 17 MASKUNAH BTE KALBEH BI 18 NONI BINTI IBRAHIM BM 19 MOHD. DZUL FADHLY BIN MUSNIN@MISNIN MT 20 NORANIS LYANA BINTI ZAMBERY BM 21 NORSHAFARINA BINTI AHMAD MARZUKI BM 22 NURKAMILAH BINTI ABDULLAH PHILLIP BI PKKO GB PKP PKHEM 23 RAZIA @ RAZIAH BINTI ABDULLAH MT 24 MOHD SHARUN BIN HAMBUG SN 25 UMMI MALIHAH MOHMAD NISMAN PI 26 ADRIAN ROMARIO ANDREW BI 27 28 Tindakan: untuk makluman 11 Mandat Guru Besar 11.1 Guru Besar menyenaraikan beberapa fokus yang perlu diutamakan oleh pengurusan panitia untuk meningkatkan kualiti Pdp. Berikut adalah senarai beberapa fokus yang perlu dipatuhi oleh pengurusan panitia: 11.1.1 Dokumen Kurikulum/DSKP 11.1.2 Penyelarasan RPT dan RPH 11.1.3 Penyelarasan Pentaksiran/Peperiksaan – Setiap panitia perlu membuat pemetaan ujian dan menyelaraskan pentaksiran dan kaedah yang dijalankan. 11.1.4 Penetapan tugas murid agar murid tidak terbeban dengan latihan yang bertindan dan banyak. 11.1.5 Program Peningkatan Pembangunan Kualiti Pengajaran Guru 11.1.6 Program Peningkatan pencapaian Murid. Tindakan: untuk makluman 11.2 Semua ketua panitia perlu merancang dan mematuhi SOP perbelanjaan dan 11

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 Geran Per kapita (PCG) pembelian untuk keperluan murid. Anggaran perbelanjaan perlu dibuat lebih awal. . Tindakan: untuk makluman 11.3 Guru Besar memaklumkan Peruntukan (PCG) bagi setiap mata pelajaran. Bahasa Inggeris (RM827.28), Matematik (RM827.28), Sains (RM1,103.04), Bahasa Melayu (RM735.36), TMK (RM367.68), Pendidikan Islam (RM735.36), Sejarah (RM1,202,00), Pendidikan Jasmani (RM1,732.80), Pendidikan Kesihatan (RM1,732.80),Pendidikan Seni Visual (RM1,732.80), Pendidikan Muzik (RM1,732.80), RBT (RM1,732.80) dan Bahasa Arab (724.00). Tindakan: untuk makluman 11.4 Peruntukan(PCG) bagi bilik-bilik khas, Pusat Sumber (RM5,544.00), Bimbingan dan Kaunseling (RM2,136.00), Prasekolah bantuan perkapita( RM7,500.00), bantuan Makan( RM33,750.00) dan bantuan Kokurikulum (RM1875.00). Tindakan: untuk makluman 11.5 Tahniah kepada Pusat Sumber kerana pencapaian cemerlang tahun 2019 Pengurusan Pusat Sumber perlu memperbanyakkan aktiviti membudayakan murid membaca dan memperkasa aktiviti Nilam serta berkolaboratif dengan panitia mata pelajaran untuk membuat pameran bertema. 11.6 Guru Besar menyatakan beberapa program meningkatkan kualiti guru dan Akademik. 11.7.1 Pemantapan pdpc/pencerapan,PLC 11.7.2 Pemantapan pentaksiran 11.7.3 Tahun 6- Peningkatan prestasi Tahap Penguasaan Minimun (fokus murid menguasai silang E) 11.7.4 Tahap 1 – Aktiviti membaca Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Tindakan: untuk makluman 11.7 Analisis pencapaian MTM murid tahun 6/ 2020. Peperiksaan Bil. BMK BMP BIK BIP MT SN MTM Murid PAT 2019 68 59 38 21 15 8 45 5 Diagnostik 66 51 35 24 12 7 6 2 (Jan 2020) 12

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 11.8 Analisa Pencapaian MTM murid tahun 6/2020(PAT 2019) berdasarkan mata pelajaran. Tindakan: untuk makluman 14. Hal –hal lain. 12.1 Masih terdapat guru yang masih kurang faham meletak Tahap Penguasaan Murid. di mana sepatutnya ada peningkatan penguasaan murid tetapi sebaliknya guru meletak tidak ada peningkatan dalam penguasaan murid tersebut. Guru-guru perlu lebih menguasai dan memahami diskripsi dengan baik supaya tidak berlaku kekeliruan dalam menulis tahap penguasaan. Tindakan: semua guru 12.2 Guru-guru yang mengajar tahun 6 perlu memberi perhatian yang lebih dan fokus kepada murid yang mendapat markah (20-29) untuk membantu mereka agar mnguasai tahap minimum. Tindakan: Guru tahun 6 13

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 12.3 Murid-murid perlu digalakkan untuk menggunakan sudut ‘Speech Corner’ secara optimum. Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab perlu memainkan peranan. Ini secara tidak langsung dapat menggiatkan aktiviti MBMMBI. 12.4 Aktiviti Ko-Akademik perlu memberi sokongan kepada aktiviti panitia dengan merancang pelbagai aktiviti yang boleh menyokong aktiviti tersebut. Tindakan: Panitia Bahasa 12.5 Semua guru kelas wajib/mandatori menyediakan dan menampalkan jadual waktu di dalam kelas masing-masing. 12.6 Semua guru kelas juga diminta melengkapkan maklumat murid dalam APDM. Tindakan:Guru kelas 12.7 Kelas 6 Diamond dan 6 Crystal akan dipasang kemudahan LCD bagi melaksanakan PdP yang lebih efisien dan menarik, Tindakan: untuk makluman 12.8 Bengkel Menawab Soalan UPSR –Akhbar Didik yang dianjurkan oleh SK. Layang Layangan akan diadakan selama 2 hari di ILP. Seramai 23 orang murid tahun 6 terlibat. Pn. Jamilah berharap PIBG dapat menanggung separuh kos yuran (RM80.00) yang tinggi tersebut. Tindakan: Bendahari PIBG 12.9 Kelab Staf & Guru perlu mempercepatkan permohonan pembentukan AJK untuk memudahkan merancang aktiviti/program yang terdekat ini iaitu Persaraan Pn. Halibah binti Ismail. Tindakan: Kelab Staf & Guru 12.10 PK. HEM memaklumkan Nur Syifa murid tahun satu merupakan murid yang berkeperluan khas (autisme ringan) dan kemungkinan akan berpindah ke kelas khas. Manakala dua orang murid bukan warga iaitu Mohd. Rafi dan Mikail dicalonkan untuk masuk kelas pemulihan. Tindakan: untuk makluman 12.11 Pn. Juliana memaklumkan pemeriksaan fizikal untuk murid prasekolah dan tahun 6 akan diadakan pada 5-7 Februari dan Ceramah kesihatan untuk tahun 6 pada Februari 2020. 12.12 Beliau juga memohon agar pihak sekolah membuat membina pagar untuk Taman pra Pearl dan membuat laluan keselamatan ‘Zebra Crossing’ di hadapan Kelas prasekolah bagi menjamin keselamatan murid pra yang melintas jalan. Tindakan: untuk makluman 12.13 Berhubung dengan cuti peristiwa yang melibatkan PPM, jika mereka datang bertugas pada hari Sabtu dan Ahad adakah mereka layak menuntut/menebus dalam bentuk bayaran atau cuti. 14

Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 12.14 En. Adrian memaklumkan dapatan bahan daripada Bengkel Pengurusan Panitia boleh dimuat turun dari telegram sekolah. Tindakan: untuk makluman 12.15 Jika ada guru yang buat PLC boleh memaklumkan kepada SU Ladap Ustaz Ikhram untuk direkodkan. Tindakan: untuk makluman 12.16 Guru yang mengajar subjek terakhir diminta mengingatkan murid untuk membawa semua buku teks mereka balik bagi mengelakkan kehilangan buku teks tersebut. 12.18 Pn. Lawangsa mengusulkan agar pihak sekolah menyediakan papan kenyataan yang memaparkan kejayaan-kejayaan murid untuk menjadi inspirasi kepada murid-murid yang lain. 12.19 Ustazah Dayang Ruzanah memaklumkan 2 orang murid tahun 2 Crystal iaitu Mohd. Ikhram Aizuddin dan Norsyifa tidak pernah hadir dari hari pendaftaran. Tindakan: untuk makluman 13.Penutup 13.1 Pengerusi berharap agar segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan prestasi SK Bebuloh akan meningkat pada tahun ini serta boleh mencapai kecemerlangan. 13.2 Pengerusi juga berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama dan sokongan penuh dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah. 13.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.20 petang. Disediakan oleh: _______________________________ (JAMILAH BINTI. H. AG. KANAK) Setiausaha Kurikulum SK. Bebuloh Disahkan oleh : ________________________________ (ABDUL RAHMAN BIN SALIM) Guru Besar SK. Bebuloh 15

Dicadang untuk disahkan oleh: Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 Disokong untuk disahkan oleh: (………………………………………………. ) ( ……………………………………………………….) Tarikh: 16


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook