IMBUHAN Imbuhan dikenali sebagai penambahan. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan (kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan, dan kata bilangan). Imbuhan mempunyai 3 fungsi ➢ Membentuk kata terbitan ➢ Mengubah golongan kata ➢ Mencipta perkataan baru Dalam Bahasa Melayu imbuhan boleh dibahagikan kepada 4 jenis Imbuhan awalan akhiran apitan sisipan
Awalan pen- sekeluarga dengan amalan pe-, pem-,peng-, dan penge-. Ini menunjukkan bahawa awalan pen-, pe-, pem-, peng-, dan penge- ada hubungannya dengan awalan men-, me-, mem-, meng-, dan menge-. Awalan pen- dapat berubah menjadi pe-, pem-, peng-, dan penge-, atau tetap pen- seperti yang berikut: Awalan keterangan contoh pe- Apabila bertemu dengan kata-kata pe.lancong, pe.menang, yang bermula dengan huruf pe.nasihat, pe.nyanyi, l,m,n,ny,r,dan w. pe.rompak, pe.warna pem- Apabila bertemu dengan kata-kata pem.basmi, pem.buru, yang bermula dengan huruf b dan f. pem.fitnah peng- Apabila bertemu dengan kata-kata peng.arah,peng.edar, yang bermula dengan huruf a, e, i, peng.hibur, peng.ikut, o, u, g, h, dan kh. peng.oleh, peng.ulas, peng.gali, peng.khianat penge- Apabila bertemu dengan kata-kata penge.bom, penge.cat, yang terdiri daripada satu suku kata. dan penge.lap pen- Apabila bertemu dengan kata-kata yang pen.curi, pen.datang, bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z. pen.jamin, pen.syarah, dan pen.ziarah
Makna Awalan pen- Awalan pen- mempunyai beberapa makna, iaitu: ➢ orang yang men... pembunuh = orang yang membunuh pengarang = orang yang mengarang ➢ orang yang suka atau selalu.... pendiam = orang yang suka/selalu diam penidur = orang yang suka/selalu tidur ➢ orang yang bersifat.... peramah = orang yang bersifat ramah penakut = orang yang bersifat takut ➢ alat atau sesuatu yang digunakan untuk men.... pembakar = alat untuk membakar pemukul = alat untuk memukul ➢ sesuatu yang menyebabkan jadi.... pengdingin = sesuatu yang menyebabkan jadi dingin pengasih = sesuatu yang menyebabkan jadi kasih
Awalan ter- Ada tiga jenis awalan ter-, iaitu: ➢ ter- tak transitif ➢ ter- adjektif ➢ ter- pasif Awalan ter- sekeluarga dengan awalan te- dan tel-. Awalan ter- dapat berubah menjadi te-, atau tel-, atau tetap ter- seperti yang berikut: Awalan keterangan contoh te- apabila bertemu dengan kata te.rasa, te.rendam, yang bermula dengan huruf r te.ringkas, te.rupa apabila bertemu dengan kata te.percik, yang suku pertamanya berakhir te.perlus,te.perdaya, dengan er te.sergam, te.serkup, te.serlah tel- apabila bertemu dengan kata tel.anjur anjur ter- apabila bertemu dengan kata ter.cengang, yang bermula dengan huruf ter.nganga,ter.senyum yang lain daripada huruf r
Makna Awalan ter- Awalan ter- mempunyai beberapa makna, iaitu: ➢ tidak sengaja men... atau di.... terambil = tidak sengaja mengambil atau diambil terpijak = tidak sengaja memijak atau dipijak ➢ paling.... terbaik = paling baik tertinggi = paling tinggi ➢ keupayaan (dapat di....) terangkat = dapat diangkat terdaki = dapat didaki Contoh ayat: Dia tertelan tulang ikan semasa memakan nasi semalam . Rabiah terpijak ekor kucingnya . Orang tua itu tidak terpanjat tangga - tangga itu . Fuad terangkat kotak - kotak yang besar itu . Hua Eng ialah pelajar yang terpandai di dalam kelasnya . Bangunan itulah yang tertinggi di bandar ini .
Awalan ber- sekeluarga dengan awalan be- dan bel-. Awalan ber- dapat berubah menjadi be-, atau bel, atau tetap ber- seperti yang berikut. Awalan Keterangan Contoh be- Apabila bertemu dengan be.rasa, be.roda kata-kata yang bermula be.rumah, be.kerja dengan huruf r atau suku kata dan be.serta pertamanya berakhir dengan er bel- Apabila bertemu dengan bel.ajar, bel.unjur kata-kata ajar dan unjur ber- Apabila bertemu dengan ber.ayah,ber.bentuk, kata-kata yang lain daripada ber.gaduh, yang tersebut di atas ber.kepak, dan ber.tenaga Makna Awalan ber- Awalan ber- mempunyai beberapa makna, iaitu: ➢ mempunyai.... berayah = mempunyai ayah beribu = mempunyai ibu
➢ memakai.... berbaju = memakai baju berkasut = memakai kasut ➢ menaiki atau menunggang.... berkereta = menaiki kereta berbasikal = menunggang basikal ➢ menggunakan.... berpayung = menggunakan payung bertungkat = menggunakan tongkat ➢ mengeluarkan atau menghasilkan.... berbunga = mengeluarkan bunga bertelur = menghasilkan telur ➢ mengusahakan.... bersawah = mengusahakan sawah berkedai = mengusahakan kedai ➢ mengucapkan.... berdoa = mengucapkan doa berjanji = mengucapkan janji ➢ menunjukkan sikap.... berkasar = menunjukkan sikap kasar berlembut = menunjukkan sikap lembut ➢ dalam keadaan.... bergembira = dalam keadaan gembira berduka = dalam keadaan duka
➢ melakukan perbuatan pada diri sendiri.... bercukur = mencukur diri sendiri bersembunyi = menyembunyikan diri sendiri ➢ ada sesuatunya berbahaya = ada bahayanya berduri = ada durinya ➢ berlaku atau bekerja sebagai.... berdukun = berlaku sebagai dukun berguru = bekerja sebagai guru
Awalan ke- hanya memiliki dua makna saja, iaitu: ➢ Tingkat atau Kumpulan Makna ini akan terjalin jika imbuhan ke- bertemu dengan jenis-jenis kata bilangan, baik itu jenis kata bilangan tentu (takrif) maupun jenis kata bilangan tak tentu. Contoh ayat: Ana adalah anak kedua dari empat bersaudara. Keseribu demonstran telah berkumpul di depan istana negara. Dia adalah siswa ketujuh yang dikeluarkan sekolah karena masalah kenakalan rumaja. ➢ Menerangkan Status, Kemauan, dan Tanda Tujuan seseorang Makna ini akan terbentuk jika imbuhan ke- bertemu dengan kata tua, kasih, pada, luar, dan hendak. Contoh ayat : Semua peristiwa yang terjadi terkadang berada di luar kehendak manusia. Acara orientasi mahasiswa tahun ini akan diketuai oleh Fauzi.
Apitan ‘di-_-kan’ & ‘di-_-i’ ialah kata kerja yang digunakan dalam bentuk pasif. Contoh : dianugerahkan, didirikan, diberikan, dinaikan, dimasukan, dibacai, disukai, ditemui, dll Contoh ayat : Bangunan itu didirikan pada tahun 1197. Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai Bahasa. Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya. Mengenali sisipan ➢ Imbuhan yang hadir di celah-celah perkataan. ➢ Imbuhan ini hadir selepas huruf pertama kata dasar. ➢ Berada didalam kata adjektif, kata nama dan kata kerja. ➢ Jenis imbuhan sisipan _el_, _er_, _em_, _in_ ➢ Sisipan _el_ telapak Contoh : celoreng tapak coreng
➢ Sisipan _er_ serabut Contoh : Kerlip sabut gerabak klip gabak gemilang gementar ➢ Sisipan _em_ cemerlang Contoh : gilang gentar cerlang ➢➢➢
Simpulan Bahasa Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut : Simpulan Bahasa Maksudnya ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika air muka rupa atau wajah seseorang anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri banyak mulut orang yang banyak bercakap beralih akal berubah fikiran atau pendapat berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak berat tulang orang yang malas bekerja berhati batu degil dan sukar menerima nasihat besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu buah tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
Simpulan Bahasa Maksudnya campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta kaki ayam tidak berkasut atau berselipar khabar angin berita yang belum tentu benarnya makan suap menerima rasuah membuka jalan memberi laluan kepada orang lain murah hati suka bederma; tidak kedekut nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja tebal muka tidak tahu malu telinga lintah tajam pendengaran terang hati mudah memahami sesuatu titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh dll➢➢➢➢➢➢➢
Perumpamaan Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut. Perumpamaan Maksudnya Bagai air dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain Bagai bulan dipagari kecantikan gadis yang tiada bandingannya bintang Bagai diiris dengan perasaan yang sangat pedih sembilu Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan Bagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat erat Bagai kacang orang yang tidak tahu mengenang budi melupakan kulit Seperti anak ayam berpecah dan hilang tempat bergantung kehilangan ibu Seperti langit dengan perbezaan yang amat ketara bumi
Perumpamaan Maksudnya Seperti anjing dengan adik-beradik yang suka bergaduh kucing Seperti anjing dengan orang yang tamak, tidak cukup dengan bayang-bayang apa-apa yang ada Seperti api dalam sekam dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi Seperti bertih digoreng bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti Seperti embun di hujung kasih sayang yang tidak berkekalan rumput Seperti gergaji dua mata seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak Seperti harimau menyembunyikan kelebihan yang ada menyembunyikan pada dirinya kukunya memberi nasihat kepada orang tetapi Seperti hujan jatuh ke tidak berkesan pasir/ Seperti mencurahkan air ke orang yang cetek pengetahuannya daun keladi mengenai hal dunia luar memperoleh kekayaan yang tidak Seperti katak di bawah disangka-sangka tempurung Seperti tikus jatuh di beras dll
Search
Read the Text Version
- 1 - 17
Pages: