SI KANDUNGA 01 Abstrak 02 Pengenalan 03 Tarian Ngajat Kaum Iban 04 Jenis Tarian Ngajat 06 Aksesori, Peralatan dan Pakaian 08 Alat Muzik 10 Gerak Tari 12 Temu ramah tetamu 14 Rakyat dan ngajat 16 Lain-lain input 18 Kesimpulan 19 Rujukan 20 Biodata 21 Lampiran Laporan 22 Lampiran Mooc TARIAN NGAJAT
ABSTRAK Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama. Kecuali tiga kumpulan etnik utama iaitu bangsa Melayu, Cina, dan India, Malaysia juga mempunyai kaum-kaum yang lain seperti Iban, Bidayu, dan Kadazan. Oleh itu, keunikan kepelbagaian etnik ini merupakan kekuatan Malaysia. Melalui keunikan kepelbagaian etnik, kita dapat mengetahui budaya kaum-kaum lain. Namun demikian, kajian hari ini ialah budaya tarian ngajat dalam kalangan kaum Iban di Sarawak. Tarian ngajat adalah sejenis tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Tarian ngajat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Ngajat Bebunoh, Lesong, Induk, Ngalu Temuai, Kuta, dan juga Pua Kumbu. Oleh itu, kita telah menggunakan kaedah kajian secara temu duga dalam talian, Tetamu-tetamu yang dijemput merupakan pegawai jabatan kebudayaan USM Encik.Ahmad Assahirin Bin Abdullah dan juga pelajar USM yang bernama Muhammad Harith Aidith Bin Kalana. Tetamu-tetamu yang dijemput telah berkongsi ilmu pengetahuan dan juga pengalaman tentang tarian ngajat. Selain itu, lapan orang dari latar belakang dan kaum yang berbeza juga dijemput untuk menjalankan temu duga yang berkaitan dengan pendapat mereka tentang tarian ngajat. Keputusan kajian untuk tarian ngajat ini adalah tarian tradisional ini adalah salah satu cara yang dapat menonjolkan kepelbagaian kebudayaan di negara Malaysia. Melalui kajian ini, kita dapat mengetahui kebudayaan dan kepentingan tentang tarian ngajat ini untuk mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. T
PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, agama dan etnik sehingga melahirkan masyarakat pluralistik. Setiap kumpulan etnik ini mengamalkan adat resam dan budaya yang berbeza-beza. Namun begitu, perbincangan tentang budaya dan kesenian tradisional rakyat Malaysia kerap kali tertumpu kepada tiga kelompok etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India walaupun sebenarnya terdapat pelbagai suku kaum yang lain. Rakyat Malaysia dikatakan mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai etnik sendiri tetapi kurang pengetahuan tentang kumpulan-kumpulan etnik lain (Chua et al., 2013). Tambahan pula, kekurangan pemahaman mengenai etnik-etnik lain boleh menyebabkan prasangka, stereotaip, etnosentrik dan akhirnya menimbulkan diskriminasi sosial. Oleh itu, kajian ini akan memberikan tumpuan kepada tarian Ngajat yang merupakan sebahagian daripada seni tradisional masyarakat Iban di Sarawak supaya orang ramai dapat mengenali budaya masyarakat Iban dengan lebih mendalam. 1 TARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJAT KAUM IBAN Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Berdasarkan bancian yang dijalankan pada tahun 2016, bilangan penduduk Iban adalah sebanyak 858,989 iaitu 50% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban amat kaya dengan budaya warisan dan kesenian tradisionalnya yang tersendiri terutamanya dengan tarian Ngajat yang amat popular di Malaysia. Perkataan Ngajat bermaksud “menari” dalam Bahasa Iban (Wahed et al, 2018). Pada zaman dahulu, tarian ngajat dipersembahkan untuk menyambut pahlawan-pahlawan Iban pulang daripada berperang. Ia tidak boleh dipersembahkan secara sesuka hati kerana dianggap mempunyai semangat ritual tertentu. Kini, tarian Ngajat tidak lagi mempunyai semangat ritual yang tertentu dan biasa dipersembahkan semasa Hari Gawai, majlis keramaian, majlis perkahwinan dan sambutan kedatangan tetamu ke rumah panjang. Masyarakat Iban mempersembahkan tarian ngajat untuk menghiburkan lagi suasana semasa menyambut perayaan-perayaan tersebut. 2TARIAN NGAJAT
JENIS-JENIS (Sumber: https://www.flickr.com/pho- tos/20990145@N07/2041883935/in/pho- TARIAN NGAJAT tostream/) Tarian Ngajat terbahagi kepada beberapa jenis NGAJAT NGALU TEMUAI dan setiap jenis tarian ngajat ini mempunyai makna tersendiri dan akan dipersembahkan Tarian Ngajat ini dipersembahkan untuk dalam acara tertentu sahaja. Selain itu, setiap mengalu-alukan kedatangan tetamu khas ke jenis tarian ngajat ini mempunyai gerak tari rumah panjang. Penari akan menari tarian yang berbeza dan mempunyai keunikan Ngajat Ngalu Temuai sambil mengiringi tetamu masing-masing. Antara jenis tarian Ngajat sehingga ke ruai tuai rumah. Tarian ini juga adalah seperti: boleh dipersembahkan ketika upacara pembukaan sesuatu majlis rasmi yang dihadiri oleh ramai tetamu terhormat dan orang ramai. (Sumber:https://www.borneotalk.com/allure-my (Sumber: https://www.lokalocal.com/blog/- sticism-folklore-in-the-dances-of-sarawak/) culture/9-traditional-danc- es-in-malaysia/) NGAJAT INDU Ngajat Indu dipersembahkan oleh golongan NGAJAT BEBUNOH wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat kaum Ngajat Bebunoh dipersembahkan oleh Iban. Gerak tari yang dipersembahkan kaum lelaki sebagai simbolik memburu dan mempunyai maksud yang tersirat serta menghadapi musuh. Tarian ini menggambarkan kehidupan seharian dipersembahkan dengan bantuan masyarakat Iban. Tarian ini sesuai untuk peralatan seperti parang ilang dan terabai dipersembahkan apabila tetamu mengunjungi untuk mengekspresikan gerak tari yang rumah panjang untuk menunjukkan sama sebagaimana yang dilakukan kegembiraan atas kedatangan tetamu. semasa memburu dan menghadapi musuh-musuh. Tarian ini mempunyai pergerakan yang tangkas dan berani untuk menunjukkan kegagahan pahlawan Iban pada masa dahulu. 3 TARIAN NGAJAT
NGAJAT LESONG Ngajat Lesong hanya dipersembahkan oleh golongan lelaki sahaja kerana amat memerlukan kekuatan dan kegagahan penari. Penari lelaki perlu menari sambil mengangkat lesong yang beratnya sekitar 20 kilogram dengan menggunakan gigi. Tarian ini dipersembahkan semasa sambutan Hari Gawai atau untuk menyambut kedatangan tetamu khas. (Sumber: https://www.flickr.com/photos/farispis/2162139232) (Sumber: https://rimbunanrantingsar- NGAJAT PUA KUMBU awak.weebly.com/ngajat-kuta.html) Ngajat ini lazimnya dipersembahkan NGAJAT KUTA oleh masyarakat Iban kaum wanita. Keunikan tarian ngajat ini ialah penari Ngajat Kuta ini biasanya melibatkan akan menari sambil membawa kain pua kumbu, iaitu sejenis kain kapas gabungan penari lelaki dan perempuan. yang dianggap suci. Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa Gawai Penari-penarinya akan Kelingkang. mempersembahkan tarian ini mengikut (Sumber: http://james- jg.com/2009/06/ngajat-semain/) langkahnya yang tersendiri. Tarian ini 4TARIAN NGAJAT sering dipersembahkan ketika majlis kebudayaan dan masih dipraktikkan sehingga kini.
PERALATAN, adalah dipakai dengan cara melilitnya AKSESORI & di pinggang dan celah kelangkang PAKAIAN lelaki. Hujung kainnya dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang https://www.pinterest.com/pin/407927678721427806/ badan untuk menampakkan bahagian yang dihiaskan. Pakaian ketika mengenakan tarian ngajat ini berbeza mengikut gender di Seterusnya, pakaian Gagong adalah mana kaum lelaki mempunyai empat pakaian yang tebal pada bajunya dan (4 jenis) pakaian iaitu Sirat, Gagong, agak keras kerana diperbuat daripada Topi dan Terabai dan Ilang. Pakaian kulit haiwan iaitu kulit beruang. Gagong Sirat dikenali sebagi kain cawat iaitu adalah unik kerana tidak dijahit pada sejenis pakaian asas kaum Iban kiri dan kanannya. Dari segi Topi pula semasa menari. Cara pemakaian dihiasi dengan bulu burung dan rambut manusia sendiri. Aksesori 5 TARIAN NGAJAT tambahan pada pakaian Tarian Ngajat pula adalah Terabai iaitu sebagai pelindung diri daripada terkena pukulan atau tetakan musuh semasa berlawan. Ilang pula sejenis parang yang digunakan semasa berentak bersama dengan musuh. Bagi pakaian kaum wanita pula iaitu Kumang mempunyai sugu tinggi yang digunakan sebagai hiasan pada kepala mereka. Bagi menambahkan sifat kesopanannya, terdapat marek embang yang tinggi yang diletakkan pada bahagian dada dan rawai diikat pada pinggang yang menandakan wanita itu cantik pada pinggang. Selain itu, bagi mempertonjolkan kecantikkannya, kaum wanita dipakaikan gelang tangan, kaki dan juga anting-anting iaitu subang pada telinga mereka.
TOPI dihiasi dengan bulu burung dan rambut manusia https://co.pinterest.com/pin/794252084273791098/ TERABAI aksesori sebagai pelindung http://parangjohnny.blogspot.com/2012/03/bengkel-tukang- parang-sibu-sarawak.html?m=1 ILANG aksesori sebagai pedang untuk berlawan dengan musuh https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/10/89732/ parang-ilang-simbol-kegagahan-pahlawan-iban SUGU TINGGI hiasan pada kepala wanita http://thebestever4u.blogspot.com/2015/10/pakaian-tradisional-iban.html http://zizielala.blogspot.com/2016/03/the-beautiful-of-sugu-tinggi.html MAREK EMBANG RAWAI diletakkan pada bahagian dada diletakkan pada bahagian dada http://thebestever4u.blogspot.com/2015/10/ pakaian-tradisional-iban.html 6TARIAN NGAJAT
ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN Terdapat beberapa alat muzik yang tetawak anak, nada bunyinya nyaring. digunakan dalam tarian ngajat ini Alat muzik ini dapat menghasilkan mengikut jenis tarinya yang pelbagai. bunyi seperti 'chak, dong, peng'. Antara alat muzik yang digunakan dalam tarian ngajat ini adalah Tawak, Selain itu, alat muzik Bebendai Bebendai, Engkerumong dan Ketebung. mempunyai gong kecil yang Alat muzik Tawak diperbuat daripada bergantung pada kayu yang tembaga dan diikat pada tali, ianya berkembar pada kiri dan kanan. Alat berpasangan dan mempunyai ibu dan muzik ini juga berbentuk bulat dan anak dalam arti kata lain. Dinding pada membukit di tengah dan saiznya yang alat muzik ini tebal berbusut di agak besar dan berat. Alat muzik tengah-tengahnya. Nada atau bunyi Engkeromong adalah gong kecil yang yang dikeluarkan oleh Tawak ini adalah diperbuat daripada gangsa. Berbusut nyaring. Bagi tetawak ibu bunyinya di tengah dan berbentuk periuk. Satu rendah dan bergema manakala (1) set Engkeromong mempunyai tujuh (7) buah gong yang disusun sebaris di atas para yang panjang. Walau bagaimanapun, kebanyakan alat muzik dimainkan oleh orang lelaki dan hanya sebahagian kecil yang diamalkan oleh kaum wanita, terutama orang tua. Selain dipertontonkan pada hari festival mereka, iaitu \"Hari Gawai\", ia juga ditunjukkan kepada orang ramai, terutama pelancong yang ingin belajar tentang budaya muzik masyarakat Iban, terutama di negara ini. 7 TARIAN NGAJAT Ketebung dikategorikan sebagai Membranofon yang dikenali sebagai drum single sided drum dimana drum ini boleh diketuk dari satu sudut sahaja dan bahan pembuatannya yang unik digunakan menggunakan bahan semulajadi. Bentuk Ketebung ini adalah sejenis bulat yang memanjang ke atas.
TAWAK https://www.pinterest.ca/pin/535717318151524452/ BEBENDAI http://4mmalaysskdoj-fariz.blogspot.com/2010/06/tetawak.html ENGKERUMONG https://www.flickr.com/photos/30814037@N08/5800896530 https://suarasarawak.my/untan-landik-ngaga-bemacham-bansa-gendang/ KETEBUNG 8TARIAN NGAJAT
Gerak Tari Asas Tarian Ngajat Berikut merupakan beberapa langkah asas tarian Ngajat yang ditarikan dengan iringan muzik “Taboh Ngajat” yang dimainkan dengan menggunakan alat muzik yang bernama Engkerumong. Langkah Bersilang 1) Kaki kanan bersilang di hadapan kaki kiri dan fleksi. 2) Kaki kiri dibuka ke sisi 3) Kaki kiri bersilang di hapadan kanan dan fleksi. 4) Kaki kanan dibuka ke sisi kanan. Langkah Titi Batang 1) Bergerak ke kanan dengan langkah “step-close”. 2) Tangan diayun ke sisi secara berselang-seli. 3) Bergerak ke kiri dengan langkah “step-close”. 4) Tangan diayun ke sisi secara berselang-seli. 9 TARIAN NGAJAT
Langkah Pusing Balas 1)Kaki bersilang dan badan berpusing. 2)Tangan diayunkan dari atas ke bawah. Langkah Kaut Kiba Kanan 1) Badan berpusing ke kanan dan kaki kanan dibuka ke sisi. 2) Tangan kiri diluruskan ke depan dan tangan kanan di belakang. 3) Kedua-dua tangan diayunkan dari atas ke bawah. 4) Badan berpusing ke kiri dan kaki kiri dibuka ke sisi. 5) Tangan kanan diluruskan ke depan dan tangan kiri di belakang. 6)Kedua-dua tangan diayunkan dari atas ke bawah. 10TARIAN NGAJAT
121 TARIAN NGAJAT TARIAN NGAJAT
312TARIAN NGAJAT TARIAN NGAJAT
Sylvester Ranggie anak Rentap, 22 Sebagai orang Iban, tarian ngajat ialah tarian yang kami tahu sejak kecil lagi kerana apabila tibanya perayaan Hari Gawai, kami akan diajar tentang asal usul dan gerak tari tarian ngajat. Seni tarian ngajat adalah sangat unik kerana setiap gerak tari membawa maksud yang tersirat. Misalnya, terdapat gerak tari yang melambangkan burung kenyalang, aktiviti menenun dan keberanian pahlawan. Melalui penghargaan kepada seni tarian ngajat, hubungan etnik dapat dieratkan. Sumitrra Bala Subramaniam, 23 Sebagai seorang yang suka menari, saya berharap dapat mempelajari gerak tari tarian ngajat dan mempersembahkan tarian ngajat pada masa kelak. Saya ingin mempelajari tarian ngajat untuk memahami budaya yang pelbagai dalam masyarakat majmuk dengan lebih menyeluruh. Hal ini demikian kerana silibus pembelajaran di sekolah jarang memaparkan budaya penduduk asli berbanding dengan budaya Melayu, Cina dan India. Nazzatul Sherrena Binti Azman, 21 Saya pernah menyaksikan persembahan tarian ngajat di Sarawak dan saya amat teruja dengan persembahan tersebut yang sangat unik dan berlainan dengan tarian tradisional di Semenanjung Malaysia. Saya pernah melibatkan diri dalam program Borneo Cultural Night di Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan dan pengalaman tersebut banyak memberikan input tentang tarian ngajat kepada saya. Wong Yong Kai, 22 Saya mengetahui bahawa alatan-alatan yang digunakan sewaktu tarian tersebut adalah seperti gong, canang, dan ketebong. Negara kita mempunyai pelbagai etnik dan agama. Oleh itu, seni tarian tradisional ini harus dihargai kerana dapat menyuntik semangat muhibah, budaya saling menyokong dan menghormati kepelbagaian dalam kalangan mereka yang berkecimpung dalam cabang seni tersebut. 13 TARIAN NGAJAT
Aini Sofiya, 22 Saya mengetahui bahawa tarian ngajat boleh digunakan untuk menyambut pahlawan Iban yang pulang dari berperang pada masa dahulu. Malaysia terdiri daripada penduduk berbilang kaum, agama dan budaya. Tarian adalah antaranya seni budaya yang boleh mengeratkan hubungan etnik. Melalui latihan tarian, kami dapat belajar untuk bersatu padu dan saling membantu. Kami harus sentiasa bersikap terbuka dan memuji budaya yang diamalkan oleh kaum lain kerana saya yakin bahawa setiap budaya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Liew Pei Ting, 22 semasa menyambut Hari Gawai dan selepas musim menuai serta sebelum berperang pada zaman dahulu. Keindahan seni tarian ngajat telah menambah nilai kepada keunikan tradisi masyarakat Iban yang sememangnya terkenal. Tarian ngajat dapat mengharmonikan hubungan antara kaum melalui Malaysia yang tulen. Malarveeli a/p Vellmurugan, 22 RAKYAT DAN Saya amat menyukai kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita. Tarian ngajat sebagai seni warisan yang terkenal boleh mencetuskan minat masyarakat untuk memahami dan mempelajarinya. Seni tarian ngajat juga dapat meningkatkan komunikasi antara budaya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Misalnya, kawan Iban saya banyak menceritakan kepada saya tentang budaya kaum Iban termasuklah tarian ngajat. NGAJAT Ang Ming Jun, 21 Saya berasa amat bangga dengan keaslian seni tarian ngajat sebagai lambang identiti kaum Iban. Pakaian tradisional yang dipakai oleh penari tarian ngajat paling menarik perhatian saya kerana sangat cantik dan unik. Tarian ngajat merupakan sebahagian daripada budaya tempatan Malaysia. Pemahaman unsur-unsur dalam tarian tersebut membolehkan kita untuk mempunyai pengetahuan yang lebih luas tentang budaya tempatan. 14TARIAN NGAJAT
8.0 INPUT-INPUT RELEVAN DENGA Tarian ngajat berasal dari dan harapan. Jadi, apakah hubungan antara tarian ngajat dengan Hari masyarakat Iban di Sarawak dan Gawai? Tarian ngajat bagi tarian ini diturunkan dari generasi ke generasi. Tarian ngajat kini telah orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai dipersembahkan untuk meraikan orang-orang Iban sebelum festival penuaian terpenting, Gawai Dayak, untuk menyambut tetamu berperang dan selepas musim penting ke rumah panjang dan menuai. Oleh itu, tarian ngajat merupakan tarian yang tidak boleh sebagainya. Kita selalu boleh dikurangkan semasa meraikan Hari nampak tarian ngajat dipersembahkan untuk meraikan Hari Gawai, ia juga boleh ditarifkan sebagai lambang Hari Gawai yang Gawai. Oleh itu, apakah Hari Gawai? diraikan pada setiap tahun. Selain itu, Berdasarkan Timothy Teoh, 2020, Hari Gawai, atau festival Gawai Dayak, input-input lain seperti Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak adalah festival penting masyarakat (ASADIA). Akademi persatuan ini Dayak di Malaysia yang terdiri daripada suku Bidayuh, Kenyah, Iban, merupakan persatuan yang menggalakkan kebudayaan kaum Murut, Kayan, dan Kelabit. festival Hari Iban di Sarawak. Tarian ngajat juga Gawai adalah festival kesyukuran dan panen yang menandakan hasil merupakan salah satu kebudayaan yang sangat penting di negeri dan perancangan prospek masa Sarawak. Oleh itu, Akademi Persatuan depan yang banyak. Ini adalah perayaan nilai agama dan sosial Dayak Iban Sarawak (ASADIA) ini juga telah melancarkan pelbagai program masyarakat Dayak dan untuk menggalakkan tarian ngajat melambangkan perpaduan, aspirasi, 15 TARIAN NGAJAT
T LAIN YANG AN TOPIK KAJIAN tradisional ini. Kenyataan ini dapat Persatuan ini berusaha untuk dibuktikan melalui berita Utusan menghebahkan kebudayaan tarian Borneo Online yang menyatakan ngajat ini supaya masyarakat dapt bahawa program belajar tarian mengetahui tentang keunikan ngajat Iban lelaki anjuran Akademi kebudayaan tarian ngajat ini. Persatuan Dayak Iban Sarawak Input-input lain seperti International (ASADIA) terus digalakkan. Terdapat Borneo Festival. Festival ini seramai 18 peserta lelaki menyertai merupakan perayaan makanan, program ini bermula 9 Julai lepas di muzik dan tarian selama seminggu bawah bimbingan Henry Guya. yang meraikan pelbagai latar Menurut ketua Akademi Persatuan belakang budaya masyarakat Borneo Dayak Iban Sarawak (ASADIA), beliau seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu, berpendapat bahawa kelas ini tidak Melayu, Melanau dan CinaKekayaan hanya mempelajari tarian ini untuk warisan budaya di tanah air kita yang diri sendiri sahaja. Tetapi terdiri daripada kepercayaan dan seboleh-bolehnya membantu tabiat berbilang kaum adalah mengembangkan lagi seni ini kepada keunikan Sarawak. Objektif utama rakan-rakan serta masyarakat di perayaan ini adalah untuk tempat masing-masing supaya mempromosikan keindahan dapat mengembangkan semangat kepelbagaian etnik di Pulau Borneo ke tarian ngajat ini. Oleh itu, Akademi seluruh dunia. Oleh itu, tarian ngajat Persatuan Dayak Iban Sarawak sebagai tarian tradisional kaum Iban (ASADIA) mempunyai sumbangan juga dijemput dalam International yang besar terhadap tarian ngajat, Borneo Festival ini supaya hal ini kerana demikian Akademi kebudayaan ini dapat dipromosikan. 16TARIAN NGAJAT
17 TARIAN NGAJAT
KESIMPULAN Melalui kajian ini, kita dapat mengetahui jenis, latar belakang, dan sejarah tarian ngajat. Selain itu, kita juga dapat mengetahui peralatan, aksesori dan pakaian yang digunakan semasa tarian ngajat dijalankan. Melalui kajian ini, kita dapat memahami alat muzik yang digunakan dan cara persembahan tarian ngajat. Di samping itu, sesi temu duga juga merupakan elemen yang sangat penting dalam kajian ini, hal ini kerana demikian kita dapat mengetahui lebih ilmu pengetahuan tentang tarian ngajat melalui sesi temu duga. Dalam sesi temu duga tersebut, kita telah menjemput orang-orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Sebagai contoh, kita telah menjemput pegawai jabatan kebudayaan USM Encik.Ahmad Assahirin Bin Abdullah untuk menerima sesi temu duga ini. Dalam sesi temu duga ini, kita dapat mengetahui keunikan dan kepentingan tarian ngajat. Secara ringkas, kajian ini merupakan peluang yang amat bernilai untuk kita sebagai pelajar USM yang berpeluang untuk mengkaji kebudayaan tarian ngajat ini, saya berharap keunikan dan kebudayaan tarian ngajat ini dapat terus dikekalkan supaya boleh dihebahkan kepada dunia tentang keindahan kebudayaan Malaysia. 18TARIAN NGAJAT
Asyiqin Asror & Sabrina Fathil. (2017). Tarian ngajat. Retrieved from https://www.slideshare.net/amranaris67/tarian-ngajat-72184131 Borneo Cultural Festival 2020. (2020, July 16). Sarawak, more to discover. Retrieved from https://sarawaktourism.com/event/borneo-cultural-festival/ Claudya Luncha. (2018). Kajian tentang tarian ngajar. Retrieved from https://www.coursehero.com/file/43664966/Kajian-tentang- Tarian-Ngajatdocx/ Chua, B. S., Jasmine Adela Mutang, Lailawati Madlan, Alfred, C., Asong Joseph, Ho, C. J., Suwaibah Zakaria, Rosnah Ismail & Shamsul, A. B. (2013). The Perception of Characteristics, Behaviors, Cultures and Traditions Toward Own and Other Ethnic Groups. International Journal of Asian History, Culture and Tradition, 1(1), 1-10. Program belajar tarian ngajat Iban lelaki ASADIA menggalakkan. (2019, Julai 23) Utusan Borneo Online. Retrieved from https://www.utusanborneo.com.my/2019/07/23/program- belajar-tarianngajat-iban-lelaki-asadia-menggalakkan Teoh,T. (2020, May 28) Hari Gawai: A Celebration of Sarawak’s Dayak People. Wahed, W. J. E., & Pitil, P. P. (2018). Ngepan Indu Iban: The Aesthetic Features of Female Iban Costume in Sarawak [Conference Paper]. In 2nd Asia International Conference of Arts & Design, Langkawi, Malaysia. Wonderful Asia. Retrieved from https://www.wonderfly.asia/blog/hari- gawai-acelebration-ofsarawaks-dayak-people/ WordPress blog. “Ngajat” Iban Dance:The Ngajat Dance of The Iban. Retrieved from https://sharmabelle.wordpress.com/the-gawai- festival/introduction/ngajat-dance/ rujukan.19 TARIANNGAJAT
KUMPULAN 01 Abdul Muadzar bin Azizan, 24 (148568) 02 Kaum: Melayu 03 Agama: Islam 04 Tarikh Lahir: 20/10/1997 05 Berasal dari: Alor Setar, Kedah Nombor Telefon: 019-434 6750 Emel: [email protected] Fong Tze Yean, 22 (147355) Kaum: Cina Agama: Buddha Tarikh Lahir: 05/10/1999 Berasal dari: Tanjong Tualang, Perak Nombor Telefon: 016-5455360 Emel: [email protected] Muhammad Ajri bin Roslan, 24 (146889) Kaum: Melayu Agama: Islam Tarikh Lahir: 28/01/1997 Berasal dari: Selama, Perak Nombor Telefon: 013-581 9921 Emel: [email protected] Ruby Toh Yen Yee, 21 (148955) Kaum: Cina Agama: Buddha Tarikh Lahir: 10/08/2000 Berasal dari: Batu Pahat, Johor Nombor telefon: 016-260 0472 Emel: [email protected] Tong How Hou, 22 (145508) Kaum: Cina Agama: Kristian Tarikh Lahir: 10/11/1999 Berasal dari: Changkat Keruing, Perak Nombor Telefon: 016-574 4810 Emel: [email protected] 20TARIAN NGAJAT
LAMPIRAN LAPORANL Temubual bersama orang awam mengenai pendapat mereka tentang Tarian Ngajat Temubual bersama Jurulatih Tarian Ngajat dan Penari Tarian Ngajat 21 TARIAN NGAJAT
LAMPIRAN MOOC ABDUL MUADZAR BIN AZIZAN (148568) 22TARIAN NGAJAT
Lampiran MOOC (Fong Tze Yean, 147355) 23 TARIAN NGAJAT
RUBY TOH YEN YEE (148955) 24TARIAN NGAJAT
24 TARIAN NGAJAT
Search
Read the Text Version
- 1 - 30
Pages: