KIT PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0 Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara
PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0 PENGENALAN Pada tahun 2020 dunia telah digegarkan dengan ancaman pandemik Covid-19 yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan Perintah KawalanPergerakan (PKP). PKP yang telah kita lalui mulai 18 Mac 2020 sehingga kini merupakan satu suasana di luar kebiasaan dan ianya memberi implikasi besar terhadap sistem persekolahan khususnya terhadap rutin pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. KPM melalui sidang media Yang Berbahagia Menteri Kanan (YBMK) Pendidikan bertarikh 8 November 2020 telah mengumumkan penutupan semua sekolah mulai 9 November 2020 dan pelaksanaan pengajaran danpembelajaran di rumah (PdPR) sehingga 17 Disember 2020. Melalui sidang media yang sama, turut diumumkan tarikh sesi persekolahan pada tahun 2021 yang akan bermula mulai 20 Januari 2021 secara bersemuka bagi murid Tahun 1 sehingga 6 dan Tingkatan 1, 4 dan 5. Manakala bagi murid Tingkatan 2 dan 3 akan meneruskan pelaksanaan PdPR sehingga 8 Mac 2021. Sebelum pengumuman penutupan sekolah seluruh negara oleh YBMK Pendidikan, terdapat sekolah di negeri yang menjalani PKPB yang telah ditutup seawal bulan Oktober. Sebagai contoh, PKPB yang diumumkan di negeri Sabah telah mengakibatkan sekolah ditutup mulai 13 Oktober 2020. Malah sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mula ditutup mulai 14 Oktober 2020. Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara
PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0 Berdasarkan analisis telah dilaksanakan KPM mendapati bahawa penutupan sekolah mengakibatkan murid secara fizikal tidak dapat mengikuti pembelajaran di sekolah. Malah berbeza dengan PKP yang berlaku pada bulan Mac 2020 yang lalu, penutupan sekolah bulan Oktober sehingga 9 November 2020 adalah berbeza-beza bergantung kepada pengumuman PKPB atau PKPD yang dilaksanakan. Bagi murid Tahun Satu sehingga Enam dan Tingkatan Satu, Empat dan Lima mereka akan menjalani PdPR selama 28 sehingga 46 hari manakala Murid Tingkatan 2 dan 3 pula akan menjalani tambahan sebanyak 30 hari PdPR pada tahun ini yang membawa kepada jumlah PdPR sebanyak 58 sehingga 76 hari. Rajah 1: Analisis Bilangan Hari Pelaksanaan Kurikulum Secara PdPR Bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid yang terkesan akibat penutup, Penjajaran Kurikulum yang sebelum ini dilaksanakan pada tahun 2020 telah ditambah baik dan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2021 dengan nama Penjajaran Kurikulum Versi 2.0. Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara
PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0 BAGAIMANAKAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI TAHUN 2021? Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang secara menyeluruh pelaksanaan kurikulum pada tahun 2021. Perancangan ini meliputi pembelajaran murid di prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Rajah 2: Pelaksanaan Kurikulum Bagi Tahun 2021 Murid Prasekolah dan Peralihan akan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran asal dalam PdP memandangkan pembelajaran kohort murid ini tidak terkesan terhadap pembelajaran pada tahun 2020. Murid tahun Satu, mereka akan mengikuti Program Transisi Tahun Satu selama 43 hari bermula hari pertama persekolahan. Setelah tamat Program Transisi ini, mereka akan meneruskan pembelajaran Tahun Satu dengan menggunakan kurikulum yang telah dijajarkan. Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara
PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0 Murid Tahun Dua sehingga Tahun Enam dan Murid Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima, mereka boleh mengikuti pembelajaran pada tahun 2021 dengan mengambil kira kandungan kurikulum yang terkesan pada tahun 2020. Guru mata pelajaran boleh memilih untuk melaksanakan kurikulum yang terkesan pada tahun 2020 tersebut pada peringkat awal tahun dan meneruskan pembelajaran berikutnya sebaik sahaja selesai menyampaikan kandungan kurikulum yang terkesan pada tahun 2020. Mereka juga boleh memilih untuk menyisipkan kandungan tidak dapat disampaikan pada tahun sebelum ke dalam kandungan tahun semasa sepanjang PdP mereka pada tahun ini. Perlaksanaan kurikulum pada tahun 2021 akan menggunakan peruntukan jam minimum mata pelajaran seperti yang telah dinyatakan di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7, 8 dan 9 Tahun 2016 serta Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6 Tahun 2019. Pihak sekolah perlu merujuk surat pekeliling ikhtisas tersebut dalam merancang pengoperasi pembelajaran murid di sekolah. Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara
PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0 APAKAH PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0? Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 adalah penyususnan semula kandungan pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran dalam apa jua keadaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara
PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0 OBJEKTIF Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 Mengklusterkan kandungan kurikulum yang diperlukan oleh murid untuk meneruskan pembelajaran di peringkat seterusnya Memberi peluang kepada guru dan murid untuk melaksanakan PdP kurikulum yang terkesan akibat bencana Menyediakan dokumen yang dijajarkan sebagai panduan utama guru untuk melaksanakan PdP khususnya semasa bencana Menyediakan panduan dan maklumat kepada guru untuk merancang pelaksanaan PdP serta menyesuaikannya dengan keperluan semasa mata pelajaran Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara
PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0 FITUR BAHARU Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 1.Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 telah dilengkapkan untuk kegunaan sepanjang tahun; 2.Peruntukan Minimum Jam Setahun berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuat kuasa; 3.Dokumen Penjajaran Kurikulum bagi Tingkatan 5 disediakan; 4.Melibatkan semua Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 hingga 5 (Prasekolah dan Peralihan tidak dilibatkan kerana tidak terkesan di tahun 2020); dan 5.Pelaksanaan Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 perlu diselaraskan di peringkat sekolah. Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara
PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 01 JAWATAN KUASA KURIKULUM SEKOLAH JAWATAN KUASA Memaklumkan pelaksanaan KURIKULUM SEKOLAH kurikulum bagi tahun 2021 kepada guru. Merangka jadual waktu 02 Memuat turun dokumen penjajaran persekolahan berdasarkan kurikulum dan kit pelaksanaan peruntukan jam minimum kurikulum dari portal rasmi BPK di http://bpk.moe.gov.my/ 03 PANITIA MATA PANITIA MATA PELAJARAN PELAJARAN Merancang kaedah mengesan 04 Mengadakan perbincangan dalam dan mengenal pasti tahap panitia untuk mengenal pasti penguasaan murid kandungan kurikulum pembelajaran yang lalu matapelajaran yang terkesan dan merancang intervensi berdasarkan PANITIA MATA PELAJARAN 05 asas pertimbangan berikut: 1.kandungan yang tidak sempat Merancang pelaksanaan dilaksanakan; kurikulum menggunakan 2.keterlibatan PdPR murid yang kurikulum yang dijajarkan sangat rendah; dan/atau dan membuat Rancangan 3.Tahap penguasaan murid yang Pengajaran Tahunan rendah 06 JAWATAN KUASA KURIKULUM SEKOLAH Menjalankan pemantauan berstruktur secara berterusan bagi memastikan pelaksanaan PdP dan pentaksiran dilaksanakan seperti yang dirancang. Membuat penambahbaikan dan meningkatkan mutu PdP dan PdPR. Memberi panduan kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah PdP dan penyediaan bahan pembelajaran bersesuaian.
PANDUAN PELAKSANAAN GURU Mengenal pasti Mengadakan perbincangan dalam 01 kandungan kurikulum panitia untuk mengenal pasti yang terkesan semasa kandungan kurikulum pelaksanaan PdPR dan matapelajaran yang terkesan dan implikasinya terhadap merancang intervensi berdasarkan pembelajaran tahun asas pertimbangan berikut: semasa 1.kandungan yang tidak sempat 02 03 dilaksanakan; 2.keterlibatan PdPR murid yang sangat rendah; dan/atau Rujuk Dokumen Penjajaran 3.Tahap penguasaan murid yang Kurikulum bagi kandungan kurikulum mata pelajaran rendah yang terkesan 04Merancang pelaksanaan kurikulum yang dijajarkan dan menyisipkan Standard 05 Kandungan/ Standard Pembelajaran dari DPK2.0 Menyediakan tahun sebelum ke dalam Rancangan DPK 2.0 tahun semasa Pengajaran Tahunan 06 Merancang pengajaran harian 08 dengan mengambil kira: 1.Pendekatan PdP yang bersesuaian Melaksanakan PBD dan 2.Operasi sekolah dan Jadual Waktu merekodkan tahap 3.Sumber yang ada penguasaan murid 07 Melaksanakan PdP
Menentukan Kandungan Terkesan Kandungan yang tidak dapat Kenal Pasti dilaksanakan pada tahun 2020; atau/dan Mengenal pasti Standard Kandungan Keterlibatan murid yang rendah dan Standard Pembelajaran yang semasa pelaksanaan PdPR. mungkin terkesan semasa pelaksanaan kurikulum tahun 2020 Data sedia ada Menentukan Tahap Data Pentaksiran Penguasaan Murid Analisis Menggunakan data sedia ada seperti data PBD atau Menganalisis data sedia ada atau dapatan pentaksiran merancang kaedah pentaksiran yang sesuai sekiranya tiada data Menentukan Kaedah Pentaksiran Pemerhatian Penulisan Lisan Menentukan Instrumen Pentaksiran Senarai Semak Laporan tugasan Kuiz; dan sebagainya Murid Murid tidak menguasai menguasai Tidak Perlu Dijajarkan dalam Dijajarkan PdP Tahun 2021
Search
Read the Text Version
- 1 - 11
Pages: