Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Risalah Edisi 2

Risalah Edisi 2

Published by NUS PBMUKS, 2021-07-10 06:26:04

Description: E-Majalah terbitan PBMUKS Tahun Akademik 2020/2021 Penggal 2

Search

Read the Text Version

51 Gugusan bintang di cakerawala Saksi candaan insan tatkala Gurauan senda menjadi sengsara Tawa diganti dua aksara Litar rangkaian terpaksa putus Silaturrahim semakin pupus Berganti masa jejak pun hapus Bak gurun hanya kenali tandus Sekelip mata, lenyap kanan kiri Tali ikatan yang kian lama penenang hati Salam sayang pengisi ruang hari Patahnya tidak tumbuh, hilang pun tiada ganti Hey, mambang tanah mambang air Gangguan batin, tampak sihat dari zahir Kau jauh namun tetap hadir Minda celaru, emosi jatuh ke nadir Tubuh terbujur kaku di atas lantai Walau tangan bebas terasa macam dirantai Lali dek huluran tak mampu digapai Demi kewarasan pegangan rela digadai Wahai sobat, doaku agar bebas jua Bagai di rimba, bebas rayau mergastua Dunia lalui pembaharuan norma Namun penyakitku masih dipandang stigma

52 Terbaharu OLEH: NUR AFIQAH BINTE HASSAN (NTU)

53 anggaran tak menentu tiada siapa yang tahu manusia menjadi mangsa berdesas-desus diumpan waktu suasana riang menjadi sugul, dimomok kaku warna warni mundur menjadi kelabu norma fasa baharu, segalanya sudah tepu namun dalam diam yang tak terkata manusia merasa syukur tak terhingga suasana sepi menjadi bangga dahulunya jauh di mata kini terdekat di hati asyik pula menegur sapa jemputlah datang, semua inilah norma kehidupan fasa baharu hanya Engkau dan aku tiada siapa yang tahu.

54 SUARA BARISAN HADAPAN OLEH: MAWAR SEROJA (UNISZA)

55 Termenung sejenak memandang purnama Cahayanya cerah, sinarnya indah Tenang bersama bayu malam yang menyapa Beratapkan langit malam yang bersulam bintang Menjadi teman merawat jiwa yang gundah Untuk sejenak Mata dipejam, nafas dihembus Jelas dihalwa mendengar suara unggas malam Bagaikan menyeru bisikan rindu yang lama terpendam Sebak menyerbu dada, senak menikam jiwa Tanpa sedar air mata hangat mengalir Detik ini Sedang manusia dikerah berjaga Aku berdepan musuh menjadi wira utama Jauh diperantauan melaksanakan tugas Bertarung nyawa menyelamat nyawa Namun, masih ada manusia yang masih bergembira Kerana diri mereka yang kononnya lelah Merelakan musuh menakluki dunia Mereka biarkan aku merana Keluargaku… Kasihku… Aku tinggalkan kerana mereka yang angkuh Aku tinggalkan kerana amanah yang dipikul Aku terpaksa walaupun aku sudah tidak berdaya

56 NORMA BAHARU, KEHIDUPAN DALAM PANDEMIK OLEH: MUHAMMAD IRFAN

57 Siapa sangka api kecil, Gagak adu tidak bertahta, Lama lama bakar hutan; Redup berdiri tidak bertaman; Gempa angka mati cicil, Sesak rindu tidak terkata, Lama lama cekar intan. Hidup sendiri tidak berteman. Cerah biru linangan merah, Layu nan putih bunga melati, Berketul awan bercerai lewa; Panas nan terik teladan cabar; Padah seru himpunan darah, Sayu merintih minta simpati, Berkumpul kawan tergadai nyawa. Bergantung hidup menahan sabar. Dilenda ombak corak terjaga, Rendah ringan lurus mengirap, Maya redup arus terlejas; Pegar malang mengangkit si padi; Dilanda wabak tidak diduga, Tadah tangan terus berharap, Gaya hidup terus terjejas. Agar hilang penyakit abadi.

58 IKLAN

59 Register as a mentor: Bit.ly/EPMentor2021 Learn more about our Future Ready initiatives: Tinyurl.com/YMfutureReady

60 Nyala SG Special Bundle: 1 Nyala T-shirt* + 1 ‘Di Sebalik Jendela’ book (Folk song/Lagu rakyat) Burung kakak tua, hinggap di jendela, nenek sudah tua, giginya tinggal dua... 1 (Proverb/Peribahasa) 2 Laut mana tidak dilanda ombak, bumi mana tidak ditimpa hujan. (Folk song/Lagu rakyat) Di Tanjong Katong, airnya biru. Di situ tempatnya dara jelita. 3 Di Sebalik Jendela *While stocks last Through denial, conflict, @nyalasg acceptance and commitment. A poem anthology which speaks to the soul of readers who are getting through di cult phases in life.

Sebuah terbitan PBMUKS


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook