Risalah
Catatan Editor Assalamualaikum wr. Wb. Selamat datang ke edisi pertama Risalah! Sekian lama PBMUKS tidak mengeluarkan penerbitan, kini kami kembali dengan e-majalah. Risalah asalnya merupakan surat berita (newsletter) yang dihantar melalui e-mel pada setiap hujung semester. Ia dirombak supaya PBMUKS dapat lebih mendekati anak-anak Melayu NUS. Sebagai sebuah persatuan bahasa Melayu di institut pengajian tinggi, PBMUKS tekad untuk terus melestarikan penggunaan bahasa dan minat terhadap seni dan budaya Melayu. E-majalah ini juga peluang untuk kami mendokumentasi pengalaman anak Melayu NUS mengharungi cabaran sewaktu pandemik Covid19. Tema buat Risalah kali ini berlatarbelakangkan pandemik Covid19 yang telah mengubah kehidupan seharian dan penyesuaian diri dengan norma baru. Berteraskan visi ‘Bangkit! Kami ke hadapan’, dan sejajar dengan motto ‘Datangnya wabak sebagai pengajaran, datangnya peluang mengatasi cabaran’, kami percaya segala kesukaran yang dihadapi sepanjang tahun ini adalah suatu ikhtibar untuk terus mengharungi cabaran-cabaran akan datang. Dengan itu, apakahyang boleh para pembaca jangkakan daripada Risalah? Risalah edisi pertama ini menyajikan kisah-kisah yang merangkumi anak-anak Melayu NUS daripada pelbagai latarbelakang, mengharungi cabaran ekoran pandemik Covid19. Bahkan, ada juga yang telah mampu mengembangkan potensi masing-masing meskipun dalam suasana sukar sebegini. Dengan itu, Risalah ini mencerminkan semangat jitu anak-anak Melayu NUS dan sikap positif mereka yang kian menyerlah. Selain kisah anak-anak Melayu NUS, kami juga berhasrat untuk menampilkan secara sekilas kisah masyarakat Melayu yang terserlah semangat kental. MemandangkanRisalahedisipertamainiditerbitkanditengah-tengahpandemik,kamiberharap agar kisah-kisah yang dipaparkan dapat sedikit sebanyak memberi inspirasi dan sekaligus menyatukan anak-anak Melayu NUS untuk atasi cabaran dan bangkit bersama. Di samping itu, penerbitan e-majalah ini suatu usaha mengalakkan dan menyemarakkan semangat penulisan dalam bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi NUS. Dengan percubaan untuk menghakis tanggapan bahawa kemahiran bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat haruslah sentiasa sempurna, kami amat mengalu-alukan lebih ramai orang untuk tampil menyumbang penulisan mereka tidak kira dalam apa bentuk jua, untuk edisi-edisi masa hadapan. Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada para anggota jawatankuasa Risalah yang telah berganding bahu untuk menerbitkan e-majalah ini dan juga, kepada mereka yang tidak keberatan untuk tampil berkongsi kisah-kisah mereka bersama kami! Besar harapan kami agar usaha ini diteruskan dan moga para pembaca terhibur membaca Risalah edisi pertama kami! #PBMUKSkita 1
\" Anak kedidi terbang indah berempat, Hinggapnya di celah pepohonan ara, Moga Risalah jadi pencetus semangat, Untuk mahasiswa-mahasiswi tercinta Bunga melati tumbuh merata, Harum wanginya si bunga tanjung, Biarlah erat kita dakap bahasa, Agar bahasa kekal dijunjung \" 2
Jawatankuasa Risalah EDITOR/PENYELARAS PROJEK Sufia Maisarah & Syazwani Sanep PEREKA BENTUK DAN AHLI PUBLISITI Nuryn Qistina & Nurul Syazana PENASIHAT TEKNIKAL Saifudin Ali PENULIS Murni Kamsani Muhammad Zikry Nur Sarah Aniq Hilman AHLI PEMASARAN Nur Munira Nur Khalisah Ikuti saluran media sosial PBMUKS! www.pbmuks.org @pbmuks @pbmuks PBMUKS Sebuah terbitan PBMUKS 3
Isi Kandungan 05 09 Jom kita kenal Ahli Risalah imbas acara-acara Jawatankuasa PBMUKS ke- Sekretariat Am sepanjang 52! semester pertama... 13 15 Apa Khabar Ad hoc! Pengalaman Universiti Dalam Talian 19 23 Pengurusan Masa Bersama Abang Zikry Sibuk Jer Anak Melayu NUS 29 33 Anak Melayu NUS Genggam Bara Api, mengorak langkah dalam Biar Sampai Jadi Arang merealisasikan impian yang berbeza 4
Jom kita kenal Ahli Jawatankuasa PBMUKS ke-52! Presiden Haaa.. ini siapa tidak kenal? Presiden kita mula bergiat dengan PBMUKS dari Tahun 1, dimana dia menyertai ‘Pentas Budaya’ sebagai Setiausaha, sebelum menjadi Ketua Sekretariat Seni, dan kini pula memegang jawatan Presiden bagi Jawatankuasa ke-52. Mahasiswi Tahun 3 jurusan Pengajian Melayu ini juga melibatkan diri dalam Persatuan Pengajian Melayu dan juga sukan Silat. Fuh, memang serba-bolehlah #presidenkita! Syazwani Sanep Naib Presiden Jangan salah sangka dengan rupanya yang garang! Naib-Presiden kita ini sebenarnya penyayang orangnya (betul tau, saya tidak dipaksa... aha ha). Mahasiswi Tahun 4 jurusan Sejarah ini adalah ahli paling senior dalam Jawatankuasa ini, dan dianggap sebagai ‘Kak Long’. Tahun ini merupakan ‘season’ terakhirnya, jadi mari kita menggempakkan lagi suasana untuk kali terakhir ala #TheLastDance Sufia Maisarah Naib Presiden Ini dia dalang otak geliga disebalik idea-idea ‘emas’. Mahasiswa Tahun 3 jurusan Fizik ini telah memulakan perjalanan PBMUKS sejak zaman freshie-nya sebagai ahli publisiti #PARADIGMA sebelum mengambil alih jawatan penyelaras projek. Kini gilirannya pula menjadi bos. Nak pikat hati dia mudah sahaja, belikan McSpicy dan jangan lupa sos kari! Saifudin Ali Setiausaha Rupanya manis, kelakuannya pula lembut, tetapi dalam banyak- banyak haiwan yang boleh menggambarkan dirinya, itik menjadi pilihannya. Mahasiswi Tahun 3 jurusan Pengurusan Projek dan Kemudahan ini merupakan bekas Naib Penyelaras Projek 'Pentas Budaya', dan kini menggalas tanggungjawab sebagai 'pejuang' admin Jawatankuasa 5Iklistaa.TKaraik-amk Aemshalneyg kita juga giat dengan seni tarian Melayu bersama NUS lembut gayanya! S i t i A l i f a h5
Nur Munira Nak dengar lagu? DJ Muns boleh putarkan! Mahasiswi Tahun 3 jurusan Sosiologi ini mempunyai senarai lagu di Spotify-nya yang sesuai buat pelbagai suasana! Dapatlah kita ‘vibe’ bersama. Bekas Naib Penyelaras ProjekWonderstruck2020 ini juga seorang penggemar ‘anime’, dan kini mengikuti siri ‘Attack on Titan’ bersama rakan-rakannya. Ketua Bendahari Nur Khalisah Seorang yang penuh dengan kejutan? Keperibadian yang unik? Inilah ahli kita yang tidak padan rupa! Mahasiswi Tahun 3 jurusan Sains Politik ini memang berani mencabar dirinya dalam pelbagai bidang seperti lukisan digital dan rekaan IG Filter tersendiri. Alumnus Sekolah Sukan Singapura ini juga bergiat dengan sukan bola jaring. Memang 'all-rounder' ya gadis ini! Bendahari Erra Syahirah Kecil jangan disangka lemah, kebolehan kakak ini memang besar! Mahasiswi Tahun 2 jurusan Pengurusan Projek dan Kemudahan ini bukan sahaja mahir dengan penulisan teks untuk wadah-wadah media sosial PBMUKS, dia juga seorang penari NUS Ilsa Tari. Lembut betul ya kakak ini... tetapi jangan terkejut bila melihat dia menunggang motosikal FZ nya di jalan raya! Komunikasi Korporat Nuryn Qistina Wow, adakah ini Puteri Aesthetik PBMUKS? Mahasiswi Tahun 2 jurusan Komunikasi dan Media Baru ini adalah separuh daripada pasangan kreatif jawatankuasa kita! Alumnus SOTA ini juga seorang penari NUS Ilsa Tari dan juga bergiat dengan pelbagai kegiatan publisiti Kolej Alice dan Peter Tan. Memang berbakat ya Puteri kita ini! Pegawai Kreatif Nurul Syazana 6 6 Bukan satu, tetapi dua Puteri Aesthetik? Bertuah betul Jawatankuasa PBMUKS ini! Mahasiswi Tahun 2 jurusan Sosiologi ini menggenapkan pasangan kreatif kita, dan jangan main-main ya, bakatnya tiada tandingan! Selain daripada meluangkan masanya dengan lukisan digital, gadis ini juga giat dengan seni Dikir Barat dengan kumpulan NUS Dikir. Serba-boleh sungguh! Pegawai Kreatif
Nur Sarah Osman Aik, dia lagi? Mantan Setiausaha AJK ke-51 kini menggalas posisi baharu! Mahasiswi Tahun 3 jurusan Sosiologi ini mula bergiat dengan PBMUKS sebagai ahli Program ME{R}DU pada Tahun 1, dan minatnya terhadap acara ini yang sungguh mendalam mendorongnya untuk kembali menyumbang sekali lagi. Penggemar drama Korea ini teringin sangat untuk bertemu dengan oppa-nya, Lee Min Ho. Ketua Sekt. Penerbitan Danial Jamil Eh, Shaheizy Sam ke tu? Mahasiswa Tahun 2 jurusan Kejuteraan Kimia ini seorang penggemar muzik dan sering menghiburkan semua dengan nyanyian lagu-lagu jiwang secara spontan. Dia juga menggelar dirinya sebagai Selenator yang terbesar di Singapura… Haa ada sesiapa nak cabar dia? Naib Ketua Sekt. Penerbitan Muhammad Zikry Bak kata pepatah Inggeris yang tidak berasas, ‘We stan a Puisi King’, jejaka ini tidak lokek dengan kata-katanya yang berbunga - kebun bunga Botanic pun kalah! Mahasiswa Tahun 2 jurusan Pengurusan Projek dan Kemudahan ini memang gemar dengan seni persuratan dan telah bergiat dalam seni tersebut semenjak sekolah menengah lagi. Cairrr hati kita dibuatnya… Ketua Sekt. Persuratan Aisyah Syahirah Anda pasti pernah melihatnya di instastory rakan-rakan anda! Senyuman menawan memang tidak terlepas dari kakak ‘popz’ kita ni. Mahasiswi Tahun 2 jurusan Sosiologi kini merupakan penyelaras projek untuk edisi Bisikan Pena yang akan datang! Jangan sangka tiada kebolehan disebalik senyuman manis cik adik kita ini! Naib Ketua Sekt. Persuratan 7
Ketua Sekt. Pendekatan Masyarakat Tenang, santai dan ‘chill’ - jika anda ingin mencari orang untuk bersantai bersama, inilah dia! Mahasiswa Tahun 2 jurusan Sistem Maklumat ini adalah ‘Ice Man’ Jawatankuasa kita, dan begitu cekap dan versatil dengan tugasannya. Bekas ahli Logistik #PARADIGMA ini gemar sekali dengan hidangan Ayam Goreng… sedap sangat ke bang? Aniq Hilman Naib Ketua Sekt. Pendekatan Masyarakat Hey siapa ‘smart mamat’ ini? Kalaulah PBMUKS ada pertandingan ‘Best Dressed’, sudah tentu Mahasiswa Tahun 2 jurusan Perniagaan ini adalah pemenangnya. Bekas ahli Program #PARADIGMA ini gemar mengembara ke merata negara dan juga merakam pengalamannya dengan kamera filemnya. Hmm, negara manakah yang akan dia pergi seterusnya? Abdul Fattah Ketua Sekretariat Seni Ketawanya selalu kedengaran, inilah dia penyeri suasana Jawatankuasa kita! Ketinggian Mahasiswi Tahun 3 Pengajian Melayu ini tidak ke mana, tetapi kebolehannya tiada tandingan! Beliau merupakan bekas Presiden bagi NUS Ilsa Tari, dan juga giat dalam pelbagai acara PBMUKS dan USP. Hebat sungguh ya idola kita ini! Suraya Suhairi Naib Ketua Sekt. Seni Dua, tiga kucing berlari. Empat, lima … adakah ini Pantun Queen kita? Memang serba-boleh (...atau asal boleh) ya ahli kita ini! Mahasiswi Tahun 2 jurusan Pengurusan Projek dan Kemudahan ini bukan sahaja mahir ‘berpantun’, malah selalu menghiburkan semua! Bekas Pengarah Pentas Budaya kini kembali untuk mengarah seluruh acara tersebut ke tahap yang lebih tinggi! Murni Kamsani 88
Risalah imbas acara-acara Sekretariat Am sepanjang semester pertama Oleh: Syazwani Sanep Tahun akademik 20/21 disambut meriah dengan pelbagai acara-acara Sekretariat Am sepanjang semester pertama meskipun di tengah pandemik Covid-19 ini. Ikuti kami mengimbas kembali acara-acara Sekretariat Am yang telah diadakan... Acara E-AGM Patah tumbuh, hilang berganti. Tanggal 8hb Ogos 2020 menandakan pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) yang ke-51 dan perlantikan AJK yang ke-52, di acara Mesyuarat Agung Tahunan. Lebih dikenali sebagai E-AGM, mesyuarat kali ini diadakan dalam talian. Selain merasmikan pengambil alihan barisan pucuk kepimpinan PBMUKS, mesyuarat ini bertujuan untuk meraih pencapaian AJK yang ke-51 sepanjang penggal mereka walaupun kebanyakan perancangan mereka pada penggal tersebut terjejas akibat penularan pandemik covid-19. Dengan itu, sekalung penghargaan kepada AJK yang ke-51 di atas segala sumbangan mereka kepada PBMUKS! Juga tahniah diucapkan kepada AJK yang ke-52 dan selamat maju jaya dalam menjalani tanggungjawab anda! Semoga PBMUKS terus menuju ke arah kecemerlangan Insya’ Allah! 9
Acara E-SLF Telah berlangsungnya acara tahunan E-Student Life Fair (E-SLF) yang dinanti-nantikan ramai, dari tanggal 10hb hingga 14hb Ogos 2020! Platform media sosial PBMUKS tidak sepi dengan sesi-sesi tayangan secara langsung atau lebih dikenali sebagai ‘Livestream’ yang dikelolakan oleh para ketua keempat-empat acara teras PBMUKS. Mereka bergilir-gilir berkongsi penglibatan mereka di NUS sepanjang ini yang diharapkan dapat memperkaya pengalaman mereka masing-masing sebagai mahasiswa NUS, bersama para penonton. Selain penglibatan dalam acara-acara PBMUKS, ada yang berkongsi pengalaman mereka menyertai acara-acara luar PBMUKS seperti Rag & Flag mahupun pengalaman menetap di salah satu asrama di NUS seperti Tembusu College. Tidak kering gusi melihat telatah ketua-ketua kita tatkala mereka cuba mengendalikan permainan masing-masing. Menerusi permainan-permainan tersebut, para penonton berpeluang memenangi hadiah giveaway yang ditaja oleh @kurukisg, @sNAZk, @ onlysanbox, yang merupakan usaha-usaha anak-anak Melayu NUS kita sendiri. Menerima sambutan yang positif, sesi ‘Livestream’ hasil kolaborasi di antara PBMUKS & NUS Muslim Society (NUSMS), diadakan dengan harapan sesi tersebut dapat memberi nasihat- nasihat yang bermanfaat untuk para mahasiswa Melayu/Muslim yang akan memulakan semester mereka tidak lama lagi. 10
Acara E-Welcome Tea Buat julung-julung kalinya, acara Welcome Tea telah diadakan secara dalam talian pada tanggal 19hb Ogos 2020 dan ia bertujuan untuk memperkenalkan PBMUKS dan acara-acara teras kami. “Tidak dinafikan yang pada mulanya, saya menjangkakan acara e-Welcome Tea itu seperti panggilan video Zoom biasa-biasa sahaja. Tetapi e-Welcome Tea PBMUKS amat menarik kerana ia berkonsepkan sebuah buku cerita lama, di mana mereka membawa penonton menerokai PBMUKS bersama,” ujar Muhammad Izzan Rani, seorang mahasiswa tahun pertama yang merupakan salah satu hadirin bagi acara tersebut. Menurut Izzan, permainan ‘Kahoot’ juga merupakan salah satu aspek acara tersebut yang tidak dilupakan. Ribuan terima kasih kami ingin ucapkan kepada anda yang telah menghadirkan diri sekaligus memeriahkan lagi acara kami. Kami berharap anda telah terhibur dengan pementasan serta permainan yang diadakan. Bukan itu sahaja, PBMUKS juga berharap bahawa anda semua telah dapat mengenali acara-acara PBMUKS dengan lebih mendalam lagi dan sekaligus mendorong anda semua untuk menyertai acara-acara anjuran PBMUKS. 11
Bengkel Induksi PBMUKS telah menganjurkan Bengkel Induksi bagi ahli jawatankuasa acara-acara teras PBMUKS pada 3hb Oktober 2020. Antara matlamat bengkel ini adalah untuk memberi bimbingan dan panduan yang secukupnya dalam aspek pemasaran, publisiti dan perbendaharaan terutama sekali dalam berdepan dengan cabaran- cabaran dalam suasana pandemik ini. Pihak Risalah berpeluang untuk menemuduga Nur Laila Jasni, seorang mahasiswi tahun ke-tiga jurusan Komunikasi dan Media Baru, yang merupakan salah satu peserta Bengkel Induksi tersebut. Memandangkan ia merupakan kali pertama Laila menyertai acara teras PBMUKS, dia akur bahawa bengkel tersebut sememangnya amat informatif serta bermanfaat baginya sebagai ahli publisiti acara #PARADIGMA. Menerusi bengkel tersebut, dia telah dapat mengetahui dengan lebih lanjut selok belok peranan tersebut serta meraih idea-idea yang berpotensi daripada ahli-ahli jawatankuasa PBMUKS yang ke-52, yang dia anggap sebagai ‘berpengalaman’ disebabkan penglibatan mereka dalam ad-hoc-adhoc yang berbeza. “Ia amat menenangkan saya serta kumpulan publisiti saya untuk mengetahui bahawa terdapat sebuah sekretariat di bawah naungan PBMUKS ini yang tidak keberatan untuk memberi bantuan dan sokongan serta berperanan untuk menyelia kumpulan-kumpulan publisiti acara- acara teras PBMUKS,” ujar Laila yang sebelum ini giat menyertai aktiviti-aktiviti di asramanya iaitu NUS Temasek Hall. Pihak AJK sememangnya berharap pengongsian semasa bengkel tersebut bermanfaat bagi ahli jawatankuasa acara teras PBMUKS dan sedikit sebanyak membakar semangat mereka untuk cekal menempuh pelbagai rintangan yang wujud ekoran pandemik Covid-19. Tidak sabar kami menantikan acara-acara teras PBMUKS yang bakal berlangsung tidak lama lagi! Pengagihan Pek Kebajikan Menjelang persiapan untuk peperiksaan akhir semester pertama ini, Pengagihan Pek Kebajikan kembali untuk mendorong badan pelajar terutama pada masa yang amat getir ini. Projek ini merupakan hasil kerjasama di antara PBMUKS dan NUS Muslim Society untuk para pelajar Melayu/Muslim di NUS. Pengagihan semester ini sedikit berlainan, di mana ia diagihkan dalam bentuk e-mel yang mengandungi baucer-baucer menarik. Semoga kandungan e-Pek Kebajikan ini telah membantu anda dalam persiapan untuk peperiksaan akhir semester ini, insya’ Allah! Jelas bahawa acara-acara Sekretariat Am masih dapat dijalankan secara lancar bagi semester pertama walaupun di era pandemik ini. Semestinya, pihak AJK PBMUKS yang ke-52 tidak dapat melaksanakannya tanpa sokongan anda semua! 12
Apa Khabar Ad hoc! Oleh: Sufia Maisarah Pejam celik pejam celik, semester satu sudah pun sampai ke penghujungnya. Kini tiba masanya untuk kita imbas kembali apa yang sudah dijalankan oleh ahli jawatankuasa ad hoc-ad hoc PBMUKS. Mesti ada yang tertanya kan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ad hoc PBMUKS? Haaaa… pada setiap tahun akademik, sekretariat-sekretariat kami akan melantik jawatankuasa yang baharu untuk mengendalikan acara-acara teras PBMUKS. Buat tahun akademik 2020/2021, acara-acara teras kami ataupun lebih dikenali dengan acara-acara ad hoc terdiri daripada #PARADIGMA, ME{R}DU, Bisikan Pena dan Pentas Budaya. Semester satu merupakan tempoh untuk membentuk jawatankuasa ad hoc dan juga masa untuk merancang apayang akan dilakukan untuk setiap acara. Semester dua pula masa untuk melaksanakan segalayang dirancangkan sewaktu semester satu. Setiap jawatankuasa dipimpin oleh Ketua dan Naib Ketua Sekretariat selaku Penasihat dan Penyelaras Projek bagi setiap acara. Untuk tahun akademik ini ada kelainan yang ketara. Buat julung-julung kalinya, setiap fasa perancangan untuk setiap acara ad hoc dilakukan dalam talian! Kalau dahulu, Penasihat dan Penyelaras Projek akan adakan sesi temu duga dan menjalankan mesyuarat-mesyuarat di sekolah. Namun, NUS telah melaksanakan zoning dimana setiap pelajar hanya dibenarkan untuk berada di zon A, B atau C berdasarkan fakulti masing- masing supaya jarak selamat dapat dilaksanakan. Disebabkan peraturan yang lebih ketat, kami pun mestilah menyesuaikan diri dengan norma baharu. Mujurlah kini wujud wadah- wadah seperti Zoom, Skype dan kemudahan lain yang membolehkan kami semua berjumpa di alam maya! Dari September hingga Disember 2020, ahli-ahli setiap jawatankuasa sibuk merancang jadual dan program yang akan dikendalikan. Mereka juga telah mengadakan pengumpulan dana dan setiap ad hoc tampil dengan beraneka jenis makanan dan barangan yang telah dijual. Pengumpulan dana pada tahun-tahun lepas seringkali diadakan di CLB Walkway, tetapi memandangkan zoning dan jarak selamat telah ditetapkan, pesanan untuk pengumpulan dana juga terpaksalah dilakukan melalui wadah dalam talian. Mereka menjual takoyaki, tapak kuda, cendol, lasagna dan bermacam-macam lagi lah! Acara-acara PBMUKS bukan kecil-kecilan ya! Sudah tentu ia perlukan dana yang kukuh supaya acara- acara kami kekal bermutu tinggi dengan harapan ia bukan sahaja boleh memanfaatkan anak Melayu NUS, tetapi masyarakat di luar juga. Memandangkan semester dua akan bermula tidak lama lagi, ad hoc-ad hoc PBMUKS akan memulakan fasa perlaksanaan. Tak sabar lah nak lihat apa yang mereka rancang selama ini! Selamat maju jaya kepada semua ahli jawatankuasa #PARADIGMA, ME{R}DU, Bisikan Pena & Pentas Budaya! 13
14
Pengalaman Universiti dalam talian Oleh: Murni Kamsani
Memang tidak dinafikan bahawa penularan Covid- Foto ihsan Siti Maryani 19 telah memaksa sesi pembelajaran bertukar dari secara fizikal kepada dalam talian untuk menggalakkan 16 penjarakan sosial dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi NUS. Walaupun terpaksa, alternatif ini harus dilanjutkan dan dikendalikan supaya mahasiswa-mahasiswi tidak ketinggalan dalam pelajaran sungguhpun sekolah ditutup secara fizikal. Sebagai seorang mahasiswi tahun kedua jurusan Pengurusan Projek dan Kemudahan (PFM), saya berasa senang apabila mendengar berita mengenai tindakan ini. Maklumlah, saya seorang yang pemalu. Saya lebih selesa meluangkan masa di rumah daripada pergi ke sekolah untuk belajar. Walaubagaimanapun, makin lama saya duduk di rumah, makin rindu pula suasana di sekolah! Bergaul dengan kawan, makan di ‘The Deck’, belajar di ‘CLB’ dan sebagainya! Tetapi, apakah pendapat mahasiswa-mahasiswi NUS yang lain pula? Khas untuk Risalah, saya telah mengundang dua mahasiswi NUS dari Fakulti Sastera & Sains Sosial (FASS), yang sudi untuk berkongsi pengalaman mereka bersekolah secara dalam talian. Menerusi perkongsian ini, saya berharap untuk mengetahui, adakah alternatif ini berkesan, terutama sekali untuk pelajar-pelajar freshie yang baru sahaja memasuki alam universiti? Dan apakah perasaan mereka setelah mendapat berita bahawa pengalaman tahun pertama mereka di NUS akan berlangsung secara dalam talian? Siti Maryani, seorang mahasiswi tahun pertama di NUS berpendapat bahawa belajar secara dalam talian amat efektif baginya. Sebagai seorang yang pendiam dan pemalu (macam saya juga!), menghadiri kelas dalam talian tidak memerlukannya untuk bertemu dengan orang ramai secara fizikal. Adakalanya, kelas dalam talian tidak memerlukan pelajar untuk menunjukkan muka mereka di wadah Zoom. Disebabkan ini, amat sukar bagi sesetengah pelajar untuk memberi perhatian penuh dan mengambil inisiatif untuk berbincang mengenai tugas yang diberikan bersama rakan- rakan yang lain, terutama sekali untuk projek sekolah. Oleh
itu, sekolah secara dalam talian telah memberinya peluang untuk mengambil inisiatif untuk tampil ke hadapan dalam memulakan perbincangan supaya kumpulannya tidak ketinggalan. Bukan itu sahaja, Maryani juga berpandangan bahawa sekolah secara dalam talian dapat mengurangkan perbelanjaan sekolah. Dengan adanya peluang untuk belajar di rumah, Maryani berasa selesa kerana dia dapat belajar tanpa tergesa-gesa. Belajar di rumah memberinya peluang untuk menjadualkan masanya dengan lebih teratur. Jelas bahawa dia mempunyai pandangan yang positif mengenai pembelajaran secara dalam talian. Ini membuat saya tertarik untuk mengambil tahu pengalamannya membina hubungan dengan teman baru dalam talian buat pertama kalinya pula. Berbeza dengan perasaan leganya mengenai pembelajaran dalam talian, Maryani berasa terkilan kerana tidak dapat menghadiri kem orientasi secara fizikal. Sebagai seorang freshie, dia telah membayangkan masanya di universiti penuh dengan peluang untuk membina persahabatan baharu. Oleh itu, Maryani membuat keputusan untuk menyertai beberapa aktiviti sekolah. Dengan penglibatannya sebagai seorang ahli jawatankuasa Pentas Budaya dan anggota NUS Dikir Barat, Maryani berharap dia dapat terus membina persahabatannya dengan rakan-rakan baharu. Selepas mendengar perkongsian daripada Maryani, saya berpendapat bahawa sekolah secara dalam talian ada baik dan buruknya. Walaupun ia menyenangkan tugas buat sesetengah pelajar, ada juga pelajar yang berpendapat bahawa sekolah secara fizikal lebih efektif dan produktif berbanding dengan sekolah secara dalam talian. Terutama sekali buat pelajar senior yang sudah terbiasa menghadiri sekolah secara fizikal. ‘Sekolah dalam talian agak sukar untuk dibiasakan.’ Adakah ini benar? Siti Nurkhalisah, seorang mahasiswi tahun ketiga, merasakan bahawa sekolah secara fizikal lebih produktif baginya walaupun dia harus bangun awal untuk ke sekolah. Dengan adanya peluang untuk bertemu dengan pensyarah, dia dapat memberi Foto ihsan Siti Nurkhalisah 17
tumpuan yang sepenuhnya di kelas kerana senang untuk menanyakan soalan. Bukan itu sahaja, dia berpendapat bahawa dengan kehadiran rakan-rakan yang lain semasa pembelajaran secara fizikal, beliau berasa lebih bersemangat dan sedikit sebanyak membuat dirinya lebih produktif. “Saya lebih suka menghadiri kelas secara fizikal kerana saya sudah menganggap rumah sebagai tempat rehat bagi saya, dan sekolah sebagai tempat saya belajar. Dengan adanya sekolah secara dalam talian, rumah saya sekaligus telah menjadi tempat kerja dan juga tempat tidur, ini membuatkan saya berasa kekok dan menyesakkan”, kata Khalisah. Dia juga mengatakan bahawa pembelajaran dalam talian memerlukan disiplin yang amat tinggi kerana tempat rehat sudah juga menjadi tempat kerja; lebih senang untuk hilang tumpuan. Oleh itu, menurut pengamatan saya, setiap pelajar ada pendapat masing-masing mengenai persekolahan secara alternatif ini. Disebabkan keadaan yang tidak menentu ini, beberapa kelas pada semester hadapan akan kembali secara fizikal, tetapi ada juga kelas yang akan diteruskan secara dalam talian.Tidak kira apapun -fizikal mahupun dalam talian-yang penting sekali, setiap pelajar harus tahu bagaimana untuk mengimbangkan masa dengan lebih baik. Inilah beberapa tips-tips daripada mereka untuk mengimbangkan masa dengan lebih baik sebagai mahasiswa-mahsiswi universiti: 1. Seminggusebelumkelasbermula,bacakriteria-kriteriauntukmodul- modul pilihan. Catatkan tarikh peperiksaan/tarikh akhir kerja sekolah di dalam buku rencana atau kalendar untuk mengelakkan perlengahan masa 2. Buat folder yang baharu di Google Drive dan letakkan nota-nota di dalam folder tersebut supaya lebih terurus 3. Mulakan persediaan untuk peperiksaan dengan lebih awal! Jangan tangguh-tangguhkan kerja 4. Tidur dengan secukupnya dan jaga kesihatan diri Secara peribadi, walaupun sekolah secara dalam talian adalah sesuatu yang baharu dan belum dibiasakan, ia memberi saya peluang untuk membina disiplin diri. Terutama sekali dengan tips-tips yang telah diberikan oleh tetamu undangan Maryani dan Khalisah, saya dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai cara untuk mengimbangkan masa dengan lebih baik, dan saya harap anda juga! Selamat maju jaya kawan- kawan! 18
Pengurusan Masa bersama Abang Zikry Oleh: Muhammad Zikry
Sebagai seorang mahasiswa, memang sukar untuk mengimbangkan masa antara pelajaran dengan aktiviti-aktiviti luaran. Kurikulum di universiti amat sukar berbanding dengan di maktab rendah dan politeknik. Oleh itu, kita harus memperbaiki diri supaya pelajaran dan kehidupan sosial tidak terjejas. Namun, pelajaran merupakan keutamaan di universiti. Kini, saya akan berkongsi beberapa “tips” berdasarkan pengalaman saya, dan ia diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu anda menikmati aktiviti luaran semasa menuntut di universiti. Pengurusan masa itu amat penting. Sediakanlah masa yang secukupnya untuk pelajaran dan aktiviti-aktiviti luaran setiap minggu. Berkemungkinan besar anda mempunyai jadual waktu pelajaran di NUSMods. Walau bagaimanapun, jadual waktu tersebut tidak termasuk masa pelajaran sendiri seperti mengulangkaji dan membuat tugas projek. Bukan itu sahaja, anda juga ingin ‘lepak’ dengan kawan- kawan dan menyertai CCA bukan? Bagaimana pula kalau rakan ajak makan malam pada saat-saat terakhir? Salah satu aspek pengurusan masa termasuk memikirkan bila waktu yang anda paling produktif. Adakah ia benar bahawa tabiat bangun awal membuat kita lebih produktif sepanjang hari? Dengan wadah E-learning di NUS, anda mempunyai lebih fleksibiliti untuk merancang jadual waktu. Contohnya, anda tidak perlu bangun seawal jam 8 pagi untuk menghadiri kelas kuliah kerana boleh mengulas kelas tersebut di LumiNUS pada bila-bila masa. Kami juga dapatiyang ada juga rakan-rakan yang bangun lewat dan sibuk menghabiskan tugasan dan pengulangkajian sehingga larut malam. Hal ini tidak salah; kemungkinan besar mereka lebih produktif pada waktu malam. Namun, jika anda tahu anda lebih produktif pada siang hari, cubalah melaraskan jadual waktu. Misalnya, anda boleh bangun lebih awal untuk membuat tugasan tersebut dan masa petang hingga malam boleh digunakan untuk aktiviti sosial. Yang penting, rehatlah dengan secukupnya! Dengan adanya sedikit disiplin, tidak sukar untuk anda lebih cekap menumpu perhatian terhadap pelajaran. Sebagai contoh, masa lapang di antara kelas yang dijadualkan boleh diperuntukkan untuk pelajaran sendiri seperti menyelesaikan projek atau bacaan. Bukan sahaja anda dapat menggunakan masa dengan baik, 20
Ingin lepak dengan rakan-rakan? Pelajaran harus diutamakan... anda juga dapat menghasilkan kerja dengan jangan melengah-lengahkan tugasan hingga lebih cemerlang kerana sudah di dalam ‘mood jam 6 petang! Kualiti tugasan anda juga akan belajar’. Lebih-lebih lagi, dengan kebanyakan terjejas jika dilakukan dengan tergesa-gesa. kelas diadakan melaluiwadah E-learning, anda Ianya penting untuk memperuntukkan masa tidak perlu menghabiskan masa perjalanan yang secukupnya supaya dapat menghasilkan ke kampus. Aktiviti-aktiviti yang boleh kerja yang lengkap dan sempurna. Dengan membuatkan anda terlengah-lengah seperti pengurusan masa yang baik, anda boleh menonton drama, baik diketepikan buat mengimbangkan pelajaran dengan aktiviti masa ke masa; memang sukar kalau telefon luaran tanpa menjejaskan salah satunya. pintar anda berada di depan mata. Maka itu, dengan adanya disiplin, pastinya anda boleh Apa pula jika diajak makan malam menguruskan masa untuk pelajaran dengan atau lepak pada saat terakhir? Haruskah cekap. anda ketepikan tugasan buat sementara atau lepaskan peluang bersama teman? Bagaimana pula dengan aktiviti- Memang benar bahawa pelajaran harus aktiviti lain? Ada kemungkinan besar anda diutamakan, tetapi kami juga berhak untuk mempunyai CCA, berhasrat untuk menonton menikmati kehidupan sosial. Situasi ini drama, atau ingin ‘lepak’ dengan rakan- memang menempatkan anda dalam dilema rakan. Jika anda dapat menguruskan masa dan anda harus membuat pilihan yang dengan konsisten dalam pelajaran, pasti ada terbaik. Bolehkah anda menghabiskan cukup masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti tugasan tepat pada masanya? Sudikah rakan- tersebut. rakan anda menunda masa mesra bersama? Inilah beberapa perkara yang anda harus Kebanyakan CCA di NUS bermula mempertimbangkan sebelum membuat pada waktu petang. Oleh itu, waktu siang keputusan. Yang penting sekali, anda sebagai hari seelok-eloknya digunakan untuk mahasiswa universiti harus mengimbangkan menyelesaikan segala tugasan. Contohnya, masa dengan baik. jika CCA anda bermula pada jam 7 malam, 21
Dengan itu, anda akan lebih yakin dalam mengimbangkan pelajaran dengan aktiviti luaran. Barulah anda tahu bagaimana sebilangan rakan-rakan yang sentiasa kelihatan ceria. Bukan itu sahaja, dengan pengurusan masa, dapatlah anda peruntukkan masa mesra bersama teman dengan lebih cekap. Ada daripada kami mencuba sedaya upaya untuk mengimbangkan masa belajar dengan masa mesra bersama teman seperti menyelitkan sedikit masa antara jadual masing-masing, ataupun hanya mencari masa bersama setelah selesai tugasan sekolah. Selain itu, anda boleh melakukan beberapa aktiviti bersama-sama seperti makan malam selepas CCA, ataupun belajar bersama-sama. Memang sukar sebagai pelajar universiti kerana kadangkala, terlalu sibuk hingga tidak dapat meluangkan masa, atau hanya dapat meluangkan masa bersama-sama pada waktu malam secara di talian. Namun, tiba cuti sekolah nanti barulah dapat menghabiskan masa dengan lebih mesra! Tidak disangka bahawa keupayaan menguruskan masa juga berkemungkinan membolehkan anda bertemu dengan ‘seseorang’ semasa menuntut di universiti? Ataupun anda sudahpun mempunyai minat pada seseorang di universiti? Inginkah anda membayangkan masa depan bersama-sama? Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sebilangan pasangan menemui jodoh mereka di universiti, tetapi ia sedikit sebanyak berlaku dengan pengurusan masa yang baik. Sediakanlah jadual waktu peribadi yang terbaik untuk anda, dan semoga maju jaya! 22
SIBUK JER Anak Melayu NUS Oleh: Syazwani Sanep 23
Naib presiden NUS Ilsa Tari untuk tahun akademik Ternyata, pandemik Covid-19 tidak menghambat 2020/2021 ialah kumpulan-kumpulan pelajar NUS ini untuk meneruskan Nuramirah Bte Jani, seorang mahasiswi tahun ke- kegiatan-kegiatan masing-masing. Segmen SIBUK JER? tiga jurusan filosofi menyingkap bagaimana kumpulan-kumpulan ini telah Foto Ihsan NUS Ilsa Tari mengharungi pelbagai cabaran untuk kekal bergiat… (Bawah) Latihan NUS Ilsa Tari masih Mungkin sebelum ini, ramai yang sukar diteruskan - Foto Ihsan NUS Ilsa Tari membayangkan pengalaman membuat persembahan tarian dalam talian … Ini sememangnya dapat dirasakan Pentas NUS Nia Alisya, seorang mahasiswi tahun kedua, selaku Ilsa Tari setiausaha jawatankuasa NUS Ilsa Tari bagi tahun tidak sepi akademik 2020/2021. Baru-baru ini, pada tanggal 6hb September 2020, beliau serta tiga mahasiswi dari NUS Ilsa Tari telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Minggu Serumpun Budaya, yang dianjurkan Wisma Geylang Serai (WGS). Acara tersebut telah disiarkan melalui wadah YouTube dan Facebook rasmi WGS. NUS Ilsa Tari jelas tidak teragak-agak untuk menerima tawaran membuat persembahan sedangkan mereka cukup tahu bahawa dalam suasana pandemik sebegini, mereka perlu menepati langkah-langkah jarak selamat sewaktu persembahan. Antara cabaran yang perlu diatasi oleh mereka untuk acara tersebut termasuk sekatan yang dikenakan terhadap kebebasan untuk bergerak di atas pentas. “Kami perlu menitikberatkan jarak di antara para penari serta jumlah para penari keluar masuk dari bahagian kiri dan kanan pentas. Oleh itu, para penari perlu tangkas membuat penyesuaian agar mematuhi langkah-langkah yang telah ditetapkan”, ujar Nuramirah Bte Jani, mahasiswi tahun ke-tiga, yang memegang jawatan naib presiden NUS Ilsa Tari. Sebagai 24
Para penari dari NUS Ilsa Tari untuk acara Minggu Serumpun Budaya Foto Ihsan: NUS Ilsa Tari pengurus persembahan tersebut, beliau berperanan Nia Alisya, seorang mahasiswi tahun kedua membuat koordinasi di antara pihak penganjur dan para jurusan pengurusan projek dan kemudahan, penari. merupakan setiausaha NUS Ilsa Tari untuk tahun akademik 2020/2021 Memandangkan ia merupakan kali pertama Alisya Foto Ihsan NUS Ilsa Tari melakukan persembahan dalam suasana pandemik, beliau begitu teruja dapat meraih pengalaman tersebut. “Disebabkan kita tidak mempunyai ‘live audience’, kami digalakkan untuk membuat ‘eye-contact’ dengan kamera-kamera sebagai satu cubaan untuk berhubung dengan para penonton dalam talian tetapi awkward juga sebenarnya,” kongsi Alisya. Biarpun mencabar berdepan dengan kesulitan disebabkan pandemik, ia seolah-olah tidak mematah semangat penari-penari NUS Ilsa Tari untuk tetap meneruskan membuat persembahan. Ini juga jelas dapat dilihat menerusi dedikasi penari-penari NUS Ilsa Tari untuk memastikan rancangan latihan tarian mereka dapat dijalankan selagimana ia sesuai dengan langkah-langkah yang ditetapkanwalaupun banyak perubahan perlu dibuat dari masa ke semasa. Bahkan, mereka telah memulakan latihan untuk produksi tarian mereka yang akan diadakan tidak lama lagi. Mengulas tentang apa yang para hadirin dapat jangkakan dari produksi tarian mereka ini, menurut Amirah, produksi itu akan menampilkan tema wanita Melayu moden. Produksi ini akan memaparkan agensi wanita Melayu yang kelihatan terbatas oleh beberapa faktor dan mengakibatkan ketegangan dalam kita meniti arus kemodenan ini. Konsep produksi ini merupakan usaha kerjasama bersama Dr Suriani Suratman, seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu NUS. Produksi tarian NUS Ilsa Tari ini bakal dipentaskan pada 27hb Februari 2021. 25
Pesilat NUS Silat dapat turun gelanggang berlatih Peluang untuk kembali berlatih secara fizikal di gelanggang baru-baru ini sangat dialu-alukan oleh para pesilat NUS Silat. Hakikatnya, ia bukanlah mudah bagi ahli jawatankuasa NUS Silat yang ke-22 untuk mengambil keputusan tersebut bahkan mengurus pasukan NUS Silat di tengah-tengah pandemik ini secara keseluruhan. Dalam tempoh pemutus litar sebelum ini, pasukan ini tetap berlatih menerusi alam maya seperti wadah Skype. Menurut Muhammad Rasydan, seorang mahasiswa tahun kedua selaku kapten pasukan NUS Silat yang ke-22, “yang paling ketara ialah semangat pasukan jelas terjejas oleh sebab motivasinya yang berbeza semasa latihan dalam talian.” Dalam pada itu, latihan secara fizikal merupakan sesuatu yang dihargai hampir kesemua pesilat walaupun terdapat segala keterbatasannya. Latihan yang dikendalikan secara fizikal perlu mematuhi semua peraturan jarak selamat sejajar dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak NUS serta Sports SG. Antaranya ialah keperluan untuk mengehadkan jumlah pesilat yang berlatih. Dengan itu, pasukan telah dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan zon yang telah ditetapkan oleh NUS. “Walaupun setiap pesilat hanya perlu kembali ke sekolah semata-mata untuk berlatih sekali seminggu, kami amat berterima kasih kepada para pesilat kerana terus memberi sokongan padu dengan menghadiri latihan. Kehadiran para pesilat untuk latihan rata- rata amat memberangsangkan,” tambah Rasydan. Pesilat NUS Silat terus berlatih sambil mema- tuhi garis pandu yang ditetapkan dek Covid-19 Foto Ihsan NUS Silat 26
Sementara itu, NUS Silat juga menerima jemputan untuk Muhammad Rasydan, seorang mahasiswa membuat persembahan seni silat meskipun dalam suasana tahun kedua jurusan kejuruteraan pandemik ini. Dengan keperluan untuk mengatasi cabaran tertentu dek wabak ini, mereka perlu cekap memikirkan mekanikal, merupakan kapten NUS Silat alternatif kerana para pesilat tidak dapat membuat persembahan yang ke-22. bersama kerana mereka berasal dari zon yang berlainan. Maka itu, mereka telah menyunting video sebagai satu jalan alternatif, Foto Ihsan Muhammad Rasydan demi mematuhi garis panduan. Berkongsi dengan pihak Risalah, harapan Rasydan untuk NUS Silat di bawah kepimpinannya meskipun dalam suasana pandemik ini ialah agar prinsip yang diterapkan dalam kalangan para pesilat NUS tidak hanya berada di lingkungan latihan silat sahaja namun juga sedikit sebanyak membentuk keperibadian mereka. Di samping itu, beliau juga tekad untuk membasmi stereotaip dan meningkatkan kesedaran bahawa NUS Silat bukan sahaja untuk komuniti pelajar Melayu sahaja. Nadi NUS Dikir masih berdenyut Nina Fuad, seorang mahasiswa tahun Seperti kumpulan-kumpulan yang lain, NUS Dikir ke-empat jurusan kejuruteraan biomedikal, juga tidak terlepas dari cabaran-cabaran yang wujud akibat merupakan kapten NUS Dikir untuk tahun pandemik Covid-19. Demi untuk terus bergiat, mereka perlu membuat beberapa penyesuaian dengan menerapkan akademik 2020/2021 (Nuswidya) pembaharuan melalui wadah dalam talian. Antaranya adalah Foto Ihsan Nina Fuad seperti acara Welcome Tea NUS Dikir yang diadakan dalam talian buat pertama kalinya. Semestinya, ia membimbangkan 27 jawatankuasa NUS Dikir kerana mereka kurang pasti bagaimana mereka dapat berhubung dengan para mahasiswa-mahasiswi tahun pertama sedangkan mereka tidak berpeluang menonton persembahan NUS Dikir untuk mengenali mereka. Ini terutama sekali kerana untuk tahun- tahun sebelumnya, persembahan NUS Dikir di kem orientasi acap kali menarik minat mahasiswa-mahasiswi NUS. “Oleh kerana kebanyakkan anggota kami sudah dalam tahun akhir pengajian di universiti mahupun telah menjadi siswazah, kami sedar betapa pentingnya untuk mencari wajah-wajah baharu yang bakal meneruskan legasi NUS Dikir,” kata Nina Fuad, seorang mahasiswi tahun ke-empat, selaku kapten NUS Dikir untuk tahun akademik 2020/2021 (NUSwidya). Mujur, NUS Dikir telah mendapat sebanyak 20 anggota baharu, yang dianggap sebagai harapan NUS Dikir
(Atas, kiri) Acara Welcome Tea yang dan sekaligus generasi yang akan membawa NUS Dikir ke tahap yang dikendalikan NUS Dikir dalam talian lebih tinggi. Foto Ihsan NUS Dikir Kegiatan-kegiatan NUS Dikir jelas seolah-olahnya tidak lenggang meskipun dalam suasana pandemik ini dengan latihan NUS Dikir yang masih dijalankan meskipun perlu mematuhi ‘zoning’, yang merupakan langkah yang telah ditetapkan NUS. Selain itu, beberapa pengumpulan dana juga telah dianjurkan oleh jawatankuasa NUS Dikir. “Untuk mencapai matlamat kami untuk bertanding dalam pertandingan dikir barat Piala Suara Serumpun, pendanaan semestinya amat penting untuk kami menepati kriteria untuk bergerak bebas dari segi kewangan, sebagai sebuah suatu kegiatan kokurikular (CCA),” ujar Muhammad Faiz, seorang mahasiswa tahun ke-tiga, yang juga menyandang jawatan kapten NUS Dikir (Adisiswa). Yang pasti, sungguhpun NUS Dikir kelihatan belum lagi dapat membuat persembahan, NUS Dikir sedang dalam perancangan untuk menganjurkan sebuah bengkel dikir bagi mereka yang berminat untuk mendalami seni dikir barat tersebut, jika keadaan mengizinkan. Maka itu, nantikan untuk perkembangannya dari NUS Dikir ya! Kapten NUS Dikir untuk tahun akademik Pihak Risalah amat kagum akan semangat yang terserlah daripada 2020/2021 (Adisiswa) ialah Muhammad Faiz, kumpulan-kumpulan NUS dalam mengharungi kesulitan semata-mata untuk terus bergiat. Mereka memberi kita harapan bahawa masyarakat seorang mahasiswa tahun ke-tiga jurusan kita tidak hanya mampu mengatasi pandemik ini tetapi menjadi lebih kejuruteraan awam. kukuh dan lebih berhubung kait. Semoga kumpulan-kumpulan NUS ini terus cekal dan berjaya dalam segala apa jua mereka lakukan! Foto Ihsan Muhammad Faiz 28
Anak Melayu NUS mengorak langkah dalam merealisasikan impian yang berbeza Oleh: Nur Sarah
Berminat dan berbakat dalam bidang-bidang yang berada di luar naungan sekolah, anak-anak Melayu NUS kami masih dapat merealisasikan impian mereka dalam situasi pandemik COVID- 19. Walaupun banyak di antara inisiatif ini bermula secara perlahan dan banyak bergantung pada kenalan sendiri, pengalaman mereka dalam mengorak langkah ke dalam dunia yang berbeza sememangnya amat menarik untuk diselidiki. Anak-anak Melayu NUS kami, Afiqah Syalwani dan Syahid Shamsuri bakal berkongsi motivasi sebalik keputusan untuk menerokai minat mereka walaupun secara kecil-kecilan. Pada masa yang sama, kami juga ingin tahu akan cara mereka menikmati keseimbangan dalam menjalankan perniagaan yang baru sahaja dimulakan itu. \"@SCONE.FOLKS - Impian yang datang tanpa diundang Rangup digigit, Cair di lidah, Taut bermentega, Sedap rasanya Mencari hidangan buat berkelah \" Scone folks adalah jawapannya Penceburan Afiqah Syalwani, mahasiswi tahun ketiga jurusan sosiologi, dalam bidang perniagaan merupakan sesuatu yang terjadi secara kebetulan. Dalam meluangkan lebih banyak masa di rumah, Afiqah mengusahakan perniagaan secara kecil- kecilan yang dipanggil SCONE.FOLKS. Secara umumnya, SCONE.FOLKS merupakan perniagaan dalam talian yang mengkhususkan penjualan bagi pelbagai jenis dan rasa scones. Aspek variasi bagi pilihan scones muncul daripada keinginannya untuk memperluaskan daya kreativiti dalam proses mencipta gabungan rasa yang unik dan enak. Idea di sebalik SCONE.FOLKS berasal daripada minatnya yang gemar menikmati pencuci mulut, lebih- lebih lagi jika dikongsikan bersama ahli keluarga. Walaupun ia sebenarnya bermula sekadar untuk menghilangkan tekanan semasa tempoh pemutus litar, minat dalam membuat kuih tercetus dan menarik perhatian rakan-rakannya yang kemudian menggalakkan beliau memulakan perniagaan kuih secara serius. Beliau akur apabila beralih kepada cabang perniagaan, pelbagai perkara harus dipelajari. Namun, pengalaman menyertai adhoc di NUS juga telah memberinya sedikit sebanyak dorongan dalam aspek publisiti agar dapat memasarkan Foto ihsan Afiqah Syalwani 30
perniagaannya dengan lebih efektif. Antara harapan Afiqah buat SCONE.FOLKS adalah untuk meningkatkan nilai kekeluargaan dalam diri sesiapa yang menikmati scones yang dibuat olehnya itu. Itulah bagaimana dia membayangkan perniagaan tersebut berterusan dalam jangka masa yang panjang; dengan menyebarkan nilai kebahagiaan melalui usaha kecilnya itu. Seperti para mahasiswa-mahasiswi yang lain, beliau juga bercita-cita untuk menceburi kerjaya dalam bidang jurusannya namun pada masa yang sama, Afiqah tetap ingin menyebarkan sayap SCONE.FOLKS. Afiqah berharap bahawa bisnes SCONE.FOLKS akan melangkah dengan lebih jauh lagi pada masa yang akan datang. Kejayaan tidak semestinya datang beransuran, dan ada kalanya ia datang secara kebetulan. Asalkan setiap individu mempunyai keinginan untuk merealisasikan impian mereka, tidak ada jambatan yang terlalu tinggi untuk diatasi. Instagram: @scone.folks @Plantsguys - Minat peribadi yang menjadi penceria hidup seharian bagi orang sekeliling Dengan siri ‘Plant of the Day’ yang dinanti-nantikan oleh para pengikutnya setiap hari, Syahid Shamsuri, seorang mahasiswa tahun kedua jurusan Pengurusan Projek dan Kemudahan meneroka minatnya terhadap tumbuh-tumbuhan melalui akaun Instagram @plantsguys. Semasa fasa pemutus litar, Syahid membuat keputusan untuk memulakan akaun tersebut khusus untuk mempamerkan pengetahuan serta minatnya tentang tumbuh-tumbuhan. Walaupun minat tersebut sudah lama wujud, tempoh pemutus litar telah mendorong Syahid untuk meluaskan minatnya kepada wadah yang lebih berbeza. Dia menganggap keterbatasan aktiviti sepanjang pandemik Covid-19 banyak hikmahnya kerana beliau telah menemukan nikmat sebalik melakukan perkara-perkara kecil. Misalannya, sambutan yang menggalakkan terhadap perkongisannya di @plantsguys telah mendorongnya untuk terus menghasilkan isi yang menghiburkan untuk para pengikut akaun tersebut. Bersyukur akan 31
sokongan rakan-rakan serta penontonnya, Syahid mengambil\" kesempatan itu untuk menceriakan para pengikut akaun @ plantsguys pada masa yang suram akibat pandemik covid- 19 yang telah banyak menjejas kehidupan seharian khalayak ramai. Walaupun perkongsiannya hanya semata-mata tentang tumbuh-tumbuhan, Syahid tidak sangka perkongsian itu berjaya mendapat sambutan daripada orang-orang sekelilingnya. Syahid berharap bahawa usahanya dalam mengendalikan akaun @ plantsguys dapat sedikit sebanyak menghibur para pengikutnya serta membawa kesedaran terhadap sesuatu perkara yang dekat dengan lubuk hatinya. Semoga pengalaman Syahid ini dapat mendorong para pelajar anak Melayu NUS agar tidak segan untuk melanjutkan dan meneroka keinginan serta cita-cita mereka walaupun betapa kecil impian tersebut. Asalkan ia dapat membawa manfaat dan kebaikan untuk diri sendiri dan orang sekeliling, apa salahnya mengorak langkah untuk melakukan sesuatu yang berbeza? Mungkin sahaja, seseorang akan mendapatkan hikmahnya hanya setelah dia memberanikan diri untuk mencuba. Instagram: @plantsguys Sinar Mentari di pagi hari Tumbuhan-tumbuhan menjadi penyeri, Niat di hati untuk menghiburkan kami, Semoga akaun plantsguys dapat terus berbakti. \" Foto ihsan Syahid Shamsuri 32
Genggam Bara Api, Biar Sampai Jadi Arang Oleh: Aniq Hilman 33
Berani, cekap dan komited. Itulah antara ciri ciri usahawan muda Melayu atau Islam kita dalam bidang perniagaan. Mereka telah memanfaatkan pelbagai wadah seperti kedai fizikal, laman digi- tal ataupun di rumah untuk menjalankan perniagaan mereka. Walaupun tahun ini penuh dengan ketidaktentuan akibat wabak virus Covid-19, semangat tetap membara bagi usahawan muda kita yang tetap tekad mengatasi apa saja ujian yang tiba. Ayuh kita lihat para usahawan muda yang akan berkongsi lebih lanjut lagi tentang perniagaan mereka dan memberi pandangan mereka tentang cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan di Singapura. “Feed The Barber” merupakan sebuah kedai Feed the gunting rambut yang ditubuhkan oleh Encik Barber Wira Nir Jaya dan cita-citanya berasal dari idea kumpulan kerja sekolahnya ketika di ITE dalam Foto-foto ihsan Encik Wira bidang pengurusan perniagaan. Bersama Cik Nur Irfarhanah, mereka bermula perjalanan perniagaan mereka dalam jualan pakaian melalui laman web “Selow.sg” dan mengembangkan kepada perniagaan gunting rambut pada Disember tahun lalu. Bakat dalam bidang perniagaan Encik Wira mula dikesan oleh arwah bapanya, yang menawarkan perkhidmatan sewa peralatan rakaman dan sistem AV. Pengalaman daripada pengurusan perkhidmatan sewa itu mendorongnya untuk memulakan perniagaannya sendiri. Sebagai anak tunggal, beliau tekad untuk membantu ibunya dan beliau sedar akan potensi perniagaan untuk memenuhi keperluan keluarganya. Dengan bekerja sambilan sebagai penghantar makanan, beliau telah berjaya mendapatkan wang untuk menubuhkan perniagaannya. Walaupun risikonya tinggi, pasangan yang kedua-duanya berumur 22 34
(Kiri) Penulis bersama Encik Wira & tahun itu sentiasa penuh dengan harapan terhadap masa depan perniagaan Cik Irfarhanah mereka. (Kanan) Pengasas ‘Feed The Tidak pernah diduga Encik Wira dan Cik Irfarhanah bahawa ketika Barber’, Encik Wira bersama perniagaan mereka dalam proses perkembangan, kedai gunting mereka rakan peniaga ‘Selow.sg’ dan perlu ditutup akibat ‘pemutus litar’ yang berlanjutan selama satu bulan. pasangannya Cik Irfarhanah Namun, mereka tetap berfikiran positif dan mengalihkan perhatian mereka Foto ihsan Aniq Hilman kepada perniagaan “Selow.sg”. Sikap mereka yang tidak berputus asa ternyata berbaloi dalam meningkatkan penjualan melalui laman web, kerana ia dapat menampung kos kerugian dari penutupan kedai gunting mereka. Semangat pasangan ini memang sungguh memberangsangkan. Antara nasihat-nasihat yang dikongsi pasangan ini untuk para usahawan muda yang berazam untuk memulakan perniagaan mereka ialah: 1. Jangan khuatir untuk mencuba sesuatu yang baharu, hanya melalui pengalaman kita dapat mengetahui minat dan kekuatan diri kita 2. Manfaatkan wadah media sosial untuk mendapatkan sokongan ramai 3. Kelilingi diri kita dengan orang-orang yang bersikap positif, yang kerap memberi sokongan dan motivasi 4. Sentiasa jujur dan ikhlas ketika menjalankan perniagaan kita agar menerima ganjaran yang terbaik 5. Selalu berendah diri, agar dapat meraih kebaikan nasihat-nasihat orang lain, tidak kira tua atau muda, yang dapat bangkitkan lagi perniagaan kita 35 Feed the Barber Alamat: 476 Tampines Street 44, #01-175C, Singapore 520476 Laman web: www.feedthebarber.com Instagram: @feedthebarber_ @selow.sg
Moggymau (Kiri) Cik Hanisah, pengasas perniagaan ‘Moggymau’ Bermula pada tahun 2017, “Moggymau” merupakan sebuah pernia- gaan dari rumah yang menawarkan pelbagai pilihan cetakan seni yang (Kanan) Sampul duit dibuat sendiri. Cetakan ini boleh digunakan sebagai hiasan untuk baran- Foto ihsan Cik Hanisah gan harian seperti label dapur, kad ucapan dan sampul duit. Selepas menerima ijazah dalam reka bentuk grafik, Cik Hanisah pada mulanya terdorong untuk mendapatkan cetakannya pada sampul duit yang diberi untuk apa saja acara seperti majlis perkahwinan atau hari jadi. Minatnya semakin meningkat ketika beliau mencuba mereka cetakan sendiri dan membuat keputusan untuk bermula perniagaannya agar dapat mengongsi hasil rekaan cetakannya dengan lebih ramai orang lagi. Semenjak itu, produk yang ditawarkan telah dikembangkan kepada pelbagai jenis. Namun, Cik Hanisah mempunyai masalah ketika mendapatkan pelanggan kerana ramai pelanggan tidak gemar membeli cetakan dari jenama yang kurang dikenali, terutamanya kerana para pelang- gan masih belum yakin akan kualiti produk yang dipasarkan. Oleh itu, beliau telah mengubahsuai penjenamaannya dan juga meningkatkan kehadiran media social Moggymau, agar pelanggan dapat memahami lebih lanjut lagi tentang produk yang dijual. Dengan semangatnya yang gigih, jumlah pelanggan semakin meningkat dengan setiap interaksi di media sosial melalui pungutan suara dan sesi soal jawab. Bulan Ramadan seringkali merupakan tempoh yang paling sibuk bagi Moggymau kerana tempahan sampul duit yang bertambah bagi 36
persiapan hari raya. Namun, keadaan Covid-19 yang semakin teruk dan pengumuman ‘pemu- tus litar’ telah memaksa semua tempahan bagi pelbagai rekaan baharu sampul duit diba- talkan kerana khidmat cetakan perlu dihen- tikan. Proses bayar balik dan juga pengumu- man kepada pelanggan yang terjejas amat leceh ketika itu kerana tempahannya hanya dijalankan melalui wadah Google Forms, tanpa sebarang laman web. Meskipun keadaan begitu rumit, Cik Hanisah yakin bahawa ia merupakan peluang untuk memperbaiki perniagaannya. Dalam tempoh itu, laman web Moggymau ditubuhkan dan pelbagai cetakan baharu telah direka untuk membuka tirai laman webnya sebaik sahaja tamatnya ‘pemutus litar’. Apakah pula nasihat Cik Hanisah kepada para usahawan muda kita terutama dalam mengharungi keadaan seperti Covid-19? Antara nasihat-nasihatnya ialah: 1. Jangan berputus asa, sentiasa bersikap tekun ketika mencari jalan untuk mengatasi apa-apa cabaran terutamanya dalam mendapatkan jualan. 2. Atur garis masa perniagaan dengan baik, rancang tujuan dengan jelas bagi masa depan perniagaan. 3. Keadaan tidak menentu, cadangkan produk yang boleh diubah suai untuk dijual tidak kira keadaan. Sudah tentu pengurusan perniagaan bukan sesuatu yang mudah. Walau bagaimanapun, keazaman yang kukuh pasti akan membimbing perniagaan kita. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan sekali kita meragukan potensi kita untuk mencapai apa jua impian. Moggymau Laman web: moggymau.com Instagram: @moggymau 37
IKLAN 38
33 99
40
Pengumuman, pengumuman! Siapa yang minat menulis atau mengarang jangan lah segan! Adakah anda minat menulis dan mengarang? Adakah anda mempunyai bakat terpendam tetapi tidak tahu hendak hantar hasil penulisan kreatif anda ke siapa? Anda seorang yang pemalu? Tidak mengapa! Boleh sahaja menggunakan nama pena. Jangan terlepas peluang untuk menyumbang cerpen, sajak atau puisi untuk edisi Risalah yang akan datang! Sila hantar karya anda ke [email protected] atau [email protected] Terma dan syarat: • Terbuka kepada pelajar-pelajar NUS dan orang awam. • Terbuka kepada belia 17-30 tahun. • Hanya cerpen (800-1200 perkataan),sajak dan puisi akan diterima. • Sila letak ‘Risalah Semester 2 Contributions’ sebagai subjek e-mel tersebut. • Sertakan nama, umur dan pekerjaaan anda dalam e-mel. • Sila hantar karya anda dalam bentuk Word Document. Format lain tidak akan diterima. • Anda boleh menghantar karya anda dari 1 Januari 2021 hingga 31 Mei 2021. 41
Ikuti saluran media sosial PBMUKS! www.pbmuks.org @pbmuks @pbmuks PBMUKS 42
43
Search
Read the Text Version
- 1 - 44
Pages: