Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BUKU GARIS PANDUAN AL-KHEIR

BUKU GARIS PANDUAN AL-KHEIR

Published by nurnas2001, 2022-01-04 01:13:07

Description: BUKU GARIS PANDUAN AL-KHEIR

Search

Read the Text Version

GARIS PANDUAN \"AL-KHEIR\" Etika Pelancongan mengikut Prinsip Islam FAUNA BEACH CHALET



ISI KANDUNGAN BIL ISI MUKA SURAT 1 1 Kata Kata Aluan 2 2 2 Tujuan 3 3 Latar Belakang 3 4 Visi 3 5 Misi 4-5 6 Objektif 6-7 7 Panduan dan Peraturan Di Chalet 8 Keperluan dan Kemudahan 8-12 9 Aktiviti- Aktiviti dan Peraturan 13-16 10 Senarai Bilik dan Harga 11 Penutup 17

Masjid Ar Rahman Pulau Perhentian

KATA-KATA ALUAN Assamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah saya panjatkan rasa syukur kepada hadrat Allah S.W.T kerana memberikan keizininan untuk menggunakan Garis Panduan Al-Kheir untuk Fauna Beach Chalet yang harap dapat digunakan sebagai rujukan dalam aspek pelancongan Fauna Beach Resort khususnya pada pihak pelancong yang datang ke destinasi percutian tersebut. Pelancongan yang menitikberatkan soal keagaamaan menjadi produk pelancongan yang unik dan selamat untuk dikunjungi pelancong terutamanya pelancong yang beragama Islam dan menjadi sumber ekonomi kepada penduduk setempat. Idea yang tercetus ini dapat memberikan nama baik kepada Malaysia kerana mengamalkan konsep Islam dalam aspek pelancongan. Selain itu, ia juga dapat membantu dalam mempromosikan destinasi percutian ini dengan lebih luas. Saya berpandangan penerbitan Garis Panduan Al-Kheir untuk Fauna Beach Chalet ini sangat bertepatan dengan kehendak dan tuntutan semasa supaya pelaksanaan konsep pelancongan ini tidak disalahertikan dan tidak tergelincir dari landasan syarak. Menyedari pentingnya Garis Panduan Al- Kheir ini dapat memelihara nama baik Fauna Beach Chalet dan mengelakkan perkara yang haram dari berlaku. Dengan adanya Garis Panduan Al-Kheir untuk Fauna Beach Chalet juga diharapkan dapat memberi penjelasan kepada pelancong-pelancong yang datang bercuti terutamanya bagi pelancong yang bukan Islam berkenaan dengan peraturan ketika bercuti di destinasi percutian tersebut. Akhir kata, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menerbitkan Garis Panduan Al-Kheir untuk Fauna Beach Chalet ini. Saya mendoakan semoga usaha yang diberikan untuk menjayakan Garis Panduan Al-Kheir untuk Fauna Beach Chalet ini mendapat keredhaan Allah S.W.T dan dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Sekian, Muhammad Roslam B. Talib PENGURUS FAUNA BEACH CHALET 1

TUJUAN Buku garis Panduan Al-Kheir ini diterbitkan khas kepada para pelancong di Fauna Beach Chalet untuk memberitahu etika perlancongan berasaskan prinsip Islam. Hal ini supaya perlancongan Islam dapat diperluaskan. LATAR BELAKANG Pemilik Fauna Beach Chalet ialah Encik Muhammad Roslam B. Talib. Beliau menubuhkan chalet ini di No. 176, Pantai Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar, 22300 Besut, Terengganu. Fauna Beach Chalet telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan diusahakan sehingga kini. Chalet ini mempunyai permandangan yang cantik dan indah untuk dinikmati oleh para pelancong yang datang. Bagi yang mahu menginap disini boleh menghubungi talian Encik Roslam iaitu 019-9668623 atau boleh menghantar ke e-mel di [email protected]. 2

VISI Bekerjasama menjadikan Fauna Beach Chalet sebagai Chalet yang terunggul di Malaysia selaras dengan pematuhan Prinsip Prinsip Islam. MISI Menjadikan Fauna Beach Chalet sebagai Chalet terkemuka dengan perkhidmatan konsisten, terbaik dan pengurusan sumber manusia yang cemerlang untuk kepuasan pelanggan dalam mencapai keuntungan yang maksima. OBJEKTIF Objektif garis panduan ini disediakan untuk: Menyediakan garis panduan pelancongan yang menghormati prinsip agama. Menawarkan kepelbagaian produk kepada pelancong. Mempromosikan Fauna Beach Chalet sebagai pelancongan keluarga. 3

PANDUAN DAN PERATURAN PELANCONGAN DI CHALET 4

PANDUAN DAN PERATURAN PELANCONGAN DI CHALET • Tatacara sambutan Petugas-petugas penyambut tetamu memakai pakaian rasmi Fauna Beach Chalet dan menyambut ketibaan pelancong dengan senyuman dan layanan yang mesra. • Etika berpakaian Pelancong mestilah sentiasa menjaga aurat dan sopan ketika berada di Fauna Beach Chalet. Pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan agar tidak menimbulkan perasaan seseorang untuk melakukan maksiat. • Etika pengasingan peralatan makanan dan minuman Pihak Fauna Beach Chalet mengasingkan pinggan mangkuk yang khas untuk yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam didalam kabinet yang berkunci supaya tidak bercampur dan tidak timbul perasaan ragu-ragu untuk yang beragama Islam memakainya. • Etika perlakuan Para pelancong hendak sentiasa mematuhi peraturan yang disediakan oleh Fauna Beach Chalet. Seperti tidak merokok di tempat awam, tidak berpelukan dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai, membuang sampah merata-rata dan tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan masuk ke Fauna Beach Chalet. • Pengharaman penjualan arak Pihak Fauna Beach Chalet melarang pelancong membawa minuman beralkohol dan tiada minuman beralkohol dijual di Fauna Beach Chalet. • Etika berada di dalam bilik Jumlah pelancong tidak boleh melebihi had maksimum yang dibenarkan dalam setiap bilik pada satu-satu masa. Pelancong yang bermalam di Fauna Beach Chalet tidak dibenarkan mengubah kedudukan asal perabot yang telah disediakan dan meletakkan kembali peralatan yang sudah digunakan. 5

KEPERLUAN DAN KEMUDAHAN 6

KEPERLUAN DAN KEMUDAHAN • Kaunter Penerangan Kaunter penerangan disediakan di tempat yang strategik dan persekitaran yang kondusif termasuk menyediakan buku rekod pelawat, borang borang yang berkaitan dan juga peti cadangan/aduan. • Kemudahan Alatan Alatan untuk para pelancong untuk melakukan aktiviti snorkeling dan scuba diving turut disediakan seperti google, jaket keselamatan, Godive Fin Full Heel dan scuba tank. • Ruang Solat Surau disediakan untuk para pelancong melakukan solat berjemaah. Selain itu, sejadah dan telekung juga disediakan bagi memudahkan para pelancong untuk menunaikan solat. • Kemudahan untuk Pelancong Kemudahan pelancong seperti jeti, tempat letak kenderaan, papan tanda, kiosk jualan cenderamata dan ruang untuk pelancong bergambar disediakan oleh pihak Fauna Beach Chalet. • Ruang Santai Ruang santai disediakan untuk pelancong. Contohnya, meja dan kerusi di tepi pantai bagi pelancongan menikmati suasana pantai dan melihat matahari terbenam. • Ruang Makan Ruang makan yang berkonsepkan terbuka dan buffet disediakan. Pelancong boleh menikmati makanan sambil ditemani angin dan bunyian ombak di pantai. • Speedboat Speedboat disediakan untuk mengambil pelancong dari jeti Kuala Besut ke Jeti Fauna Beach Chalet. Speedboat juga digunakan untuk membawa pelancong ke destinasi snorkeling dan mengelilingi Pulau Perhentian. 7

AKTIVITI-AKTIVITI DAN PERATURAN 8

AKTIVITI-AKTIVITI DAN PERATURAN 1. ATV Kenderaan yang menggunakan tayar tekanan rendah yang dikenali sebagai kenderaan utiliti ringan yang dipandu di jalan yang tidak rata seperti laluan bukit. Aktiviti memandu ATV ini merupakan aktiviti lasak yang dilakukan oleh pelancong yang menyukai cabaran. PERATURAN Memakai pakaian keselamatan yang lengkap seperti sarung tangan, helmet berkualiti tinggi, pelindung mata, pelindung dada, memakai pakaian dan berseluar panjang dan pelindung siku bagi mengelakkan kecederaan serius pada anggota badan. Pelancong hendaklah mengikuti landasan ATV yang telah disediakan oleh Fauna Beach Resort dan mengikuti setiap arahan yang diberikan oleh pekerja yang mengiringi mereka. 2. SNORKELING Aktiviti snorkeling adalah kegiatan rekreasi air yang popular di Fauna Beach Resort. Penyelam boleh mengamati beraneka ragam flora dan fauna bawah laut, seperti terumbu karang, ikan, kerang, bintang laut, rumpai laut, obor-obor, udang, dan penyu. PERATURAN Pelancong perlu memakai peralatan snorkel iaitu peralatan selam berupa tiub berbentuk huruf J dengan pelindung mulut di bahagian hujung sebelah bawah sebagai saluran masuk udara. mengganggu hidupan laut seperti merosakkan batu karang atau menyentuh makhluk laut hendaklah dielakkan. Pembuangan sampah terutamanya plastik ke dalam laut hendaklah dielakkan semasa melakukan aktiviti tersebut. 9

3. BOLA TAMPAR Fauna Beach Resort turut menyediakan aktiviti dan kawasan untuk bermain bola tampar. Bola tampar ialah sejenis sukan yang dimainkan oleh dua pasukan di atas gelanggar berpasir yang dibahagikan dengan jaring. PERATURAN Menggunakan peralatan dengan berhemah dan tidak melakukan kerosakkan pada peralatan tersebut. Memulangkan semula perlatan bola tampar setelah selesai menggunakannya kepada pihak Fauna Beach Resort. 4. FIRE SHOW Persembahan Fire Show merupakan salah satu hiburan yang menggunakan api untuk menarik pandangan setiap pelancong pada waktu malam. Persembahan Fire Show ini dilakukan oleh sekumpulan penghibur yang professional dan berpengalaman. PERATURAN Para pelancong hendaklah sentiasa menjaga jarak antara penghibur yang melakukan aksi Fire Show bagi mengelakkan kecederaan dan tidak menganggu pergerakan penghibur. Dilarang membawa cecair yang boleh menyebarkan api seperti petrol semasa menonton Fire Show. 5. BBQ BBQ ialah aktiviti memasak daging yang menggunakan haba dan asap daripada arang bara atau daripada gril gas propana. Bagi pelancong yang ingin melakukan aktiviti BBQ, Fauna Beach Chalet turut menyediakan kemudahan memasak kepada pelancong seperti tempat memanggang, pinggan,arang, dan sebagainya. PERATURAN Setiap kelengkapan kemudahan memasak yang diberikan kepada pelancong hendaklah digunakan dengan berhemah dan tidak merosakkan atau menghilangkan perlatan tersebut. Setelah selesai menggunakan peralatan tersebut hendaklah dibersihkan dan diserahkan semula pada Fauna Beach Resort. Kawasan yang dijadikan lokasi memasak BBQ hendaklah dibersihkan dan tidak meninggalkan sebarang sampah di lokasi tersebut. 10

6. Banana boat Banana boat adalah adalah aktiviti yang dilakukan di atas air. Aktiviti banana bot ini melibatkan ramai peserta iaitu antara lima ke sepuluh orang. Bentuk fizikal banana boat ini berbentuk pisang dan berwarna kuning. Sepanjang perjalanan, bot yang bekuasa tinggi akan menarik banana boat tersebut dan akan menterbalikkan peserta ke dalam air di selekoh tajam. PERATURAN Penunggang hendaklah memakai jaket keselamatan semasa menunggang banana boat. Kapasiti untuk menunggang banana boat hendaklah tidak melebihi 10 orang. Sentiasa peka terhadap nasihat yang diberikan oleh penjaga keselamatan bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku. 7. Parachute Parachute ialah satu aktiviti yang ekstrem dimana seseorang itu ditarik oleh bot berserta dengan payung terjun yang telah direka khas untuk melakukan aktiviti tersebut. Bot akan menarik peserta yang berkelengkapan dengan payung terjun naik ke udara. Bot akan membuat pusingan laluannya lebih kurang 4 hingga 5 minit di udara. PERATURAN Memakai jaket keselamatan dan kelengkapan payung terjun yang lengkap. Perlu mendengar dan patuh arahan yang diberikan sebelum melakukan aktiviti parachute. 8. Berbasikal Berbasikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka Basikal digunakan untuk tujuan rekreasi untuk mengambil udara segar dan juga dapat membantu menghilankan stress dalam diri. PERATURAN Memakai topi keledar dan pelindung siku semasa melakukan aktiviti berbasikal bagi mengelakkan kecederaan yang parah. Tidak melakukan kerosakkan pada basikal yang dinaiki. 11

9. SCUBA DIVING Scuba diving ialah aktiviti menyelam di dasar laut di mana penyelam menggunakan peralatan pernafasan sebagai bekalan udara di dalat laut. PERATURAN Aktiviti scuba diving hanya diberikan keizinan kepada mereka yang mempunyai lesen diving sahaja. Peserta perlu memakai perlatan pernafasan semasa melakukan aktiviti. Mendengar dan patuh arahan staf yang mengiringi mereka. Tidak menganggu dan merosakkan hidupan laut. 10. WATER BLOB Water blob adalah aktiviti air yang melibatkan dua orang peserta untuk bermain aktiviti ini. Aktiviti water blob ini merupakan aktivti air yang terbaru yang memberikan peluang kepada mereka yang menyukai aktiviti ekstrem untuk mencuba aktiviti baru. PERATURAN Memakai jaket keselamatan semasa melakukan aktiviti. Individu yang berumur kurang dari 12 tahun yang tidak mempunyai kemahiran berenang tidak dibenarkan melakukan aktiviti ini. Aktiviti ini hanya boleh dilakukan pada waktu siang sahaja dan tidak dibenarkan dilakukan pada waktu malam dan pada cuaca ribut atau hujan. 12

SENARAI BILIK DAN HARGA 13

SENARAI BILIK DAN HARGA JENIS BILIK HARGA (1 MALAM) BILANGAN BILIK DEWASA Family Deluxe Air Cond RM 205 2 Double Bed 4 Family Deluxe Fan RM 130 3 1 Double and 1 Single Bed Standard Garden RM 175 1 Double and 1 Single 3 Air cond RM 85 Bed 2 RM 185 2 Standard Garden Fan 1 Double Bed Standard Sea View 1 Double Bed Air Cond Standard Sea View Fan RM 95 1 Double Bed 2 Bungalow Fan Sea View RM 100 1 Double Bed 2 3 Hari 2 Malam Pakej Perhentian Snorkeling Standard Fan (Twin): RM 340/seora ng Bungalow Fan (Twin): RM 360/seorang Standard A/C (Twin): RM 430/seorang (Triple): RM 380/seorang Family Deluxe Fan (Twin): RM385/seorang (Triple): RM350/seorang Family Deluxe A/C (Twin): RM460/seorang (Triple): RM400/seorang (Quad): RM370/seorang Pakej termasuk: Penginapan 2 Malam, 2 Sarapan 2 Makan Tengahari 1 Makan Malam dan 1 BBQ Pengangkutan bot pergi balik dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian 2 x snorkeling perjalanan dengan peralatan 14

SENARAI BILIK DAN HARGA 3 Hari 2 Malam Pakej Perhentian + Susu Dara + Rawa Snorkeling Standard Fan (Twin): RM 360/seorang Bungalow Fan (Twin): RM 380/seorang Standard A/C (Twin): RM 450/seorang (Triple): RM 400/seorang Family Deluxe Fan (Twin): RM410/seorang (Triple): RM370/seorang Family Deluxe A/C (Twin): RM480/seorang (Triple): RM420/seorang (Quad): RM390/seorang Pakej termasuk: Penginapan 2 Malam, 2 Sarapan 2 Makan Tengahari 1 Makan Malam dan 1 BBQ Pengangkutan bot pergi balik dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian 2 x snorkeling perjalanan dengan peralatan 15

SENARAI BILIK DAN HARGA 3 Hari 2 Malam Pakej Perhentian + Redang + Lang Tengah Snorkeling Standard Fan (Twin): RM 450/seorang Bungalow Fan (Twin): RM 470/seorang Standard A/C (Twin): RM 540/seorang (Triple): RM 490/seorang Family Deluxe Fan (Twin): RM500/seorang (Triple): RM460/seorang Family Deluxe A/C (Twin): RM570/seorang (Triple): RM510/seorang (Quad): RM480/seorang Pakej termasuk: Penginapan 2 Malam, 2 Sarapan 2 Makan Tengahari 1 Makan Malam dan 1 BBQ Pengangkutan bot pergi balik dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian 2 x snorkeling perjalanan dengan peralatan 16

PENUTUP Buku garis panduan Al-Kheir ini dapat dijadikan panduan kepada para pelancong dan Fauna Beach Chalet dalam melakukan pelbagai aktiviti ketika bercuti di Fauna Beach Chalet. 17


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook