KANDUNGAN ATURCARA MAJLIS 1 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG 2 JAWATANKUASA PIBG 2020/21 3 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 4 LAPORAN TAHUNAN PIBG 10 LAPORAN PENYATA KEWANGAN 11 USUL MESYUARAT AGUNG PIBG 14 PERLANTIKAN AJK PIBG 2021/22 15 PENGHARGAAN 16
ATURCARA MAJLIS DAN AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 9.00 pagi : Link Google Meet diberikan kepada semua ibu bapa dan guru 9.15 pagi : Ibu bapa mengisi link kehadiran : Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan Doa : Ucapan Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG SK Sungai Rokam (En. Abd Avis Sukurny Bin Ab Kadir) : Ucapan Penasihat PIBG SK Sungai Rokam (En. Ayub Bin Don) : Ucapan Perasmian (YB Datuk Dr. Wan Norashikin Binti Wan Noordin) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dan NGO : Penyampaian Cenderamata 10.45 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 Bermula 1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat (YDP PIBG) 2. Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 3. Menerima dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG 4. Menerima dan Mengesahkan Laporan Penyata Kewangan Tahun 2020 5. Menerima dan Meluluskan Sumbangan PIBG Tahun 2021 6. Menerima dan Membahaskan Usul 7. Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021 8. Ucapan Penangguhan 12.00 t/hari : Bersurai 1
PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) SK SUNGAI ROKAM, 31350 IPOH, PERAK. SEKOLAH HARAPAN NEGARA TAHUN 2000 SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2014 Tel : 05-312 1890 Fax : 05-311 5806 ABA 2003 http://sksgrokam.edu.my “PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK” Ruj. Kami : SKSR 07/01/01 Jld 4 ( ) Tarikh : 10 September 2021 Semua Ibu Bapa/ Penjaga Murid Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam. Tuan/ Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM KALI KE-45 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 25 September 2021 Hari : Sabtu Masa : 9.15 pagi Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet) 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 2.1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat (YDP PIBG) 2.2 Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 2.3 Menerima dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG Tahun 2020 2.4 Menerima dan Mengesahkan Laporan Penyata Kewangan Tahun 2020 2.5 Menerima dan Meluluskan Sumbangan PIBG Tahun 2021 2.6 Menerima dan Membahaskan Usul 2.7 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021 2.8 Ucapan Penangguhan 3. Sebarang usul yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agung hendaklah dihantar kepada Setiausaha PIBG selewatnya sebelum atau pada 16 September 2021. Sila gunakan Borang Usul yang dilampirkan bersama pada link https://forms.gle/Mh1pLDnDg2Za8g3W8 4. Kehadiran Tuan/ Puan sangat diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini. Sekian, terima kasih. “PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19” “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (ABD AVIS SUKURNY BIN AB KADIR) Yang Dipertua PIBG SK Sungai Rokam 2
JAWATANKUASA PIBG SK SUNGAI ROKAM SESI 2020 Penasihat : En. Ayub bin Don Yang DiPertua : Abd Avis Sukurny bin Ab Kadir Naib Yang DiPertua : Pn. Srihartini binti Mohamed Shamsudin Setiausaha : Pn. Sabrina binti Zainul Kamal Pen. Setiausaha : Pn. Wan Fatimah binti Wan Hasan Bendahari : Tn. Syed A’zman bin Syed Ahmad Zahari Pen. Bendahari : Pn. Nor Asma binti Hussin AJK Guru : Cik Fazrina Hanum binti Sahol Hameed AJK Ibu Bapa En. Khairil Anuar bin Mohd Nor Pn. Suriati binti Mohd Hussin Juruaudit I Pn. Nurul Wahida binti Abdul Latif Juruaudit II Pn. Nurul Eziani binti Zulkefli : En. Muhammad Ashraf bin Zakaria En. Mohd Nor Fitri bin Ghazali YM Raja Azizul Hisham bin Raja Zainal Abidin En. Al Fuad Pn. Normafarah Wahida binti Mohd Nordi Pn. Harison binti Zabidin En. Ahmad Fauzi bin Hapizin : Pn. Juliana binti Abu Bakar : Cik Ng Mun Pei 3
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK SUNGAI ROKAM KALI KE-44 ______________________________________________________________________________________ TARIKH : 7 MAC 2020 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SK SUNGAI ROKAM PERASMIAN OLEH : YDH TOH MUDA OKK PANGLIMA KINTA SERI AMAR BANGSA DIRAJA DATO’ AB. WAHAB BIN DATO’ SERI AZIZUL HASSAN DPMP.,PMP.,DNS.,PPP.,BSK.,ANS.,HTS.,JP. (ORANG BESAR JAJAHAN KINTA) KEHADIRAN : 180 ORANG AGENDA MESYUARAT : 1. Ucapan Pengerusi 2. Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 3. Menerima dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG 4. Menerima dan Mengesahkan Laporan Penyata Kewangan Tahun 2019 5. Menerima dan Meluluskan Sumbangan PIBG Tahun 2020 6. Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020 7. Menerima dan Membahaskan Usul 8. Ucapan Penangguhan AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI (YDP PIBG) 1.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ibu bapa ke mesyuarat agung pada kali ini. 1.2 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK PIBG bagi sesi 2019 di atas kerjasama yang diberikan. 1.3 Beliau menyatakan sambutan kehadiran ibu bapa tidak memberansangkan. Kehadiran ibu bapa pada tahun ini seramai 180 orang dan berlaku peningkatan seramai 10 orang dari tahun lepas. Ini kerana maklumat di hujung jari tidak hadir pun tidak mengapa tetapi jika ada perkara berbangkit akan diviralkan. 1.4 Ibu bapa bosan dengan ucapan YDP dan Guru Besar yang berjela-jela dan tidak jelas matlamatnya. Beliau mencadangkan supaya mengurangkan ucapan dan melaksanakan komunikasi dua hala. 1.5 Beliau menyatakan kerjasama daripada ibu bapa sangat sukar contohnya semasa Hari Sukan, Mesyuarat Agung PIBG dan aktiviti lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PIBG. 4
1.6 Beliau menyatakan sekolah tiada bajet untuk pra sarana. Sumbangan ibu bapa adalah tidak mencukupi kerana ada ibu bapa yang tidak menjelaskan sumbangan PIBG. Sumbangan perlu dibayar walaupun secara ansuran. 1.7 Beliau menyatakan kebiasaanya apabila ada cabutan bertuah akan menggalakkan kehadiran ibu bapa ke sesuatu program. Beliau juga mencadangkan pada masa akan datang tiada lagi cabutan bertuah tetapi penghargaan cenderahati. Sebagai contoh Program Motivasi yang diadakan dengan perbelanjaan sebanyak RM 4000 tetapi ramai ibu bapa yang tidak hadir. 1.8 Beliau memaklumkan kebanyakan ibu bapa mengamalkan budaya menswastakan anak di sekolah dengan meletakkan anak di sekolah 100% dan mengharapkan kejayaan anak semata-mata. Ibu bapa langsung tidak memberikan sumbangan. Beliau mengharapkan ibu bapa supaya bergabung tenaga dengan pihak sekolah dan sama- sama turun padang. AGENDA 2 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 2.1 Pn. Sabrina Binti Zainul Kamal selaku setiausaha PIBG sesi 2019 membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43. 2.2 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 telah dicadang dan disahkan oleh : Pencadang : Pn. Noraishah Binti Mohamed Nasir Disokong : En. Hassan Bin Ishak AGENDA 3 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN LAPORAN TAHUNAN PIBG 3.1 Pn. Sabrina Binti Zainul Kamal selaku setiausaha PIBG sesi 2019 membentangkan Laporan Tahunan PIBG tahun 2019. 3.2 Laporan Tahunan PIBG telah dicadang dan disahkan oleh : Pencadang : En. Ahmad Fauzi Bin Hapizin Disokong : En. Mazlan Bin Omar AGENDA 4 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2019 4.1 Tn. Syed A’zman Bin Syed Ahmad Zahari selaku Bendahari PIBG sesi 2019 membentangkan Laporan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2019. 4.2 Laporan Penyata Kewangan telah dicadang dan disahkan oleh : Pencadang : Pn.Nasrah Binti Hassan Basri Disokong : Pn. Harison Binti Zabidin 5
AGENDA 5 : MENERIMA DAN MELULUSKAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2020 5.1 Tn. Syed A’zman Bin Syed Ahmad Zahari membentangkan cadangan untuk sumbangan PIBG bagi Tahun 2020. 5.2 En. Abd Avis Sukurny Bin Ab Kadir mencadangkan sumbangan PIBG tahun 2020 dinaikkan RM10 menjadikannya RM50 sekeluarga dan bayaran untuk Program Peningkatan Akademik bagi Tahun 5 diturunkan RM10 menjadikannya RM40. Dicadang : En. Azli Bin Abdul Hasni Disokong : Sebulat suara 5.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan usul tersebut. Di bawah ini disenaraikan cadangan kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi sesi persekolahan tahun 2020 untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan seperti berikut : Jenis Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5 Thn 6 P.Khas Bil (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) Kutipan 20.00 5.00 1 Sumbangan 75.00 RM50.00 sekeluarga PIBG Program 2 Peningkatan 20.00 20.00 30.00 40.00 130.00 30.00 Akademik 3 Pengurusan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 Komputer 75.00 75.00 85.00 95.00 185.00 85.00 Jumlah Besar Catatan: Sumbangan PIBG adalah untuk Majlis Apresiasi Murid, Sambutan Hari Kanak- Kanak, Hari Sukan, Program Penyayang dan Tabung PIBG. AGENDA 6 : PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020 6.1 En. Abd. Avis Sukurny Bin Ab Kadir selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019 kerana telah berkhidmat dan memberi sumbangan dengan baik. 6.2 Beliau membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG untuk sesi 2019. 6.3 Atas persetujuan semua yang hadir, Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020 dilantik semula satu persatu. 6.4 Lantikan baru Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020 adalah seperti berikut : 6
Penasihat : En. Ayub Bin Don Yang Dipertua : En. Abd Avis Sukurny Bin Ab Kadir Naib Yang Dipertua : Pn. Srihartini Binti Mohamed Shamsudin Setiausaha : Pn. Sabrina Binti Zainul Kamal Pen. Setiausaha : Pn. Wan Fatimah Binti Wan Hassan Bendahari : Tn. Syed A’zman Bin Syed Ahmad Zahari Pen. Bendahari : Pn. Nor Asma Binti Hussin AJK Guru : 1) Cik Fazrina Hanum Binti Sahol Hameed 2) En. Khairil Anuar Bin Mohd Nor 3) Pn. Suriati Binti Mohd Hussin 4) Pn. Nurul Eziani Binti Zulkefli 5) Pn. Nurul Wahida Binti Abdul Latif AJK Ibu Bapa : 1) En. Muhammad Ashraf Bin Zakaria 2) En. Mohd Nor Fitri Bin Ghazali 3) YM Raja Azizul Hisham Bin Raja Zainal Abidin 4) En. Al Fuad 5) Pn. Normafarah Wahida Binti Mohd Nordi 6) Pn. Harison Binti Zabidin 7) En. Ahmad Fauzi Bin Hapizin Juruaudit 1 : Pn. Juliana Binti Abu Bakar Juruaudit 2 : Cik Ng Mun Pei Ex-Officio : En. Mohd Azharri Bin Othman En. Hishamuddin Bin Zakaria En. Mohamad Ridhauddin Bin Mohamed Isa Pn. Nor Afza Bin Harun Pn. Norliza Binti Muhamed AGENDA 7 : MEMBENTANG DAN MEMBAHAS USUL 7.1 Memperbaiki infrastruktur tandas sekolah. (Mohd Syarul Nizal B Mohd Saad) Jawapan usul : YDP PIBG akan mengusahakan dana dari luar selain PIBG. Beliau memohon kepada En. Syarul Nizal untuk memberi maklumat berkenaan rampasan ‘chemical’ agar boleh dibeli oleh pihak sekolah. Beliau juga mencadangkan akan mengadakan aktiviti gotong royong sebelum bulan Ramadhan. 7.2 Memantau kualiti makanan di kantin. (Mohd Syarul Nizal B Mohd Saad)) Jawapan usul : YDP PIBG memaklumkan pengusaha kantin sekarang adalah yang baharu. 7.3 Membaiki sistem saliran air. (Mohd Faisal B Mohd Yusof) Jawapan Usul : YDP PIBG menyatakan PIBG akan cuba memperbaikinya. 7
7.4 Meningkatkan keselamatan murid-murid semasa menunggu ibu bapa mengambil anak. (Mohd Faisal B Mohd Yusof) Jawapan usul : YDP PIBG menyatakan pintu pagar akan dibuka pada pukul 6.15 petang. 7.5 Mohon diadakan bonggol. Kenderaan dipandu laju dari sepatutnya. (Roazzila Yeob Ramli) Jawapan usul : YDP PIBG menyatakan bahawa untuk membuat bonggol jalan memerlukan kebenaran daripada JKR/ ADUN. Isu ini akan dibawa ke hadapan. 7.6 Mengadakan sesi menghafal sifir sementara menunggu sesi persekolahan bermula diketuai oleh pengawas. (Muhammad Saiful Abdul Mutalib) Jawapan Usul : En. Hishamuddin Bin Zakaria selaku Pen. Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan program tersebut akan dijalankan selepas cuti penggal bulan Mac. Murid yang cekap akan mengajar murid yang lemah sifir. 7.7 Penggunaan buku tulis. Diharapkan memaksimumkan penggunaannya. (Zainatul Izlin Bt Zainol) Jawapan Usul : YDP PIBG mencadangkan supaya buku tulis dibeli mengikut semester supaya tidak berlakunya pembaziran. 7.8 Kelas tambahan bagi murid tahun 6 tidak sesuai diadakan pada hari Jumaat. Harap pihak sekolah dapat pertimbangkan kerana masa yang diberikan menyukarkan ibu bapa yang bekerja. (Roshaliza Bt Zainuddin) Jawapan Usul : YDP memaklumkan kelas tambahan tersebut dijalankan selepas solat Jumaat. Waktu kelas tambahan ini akan dibincangkan semula. 7.9 Adakan buku log dalam setiap kelas untuk guru mencatat kerja sekolah yang diberi bagi mengelakkan murid dibebani dengan kerja sekolah yang banyak. (Izlina Bt Izham) Jawapan Usul : YDP PIBG mencadangkan cara yang disarankan oleh Dr Tengku Asmadi di mana murid perlu menyediakan sendiri buku kecil untuk mencatat pesanan guru/ kerja rumah. 7.10 Pintu pagar kecil di laluan masuk utama ditutup. Murid bersesak di luar pagar pada sebelah petang. (Shamsul Azwan B Mohamad Izhar) Jawapan Usul : YDP PIBG menyatakan ada 3 pintu pagar iaitu pintu pagar utama, pintu pagar di kantin dan pintu pagar di pendidikan khas. Ibu bapa boleh menunggu di pintu pagar yang lain bagi mengelakkan kesesakan di pintu pagar utama. 8
7.11 Membesarkan keluasan bukaan pagar masuk ke kawasan parker pra sekolah/ PPKI. (Natasha Khalil) Jawapan Usul : YDP PIBG akan membincangkan hal ini dengan pihak masjid. Pintu keluar masuk seharusnya dua hala supaya tidak berlaku kesesakan. 7.12 Mencadangkan ibu bapa memberi sumbangan RM10 sekeluarga. Ini bertujuan untuk PIBG mengadakan lebih banyak program dan boleh digunakan untuk pembangunan sekolah. (Normafarah Wahida Bt Mohd Nordi) Jawapan Usul : Pn. Normafarah Wahida mencadangkan sumbangan keahlian tahunan PIBG sebanyak RM10. Sumbangan ini akan digunakan untuk program yang melibatkan ibu bapa seperti aktiviti Zumba, Ceramah Agama, Program Berbuka Puasa, Sukan dan sebagainya. Majoriti ibu bapa sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut untuk membayar RM10. AGENDA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada Ahli JawatanKuasa PIBG yang baharu, guru – guru dan ibu bapa kerana turut serta dalam menjayakan mesyuarat pada hari ini. Beliau melahirkan rasa gembira kerana ramai ibu bapa yang hadir pada hari ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang. __________________________________________________________________________________ Disediakan Oleh: Disahkan Oleh: ………………………………. (ABD AVIS SUKURNY BIN AB KADIR) (SABRINA BT ZAINUL KAMAL) Yang Dipertua PIBG Setiausaha PIBG SK Sungai Rokam SK Sungai Rokam 9
LAPORAN TAHUNAN PIBG 1. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG : 1.1 Mesyuarat AJK kali ke-1 (04/09/2021) 2. Laporan Kehadiran Ahli Jawatankuasa BIL. NAMA 04/09/2021 1. En. Ayub Bin Don / / 2. En. Abd Avis Sukurny Bin Ab Kadir / / 3. Pn. Sri Hartini Binti Mohamed Shamsudin / 4. Pn. Sabrina Binti Zainul Kamal Bertukar / 5. Pn. Wan Fatimah Binti Wan Hassan / 6. Tn. Syed A’zman Bin Syed Ahmad Zahari Bertukar 7. Pn. Nor Asma Binti Hussin / 8. Cik Fazrina Hanum Binti Sahol Hameed / 9. En. Khairil Anuar Bin Mohd Nor Bertukar 10. Pn. Suriati Binti Mohd Hussin x x 11. Pn. Nurul Wahida Binti Abdul Latif x x 12. Pn. Nurul Eziani Binti Zulkefli x / 13. En. Muhammad Ashraf Bin Zakaria / / 14. En. Mohd Nor Fitri Bin Ghazali / / 15. YM Raja Azizul Hisham Bin Raja Zainal Abidin / / 16. En. Al Fuad 17. En. Ahmad Fauzi Bin Hapizin 18. Pn. Harison Binti Zabidin 19. Pn. Normafarah Wahida Binti Mohd Nordi 20. En. Mat Yusri Bin Md Saad 21. Pn. Norhaida Binti Noorsam 22. Pn. Rozayu Binti Kasim 23. Pn. Nor Afza Binti Harun 24. Pn. Norliza Binti Muhamed Catatan : / Hadir x Tidak Hadir 10
LAPORAN PENYATAN KEWANGAN 11
12
MENERIMA DAN MELULUSKAN SUMBANGAN PIBG BAGI TAHUN 2021 CADANGAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2021 Bil Jenis Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5 Thn 6 Pend. Kutipan Khas 1 Sumbangan RM 20.00 sekeluarga PIBG Program - 2 Peningkatan Akademik 3 Pengurusan - Komputer Jumlah Besar 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 Catatan: Sumbangan PIBG adalah untuk Majlis Apresiasi Murid, Hari Kanak- Kanak, Hari Sukan, Program Penyayang dan Tabung PIBG. Dicadang Oleh: Disokong Oleh: 13
USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 BIL. NAMA PENCADANG USUL 1. Juliana Bt Abu Bakar 1) Mohon guru rekod video kelas PdPR kerana ada masanya anak-anak mempunyai masalah capaian internet dan tidak dapat menyertai Google Meet. Murid boleh menonton semua video yang direkod supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran. 2) Menggunakan online platform seperti Microsoft Team adalah lebih sesuai kerana guru boleh “create class” (sebaiknya satu kelas untuk setiap matapelajaran). Guru boleh merekod video, dan memuat naik nota, atau membuat sebarang pengumuman dalam kelas tersebut. 2. Hidayahtulmuafidah Bt Adakah pembukaan sekolah bulan hadapan (jika ada) Thamrin Parlindungan diwajibkan kepada murid? Jika tidak hadir, apakah tindakan dari Hasibuan pihak sekolah terhadap murid tersebut? 3. Anuar Che Mahmud Mencadangkan agar jumlah murid-murid tidak terlalu ramai dalam kelas. Perbezaan jumlah murid antara murid kelas yang pertama dengan lain-lain kelas tidak memberi kebaikan pun pada pencapaian sekolah. Malah akan lebih melemahkan lagi murid-murid yang kelas sederhana dari segi perhatian dan gaya berfikir. 4. Azrida Bt Shaharom 1) Mencadangkan supaya kantin menjual makanan berkhasiat seperti buah buahan. 2) Tandas murid hendaklah dibaiki supaya lebih selesa kerana saya mendapati tandas murid banyak yang rosak, tidak boleh flush, paip getah hilang/tercabut, gelap tiada lampu. 14
PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SK SUNGAI ROKAM SESI 2021 Penasihat : En. Ayub bin Don Yang DiPertua : ………………………………………….. Naib Yang DiPertua : …………………………………………. Setiausaha : …………………………………………. Pen. Setiausaha : …………………………………………. Bendahari : …………………………………………. Pen. Bendahari : …………………………………………. AJK Guru : 1) ……………………………………… AJK Ibu Bapa 2) ……………………………………… 3) ……………………………………… Juruaudit 1 4) ……………………………………… Juruaudit 2 5) ……………………………………… 6) ……………………………………… : 1) ……………………………………… 2) ……………………………………… 3) ……………………………………… 4) ……………………………………… 5) ……………………………………… 6) ……………………………………… : ………………………………………… : ………………………………………… 15
PENGHARGAAN DIUCAPKAN KEPADA : PERASMI YB Datuk Dr. Wan Norashikin Binti Wan Noordin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dan NGO GURU BESAR En. Ayub bin Don YANG DIPERTUA PIBG En. Abd Avis Sukurny Bin Ab Kadir AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/21 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 GURU-GURU & STAF SOKONGAN SK SUNGAI ROKAM IBU BAPA/ PENJAGA MURID SK SUNGAI ROKAM 16
Search
Read the Text Version
- 1 - 18
Pages: