Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera Terima kasih saudara pengacara majlis Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Awang Zaini bin Haji Suntim Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Yang Berusaha Puan Khaziyati Osman Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Encik Norman bin Sani Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Encik Muddin bin Beting Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Dr. Melati binti Jilon Ketua Jabatan Penyelidikan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan, IABCSBH merangkap (Ketua Kumpulan Pemberi Khidmat Konsultasi Program Konsultasi PPM Negeri Sabah) Puan Ainol Hidayah binti Abdul Rauof Ketua Jabatan, Jabatan Konsultasi dan Runding Cara (JKRC), Pusat Konsultasi dan Pembangunan Organisasi Pendidikan (PKPOP) IAB Induk Dr. Salwati binti Shafee Pensyarah Kanan, JKRC, PKPOP, IAB Induk Ketua Unit Pembangunan Bakat, Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Penampang Presiden Majlis Belia Sabah Kementerian Belia dan Sukan Pantai Barat Selatan, Kota Kinabalu Ketua-Ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah kanan IABCSBH yang hadir. Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah 39
Yang Berbahagia Datuk, tuan-tuan, puan-puan, hadirin hadirat sekalian. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, kita dapat berkumpul di petang yang mulia ini di B.P House Pengakap Kota Kinabalu, Sabah.Setinggi- tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Awang Zaini kerana telah menerima undangan untuk hadir ke majlis menandatangani Nota Persefahaman antara Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Sabah, walaupun cukup sibuk dengan pelbagai tugas penting, YBhg. Datuk sanggup bersama-sama kita pada petang ini. Kehadiran YBhg. Datuk dalam majlis ini amat bermakna dan kami hargai dan sanjung tinggi. Terima kasih juga kepada semua yang hadir pada petang ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan bahawa majlis ini sangat penting dan bermakna. YBhg Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Program Khidmat Konsultasi, Institut Aminuddin Baki adalah satu program yang dilaksanakan oleh pensyarah IAB yang mempunyai kemahiran dalam memberikan khidmat konsultasi. Mereka yang telah dilatih ini akan mengaplikasi pendekatan berpusatkan pelanggan dalam menangani isu utama organisasi melalui khidmat konsultasi secara kolaboratif. Bersama-sama kumpulan pemberi khidmat konsultasi ini ialah para pensyarah yang mempunyai pelbagai kepakaran. Mereka dipilih dan dilantik untuk turut serta dalam kumpulan pemberi khidmat konsultasi berdasarkan keperluan pihak organisasi yang memerlukannya serta atas persetujuan organisasi yang akan menerima khidmat konsultasi berkenaan. YBhg. Datuk, tuan-tuan dan puan-puan, Kerjasama pintar seperti ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat. Bagi pihak yang menerima konsultasi, mereka mendapat manfaat perkongsian kepakaran para pensyarah IAB yang telah dilatih dalam pelbagai pengurusan kepimpinan. Manakala untuk pihak IAB pula, ia memberi peluang kepada pensyarah terlibat melihat kerja buat dan mendapat pendedahan baharu berkaitan pengurusan organisasi selain organisasi dalam KPM. Diharap agar matlamat khidmat konsultasi yang dijalankan ini tercapai. Pencapaian ini akan dapat dilihat melalui peningkatan tahap keberkesanan dalam pengurusan dan kepimpinan barisan pemimpin pengakap di negeri Sabah. Seterusnya dapat memantapkan persekutuan pengakap Malaysia di negeri Sabah. Tahniah dan semoga berjaya diucapkan kepada penggerak utama kepada program ini iaitu barisan pemberi khidmat konsultasi dan pensyarah-pensyarah kanan IAB Cawangan Sabah yang terlibat dalam program ini. 40
Terima kasih dan penghargaan juga kepada Pengarah IAB Cawangan Sabah, Ketua- ketua jabatan, semua pensyarah IAB yang berkorban masa, tenaga, wang ringgit serta keringat demi menjayakan program ini. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan jayanya.Tidak lupa juga kepada pihak Persekutuan Pengakap Malaysia Sabah atas kerjasama strategik dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan mampu memberi impak kepada persekutuan pengakap Malaysia khususnya di negeri Sabah. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Sabah atas sokongan padu dalam menyokong dan merencanakan program ini. Akhir kata, YBhg. Datuk dan hadirin sekalian, saya berharap agar kerjasama ini berpanjangan dan dikembangkan ke peringkat seterusnya seperti pelaksanaan kajian bersama-sama, pembentangan dalam kolokium anjuran IAB dan sebagainya. Semua kerjasama ini dilaksanakan bermatlamatkan kemenjadian murid.Sekali lagi saya mengucapkan sekalung penghargaan kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Awang Zaini atas kesudian melapangkan masa untuk hadir dalam majlis ini. Sebelum berundur diri saya tinggalkan dengan serangkap pantun. Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Wabillahi-taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh Sekian, Terima kasih 41
Webinar 42
11 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE DALAM LATIHAN IAB BERSAMA DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD. YUNUS PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tarikh : 23 Ogos 2022 Tempat: Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 43
Bismillahirrahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima Kasih Moderator, Tuan Haji Aminuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah. Yang Berbahagia, Datuk Dr. Amin bin Senin, Pengasas Connecting-Dots Learning Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh Mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia Yang Berusaha, Puan Khaziyati binti Osman, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Yang Dihormati, Encik Norman bin Sani Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Ketua-ketua Jabatan, Pensyarah cemerlang, pensyarah- pensyarah Kanan & Staf Sokongan serta para peserta webinar sekalian. Terima kasih kepada moderator, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin dan limpah kurnia- Nya dapat kita bertemu dan berhimpun dalam majlis ini. Naratif baharu latihan Institut Aminuddin Baki terbahagi kepada 2 bahagian iaitu subnaratif 1 dan subnaratif Subnaratif 1, merujuk kepada pensyarah versatile. Subnaratif 2, merujuk kepada Latihan melalui Modul dan Strategi Pembelajaran Aktif. Pensyarah Versatile perlu mempunyai personaliti unggul, Trainer sebagai pengamal reflektif professional, memiliki pengiktirafan professional dan jaringan pembelajaran professional. Modul latihan berkualiti dihasilkan berasaskan standard reka bentuk latihan yang relevan dan terkini merangkumi pendigitalan latihan berdasarkan Real Time Profesional Development dengan Konsep latihan menyeluruh (Total Training Concept). Strategi pembelajaran aktif menekankan elemen-elemen Modul pembelajaran aktif secara Pull Mode Training dan E-Modul dalam pembelajaran kendiri di samping pengurusan 44
ruang digital serta intergenerational. Fokus utama dalam subnaratif 1 adalah memperkasa keupayaan pensyarah untuk melahirkan Pemimpin Berprestasi Tinggi khususnya penguasaan kemahiran teknikal dan digital dalam kepimpinan sekolah. Naratif Baharu Latihan juga melahirkan Pensyarah yang memiliki personaliti unggul, pensyarah yang positif dalam pemikiran agar dapat bertindak dengan cekap dan berkesan, saling menghormati serta berkomunikasi berkesan. Subnaratif 2 adalah latihan berasaskan modul dan strategi pembelajaran aktif dan memberi tumpuan kepada penerapan elemen Human Governance dalam mengurus tadbir organisasi. Modul latihan yang disampaikan menerapkan elemen-elemen Human Governance agar penyampaian latihan berasaskan Modul Pembelajaran Aktif (MPA) memberi impak yang tinggi kepada peserta kursus. Terdapat cabaran dalam sistem sokongan professional khususnya sokongan digital yang boleh dikaitkan dengan elemen kompetensi pensyarah yang merujuk kepada sikap pensyarah dalam penyampaian latihan. Human Governance diberi perhatian untuk pemimpin pendidikan dalam mengurus organisasi yang akan memberi impak berkesan melalui 2 aspek penting iaitu kebertanggungjawaban dan integriti. Tanggungjawab dan integriti secara tidak langsung memainkan peranan penting untuk memantapkan aspek prestasi, paradigma, kebijaksanaan dan ketekalan dalam tadbir urus insan oleh pemimpin pendidikan. Penyediaan KOMPAS 2.0 (Standard Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia) memberi ruang kepada pemimpin Pendidikan meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah dengan lebih berfokus. Kualiti peribadi kepimpinan merujuk kepada integriti, orientasi kecemerlangan, orientasi keusahawanan dan kemahiran mengurus kendiri dan sosial. Peranan KOMPAS 2.0 dalam domain 4: a. Integriti: Keupayaan menghayati, menerap dan membudayakan nilai integriti dalam melaksanakan amanah dN kuasa berpandukan peraturan dan undang-undang. b. Orientasi Kecemerlangan: Keupayaan memimpin pelbagai pihak untuk merealisasikan matlamat ke arah kecemerlangan organisasi. c. Orientasi Keusahawanan: Keupayaan menghayati, mencerap dan membudayakan ciri-ciri keusahawanan melalui inovasi dan kreatif. d. Kemahiran Mengurus Kendiri & Sosial: Keupayaan mengurus emosi yang stabil & memahami individu lain serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk melaksanakan tugas dengan berkesan. Sekian, Terima kasih. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 45
12 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE 2022 BERSAMA YBRS. PUAN KHAZIYATI BINTI OSMAN PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tarikh : 23 Ogos 2022 Tempat: Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 46
TEMA: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA VUCA MELALUI PENDEKATAN HUMAN GOVERNANCE PENGENALAN Sistem pendidikan hari ini berpeluang untuk mengadaptasikan konsep tadbir urus insan atau Human Governance dalam menghadapi cabaran dan mengambil pelajaran daripada persekitaran yang tidak konsisten, tidak pasti, rumit dan kabur (VUCA) masa kini. Pemikiran pendidikan perlu menerima perubahan yang perlu diberi nafas baharu yang lebih konsisten dengan misi dan visi yang jelas, pemastian dan faham kepada persekitaran, mempermudah kerumitan dan tangkas dalam mengendalikan situasi, agar dapat menghasilkan kemenjadian murid yang berketerampilan dan memenuhi keperluan modal insan masa hadapan. Persiapan seawalnya adalah perlu dalam memastikan sistem pendidikan kita versatiles dan up-to-date kepada murid-murid di Malaysia. Justeru itu, para pemimpin di sekolah khasnya perlu cepat bertindak pantas untuk memahami perubahan dan komited meningkatkan kapasiti keilmuan minda dan berfikir di luar jangka demi kemenjadian murid, dan meningkatkan kualiti sekolah adalah antara resepi immersion dalam dunia VUCA. MENERAJUI PERUBAHAN Pemimpin pendidikan perlu menerajui perubahan sekolah-sekolah mengunakan rujukan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2), Standard 1: Kepemimpinan, aspek 1.1 menekankan Pengetua dan Guru Besar (PGB) sebagai peneraju iaitu bertindak sebagai peneraju perubahan dalam semua aspek pengurusan dan pendidikan di sekolah bagi memastikan matlamat dan objektif dapat dicapai (KPM, 2017). Menurut Boos, Allen dan Hamilton dalam buku Do your know company S.L.Q (1998). Apa yang perlu dilaksanakan oleh seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi berprestasi tinggi dalam menerajui perubahan beberapa perlu dilaksanakan. Pemimpin perlulah mencipta situasi yang kondusif untuk perubahan iaitu dengan menggunakan visi dan misi. Diantaranya memberi penghargaan bagi tingkah laku yang sesuai dengan visi dan misi. Seorang pemimpin perlu membangunkan pemimpin pelapis dengan membangunkan pelapis serta membina keupayaan, menggalakkan orang lain memimpin perubahan. Mereka juga digalakkan mencapai pembaharuan yang berterusan dan menterjemahkan visi dan misi kepada tingkah laku yang dipamerkan 47
Rajah 1: Menerajui Perubahan Boos, Allen dan Hamilton Seterusnya, VUCA adalah akronim daripada volatility, uncertainty, complexity dan ambiguity. VUCA digambarkan dalam bentuk grafik seperti rajah di bawah. Rajah 2 : Definisi VUCA oleh Anggita Dwina 2021 48
Apa itu VUCA? Bagaimana VUCA memberi impak kepada organisasi pendidikan? Menurut Anggita Dwina, 2021 menyatakan : Volatility. Dunia berubah dengan pantas, bergolak, tidak stabil dan tidak dapat diramalkan. Tahun 2020 telah menjadi tahun yang paling teruk bagi semua bidang di dunia (Pandemik COVID-19). Uncertainty. Masa depan penuh dengan ketidakpastian. Sejarah dan pengalaman masa lalu tidak lagi relevan. Complexity. Dunia moden lebih kompleks berbanding sebelum ini. Masalah dan akibat lebih bertindan, berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain. Keadaan luaran yang dihadapi oleh pemimpin pendidikan semakin rumit. Ambiguity. Persekitaran semakin membingungkan, tidak jelas, dan sukar difahami. Setiap situasi dapat menimbulkan banyak tafsiran dan persepsi. HUMAN GOVERNANCE Human Governance atau Tadbir Urus Insan atau Tata Kelola Insan, didefinisikan sebagai tadbir urus yang lebih dari apa yang mampu dicapai atau dirasakan oleh pancaindera, pengalaman, akal fikiran dan perasaan. Human Governance berbalik kepada teras keinsanan dalam diri seseorang melalui penggantungan kepada tuhan (Siti Fatimah & Nasri, 2020). Arfah (2015) menyatakan tadbir urus insan bukan satu peraturan (rules). Seharusnya disemat dalam diri dan sentiasa tahu bahawa Allah SWT sentiasa melihat apa sahaja yang dilakukan. Walaupun ada ketikanya tiada orang yang melihat apa yang dilakukan, sesungguhnya Allah Yang Maha Esa sentiasa mengawasi tindak tanduk hamba-hambaNYA. Human Governance dan peranan PGB berdasarkan panduan SKKSM dan SKPMg2 yang telah ditetapkan sebagai salah satu alat yang dominan dalam mengesan tahap kompetensi bakal pemimpin pelapis. Pemimpin perlu mempunyai pendekatan Human Governance sebagai pendorong, peneraju dan pembimbing kepada warga sekolah untuk menempuh cabaran baharu menggunakan pelbagai media pendidikan demi mencapai matlamat kemenjadian murid. Kepemimpinan di era VUCA menurut Bob Johansen pada tahun 2009. Volatility boleh dihadapi dengan Vision iaitu : • Terima dan hadapi perubahan sebagai persekitaran kerja yang konsisten. • Menyediakan hala tuju dan nilai pasukan melalui visi yang jelas. • Menetapkan matlamat yang fleksibel bagi menangani situasi yang tidak menentu. 49
• Atasi Uncertainty boleh diatasi dengan Understanding • Mengetahui dan memahami serta mengembangkan cara berfikir dan bertindak sebagai respons terhadap ancaman ketidakpastian. • Keutamaan untuk menyediakan intervensi, analisis dan interpretasi dan competitive intelligence (CI). Sentiasa kemaskini ilmu pengetahuan dan terima maklum balas daripada pelanggan. • Tinjauan dan penilaian perlu untuk penambahbaikan. • Kajian dan simulasi perlu dilaksanakan mengikut situasi. • Complexity boleh dipecahkan dengan Clarity 50
13 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE BERSAMA YBHG. DATUK DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM MANTAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tarikh : 23 Ogos 2022 Tempat: Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 51
TEMA: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA VOLATILE, UNCERTAINTY, COMPLEXITY, AMBIGUITY (VUCA) MELALUI PENDEKATAN HUMAN GOVERNANCE OBJEKTIF : MEMANTAPKAN PENGURUSAN PERUBAHAN HUMAN GOVERNANCE DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN a) APAKAH MAKSUD HUMAN GOVERNANCE? Menurut Arfah (2009) Human Governance atau tadbir urus insan merupakan penggerak dan penghubung kepada kebahagiaan, ketenteraman dan ketenangan dalam jiwa seseorang yang bernama insan. Ini kerana tadbir urus insan adalah suatu tindakan yang menyepadukan tindakan, proses, makna dan hasil yang terbaik dalam keputusan yang dilakukan. Tadbir urus insan mengandungi unsur “Bijak mentadbir hati” menurut Al-Ghazali hati atau al-Qalb merupakan pati kemanusiaan itu sendiri yang terdiri daripada daya nafsu, daya amarah, daya Intelek yang mana daya intelek perlu menguasai kedua-dua daya lain iaitu nafsu dan amarah agar hasil pelakuan menjadi positif, dan sekiranya berlaku sebaliknya sesuatu yang negatif akan berlaku. Dunia VUCA tanpa batasan menjadi cabaran kepada pemimpin untuk mengekalkan integriti dan positivisme dalam kalangan warga organisasinya. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini bahawa kawalan terhadap sikap, pemikiran dan tindakan bukan lagi satu perkara mudah dalam era digital. Perkara ini dapat diatasi sekiranya konsep tadbir urus insan diterapkan dalam kepimpinan. Amalan baik dan pematuhan peraturan bukan kerana kod etika yang telah digariskan dan dipantau tetapi pematuhan itu datang dari kesedaran kendiri dan hati nurani. Pemimpin perlulah berpegang dengan prinsip-prinsip umum yang ada pada setiap manusia. Apatah lagi dalam era digital masa kini, prinsip tersebut perlu lebih jelas dan teguh dalam diri setiap individu agar dapat memastikan semua perubahan atau perkembangan dapat dilaksanakan tanpa mengira bangsa atau kepercayaan. Pemimpin perlu lebih berani dan bersedia untuk mendepani situasi era VUCA masa kini terutamanya dalam situasi yang berisiko dan serba mencabar. Ini pasti menuntut keputusan dengan kadar yang segera terutamanya dalam menghadapi waktu-waktu sukar agar kejayaan itu dapat dikecapi dan kegagalan itu dihindari. Pemimpin perlu memiliki hati nurani dan minda sentiasa terbuka bagi setiap perubahan terutamanya agar lebih optimis dan berfikir secara rasional. 52
b) BAGAIMANA MEMANTAPKAN PENGURUSAN PERUBAHAN HUMAN GOVERNANCE DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN 1. TRANSFORMASI MINDA (ANJAKAN PARADIGMA) PEMIMPIN DUNIA VUCA Dunia VUCA menuntut agar pemimpin pendidikan perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai strategi dan rancangan yang dapat dipraktikkan bersesuaian dengan keperluan situasi dan lokasi. Penggunaan aplikasi teknologi moden, digital, penyebaran maklumat, serta pengenalan kepada teknologi komunikasi moden berkaitan serta penemuan pelbagai teknologi baharu. Masa kini segala maklumat adalah di hujung jari. Adab, pertimbangan sihat minda manusia dalam menggunakan teknologi dan amanah menuntut kepada kepimpinan yang dapat menerapkan unsur tadbir urus insan dalam organisasi semakin mencabar. Pendidikan masa kini yang berkait rapat dengan pengurusan dunia VUCA. Sebaiknya dalam situasi mencabar ini, pemimpin tidak fokus kepada cabaran tetapi fokus kepada adab dengan mengukuhkan pegangan asas sebagai manusia yang sihat akal, emosi dan minda. Konsep Governing the heart and soul, manusia mampu menguatkan dalaman diri dalam mendepani apa sahaja yang mendatang. Oleh itu seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai hati nurani yang terjaga dengan satu kepercayaan yang kukuh. Impaknya membawa kepada pemikiran yang tulus lalu dizahirkan dengan perbuatan dan tindakan yang baik serta terpuji. Justeru, membina jati diri pemimpin pendidikan akan menjadi asas dalam pembangunan profesionalisme setiap individu. Pembangunan diri ini pasti akan dapat membantu pemimpin pendidikan untuk lebih berani mendepani cabaran era VUCA pada masa kini. 2) BERUBAH DARIPADA CORPORATE GOVERNANCE KEPADA HUMAN GOVERNANCE Dunia VUCA masa kini menuntut Pemimpin untuk menukar konsep Corporate Governance kepada Human Governance. Corporate Governance menekankan aspek proses dan struktur yang digunakan untuk mengarah dan mengurus hal ehwal organisasi semata-mata ke arah meningkatkan prestasi organisasi dan akauntabiliti korporat. Manakala, Human Governance mengambilkira aspek tadbir urus insan yang menyepadukan tindakan, proses, makna dan hasil yang terbaik dalam keputusan yang dilakukan. Pemimpin pendidikan perlulah berpegang dengan prinsip-prinsip umum yang ada pada setiap manusia. Bertanggungjawab, kejujuran, integriti, rasa hormat dan nilai kepercayaan yang tinggi. Kecemerlangan pemimpin dengan mengamalkan nilai-nilai murni mampu untuk memandu perkembangan dan kelangsungan hidup. 53
Apatah lagi dalam era digital masa kini, prinsip tersebut perlu lebih jelas dan teguh dalam diri setiap individu agar dapat memastikan semua perubahan atau perkembangan dapat dilaksanakan tanpa mengira bangsa atau kepercayaan. Kejayaan dalam era digital ini mampu menyumbang nilai tambah kepada perkembangan tamadun manusia yang sedia ada dan sebaliknya jika diabaikan. 3) UNSUR KETUHANAN (SISTEM KEPERCAYAAN- BELIEF SYSTEM) Dunia VUCA adalah era tanpa batasan tetapi dengan konsep tadbir urus insan, manusia masih akan ingat bahawa setiap perkara dibatasi undang-undang oleh Pencipta. Kepercayaan ini merujuk kepada setiap manusia melalui akal yang sihat. Pemimpin yang memiliki hati nurani pasti berbeza dengan individu lain serta mampu menjadi makhluk yang lebih tinggi martabatnya. Amanah untuk mentadbir bagi seorang pemimpin adalah bermula dari dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam sekeliling. Pemimpin perlu memastikan subordinatnya sentiasa memantapkan diri sendiri dalam dunia Vuca. Ini bermakna asas kemanusiaan yang tinggi dalam diri seseorang pemimpin perlu untuk kebaikan bersama. Pemimpin Pendidikan perlu mempunyai keteguhan diri dengan kepercayaan masing- masing sebagai landasan dalam mengharungi setiap cabaran dan ujian. Bersabar dengan setiap dugaan dan cabaran yang mendatang. Minda perlu sentiasa terbuka bagi setiap perubahan terutamanya dalam dunia VUCA agar lebih optimis dan berfikir secara rasional. Muhasabah diri sendiri dengan menyedari pelbagai kelemahan sebagai manusia dan ketergantungan kepada tuhan perlulah seiring dengan usaha, doa serta bertawakal atau berserah kepada ketentuan Tuhan. 54
14 WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN HUMAN GOVERNANCE SIRI 2/2022 YBHG. DATUK DR. AMIN BIN SENIN MANTAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tarikh : 23 Ogos 2022 Tempat: Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 55
TEMA: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA VIOLATILE, UNCERTAINTY, COMPLEXITY, AMBIGUITY (VUCA) MELALUI PENDEKATAN HUMAN GOVERNANCE OBJEKTIF: MEMANTAPKAN PENGURUSAN PERUBAHAN HUMAN GOVERNANCE DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi. Terima kasih soalan yang menarik daripada moderator. Yang Berbahagia Dr. Habibah telah berbincang dan memberi gambaran menyeluruh bagaimana VUCA mempengaruhi cara pengurusan di semua peringkat dan semua sektor, dengan keadaan yang tidak menentu, yang kompleks dan sebagainya. Kalau kita perhatikan sebenarnya, satu-satunya sektor yang paling lambat untuk respon kepada perubahan ini adalah sektor pendidikan. Itu yg kita akui. Perubahan itu dinamik dan begitu pantas, tetapi sektor pendidikan adalah satu-satunya sektor yang paling lambat, bukan perubahan itu perlu tetapi lambat untuk keseluruhan sistem itu untuk berubah mengikut keperluan. Sebab sektor pendidikan berbeza dengan sektor-sektor yang lain, sebab sektor pendidikan itu dia punya outcome prosesnya itu untuk melahirkan manusia. Melahirkan manusia ini tak sama dengan sektor-sektor lain yang bottom linenya menghasilkan keuntungan ataupun pengaruh ataupun sebagainya. Tetapi sektor pendidikan ini diakui memang mengurus manusia, mengurus aset bukan manusia untuk menghasilkan manusia. Itu outcome, tetapi proses itu begitu lambat. Walau bagaimana pun, kita terpaksa untuk berubah, InshaAllah nanti jika ada masa saya akan berikan gambaran terkini untuk berubah respon kepada perubahan itu, walaupun semua pihak tahu, tetapi kita terpaksa berubah. Sebab itu, berbalik kepada perbincangan Dr. Habibah tadi, berikan pandangan bagaimana kita boleh menghadapi cabaran dunia VUCA yang begitu cepat. Kita telah memerhatikan pengalaman-pengalaman pengurusan perubahan ini, selalunya pendekatan yang biasa digunakan ialah dipanggil Planned Changes. Ini adalah perubahan yang dirancang tetapi dalam dunia VUCA, Planned Changes ini benda yang hampir tidak mungkin. Sebab walau bagaimana pun, walau kita rancang pun, akhirnya tuntutan untuk dinamik change itu berlaku, di situ kita memerlukan kebijaksanaan pemimpin di semua peringkat untuk menangani perubahan yang dinamik ini. Berdasarkan kepada perubahan yang dirancang. Itu penting, sebab itu kita terpaksa fokus kepada perubahan perancangan ini, dia bermula dengan the problem of management thinking. Dia berpunca daripada masalah pemikiran pengurusan kita. Dia bukan bermula dari luar organisasi tetapi dalam organisasi, cabaran yang paling besar untuk mengurus perubahan dalam organisasi, kalau dinamik VUCA ini, bermula daripada pemikiran kita sebagai pemimpin yang tidak berubah. 56
Jadi pemikiran sebagai pemimpin tidak berubah ini memang dia sukar, Jadi apakah problem in management thinking, cara kita melihat manusia. Sepertimana Dr. Habibah sebut tadi, saya setuju dengan dia sebab dalam human governing ini, akhirnya dalam central part of management itu adalah manusia itu. Oleh itu kita terpaksa, manusia perlu berubah juga. Kalau dalam traditional management ini, zaman daripada awal, taylorism punya kaedah pendekatan itu dan sebagainya, itu sampai masa sekarang. Kita sebenarnya cara pemikiran kita, pengurusan pemikiran kita banyak dipengaruhi melihat manusia itu dilihat sebagai mesin, bukan manusia. Ini zaman industri teknologi dahulu, industri pertama, kedua itu banyak aspeknya melihat manusia sebagai mesin. Bukan sebab manusia, bukan seorang yang konses yang sedar yang ada ciri-ciri kemanusiaannya tetapi dilihat sebagai mesin. Jadi dahulu cara kita mengurus manusia yang tidak mempunyai emosi. Ini merupakan perspektif yang lapuk dan tidak digunakan lagi. In the old thinking, manusia ini mempunyai tingkah laku yang tidak boleh diramal dalam organisasi. Kita rancang begini, mereka bertindak lain. Kita buat begini mereka ubah lagi, oleh itu manusia ini unpredictable. Sebab dalam perspektif traditional, jika kita anggap sebagai mesin, dia kita boleh anggap predictable. Tetapi sebenarnya, manusia ini memang unpredictable, menyebabkan kesukaran untuk kita sebagai ketua di peringkat sekolah dan sebagainya. Yang ketiga ialah kita harus ingat dalam pengurusan manusia, kita sukar mendapatkan keputusan terbaik sebab manusia itu bukan mesin, bukan value free. Dia ada pendirian dia sendiri, ada sikap dia sendiri, ada pendapat sendiri, ada nilai sendiri, justeru dalam keadaan ini, dia akan menambah kompleks VUCA itu. Sebab pemikiran, nilai, pendapat sukar diharmonikan dengan keseluruhan yang menjadi cabaran besar dalam mengurus manusia. Jika kita masih berpegang kepada manusia itu sebagai mesin dan tidak mempunyai nilai sebagai manusia, susah sebab itu kita tidak boleh mengurus manusia itu sebagai aset biasa. Human resource itu berbeza. Perkataan human resource dalam pengurusan traditional itu dianggap sama dengan kelengkapan industri seperti komputer, bangunan tidak boleh macam tu. Human resources dalam new perspective ini, you must address them as a human, not machine. Itu yang berbeza dari yang lain. So kita punya decision making pula, banyak dipengaruhi oleh perceptions dan juga cara kita buat pilihan dan juga perlu banyak consultation sebab itu kita tidak boleh menggunakan pendekatan yang lurus dan bolos sahaja. Sebab pengurusan zaman sekarang ini, dia kita lihat manusia sekarang ini mempunyai pelbagai jenis kepakaran. That is why consultation is very important in new thinking. Dan kita berasakan dengan kaedah traditional, pengaturan itu mesti confirmed kepada struktur dan peraturan yang ada. Tetapi, manusia ini sangat sukar untuk diconfirmkan. Sebab itu dia perlu atasi dengan the freedom of information. Perbincangan kena banyak. Dengan keadaan sekarang ini, kita tidak boleh ada hidden agenda, is a plot untuk susah mengurus. 57
Jadi ini menyebabkan kesukaran untuk perubahan. Sebab sekarang dengan freedom of information ini, kita mesti jujur dan menonjolkan diri dengan niat yang betul, barulah kita mampu mengurus dengan baik. Jika pemimpin ada hidden agenda, jadi sukarlah untuk membuat perubahan untuk organisasi. Jadi maknanya the freedom of information , dia beyond daripada compartment kepada peraturan itu tetapi bagaimana cara kita menarik dia punya komitmen itu. Komitmen tidak boleh berdasarkan conformation dengan peraturan, komitmen itu berdasarkan kepada bagaimana dia merasakan sebagai manusia itu terurus dengan baik, diberikan terapan dan sebagainya. So that is two different things, sebab itu saya dalam tumpukan benda ini, dalam dunia VUCA ni, tidak boleh lagi menggunakan kaedah traditional perspective of management, kita harus mengaplikasikan kepada new thinking. Kita ada contoh, balik kepada Dr Habibah dah sebut tadi dalam perbincangan bagaimana kita salah satu ciri dalam perubahan ini ialah bagaimana kita mengintegrasikan teknologi yang ada pada sekarang ini merupakan ciri penting dalam abad-21 ni dalam keadaan VUCA ni, sebab VUCA ini berlaku kerana the flow of information is quick. Itu kerana VUCA telah berlaku. Explosion of knowledge and data itu tidak terkira sebab itu berlakunya voka. Jadi bagaimana kita manage perkara ni, seperti yang kita sebutkan tadi, saya bagi contoh yang praktikal bagi mengurus dunia pendidikan ini ya. Seperti yang saya sebut tadi, pendidikan ini very slow berubah. Bukan kita tidak tahu tetapi kita nak mengurus manusia itu memang sangat perlahan. Sebab itu bukan mudah kita untuk integrate teknologi untuk dunia pendidikan ini. Sebab penerimaan teknologi orang berbeza-beza. Saya bagi contoh paling mudah ya. Bagaimana perubahan dalam pendidikan very slow, kita dulu sudah melaksanakan pentaksiran sekolah itu wayback to 2010-2011, pentaksiran berasaskan sekolah itu atau lebih spesifik, pentaksiran bilik darjah telah kita pernah operasi 2010-2011. Sampai sekarang PPD itu, tak berjaya sedangkan baik. Nothing to do with technology, PPD tidak ada kaitan dengan teknologi tetapi oleh kerana perubahan pemikiran manusia itu, guru guru kita, pentadbir kita dan semua, mengambil sepuluh tahun sampai sekarang PPD tidak berjalan dengan baik. So apa lagi dengan teknologi. Its not easy, itu sebab saya katakan, this is berdasarkan kebijaksanaan kita, cara kita melihat sebagai manusia. Sebagai contoh, kalau kita baca buku Justin Thycap, saya baca buku tu amat menarik kerana ia berkata, teknologi dalam pendidikan itu bukanlah sesuatu yang baru, tapi oleh kerana kita menganggap kesemua persiapan teknologi ini, we would assume that, semua infrastructure ni, daripada aspect of the teacher, dia akan berubah immediately. Dia kata there is not something wrong. Thomas Alva Edison ni kita tahu ye, 1913 dia kata, telah membuat satu prediction. Sebab Thomas Alva Edison ni telah menemui motion picture. Wayang la, wayang gambar dia panggil motion picture. Maksudnya gambar bergerak. Dia kata motion picture akan mengubah cara kita didik pendidikan. 58
Sebab dia ramal, buku akan digantikan dengan motion picture. Buku sudah tidak ada. Itu prediction dia. 80 tahun kemudian, buku masih ada lagi. Mereka ramal they abolish the use of books and papers. So this is how the people think ya. Yang berubah itu komputer tetapi manusia berfikir lama dan memakan masa walaupun zaman kita moden menggunakan e book dan sebagainya. Orang masih lagi pakai buku. So this is how people are very slow to change. Manusia adapt digital books ni pun masih slow. Tidak semudah itu, so kita tidak boleh expect dalam pendidikan, walaupun dalam VUCA kita akui tetapi mesti back to the basic, maknanya, teknologi itu kata Justin Wright, bila di adopt, sebab kita nak tengok dia punya perubahannya dia kata dalam pendidikan itu kita back to basic. Dia kata dalam pendidikan itu kita lurus.Oleh sebab itu, kita mesti kenali apa tujuan pendidikan itu sebenarnya. Kita nak mengurus pembelajaran. Apabila kita integrate technology, technology dia masuk istilah domestication. Maknanya, komputer yang kita pakai, dan semua teknologi yang kita pakai sama waktu dengannya bermakna mengukuhkan the methods of teaching. Dr. Habibah cakap tadi technology berubah as student centred. It doesn't happen. Masih lagi teacher centred. Technology itu mengukuhkan teacher centred. Semua technology, tv projector radio semua mengukuhkan teacher centred. This is the domestication of technology dia kata. Sepatutnya technologi itu asalnya ialah untuk kita mengubah teaching connection kita dengan student. Still human being situ dia kata. Sebab itu cara kita adopt technology dia kata terlalu technology centred. Saya ambil contoh ketika saya ambil seminar national kebangsaan , Malaysia apabila istilah digitalization itu sebenarnya tidak bermula apabila pandemik berlaku. Digitalization sudah berlaku pada 1979. Tetapi kita tidak pakai istilah digitalization, sebab masa itu kita pakai istilah computerization, samalah tu. Sebab itu peringkat awal, perspective yang kita gunakan ialah perspective technology, iaitu integrate technology pada tahun 80an itu. Saya ingat lagi kita terlibat banyak , kita mulakan dengan makmal komputer pada masa itu merupakan aktiviti paling popular hanya kelab komputer dan yang terlibat sahaja. Pendekatan kita pun perspective technology sebab itu istilah yang popular zaman itu adalah ICT, Information Communication Technology. Sebab itu kita tekankan ialah mouse , keyboard, monitor, cpu dan software. Jadi bila masuk smart school kita tingkatkan kita punya computerization dengan menjadikan 10000 sekolah itu menjadi smart school. Kita bagi komputer kita bagi software. Still pendekatan kita adalah technology based. Jadi dengan ni harapan kami harap bila kami sediakan semua ini, cikgu akan perform lagi baik but it doesn't happen. Ada komputer tidak dipakai dan sebagainya. Makmal komputer tidak digunakan sepenuhnya. Itu zaman smart school. Apabila kita pakai istilah digitalization, one bestarinet ini start dengan communication internet. Still bagi kita technology perspective. Jadi istilah yang kita pakai semasa one bestarinet adalah Virtual Learning. Still pendekatan kita adalah technology based sebab itu quite difficult for teachers to change. 59
That's why i said, benda yang tidak berkaitan dengan teknologi mengambil masa sampai sekarang, PPD tidak berkaitan dengan teknologi sampai sekarang tidak berlaku dengan baik. So what do you think about kaedah-kaedah pengajaran dengan student centred and digital. Cikgu mengajar sekarang masih menggunakan pengajaran dalam bilik darjah, tak berubah cara berfikir. Quality thinking tidak berubah. So jadi saya melihat dalam dunia VUCA ini. Cara kita adopt technology sekarang kena berubah. We must return to basic as pendidikan. Asas pendidikan itu as enabler sahaja. Tapi VUCA baru ini apa, sebab itu istilah baru ini saya suka, Digital Learning. You must start with learning baru teknologi. Sebab yang kita nak ubah itu adalah learning methods, experience of learning towards the students must change. Kita mesti ubah student centred dia kata. Responsibilities to students. Kesimpulan dalam perbincangan pertama ini, human governing dalam VUCA ini adalah levels of cabaran kena identify. Satu lagi perubahan environment yang pantas berubah, yang unpredictable. Itu juga challenge yang kita kena kuasai juga. Cabaran peringkat kedua ialah human itu sendiri manusia yang kita urus itu. Juga unpredictable. Humans are very dynamic. Environment dan manusia adalah dynamic yang perlu kita atasi. Sebab itu masalah besar kita sebagai pemimpin ialah perspective thinking dalam pengurusan itu. Thinking problem itu kita kena settle. Sebab itu kita kena sedar bahawa traditional management thinking kena ubah. Bukan melihat manusia sebagai kaku dan mesin. Kita tidak boleh berfikir begitu. Manusia mempunyai dinamik yang berlainan, potensi yang berbagai. Yang kita perlu kekuatan kepada setiap orang itu merupakan new thinking. Sebagai kita melakukan mengambil kira consultation, mengambil kira collaboration sebagainya itu perlu berubah, Selagi cara pemikiran tidak berubah. Segala teknologi dan environment di luar sana tidak dapat mengubah kita. Padahal kita tahu perubahan dalam pendidikan itu mengambil masa yang lama. Kita kena akui supaya dalam masa yang sama kita perlu mengubah cara berfikir untuk mengurus. Inilah kesimpulan dalam perbincangan pertama ini. Terima kasih. 60
15 WEBINAR KEPIMPINAN: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA VUCAMELALUI PENDEKATAN HUMAN GOVERNANCE SIRI 2 BERSAMA DATO’ DR. MEHANDER SINGH A/L NAHAR SINGH Tarikh : 14 September 2022 Tempat: Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 61
Soalan: Kenapa perlu diberikan perhatian khusus spektrum empati dalam melaksanakan human governance di sesebuah organisasi pendidikan? Terima kasih dan tahniah kepada IAB Cawangan Sabah kerana mengadakan webinar kepimpinan menerajui Perubahan Dalam Dunia VUCA melalui pendekatan Human Governance siri 2. Syabas kepada semua pasukan yang merancang webinar ini. Sememangnya dalam dua setengah tahun yang lepas, bukan saja negara, tetapi dunia keseluruhannya telah melalui satu fenomena yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Fenomena ini berbeza daripada perang dunia sebelum sebelumnya, kerana di dalam peperangan kita mengetahui siapa pihak lawan. Di dunia VUCA semasa berlaku pandemik, kita tidak tahu siapa pihak lawan kita. Tahun pertama semasa berlakunya pandemik, setiap negara menghadapi pelbagai cabaran, termasuk negara kita malaysia. Kini melalui restu Yang Maha Esa, kita mungkin sudah di penghujung dan masuk ke fasa endemic. Sistem pendidikan juga biasa menempuh dengan rutin krisis. Krisis yang biasa tapi kita tidak pernah menghadapi emergence crisis. Contohnya, setiap tahun negara kita pasti berlakunya banjir. Setiap prosedur sudah termaktub bagaimana kita akan menghadapinya. Ini menyebabkan perubahan akan dilaksanakan dalam sistem Pendidikan. Kita akan mengubah pusat peperiksaan dan sebagainya. Ini adalah krisis yang rutin. Krisis yang berbeza kita tempoh semasa berlakunya pandemic. Ia dikenali dengan emergence crisis. Krisis yang muncul ini tidak pernah kita alami sebelum ini. Maka ia mewujudkan satu fenomena VUCA (volatile, uncertain, complex, ambiguous) kerana terdapat banyak cabaran yang tidak dapat dijawab oleh sesiapa dengan jawapan yang begitu jelas. Bagaimana kita menghadapi perkara ini? Mengapakah dalam human governance, spektrum empati ini penting? Berbalik semula kepada yang disebut tadi, dalam VUCA tu kita dalam krisis yang emergence kerana banyak perkara yang kita terpaksa belajar semasa krisis itu berlaku. Kita juga banyak menggunakan kaedah trial and error untuk cuba berjaya. Dunia ini pernah melalui revolusi industri. Kita pernah melalui revolusi maklumat tapi kini dalam revolusi emosi. Apabila kita melalui revolusi emosi maka kita perlulah melihat dan merujuk kepada spektrum empathi. Ia meletak bentuk cara pemikiran dan cara kita melaksanakna human governance dalam organisasi. Ia berlangsung kepada semua organisasi. Tidak kira dari organisasi kecil, besar hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kita pernah mendengar tentang pertolongan cemas dalam revolusi emosi ini, Kini kita juga perlukan first emotional first aid. Emotional first aid diperlukan supaya kita boleh menyokong emosi dan 62
memberi bantuan kepada diri dan staff kita dan staf yang lain. Spektrum empathi, bermula daripada 4 peringkat dan melibatkan 4 peringkat dalam keadaan VUCA dan apa yang dihadapi dalam sesebuah organisasi daripada peringkat mikro ke makro. Bermula daripada peringkat yang paling asas, iaitu mengasihani seseorang dapat dilihat semasa pandemik. Senario murid yang tidak mempunyai gajet menjadikan guru berempati dan memahami masalah yang dihadapi oleh muridnya. Guru memberikan sokongan yang sewajarnya. Pada masa yang sama, pemimpin sekolah terpaksa memahami bahwa ada di antara guru yang tidak mahir dengan pdp secara maya. Pemimpin perlu dalam erti kata yang lain, berempati memberikan sokongan kepada guru. Ini bukanlah masa kita menuding jari tetapi masa kita memberi sokongan dengan segala sokongan yang ada. Kebanyakan sekolah telah berjaya melaluinya dan ramai guru yang telah belajar tentang pengendalian pdp secara remote. Di sebalik kepayahan yang dilalui di era pandemic mempunyai kebaikannya. Faedah yang diperoleh adalah ramai guru telah menyahut cabaran-cabaran baru ini. Daripada peringkat mengasihani, peringkat seterusnya ialah simpati. Kalau yang kasihani, pity “im sorry for you” . Di peringkat simpati “i feel for you”. Seterusnya di peringkat empati, “i feel with you” . Peringkat yang paling atas ialah compassion “i am moved by you” . Ia berlaku apabila guru mengeluarkan duit sendiri dan melaksanakan segala usaha untuk melanjutkan pdp. Cikgu telah mencetak nota dan menghantar kepada murid, dan sebagainya. Kutipan cerita dari bawah tentang apa yang dilakukan oleh cikgu, para pegawai dalam sistem pendidikan, PPD, JPN dan dalam Kementerian membuktikan nilai empati telah berlangsung. Jasa mereka amat disanjung tinggi. Spektrum empati adalah asas kepada pemikiran dan pemikiran itu pula diolah kepada Tindakan iaitu activity from talks to action. Bermula dari sini pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk membantu murid dan sistem pendidikan. Sememangnya kita tidak boleh mengatakan that was the past. Ini adalah satu krisis yang emergence yang wujud sebegitu dan bukan merupakan satu perkara yang sentiasa berlaku seperti rutin crisis. Saya jangka psychological safety yang perlu ada telah banyak digunakan. Ramai dalam kalangan kita tidak begitu peka terhadap cikgu yang masuk ke depression dan murid depresi dan sebagainya. Kini murid dan guru telah mula masuk ke sekolah dalam beberapa bulan yang terakhir ini . Kelihatan mereka telah dapat menyambung course learning loss and learning gap, kerana kita telah merapatkan the learning deficit dan itu sedang berlaku. Oleh itu, saya telah kaitkan the spectrum of empathy dalam dunia VUCA dan bagaimana kita sebagai sistem pendidikan telah menhadapi perkara ini . Saya akan kongsikan tentang the way forward pada penghujung webinar kita ini. Soalan: 63
Bagaimana spektrum empati mampu mendorong pemegang taruh / stake holders kita memberi sokongan kepada pemimpin organisasi pendidikan dalam menerajui perubahana era VUCA sebagaimana Dato’ jelaskan sebelum ini? Jawapan Saya memberi kesinambungan sedikit kepada yang di sebut Dr. Amin Senin. Sebentar tadi Datuk telah menyebut tentang makro. Saya pula bermula dengan mikro. Ia berkaitan dengan sistemik approach dan gunakan metafora. The factory metaphore. Dalam factory metaphore, kita melihat, seorang melalui tugasnya contohnya seperti melabel botol. Di peringkat pendidikan, kita tidak boleh melihat hanya satu satu pihak samada di peringkat kementerian, peringkat JPN, peringkat PPD ataupun sekolah. Setiap satu agensi itu mempunyai pecahan tersendiri. Semua pecahan dalam pendidikan, tidak boleh stand alone. Itu merupakan pendorong kepada bagaimana kita mengurus pendidikan dalam dunia VUCA. Sekiranya kita berpecah, menyimpang ke arah yang berbeza, kita tidak dapat memberi kesinambungan kepada segala usaha yang dijalankan oleh kementerian seperti dalam era pandemic yang lalu. Kita akan menghadapi perkara sebegini dalam pelbagai cabaran yang lain. Sememangnya ada kemungkinan ada mereka yang akan takut untuk memastikan perjalanan atau perlaksanaan empathi atau spectrum empathy dalam pengurusan. Mengapa? Merasa takut melaksanakan empati kerana kemungkinan akan berlaku salah guna. Kajian lepas menunjukkan, bilangan peratusan yang akan mengambil advantage daripada empathy atau spectrum of empathy, hanya 5% sahaja. Tetapi 95% telah mendapat faedah daripada pengurusan yang menggunakan asas dimana kita mula sebagai the human being dalam organisasi. Datuk Dr. Amin akan setuju dengan saya bila 200 orang dalam organisasi agensi kita, ada 200 jenis dna mereka dalam mengurus mereka. Tapi yang baiknya, sebagai pemimpin untuk menjawab soalan bagaimana kita menggunakan spektrum ini? Dia bukannya one size fits all. Setiap individu dalam organisasi mempunyai perbezaan tersendiri. Selain itu mereka mempunyai kompetensi sendiri, pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya keluarga yang berbeza dan budaya keturunan keluarga yang berbeza. Ada budaya latihan yang berbeza. Ada budaya pendidikan yang berbeza. Bukan mudah seseorang pemimpin menjadi pemimpin, Terdapat pelbagai karenah orang yang bawahan yang mengata bermacam-macam perkara. Apabila mereka diletakkan dalam jawatan pemimpin baru mereka sedar. Cabaran utama dalam sesebuah organisasi adalah memimpin manusia. Ia bukan sahaja mengurus tapi juga memimpin walaupun kita tiada dalam organisasi tapi organisasi terus berjalan dengan efektif dan efisyen. Empati itu digunakan secara membina. Dan pemimpin harus memahami setiap individu. Pemimpin pasti melalui kesusahan dan kesukaran semasa memimpin. Pemimpin perlu mengambil masa untuk memahami dan kita menggunakan pemahaman kita untuk memimpin 64
organisasi tersebut. Setiap individu dalam organisasi mempunyai kebolehan tersendiri. Ia merupakan cabaran kepada pemimpin atasan, pertengahan, bawah untuk mengenali dan satu konsep yang saya pernah kongsikan ialah make time. Ketika kita memberikan sesuatu tugasan, diingatkan bahwa setiap individu ada kadar pelaksanaan tugas yang berbeza. Kekadang bukan mereka tidak laksanakan tugas dengan cepat. Kita memerlukan kompetensi dan mereka memerlukan masa, pemahaman, kemahiran dan memerlukan seperti Dr. Amin sebut sebentar tadi, The Big Picture bermula dari atas sampai organisasi di bawah. Sekiranya, di sekolah pengetua memerlukan the big picture, ini bukan sahaja untuk pihak yang bertugas di kementerian. Mereka juga perlu melihat The Big Picture dalam peringkat sekolah semasa bertugas di peringkat sekolah. Para ahli yang menghadiri webinar hari ini, Kita boleh melihat paparan framework yang saya kemukakan hari ini. Tiga pihak pertama yang merupakan penggerak utama kepada outcome Pendidikan. Ia adalah pemegang taruh, kepimpinan di sekolah dan kepimpinan sistem. Kepimpinan stake holder mempunyai kepentingan. Pemegang taruh yang mempunyai kesan perjalanan, fungsi atau operasi masa depan sekolah. Ia berbeza daripada tahun 70an, 80an dan keadaan semasa. Harini pihak pemegang taruh cuba membantu sekolah, maka pihak sekolah atau pihak PPD, atau pihak JPN perlu mengambil peluang dan ruang yang ada dengan secara membina. Di situlah saya mahu kaitkan dengan the big picture yang disebutkan oleh Dr. Amin tadi supaya bila kita dapat pemegang taruh yang memberikan sokongan kepada pemimpin pelbagai peringkat, PPD, JPN ataupun Kementerian. Amat bermanfaat sekiranya pemegang taruh dan pihak-pihak dari yang lapisan berbeza ini boleh bekerjasama. Inilah adalah persamaan atau formula for success in education. Kita tidak boleh samakan cara pengoperasian pendidikan pada tahun 70an dan 80an dengan masa sekarang. Dalam framework ini, kita melihat kebersamaan pemegang taruh ialah pihak korporat, pihak komuniti, perkhidmatan pengusahawaan dalam sekolah, kontrak buku dan kontrak keselamatan. Kebersamaan ini kelihatan semasa pandemik dalam pengendalian aspek keselamatan di sekolah. Ia adalah success of education is not the success of parts, but the success of all of us. Datuk menyebut banyak sub system Pendidikan. Sekiranya sub system ini bekerjasama dengan menggunakan asas, spectrum of empathy, dengan mengambil kira kualiti, peraturan dan undang-undang, tidak menepikan prosedur. Kita mengambil ikhtibar daripada semua yang sudah termaktub to drive the system. Bila kita sebut human governance, bererti kita hanya mengutamakan aspek individual itu, tetapi kita mahu menjadikan kewujudan individu dalam sistem secara membina. 65
Pemegang taruh umpamanya seperti PIBG, Masyarakat Civil Society, perunding dan konsultan. Semua ada peranan, tetapi kita harus teliti sebagai agen kerajaan supaya tidak berlaku apa jua yang tidak sehaluan dengan falsafah yang menyokong pendidikan. Datuk sudah sebut tentang falsafah. Falsafah menjadi tunjang kepada segala pelibatan dari semua pihak. Di antara falsafah dengan pemegang taruh kita juga telah mengamalkan the whole human governance ini. Sekiranya ini berlaku saya rasa kita sudah pasti, tidak perlu cemas kerana ada pakar pendidikan, pakar pengurusan yang disebut “When the rate of change is higher than the outside than the inside, The End is near”. Apa maksud tersiratnya? Maka kita sentiasa perlu tahu apa yang berlaku di persekitaran kita. Saya pernah ditanya, saya akan akhirkan dengan cerita kecil ini untuk menjawab soalan yang kedua. Dalam satu temuduga saya dahulu di dalam kementerian persoalan pertama diajukan. “Tell us what is wrong with our education system?” Saya kata, I personally think theres nothing gravely wrong in our education system tetapi kita harus tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, di negara jiran kita, di benua asia dan di dunia supaya kita tidak ketinggalan jika berlaku perubahan. Dr. Amin mula dengan perubahan, Change. So we must be aware of the changes around us dan kita harus lihat adakah perubahan itu melibatkan inovasi yang baru. If its for the better, maka itu merupakan satu inovasi, kadangkala kita juga perlu lakukan changes for change shake. Saya akhiri dengan ungkapan yang pertama kali didengar daripada Datuk Amin. Beliau banyak membaca. Apabila pemimpin banyak membaca kita sebagai anak buah pun selalu dapat hikmahnya. Saya akhiri dengan ungkapan “Think Maslow before Bloom”. Apabila saya google phrase tersebut, ungkapan ini dinyatakan, dengan contoh persoalan di bawah: Soalan pertama, tanya diri cikgu atau pemimpin sekolah. Saya menggunakan agensi yang kecil di sekolah. Cikgu tanyakan murid-murid sudahkah mereka bersarapan pagi. Hierarchy Maslow menyatakan ini adalah keperluan physiologi, ‘MAKAN’. Kita pula menghebohkan Bloom bila Maslow pun belum main peranan beliau. So how do you do that? Kalau kita kata human governance dan understanding human being, bermula daripada micro sekecil itu, start itu. Think Maslow before Bloom. Ini sahaja tuan moderator, terima kasih. Rumusan Terima kasih tuan moderator. Soalan yang mencabar kerana daripada peringkat makro hendak dikaitkan semua aspek dalam pengurusan pendidikan. Walaupun kita amalkan amalan human governance, kita masih menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia VUCA, yang pertama iaitu kualiti. Bagaimana kita menerokai kualiti dalam sesebuah organisasi menjadi satu kemahiran pihak kepimpinan dan ahli dalam organisasi? 66
Jika dilihat dari pihak kepimpinan ia dikenali sebagai quality is personal. Kualiti yang bermula daripada peringkat sekolah ialah kualiti guru, kualiti pemimpin pertengahan dan pihak pengurusan sekolah. Selain itu pekerja-pekerja lain dalam organisasi termasuk kebersihan sekolah dari setiap sudut. Sekiranya kita pergi ke cafeteria dan kita lihat sampah merata-rata, cuba fikirkan you have the best result of holistic quality you talk about ada sesuatu gap yang terlepas pandang. It is so important that kita pastikan yang pertama kualiti. Saya setuju dengan pernyataan Datuk Amin bahwa, tugasan yang diberi itu kita harus sebaik boleh, sebaik mungkin mesti melibatkan semua. Jikalau melaksanakan tugas besar, buat secara bersama kecuali tugas yang kecil yang kita berikan kepada individu. Mesti ada sifat keterbukaan dalam melaksanakan tugas. Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, kita kena tanya dan tidak boleh abaikan legal and procedure obligation di mana dan apa jua peringkat organisasi, pegawai, PPD, JPN, Kementerian. Di dalam semua prosedur ini, sebagai pihak pengurusan dan pemimpin, kita boleh menggunakan budi bicara. Bagaimana kita menggunakan budi bicara untuk kita menyahut pendekatan human governance ini dalam aspek empati ini? Contohnya, kita ada pegawai yang kadang kala di antara mereka mempunyai anak yang berkeperluan khas. Keperluan mereka yang kita bantu ialah menyediakan, tempat parkir kereta. Meskipun tiada ruang parkir kepada pegawai di bawah gred 48 ini di sediakan kita berusaha memberikan dan menyediakannya. kita perlu lihat, dia hendak mengajar dan mengambil anak daripada sekolah pendidikan khas. kadang kala dia mahu bawa balik ke rumah dan sebagainya. Kita dalam ruang prosedur dan peraturan yang ada, kita boleh gunakan itu untuk menyahut cabaran human governance dan spektrum of empathy. Dalam satu ceramah saya terdengar tentang tabung masa. Sememangnya kadang kala kita mahu keluar untuk tiga ke empat jam dan sebagainya. Kita laksanakan tabung masa kerana ada masa pegawai nak balik pada pukul 5 dan terus kerja pada pukul 7 untuk menghabiskan tugas, dua jam daripada waktu biasa. Dua jam itu masuk kepada tabung masanya. Akhirnya dia sendiri sedar,bahwa walaupun dia mengambil empat jam off , dia bagi balik kerana tabung masa itu lebihan masa kerana kita professional ada overtime dan sebagainya. Dia masuk dalam tabung masa tu. Itu adalah satu sifat tentang keikhlasan kita. Bukan sahaja mengambil daripada sistem tetapi memberi balik kepada sistem kita dari segi kesan, segi kualiti tugas yang kita buat. Bagi semua perkara ini, saya rasa bahawa staff yang ada dalam organisasi dan juga pihak kepimpinan. Ini bukan saja untuk staff. Jikalau pemimpin mengharapkan spektrum empati yang kadang kala daripada PPD, PPD pula mengharapkan spektrum empati kepada pihak JPN dan JPN pula mengharapkan kepada Kementerian. Ini kerana setiap organisasi ada cabarannya tersendiri, walaupun spektrum empati ini diaplikasikan kepada individu. 67
Ada masanya kita lihat cabaran yang dihadapi oleh organisasi itu sendiri. Way forward adalah mengamalkan perkara-perkara yang saya jangka adalah perkara yang biasa. Kenapa human governance dan spektrum empathy ini penting untuk Pendidikan? Pihak guru merupakan the work force yang terbesar dalam sector awam. The greatest number. Apa jua yang kita cerminkan, kita boleh mempamerkan supaya menjadi iktibar kepada pihak yang lain. Bukan saja kepada servis pendidikan, tetapi perkhidmatan lain yang melihat kepada pendidik. Kita menjadi teladan kepada semua governing career yang lain. Bila datang hari guru kita lihat bagaimana cara kata hikmah, profession that links to all other professions. Kita lihat sajak, Osman Awang, Seorang Hakim pada hari ini pun pernah diajar oleh seorang guru. We are a very special force. 400,000 lebih pendidik mahupun di PPD, JPN dan Kementerian. Kita merupakan satu professional yang besar biasa diteladani, maka kita sentiasa terpaksa menunjukkan exemplary conduct. Tatasusila menjadi lambang kita iaitu lambang pendidik. Spektrum empati dalam dunia VUCA, kita mengamalkan tatasusila sebagai tunjang kita ketika menjalankan tugas. Jika kita menangani semua cabaran, saya suka ingatkan jangan lupakan emotional first aid. First aid bukan sahaja ketika cedera, kaki berdarah baru kita letak first aid, kita lupa akan emotional first aid. Kadang kala cikgu, Datuk sebut tentang perkataan ‘Engagement’ mungkin sebanyak 15 kali dalam sesi ini. Engagement, relationships, Tidur dalam pejabat seorang its not about engagement. Kita perlu sentiasa lihat engagement and relationship. Kalau kita mahu mengamalkan pintu terbuka. Pastikan pintu tersebut terbuka. Kita boleh memulakan tindakan baru. This is bold leader actions. Menyelesaikan masalah, solve problems instead assigning blame. Bekerjasama sebagai pasukan. Itu perkara yang diutara banyak kali ini. Work together. Jika kita tidak mempunyai sesuatu keterampilan itu, minta bantuan sebab itu di bawah CDL . Kita mulakan Cikgu bantu Cikgu. Thats the biggest trend at the moment. If you talk about human governance, itu asas. Mocular yang paling kecil, peringkat mulanya. Bagaimana mahu membina dengan izin silaturrahim di antara staff, kerana semua ini berarah kepada kualiti. Jangan lupa kita manusia, sebab itu kita bawa spektrum of empati. Kita harus menerima kesilapan. Kesilapan membawa pengalaman. Pengalaman itu terbina daripada kesilapan yang kita lakukan. Tapi akhirnya, semua proses yang saya sebutkan tadi, kita akan bina kemahiran yang tinggi dan all process. Kalau kita boleh percepatkan, lebih hebat process of learning sekolah, PPD , JPN atau Kementerian. Kita menjadi a learning organization. Theres no end to learning. Kalau kita boleh amalkan semua, saya rasa pendidikan di negara kita dengan pendekatan human governance walau dalam keadaan VUCA pun kita boleh hadapi cabaran. Kalau prinsip-prinsip asas ini kita amalkan. Itu sahaja Tuan Moderator. Sekian, terima kasih 68
16 WEBINAR : BICARA PROFESIONAL BERSAMA YBRS. PN KHAZIYATI BINTI OSMAN PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tarikh : 6 Oktober 2022 Tempat: Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 69
TEMA: SEKOLAH DAN KOMUNITI BERPISAH TIADA : PERKONGSIAN BUDAYA PERMUAFAKATAN PENGENALAN Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam memperkasakan sekolah (KPM, 2013). Dokumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) iaitu Standard 2: Pengurusan Organisasi, aspek 2.7 menekankan Permuafakatan Strategik diwujudkan untuk menyokong pembelajaran murid ke arah kecemerlangan (KPM, 2017). Sejajar dengan mandat KPM tersebut, maka bagi merealisasikan prestasi sekolah dan membantu kecemerlangan murid, ibu bapa mewakili komuniti memainkan peranan penting ke arah kemenjadian murid. Hal ini berkait rapat dengan hubungan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti yang dikaitkan dengan konsep permuafakatan SEKOLAH Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sekolah adalah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah merupakan sebuah institusi atau organisasi formal yang bukan sekadar untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, menyemai budaya bangsa dan memupuk bakat, tetapi juga untuk membentuk satu rupa bangsa yang boleh dan bersedia menerima dan menghadapi perubahan dan pembaharuan (Daryanto, 1997; Abdul Hakim, 2020). Menurut Higgins et al. (2005), persekitaran halaman sekolah (school ground) merupakan salah satu elemen persekitaran sekolah yang penting di samping persekitaran binaan (built environment) dan persekitaran fizikal bilik darjah (indoor) yang boleh dimanfaatkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid. Sekolah berkualiti termasuk aktiviti pendidikan yang berjalan dengan berkesan untuk mencapai matlamat. Sekolah tidak dapat dipisahkan daripada konteks masyarakat. Sekolah di dalam satu- satu masyarakat mestilah memperlihatkan sifat keseluruhan kebudayaan masyarakat tersebut. Setiap masyarakat perlu memiliki keunikan kebudayaan tersendiri dan kanak-kanak hidup berdasarkan kehendak masyarakat dan menyesuaikan diri di dalam masyarakat tersebut. Bahkan, sekolah merupakan satu daripada bahagian yang penting dalam masyarakat, khususnya masyarakat moden hari ini yang mempunyai matlamat, anggota dan peraturan yang tertentu disamping mempunyai tanggungjawab penting dalam membangunkan individu dan masyarakat secara menyeluruh (Ena, 2020). Sejajar dengan peningkatan akademik murid, tanggungjawab mendidik anak dilihat bukan lagi menjadi tanggungjawab guru sepenuhnya, tetapi turut membabitkan ibu bapa dan 70
komuniti setempat termasuk syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta organisasi bukan kerajaan (NGO) (Irma Yant, Norlizah & Fathiyah, 2018). KOMUNITI Komuniti merujuk kepada keluarga, kejiranan, sektor kerajaan, institusi pendidikan, syarikat perniagaan, institusi kebudayaan dan rekreasi, organisasi agama, organisasi kesihatan, organisasi sukan, organisasi media, organisasi sukarela, organisasi komuniti setempat dan individu dalam komuniti yang berminat dalam pelaksanaan sistem pendidikan (Epstein, 2016; Hogue, 2012; Mohammed Sani dan JamalulLail, 2012; Sanders, 2002; 2015). Penglibatan ibu bapa dan komuniti pula adalah merujuk pelbagai tingkah laku ibu bapa dan komuniti yang secara langsung dan tidak langsung dalam mempengaruhi perkembangan kognitif, emosi, fizikal dan pencapaian anak-anak di sekolah (Bakker & Denessen, 2007). Tingkah laku ibu bapa merangkumi kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat PIBG, menjadi ahli aktif dalam PIBG, menjadi sukarelawan di sekolah, membantu dalam bilik darjah, membantu kerja rumah anak, berbincang tentang aktiviti sekolah dengan anak, memantau perkembangan anak di sekolah, merangsang dan memotivasi anak. Dalam konteks komuniti iaitu ibu bapa dan masyarakat, berperanan penting untuk memikul tanggungjawab meningkatkan kecemerlangan organisasi. Olson, (2018) menjelaskan komuniti mempunyai pelbagai sumber aset yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan pencapaian sekolah. Misalnya, aspek tenaga, idea kreatif dan bernas, inovatif dan daya kreativiti yang dapat membantu proses membuat keputusan di sekolah. Komuniti memainkan peranan utama dalam menyokong perkembangan kanak-kanak di pelbagai tempat termasuk sekolah. Bahkan, perubahan persekitaran pendidikan masa kini menuntut penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak swasta (Buletin Anjakan, 2015). Sebagai satu institusi komuniti, maka peluasan penglibatan komuniti ke dalam ekosistem sekolah merupakan salah satu inisiatif transformasi persekitaran sekolah (Christina et al., 2019). Komuniti sebagai sukarelawan sangat diperlukan untuk membantu sekolah dalam pengurusan. PEMUAFAKATAN SEKOLAH DAN KOMUNITI Permuafakatan merupakan satu proses kerjasama pada tahap tertinggi dengan melibatkan kesungguhan, pengetahuan dan kemahiran yang digambarkan melalui gaya komunikasi dan mampu menarik minat penglibatan komuniti, secara rela mengamalkan kerjasama, saling menghormati dan kesepakatan dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama (Gulson, 2013). 71
Konsep permuafakatan merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan sekurang- kurangnya dua pihak untuk mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama (Friend & Cook, 2007). Jalinan pemuafakatan di antara institusi sekolah dan komuniti menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik murid, sebagai rakan strategik atau pembimbing kepada sekolah. Permuafakatan antara sekolah dan komuniti banyak memberi manfaat kepada pembelajaran murid (Epstein & Sanders, 2006). Contohnya, program pemuafakatan komuniti dan sekolah telah berjaya mewujudkan satu ikatan silaturahim yang erat di antara pihak sekolah dengan komuniti. Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, cabaran pemuafakatan antara sekolah dan komuniti ialah; a. Pihak sekolah masih kurang melibatkan komuniti sebagai rakan kongsi yang boleh membantu proses pembelajaran murid (Epstein & Sanders, 2006). b. Sekolah beranggapan bahawa pendidikan merupakan tanggungjawab sekolah dan bukan komuniti (Mohammed Sani et al., 2015). c. Sekolah memberikan kurang panduan kepada komuniti setempat mengenai mekanisme untuk mereka menyumbang kepada sekolah (Sheldon, 2003). d. Pihak komuniti menyerahkan sepenuhnya tanggung jawab pendidikan kepada sekolah (Mohammed Sani et al., 2014). e. Pendidikan komuniti luar bandar lebih tertumpu kepada kekurangan kemudahan asas (Mitra et al., 2008). f. Kurangnya penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah khususnya di peringkat sekolah menengah dalam skop persekitaran budaya dan masyarakat Malaysia (Suresh Kumar, 2013). Model Sfera Pertindihan Pengaruh Epstein (Epstein’s Overlapping Spheres of Influence) Model Sfera Pertindihan Pengaruh Epstein, (2002) menerangkan perkaitan antara keluarga, sekolah dan komuniti dalam mencapai visi dan matlamat yang sama dalam proses perkembangan, pendidikan dan pembangunan anak-anak. Teori ini menekankan pentingnya sekolah, keluarga dan komuniti bekerja bersama-sama untuk mencapai keperluan anak-anak dan mengintegrasi perspektif pendidikan, sosiologi dan psikologi dalam organisasi sosial, sebagaimana kesan suasana keluarga, sekolah dan komuniti terhadap hasil pendidikan. Konsep school-like family dan family-like school yang digunakan untuk menerangkan pentingnya peranan ibu bapa dan sekolah.Konsep school-like family menggalakkan ibu bapa memberi sokongan dan membentuk kemahiran akademik kepada anak seperti menekankan kepentingan pelajaran, persekolahan, kerja rumah dan aktiviti-aktiviti lain pembelajaran serta menjadikan semua aktiviti tersebut sebagai aktiviti keluarga. Konsep family-like school pula bermaksud pihak sekolah mengambil sikap dan peranan sebagai sebuah keluarga yang penyayang dengan menyediakan suasana persekitaran yang membuatkan anak-anak rasa diterima, disayangi dan diperlukan dalam sesebuah keluarga. 72
Rajah: Permuafakatan Sekolah dengan keluarga dan komuniti Berdasarkan kepada Teori Kesan Pertindihan Sfera (Overlaping Spheres of Infuence), Epstein, (2002) memperkenalkan tipologi enam jenis aktiviti pemuafakatan yang boleh dilaksanakan antara sekolah dan komuniti. IMPAK PERMUAFAKATAN 1. Membantu pihak sekolah dalam usaha ke arah kejayaan murid dan mencapai matlamat pendidikan 2. Menangani masalah disiplin murid 3. Menambah baik kemudahan pendidikan 4. Meningkatkan pembangunan profesionalisme guru 5. Pembelajaran yang lebih berkualiti oleh kanak kanak 73
KESIMPULAN Faktor yang menyokong kepada kejayaan budaya pemuafakatan sekolah dan komuniti adalah kepimpinan pemimpin sekolah yang efektif dan efisien. Kebijaksanaan pemimpin sekolah mendorong penglibatan komuniti untuk mempermudahkan setiap aktiviti dan program dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Penglibatan komuniti sebagai rakan kongsi yang signifikan memberi impak positif kepada pembangunan dan kecemerlangan organisasi berterusan. Dalam masa yang sama, pemimpin sekolah berperanan penting mewujudkan jaringan dan jalinan bersama dengan komuniti khususnya dalam proses transformasi persekitaran sekolah ke arah mencapai sekolah berkualiti dan kemenjadian murid dengan mengambilkira pelbagai faktor yang mungkin menjadi pemangkin kepada kerjasama antara sekolah dan komuniti. 74
17 WEBINAR SEKOLAH DAN KOMUNITI BERPISAH TIADA: PERKONGSIAN BUDAYA PERMUAFAKATAN BERSAMA YBHG. PROF. MADYA DR. ABDUL SAID PENSYARAH KANAN (FPP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Tarikh : 6 Oktober 2022 Tempat: Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 75
Soalan : Apakah amalan-amalan terbaik dalam konteks hubungan permuafakatan antara institusi sekolah dengan PIBG dan komuniti? Terima kasih kepada saudara moderator atas peluang yang diberikan. Selamat petang pada semua rakan yang terlibat, rakan teknikal sahabat saya saudara Tuan Matnoor bin Haji Sima yang telah lama berkecimpung dalam pendidikan. Saya pun secara tidak langsung memang bersetuju dengan apa yang diketengahkan oleh En. Matnoor bin Haji Sima tadi tentang peranan PIBG dalam menjayakan permuafakatan antara sekolah dan komuniti. Sebelum kita membicarakan amalan-amalan terbaik, saya lebih suka menjelaskan dengan lebih ringkas apa yang dimaksudkan dengan permuafakatan. Ini sebenarnya adalah key word kejayaan seperti yang dikatakan saudara Matnoor iaitu muafakat. Betapa besarnya impak muafakat ini yang perlu diwujudkan antara dua entiti antara sekolah dan komuniti. Permuafakatan ini amat penting. Permuafakatan ini adalah persetujuan yang wujud antara dua entiti yang boleh dikaitkan dengan perundingan. Ia merupakan persetujuan bersama. Apabila wujud persetujuan dan perundingan perbicaraan atau permuasyaratan antara dua entiti sudah tentu menghasilkan kerja sama yang baik yang boleh diwujudkan Banyak kajian empirikal yang telah dilaksanakan sebelum ini menunjukkan bukti dengan permuafakatan antara dua pihak iaitu sekolah dan komuniti akan menjadikan hasil yang bermanfaat, yang baik dan hebat. Ia sudah tentu menghasilkan output yang hebat serta boleh dibanggakan. Sebagai contoh kita boleh nampak sekolah luar bandar seperti di SK Ulu Lubai di Limbang merupakan contoh atau model yang mendapat pengiktirafan sekolah berprestasi tinggi. Ia bermula dari sekolah luar bandar yang tidak mempunyai sebarang kemudahan, sangat daif, lemah dan sebagainya telah menunjukkan kepada dunia bahawa mereka juga mempunyai prestasi yang baik. Ia disokong oleh permuafakatan yang kuat antara polis, sekolah dan komuniti. Biarpun sekolah ini berada di ulu yang hanya dapat dihubungkan dengan sungai yang jauh disebabkan ikatan komuniti yang kuat antara pihak sekolah dan komuniti ia menjadi sekolah yang terbaik di Malaysia.Ini adalah antara impak yang kita nampak. Antara amalan-amalan yang baik melalui tinjauan dokumen didapati antara rahsia kejayaan sekolah ini banyak dihasilkan daripada dua permuafakatan antara sekolah dan komuniti. Amalan terbaik mereka ialah proses perbincangan dua hala antara mereka, apabila sampai waktu peperiksaan UPSR pada ketika itu semua masyarakat sekeliling di Ulu Lubai akan bekerjasama. Mereka berkampung di sekolah itu, pelajar tidak akan buat apa-apa hanya fokus kepada pembelajaran. Begitu juga guru-guru akan duduk sekali berkampung. Makan dan minum murid disediakan dan guru-guru akan memastikan murid mengulangkaji pelajaran. 76
Hasil daripada perhubungan itu ia memberikan hasil kejayaan yang cemerlang. Banyak lagi contoh kerjasama sekolah dan komuniti iaitu berkaitan membuat keputusan. Apa-apa cadangan yang dibuat oleh sekolah dan komuniti membantu proses membuat keputusan mendapat sokongan ibu bapa. Ia selari dengan kesepakatan membuat kerja bersama. Hubungan ini merupakan penyumbang kepada kejayaan sekolah. Selain itu, sifat sukarela dalam kalangan masyarakat dengan sanggup meluangkan masa menyumbang pelbagai aspek. Ada yang sanggup memberikan dana untuk membantu membangunkan sekolah. Sokongan yang kuat antara sekolah dan komuniti akan membantu melahirkan komuniti yang sihat. Ia membantu mewujudkan suasana yang baik untuk pelajar membuat ulangkaji, fokus kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru di sekolah. Selain itu, percambahan idea apabila pihak pentadbir menggunakan kebijaksanaan memberi peluang kepada komuniti yang pelbagai latar belakang dan pengalaman. Pengalaman itu dapat dikongsikan kepada pihak sekolah khususnya pihak pentadbiran membuat strategi untuk membantu aspek pencapaian pelajar dalam akademik, kokurikulum dan aspek-aspek lain. Perkongsian idea dapat dimantapkan antara dua belah pihak. Kerjasama kedua pihak memberikan peluang tanggungjawab , sama-sama memikul tanggungjawab ini memberi impak yang baik kepada pihak sekolah khususnya juga kepada komuniti. Jalinan yang baik ini secara tidak langsung akan menarik perhatian dunia bagaimana permuafakatan wujud di sekolah. Ini antara yang dapat saya kongsikan. Terima kasih pihak moderator. Soalan: Bagaimana kita dapat menghadapi cabaran-cabaran yang telah dan akan dihadapi dalam proses membina dan membudaya serta melestarikan hubungan permuafakatan antara institusi sekolah dan PIBG atau komuniti? Mohon berikan saranan penambahbaikan. Terima kasih saudara moderator. Saya nyatakan semula apa yang dinyatakan saudara saya Tuan Matnoor tentang peranan PIBG. Kita cuba rungkaikan semula apakah cabaran yang dihadapi. Kita berbalik kepada asas yang bermula dari awal. Hasil permuafakatan menghasilkan idea yang baik. Tetapi secara naturalnya kita tidak boleh mengharapkan hasil permuafakatan yang baru dibina membuahkan hasil dalam masa yang singkat. Ia melibatkan human yang perlu sedikit masa untuk memberi hasil. Isu besar sekarang ialah cabaran komuniti membantu dari segi fizikal dan menyediakan dana untuk prasana yang sesuai untuk pelajar. Hasil yang segera tidak dapat dilaksanakan. Kita perlu memberi ruang dan sedikit masa untuk kedua-dua pihak agar dapat mencapai titik pertemuan yang cantik untuk memberi hasil yang hebat. Pastikan budaya untuk memupuk kerja sama di antara kedua pihak sentiasa wujud antara komuniti dan sekolah. 77
Aspek seterusnya ialah pihak pentadbir kena bijak untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang bersifat membina yang memerlukan kehadiran kedua belah pihak. Kita tidak terikat kepada aktiviti sekolah sahaja. Hasil inisiatif sekolah mengadakan program-program secara tidak langsung mewujudkan jalinan dan jaringan yang baik. Sekolah tidak terikat dengan taqwim sedia ada. Pemimpin hendaklah berfikir secara kreatif agar jaringan dan jalinan ini sentiasa mantap. Sekiranya pihak sekolah dan komuniti kurang pertemuan dan terikat dengan jadual sedia ada di sekolah maka permuafakatan akan kurang terjalin. Jalinan dan jaringan yang baik wujud jika aktiviti sentiasa diadakan. Inisiatif ini mungkin boleh dimulakan oleh komuniti dan sekolah dilibatkan dalam aktiviti tersebut. Begitulah sebaliknya aktiviti sekolah melibatkan pelibatan komuniti. Pihak komuniti tidak boleh menyerahkan kepada pihak sekolah sahaja untuk mengatur aktiviti yang melibatkan kedua-dua entiti. Cabaran yang tidak kita sedari secara tidak langsung ialah berlaku setengah-setengah pihak sahaja bermuafakat. Muafakat itu melibatkan semua ahli, semua guru, pelajar dan komuniti pelbagai lapisan yang berada di luar sekolah. Siapa sahaja komuniti yang ada di persekitaran sekolah itu boleh dilibatkan dan penglibatan itu adalah menyeluruh dari semua aspek. Permuafakatan wujud samada dari aspek keselamatan, infrastruktur dan logistik yang melibatkan semua ahli. Apabila wujud penglibatan semua pihak sudah pasti hasilnya pun akan lebih hebat. Kita manfaatkan kehebatakan semua ahli untuk meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum dan kemenjadian murid. Sesiapa pun masyarakat dalam komuniti boleh menyumbang. Kekadang berlaku hanya satu pihak sahaja yang berlebihan kerana tidak berlaku pelibatan yang menyeluruh. Ini menjadi cabaran kepada kita. Pengalaman pihak pentadbir di beberapa buah sekolah memberi nilai pengalaman yang berlainan. Persekitaran yang berbeza kerana negeri kita di Sabah mempunyai lebih 32 etnik di Sabah yang memerlukan penyesuaian budaya dan bahasa. Kita perlu menghormati, tahu, baca, menghormati dan cakna dengan persekitaran. Saya yakin ini akan membantu kejayaan hubungan bersama komuniti. Hasil permuafakatan akan menghasilkan kejayaan yang lebih baik. Kekurangan pengalaman, keyakinan dan kepimpinan juga boleh jadi satu faktor penghalang kepada sekolah untuk menonjol dalam segala aspek dan menghalang sekolah menjadi sekolah yang gah. Hal-hal lain ialah aspek persekitaran dan iklim positif yang dibina antara penyumbang kejayaan sebuah sekolah. Kebijaksanaan pihak sekolah amat penting untuk mewujudkan flatform budaya dalam kalangan ahli sendiri. Bagaimana guru-guru dapat dibentuk dengan kepimpinan yang baik? Kepimpinan amat penting. Di sekolah arkiteknya ialah pengetua yang betul mengambil berat tentang hubungan dengan komuniti. Beberapa kajian saya, kajian Siti Alia dan rakan-rakan dan Siti Hajar di Selangor menunjukkan bukti bahawa dengan adanya 78
kerjasama dengan pihak pentadbir, guru-guru akan memupuk nilai kerjasama yang bukan sekelompok sahaja tetapi semua pihak. Kejayaan sekolah dan pelajar tidak bergantung kepada seorang guru dan pentadbir sahaja. Hasilnya adalah dari jaringan dan jalinan muafakat semua guru dan sumbangan semua pihak komuniti yang datang dari yang pelbagai latar belakang yang dapat membantu sekolah. Ini adalah cabaran yang besar iaitu iklim, perubahan sistem, kurikulum dan bagaimana kita menyesuai dan mengekalkan prestasi yang baru dengan gelombang-gelombang baru. Suka atau tidak suka kita hendaklah menyediakan ahli kita dan komuniti supaya sekolah sentiasa berhadapan dengan cabaran yang sentiasa berubah. Ketika negara kita berhadapan dengan pandemik baru-baru ini, berlaku perubahan yang ketara.Situasi guru-guru tanpa perancangan dan murid-murid pula tidak bersedia menghadapi pengajaran dan pembelajaran online. Guru-guru ketika itu tidak ada latihan khusus untuk mengadakan google meet dan berbagai flatform. Budaya itu menyebabkan kita mesti sentiasa bersedia menghadapi cabaran menyediakan keperluan pendidikan semasa. Budaya kesepakatan bukannya mudah. Ia memerlukan sedikit masa dan adjustment dan penyesuaian diri di sekolah. Murid-murid berhadapan dengan masalah tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Mereka terpaksa menggunakan handphone ibu bapa untuk meneruskan pembelajaran. Ibu bapa pula ada keperluan tersendiri untuk menggunakan. Keluarga yang besar terpaksa berkongsi satu handphone bersama 2 hingga tiga orang anak mereka untuk keperluan belajar. Ini mengguggat keberkesanan pembelajaran itu. Ini merupakan halangan permuafakatan kita yang tidak baik. Ini saja yang dapat dikongsikan pada hari ini kerana ruang lingkup yang singkat dengan kekurangan saya sendiri. Terdapat banyak lagi aspek-aspek yang menyumbang kepada cabaran permuafakatan antara komuniti dengan sekolah. Sampai di sini dahulu perkongsian kita. Warga sekolah perlu mewujudkan permuafakatan yang baik antara sekolah dan komuniti di luar sana. 79
80
Search