FAKULTI PENDIDIKAN• FACULTY OF EDUCATION Tarikh: 11 November 2020 En. Muhammad Zaki bin Yahaya Jabatan Pengajian Am Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail Hab Pendidikan Tinggi Pagoh KM 1 Jalan Panchor 84600 Pagoh, Johor Tn., ULASAN BUKU BERTAJUK ‘RIGHT? RIGHT! WRONG? WRONG!’ Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Tahniah saya ucapkan di atas terhasilnya buku bertajuk ‘Right? Right! Wrong? Wrong!’. Secara umumnya, penulisan buku ini ternyata menunjukkan pengalaman penulis sebagai seorang pendidik yang perihatin terhadap pentingnya komunikasi yang tepat di antara pelajar dan pendidik yang akhirnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Berikut adalah ulasan yang dapat saya huraikan tentang buku bertajuk ‘Right? Right! Wrong? Wrong!’: a. Kesesuaian Isi Kandungan - Kandungan buku ini sangat tepat dan bersesuaian dengan keperluan para pendidik masa kini yang menekankan keberkesanan komunikasi sama ada di dalam bilik darjah, mahupun diluar bilik darjah. - Apa yang menarik di dalam kandungan buku ini adalah bukan sahaja ‘phrases bank’ yang dibekalkan, tetapi juga cara penyampaian yang bersahaja, berstruktur dan tidak kompleks. - Kandungan buku ini juga menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan b. Kesesuaian Reka Bentuk - Buku ini mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia seperti teks dan grafik untuk menyampaikan isi kandungan menjadikannya sebuah bahan bacaan yang santai dan menarik. CERTIFIED TO MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 02549 FAKULTI PENDIDIKAN Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Telefon: +603-8921 6235/6461/6238 Faksimili: +603-8925 4372 E-mel: [email protected] Laman Web: http://www.ukm.my/fpend Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
3. Secara keseluruhannya, penghasilan buku bertajuk ‘Right? Right! Wrong? Wrong!’ adalah sangat baik dan boleh dijadikan bahan rujukan oleh banyak pihak, bukan sahaja pendidik-pendidk di sekolah, malah pendidik di segenap lapisan, mahupun jurulatih-jurulatih yang berhadapan dengan kumpulan pelajar atau peserta. Buku ini sangat membantu dari segi pengurusan bilik darjah secara berstruktur yang mana pada pendapat saya , harus dijadikan bahan rujukan oleh pusat pendidikan guru. Saya juga telah mengesyorkan pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan, UKM untuk mendapatkan buku ini dan menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Tn. dan semoga Tn. terus menghasilkan karya-karya seperti ini pada masa akan datang kerana ‘There is no ending to this book and your teaching exploration...’ (Muhammad Zaki & Suryani, 2020) . Sekian, terima kasih. Yang benar, Dr. Harwati Hashim Ketua Program Prasiswazah (TESL)/Pensyarah Kanan Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. CERTIFIED TO MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 02549 FAKULTI PENDIDIKAN Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Telefon: +603-8921 6235/6461/6238 Faksimili: +603-8925 4372 E-mel: [email protected] Laman Web: http://www.ukm.my/fpend Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
Search
Read the Text Version
- 1 - 2
Pages: