LAPORAN TAHUNAN Bil. 1, Tahun 2021 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK DARULAMAN Penerbit Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Cetakan Pertama 2021 Hakcipta © Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kementerian Pendidikan Malaysia Semua hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dari buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperbaiki, atau disiarkan dalam mana-mana bentuk atau dengan mana-mana alat, elektronik, mekanikal, fotokopi, perakam atau cara lain sebelum mendapat keizinan daripada penerbit. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam Penerbitan Laporan Tahunan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25): Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman, Bil.1, Tahun 2021 /editor Dr. Mashira Yahaya ISSN: 2811-4434 Diterbitkan oleh: Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah No. Telefon: 04-9148310 Faksimili: 04-9175492 Dicetak Oleh: Muna Management Services & Enterprise Jalan Sultanah Bahiyah 05350 Alor Setar, Kedah. No. Telefon: 012-4529714
KATA ALU-ALUAN PENGARAH IPG KAMPUS DARULAMAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. atas limpahan rahmat-Nya yang membolehkan kita berjaya menghasilkan buku Laporan Tahunan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25): Master Trainer dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) Pensyarah IPG Kampus Darulaman, Bil. 1, Tahun 2021. Buku laporan ini merupakan dokumentasi gerak kerja aktiviti tahunan Program TS25 hasil inisiatif jawatankuasa Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 pensyarah IPG Kampus Darulaman. Segala aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran dan kepakaran para pensyarah dalam memberikan sumbangan sokongan dan bimbingan profesional kepada guru-guru sekolah TS25. Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14/2017 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula Program Sekolah Transformasi (PST) kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti serta melahirkan modal insan unggul. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di peringkat IPGK yang seiring dengan aspirasi PPPM 2013-2025 dijadikan bahan cetakan dalam bentuk laporan tahunan boleh menjadi sumber rujukan buat semua warga IPG. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penerbitan buku laporan ini atas usaha gigih menyiapkan dan merealisasikannya. Sekian, terima kasih. “IPGKDA: Dinamik dan Kompetitif” KOL. KEHORMAT (PA) HJ. HASHIM BIN ASMAN Pengarah IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman i
DARI MEJA PENYELARAS TS25 IPG KAMPUS DARULAMAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. buku Laporan Tahunan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25): Master Trainer dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) Pensyarah IPG Kampus Darulaman buat kali pertama dapat diterbitkan. Buku laporan tahunan ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Master Trainer dan Rakan ELIT di peringkat IPGK Darulaman bagi tahun 2021 termasuklah latihan yang dijalankan terhadap Rakan ELIT Baharu yang dilantik Semua aktiviti ini menepati Kluster 2, Transformasi Institut Pendidikan Guru (2016-2025) yang bermatlamat meningkatkan kompetensi, potensi, bakat dan kualiti pensyarah. Sehubungan dengan itu, aktiviti yang dijalankan bertujuan membangunkan kapasiti Master Trainer (MT) dan Rakan ELIT (RE) pensyarah IPGK aspek kompetensi dalam memberi sokongan dan bimbingan profesional kepada pemimpin dan guru-guru sekolah TS25. Sumbangan kepakaran MT dan RE pensyarah IPGK kepada sekolah TS25 diharapkan akan memberi impak yang sangat besar ke arah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan yang diberikan oleh semua pihak terutamanya pasukan TS25 IPGK kerana segala aktiviti dapat disesuaikan mengikut keadaan semasa dan berjalan lancar walaupun dalam situasi pandemik Covid-19. Sekalung tahniah buat semua MT dan RE IPGK Darulaman atas kejayaan ini. Semoga usaha kita diberkati-Nya, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Sekian, terima kasih. “Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 IPGKDA: Serangkai Muafakat Membawa Berkat” DR. MASHIRA BINTI YAHAYA Penyelaras TS25 IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman ii
KANDUNGAN Isi Kandungan Muka Surat Kata Alu-Aluan Pengarah Dari Meja Penyelaras TS25 i Kandungan ii iii BAB 1 PENGENALAN 1 5 BAB 2 JAWATANKUASA MASTER TRAINER DAN RAKAN 9 ELIT TS25 IPGK DARULAMAN TAHUN 2021 12 BAB 3 SENARAI NAMA SEKOLAH DALAM NEGERI KEDAH 12 DI BAWAH SOKONGAN DAN BIMBINGAN RAKAN ELIT IPGK DARULAMAN 14 16 BAB 4 AKTIVITI-AKTIVITI TS25 MASTER TRAINER DAN 17 RAKAN ELIT IPGK DARULAMAN 1 Mesyuarat Jawatankuasa Rakan ELIT (RE) Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 1 – Kohort 5 Kali 1 2021 2 Kiosk TS25 IPGK Darulaman 3 Slot TS25: Objektif Pembelajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK) 4 Kursus PLC untuk Pelajar Semester 6 5 Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership 18 And Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Bagi Modul 6-8 Kohort 5 Dan Refreshing Kohort 2-4 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 (Bersemuka) 6 Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership 19 And Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Kohort 6 Bagi Modul 1-5 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 (Bersemuka) TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman iii
7 Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Master 20 Trainer dan Rakan ELIT (Bersemuka) 21 22 8 Penulisan Buku Case-based Learning (CBL) TS25 Rakan ELIT IPGKDA 26 9 Sokongan dan Bimbingan Instruksional RE IPGKDA ke 27 Sekolah Kohort 5.0 negeri Kedah (Bersemuka dan dalam Talian) 28 29 10 Aktiviti Profesional Learning Community (PLC) dan 30 Coaching dan Mentoring kepada Guru-Guru Sekolah 31 Bimbingan (Bersemuka) 32 33 11 Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership And Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Bagi Modul 6-8 Kohort 6 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 (Bersemuka) 12 Kursus Jurulatih Mikrobit (Bersemuka) 13 Repository TS25: Platform Google Classroom 14 PLC Pembangunan Kapasiti Rakan ELIT Kohort 5.0: Persediaan Sokongan Bimbingan ke Sekolah TS25 BAB 5 PENUTUP Sekalung Penghargaan Glosari TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman iv
MOTTO TS25 IPGKDA “MASTER TRAINER dan RAKAN ELIT TS25 IPGKDA: Serangkai Muafakat Membawa Berkat” TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman v
LAPORAN TAHUNAN 2021 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang memfokuskan aspek kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi serta modal insan unggul selaras dengan keperluan semasa pendidikan di Malaysia. Melalui TS25, guru-guru hendaklah mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14/2017 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Program ini bermula pada bulan Jun 2015 dengan Kohort I sebanyak 99 buah sekolah. Lantikan Master Trainer TS25 oleh IPGM pada tahun 2016 setakat ini hanya u kepada pensyarah-pensyarah IPGK yang terawal mengikut latihan program ini. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk Kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk Kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah. Pada tahun 2019 pula sebanyak 500 buah sekolah terlibat dalam program ini. Bilangan sekolah terlibat semakin meningkat menjadi 2880 buah sekolah dengan pertambahan sebanyak 1780 buah sekolah yang melibatkan Kohort 1 hingga Kohort 5. Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah memasuki tahun keenam pada tahun 2021 dengan pertambahan sebanyak 2045 buah sekolah menjadikan jumlah keseluruhannya 4925 buah sekolah setakat ini (Pusat Pembangunan Latihan Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2021). Sehingga tahun 2021, jumlah sekolah yang terlibat bagi negeri Kedah adalah sebanyak 364 buah. Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Master Trainer (MT) merupakan lantikan pertama yang juga merupakan Kohort 1.0 pada tahun 2016 dalam Program TS25, manakala lantikan Rakan ELIT baharu IPG pula bermula pada tahun 2017 iaitu Kohort 2.0. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 1
LAPORAN TAHUNAN 2021 Mulai tahun 2020 pelaksanaan Program TS25 diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan sokongan dan bimbingan oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuklah IPG. Sokongan dan bimbingan diberikan oleh MT dan RE kepada sekolah TS25 mencakupi 8 Modul Teras. 2 modul lagi ialah Modul Elektif. Justeru, adalah menjadi tanggung jawab para RE pensyarah IPG Kampus Darulaman dalam menyokong dan membimbing sekolah-sekolah di bawah program ini sekitar negeri Kedah. Di samping itu, JK IPGK Darulaman juga mempunyai fungsi dan tanggung jawab memberi pendedahan tentang TS25 kepada pelajar-pelajar IPGK sebagai persediaan mereka ke alam profesion perguruan. 1.2 Modul TS25 TS25 mengandungi lapan Modul Teras dan dua Modul Elektif; Modul Teras: Modul 1: Bimbingan dan Pementoran (Coaching and Mentoring) Modul 2: Menerajui Kepimpinan Modul 3: Menerajui Pembelajaran Modul 4: Persekitaran Pembelajaran Profesional Modul 5: Penilaian dan Refleksi Modul 6: Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR) Modul 7: Digital Tools and Resources (DTR) Modul 8: Redesigning Students’ Learning Experience: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Modul Elektif; Modul 9: Improve With TS25 (Modul Pedagogi Bahasa Inggeris) Modul 10: Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Semua modul tersebut ada menyentuh elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pedagogi Abad Ke-21 (PAK21), Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 3 part lesson, Kefahaman melalui Reka bentuk (KmR), New Pedagogies for Deep Learning (NPDL), Pedagogi Terbeza, Pendekatan Modular, IMPROVE English with TS25 dan Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM). Rakan ELIT IPG berperanan sebagai pembimbing modul pedagogi dan memberi sokongan profesional semasa pelaksanaan latihan modul oleh SISC+ kepada Senior Leader Team (SLT) TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 2
LAPORAN TAHUNAN 2021 dan Middle Leader Team (MLT) serta sebagai fasilitator dalam latihan penyebaran TS25 di peringkat IPGK. Banyak cabaran terpaksa dilalui oleh para MT dan Rakan ELIT TS25 IPGKDA dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan terutama ketika situasi pandemik Covid’19. Namun demikian, segala cabaran dapat dilalui dan pelaksanaan disesuaikan dengan pelbagai cara. KONSEP PROGRAM TS25 “Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan” “Guru yang kompeten “Kepimpinan yang dan beraspirasi tinggi” berkualiti/ berwawasan ” “Komitmen komuniti yang padu ” MATLAMAT TS25: “Penggerak Pembelajaran Bermakna” TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 3
LAPORAN TAHUNAN 2021 TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 4
LAPORAN TAHUNAN 2021 BAB 2 JAWATANKUASA MASTER TRAINER DAN RAKAN ELIT TS25 IPGK DARULAMAN TAHUN 2021 2.1 Pengenalan Jawatankuasa Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 IPGK Darulaman bertanggungjawab dalam melaksanakan segala tanggung jawab yang diamanahkan berkaitan TS25. TS25 peringkat IPGK Darulaman tahun 2021 berada di bawah Jawatankuasa Transformasi Pendidikan IPGK dan Unit Pembangunan Latihan IPGK. 2.2 Carta Organisasi PENASIHAT KETUA SEKTOR TIMBALAN PENGARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK KETUA JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK (JKA) KU PENGEMBANGAN DAN PROFESIONALISME AKADEMIK (JKA) KU PEMBANGUNAN LATIHAN (UPL) PN. NOORASYIKIN BINTI ISMAIL EN. SHERIDEAN BIN ZAKARIA PENYELARAS TS25 DR. MASHIRA BINTI YAHAYA PEN. PENYELARAS TS25 PN. JUMIAH BINTI MUSTAPA BENDAHARI SETIAUSAHA PN. HJH. HARLINA BINTI ISHAK DR. HJH. ROHANI BINTI SEMAN PEN. BENDAHARI PEN. SETIAUSAHA DR. HJH. HASHIROH BINTI HUSSAIN CIK ASNIZA BINTI ZAKARIA TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman SEMAN 5
LAPORAN TAHUNAN 2021 KETUA RAKAN ELIT PENGURUS PERKONGSIAN AMALAN BAIK HJ. BUKHARI BIN SHAFIE DR. SYED KHALID BIN SYED IDRUS PEN. KETUA RAKAN ELIT PEN. PENGURUS DR. MUHAMMAD NIDZAM BIN YAACOB DR. MOHD. ZAILANI BIN ISMAIL RAKAN ELIT TS25 2.3 Senarai Master Trainer Dan Rakan ELIT tahun 2021 SUPER MASTER TRAINER TS25 (SMT): 1. Pn. Jumiah Mustapa RAKAN ELIT TS25 dan CERTIFIED COACH MASTER TRAINER pentauliahan daripada IAB: 1. Dr. Syed Khalid Syed Idrus 2. Dr. Mashira Yahaya 3. Dr. Hjh. Hashiroh Hussain 4. En. Ahamad Jama’ Amin Yang 5. Dr. Mohd. Zailani Ismail 6. En. Mohd Yusri Mohamad Noor BIL RAKAN ELIT TS25 JAWATAN TAHUN KOHORT LANTIKAN 1.0 1 Pn. Jumiah Mustapa SMT 2.0 2 Dr. Muhammad Nidzam Yaakob RE 2016 3 Hj. Bukhari Shafie RE 3.0 4 Dr. Hjh. Noor Zila Md. Yusuf RE 2017 5 Pn. Suhartina Md Yusop RE 6 Pn. Hjh. Harlina Ishak RE 2018 7 Ustaz Azhari Hamzah RE RE/ 8 Dr. Hjh. Hashiroh Hussain MT CC IAB RE 9 Pn. Fadilah Othman RE 10 Tn. Hj. Muhammad Tarmizi Kasim RE 11 Pn. Sumaiyah Abd. Rahman * RE/ MT CC IAB 12 Dr. Mashira Yahaya RE/ MT CC IAB 13 Dr. Syed Khalid Syed Idrus TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 6
LAPORAN TAHUNAN 2021 14 Pn. Robiah Hj. Shuib RE 2019 4.0 15 En. Mohd Yusri Mohamad Noor RE/ 16 Pn. Nor Sazila Zakaria MT CC IAB 17 En. Ahamad Jama`Amin Yang RE 18 Pn. Haslina Japri RE/ 19 Dr. Hj. Mohd Zailani Ismail MT CC IAB 20 Ustazah Shabibah Shaufit Affandi RE RE/ MT CC IAB RE TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 7
LAPORAN TAHUNAN 2021 Sambungan: BIL RAKAN ELIT TS25 JAWATAN TAHUN KOHORT LANTIKAN 21 Pn. Hjh. Suhailah Binti Shariff 22 Pn. Hjh. Rohana Binti Osman 23 Dr. Mahaya Binti Salleh 24 Pn. Wan Nornajmiwati Binti Wan RE 2020 5.0 Ab Rahman 25 En. Mohamad Roslan Bin Aroff 26 Dr. Hjh. Rohani Binti Seman 27 Cik Asniza Binti Zakaria 28 En. Kamarulnizam Bin Yusoff 29 En. Kumaran A/L Ramayah 30 Saifudin Azam Shah Bin Ahmad 31 Che Mas Binti Saud 32 Ooi Siew Tin 33 Azman Bin Aris 34 Khor Cheng Hoon 35 Dr. Rusmawati Binti Othman ** 36 Nurhidayah Binti Hashim 37 Yang Baizura Binti Abdullah 38 Azhari Bin Mat Salleh Latihan RE 2021 6.0 Baharu 39 Hasim Bin Sa'ari 40 Mohd. Azman Bin Basirun 41 Dr. Wan Fadzli Bin Wan Haron 42 Mohamad Azizi Bin Md Mukhtar 43 Dr. Farihah Binti Hussain 44 Mohamad Hafedz Bin Salleh 45 Farihah Binti Mohd Noor @ Jamil 46 Mohd Hafni Bin Abd. Halim 47 Dr. Fatahiyah Binti Elias 48 Noorazura Binti Mohd Makhtar ** 49 Shamsul Rizal Bin Khalil 50 Noorasikin Binti Ismail 51 Abdul Satar Bin Hamzah TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 8
LAPORAN TAHUNAN 2021 Nota: * Baru tamat belajar dan kembali bertugas di IPGK Darulaman ** Tangguh latihan tahun ini atas sebab-sebab tertentu SMT = Super Master Trainer MT CC IAB = Tauliah Master Trainer Certified Coach daripada Institut Aminudin Baki RE = Rakan ELIT Rakan ELIT TS25 IPGK juga mempunyai banyak kenangan manis dengan SMT dan MT IPGK yang telah bersara dan berpindah ke IPGK lain atas jasa-jasa yang telah mereka lakukan terhadap IPGK dan IPGM terutama dalam memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara yang bersara ialah Dr. Boon Jong Fook (MT), Dr. Hjh. Noraini Abdullah Sani (SMT), Pn. Hjh. Rusyati Hanafiah (MT) dan Pn. Hjh. Norlidar Ab. Hamid (MT), manakala Dr. Azman Fadzil (MT) berpindah ke IPGK Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 9
LAPORAN TAHUNAN 2021 BAB 3 SENARAI NAMA SEKOLAH DALAM NEGERI KEDAH DI BAWAH SOKONGAN DAN BIMBINGAN RAKAN ELIT IPGK DARULAMAN 3.1 Senarai Nama Sekolah dalam Negeri Kedah di Bawah Sokongan dan Bimbingan Rakan ELIT IPGK Darulaman Berikut merupakan senarai nama sekolah Kohort 5.0 dalam negeri Kedah di bawah sokongan dan bimbingan Rakan ELIT IPGK Darulaman Kohort 2.0 hingga 4.0 iaitu; BIL NAMA SEKOLAH KATEGORI DAERAH 1 SMK TUNKU SERI INDERA PUTERA SEKOLAH Kubang Pasu 2 SMK PERMATANG BONGLAI MENENGAH 3 SMK PAYA KEMUNTING SEKOLAH 4 SMK SERI MAHAWANGSA RENDAH 5 SK KEPALA BATAS 6 SK PAYA KEMUNTING SEKOLAH 7 SK BINJAL MENENGAH 8 SK TUNJANG Kota Setar 9 SK SERI BANAI 10 SMK KEPALA BATAS SEKOLAH 11 SMK ALOR MERAH RENDAH 12 SMK SERI AMPANG 13 SMK BUKIT PAYONG 14 SMK LANGGAR 15 SMK TENGKU LAKSAMANA 16 SMK SERI PANTAI 17 SMK DATO' WAN MUHAMMAD SAMAN 18 SK BUKIT PINANG 19 SK PEREMBA 20 SK WAN SULAIMAN SIDIQ 21 SK LANGGAR 22 SK HAJI ISMAIL 23 SK HAJI SALLEH MASRI 24 SK ISKANDAR 25 SK SUKA MENANTI 26 SK WAN ABDUL SAMAD TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 10
LAPORAN TAHUNAN 2021 Sambungan: BIL NAMA SEKOLAH KATEGORI DAERAH 27 SMK SUNGAI TIANG SEKOLAH MENENGAH Pendang 28 SK HAJI ABDUL RAHMAN 29 SMK TANJONG PUTERI SEKOLAH RENDAH Baling 30 SMK KUALA KETIL SEKOLAH MENENGAH Padang Terap 31 SK KUALA KETIL 32 SK BATU PEKAKA SEKOLAH RENDAH 33 SMK KUALA NERANG SEKOLAH MENENGAH 34 SK TOH PUAN SHARIFAH SEKOLAH RENDAH Padang Terap HANIFAH 35 SK SERI JERAI SEKOLAH RENDAH Kuala Muda 36 SK PINANG TUNGGAL Aktiviti sokongan dan bimbingan tahun berjalan dengan agak kurang lancar disebabkan halangan dan kekangan yang di luar kawalan dan tidak dapat dielakkan kerana situasi pandemik Covid’19. Berikut pula merupakan senarai nama sekolah Kohort 6.0 dalam negeri Kedah yang baru mula mendapat sokongan dan bimbingan SMT dan Rakan ELIT IPGK Darulaman 5.0 iaitu; BIL NAMA SEKOLAH KATEGORI SEKOLAH 1 SMK TUNKU SOFIAH MENENGAH 2 SMK HOSBA 3 SMK IBRAHIM SEKOLAH 4 SMK KUBANG ROTAN RENDAH 5 SMK ST THERESSA 6 SK DARULAMAN 7 SK DARULAMAN HEIGHT 8 SK JALAN PEGAWAI 9 SK TAMAN UDA 10 SK CONVENT 11 SK SULTANAH ASMA 12 SK IBRAHIM 13 SK SIK 14 SK TELOI TUA 15 SJKT LADANG LUBUK SEGINTIH 16 SJKT LADANG HENRIETTA 17 SK BERIS JAYA 18 SK PADANG CHICHAK 19 SK JITRA 2 20 SK ST ANNE CONVENT TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 11
LAPORAN TAHUNAN 2021 Senarai nama ini diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) dan semua urusan sokongan dan bimbingan ke sekolah TS25 perlu mendapat kebenaran rasmi daripada IPGM, JPNK dan IPGK. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 12
LAPORAN TAHUNAN 2021 BAB 4 AKTIVITI-AKTIVITI TS25 MASTER TRAINER DAN RAKAN ELIT IPGK DARULAMAN Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Master Trainer dan Rakan ELIT IPGK Darulaman tahun 2021 ialah; 4.1 Mesyuarat Jawatankuasa Rakan ELIT (RE) Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 1 – Kohort 5 Kali 1 2021 Tarikh: 18.02.2021 (Khamis) Masa : 2.30 petang Lokasi: Rumah masing-masing pautan Google Meet (kod: ksy-xano-xgq) Kump sasaran: Semua Rakan ELIT IPGKDA Kohort 1-5 Seramai 27 Rakan ELIT IPGKDA Kohort 1-5 telah hadir termasuk seorang SMT. Tiga Rakan ELIT tidak dapat hadir dengan bersebab. Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Pendidikan IPGK dan Wakil Ketua Unit Pembangunan Latihan (KUPL). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Penyelaras TS25 IPGK. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 13
LAPORAN TAHUNAN 2021 TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 14
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.2 Kiosk TS25 IPGK Darulaman Penggunaan istilah ‘kiosk’ biasanya digunakan dalam urusan jual beli sesuatu barangan atau produk. Dalam hal ini, kiosk TS25 IPGK Darulaman bukanlah gerai atau tempat jual barangan tetapi kiosk TS25 merujuk kepada himpunan bahan-bahan Program Transformasi Sekolah 2013-2025 yang dipamerkan yang merupakan pengantara kepada proses kemenjadian murid iaitu produk modal insan unggul. Ianya merupakan proses jual beli yang tidak ternilai harganya berbanding wang ringgit iaitu modal insan yang dihasilkan oleh guru-guru sekolah TS25. Proses pengemblengan tenaga ini bukan sahaja menjadi tugas pihak sekolah semata-mata, bahkan melibatkan pegawai-pegawai di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian-Bahagian dalam KPM. Justeru, pelajar-pelajar IPGK Darulaman terutamanya yang merupakan guru-guru pelatih boleh mendapatkan bahan- bahan rujukan tentang TS25 di Kiosk TS25 IPGK Darulaman sebagai persediaan diri ke alam pekerjaan nanti. Kiosk ini berada di salah satu sudut di bilik InSiRA, Pusat Sumber IPGK Darulaman iaitu bilik yang mempamerkan pingat, sijil dan inovasi pelajar serta pensyarah IPGK. KIOSK TS25 TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 15
LAPORAN TAHUNAN 2021 KIOSK TS25 TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 16
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.3 Slot TS25: Objektif Pembelajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK) Slot TS25: Objektif Pembelajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK) merupakan tajuk yang berkaitan dengan OP dan KK yang terdapat dalam penulisan sebuah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disampaikan dalam Program Sokongan Akademik pada; Tarikh: 03 Februari 2021 (Rabu) Masa: 3.00 petang Sasaran: Pelajar IPGKDA [Sem 6, PITO, PPC BA] dan Guru-Guru Sekolah Tempat: Secara dalam talian. Pautan: Google Meet; Bilik 1: axd-kbbq-mxj Bilik 2: amn-vgbn-itz Bilik 3: mfw=cetm-fiz Penceramah: Dr. Mashira binti Yahaya Program ini berjalan lancar. Boleh layari di https://youtu.be/54bRYfdnNx0 TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 17
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.4 Kursus Professional Learning Community (PLC) untuk Pelajar Semester 6 Tarikh: 04 Februari 2021 (Khamis) Masa: 3.00 petang Sasaran: Pelajar IPGKDA Semester 6 Tempat: Secara dalam talian. Pautan: Google Meet Penceramah: Pn. Shabibah Shaufit Affandi Infomasi berkaitan PLC yang terdapat dalam TS25 ini sangat penting kepada warga guru termasuklah bakal guru TS25 ini merupakan program yang sedang berlangsung di sekolah-sekolah tertentu di seluruh Malaysia yang mana harapan negara pada tahun 2025 semua sekolah menjadi sekolah TS25. Kursus ini berjalan lancar. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 18
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.5 Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership And Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Bagi Modul 6-8 Kohort 5 Dan Refreshing Kohort 2-4 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 Tarikh: 29.03.2021 – 30.03.2021 Lokasi: Fuller Hotel, Kulim, Kedah. Kump sasaran: Semua RE IPGKDA Kohort 1-5 Bilangan terlibat: 32 RE Hadir Penceramah/Jurulatih: Dr. Mashira Yahaya, Pn Jumiah Mustapa, Dr. Syed Khalid Syed Idrus, Dr Azman Fadzil, Pn. Shabibah binti Shaufit Affandi, En. Mohd Yusri bin Mohamad Noor, Dr. Mohd Zailani bin Ismail dan Dr. Hjh. Hashiroh binti Hussain Peserta: Semua RE IPGKDA Kohort 1-5 IPGKDA Kehadiran peserta sangat memuaskan dan program berjalan dengan lancar. Urus Setia (UPL) TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 19
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.6 Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership And Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Kohort 6 Bagi Modul 1-5 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 Tarikh: 11 dan 12 April 2021 Lokasi: Hotel Star City, Alor Setar, Kedah. Kump sasaran: Semua RE IPGKDA Kohort 6 IPGKDA Bilangan terlibat: 20 RE Hadir. 2 RE tidak dapat hadir bersebab. Penceramah/jurulatih: Dr. Mashira Yahaya, Pn Jumiah Mustapa, Dr. Syed Khalid Syed Idrus, Dr Azman Fadzil, En. Mohd Yusri bin Mohamad Noor, En. Ahamad Jama’ Amin bin Yang, Pn. Suhartina binti Md. Yusop dan Dr. Hjh. Hashiroh binti Hussain Peserta: Semua RE IPGKDA Kohort 6 IPGKDA Kehadiran peserta sangat memuaskan dan program berjalan dengan lancar. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 20
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.7 Majlis penyerahan sijil penghargaan kepada Super Master Trainer, Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 Tarikh: 29 April 2021 (Khamis) Tempat: Bilik Cempaka Masa: 2.30 Petang Penyerahan sijil penghargaan kepada Super Master Trainer, Master Trainer dan Rakan ELIT disampaikan oleh Tn Pengarah IPGK Darulaman dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPGK. Terima kasih atas penghargaan yang telah diberikan oleh pihak pengurusan kepada RE TS25 IPGK. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 21
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.8 Penulisan Buku Case-based Learning (CBL) TS25 Rakan ELIT IPGKDA Koleksi ini merupakan himpunan laporan CBL terpilih yang disumbangkan oleh RE Kohort 2.0 hingga RE Kohort 5.0 IPG Kampus Darulaman dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tugasan projek penyelidikan “Case-Based Learning” (CBL) para Rakan ELIT ketika mereka baharu dilantik tersebut telah dibukukan dan diterbitkan dalam bentuk koleksi terpilih Case-based Learning (CBL) Rakan Educational Leadership and Instructional Team (ELIT) TS25 pensyarah IPG Kampus Darulaman. No. ISBN: 978-967-19802-2-4. Koleksi ini membuktikan bahawa suatu usaha penerbitan buku bertujuan mendokumentasikan produk pemikiran yang menjadi satu strategi penting dalam pengurusan pengetahuan pendidikan selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. CBL merupakan tugasan yang perlu dilakukan oleh Rakan ELIT pensyarah IPG yang baharu dilantik menjalankan penyelidikan di sekolah sebagai suatu proses pendedahan awal dalam memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran sebelum membuat bimbingan di sekolah TS25. Laporan asal penyelidikan terpilih yang dihantar oleh para RE dimasukkan semuanya dalam koleksi ini walaupun jika hendak diambil kira dari aspek penyuntingan dan penerbitan sesebuah buku, banyak yang perlu disunting lagi, namun ianya dikekalkan. Hal ini kerana koleksi ini bukan hanya sekadar ditatap dan di baca oleh pensyarah tetapi fokus utama agar ia menjadi sumber rujukan yang bermakna kepada Rakan ELIT yang baharu dilantik pada masa hadapan dalam menjalankan latihan RE. Tajuk-tajuk yang terdapat dalam koleksi ini ialah, i. Coaching dan Mentoring; ii. Pengurusan PinTaS; iii. Pedagogi Abad ke-21; iv. Pentaksiran; v. Gaya Pembelajaran; vi. PLC, CPD; dan vii. Rancangan Pengajaran Harian (Three-Part Lesson). Bilangan RE yang terlibat seramai 21 RE Kohort 2.0 hingga RE Kohort 5.0 IPGKDA di bawah bimbingan Pn. Jumiah Mustapa, Dr. Mashira Yahaya, Dr. Syed Khalid Syed Idrus, Dr Azman Fadzil, En. Mohd Yusri Mohamad Noor dan Dr. Hjh. Hashiroh Hussain. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 22
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.9 Sokongan dan Bimbingan Instruksional Rakan ELIT IPGKDA ke Sekolah Kohort 5.0 dan Kohort 6.0 Negeri Kedah Tarikh: 05 April 2021 – 11 Mei 2021 (Kohort 5.0 sebelum PKP 3.0); 21 November 2021 – 09 Disember 2021 (Kohort 5.0 dan Kohort 6.0) Lokasi: Sekolah Kohort 5.0 dan Kohort 6.0 negeri Kedah atau lokasi perjumpaan yang ditetapkan. Kump sasaran: Pentadbir (SLT) dan guru-guru (MLT) Sekolah Kohort 5.0 dan Kohort 6.0 negeri Kedah Sokongan profesional dalam bentuk lawatan dan bimbingan para Rakan ELIT IPGK Darulaman melibatkan 18 RE IPGKDA ke sekolah Kohort 5.0, manakala 1 SMT dan 9 RE ke sekolah Kohort 6.0 dalam negeri Kedah. Namun disebabkan PKP di kawasan sekolah yang terlibat, sokongan dan bimbingan (SB) oleh para RE dijalankan di lokasi lain yang ditetapkan masing-masing dan juga melalui dalam talian. Kekangan juga berlaku dengan pihak sekolah yang terlibat dengan Bekerja Dari Rumah (BDR), masalah kesihatan, kuarantin dan sebagainya terutamanya daerah Kota Setar dan Sungai Petani, Kedah. Aktiviti SB ditangguhkan bermula 15 Jun 2021 sehingga 13 September 2021 atas arahan IPGM dan IPGK Darulaman telah mendapat kebenaran daripada pihak JPN Kedah pada 18 November 2021 untuk bergerak memberi SB di sekolah. Rakan ELIT TS25 IPGKDA telah disediakan cop dalam berurusan dengan pihak sekolah. SK Pinang Tunggai SMK Ibrahim SK Langgar TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 23
LAPORAN TAHUNAN 2021 SK Ibrahim Bersama SISC+ di SMK Tg Puteri Bersama SISC+ di SMK Alor Merah SK Sri Jerai SK Convent SK Taman Uda TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 24
LAPORAN TAHUNAN 2021 Perbincangan SLT dan MLT, SK Wan Sulaiman Sidiq untuk Melaksanakan Projek KmR PROJEK KmR: HAIWAN IMAGINASI SK WAN SULAIMAN SIDIQ Kemenjadian Murid, Sekolah Berkualiti (Kolaboratif dalam talian pada musim PKP: Pandemik Covid’19) TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 25
LAPORAN TAHUNAN 2021 Projek KmR: KELASIG - Kelulut – Sayur – Ikan - Guppi SK SRI JERAI TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 26
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.10 Aktiviti Professional Learning Community (PLC) dan, Coaching dan Mentoring Tarikh: 04 April 2021 (Selasa) Tempat: PKG Pokok Sena, Kedah Masa: 8.00 Pagi – 2.00 Petang Tajuk: Projek Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) Bersama SISC+ Kota Setar dan guru-guru MLT SK dan SMK daerah Kota Setar dalam aktiviti PLC serta Coaching dan Mentoring. Guru-guru sekolah Kohort 5 negeri Kedah mendapat kefahaman tentang Modul 6 TS25 dengan lebih baik. MLT SK Peremba (Gambar Depan) MLT SK Wan Sulaiman Sidiq (Gambar Depan) PLC dan Coaching & Mentoring: Penyelaras TS25 IPGKDA, SISC+ Kota Setar dan Guru-Guru Sekolah TS25 Daerah Kota Setar TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 27
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.11 Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership and Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Bagi Modul 6-8 Kohort 6 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 Tarikh: 24.10.2021 – 25.10.2021 Lokasi: Pusat Sumber, IPG Kampus Darulaman. Kump sasaran: Semua RE IPGKDA Kohort 6.0 Bilangan terlibat: 20 RE Hadir Penceramah/jurulatih: Dr. Mashira Yahaya, Pn Jumiah Mustapa, Dr. Syed Khalid Syed Idrus, Pn. Shabibah binti Shaufit Affandi, En. Mohd Yusri bin Mohamad Noor, Dr. Mohd Zailani bin Ismail dan Dr. Hjh. Hashiroh binti Hussain Peserta: Semua RE TS25 Kohort 6.0 IPGKDA Pada peringkat awal, cadangan program ini adalah secara dalam talian. Namun demikian, perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilonggarkan ketika ini. Justeru, program ini dapat dijalankan secara bersemuka dengan mematuhi Standard Operating Procudure (SOP). Kehadiran peserta adalah sangat memuaskan dan program berjalan dengan lancar. Adalah diharapkan program ini menghasilkan para RE pensyarah yang mempunyai kepakaran dan komited serta mampu untuk menyumbang kepada proses pengembangan, pengaplikasian ilmu dan transformasi dalam bidang pendidikan. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 28
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.12 Kursus Jurulatih Mikrobit Tarikh: 28 Oktober 2021 (Khamis) Tempat: Bilik Berlian, Pusat Sumber IPGKDA Kehadiran: Semua Rakan ELIT IPGKDA. Semua RE dapat hadir kecuali pensyarah yang terlibat dengan aktiviti utama lain pada tarikh yang sama. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 29
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.13 GOOGLE CLASSROOM Repository Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 IPGK DARULAMAN GOOGLE CLASSROOM Repository Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 IPGK Darulaman dibangunkan oleh Penyelaras TS25 dan diselenggarakan oleh Dr. Hashiroh serta dibantu oleh AJK RE IPGK. Repository ini merupakan platform yang menyimpan segala bahan maklumat berkaitan TS25 yang boleh menjadi rujukan para RE IPGK. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 30
LAPORAN TAHUNAN 2021 4.14 PLC Pembangunan Kapasiti Rakan ELIT Kohort 5.0: Persediaan Sokongan Bimbingan ke Sekolah TS25 Tarikh: 25 November 2021 (Khamis) Masa: 11.00 pagi – 1.00 petang Tempat: Bilik 1 Berlian Pusat Sumber IPGK Darulaman Penceramah: Pn. Jumiah Mustapa (SMT) Program ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi potensi, bakat dan kualiti Rakan ELIT pensyarah sebagai persediaan sokongan dan bimbingan di sekolah TS25 melalui aktiviti sharing session. Hasil perbengkelan dan perkongsian ini diharapkan penambahbaikan dan keupayaan Rakan ELIT yang baharu dapat membuat penyebaran kepada pengetua dan guru besar yang dilantik dalam sekolah Kohort 6.0 Program Transformasi Sekolah di seluruh negeri Kedah pada tahun 2021. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 31
LAPORAN TAHUNAN 2021 BAB 5 PENUTUP Adalah diharapkan agar Rakan ELIT IPGK Darulaman mempunyai komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Pengetahuan yang diperoleh daripada latihan boleh dipraktikkan semasa melaksanakan sokongan profesional melalui lawatan bimbingan di sekolah TS25. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak dan sokongan yang padu daripada pihak pengurusan IPGK dan IPGM menjadi faktor yang sangat penting dalam meningkatkan motivasi kerja amanah ini. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 32
LAPORAN TAHUNAN 2021 SEKALUNG PENGHARGAAN Kementerian Pendidikan Malaysia Institut Pendidikan Guru Malaysia Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Pusat Sumber, IPGK Darulaman Jawatankuasa TS25 IPGK Darulaman SMT, MT dan semua Rakan ELIT IPGKDA Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam setiap program yang telah dijalankan oleh RE IPGK Darulaman dan penghasilan buku Program TS25 ini TERIMA KASIH TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 33
LAPORAN TAHUNAN 2021 Glosari KPM Kementerian Pendidikan Malaysia IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGK Institut Pendidikan Guru Kampus BPG Bahagian Profesionalisme Guru IAB Institut Aminudin Baki JPN Jabatan Pendidikan Negeri PPD Pejabat Pelajaran Daerah Master Trainer MT Rakan ELIT (Educational Leadership and Instructional RE Team) Senior Leader Team SLT Middle Leader Team MLT Transformasi Sekolah 2025 TS25 Pentaksiran Bilik Darjah PBD Certified Coach CC Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna KPPB TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 34
LAPORAN TAHUNAN 2021 TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman 35
Search
Read the Text Version
- 1 - 43
Pages: