Bismillahirrahmannirrahim. 1 Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi Buletin kerana berjaya menerbitkan Buletin Kolej Vokasional Gombak Edisi Disember 2021. Semoga edisi kedua buletin kolej ini boleh terus memperkuat semangat cinta kolej serta menyuburkan budaya prihatin dalam kalangan warga kolej. Di saat negara kita menghampiri fasa endemik Covid-19, semakin banyak kelonggaran diberikan dari segi aktiviti yang dibenarkan dan penjarakan sosial telah diberikan oleh kerajaan. Biarpun demikian, bukan semua aktiviti kolej dapat dijalankan mengikut kebiasaan seperti satu ketika dahulu sebelum wabak ini melanda seluruh dunia. Bersama-samalah kita kekal berjuang menangani wabak ini dengan cara yang betul agar kita dapat menjalankan kehidupan di Kolej Vokasional Gombak dengan selamat dan bersemangat. Semoga pada tahun 2022, kita dapat melakar lebih banyak memori dan kejayaan buat kolej tercinta. Saya akhiri coretan ringkas ini dengan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atas kepercayaan dan sokongan kepada pihak kolej. Saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga kolej dan pembaca. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MEMASTIKAN KELESTARIAN HARI ESOK” YAHYA BIN SHEFEE Pengarah, Kolej Vokasional Gombak
Pementasan Teater “Takhta Berdarah” Pada 4 hingga 7 November 2021, Kolej Vokasional Gombak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah berganding bahu dengan Kelab Seni Seri Kenchana Malaysia bagi mementaskan teater bangsawan berjudul “Takhta Berdarah”. Teater ini mengisahkan sejarah kerajaan Kesultanan Siak Sri Indrapura yang pernah wujud di tanah ini pada satu masa dahulu. Perjuangan Raja Kecil Siak serta perebutan takhta antara kedua-dua anakanda baginda menjadi fokus teater ini. Keistimewaan teater bangsawan berbanding dengan teater kontemporari ialah aspek bahasa dan budaya yang ditonjolkan, antaranya persembahan selingan seperti tarian Pakerena Tuppu Salewangeng, nyanyian Fatwa Pujangga, deklamasi sajak, nyanyian lagu asli, persembahan silat, persembahan Pajaga Makkunrai Wajo dan dendangan syair. “Raja Kecil sempat berpesan hanya seorang saja yang boleh memerintah Siak… Sesiapa yang berkuasa akan memegang takhta Kerajaan Siak\" 2
Pementasan ini dibuat secara bersemuka dengan mengikuti SOP Covid-19 yang digariskan oleh MKN. Ia turut dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM dan English Language Teaching Center dengan usaha sama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Bahagian Profesionalisme Guru, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Teater ini turut dijayakan oleh Kumpulan Kesenian Citra Ugik, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Team Production, Suara Alam, Pak Malit dan Mak Shamsiah, Busana Herin Mansor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kolej Vokasional Gombak, DBP, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Menteri Besar Selangor dan Incorporated. Teater Bangsawan ini melibatkan tarian dan nyanyian Takhta Kerajaan Siak Merpati dua sejoli 3
Selain pementasan secara langsung dan bersemuka di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, “Takhta Berdarah” telah mendapat perhatian dan liputan meluas dalam media. Beberapa program televisyen seperti Selamat Pagi Malaysia (RTM) dan Malaysia Hari Ini (TV3) telah menemu bual Tuan Pengarah KVG bersama Penasihat GVoC Production, En Hasmizul Hisham Bin Ab Rahman. Pementasan ini turut disiarkan menerusi Buletin Didik di NTV7. Projek besar- besaran yang melibatkan pelajar DVM 1 & DVM 2 ini berjaya mengatasi pelbagai cabaran dan sememangnya, produksi ini menjadi kebanggaan kolej kita. Syabas diucapkan buat semua pihak yang terlibat. AJK Pendaftaran menjalankan tugas Pengarah bergambar bersama tetamu VIP En. Hisham ditemu bual media 4
Terima kasih turut diucapkan kepada semua yang terlibat. 5
Jamuan Akhir Tahun Kelab Pensyarah & AKP Pada hari Isnin, 29 November 2021, Kelab Pensyarah & Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP) KVG telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun di Restoran Rebung Chef Ismail. Jamuan kali ini bertemakan ‘Busana Orang Kampung Dolu- Dolu’. Program yang dianjurkan ternyata meriah dan bersifat mesra. Ia turut dihadiri beberapa AJK PIBG yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap aktiviti kolej. 6
Ceramah Maal Hijrah Ceramah yang berjudul ‘Indahnya Hijrah’ ini diadakan pada 9 Ogos 2021 bersempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1443 Hijrah. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Dakwah Islamiah KV Gombak dan disiarkan melalui saluran YouTube rasmi KV Gombak. Penceramah jemputan, Ustaz Syamsul Amri bin Ismail (Syamsul Debat) telah menjelaskan betapa pentingnya ‘hijrah’ kepada setiap individu yang mengaku diri mereka penganut Islam. Sebagai manusia biasa yang mempunyai pelbagai kelemahan dan terpalit dosa saban hari, tidak ada jalan keluar yang lebih baik melainkan melakukan ‘penghijrahan diri’ ke arah mendapat keredhaan Allah. Ceramah Maulidur Rasul Ceramah yang berjudul Teladan Permata, Cerminan Ummah diadakan pada 19 Oktober 2021 bersamaan 12 Rabiul Awal 1443 Hijrah. Aktviti yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Exco Kerohanian dan Kebajikan MMP serta Jawatankuasa Dakwah Islamiah ini telah menjemput penceramah terkenal iaitu Al Fadhil Ustaz Hj Mohd Zamri bin Hj Zainudin untuk menghidupkan majlis yang diadakan secara dalam talian di platform YouTube KV Gombak. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memperingati bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada para pelajar supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W. Di samping itu perasaan cinta dan kasih akan timbul terhadap baginda Rasulullah S.A.W dan hal ini diharapkan mendapat keredhaan Allah S.W.T. 7
KURSUS PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 24 Jun 2021 8.00 Pagi- 5.00 Petang Secara atas talian (Google Meet) Semua pelajar Tahun 2 DVM dan pensyarah Program Perbankan Sesi kursus sedang berlangsung 9
\"Ceramah Kerjaya : Animasi Sebagai Kerjaya\" 1 Julai 2021 (KHAMIS) 10.00 Pagi - 12.15 Tgh Hari Secara Atas Talian (Google-Meet) Pelajar 1 & 2 SVM Program Animasi 3D KV Gombak Sesi kursus sedang berlangsung 10
“Road To Success” 03 Julai 2021 (Sabtu) 10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengah Hari Secara Dalam Talian Di Kediaman Masing-Masing Melalui Google Meet Semua Pelajar Program Perakaunan Kolej Vokasional Gombak Sesi kursus sedang berlangsung 11
“BIJAK URUS CUKAI” PERCUKAIAN INDIVIDU, PERKONGSIAN DAN SYARIKAT 10 Julai 2021 (Sabtu) 10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengah Hari Secara Atas Talian Di Kediaman Masing-Masing Melalui Google Meet Sesi kursus sedang berlangsung 12
Bengkel Pengauditan “Amalan Pengauditan Perniagaan” 16 Julai 2021 3.00 Petang-5.00 Petang Secara Atas Talian (Google-Meet) Sesi kursus sedang berlangsung 13
Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Pada 4 Ogos 2021, Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dilaksanakan melalui livestream di saluran YouTube KV Gombak. Tujuan majlis ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam semua warga KVG khasnya para pelajar yang akan menjadi tunjang negara pada dekad mendatang. Secara tidak langsung majlis ini juga memberi kesempatan kepada bakat para pelajar KV Gombak. untuk menonjolkan bakat masing-masing melalui pelbagai persembahan. Antara pengisian Bulan Kemerdekaan 2021 ialah Pertandingan Melukis Potret Tokoh Kemerdekaan, Pertandingan Video Pendek / Tik Tok, Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan, dan Pertandingan Mendeklamasi Sajak bertema kemerdekaan. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar KV Gombak. Forum Ambang Merdeka Forum yang bertajuk ‘Ibrah Kemerdekaan Membina Jati’ telah diadakan pada 30 Ogos 2021. Penceramah jemputan dibawa khas daripada Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) iaitu Encik Muhammad Suhail Ahmad. Forum ini diadakan untuk mendidik pendengar tentang betapa pentingnya mempunyai jati diri yang unggul agar kemerdekaan tanah air dalam makna yang sebenar tidak goyah dengan pelbagai propaganda pihak luar yang berniat tidak tulus terhadap negara kita. 14
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN PERTANDINGAN VIDEO Kumpulan PENDEK/TIK TOK KEMERDEKAAN 1. Afiqah Khairunnisaa Halimi Binti Abdul Halim ( BPB 2 DVM ) PERTANDINGAN MELUKIS POSTER 2. Nur Irdina Nazurah Binti Azmi (BKP 2 SVM) PERTANDINGAN KUIZ 1.Teoh Kee You (KMK 1 SVM ) KEMERDEKAAN 2.Nur Ain Natasya binti Ismail (BAK 2 SSM ) PERTANDINGAN SELFIE MERDEKA 3.Nik Syakirah Balqis binti Ahmad Zani (BAK 2 SVM)) PERTANDINGAN DEKLAMASI 1. Fatin Najwa Bt Mohd Azman (BPR 2 SVM) SAJAK KEMERDEKAAN 2. Nur Irdina Nazurah Bt AZMI (BKP 2 SVM) 3. Nurul Aina Bt Azhari (KMK 1 SVM) 1-Nur Irdina Nazurah Binti Azmi (BKP SVM 2) 1.Nur Amalina Nasib Khan (BPM 1 SVM) 2.Nur Irdina Nazurah ( BKP 2 SVM) 3.Nur Aina Balqis bt Rosman (BPR 1 SVM) SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MBMMBI SEHARI 1.Faridah binti Fuadi SPELLING BEE Batrisyia Mutalib Binti Norhisham (BAK SELEMBAR 2.Nur Adriana Fitrin binti Shahrul Faizal 2 SVM) BENANG 3.Atikah binti Mohd Nafis IDIOMS Nur Aisyah Bt Shaharudin (BKP 2 SVM) POSTER Nurhusnina Binti Norisam (BPM 2 PETAH DVM COMPETITION SVM) BICARA 1. Intan Nurnashwa Addini Binti Rozhan Nur Aqilah Batrisya Binti Mohd (SAJAK) Ibrahim (BPR 2 SVM) 2 Syaidatul Nur Idayu Binti Mohamad Nuxma Lujayn Binti Naem Farveez Sazali (Syair) Azim (KMK 2 SVM) 3 Syifa Awatif Binti Shamsuddin (Gurindam) Mohammad Nazmi Haziq Bin Mohd Najib (BAK 1 SVM) TEKA TEKI SVM Puteri Batrisyia Binti Mohd Fuad (BKP BAHASA 1.Muhammad Ihsan Syakir Bin Rosli 1 SVM) (Monolog) Nur Amalina Nasib Khan (BPM 1 SVM) 2. Muhammad Zarif Irfan Bin Khairul Liyana Masturina Bte Ramly (BPR 1 Bahar(Lagu Tradisional) SVM ) 1.Fatin Najwa Bt Mohd Azman ( BPR 2 KMK 1 Zarifah Aliah Bte Zaidy (KMK 1 SVM ) SVM ) 2.Nur Husnina Insyirah bt Sulaiman Nur Aleesya Haziqah Bte Amariza 3.Nur Aleeya Zulaiqha Bt Mohd Idrus (SLDN) (BAK 1 SVM) 1. Teoh Kee You (KMK 1 SVM) PENCIPTAAN 1.Teoh Kee You ( KMK 1 SVM ) 2. Siti Waheedah Syafiah Binti Roslan PENANDA 2.Nur Amalina Nasib Khan ( BPM 1 SVM ) (BAK 2 SVM) BUKU 3. Siti Nur Izzah Bt Azlin (BPM 1 SVM ) 3. Siti Aziera Binti Saiful Azhar (BKP DVM 2) Tahniah kepada semua pemenang! Majlis penyampaian hadiah akan diadakan kemudian. 15
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN (SECARA ATAS TALIAN) MSSD GOMBAK 2021 1 OGOS – 22 OGOS 2021 (Peringkat sekolah) 22 OGOS – 31 OGOS 2021 (Peringkat daerah) Pertandingan Kemahiran Sukan MSSD Gombak ini telah dibuat secara atas talian kerana para pelajar masih lagi menjalani PdPR. Kolej Vokasional Gombak telah menghantar penyertaan bagi sukan bola jaring. Keputusannya, 2 orang pelajar telah mendapat tempat ketiga dan keempat iaitu Nadiatul Nasuha binti Ahmad Nizam pelajar daripada program 1 DVM Pemasaran, manakala Irdina Hasya binti Addy Ariyan pelajar daripada program 1 2 SVM Perakaunan mendapat tempat yang keempat dan seterusnya melayakkan diri untuk ke peringkat MSSN. 16
BUAL SANTAI BERSAMA UNIKL BERTAJUK ‘HALA TUJU INDUSTRI KREATIF NEGARA’ 13 OGOS 2021 DI GOOGLE MEET Walaupun aktiviti yang dilaksanakan agak terbatas disebabkan kekangan norma baharu disebabkan pandemik Covid 19 melanda negara, penyelaras Program, En. Mohd Jusmanizal Bin Ismail telah merancang pengisian yang bermanfaat secara atas talian iaitu Google Meet. Sasaran peserta bagi program ini ialah Pelajar Tahun 1 & 2 Sijil Vokasional Malaysia KV Gombak dan Alumni program Multimedia Kreatif & Animasi. Panel penceramah dari UniKL MIIT yang dijemput ada 3 orang iaitu Dr. Fauzi Naeim Mohamed, Dr. Nurul Lina Mohd Nor dan Pn. Radziana Abdul Rahman. Ketiga-tiga panel ini adalah berkaliber dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Program bual santai ini diteraju oleh moderator dari kalangan pelajar KV Gombak sendiri iaitu Muhammad Irfan Haziq Bin Mohd Faizal dari program Perakaunan SVM 2 dan Noraini Rasulan Binti Johan Arifin dari program Pemasaran SVM 2. 17
PERTANDINGAN VIRTUAL 10K STEPS CHALLENGE ANJURAN UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM 14 & 15 OGOS 2021 Pertandingan Virtual 10K Steps Challenge ini merupakan salah satu sukan yang dibuat semasa musim pandemik Covid-19. Unit Sukan dan Kokurikulum telah berjaya mengadakan pertandingan Virtual 10K Steps Challenge ini bagi melahirkan para pelajar yang aktif, sihat tubuh badan dan sentiasa cergas walaupun dalam fasa pandemik. Seramai 16 orang pelajar daripada SVM telah menyertai pertandingan ini manakala 25 orang pelajar terdiri daripada pelajar DVM. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Antara apps aktiviti yang telah direkodkan oleh pelajar Para pelajar yang menyertai pertandingan ini menerima sehelai baju T-shirt sebagai cenderamata 18
HADIAH PELAJAR TERBAIK PDPR FASA 1: 14 JUN- 15 JULAI 2021 20 OGOS 2021 - 24 SEPTEMBER 2021 8.30 – 10.30 malam Google Meet - Kediaman M2 Sa1VsiM9ngt-OeMrGlaibsOiantgS 2021 Seramai 30 orang pelajar Pelajar Terbaik PdPR Fasa 1: 14 JUN- 15 JULAI 2021 telah selamat sampai kepada semua penerima. Oleh kerana PKP hadiah dikirimkan melalui pos. Alhamdulillah dan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penaja hadiah iaitu Koperasi KV Gombak. Terima kasih juga kepada pengurusan KVG, semua pensyarah KVG. Pelajar (penerima hadiah) mengucapkan ribuan terima kasih dan merasa lebih bersemangat untuk belajar. 19
BENGKEL 3D TEXTURING BERSAMA ALUMNI MUHAMMAD HARITH BIN MOHD SOKHINI. Sesi kursus sedang berlangsung 20
PELUANG DAN CABARAN USAHAWAN MUDA 20 Ogos 2021 (Jumaat) 03.00 Petang Hingga 05.00 Petang Kediaman Masing-Masing (Google Meet) Sesi kursus sedang berlangsung 21
KURSUS BASIC COMPUTER APPLICATION IN BUSINESS (EXCEL) 26-27 Ogos 2021 8.00 Pagi- 12.00 Tgh Hari Secara atas talian (Google Meet) Semua pelajar tahun 1 dan 2 DVM Pengurusan Peruncitan KV Gombak 22
BENGKEL PENGURUSAN SAHAM (PROGRAM PERBANKAN) 23 JUN 2021 SECARA PAUTAN GOOGLE MEET Program ini merupakan bengkel peningkatan kemahiran yang berfokuskan pelajar dan pensyarah. Program ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan tentang permintaan industri sebenar. Pensyarah juga boleh meningkatkan kemahiran sedia ada dengan perbincangan lanjut antara pensyarah dan penceramah. 23
CIPTAAN LOGO TAGLINE JEMAAH NAZIR (PROGRAM MULTIMEDIA KREATIF) 6 JANUARI 2021 (1 MINGGU) Membantu Jemaah Nazir (JN) mencipta logo MIP (Memperkasa Institusi Pendidikan) dan mencipta logo tagline Jemaah Nazir KPM berdasarkan kriteria yang diberi. Ini sekaligus memberi sumbangan ke arah AceTVeT. 24
BICARA KERJAYA BERSAMA PENGASAS KEREPEK MA’LURVE (PROGRAM PENGURUSAN PERUNCITAN) 23 JUN 2021 SECARA PAUTAN GOOGLE MEET Ceramah ini mensasarkan semua pelajar Diploma Pengurusan Peruncitan KV Gombak sebagai melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Pelajar diberi penerangan dan pendedahan tentang kejayaan dan titik tolak permulaan kerjaya seorang pelajar peruncitan. Ceramah ini juga adalah sebagai nilai tambah (added value) kepada para pelajar selain daripada pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. 25
PROGRAM INTERVENSI MINDA SIHAT 24 Ogos 2021 Program Intervensi Minda Sihat pada 24/08/2021 jam 2.00 - 4.30 petang melalui Google Meet. Program ini adalah untuk membantu semua pelajar tentang menjaga kesejahteraan emosi agar dapat menikmati kehidupan yang sejahtera. Selain itu, program ini juga dikendalikan oleh PRS SVM Tahun 2 untuk memberikan latihan dan bimbingan dan membiasakan diri menjadi pengacara majlis, bacaan doa, ajk aktiviti dan ajk fotografi. 26
PROGRAM KOTAK REZEKI DAN ZIARAH CAKNA PELAJAR KV GOMBAK OGOS-NOVEMBER 2021 27
PROGRAM SINERGI MESRA PRS 02 SEPTEMBER 2021 Program Sinergi Mesra PRS gabungan 3 penjuru iaitu KV Batu Lanchang, Pulau Pinang, KV Kangar, Perlis & KV Gombak, Selangor pada 02/09/2021. Tahniah dan syabas kepada Pembentang dan PRS yang bertuah mendapat hadiah. Terima kasih semua guru pembimbing PRS, majulah PRS untuk negara. Poster Promosi Program Pembentangan daripada PRS KV Gombak Semua PRS memberikan kerjasama yang baik dan kuat untuk menjayakan program ini. 28
Virtual Visit Bersama Hero Market 7 September 2021 8.15 Malam- 10.30 Malam Secara atas talian (Google Meet) Pensyarah Kolej Vokasional Gombak : 6 orang Pelajar kolej Vokasional Gombak: 66 orang termasuk alumni KV Gombak Sesi kursus sedang berlangsung 29
Program 'Toxic Positivity' 09 SEPTEMBER 2021 Program ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Unit Psikologi dan Kerjaya untuk Intervensi Minda Sihat. Perkongsian ini disampaikan oleh Naib Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan iaitu En Muhammad Ridhwan Bin Ali. Topik yang dibincangkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua peserta. 30
BICARA SANTAI KERJAYA BERSAMA ALUMNI PROGRAM KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN 11 September 2021 10.00 Pagi – 11.30 Pagi Kediaman masing-masing (Google Meet) Semua pelajar tahun 1 dan tahun 2 DVM program Kesetiausahaan Pentadbiran KV Gombak Sesi kursus sedang berlangsung 31
Majlis Memperkenalkan Logo Tunggal Kolej Vokasional Selari dengan visi Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) untuk menjadi ‘Peneraju Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Yang Unggul’ serta misi yang berhasrat untuk memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti, BPLTV telah melancarkan logo tunggal yang akan diguna pakai oleh semua Kolej Vokasional di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, Majlis Memperkenalkan Logo Tunggal Kolej Vokasional telah dianjurkan pada 23 September 2021. Kolej Vokasional Gombak telah terpilih sebagai wakil KV Zon Tengah. Bagi menjalankan tanggungjawab tersebut, pihak pengurusan dan pentadbiran tertinggi (G10) telah berkumpul dan sama-sama turut serta memperkenalkan logo baru. Logo ini ialah simbol perpaduan semua kolej vokasional dalam menggalas tugas bagi menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti. 32
KURSUS INTRODUCTION TO MARKETING BERSAMA TENAGA PENGAJAR KOLEJ KOMUNITI SELAYANG 20 Oktober 2021 8.30 PAGI – 12.30 TGH HARI Makmal Kesetiausahaan Pentadbiran (Google Meet) Semua pelajar tahun 1 DVM Kesetiausahaan Pentadbiran KV Gombak 33
JOM SERTAI PROGRAM BERSAMA CIAST (LALUAN KERJAYA VOCATIONAL TRAINING OFFICER (VTO)) 27 OKTOBER 2021 Program ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Unit Psikologi dan Kerjaya dengan kerjasama JK Pusat Bertauliah Cawangan Kolej Vokasional Gombak dan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS). Program ini memberikan maklumat dan informasi mengenai Laluan Kerjaya Vocational Training Officer(VTO) kepada semua pelajar Diploma Kolej Vokasional Gombak. 34
PAMERAN OUTREACH “JOM MASUK KV GOMBAK” 04-07 NOVEMBER 2021 (KHAMIS-AHAD) ini adalah program tahunan yang dijalankan oleh JK Unit Psikologi dan Kerjaya dan JK Perhubungan Awam. Sasaran pameran ini adalah kepada pelajar-pelajar tingkatan 3, ibu bapa/penjaga, serta pengunjung-pengunjung Auditorium. Di hadapan Booth Pameran KV Gombak Antara Pengunjung yang hadir ke booth pameran KV Gombak Pengacara Didik TV menemubual Team Outreach KV Gombak 35
KURSUS HUMAN RESOURCE MANAGEMENT BERSAMA PENASIHAT INDUSTRI KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN 16 November 2021 8.30 Pagi – 4.30 Petang Secara Atas Talian (Google Meet) Semua pelajar tahun 2 DVM Kesetiausahaan Pentadbiran KV Gombak Poster Kursus Human Resource Management bersama Penasihat Industri Kesetiausahaan Pentadbiran 36
SARINGAN MINDA SIHAT KALI KE-2 En Jusmanizal bin Ismail, Kaunselor KVG mengalu- alukan kehadiran pelajar yang terlibat. Taklimat oleh Pn Haryati binti Ibrahim, Kaunselor KVG kepada pelajar-pelajar yang hadir. 37
TEMUDUGA CALON PRS BAHARU KV GOMBAK TAHUN 1 SVM 2021 22 - 30 NOVEMBER 2021 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) disebut juga sebagai PEERS adalah satu badan / jawatankuasa di bawah Unit Psikologi & Kerjaya. PRS berperanan sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Kolej Vokasional Gombak. Mereka juga sebagai salah satu sumber kepada rakan-rakan mereka untuk mendapatkan bantuan serta sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain. Sebagai PRS baharu, mereka perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu “Bantu diri untuk membantu rakan lain”. Dalam usaha membantu rakan-rakan, mereka akan mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Tujuan temuduga ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti calon PRS yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sebagai seorang PRS. Kaedah temuduga adalah bergantung kepada kaunselor (panel penemuduga) samaada buat secara bersemuka atau atas talian. Sasaran ialah Pelajar SVM Tahun 1 2021 yang berminat sahaja. 38
BENGKEL 3D TEXTURING BERSAMA ALUMNI MUHAMMAD HARITH BIN MOHD SOKHINI SESI 1 DAN SESI 2 (PROGRAM MULTIMEDIA LREATIF) 20 OGOS 2021 HINGGA 24 SEPTEMBER 2021 SECARA PAUTAN GOOGLE MEET Bengkel ini memberi pendedahan tentang kaedah yang digunakan oleh industri pada masa kini berkaitan 3D Texturing (Realism), memberi pendedahan tentang teknik Texturing 3D, meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta minat pelajar tentang kursus texturing 3D. Penceramah menunjukkan bagaimana teknik Texturing 3D dibuat-kerusi 39
BENGKEL ‘RETAKAFUL AND REINSURANCE’ (PROGRAM INSURANS) 9 SEPTEMBER 2021 (GOOGLE MEET) Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Program Insurans Kolej Vokasional Gombak. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai konsep “Retakaful and Reinsurance” dalam realiti industri insurans. Program ini melibatkan semua pelajar Program Insurans Tahun 1 Diploma, Tahun 2 Diploma dan juga tenaga pengajar. Sesi perkongsian oleh Encik Noor Mazhuari PROGRAM “BIJAK URUS CUKAI”: PERCUKAIAN INDIVIDU, PERKONGSIAN DAN SYARIKAT (PROGRAM PERAKAUNAN) Program yang dijalankan pada 10 Julai ini dijalankan untuk mengukuhkan pemahaman teori percukaian para pelajar terutamanya daripada aspek pengenalan percukaian indivdu, perkongsian dan syarikat serta pengurusan percukaian yang diamalkan di dalam industri. Kata-kata aluan dari moderator, Cik Fauzemazni (BAK DVM2) Sesi ceramah berkaitan LHDN oleh penceramah jemputan, Puan Noorazleni 40
“ANTI MONEY LAUNDERING (AML) & MARKET DEMAND (PROGRAM PERBANKAN) 19 JUN 2021 SECARA PAUTAN GOOGLE MEET Program ini merupakan bengkel peningkatan kemahiran yang berfokuskan pelajar dan pensyarah. Program ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan tentang permintaan industri sebenar. Pensyarah juga boleh meningkatkan kemahiran sedia ada dengan perbincangan lanjut antara pensyarah dan penceramah. Tetamu jemputan Dr Muhammad Amir Aisar Khalid memberikan ceramah berkaitan anti- money laundering & market demand Pelajar-pelajar program perbankan yang menyertai bengkel Selingan semasa bengkel dijalankan 41
42
SIDANG REDAKSI Pengerusi : Tn Hj Yahya bin Shefee Timbalan Pengerusi : En Rozman bin Abd Aziz Naib Pengerusi 1 : Pn Rokiah binti Saad Naib Pengerusi 2 : Pn Mazlina binti Ibrahim Setiausaha : Pn Belinda binti Suib Pencatat Minit : Hasmizul Hisham bin AB Rahman Bendahari : Pn Aida Sazlin binti Mohd Salleh : Pn Rodziah binti Yaakob AJK : Cik Wan Kamariah binti Wan Harun Pn Nur Zakira Hafiza binti Ismail Ketua Redaksi Pn Nurhafizah binti Abd Aziz Setiausaha Pn Nurhuda binti Jasni AJK Iklan Cik Nur Amalina binti Abdurrahim Jurutaip En Mohd Jusmanizal bin Ismail Ketua Grafik : Farah Affryena binti Muhammad Ilham Jurugrafik : Nur Aida Najiha binti Mohd Rizal : Fairuz Zafira binti Ahmad Mukram : Batrisyia Mutalib binti Norhisham Nur Aleeya Maisarah binti Azman : Syaza Qistina binti Salleh : Nurnatasya Diyana binti Muhammad Nizam Muhammad Faris bin Azaham Ahmad Rezwan Bin Rosly 43
Search
Read the Text Version
- 1 - 44
Pages: