Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Buletin Bil. 1 2021

Buletin Bil. 1 2021

Published by muhd khairul, 2022-01-10 04:21:32

Description: KVG

Search

Read the Text Version

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 1

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera . Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi Buletin GVoc Bil 1/2001 atas kejayaan melahirkan terbitan perdana ini. Semoga buletin kolej ini boleh dijadikan bahan bacaan santai dan sebagai panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap kolej serta meneruskan budaya prihatin dalam kalangan warga kolej. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat mencoret sepatah dua kata dalam buletin ini. Buletin kolej ialah naskhah yang memaparkan kegiatan sekitar program dan pencapaian kolej yang terkini. Bagi pelajar kolej, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman belajar. Sesuai dengan penularan pandemic Covid-19 yang sedang melanda dunia, buletin kali ini diterbitkan juga dalam bentuk maya selain dari cetakan biasa. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin dipinggirkan, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi, buletin kolej dalam bentuk cetakan akan terus relevan sampai bila-bila. Di kesempatan ini, saya menyeru agar warga Kolej Vokasional Gombak agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya wabak Covid-19 dapat diatasi. Amalkan penjarakan sosial, sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan seringlah basuh tangan atau gunakan hand sanitizer . Kita doakan mudah- mudahan, dengan usaha kecil kita ini, negara berjaya mengekang penularan wabak ini. Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak dan PIBG atas kepercayaan dan sokongan kepada pihak kolej. Saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga kolej dan pembaca. Semoga usaha murni semua pihak dapat merealisasikan hasrat bagi meningkatkan mutu pendidikan negara Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “Memastikan Kelestarian Hari Esok” TUAN HAJI YAHYA BIN SAFIEE Pengarah Kolej Vokasional Gombak 2

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 JANUARI HINGGA N0VEMBER 2021 Program Kit Antara Benua adalah satu inovasi sosial dijalankan oleh Unit Psikologi dan Kerjaya, KV Gombak. Nama program diberikan kerana bantuan yang diberikan berbetuk bungkusan kecil untuk menggambarkan ‘kit’. Manakala ‘antara benua’ pula adalah waktu diantara waktu rehat pelajar dengan waktu balik dan juga hari pelajar tidak balik ke kampung. Program ini dapat membentuk komuniti KV Gombak yang prihatin dan cakna kepada masalah pelajar. Sekali gus dapat mengurangkan masalah pelajar tidak bersarapan dan tidak makan sementara menunggu waktu balik ke asrama atau balik ke rumah masing-masing. Majlis perasmian program ini di rasmikan oleh Timbalan Sumbangan oleh pensyarah-pensyarah KV Gombak yang Pengarah Sokongan Akademik dan diringi oleh Ketua pemurah. Item Kit Antara Benua bergantung kepada sumbangan Jaminan Kualiti pensyarah. Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Malik Alahmadi sebelum majlis Timbalan Pengarah Sokongan Akademik bergambar kenang- perasmiaan bermula kenangan. 3

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 14 APRIL – 23 MEI 2021 Kit Jom Moreh & Sahur merupakan satu program yang dijalankan buat pertama kali di Kolej Vokasional Gombak. Program ini dijalankan pada bulan Ramadan bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan tatkala berada di musim pandemik ini. Di musim pandemik ramai ibu bapa yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan keluarga. Oleh itu, PRS membangunkan satu inisiatif untuk memberi ruang kepada semua pensyarah, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan ibu bapa Kolej Vokasional Gombak untuk memberi sumbangan dalam menjayakan program ini. Sumbangan adalah dalam bentuk makanan ringan seperti minuman susu kotak, biskut dan roti yang boleh dimanfaatkan semasa moreh atau bersahur. 4

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 17 FEBRUARI 2021 SECARA PAUTAN GOOGLE MEET Sesi perkongsian daripada alumni ini dirancang bagi memberi ruang kepada pelajar- pelajar tahun akhir untuk membuat persiapan kendiri sebelum On-The-Job Training dan menghadapi dunia luar yang sebenar. Pelajar-pelajar berpeluang bertukar-tukar fikiran dan berkongsi info tentang persediaan-persediaan yang perlu dibuat dan secara tidak langsung mendapat gambaran yang lebih jelas berkaitan dunia pekerjaan yang sebenar. Sesi perkongsian dari alumni berkaitan dunia pekerjaan yang sebenar 5

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 08 JUN 2021 DI GOOGLE MEET Unit Psikologi & Kerjaya KV Gombak bekerjasama dengan UniKL MIIT (Malaysian Institute of Information Technology telah mengadakan Program Forum Santai pada 08/06/2021 (Selasa) bermula jam 8.45 malam sehingga 10.15 malam. Walaupun aktiviti yang dilaksanakan agak terbatas disebabkan kekangan norma baharu (PKP 3.0 yang bermula 01/06 sehingga 14/06) disebabkan pandemik Covid 19 melanda negara, penyelaras Program, En. Mohd Jusmanizal Bin Ismail telah merancang pengisian yang bermanfaat secara atas talian iaitu Google Meet. Sasaran peserta bagi program ini ialah Pelajar Tahun 1 & 2 Diploma Vokasional Malaysia KV Gombak Senarai Peserta Forum Ahli panel sedang berbicara 6

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 5 FEBRUARI 2021 DI GOOGLE MEET Unit Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Gombak mengadakan Kursus Asas PRS Tahun 2021 kepada pelajar PRS baharu. Walaupun aktiviti yang dilaksanakan agak terbatas disebabkan kekangan norma baharu pandemik Covid 19 yang melanda Malaysia, penyelaras En. Mohd Jusmanizal Bin Ismail telah berjaya mengadakan kursus ini secara atas online melalui Google Meet pada 05/02/2021 (Jumaat) pada 11.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Kursus ini telah dihadiri oleh 14 orang pelajar PRS Lantikan Baharu Tahun 2 SVM 2021 7

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 6 FEBRUARI 2021 SECARA PAUTAN GOOGLE MEET Program Ceramah Online Asas Kepimpinan dianjurkan bagi menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar tentang kepimpinan. Program ini juga membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk berinteraksi secara terus dengan penceramah iaitu Cik Farhan berkaitan skop kerjaya mengikut bidang masing-masing. Selain pelajar dapat memantapkan kepimpinan dalam diri, mereka juga dapat lebih bersedia berhadapan dengan cabaran pencarian kerjaya yang sesuai. Penceramah sedang memberi ulasan atau penerangan tentang topik kepimpinan melalui platform Google Meet Para pelajar yang menyertai program ceramah Asas Kepimpinan secara virtual 8

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 9 MAC 2021 DI MAKMAL ANIMASI 2 KOLEJ VOKASIONAL GOMBAK ‘Bengkel Penghasilan Poster Dan Video’ merupakan satu program usahasama di antara Unit Perhubungan Awam dengan Program Animasi 3D dan Unit ICT KVG. Tujuan bengkel diadakan berikutan permintaan di kalangan pensyarah-pensyarah yang mahu menimba ilmu Perasmian Hands On Sesi 1 : Pn Noraniza Sesi 2 : En Khairul pengetahuan tentang Cenderahati Kenang-kenangan penghasilan poster dan video program dan aktiviti kolej masing-masing. Perisian yang digunakan adalah Canva dan Filmora. Kemahiran menghasilkan poster dan video ini dapat membantu pensyarah mengemaskini platform Website, Facebook dan Instagram kolej. Bengkel diadakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet untuk peserta luar dan juga face to face dengan peserta dari kalangan pensyarah Kolej Vokasional Setapak dan KVG sendiri. Para penceramah pula terdiri daripada pensyarah Animasi 3D iaitu Puan Noraniza Rawi dan En Muhammad Khairul Mat Daud. 9

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 JANUARI HINGGA MAC 2021 Menyedari kekurangan yang berlaku dalam proses pembelajaran secara online atau PDR semester 4 bagi para pelajar tahun 2 SVM sesi 2020/2021, Jabatan Pendidikan Umum telah menyelaras beberapa sesi kelas tambahan. Mata pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains serta Matematik. Kelas tambahan ini dibimbing oleh pensyarah mata pelajaran kelas masing-masing dengan memfokuskan kepada latih tubi dan kaedah menjawab soalan Penilaian Akhir. Kehadiran pelajar adalah ‘wajib’ bagi pelajar yang tinggal di asrama, manakala pelajar harian digalakkan hadir disebabkan kekangan PKPP. 10

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 10 & 11 APRIL 2021 Pada 10 dan 11 April 2021 (Sabtu dan Ahad) telah berlangsung majlis penyerahan Diploma bagi pelajar-pelajar Kohort 2016. Majlis ini berlangsung di dewan besar Kolej Vokasional Gombak mengikut garis panduan dan operasi standard yang telah ditetapkan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Malik Alahmadi bin Mustaffa. Seterusnya sesi penyampaian sijil Diploma bermula. Sesi penyerahan Diploma dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi A (Sabtu) bagi Program Perakaunan, Pemasaran, Perbankan, dan Kesetiausahaan Pentadbiran. Manakala sesi B (Ahad) bagi Program Insurans, Pengurusan Peruncitan dan Animasi 3D. Penyerahan Diploma telah disampaikan oleh Tuan Haji Yahya Bin Shefee (Pengarah KV Gombak), Encik Rozman Bin Abdul Aziz (Timbalan Pengarah Akademik) dan Puan Rokiah Binti Saad (Timbalan Pengarah Sokongan Akdemik). Penerima Anugerah Pelajar Terbaik Program (APTP) tahun 2020. 1. Nur Farhana Shazwani Binti Abdul Rahman (Diploma Perakaunan) 2. Siti Nor’iffalyna Binti Ibrahim (Diploma Perbankan) 3. Fariqah Binti Mohd Fazdil Chew (Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran) 4. Aina Wahidah Binti Shapie (Diploma Pengurusan Peruncitan) 5. Zetty Ezlin Bin Mohd Sarji (Diploma Insurans) 6. Puteri Mysara Binti Mahbob (Diploma Animasi 3D) 11

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 24 April 2021 Kolej Vokasional Gombak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Ke-19 (Tahun 2020) dan kali Ke-20 (Tahun 2021). Disebabkan mesyuarat secara bersemuka dalam jumlah yang ramai tidak boleh dilaksanakan, mesyuarat PIBG pada kali ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet. AJK PIBG pula berada di bilik Mesyuarat Mawar,KVG . Mesyuarat bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Antara agenda dalam mesyuarat tersebut adalah ucapan daripada Yang Dipertua PIBG KV Gombak iaitu Yang Berbahagia Dato’ Azaddin Bin Abd Aziz. Kemudian sesi membentang dan menerima minit mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-18 tahun 2019 dan kali ke-19 tahun 2020 oleh Setiausaha Kehormat PIBG KV Gombak iaitu Puan Nurul Afiza Bt Nordin. Seterusnya sesi membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2019 dan 31 Disember 2020 oleh Bendahari PIBG KV Gombak sesi 2019/2020 iaitu Puan Rozimah Bt Abdul Aziz dan Encik Zaidy Bin Zakarya. Kemudian sesi membahaskan usul-usul yang berbangkit. Agenda seterusnya adalah pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 dan sesi 2020/2021 dan pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022. Seterusnya, ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2022 iaitu Yang Berbahagia Dato’ Azaddin Bin Abd Aziz. Alhamdulillah, mesyuarat yang berlangsung secara atas talian ini telah berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa PIBG KV Gombak sesi 2021/2022 yang dilantik dan semua yang terlibat menjayakan mesyuarat PIBG kali ini. Melalui Google Meet Pengarah memberikan Ucapan Ahli Mesyuarat Penutup 12

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 8 April 2021 Pada 8 April 2021 (Jumaat) telah berlangsung pementasan teater Purbawara Bangsawan “Takhta Berdarah” (GVoC PRODUCTION) di dewan besar Kolej Vokasional Gombak. Teater ini merupakan teater yang ketiga dipentaskan selepas teater Penjuru Empat Karma yang merupakan teater sulung diikuti dengan pementasan teater Bangsawan Puteri Saadong. Pementasan teater Purbawara Bangsawan Takhta Berdarah dibuat secara atas talian melalui laman Youtube Channel Kolej Vokasional Gombak. Pementasan telah dimulakan pada jam 8.45 malam. Antara tetamu jemputan yang hadir adalah Hajah Zanariah Binti Haji Ahmad (Pengarah BPLTV), Puan Norhana Binti Mustapha (Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Kejurulatihan dan Hubungan Industri), pegawai-pegawai BPLTV, pengarah-pengarah KV Zon Tengah, barisan pengurusan KV Gombak, pensyarah, AKP dan AJK PIBG KV Gombak. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan pementasan teater Purbawara Bangsawan Takhta Berdarah. Ketibaan tetamu jemputan, Hajah GVoC PRODUCTION Zanariah Binti Haji Ahmad (Pengarah BPLTV) 13

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 Live di Youtube Tarian Pembukaan Pertelingkahan antara watak utama pementasan Sesi Penutup Sesi Bergambar Bersama VIP 14

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 6 April 2021 Pada 6 April 2021 (Selasa) telah berlangsung Hari Pendaftaran Pelajar Baharu SVM 1 tahun 2021. Proses pendaftaran pelajar baharu ini dijalankan di tiga lokasi iaitu di ruai bagi Program Perakaunan dan Program Multimedia Kreatif Animasi. Seterusnya di Pejabat Pengurusan Peruncitan bagi Program Pengurusan Peruncitan dan di pejabat warden bagi Program Kesetiausahaan Pentadbiran dan Program Pemasaran. Proses pendaftaran dibuat di lokasi yang berbeza bagi menjaga garis panduan dan operasi standard yang telah ditetapkan. Selepas selesai proses pendaftaran, pelajar-pelajar baharu ini terus ke asrama mengikut blok yang telah ditetapkan. Seterusnya pelajar- pelajar ini mengikuti minggu suai mesra yang dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kerjaya. Tahniah diucapkan dan selamat datang kepada pelajar-pelajar SVM 1 tahun 2021. 15

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 13 APRIL 2021 - 6 MEI 2021 DI SURAU AL HIDAYAH Panitia Agama Islam telah mengadakan Program Ihya’ Ramadan sepanjang bulan Ramadan 1442 H. Walaupun aktiviti yang dilaksanakan agak terbatas disebabkan kekangan norma baharu pendemik Covid 19, penyelaras Program Ihya’ Ramadan 1442H, Ustaz Abdul Malik Alahmadi bin Mustaffa telah merancang beberapa pengisian yang bermanfaat. Antaranya ialah aktiviti tadarus Al Quran yang melibatkan semua warga KVG, dan kutipan sedekah harian untuk sumbangan duit raya kepada pelajar asnaf. Perasmian program telah diadakan pada 13 April 2021 di surau Al Hidayah, KVG melibatkan pelajar SVM manakala majlis penutupan berlangsung pada 6 Mei 2021 dihadiri oleh pelajar program diploma. Majlis penutupan turut dihadiri oleh AJK PIBG yang diketui oleh YDP PIBG sendiri iaitu Dato Azadin bin Abd Aziz. Program pengimarahan Bulan Ramadan 16

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 6 MEI 2021 Program MBMMBI 2021 telah dirasmikan oleh pengarah KVG, En Yahya Shefee pada 6 Mei 2021 bertempat di Surau Al Hidayah KVG. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah Panitia Bahasa Melayu ialah Sehari Selembar Benang, Petah Bicara, Cerna Minda, Mencipta Penanda Buku Kreatif dan Teka-teki Bahasa. Manakala Panitia Bahasa Inggeris akan mengadakan aktiviti-aktiviti berupa Public Speaking, Spelling Bee, HIP Corner, Idiom Poster Competition, Tiktok Competition, English Module Cover Competition dan Item Promotion Competition. Melalui aktiviti dan pertandingan sebegini diharapkan matlamat menjadikan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang menyeronokkan akan tercapai. 17

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 MAC – APRIL Bermula pada 12 Mac 2021 Surau Al Hidayah KVG telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor untuk mengadakan solat Jumaat. Hal ini memberi makna yang amat besar kepada seluruh warga KVG terutama para pensyarah, AKP dan para pelajar lelaki. Pelaksanaan solat Jumaat di KVG ini diharap dapat menyemarak kembali tuntutan syariah yang telah lama tidak dapat dilaksanakan ekoran kekangan norma baharu Covid 19. Ribuan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam atas inisiatif ini. Segala kesusahan dan rintangan yang dihadapi oleh pensyarah Panitia Pendidikan Islam ketika proses permohonan dibuat terbalas sudah. Walau bagaimanapun kelulusan ini cuma terhad untuk tempoh waktu PKP sahaja. Khatib Bertugas Membaca Khutbah SOP dilaksanakan Khusyuk 18

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 30 APRIL 2021 Program Amalan Gaya Hidup Sihat Bersama MSU University dikhususkan kepada semua pelajar perempuan tahun 1 dan 2 DVM. Program ini memberikan informasi yang berguna kepada pelajar-pelajar serta memberi pendedahan mengenai penjagaan diri kepada pelajar-pelajar. Iklan Program Program ini khusus untuk pelajar wanita sahaja 19

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 23 Februari 2021 Program ini merupakan kerjasama antara Unit Psikologi dan Kerjaya serta Unit Perhubungan Latihan dan Industri KVG dengan syarikat Al Ikhsan Sports . Kami berbesar hati kerana Al Ikhsan Sports Sdn Bhd sudi mengadakan program bersama pelajar-pelajar KV Gombak. Al Ikhsan banyak memberikan informasi, serta panduan berguna ke arah menjadi usahawan Berjaya. 20

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 12 MEI 2021 Program RM1 Dari Hati: Ramadan Diberkati, Syawal Dirai telah dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya Kolej Vokasional Gombak. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan pelajar dan membantu insan yang memerlukan dalam kalangan warga kolej dan masyarakat setempat. Antara individu yang menerima bantuan ialah, pelajar-pelajar KV Gombak, pembantu kebersihan, pengawal keselamatan, warga emas, dan mualaf. Pihak Pengurusan Kolej Vokasional Gombak turut bersama-sama mengagihkan bantuan kepada Pengawal Keselamatan Bantuan diserahkan kepada warga emas di Kampung Batu 12, Gombak Sumbangan oleh Warga KV Gombak yang pemurah 21

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021  Protect your personal information. It's valuable.  Know who you're dealing with.  Use anti-virus and anti-spyware software, as well as a firewall, and update them all regularly.  Be sure to set up your operating system and Web browser software properly, and update them regularly.  Protect your passwords.  Back up important files.  Learn who to contact if something goes wrong online. 22

BULLETIN GVOC BIL 1/2021 JULAI 2021 Penaung: Tn Hj Yahya bin Shefee Pengerusi: En.Rozman bin Abd Aziz Setiausaha: Pn.Belinda binti Suib Pencatat Minit: Hasmizul Hisham bin AB Rahman Bendahari: Pn.Aida Sazlin binti Mohd Salleh Pn.Rodziah binti Yaakob AJK: Cik Wan Kamariah binti Wan Harun Pn.Nur Zakira Hafiza binti ismail Ketua Redaksi: Pn.Nurhafizah binti Abd Aziz Setiausaha: Pn.Nurhuda binti Jasni AJK Iklan: Cik Nur Amalina binti Abdurrahim Jurutaip: En.Mohd Jusmanizal bin Ismail Jurutaip: Ketua Grafik: Farah Affryena binti Muhamad Ilham Grafik: Nur Aida Najiha binti Mohd Rizal Grafik: Fairuz Zafira binti Ahmad Mukram Ketua Editor: Batrisyia Mutalib binti Norhisham Editor: Nur Aleeya Maisarah binti Azman Editor: Syaza Qistina binti Salleh Jurugambar: Nurnatasya Diyana binti Muhammad Nizam Muhammad Faris bin Azaham Nur Adlyn Deanna binti Norizan Noraini Rasulan binti Johan Arifin Aisyah Humairah binti Saifulliza Fariza Ameera binti Ameran 23


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook