PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR
LAGUNA PARK KELONG PARADISE RUMAH API KABIN CAMP JURGA INKI RIVER FRIM AVANI GOLDCOAST GUNUNG NUANG MUZIUM SULTAN ALAM SHAH
KANDUNGAN PRAKATA iii 1. PENGENALAN 1 2. APA ITU PELANCONGAN? 6 3. DESTINASI PELANCONGAN 9 10 ➢ Forest Research Institute Malaysia (FRIM) 19 ➢ Kabin Camp 24 ➢ Laguna Park 27 ➢ Inki River 33 ➢ Rumah Api Bukit Jurga 41 ➢ Avani Goldcoast Sepang Resort 46 ➢ Muzium Sultan Alam Shah 51 ➢ Gunung Nuang 55 4. PERANCANGAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG UNTUK SETIAP DESTINASI 58 5. PERJALANAN KE DESTINASI DENGAN MENGGUNAKAN PENGAKUTAN AWAM 61 6. KESIMPULAN 63 7. RUJUKAN
PRAKATA Salam Sejahtera. Buku ini adalah sebagai panduan bagi pelancongan. Melalui tugasan ini dijelaskan secara terperinci tentang tempat Pelancongan Di Negeri Selangor. Dalam buku ini terdapat penerangan destinasi pelancongan di setiap daerah Negeri Selangor. Selain itu, dalam buku ini juga terdapat latar belakang dan keistimewaan destinasi pelancongan. Diharapkan dengan adanya buku ini akan menjadi panduan untuk pelancong yang ingin melancongan di negeri Selangor. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah dan raka-rakan sekumpulan yang banyak memberikan panduan , nasihat dan dorongan untuk penulis melaksanakan buku ini dengan jayanya.
PENGENALAN
Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan Jawi: )سلاڠورmerupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bendera Negeri Selangor Bendera Negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang keempat, Sultan Abdul Samad (1859-1898). Satu per empat bahagian bendera terdiri daripada warna kuning dan merah, manakala logo Negeri Selangor dan bintang memberi erti negeri Islam dan lima pegangan utama. Kuning juga adalah melambangkan warna DiRaja. Lima bucu bintang membawa erti mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah.
Negeri Selangor Darul Ehsan yang terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan. Negeri Selangor dibahagikan kepada sembilan daerah yang terdiri dari ❖ Sabak Bernam, ❖ Hulu Selangor, ❖ Kuala Selangor, ❖ Gombak, ❖ Klang, ❖ Petaling, ❖ Hulu Langat, ❖ Kuala Langat dan ❖ Sepang. Selangor diairi oleh empat lembangan sungai utama iaitu lembangan Sungai Langat, lembangan Sungai Klang di bahagian selatan, lembangan Sungai Bernam dan lembangan Sungai Selangor (lembangan terbesar di negeri ini) di bahagian utaranya.
Negeri Selangor sentiasa Faktor yang menjadikan di hadapan dalam negeri ini sebagai pelbagai bidang. Ia menjadi pusat pemangkin kemajuan perlancongan, negara adalah kerana pemusatan kegiatan perdagangan, kewangan, pembinaan, ekonomi di Lembah Klang yang juga pengangkutan dan terletaknya Kuala pembuatan yang menyumbang kepada Lumpur di tengah-tengah pendapatan utama Negeri Selangor. negara.
❖ Negeri Selangor dikenali sebagai negeri landskap hijaunya tetapi tidak kekurangan semangat hidup seperti yang terdapat di Kuala Lumpur. ❖ Di negeri Selangor begitu banyak destinas pelancongan yang menarik yang boleh dilawati seperti tarikan pelancongan di tepi pantai, di hutan rimba mahupun di kawasan bukit.
APA ITU PELANCONGAN ?
“Pelancongan ialah aktiviti mengembara, melawat atau melancong dengan tujuan untuk berekreasi atau beriadah ke tempat yang lain dan melebihi jarak 50 batu dari tempat tinggal kita . Tempoh melawat, mengembara atau melancong juga tidak melebihi 1 tahun. “ Aktiviti pelancongan ini boleh dilakukan di dalam negara atau luar negara. Merujuk kepada Pertubuan Pelancongan Sedunia atau dalam bahasa Inggeris nya World Tourism Organization/WTO ( salah satu badan pertubuhan dalam PBB), Pelancongan ialah juga merangkumi aktiviti hiburan, teori dan amalan, pekhidmatan , perniagaan operasi dan juga tarikan kepada pelancong atau juga dikenali sebagai pelawat.
Selangor Darul Ehsan merupakan sebuah negeri yang terletak di tengah Semenanjung Malaysia dan mengelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Lokasi negeri ini menjadikan ia kaya dengan pelbagai pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati.
DP EE SL TA IN NC AO SN IG A N
FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) DAERAH GOMBAK
FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) SEJARAH Setelah memperoleh perkenan sultan Selangor, Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) telah ditubuhkan di sebuah kawasan tapak bekas lombong bijih timah di kepong yang diusahakan sebagai kebun sayur pada tahun 1925. Pada tahun 1926, G.E.S Cubitt, meminta F.W. Foxworthy untuk menubuhkan unit penyelidikan hutan yang terpisah untuk jabatan perhutanan. Beliau juga menjadi ketua pengawai penyelidikan pertama di institut ini. Bangunan pejabat pertama IPP yang menempatkan muzium, makmal, bilik kerja, ruang pejabat, herbarium dan perpustakaan telah siap dibina pada tahun 1929. Aktiviti penyelidikan perhutanan di bangunan ini pada ketika itu merangkumi botani, silvikultur, ekonomi, kimia dsn zoologi sehingga bangunan ditambahkan setelah Perang Dunia II. Aktiviti penanaman bagi penubuhan petak percubaan penanaman pokok secara besar-besaran telah dimulakan seawal pada tahun 1926 dengan menggunakan 100 spesis pokok asli dan eksotik.
J.G. Watson yang berkhidmat sebagai timbalan pemeliharaan dan ahli ekonomi hutan telah memulakan usaha pembangunan arboreta atau koleksi tumbuhan hidup di FRIM pada tahun 1929. Dua arboretum pertama di FRIM ialah Arboretum Dipterokarpa dan Arboretum Bukan- Dipterokarpa. Rajah 1: Arboretum Dipterokarpa pada tahun 1939. Lapan tahun kemudian, institut telah diubah menjadi badan berkanun. Melalui Akta Parlimen, Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) dibentuk untuk mentadbir institusi yang kini dinamakan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM).
Perubahan bersejarah ini diumumkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Bin Muhammad ketika beliau mengunjungi FRIM pada 11 jun 1984. Perasmian FRIM secara rasmi berlaku kemudian pada 5 April 1986. Terdapat beberapa tarikan istimewa yang disediakan oleh FRIM iaitu Arboreta yang merupakan koleksi tumbuhan pokok hidup. Ia bertujuan untuk melakukan penyelidikan, pemuliharaan germplasma dan pendidikan. Sehingga kini FRIM mempunyai tujuh arboretum dan satu taman botani. Arboreta yang tertua iaitu arboretum dipterokarpa dan arboretum non-dipterokarpa yang telah ditubuhkan pada 1929. Kini arboretum dipterokarpa memilik 120 spesies sementara arboretum bukan dipterokarpa mempunyai 169 spesies daripada 45 keluarga.
Galeri Penyelidikan FRIM Galeri penyelidikan merupakan pengubahan imej muzium FRIM kepada sebuah pusat pengumpulan setempat pelbagai hasil aktiviti para penyelidik FRIM dalam bentuk poster, majalah, risalah, bahan produk, sampel, specimen, model dan prototaip penyelidikan yang dipamerkan. Galeri penyelidikan FRIM telah dirasmikan oleh YB Dato Douglas Unggah Embas, menteri sumber asli dan alam sekitar (NRE) pada Mac 2010. Tujuan penubuhan Galeri Penyelidikan FRIM adalah mengukuhkan FRIM sebagai sebua pusat penyelidikan kecermelangan dan rujukan kepada umum. Galeri Penyelidikan FRIM menggambarkan tanda kejayaan FRIM khususnya dalam bidang penyelidikan perhutanan tropika, pelbagai hasil kejayaan kepakaran dalam penyelidikan bidang perhutanan.
Galeri Penyelidikan FRIM mempunyai reka bentuk yang berkonsepkan moden dan kontemporari yang merangkumi lima komponen Komponen yang pertama ialah pengumpulan pelbagai koleksi bahan, produk, sampel, specimen, model dan prtotaip penyelidikan serta pembangunan beberapa unit diorama butan tropika. Komponen yang kedua adalah pengumpulan pelbagai rujukan buku penyelidikan FRIM, risalah termasuk maklumat korporat FRIM, poster penyelidikan yang memberikan maklumat terperincil tentang bahan, produk, sampel, specimen, model dan prototaip penyelidikan. Komponen yang ketiga pula ialah persembahan interaktif untuk memberi kefahaman secara lebih jelas dan berkesan kepada pengujung yang inginkan maklumat lebih terperinci. Komponen yang keempat pula adalah penempatan sebuah kuanter perkhidmatan pelanggan dilengkapi perabot dan peralatan yang bersesuaian khususnya untuk pelawat rasmi yang berkunjung ke Galeri Penyelidikan FRIM.
Komponen yang kelima adalah sokongan kepada struktur dan hiasan dalaman Galeri Penyelidikan FRIM unutk menonjolkan suasana keselesaan dengan motif sampingan yang bersesuaian dengan imej FRIM sebagai pusat penyelidikan perhutanan termasuk kesan khas yang mengandungi bunyi- bunyian yang bersesuaian. Rajah 2: Galeri Peyelidikan FRIM Rajah 3: Galeri Penyelidikan FRIM
Selain daripada galeri Penyelidikan FRIM rumah tradisional melayu juga merupakan tarikan istimewa dimana rumah tradisional melayu di FRIM merupakan rumah Terengganu ini telah dibina sepenuhnya daripada kayu cengal dan tanpa paku tunggal. Rajah 4 dan 5: Rumah tradisional melayu di FRIM
Tempat istimewaan yang menarik yang ada di FRIM terdapat juga aktiviti-aktiviti alam yang dianjurkan oleh FRIM. Salah satunya adalah nerkhemah kem perah. Tapak perkhemahan kem Perah merupakan popular dengan membuat aktiviti berkumpulan. Rajah 6 dan 7 :Perkhemahan kem Perah
KABIN CAMP DAERAH KUALA SELANGOR
KABIN CAMP (KSCC) ❖ Kabin Camp (KSCC) adalah satu keunikan dan kelainan di kuala Selangor yang bersuasana kampong harmoni, damai, dan mesra alam. ❖ KSCC juga menawarkan pelbagai fasiliti yang unik dan berkonsepkan kelainan yang dibawa. Ia adalah merupakan tunjang kekuatan KSCC. ❖ KSCC juga menawarkan pelbagai pakej yang mengikut keperluan pelanggannya Pakej full iaitu KSCC Pakej STM iaitu KSCC menawarkan sewa tempat, menawarkan sewa tempat makan, dan perunding dan makan sahaja Pakej ST iaitu KSCC menawarkan sewa tempat sahaja Pakej tidur dimana KSCC menawarkan pelbagai penginapan iaitu homestay, Arabian canopy, busstay, cabinstay toilet, cabinstay biasa, cabinstay ‘A’ type, giant tunnel tent, tubestay, hobbit stay, tent biasa, cabin twin atas, cabin twin bawah, cabin river riew, dan bilik pentas.
Rajah 8, 9, 10, dan 11 : KabinStay
❖ Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik yang disediakan oleh KSCC kepada pelanggan- pelanggannya agar dapat menghiburkan diri mereka ketika menginap di KSCC. ❖ Antara ativiti yang disediakan adalah spider web, kolam mandi, suapan pertama, ping pong, tiupan belon, super hero, solat dhuha, mud spa, Burma brige, pualu impian, kawad kaki, malam kebudayaan dan sebagainya
Rajah 12 : Menunjukkan aktiviti-aktiviti di KSCC
LAGUNA PARK PULAU INDAH DAERAH KLANG
LAGUNA PARK PULAU INDAH Pulau Indah atau nama lamanya, Pulau Lumut, merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia. Pulau indah adalah sebuah pulau di Daerah Klang, Selangor, Malaysia yang sebelumnya dikenali sebagai Pulau Lumut. Pulau ini menempatkan 20,000 karang keseluruhannya. Laguna park pulau indah adalah merupakan satu tempat yang baru dibuka kepada masyarakat yang mengadakan pelbagai aktivti yang menarik. Laguna Park menjadi satu tumpuan kepada golongan belia bagi aktiviti memancing pada waktu petang dan juga malam. Salah satu lokasi pemandangan panorama yang menarik terutamanya pada waktu subuh dan senja yang membuat pengunjung tertarik.
Rajah 13,14 dan 15 : Laguna Park
INIKI RIVER RESORT DAERAH HULU SELANGOR
INIKI RIVER RESORT Sungai Inki terletak di Kalumpang, Selangor, Malaysia. Sungai ini mengalir hingga di antara Kampung Gumut dan Gumut Tambahan. Seterusnya hingga ke Hulu Bernam dan menjadi pemisah antara Selangor dan Perak yang dinamakan Sungai Bernam. Sungai Inki ataupun dikenali sebagai Kawasan rekreasi Sungai Inki terletak di 11km dari bandar Tanjung Malim. Kawasan ini sesuai untuk mengambil udara segar, bersantai dan berkelah pada hujung minggu. Terdapat pelbagai kemudahan di Sungai Inki Perkemahan Bilik Ruang Solat Persalinan Ruang Tempat Letak Berehat Kereta Sungai Inki terletak di Jalan Pasir Putih 4, Kampung Pasir Putih, 44100 Kerling, Selangor. Sungai ini mengalir hingga di antara Kampung Gumut dengan Gumut Tambahan. Seterusnya hingga ke Hulu Bernam dan menjadi pemisah antara Selangor dan Perak yang dinamakan Sungai Bernam.
Sungai Inki sangat terkenal dengan orang Kalumpang dan pencinta alam semula jadi yang biasa ke sana lebih-lebih lagi yang suka mandi manda serta berkelah di sungai yang mana suasananya sungguh nyaman dan segar. Air daripada sungai ini yang paling ulu sekali juga direzabkan sebagai kawasan tadahan hujan yang menjadi tempat larangan yang diselenggara oleh Jabatan Bekalan Air bagi seluruh kawasan Kalumpang. SEJARAH ➢ Sungai ini juga mempunyai cabang sungai kecil yang menjadi sumber air untuk kegunaan orang-orang diKampung Pasir Puteh pada era 1950-an hingga ke 80-an. ➢ Orang kampung telah membina ➢ sebuah 'Pancur' yang dibahagikan dua untuk mengasingkan pengguna laki-laki dan perempuan. ➢ Malangnya pancur ini tidak lagi popular seperti dahulu kerana pembangunan telah merubah ➢ corak kehidupan orang kampung dan semua penduduk di kampung ini telah mendapatkan ➢ bekalan air paip yang bersih.
Di sepanjang Sungai Inki ada beberapa tempat yang telah diberi nama oleh orang-orang Kampung Pasir Puteh di mana yang paling atas sekali dibina taman rekreasi siap dengan wakaf untuk sekeluarga berkelah yang dipanggil 'tempat rekreasi'. Sungai ini dimajukan oleh seorang pengusaha Challet yang menamakan tempat itu sebagai 2'Kalumpang Recreation & Training Resort - KRTC', ke bawah sedikit ada sebuah tempat yang agak terkenal di antara kalangan orang yang pernah ke sana. Ia menjadi tempat paling digemari oleh penduduk kampung berdekatan untuk berkelah dan mandi manda yang dinamakan'Jambatan Roboh' kemudian diikuti dengan sebuah tempat yang dinamakan 'Lubuk Tempayan' dan di muara pula dinamakan'Sungai Kala' berdekatan dengan pengusaha Challet yang sama yang menamakan tempat itu sebagai 'Pasir Putih Resort'.
Rajah 16 : Pondok di Iniki River Rajah 17 : Iniki River
Rajah 18 :Tempat rekreasi di Sg. Inki ➢ Sungai Inki juga berfungsi sebagai Kalumpang Resort And Training Resort. ➢ Tempat ini merupakan resort milikan bumiputera yang telah memulakan operasi sejak dari tahun 2005 lagi. ➢ Resort yang berkonsepkan ala agro ini telah di bina di dalam kawasan dusun buah-buahan di tanah seluas 17 ekar. ➢ Resort ini mempunyai lebih dari 70 unit chalet yang telah di bina dengan cantuman eleman semulajadi dan moden.
RUMAH API BUKITJURGA DAERAH KUALA LANGAT
RUMAH API BUKIT JURGA SEJARAH ✓ Mukim Bandar atau Jugra pada suatu ketika dahulu 1814 hingga 1903 terkenal sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor yang kini mula dilupakan. ✓ Bukit Jugra merupakan salah satu sejarah yang rakyat Malaysia perlu tahu nama Jugra tercatat dalam sejarah lama sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu ketika Bendahara Tun Perak dihantar ke Klang sebagai wakil sultan di sana. ✓ Daerah Langat diambil sempena nama sungai yang bermaksud 'air hangat’. ✓ Sebenarnya perkembangan Jugra mula dijadikan petempatan diraja ✓ sejak 1826, iaitu ketika Raja Mohamed menyerahkannya kepada adindanya Raja Abdullah sebagai hadiah membantu baginda menjadi sultan. ✓ Ketika itu Langat merupakan antara pengeluar timah (Rekoh di Hulu Langat) dan rotan yang utama selain Lukut. ✓ Menurut catatan Inggeris, terdapat kira-kira 500 orang penduduk tinggal di situ.
✓ Setelah kemangkatan raja Abdullah pada 1857, Sultan Abdul Samad pula ditabalkan menjadi sultan yang baru. ✓ Mulanya pelayar dan pelaut menjadikan beberapa lokasi termasuk Bukit Jugra sebagai pedoman pelayaran. Jarak dan masa pelayaran dikira dari lokasi-lokasi rujukan ini. ✓ Namun pelayaran pada waktu malam begitu sukar kecuali pada malam-malam bulan purnama. ✓ Kapal-kapal terpaksa melabuhkan sauh ketika malam menjelma. Banyak kapal terkandas dan terdampar, tak kurang juga yang karam kerana terlanggar beting pasir dan pantai yang cetek ketika belayar malam. Itu belum lagi termasuk kapal, tongkang atau sampan yang terpaksa berlindung di sebalik pulau- pulau mengelakkan ribut pada waktu malam Rajah 18 :Istana Jugra Lama pada 1874
✓ Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, ‘A History of Selangor’ 1766 hingga 1939, bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat dijaga melalui sungai Langat untuk dieksport. ✓ Bijih timah diangkut dengan tongkang sehingga pengkalan berhampiran bandar Temasya (Bandar Langat) ✓ dan kemudian diangkut menggunakan kereta lembu melalui jalan darat sejauh 4 batu dan dipunggah semula ke atas kapal wap yang sedia menunggu di Kuala Jugra. ✓ Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut. ✓ Lokasinya dikenalpasti dengan membina terusan sejauh 200 ekar dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra, juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut. ✓ Jarak cabang kedua sungai Langat tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja. ✓ Maka pada sekitar pertengahan 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan dengan persetujuan sultan.
Rajah 19 : Pekan Jugra yang lama ✓ Kapal wap berulang alik ke Jugra dari Klang ke Jugra dua minggu sekali. ✓ Tongkang dan kapal wap kepunyaan pedagang berbangsa Cina juga berlabuh di jeti Batu Hampar Jugra. ✓ Pada bulan November 1891, longgokan timah bermutu tinggi (68% tulin) ditemui dan seterusnya dilombong di sepanjang Sungai Jugra hingga ke pantai Selat Melaka. ✓ Jugra kini berkembang menjadi sebuah pekan yang maju. ✓ Terdapat dua baris deretan kedai dibina di pekan ini bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan, pekerja estet dan pentadbir British. ✓ Pada tahun 1909 pekan Jugra diuruskan oleh Sanitary board yang menguruskan kerja-kerja perbandaran seperti penyalaan lampu awam dan sebagainya.
✓ Pada tahun 1945, tapak jeti dan Sungai Jugra menjadi fokus dunia semula. ✓ Dengan kerjasama Mr. Notly, bekas pengurus di Bandar Estate, seramai 1200 orang Tentera Berikat serta kelengkapan kereta kebal mendarat di suatu tempat di tebing sungai, ✓ Tempat merupakan tempat batu kuari diangkut dari Jugra, seterusnya menyusuri Sungai Langat sejauh 12 kilometer sehingga ke Telok Datok. Rumah Api di atas Bukit Jugra menjadi tempat pelancong di Malaysia Bukit Jugra sudah dikenali oleh ramai pedagang-pedang Arab, India, Siam dan China, lama sebelum kedatangan penjajah Barat Portugis, Belanda, Inggeris dan Perancis. Pembukaan Terusan Suez yang menyaksikan ratusan kapal-kapal wap merentasi Selat Melaka untuk ke India,China dan Asia Timur.
Rajah 20 dan 21 : Rumah Api Jurga
Pengunjung boleh mengunjung tempat menarik ini yang memiliki ketinggian 120 meter dari permukaan laut. Walaupun beberapa meter kedengaran 120 meter, pemandangan di hujungnya cukup layak untuk didaki di mana rumah api dan sungai Langat yang mengalir ke Selat Melaka. Bukit Jugra penuh dengan pokok tua dan matang. Pokok yang tua ni menjadika tempat menjadi lagi menarik dan lebih menyenagkan dan mendidik. Pengunjung di sana biasanya pergi untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti mengembara dan lain-lain yang sangat menarik. Rajah 22 : Aktiviti yang berlaku di Bukit Jugra
AVANI GOLDCOAST SEPANG RESORT DAERAH SEPANG
AVANI GOLDCOAST SEPANG RESORT SEJARAH Sejarah Avani Goldcoast Resort bermula tahun 2012,dahulu resort ini dikenali sebagai Golden Palm Tree Resort.Kini indah tersergam menatap alam dengan nama Avani Sepang Goldcoast Resort. Rajah 23 : Pemandangan Avani Goldcoast dari atas
Memandangkan jarak bilik atau villa agak jauh dari lobby resort, servis buggy disediakan 24 jam bagi memudahkan para tetamu resort untuk pergi ke bilik dan membawa semua luggage dan beg ke bilik. Selain servis buggy, basikal juga boleh digunakan secara percuma oleh para tetamu untuk bergerak ke mana-mana kawasan dalam resort. ➢ Kemudahan asas Avani Sepang Goldcoast Resort yang best adalah bilik-bilik yang terletak di sepanjang pelepah pokok (yang dipanggil sebagai Trunk) ni lebih kurang 5 kilometer jaraknya. ➢ Restoran, kolam renang, spa dan gym pula terletak di bahagian tengah pelepah pokok kelapa.
Rajah 24, 25 dan 26 : Restoran, kolam renang, spa dan gym
Rajah 27,28 dan 29 : Bilik Di Avani Goldcoast Resort
MUZIUM SULAN ALAM SHAH DAERAH PETALING
Search