1 BAB 2 SOROTAN LITERATUR BERKESAN Khadijah Alavi PENGENALAN Sorotan literatur dalam menulis tesis dan disertasi bukan tugas yang mudah. Penulis memerlukan kemampuan membuat perancangan, pemetaan sorotan literatur dalam bidang tujahan, ketelitian (meticulous) melihat hubungan antara pelbagai data, kajian-kajian lepas dalam bidang dan akhirnya yang paling utama ialah seseorang penulis perlu ada imajinasi minda. Imajinasi minda dalam sorotan literatur boleh menentukan hasil penyelidikan bermanfaat, relevan, keaslian dan novelty bagi keseluruhan penulisan tesis atau disertasi. Ciri- ciri sorotan literatur berkesan adalah literatur yang tersusun dan mempunyai perkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain; penilaian literatur yang mengikut turutan penulisan kritis dan kreatif; mengenalpasti tren dan corak literatur mengikut kronologi dan setiap penulisan perlu literatur sintesis bagi menampilkan penulisan akademik berkualiti. Penulisan akademik berkualiti dalam sorotan literatur berpandukan kepada definisi operasional sehingga menampilkan ringkasan pelbagai kajian lepas dalam bentuk penceritaan ilmiah terhadap fenomena kajian. TUJUAN SOROTAN LITERATUR Sorotan literatur bertujuan untuk menghuraikan pengetahuan, konsep, teori yang berhubungkait dengan penyelidikan yang belum diteroka, kurang difahami atau diabaikan. Dalam penulisan tesis dan disertasi terdapat beberapa tujuan sorotan literatur (Kiteley & Stogdon, 2014; Jesson et al. 2011; Fink 2005 dan Hart 1998) seperti berikut: a. Memberi gambaran keseluruhan sumber mengenai topik yang dikaji bagi menghuraikan kepada pembaca mengenai kesesuaian topik penyelidikan dalam bidang pengajian yang lebih meluas. b. Memaparkan perkembangan sorotan literatur secara kronologi (urutan masa) fokus penyelidikan. c. Merumuskan pengetahuan dalam sesuatu bidang dan menggabungkan pelbagai keputusan kajian lepas bagi menyakinkan kepentingan penyelidikan yang hendak dikaji.
2 d. Mengemukakan satu penambahan korpus ilmu dengan mencadangkan idea baru melalui teori, dasar dan praktis kerja sosial. e. Mengenalpasti jurang atau percanggahan dengan menganalisis sorotan literatur terdahulu untuk membentuk satu tajuk baru dalam penulisan tesis atau disertasi. f. Mengenalpasti kaedah, pendekatan dan teknik pengumpulan data yang telah dijalankan oleh pengkaji lain. g. Meneroka idea, kesimpulan, cadangan teori dan metodologi melalui persamaan dan perbezaan dalam persembahan sorotan literatur secara penilaian kritikal. h. Mengemukakan konteks dan fokus penyelidikan yang akan dijalankan. Pengkaji boleh menghasilkan sorotan literatur yang berkesan apabila mampu untuk menjawab beberapa persoalan berikut: Apakah sumber Pencarian Apakah idea, konsep, maklumat yang utama? sorotan teori dan praktis? literatur Apakah isu utama dan Apakah epistimologi, ontologi perdebatan topik kajian berpadukan dan metodologi yang anda? persoalan dan mendasari disiplin penyelidikan objektif kajian anda? Apakah dasar atau polisi yang berkaitan topik Apakah persoalan utama dan kajian? permasalahan terkini yang telah anda kenalpasti ? Apakah takrif dan definisi topik kajian anda? Apakah pengetahuan dalam topik penyelidikan anda di struktur dan di organisasikan? Bagaimanakah persoalan ini mampu dijawab sehingga meningkatkan pemahaman dan pengetahuan bagi mengklasifikasikan kecakupan sorotan literatur mengikut persoalan dan objektif penyelidikan yang bakal anda jalankan? Rajah 1: Membuat sorotan literatur berkesan Sumber: Adaptasi Kiteley & Stogdon, 2014; Jesson et al. 2011; Fink 2005 dan Hart 1998 Rajah 1 memaparkan beberapa persoalan yang perlu dijawab untuk mencapai pencarian sorotan literatur yang berkesan. Diakhir pencarian sorotan literatur penulis mampu menjawab
3 kecakupan persoalan dan objektif sesuatu penyelidikan yang hendak dijalankan. Tips apabila melakukan sorotan literatur adalah pencarian teori yang sesuai dengan fokus kajian anda; bagaimana penyelidikan terdahulu (metode dan kaedah kajian) dilakukan dan apakah jurang kajian lepas (berkaitan tajuk, persoalan kajian, permasalahan kajian, metodologi dan teknik analisis data) yang anda ingin mencari bagi memenuhi keaslian dan novelty dalam merangka tesis atau disertasi anda. PENGURUSAN DATA SOROTAN LITERATUR Memulakan penulisan merupakan satu perkara bukan mudah tetapi terdapat beberapa cara untuk membantu pelajar memulakan penulisan sorotan literatur dalam tesis dan disertasi. Menurut Hart (1998) mendapati bahawa dalam tahap menulis sorotan literatur mempunyai tiga tahap penting iaitu, input, proses dan output. Rajah 4: Tahap Penulisan Sorotan Literatur Sumber: Hart 1998 a) Input ( Sumber dan Alat Pencarian Maklumat) Pencarian sumber maklumat untuk sorotan literatur melalui dua cara iaitu alat pencarian maklumat dan sumber maklumat. Pertama, alat pencarian maklumat merangkumi pencarian perpustakaan, online database, katalog perpustakaan, laman sesawang (internet), END NOTE, mendeley, BibMe (sistem pengurusan rujukan APA, MLA atau Chicago) dan MindMup (online
4 mind mapping canvas). Terdapat pelbagai alat pencarian sumber maklumat secara percuma bagi memudahkan penulisan tesis dan disertasi. Kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word, Excel, SPSS, Atlas Ti dan sebagainya bagi memudahkan pelajar mengedit tesis dan penyimpanan rekod penambahbaikan tesis. Kedua, sumber maklumat ialah jurnal yang berimpak tinggi dibawah ISI WoK; Scopus dan disiplin specifik (sains sosial, perubatan, kejururawatan dan sebagainya). Kebolehpercayaan sumber maklumat terdiri daripada buku dan jurnal ilmiah berkualiti, laporan kerajaan, laporan kewangan, laporan perangkaan, bahan arkib, tesis dan disertasi yang terdahulu serta lain-lain jenis sumber maklumat yang sesuai merupakan data sekunder bagi penulisan tesis dan disertasi. b) Proses Sorotan Literatur Memproses sorotan literatur terdiri daripada beberapa perkara iaitu pengetahuan dan pemahaman tentang fokus kajian; perlaksanaan; analisis; sintesis dan penilaian. Pengetahuan dan pemahaman sorotan literatur bergantung kepada kecakupan sesuatu isu dan permasalahan yang ingin dikaji oleh penulis. Ianya sangat bergantung kepada persoalan dan objektif kajian yang telah ditetapkan. Perlaksanaan dalam proses penulisan sorotan literatur pula dimulakan dengan mengenalpasti konsep, topik dan subtopik yang bersesuaian dengan fokus persoalan kajian dengan membuat pemetaan setiap kategori tersebut. Diperingkat analisis data, penulis perlu memahami hipotesis, model yang akan digunakan bagi menghuraikan perbezaan dan persamaan antara literatur. Dalam peringkat ini penulis perlu mencari jurang kajian atau kekurangan kajian lepas. Apa itu jurang kajian dalam penulisan sorotan literatur? Apakah perbezaan jurang kajian (research gap) atau jurang pengetahuan (knowledge gap)? Dalam penulisan tesis, pelajar perlu memberi sumbangan baru kepada korpus ilmu atau mengisi jurang untuk pengetahuan sedia ada (filling knowledge gap or research gap). Bagi membantu pelajar mengenalpasti jurang kajian adalah melalui hipotesis di mana pelajar akan mengembangkan ilmu pengetahuan, metodologi dan cadangan praktis kerja sosial dalam bidang tujahan masing-masing. Pada tahap mencari jurang kajian pelajar perlu sintesis dan analisis sumber rujukan, mengeluarkan sesuatu konsep atau paradigma baru daripada sorotan literatur terdahulu dengan
5 mengenalpasti isu dan masalah yang belum dikaji, idea baru, permasalahan daripada model atau rekabentuk kajian lepas dan memperincikan kesimpulan dan cadangan (Hart 1998). c) Output Sorotan Literatur Proses penulisan output sorotan literatur merupakan tugas yang paling sukar terutama menghasilkan penulisan akademik berkualiti tinggi. Biasanya deraf seterusnya lebih mudah daripada deraf pertama. Penulisan sorotan literatur perlu dalam bentuk sebuah penceritaan yang berbentuk sistematik. Penulisan sistematik ialah mudah difahami, bahasa yang tepat, menarik dan tersusun sebagai sebuah penceritaan bagi merungkaikan isu atau permasalahan tujahan kajian. Penulisan sorotan literatur perlu mempertimbangkan konsep-konsep yang dibincangkan boleh empirik (boleh diukur); mudah untuk ditafsirkan dan mempunyai implikasi jangka pendek dan jangka panjang. Pelajar perlu menjadikan proses penulisan tesis dan disertasi sebagai aktiviti harian dimana satu muka surat atau 350 perkataan setiap hari. Menurut Vijay dan Bujang (2011) penyelia perlu mengalakkan pelajar pascasiswazah untuk menulis 500 hingga 1000 perkataan satu hari. Pelajar juga perlu mengelak daripada sikap menulis selepas menjalankan pengumpulan data atau semasa menganalisis data. Terdapat empat (4) prinsip utama dalam menghasilkan output dalam penulisan sorotan literatur iaitu i) pembelajaran berlaku melalui proses penulisan; ii) kualiti terhasil melalui ulangkaji (revision); iii) kefasihan penggunaan bahasa melalui kebiasaan amalan penulisan dan iv) menjadikan penulisan sebagai tabiat. Walaubagaimanapun, semua calon pascasiswazah ditahap permulaan akan mengalami perasaan di mana kalimat yang ditulis itu cetek, kosong, tidak bermakna, tidak mendalam, tidak dapat menyampai maklumat yang tepat. Maka timbul perasaan tidak puashati, kecewa dan gagal yang membawa kepada pelarian, melemahkan semangat, rasa tidak berdaya untuk meneruskan penulisan tesis atau disertasi. Menurut Salleh dan Zuriah (2010) emosi negatif dalam kalangan pelajar pascasiswazah seperti risau, bimbang, takut, curiga, rendah diri, tidak berkeyakinan menjadi penghalang untuk mengambil risiko melanjutkan keinginan untuk menulis tesis terutama bab sorotan literatur. Pelajar perlu memastikan bahawa rujukan dalam sorotan literatur terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sumber sejarah, sumber kontemporari dan sumber terkini. Sumber sejarah dalam bidang tujahan penyelidikan pelajar yang menghuraikan sesuatu peristiwa atau rentetan
6 definasi teori lama (grand theory) misalnya teori-teori psikologi dan sosiologi. Sumber kontemporari ialah rangkuman rujukan dan kajian lepas dalam tempoh 10 tahun kebelakang yang membincangkan isu dan fenomena kajian lepas berkaitan tujahan penyelidikan pelajar. Pelajar juga perlu memastikan kajian terdahulu dalam tempoh 5 tahun kebelakang juga perlu diambil kira dalam penulisan sorotan literatur. PENULISAN RANGKA SOROTAN LITERATUR Rangka sorotan literatur dalam penulisan ilmiah mempunyai struktur penulisan yang sama dalam semua bidang sains sosial. Ianya terdiri daripada tiga bahagian iaitu pengenalan, isi penting dan rumusan. Rajah 2 memperincikan penulisan rangka sorotan literatur bagi pelajar merangka penulisan sorotan literatur. Rajah 2: Penulisan Rangka Sorotan Literatur (a) Pengenalan Dalam bab sorotan literatur, bahagian pengenalan membincangkan fokus kajian dan idea utama dalam sesuatu permasalahan yang dijalankan. Pengenalan amat penting untuk menarik minat pembaca untuk memahami fokus penyelidikan. Ianya menyediakan latar belakang atau kronologi isu, permasalahan kajian dan pengkaji perlu membincangkan perbezaan dan
7 persamaan yang menimbulkan persoalan berpandukan kajian lepas sehingga menarik minat pembaca keseluruhan penulisan. Pengkaji juga boleh memperincikan justifikasi mengapa dan bagaimana kajian ini akan dijalankan berpandukan kepada perangkaan terkini, laporan kementerian, laporan kewangan dan pelbagai data yang berwibawa. (b) Isi penting dalam penulisan ilmiah Penulisan memerlukan banyak fakta, pembuktian dan sumber maklumat dalam mengklasifikasikan sebagai penulisan akademik. Pelajar sering bertanya soalan berapa banyak maklumat yang diperlukan dalam sorotan literatur? Berapa muka surat mencukupi untuk menulis sorotan literatur? Berapa teori yang diperlukan untuk mencakupi sorotan literatur dan sebagainya. Justeru, kecukupan perdebatan sorotan literatur tidak ada salah betul tetapi ianya bergantung kepada naluri pengkaji memberi maklumat terperinci dengan pembuktian berbentuk statistik, petikan, carta dan rajah. Perdebatan sumber maklumat daripada penulis terdahulu perlu dibahas dengan menyokong idea atau menolak idea, konsep dan teori tersebut. Setiap perbahasan perlu ada justifikasi kenapa menyokong atau menolak idea penulis terdahulu. Penulisan perlu ada suara dalam membahas penemuan dan pendapat orang lain. Pembuktian sumber rujukan amat penting kerana 90% maklumat dalam bab sorotan literatur yang dikemukakan adalah sumbangan kesarjanaan orang lain. Maka cara membuat petikan mesti tepat, transparen dalam memanfaatkan pendapat orang lain dan hormati hak intelektual. Sivachandralingam (1999) setiap perenggan perlu ada tiga perkara iaitu penonjolan idea utama, urutan idea dan berakir dengan kesatuan idea. Dalam mengemukakan penonjolan idea utama adalah perlu menggunakan ayat penyambung. Misalnya justeru, manakala, sebaliknya, walau bagaimanapun, tetapi, selari dengan, sehubungan dengan itu dan sebagainya. Penggunaan kata penghubung bagi memastikan kelancaran idea dalam penulisan ilmiah dan memberi penekanan membahaskan maklumat kepada pembaca. Sehubungan dengan itua, penulisan ilmiah mesti utuh daripada segi isi, struktur, persembahan, analisis kandungan dan penggunaan gaya bahasa. Bahagian tubuh bab sorotan literatur mempunyai perkaitan dengan argumentasi hujah. Penulis perlu mengemukakan hujah dan perbahasan sesuatu permasalah kajian yang akan menyakinkan pembaca. Penguasaan perbendaharaan kata dan gaya bahasa yang kemas, teratur, berkesan dan mengikut keutamaan berdasarkan persoalan dan objektif kajian Sivachandralingam (1999).
8 Gaya penulisan ilmiah perlu padat, tepat, analitikal, tidak berulang, lancar dan bersinambung. Perkara yang perlu dielak ialah kerat dan tampal (copy and paste) serta ayat atau perenggan yang melompat-lompat. Tips pertama melancarkan penulisan gaya penulisan ilmiah adalah membaca dengan mengeluarkan suara sehingga tidak tersekat-sekat atau terhenti semasa membaca ayat atau perenggan yang telah ditulis. Tips kedua ialah memberi pembaca kedua untuk mengenalpasti kelancaran penulisan ayat dan perenggan. Perbahasan mesti dianalisis dan memberi makna kepada setiap jadual atau rajah yang dikemukakan dalam tesis atau disertasi. Ambil berat tentang penggunaan bahasa kerana menulis adalah satu seni kreatif dan juga menambah kuantiti dan kualiti korpus ilmu sains. Menyulam ayat penghubung adalah seni dan memberi pembuktian logik berasaskan rujukan adalah sains. Sorotan literatur merupakan gabungan seni dan sains dalam penulisan akademik. (c) Rumusan bab Bahagian rumusan dalam sorotan literatur perlu merangkumkan semua perbahasan yang telah dikemukakan dalam bahagian pengenalan dan isi penting (badan). Ukuran perenggan memadai dengan satu atau dua perenggan. Anggaran jumlah perkataan ialah sebanyak 50 hingga 100 patah perkataan untuk penulisan rumusan setiap bab dalam tesis dan disertasi. Senarai semak untuk bahagian rumusan adalah mengemukakan jurang kajian, bagaimana kajian terdahulu mencetuskan idea penyelidikan sekarang dan pemilihan metodologi. Rumusan juga perlu menerangkan secara ringkas perlaksanaan teori dan amalan serta implikasi penyelidikan masa depan. PENGGUNAAN KONSEP, HIPOTESIS, TEORI DAN MODEL Teori ditakrifkan daripada pelbagai aspek dan pandangan para penyelidik. Teori merupakan serangkai andaian, konsep, konstruk, takrifan dan proposisi untuk menerangkan sesuatu fenomena atau gejala sosial secara sistematis dengan memperincikan hubungan antara pembolehubah bagi menjelaskan dan meramalkan fenomena yang dikaji. Menurut Garrison (2000) teori merupakan satu penyusunan idea, konsep dan model secara koheren dan sistematik bagi tujuan membina makna untuk menjelaskan, mentafsirkan dan mencorakkan amalan. Teori membekalkan persepktif yang dapat mengurangkan kerumitan dalam menjelaskan fenomena yang kompleks dan pada masa yang sama, mencadangkan generalisasi. Himpunan pengetahuan yang disebutkan sebagai satu teori ialah satu set
9 pernyataan yang telah disusun dan diolah bagi tujuan memahami fenomena dan memandu pengkaji kepada praktis atau amalan. Kebergunaan suatu teori berkait secara langsung dengan kebolehan teori tersebut untuk memandu penyelidikan dan amalan praktikal dalam disiplin ilmu yang tertentu. Nik Aziz (2003) mendapati bahawa kebergunaan teori dapat membantu penyelidik mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah (variable) yang signifikan, menggabungkan pelbagai hasil penyelidikan untuk membentuk satu himpunan pengetahuan yang padu, saling berkait dan mengenalpasti gejala sosial yang relevan untuk kajian lanjutan. Tanpa teori yang signifikan, keberangkalian memandu penyelidik untuk memperoleh hasil kajian berkualiti adalah amat rendah. Kedudukan perbahasan teori dalam bab sorotan literatur adalah kerana penyelidik perlu melakukan penelaahan bahan bacaan perpustakaan sebanyak 70% penggunaan masa untuk membaca dan merumus teori-teori yang dikenalpasti. Maka data sekunder daripada sumber bacaan merupakan tunjang kepada penulisan bab sorotan literatur. Pembentukan suatu teori pada awalnya berpandukan kepada sumber rujukan daripada teori-teori penyelidik terdahulu. Menurut Manase (1985) terdapat dua cara pembentukan teori iaitu induksi dan deduksi. Cara induksi ialah proses penarikan kesimpulan secara umum daripada sejumlah fenomena sosial khusus. Bermula dengan fenomena khusus yang akhirnya disimpulkan secara umum. Cara deduksi pula ialah penurunan kesimpulan fenomena umum kepada lebih khusus. Penggunaan teori dalam tesis dan disertasi bermula pada bab 1 bagi membimbing pelajar membincangkan permasalahan kajian; bab 2 membantu pelajar membincangkan kata kunci yang diperolehi daripada objektif yang disusun melalui 3 hingga 5 patah perkataan dalam konsep dan operasional yang dihuraikan lebih terperinci dalam bab sorotan literatur; bab 3 pula memandu pelajar semak metod yang digunakan dalam pembentukan teori yang telah dibina oleh penyelidik terdahulu; bab 4 dan 5 hasil kajian dan perbincangan mengaitkan penemuan hasil penyelidikan dengan kajian-kajian terdahulu dan akhirnya bab 6 memperincikan teori terdahulu, mencadangkan teori baru dan membina kerangka metodologi bagi penyelidik akan datang. Perbahasan teori bukan sahaja dalam bab sorotan literatur tetapi mencakupi keseluruhan tesis atau disertasi pelajar.
10 Kebanyakan pelajar menggunakan teori yang umum berasal daripada pelbagai sumber disiplin dan bidang. Antara disiplin dan bidang yang digunakan dalam membincangkan teori kerja sosial ialah sosiologi, psikologi, gerontologi, ekonomi dan sebagainya. Perbahasan bab ini ingin membimbing pelajar kerja sosial menggunakan teori dengan lebih tepat dan jitu. Menurut Carolyn et al. (2014) mendapati bahawa dua istilah yang kerap digunakan dalam profesi kerja sosial ialah teori tingkah laku manusia dalam persekitaran sosial (human behavior in the social environment [HBSE]) dan pelbagai teori praktis kerja sosial. Teori HBSE dalam kerja sosial mefokuskan kepada timbal-balik antara individu dan persekitaran sosial. Diperingkat makro merangkumi perkembangan manusia sepanjang hayat yang mengabungkan teori-teori besar (grand theory) dengan pendekatan psikodinamik, ketaksamaan sosial dan sebagainya. Penggunaan gabungan teori ini dapat membantu pekerja sosial memahami isu sosial klien dan persekitaran dengan lebih komprehensif terutama dalam mengenalpasti permasalahan kajian sehingga perancangan rawatan sosial. Sebaliknya, penggunaan teori dalam praktis kerja sosial boleh membantu klien untuk membimbing kekuatan dan kemampuan strategi daya tindak bagi mencari sumber daya tindak dalam membina kesesuaian antara persekitaran fizikal, sosial dan emosi. Formula yang digunakan ialah seperti berikut: Lewin Kurt (1951) iaitu person-environment interaction dalam bentuk persamaan B=f (P, E). o B (tingkahlaku)/ Behavior adalah fungsi manusia o f (fungsi)/fungsional o P (person) dan E (persekitaran)/Environment. Hubungan antara individu, sosial dan persekitaran membentuk personaliti seseorang. Maka pengaruh luaran amat perlu bagi membentuk penyesuaian antara individu dan persekitaran. Dalam mengaplikasikan praktis kerja sosial memerlukan analisis kritiakal bagi memandu pekerja sosial mengkaji sistem sosial, diagnosis dan merancang intervensi yang sesuai bagi klien. Selepas meninjau sorotan literatur, jelas menunjukkan bahawa garis pemisah antara teori HBSE dan teori praktis agak kabur dalam mengaplikasikan penulisan tesis atau disertasi kerja sosial. Garis pemisah antara dua jenis teori (teori umum dan teori praktis) dalam kerja sosial saling berkaitan dan bertindih antara satu sama lain (Carolyn et al. 2014). Berpandukan sorotan literatur terdapat lapan definisi teori dalam kerja sosial bagi membantu pelajar mengenalpasti peranan teori dalam kerja sosial adalah seperti berikut (Jadual 1):
PENGARANG 11 Simon (1994) Jadual 1: Definisi Teori Kerja Sosial Tyler (2001) DEFINISI Teori praktis menghubungkan pengetahuan, mengenalpasti masalah dan gabungan konteks pengetahuan dan intervensi berorientasikan kajian tindakan berasaskan kajian lepas. Teori yang berkaitan dengan menjelaskan dan meramalkan pelbagai aspek tingkahlaku individu. Greene (2008) Teori yang membantu pekerja sosial menghuraikan mengapa individu melakukan sesuatu tindakan, teori juga dapat memandu memahami bagaimana persekitaran dapat memberi impak kepada tingkah laku individu, merancang intervensi dan meramalkan keberangkalian hasil atau kesan intervensi kerja sosial tertentu terhadap klien. Townland (2009) Teori dapat membantu pekerja sosial menjelaskan sesuatu fenomena, kebarangkalian dan bagaimana fenomena boleh berlaku. Howe (2009) Teori adalah sesuatu pemikiran yang logik yang membantu pekerja sosial memahami corak tingkahlaku individu, keluarga, kumpulan dan komuniti yang biasa berlaku dalam kelemahan praktis kerja sosial. Babbie & Rubin (2010) Teori adalah satu set pernyataan sistematik bertujuan untuk menerangkan aspek kehidupan sosial dan memperkaya pengetahuan bagi menangani masalah sosial dan mencari makna kehidupan harian dalam kalangan individu, keluarga, kumpulan dan komuniti. Sumber: Adaptasi Carolyn et al. 2014; Payne 2014 dan Maclean & Harrison 2008 Terdapat beberapa teori dan model utama kerja sosial yang boleh diaplikasikan dalam penulisan tesis dan disertasi. Perbincangan sesuatu teori dan model perlu dibuat perbandingan bagi mencari kesesuaian teori dan model dengan tujahan penyelidikan pelajar. Bagi mencari teori dan model yang sesuai dengan permasalahan kajian, pelajar harus memahami jenis, konsep utama, kebaikan dan kelemahan teori atau model tersebut. Antara teori dan model (Jadual 2) dalam kerja sosial yang dicadangkan adalah seperti berikut: Jadual 2: Perbandingan Teori dan Model Kerja Sosial Jenis Teori Konsep Utama Kebaikan Kelemahan Teori Sistem/ Model Ekologi Sistem terdiri informal Fokus kepada bentuk bukan Teori ini tidak menjelaskan (keluarga, kawan dll) dan kepada sebab musabab. mengapa sesuatu gejala Pendekatan Task sosial berlaku. Centred formal (sekolah, hospital Penekanan kepada dll) perubahan persekitaran berbanding individu Pekerja kes dan klien Fokus kepada jangka pendek Tidak sesuai untuk jangka bekerjasama dalam - klien lebih komited panjang – isu psikologi klien
12 Intervensi krisis menyelesaikan masalah Fokus kepada hubungan yang kompleks. interpersonal dengan Cognitive-behavioral Intervensi kepada ego- penyediaan bimbingan Teori ini kurang membantu approach / Rational psikologi, tingkahlaku individu kepada perasaan individu atau kumpulan yang Emotive Behavior kognitif dan kemampuan positif mengalami krisis berterusan Therapy strategi daya tindak untuk spt kemiskinan atau social perubahan Kegunaan dalam membantu exclusion Solution-Focused klien dalam mencari Approach Hubungan peristiwa penyelesaian masalah dan Teori tidak mengambilkira kepada kepercayaan strategi daya tindak. Teori ini sosio-ekonomi klien. Lebih Person Centred pemikiran sehingga berkesan dalam pelbagai fokus kepada isu berbanding Approach menghasilkan emosi dan masalah klien punca masalah klien. tindakan Model Psikososial Penekanan kepada Kurang sesuai dalam Pendekatan kognitif kemahiran mendengar kalangan klien yang tidak Recovery model dipelopori Milwaukee masalah klien, mencari boleh menjawab soalan. center for Brief Therapy penyelesaian dengan Teori ini fokus kepada Pendekatan Naratif menggunakan pendekatan persepsi tingkahlaku optimistik berbanding perasaan yang mungkin membatasi efikasi. Dipelopori oleh Carl Rogers Memberi laluan kepada klien yang berasaskan kepada mencari penyelesaian Kesukaran untuk aplikasi semua individu mempunyai mengikut masa mereka pendekatan ini jika klien kapasiti untuk berkembang sendiri. kurang bermotivasi untuk terlibat dalam aktiviti. dan membangun. Kurang memberi perhatian Tingkahlaku individu Membantu masalah emosi kepada “power of dipengaruhi oleh klien dan penekanan kepada oppression” kepentingan kesedaran diri persekitaran sosial dan Persetujuan daripada autoriti dorongan psikolgi profisi perubatan dalam penyediaan perkhidmatan Model ini digunakan untuk Pendekatan positif dimana kepada masalah kesihatan kesihatan mental - kawalan lebih kepada mental individu/klien tersebut. penekanan pencegahan Teori ini tidak sesuai bagi berbanding penyembuhan. klien yang mempunyai masalah keperluan asas Manusia mempunyai Membantu klien dalam (makan, tempat tinggal, peluang untuk membina penyesuaian kehidupan baru kesihatan dll) cerita kehidupan bagi dan menangani tekanan menentukan kedudukannya orang lain. Meningkatkan di dunia nyata. hubungan interpersonal dan penghargaan kendiri. Sumber: Adaptasi Carolyn et al. 2014; Payne 2014 dan Maclean & Harrison 2008 Masri (1989) mendefinisi teori kepada tiga (3) perkara iaitu, a) teori adalah serangkaian proposisi antara konsep-konsep yang saling berhubungan; b) teori menerangkan secara sistematik sesuatu fenomena sosial dengan cara menentukan hubungan antara konsep dan c) teori menerangkan fenomena tertentu dengan cara menentukan konsep mana yang berhubung antara satu sama lain dan bagaimana bentuk perhubungan tersebut. Manakala Nik Aziz (2003) mendapati bahawa lima (5) idea yang digunakan dalam mentakrifkan teori ialah konsep,
13 proposisi, hipotesis, keabstrakan dan generalisasi yang perlu pelajar memahami dengan terperinci bagi merekabentuk penulisan sorotan literatur yang dijelaskan dalam dalam rajah berikut: Rajah 3: Hubungan dalam proses pembinaan teori Sumber: Adaptasi Nik Azis Nik Pa (2003) & Manasse (1985) Apakah dimaksudkan dengan konsep? konsep merujuk kepada idea, gambaran dan gejala sosial yang dinyatakan dalam bentuk istilah atau perkataan. Konsep terbentuk daripada keabstrakan dan generalisasi. Menurut Nik Azis (2003) konsep ialah satu idea yang telah digeneralisasikan tentang satu kelas benda, sifat dan peristiwa yang telah diberi nama yang khusus. Konsep juga melibatkan istilah yang menggambarkan dan penamaan benda atau fenomena secara abstrak dan setiap konsep mempunyai tahap keabstrakan yang berbeza. Pengunaan konsep adalah untuk menyederhanakan idea, gejala sosial atau fenomena sosial yang mempunyai keteraturan sehingga memudahkan terbentuknya komunikasi. Maka konsep biasanya akan didefinisikan untuk pengertian atau makna sesuatu perkataan. Sesuatu konsep tidak boleh berdiri sendiri, ianya mempunyai perhubungan dengan konsep-konsep lain. Misalnya konsep ‘peranan’; perhubungannya dengan ‘pekerja sosial’, ‘kompetensi’ dan sebagainya. Sesuatu definisi konsep harus jelas, tepat, terperinci bagi memudahkan orang lain memahami dan bersifat komunikatif (Manasse, 1985). Konsep perlu utuh dan boleh diukur untuk menjalankan penyelidikan emprikal. Pembentukan konsep yang utuh dan boleh diukur ini dikenali sebagai konsep operasional. Konsep operasional ini mempunyai variasi nilai, maka terbentuk pembolehubah (variable). Misalnya pembolehubah latarbelakang responden terdiri daripada jantina, umur, jenis pekerjaan, pendidikan, pendapatan, status perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya. Tedapat beberapa jenis kategori pembolehubah iaitu pembolehubah tidak bersandar (mempengaruhi satu variable dengan yang lain); pembolehubah bersandar; (dipengaruhi oleh pembolehubah tidak bersandar) pembolehubah moderator (mempunyai
14 pengaruh terhadap hubungan pembolehubah) dan pembolehubah intervensi (intervening variable), pembolehubah ini mempengaruhi hubungan antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar sehingga membentuk hubungan tidak langsung. Proposisi ialah hubungan logik antara dua konsep. Menurut Nik Azis (2003) proposisi merujuk satu konsep dikaitkan dengan konsep lain dalam memberi bermakna dan mempunyai satu perhubungan. Sesuatu pernyataan yang terdiri lebih daripada satu konsep atau pembolehubah dikenali sebagai univariat. Manakala, penggunaan dua konsep atau pembolehubah dikenali sebagai bivariat. Jika menggunakan lebih dua konsep atau pembolehubah dikenali sebagai multivariat. Hipotesis yang disokong dengan data empirikal menjadi proposisi. Penggunaan hipotesis bergantung kepada permasalahan kajian dan metodologi. Bukan semua penyelidikan perlu menggunakan hipotesis. Hipotesis merupakan kesimpulan sementara (proposisi) tentang hubungan antara dua atau lebih pembolehubah. Menurut Nasir (1990) hipotesis tersusun berdasarkan teori, maka belum tentu dapatannya selalu mutlak benar. Sehubungan dengan itu, perlu ada data empirik untuk menguji apakah jawapan yang tertera dalam hipotesis itu masih relevan kesahihan data. Shamsuri (2003) mendapati penggunaan hipotesis dalam penyelidikan adalah seperti berikut: i. Memberikan batasan dan memperkecil jangkauan dan kerja penyelidikan. ii. Mempersiapkan penyelidik untuk menghadapi sesuatu keadaan, hubungan antara satu fakta dengan fakta yang lain; yang kadangkala hilang daripada fokus penyelidik. iii. Hipotesis digunakan sebagai alat untuk sederhanakan fakta yang berpecah-pecah kepada satu situasi kesatuan atau menyeluruh. iv. Sebagai panduan dalam pengujian dan penyesuaian antara satu fakta dengan fakta yang lain. v. Hipotesis memandu penyelidik dalam memilih pembolehubah sebagai ukuran yang tepat dan jelas bagi mengukur persoalan dan objektif kajian. Kriteria untuk membina hipotesis yang baik merangkumi i) menggambarkan keadaan atau hubungan diantara pembolehubah; ii) harus memberi petunjuk bagaimana pembolehubah- pembolehubah yang dicantumkan dalam hipotesis dapat diukur dalam penyelidikan empirik. Hipotesis perlu ditulis dalam bentuk kalimat pernyataan, bukan berbentuk kalimat tanda tanya (Manasse 1985). Hipotesis merupakan satu pernyataan yang boleh ditolak dan diterima
15 kebenaran atau kesahihan konsep bagi menjelaskan sesuatu fenomena berdasarkan proses keabstrakan dan generalisasi. KERANGKA KAJIAN Pelajar perlu mengenalpasti definisi konseptual dan definisi operasional yang dibentuk melalui permasalahan kajian, persoalan kajian dan objektif kajian. Langkah seterusnya ialah berpandukan teori-teori yang bersesuaian dengan bidang kerja sosial yang digabungkan atau diringkaskan kerangka teori dalam satu bentuk rajah. Maka dengan tujahan teori-teori inilah, pelajar boleh menentukan jenis pembolehubah yang akan digunakan dalam penyelidikan. Teori boleh menjelaskan fenomena sosial yang dikenali sebagai pembolehubah bersandar dan fenomena yang digunakan untuk menjelaskan fenomena bersandar (diukur oleh penyelidik) tersebut sebagai pemboleh ubah tidak bersandar (faktor yang boleh dimanipulasi oleh penyelidik). Kebiasaan tesis dan disertasi di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan pembolehubah bersandar atau pemboleh ubah terikat (Dependent Variable) dan pemboleh ubah tidak bersandar atau pemboleh ubah bebas (Independent Variable). Rajah 4 menerangkan contoh kerangka kajian yang perlu dibina oleh pelajar bagi memahami jangkaan keputusan hasil kajian (outcome) yang melibatkan pemboleh ubah bebas (IV) dan pemboleh ubah teringkat atau bersandar (DV). Setiap pemboleh ubah menyumbang kepada persoalan hipotesis yang mempunyai perkaitan dengan objektif kajian. Pemboleh ubah bebas (IV) merupakan ciri, sifat atau ukuran yang boleh dikaji atau dicerap. Ianya juga memberi kesan kepada pemboleh ubah yang lain. Pemboleh ubah teringkat atau bersandar (DV) pula dipengaruhi oleh pemboleh ubah bebas (IV). Rajah 4 menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai kajian hubungan antara pemboleh ubah iaitu kebimbangan, kemurungan dan kualiti warga emas demensia di RSK Cheras. Dalam kajian Noraini (2018) menjelasakan bahawa pemboleh ubah bebas ialah latar belakang responden kajian, kebimbangan dan kemurungan yang boleh memberi kesan kepada pemboleh ubah terikat atau bersandar. Pemboleh ubah terikat ialah kualiti hidup warga emas demensia yang tinggal di RSK, Cheras yang dikaitkan dengan kebimbangan dan kemurungan mengikut peringkat umur dan jantina. Tanda ( ) merujuk kepada hubungan antara Pemboleh ubah bebas (kebimbangan, kemurungan) mempengaruhi pemboleh ubah terikat (kualiti hidup).
16 Rajah 4: Kerangka Kajian Sumber: Adaptasi Tesis Pelajar Sarjana Kerja Sosial (Noraini 2018) RUMUSAN Bab sorotan literatur seperti lautan yang luas yang tiada penghujung tetapi dengan menghasil deraf pertama sorotan literatur seolah-olah kemenangan luar biasa dalam menulis tesis dan disertasi. Proses penulisan sorotan literatur boleh dimulakan dengan peta minda iaitu membuat rangka berdasarkan kata kunci dalam objektif kajian, persiapan untuk penulisan tesis, menyediakan jadual perancangan penulisan dan bermula dengan aktiviti harian penulisan. Sorotan literatur juga perlu membincangkan metodologi yang digunakan dalam kajian-kajian lepas dann apakah lompang (gap) pengetahuan dan penyelidikan sedia ada yang ingin diisi dalam tesis atau disertasi anda. Tips penting untuk pelajar dalam proses pengurusan data sorotan literatur ialah kekerapan berjumpa dan berbincang topik penulisan sorotan literatur dengan penyelia tesis. Pelajar perlu memastikan membentuk sorotan literatur dengan membentuk sebuah kerangka kajian yang dimulakan dengan definisi operasional, menentukan batasan penyelidikan bagi menghuraikan kecakupan sorotan literatur dalam menjawab persoalan dan objektif kajian.
17 RUJUKAN Bruce, C. 1994. Research students' early experiences of the dissertation literature review. Studies in Higher Education, 19 (2): 217-229. Cook, Kathleen E. and Elise Murowchick. 2014. “Do literature review skills transfer from one course to another?” Psychology Learning and Teaching 13 (March): 3-11. Fink, Arlene. 2005. Conducting Research Literature Reviews: From the Internet to Paper. 2nd ed. Thousand Oaks, CA: Sage. Gentle-Genitty, C., Chen, H., Karikari, I. & Barnett, C. 2014. Social work theory and application to practice: The students’ perspective. Journal of Higher Education Theory and Practice. Vol. 14 (1): 36-47. Garrison, D. (2000). Theoretical challenges for distance education in the 21st century: A shift from structural to transactional issues. International Review of Research in Open and Distance Learning, 1, 1–17. Hart, C. 1998. Doing a literature review: releasing the social science research imagination, London, Sage Publications. Jesson, J., Matheson, L. and Lacey, F.M. 2011. Doing your Literature Review: Traditional and Systematic Techniques. London: Sage. Kiteley, Robin and Stogdon, C. 2014. Literature reviews in social work. London, Sage Publications. Lewin, K. 1951. Field theory in social science; selected theoretical papers. D. Cartwright (ed.). New York: Harper & Row. Machi, L.A. and McEvoy, B.T. 2009. The literature review: six steps to success. Thousand Oaks, CA: Corwin Press. Moch, Nasir. (1990). Metode penelitian. Jakarta : PT.Ghalia Indonesia. Maclean, S & Harrison, R. 2008. Social Work Theory. Kirwan Maclean Associates, Rugeley. Manesse Malo. 1985. Metode penyelidikan sosial. Jakarta: Penerbit Karunika. Masri Singarimbu & Sofian Effendi. 1989. Metode Penelitian Survai. Jakarta: Penerbit LP3ES. Nik Azis Nik Pa. 2003. Penggunaan teori dan kerangka teori dalam penyelidikan pendidikan matematik. Masalah Pendidikan. Jilid 26: 29-61. Noraini Che Sharif. 2017. Hubungan antara kualiti hidup denga tahap kebimbangan dan kemurungan warga emas dementia di institusi. Tesis Sarjana Kerja Sosial yang belum diterbitkan. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Payne, M. 2014. Understanding social work and its theory (4rd ed). New York: Lyceum Press.
18 Salleh Amat & Zuria Mahmud. 2010. Penyeliaan efektif. Dalam Pengalaman pembelajaran di UKM. Bangi: Penerbit UKM. Samsuri, T. 2003. Kajian teori, kerangka konsep dan hipotesis dalam penelitian. Bengkel Pengembangan Kelompok Belajar. Sumatera Barat, Indonesia pada 23 Jun 2003. Sivachandralingam Sundara Raja. 1999. Pemikiran dan penulisan ilmiah di Universiti. Kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel fasilitator untuk modul pengayaan pembelajaran pelajar baru sesi 1999/2000 di Fakulti Sastera & Sains Sosial pada 26 April, 1999. Trevor Lindsay, Jonathan Parker & Greta Bradley. 2013. Social work intervention. Learning Matters Ltd, Exeter. Vijay K. dan Bujang B. 2011. A handbook for postgraduate supervision. Serdang. Penerbit UPM
Search
Read the Text Version
- 1 - 18
Pages: