PENGENALAN LANGKAH MENJAHIT DAN KEMASAN
PERALATAN MENJAHIT
JENIS-JENIS KELIM KELIM BELAH KELIM KELIM KANGKUNG BETAWI KELIM PAPAN KELIM LIPAT TINDIH
KELIM BELAH KANGKUNG KELIM BETAWI KELIM LIPAT TINDIH KELIM PAPAN
JENIS-JENIS LISU ▪ Merupakan lipatan fabrik yang dijahit sebahagian atau sepanjang lipatan ▪ Bilangan lipatan mengikut stail pakaian yang diperlukan.
LISU TERBALIK LISU SETENTANG LISU SEIRING LISU HIAS JENIS-JENIS LISU
JENIS DAN PROSEDUR KEMASAN PAKAIAN • Kemasan merupakan proses untuk menyudahkan dan mengemaskan hujung pakaian • Pilihan penyudah tepi bergantung kepada: - Jenis fabrik yang digunakan - Jenis pakaian • Jenis-jenis penyudah tepi yang biasa digunakan untuk pakaian : - Kelepet - Lapik - Kun - Renda
❑ Kerja-kerja kemasan hendaklah dilakukan semasa proses menjahit pakaian, bagi memudahkan kerja- kerja menjahit dan dapat menghasilkan pakaian yang kemas dan bermutu ❑ Lakukan kerja-kerja kemasan dengan betul dan mengikut langkah supaya tidak mencacatkan pakaian
❑ Perkara penting yang perlu dilakukan dalam proses kemasan: -Tanggalkan semua peniti dan benang jelujur untuk mengelakkan kesan-kesan peniti dan benang pada fabrik -Lakukan kemasan dibahagian dalam supaya kesan- kesan tidak kelihatan pada pakaian. -Kenal pasti fabrik yang hendak dibuat kemasan samada dari jenis mengecut atau tidak supaya dapat mengelakkan kerosakkan pada fabrik.
PROSES ACU BADAN DAN KEMASAN AKHIR
PERALATAN UNTUK MENGACU PAKAIAN
CIRI-CIRI ACUYANG PADAN DENGAN PEMAKAI Pakaian yang dipakai tergantung dengan baik dari garis bahu ke garis lipatan Pakaian tidak terlalu panjang atau pendek daripada garis leher ke garis pinggang dan dari garis pinggang ke garis kelepet Bahagian kiri dan kanan pakaian hendaklah seimbang dan hujung pakaian selari dengan garis lantai
CIRI-CIRI ACUYANG TIDAK PADAN DENGAN PEMAKAI Pakaian tidak terletak dengan baik kerana bentuk pakaian tidak sesuai dengan bentuk badan pemakai. Sebab – sebab pakaian tidak teracu dengan baik : Ukuran badan tidak diukur dengan betul Jahitan tidak tepat digaris pemadan Kesilapan semasa membuat pola Lisu pada pola tidak dibuang Tidak membuat penambahan untuk keselesaan
PROSES MENEKAN
Proses menekan adalah langkah terakhir dalam aktiviti menjahit untuk memastikan kekemasan baju dan selesa untuk dipakai. Pakaian yang telah siap dijahit haruslah menjalani proses akhir seperti menjahit cangkuk dan palang, butang, lubang butang, memotong lebihan benang, membuang jahitan sementara dan diakhiri dengan proses menekan.
PERATURAN KEMASAN AKHIR 1 Pakaian yang telah siap dijahit hendaklah ditanggalkan peniti dan jahitan sementera untuk menjalani proses menekan. 2 Lebihan benang atau benang jahit tepi pada baju perlu dipotong dan dibuang bagi memastikan kekemasan baju terjaga.
PERATURAN KEMASAN AKHIR 3 Cangkuk dan palang, hook and eye atau butang dijahit pada baju supaya pakaian kelihatan lebih cantik dan menarik. 4 Langkah yang terakhir adalah dengan manjalani proses menekan untuk kemasan akhir pakaian.
PROSES UNTUK MENEKAN Kerja-kerja menekan hendaklah dilakukan semasa proses menjahit pakaian, bagi memudahkan kerja-kerja menjahit dan dapat menghasilkan pakaian yang kemas dan bermutu. Lakukan kerja-kerja menekan dengan betul dan mengikut peraturan supaya tidak mencacatkan pakaian. Perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan dalam proses menekan : -Tanggalkan semua peniti dan benang jelujur untuk mengelakkan kesan-kesan peniti dan benang pada fabrik. -Uji suhu seterika sebelum menekan untuk mengelakkan kecacatan pada fabrik -Seberapa boleh lakukan kerja menekan di sebelah dalam supaya kesan-kesan seterika tidak kelihatan pada pakaian. -Kenalpasti jenis fabrik yang hendak ditekan sama ada dari jenis mengecut atau tidak supaya dapat mengelakkan kerosakan pada fabrik berkenaan.
PERALATAN MENEKAN Seterika wap Seterika merupakan peralatan yang penting dalam sektor pembuatan pakaian. Ia digunakan sebagai alat menekan atau alat menggosok pakaian dalam keadaan sempurna agar dapat memperolehi hasil yang baik. Seterika ini digunakan dalam industri. Ia mempunyai liang pada tapak seterika yang mengeluarkan wap apabila digunakan. Terdapat tiub kecil yang bersambung dengan bekas air.
PERALATAN MENEKAN Meja seterika Meja seterika ialah permukaan yang baik untuk menggosok kerana kain besar tidak tergelongsor. Diperbuat daripada besi dan terdapat span pada bahagian atas dan dibalut dengan fabrik.
PERALATAN MENEKAN Bod Lengan Kegunaanya ialah untuk menekan bahagian - bahagian yang berlekuk seperti lengan baju. Diperbuat daripada kayu dan mempunyai span yang pada bahagaian atas bod. Kerja-kerja menggosok lebih mudah apabila menggunakan bod seterika lengan ini dan bahagian-bahagian yang sukar digosok.
SEKIAN TERIMA KASIH…
Search