Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 5 - REGIS MEI 2020

5 - REGIS MEI 2020

Published by ajfirdaus, 2020-06-02 21:58:06

Description: 5 - REGIS MEI 2020

Keywords: buletin

Search

Read the Text Version

BULETIN JABATAN PENDAFTAR 1 MEI 2020 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI daripada warga BAHAGIAN GOVERNAN I BAHAGIAN SUMBER MANUSIA BAHAGIAN PENGANGKUTAN I BAHAGIAN KESELAMATAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI I PEJABAT PENDAFTAR

BERITA UTAMA 2 PANDEMIK COVID-19 MENGUBAH SAMBUTAN HARI RAYA TAHUN 2020 29 Mei 2020 – Dua istilah semasa yang amat relevan pada masa ini ialah kebiasaan baharu dan juga norma baharu. Kebiasaan baharu (new normal) adalah tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu. Manakala norma baharu (new norm) merupakan peraturan baharu yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit. Sejak Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac 2020, warga UPSI khasnya kakitangan Jabatan Pendaftar mengadaptasi kebiasaan dan norma baharu seperti bekerja dari rumah selain mengamalkan pencegahan penularan wabak dan penjarakan sosial. Ini termasuklah menjalankan mesyuarat mahupun temu duga dalam talian selain kehadiran staf ke pejabat dihadkan. Sempat sebulan melalui fasa-fasa PKP warga UPSI menempuh pula bulan Ramadan. Umum dapat melihat aktiviti-aktiviti pengisian bulan puasa yang biasa diadakan sebelum ini sudah pun tiada seperti Majlis Iftar oleh Pusat Tanggungjawab dan Majlis Berbuka Puasa Perdana. Majlis perkongsian ilmu termasuk majlis keagamaan bertukar kepada kaedah dalam talian sahaja. Sebelum ini apabila memasuki bulan Ramadan, kebanyakan pusat tanggungjawab sudah pun menyediakan jadual staf yang bertugas sempena hari raya. Tetapi kali ini agak berbeza kerana tidak ramai staf yang memohon cuti tambahan sempena hari raya. Semuanya kerana larangan pulang ke kampung merentas negeri yang dikuatkuasakan. Jika dahulu, ramai yang berlumba-lumba mengambil cuti sebelum hari raya untuk pulang ke kampung halaman seterusnya membanjiri lebuh raya hingga sesak. Kali ini, minggu sebelum hari raya seolah tiada “jiwa”. Aura balik kampung memang ghaib terus. Lagu “balik kampung” juga tidak lagi memberkas kepada kita. Perkataan kampung tiba- tiba menjadi sensitif kerana boleh mengakibatkan ramai menangis di bucu katil. Tahun ini, kita beraya pada hari Ahad dan kerana itu cuti berlanjutan hingga ke hari Selasa (Raya Ketiga). Jika dahulu, seorang staf yang dinamakan oleh Pusat Tanggungjawab akan bertugas di pejabat pada minggu hari raya. Kali ini agak berbeza kerana staf bertugas di pejabat memerlukan kebenaran khas. Oleh itu, ramai yang bekerja dari rumah sahaja. Lebih menarik, 28 Mei 2020 (hari raya kelima), Pengurusan Universiti mengadakan mesyuarat. Begitu juga beberapa jabatan yang menganjurkan mesyuarat pada minggu hari raya. Satu yang menarik juga, Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri buat pelajar dan petugas UPSI berlangsung pada hari raya pertama dengan kaedah edaran makanan sahaja. Semua ini satu yang sukar dilihat pada tahun sebelumnya. Begitulah penangan pandemik COVID-19. Secara tidak langsung kita sudah mengubah diri mengikuti perubahan yang berlaku.

3 KHAS – HARI RAYA UCAPAN HARI RAYA “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin” “Kepada semua pelajar dan warga kerja UPSI, walau di mana anda berada, bergembiralah menyambut hari kemenangan ini dan semoga anda berada dalam lindungan & rahmat Allah S.W.T\" \"Jaga diri. Jaga Kesihatan” PPJ Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman Pendaftar “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua warga UPSI” Marilah memohon kemaafan Merai Syawal dengan kesederhanaan PKPB Raya memberi seribu keinsafan Selamat Menyambut Hari Lebaran \"Setiap tahun perayaan Aidilfitri akan ada perbezaan tersendiri. Nikmatilah perubahan itu dengan menginsafi diri sebagai insani. Segalanya ada rahsia tersembunyi\" Ahmad Janatul Firdaus Zolkarnaini @ Dzulkarnain Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia \"Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin\" Rebus ketupat bersama santan Lemang dibakar api perlahan Semoga Allah beri kemenangan Atas ibadat sepanjang Ramadan Azman L Kadir Timbalan Pendaftar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia \"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Moga amalan kita pada tahun ini diterima oleh Allah S.W.T....Amin\" Hajah Maskana Ahmad Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Governan

4 KHAS – HARI RAYA

5 KHAS – HARI RAYA UCAPAN HARI RAYA \"Selamat Hari Raya Aidilfitri\" Azlan Al-Hafiz Mazlan Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Pengangkutan “Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2020 amat berbeza bagi saya memandangkan perlu akur dengan arahan kerajaan tidak boleh merentas negeri. Tidak seperti tahun sebelumnya, dua hari sebelum raya saya pulang ke kampung. Pada tahun ini saya beraya di Tanjung Malim sahaja\" \"Pada 1 Syawal, saya menyampaikan juadah raya kepada anggota keselamatan yang bertugas. Terasa syahdu memandangkan ada staf kami yang bertugas sedangkan orang lain dapat bersama keluarga masing-masing di pagi raya. Dapat juga saya beraya bersama mereka. Jika tiada PKP, pasti saya tidak merasai pengalaman ini\" \"Oleh kerana saya merupakan felo UKLK, saya menziarahi pelajar UKLK dan mengedar juadah raya kepada mereka yang tidak dapat pulang ke kampung. Ternyata pengalaman tahun ini amat bermakna sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Walaupun tidak dapat pulang ke kampung, namun saya tetap berasa gembira dapat berkhidmat di UPSI\" Mohd Fairuz Mislan Pegawai Keselamatan Kanan yang menjalankan tugas Ketua Bahagian Keselamatan \"Semoga Allah menerima amal kami dan kalian. Semoga sepanjang tahun kalian dalam kebaikan\" Dr Noor Safina Ahmad Noor Pengarah Pusat Kesihatan “Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin kepada semua warga Jabatan Pendaftar terutama staf Bahagian Pengurusan Sumber Manusia” “Raya PKPB tahun ini sangat berbeza dengan hari raya tahun sebelumnya. Di lebuh raya tiada kereta dan tiada kesesakan lalu lintas. Lengang sangat. Di R&R Tapah yang sebelum ini padat dengan kereta tapi kali ni macam “zombieland”. Sunyi, sepi & gelap” Nurul Aini Danari Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

KHAS – HARI RAYA 6 Selamat Hari Raya Daripada Mohd Fairuz Mislan dan pelajar-pelajar UKLK Selamat Hari Raya Daripada Nurul Aini Danari & keluarga

7 KHAS – HARI RAYA UCAPAN HARI RAYA “Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin” #rayapkpb #covid-19 Norhasrina Mohd Idris Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia “Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin” Muhammad Yusmin Yusoff Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Sumber Manusia \"Dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa, dalam tindakan terguris rasa, dalam hidup, tak ada yang tak buat dosa. 1 Syawal menjelang tiba, takbir bergema mengegarkan jiwa, sekiranya ada salah dan dosa, ampun dipinta di hari mulia\" Ketupat pulut di atas para Hendak direbus di tepi perigi Teks dihantar pengganti kad raya Tanda ingatan di Aidilfiri. \"Selamat Hari Raya Aidilfiri. Maaf Zahir & Batin\" Amiruzaman Amiruddin Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Pengurusan Sumber Manusia \"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UPSI. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sekerja, frontliners & backliners UPSI yang tetap bertugas sepanjang pandemik COVID-19 ini\" \"Sepatutnya tahun ini giliran saya untuk bercuti raya bersama keluarga disebabkan tahun lepas saya bekerja. Memandangkan tahun ini kita semua dikejutkan dengan pandemik COVID-19, jadi saya beri peluang kepada kawan-kawan yang sudah berkeluarga bercuti raya\" Norliana Ahmad Diah Pengawal Keselamatan

8 KHAS – HARI RAYA Selamat Hari Raya Daripada Muhammad Yusmin Yusoff & keluarga Selamat Hari Raya Daripada Norliana Ahmad Diah

9 KHAS – HARI RAYA UCAPAN HARI RAYA “Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin kepada semua kakitangan Bahagian Keselamatan (BKES) dan warga UPSI. \"Tahun ini saya tidak mengambil cuti kerana arahan kerajaan tidak membenarkan merentas negeri. Sepatutnya kali ini giliran saya bercuti dan pulang beraya di kampung kerana tahun lepas saya bekerja pada hari raya. Saya akur dengan arahan tersebut memandangkan ibu bapa saya adalah warga emas yang berisiko dijangkiti. Walaupun begitu, saya tetap berbangga kerana dapat menyumbang bakti kepada Universiti\" Muhammad Shamsul Izhar Pengawal Keselamatan Kanan Bahagian Keselamatan “Selamat hari lebaran buat warga UPSI khasnya kakitangan pentadbiran BKES dan rakan- rakan BKES. Tidak lupa kepada backliners yang turut meringankan tugas kami ketika musibah COVID-19\" \"Jika lebaran sebelum ini kemeriahannya sudah awal kita rasai dengan suasana gembira staf dan pelajar pulang beraya namun tahun ini suasana beraya terkesan kerana PKP. Kami di BKES, sememangnya ditugaskan menjaga keselamatan warga dan harta benda Universiti tetap menunjukkan komitmen penuh sepanjang PKP ini demi kesejahteraan kita bersama\" Muhd Syafiq Muhaimin Muhammad Yamin Pengawal Keselamatan Bahagian Keselamatan \"Selamat Hari Raya Aidilfiri buat semua warga UPSI khasnya sahabat-sahabat daripada BKES sebagai frontliners, juga frontliners & backliners jabatan lain yang sentiasa bersama- sama bertugas dan membantu ketika musibah COVID-19\" \"Sambutan raya tahun sebelum ini tidak banyak berbeza kerana saya tidak mengambil cuti raya dan bertugas seawal 1 Syawal hingga 5 Syawal. Walaupun bekerja secara syif, saya masih perlu bersedia on call untuk bertugas\" Mohd Nazim Abd Rahman Pengawal Keselamatan Bahagian Keselamatan

10 KHAS – HARI RAYA Selamat Hari Raya Daripada Muhammad Shamsul Izhar Selamat Hari Raya Daripada Muhd Shafiq Muhaimin Selamat Hari Raya Daripada Mohd Nazim Abd Rahman & rakan-rakan

11 @PEJABAT PENDAFTAR Info di atas memudahkan warga UPSI menghubungi staf berkaitan PENANGGUHAN KEHADIRAN BEKERJA DI PEJABAT SECARA PENGGILIRAN SEHINGGA 31 MEI 2020 29 Mei 2020 - Susulan memo Naib Canselor bertarikh 12 Mei 2020, semua kehadiran staf untuk bekerja di pejabat secara penggiliran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat seperti yang disebut dalam Pekeliling Naib Canselor Bilangan 5 Tahun 2020 ditangguhkan mulai 13 Mei 2020. Staf yang perlu hadir ke pejabat perlu mendapat kelulusan khas Pendaftar. Surat kelulusan kebenaran ke kampus dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sehingga 31 Mei 2020. Sebelum ini, Pekeliling Naib Canselor Bilangan 5 Tahun 2020 dikeluarkan pada 8 Mei 2020 menjelaskan pengoperasian pejabat di UPSI bermula 13 Mei 2020. Pada 28 Mei 2020, melalui memo Naib Canselor, pengurusan dan pengoperasian semula pejabat pada kadar 70% secara penggiliran di UPSI akan bermula pada 1 Jun 2020.

12 @PEJABAT PENDAFTAR Sesi Penerangan Pendaftar, 9 Mei 2020 SESI PENERANGAN PENDAFTAR TARIK LEBIH 400 WARGA UPSI 9 Mei 2020 – Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman menggunakan pendekatan media sosial dalam memberi penerangan kepada warga UPSI berkaitan Garis Panduan Pengurusan & Pengoperasian Pejabat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Lebih 400 warga UPSI mengikuti sesi penerangan itu dengan setiap persoalan dijawab terus oleh Dr Hajah Zainab Othman dalam suasana mesra dan santai. Sesi Penerangan yang diadakan pada hari Sabtu itu, turut dibantu oleh wakil Bahagian Governan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pusat Kesihatan Universiti dan juga Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.

13 @PEJABAT PENDAFTAR

14 @PEJABAT PENDAFTAR

@BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 15 Antara sesi temu duga dalam talian pada 18 Mei 2020 TEMU DUGA PERJAWATAN DALAM TALIAN MELIBATKAN 12 PENSYARAH 19 Mei 2020 – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) mengadakan sesi temu duga melibatkan 12 orang pensyarah secara dalan talian pada 18 Mei 2020. Temu duga ini melibatkan pelantikan kakitangan ke jawatan Pensyarah Universiti DS51 dan juga kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti DS52 dan Pensyarah Universiti DS54. Temu duga ini dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Md Amin Md Taff. Sesi ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga jam 3 petang.

@BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 16 Perbincangan Sistem Pengisytiharan Tahap Kesihatan PERBINCANGAN SOP KEHADIRAN KE PEJABAT 2 Mei 2020 – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) menganjurkan Sesi Perbincangan Standard of Procedure (SOP) Kehadiran Ke Pejabat yang berlangsung pada hari Sabtu, 2 Mei 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Governan, Bangunan Canselori. Perbincangan ini diketuai oleh Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman. Sesi ini dihadiri oleh wakil Jabatan Bendahari, Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Governan dan Bahagian Sumber Manusia. Selain membincangkan SOP, turut dibincangkan ialah Sistem Pengisytiharan Tahap Kesihatan Kakitangan dan juga garis panduan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

@BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 17 Perbincangan MyQRIS di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori SESI PEMBENTANGAN MYQRIS 5 Mei 2020 – Sesi Pembentangan MyQRIS diadakan pada 5 Mei 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori. Sesi ini dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM), Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain yang mewakili Pendaftar. Pembentangan MyQRIS disampaikan oleh kakitangan Pusat ICT secara dalam talian dan juga secara bersemuka. MyQRIS bukan sahaja untuk tujuan mencatat kehadiran staf tetapi juga terdapat aplikasi lain seperti Pengisytiharan Tahap Kesihatan dan Pengurusan e-mesyuarat. Hasil pembentangan ini diangkat untuk pertimbangan dalam Mesyuarat Membincangkan SOP Pasca PKP yang diadakan selepas sesi pembentangan tersebut.

18 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SALAM TAKZIAH Bagi pihak Universiti, Unit Kebajikan Staf, BSM ingin merakamkan takziah kepada keluarga staf dan semoga Allahyarham/Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman: 1. Ayah kepada Dr Junainah Mohd Isa, Pensyarah Universiti DS45, Fakulti Pembangunan Manusia meninggal dunia pada 31 Mei 2020. 2. Ibu mertua kepada Dr Nurul Hasyimah Mat Rani, Pensyarah Universiti DS51, Fakulti Pembangunan Manusia meninggal dunia pada 28 Mei 2020. 3. Ayah kepada Puan Nor Muslinda Ismail, Penolong Akauntan W29, Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Harta Benda meninggal dunia pada14 Mei 2020. 4. Ibu kepada Dr Siti Rahaimah Ali, Pensyarah Universiti DS51, Fakulti Pembangunan Manusia meninggal dunia pada 12 Mei 2020. 5. Ayah mertua kepada Puan Nurul Nabilah Zulkefli, Setiausaha Pejabat, Bahagian Hal Ehwal Akademik meninggal dunia pada 11 Mei 2020. 6. Ayah kepada Dr Nuzsep Almigo, Pensyarah Universiti DS51, Fakulti Pembangunan Manusia meninggal dunia pada 11 Mei 2020. 7. Ayah kepada Dr Norlaili Abu Bakar, Pensyarah Universiti DS52, Fakulti Sains dan Matematik meninggal dunia pada 4 Mei 2020. 8. Ibu mertua kepada Profesor Madya Dr Che Ghani Che Kob, Pensyarah Universiti DS54, Fakulti Teknikal & Vokasional/Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus meninggal dunia pada 4 Mei 2020. 9. Ayah kepada Puan Zarina Ibrahim, Pembantu Tadbir (P/O) N19, Institut Pengajian Siswazah meninggal dunia pada 1 Mei 2020. DOA KESEJAHTERAAN Bagi pihak Universiti, Unit Kebajikan Staf, BSM ingin mengajak semua staf UPSI dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan staf dan keluarga dan semoga urusan mereka dipermudahkan olehNya buat: 1. Encik Khairuzzaki Abdul Ghapor, Pembantu Awam, JPPHB 2, Encik Mohd Amir Alias, Pemandu Kenderaan, BTRANS 3. Encik Muhammad Haris Miran, Pembantu Tadbir, BPK 4. Encik Mohd Fadzlan Ibrahim Shah, Pembantu Tadbir (Kewangan), IMC kerana musibah banjir yang melanda kediaman mereka pada 10 Mei 2020 di Slim River.

19 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Perbincangan dalam e-mesyuarat BSM ANJUR DUA e-MESYUARAT PADA MINGGU HARI RAYA 29 Mei 2020 – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) mengadakan dua e- mesyuarat pada minggu hari raya. Pada 28 Mei 2020, jam 3.30 petang, satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan cadangan meningkatkan mutu perkhidmatan Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC) sebagai One Stop Centre (OSC). Sesi ini dipengerusikan oleh Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman dan dihadiri oleh wakil Jabatan Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Institusi Pengajian Siswazah, Bahagian Governan, Pusat Bahasa Moden dan Pengajian Umum, IMC dan BSM. Sementara itu, Mesyuarat Membincangkan Agihan Waran Tambahan Jawatan Akademik UPSI diadakan pada 29 Mei 2020, jam 230 petang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Md Amin Md Taff melibatkan dekan-dekan fakulti. Sesi ini berlangsung sehingga jam 5 petang.

20 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Antara ahli mesyuarat yang hadir MESYUARAT PENGURUSAN BSM DALAM TALIAN 8 Mei 2020 – Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) berlangsung pada 8 Mei 2020 jam 10 pagi dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, BSM, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain dengan kehadiran pegawai- pegawai BSM. Mesyuarat bulanan BSM ini membincangkan hal ehwal pengurusan termasuk kertas cadangan yang hendak diangkat ke peringkat lebih tinggi. Menurut Encik Ahmad, antara keputusan mesyuarat adalah untuk menyegerakan penghantaran kertas cadangan tambahan klinik panel dan had siling setahun bagi caj kemudahan rawatan di klinik panel yang telah disediakan dan disemak sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020.

21 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Suasana di Pejabat Am, BSM PENCUCIAN PEJABAT PERSEDIAAN UNTUK BEKERJA SEMULA 8 Mei 2020 – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) bersama-sama PTj lain terlibat dalam kerja-kerja pencucian pejabat sebagai persediaan untuk bekerja semula pada 13 Mei 2020 seperti Pekeliling Naib Canselor Bilangan 5 Tahun 2020 berkaitan Garis Panduan Pengoperasian Pejabat di UPSI. Menurut Timbalan Pendaftar Kanan, BSM, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, pihak BSM sebelum ini membuat hebahan emel kepada PTj untuk mendapatkan nama staf yang memantau kerja-kerja pencucian di PTj masing- masing bagi tujuan mengeluarkan surat kebenaran ke kampus.

22 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

23 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Hebahan yang dikeluarkan dari Facebook Pendaftar ALIRAN TRAFIK MyUPSI PORTAL TINGGI WEB ATTENDANCE MENGALAMI GANGGUAN AKSES 18 Mei 2020 – Pelaksanaan Web Attendance pada 18 Mei 2020 buat kali pertama bagi kakitangan yang bekerja dari rumah menyaksikan aliran trafik MyUPSI Portal tinggi menyebabkan gangguan akses. Menurut Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, maklumat dari Pusat ICT mengatakan keadaan ini berpunca daripada masalah server dan pangkalan data (DB). Hasil perbincangan dengan CIO Pusat ICT, Hajah Norazizah Othman, kehadiran kakitangan terpaksa dibuat melalui Sistem Kehadiran MyQRIS menggunakan QR Code setelah gangguan tidak dapat diatasi dalam masa singkat,

24 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Staf BSM menyusun surat kebenaran KEBENARAN IPD KKB UNTUK TUJUAN DOKUMEN RENTAS NEGERI 30 Mei 2020 – Susulan Pemberitahuan Mengenai Pengurusan dan Pengoperasian Semula Pejabat pada kadar 70% secara penggiliran di UPSI sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kakitangan yang perlu melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kalumpang, perlu mendapatkan cop kebenaran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di Kuala Kubu Baharu (KKB) sebelum merentas negeri bekerja di UPSI. Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) membantu urusan ini dengan mendapatkan kebenaran IPD KKB. Melalui perbincangan antara Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Md Amin Md Taff bersama pihak IPD KKB, urusan ini disempurnakan pada tengah hari, 29 Mei 2020. Kakitangan BSM selepas itu bertungkus lumus menyusun 209 dokumen mengikut PTj dan menghantar emel kepada Ketua PTj pada 30 Mei 2020.

25 @BAHAGIAN GOVERNAN Sesi diadakan secara dalam talian bersama LPU PERANAN LPU UPSI LANCAR SEPANJANG PKP 19 Mei 2020 - Arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak menghalang pelaksanaan mesyuarat dan perbincangan yang diadakan secara dalam talian antara Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan pihak pengurusan UPSI. Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan diadakan sepanjang tempoh tersebut demi kelancaran pengurusan universiti secara menyeluruh. Mesyuarat dan perbincangan yang diadakan termasuklah Mesyuarat LPU Kali Ke-128 Bilangan 2/2020 pada 4 Mei 2020, Perbincangan Khas Bersama Pengerusi LPU pada 7 Mei 2020 dan Mesyuarat Khas LPU Kali Kelima Bilangan 1/2020 pada 19 Mei 2020. Pengurusan Universiti sedang mengikuti sesi dalam talian

26 @BAHAGIAN GOVERNAN Antara panduan yang dikeluarkan GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN PEJABAT DI UPSI SEPANJANG TEMPOH PKPB 31 Mei 2020 - Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Bahagian Governan mengeluarkan dasar yang perlu diambil perhatian serius oleh staf UPSI bagi memastikan pengurusan pejabat berjalan dengan lancar dan sentiasa dalam keadaan yang baik. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Pejabat Di UPSI Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diwujudkan sebagai panduan mengenai tatacara pengoperasian pejabat oleh staf UPSI sepanjang tempoh PKPB. Ia boleh dicapai di laman web Bahagian Governan.

27 @BAHAGIAN GOVERNAN

28 @BAHAGIAN GOVERNAN

29 @BAHAGIAN KESELAMATAN Pengawal Keselamatan Membantu Para Pelajar BKES BANTU UNIVERSITI DALAM OPS PULANG UPSI 31 Mei 2020 – Ketika UPSI menghantar pulang pelajar yang terkandas di kolej kediaman dan rumah sewa ke kampung halaman, anggota Bahagian Keselamatan turut membantu Universiti dalam menguruskan kawalan trafik selain membantu melancarkan pergerakan pelajar. Walaupun tiada dalam skop penugasan keselamatan, anggota keselamatan bertugas tetap membantu melancarkan pergerakan pelajar agar proses penghantaran pulang pelajar cepat bagi mengelakkan kesulitan. “Sikap tolong-menolong dan bekerjasama ini sering diterapkan kepada semua anggota keselamatan setiap kali masuk baris dan perjumpaan” kata Pegawai Keselamatan Kanan UPSI yang menjalankan tugas Ketua Bahagian Keselamatan, Encik Mohd Fairuz Mislan “Setiap daripada kita mampu untuk menyumbang kepada kualiti perkhidmatan universiti” tambahnya lagi. BKES terlibat membantu Universiti dalam OPS Pulang pada 1 Mei 2020 (Zon Tengah), 2 Mei 2020 (Zon Sarawak), 4 Mei 2020 (Zon Utara), 5 Mei 2020 (Zon Sabah), 7 Mei 2020 (Zon Selatan). 9 Mei 2020 (Zon Pantai Timur), 22 Mei 2020 (Zon Tengah, Selatan, Pantai Timur dan Utara) dan 31 Mei 2020 (Zon Borneo).

30 @BAHAGIAN KESELAMATAN LENSA BKES BANTU UNIVERSITI DALAM OPS PULANG UPSI Suasana di Hadapan Dewan Tuanku Canselor Antara individu yang membantu OPS Pulang UPSI

31 @BAHAGIAN KESELAMATAN STAF BKES BERTUGAS 1 SYAWAL DIHARGAI 24 Mei 2020 - Pegawai Keselamatan Kanan UPSI yang menjalankan tugas Ketua Bahagian Keselamatan, Encik Mohd Fairuz Mislan meluangkan masa menyampaikan sumbangan makanan kepada anggota keselamatan yang bertugas pada 24 Mei 2020 bersamaan 1 Syawal. Sumbangan ini tentunya dapat memberikan kegembiraan kepada mereka yang menjaga keselamatan kampus selama 24 jam lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

32 Jabatan Pendaftar Sidang Redaksi Penasihat: Pejabat Pendaftar PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman Pendaftar PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman Ketua Editor: Pendaftar Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain [email protected]/4506444 Sidang Editor: Pejabat Pendaftar Ketua Ptj: Cik Azura Mat Said Bahagian Governan Bahagian Governan Encik Ikmal Redzuan Mohd Isa Puan Mohaieda Mat Hussin Hajah Maskana Haji Ahmad Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Timbalan Pendaftar Kanan N52 Puan Rozlinda Rusli [email protected]/4506351 Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Encik Azman L.Kadir Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Pengangkutan Encik Azlan Al-Hafiz Mazlan Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain Bahagian Keselamatan Timbalan Pendaftar Kanan N52 Puan Siti Suriana Yahya [email protected]/4506357 Pusat Kesihatan Universiti Dr Mazlina Hamzah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Puan Syaidatul Hamera Mohd Radzi Urus setia Encik Azman L.Kadir Puan Rozlinda Rusli Timbalan Pendaftar N48 [email protected]/4506353 Bahagian Pengangkutan Encik Azlan Al-Hafiz Mazlan Penolong Pendaftar Kanan N44 [email protected]/4506594 Bahagian Keselamatan Encik Mohd Fairuz Mislan Pegawai Keselamatan KP44 -fairuz/[email protected]/4505112 Pusat Kesihatan Universiti Dr Noor Safina Ahmad Noor Pegawai Perubatan UD54 [email protected]/4506669


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook