BULETIN JABATAN PENDAFTAR 1 JANUARI 2020 “KAMI, WARGA JABATAN PENDAFTAR MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2020” BAHAGIAN GOVERNAN I BAHAGIAN SUMBER MANUSIA BAHAGIAN PENGANGKUTAN I BAHAGIAN KESELAMATAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI I PEJABAT PENDAFTAR 1
BERITA UTAMA 2 TAHUN 2020 WAJAH BAHARU JABATAN PENDAFTAR 1 Januari 2020 – Tahun 2020 menyaksikan Jabatan Pendaftar berwajah baharu. Selaras dengan perubahan tahun, Jabatan Pendaftar merancang mengubah landskap Universiti dengan memperkasakan pusat tanggungjawab di bawahnya. Jabatan Pendaftar memulakan tahun 2020 dengan perancangan memantapkan institusi Jabatan Pendaftar itu sendiri melalui pemantapan visi., misi dan hala tuju Jabatan. Langkah ini bertepatan dengan hasrat Pendaftar, PPj (Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman untuk menjadikan Jabatan Pendaftar sebuah jabatan terkehadapan dalam menjuarai isu-isu di bawah jabatannya di kampus. Sejak dari tahun lepas lagi, Jabatan Pendaftar merancang untuk memantapkan hal ehwal Pengurusan Sumber Manusia, hal ehwal Pembangunan Sumber Manusia dan juga hal ehwal Pengurusan Bakat Universiti sebagai agenda utama tahun 2020. Melalui mesyuarat yang diadakan pada 3-5 Januari 2020, cadangan dan penambahbaikan dirangka bagi memperkasakan tiga entiti berkenaan agar wujud satu perubahan kepada landskap pengurusan yang berkesan di UPSI, Melalui keputusan Lembaga Pengarah Universiti pada 28 Januari 2020, Bahagian Sumber Manusia distruktur menjadi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia manakala Unit Latihan dinaiktaraf menjadi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia berkuatkuasa 1 Februari 2020. Dalam usaha memperkasakan hal ehwal Pengurusan Bakat, pihak Universiti meletakkan Unit Bakat di bawah Bahagian Governan pada Mac 2020. Dengan perubahan besar yang berlaku pada awal tahun 2020, benarlah hasrat Jabatan Pendaftar untuk berwajah baharu dengan peranan dan tanggungjawab lebih besar untuk mentransformasi UPSI menjadi realiti selaras dengan menjadikan UPSI sebagai Universiti No.1 Pendidikan. Jabatan Pendaftar komited untuk bersama-sama warga UPSI yang lain untuk “terbang tinggi” bagi membawa nama Universiti ke persada tertinggi. 2
@PEJABAT PENDAFTAR 3 3
@PEJABAT PENDAFTAR 4 Pengerusi LPU bergambar kenangan dengan Pengurusan Universiti & IPM SESI PENGERUSI LPU BERSAMA PENGURUSAN INSTITUT PERADABAN MELAYU 15 Januari 2020 – Sesi Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) UPSI bersama Pengurusan Institut Peradaban Melayu (IPM) berlangsung pada 15 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat LPU UPSI, Bangunan E-Learning. Sesi ini dipengerusikan oleh Pengerusi LPU UPSI, YBhg Profesor Emeritus Dato’ Paduka Dr Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI, Profesor Dr Suriani Abu Bakar, Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab, Penyandang Kursi Za’ba, YBhg Profesor Datuk Dr Awang Sariyan dan pengurusan IPM. Antara perbincangan meliputi usaha bagi mengetengahkan ketokohan YBhg Profesor Datuk Dr Awang Sariyan sebagai Profesor tersohor UPSI melalui syarahan, seminar dan pelbagai medium lain. Turut dibincangkan ialah cadangan penambahan Warisan Melayu dalam fokus IPM selain Peradaban dan Tamadun Melayu. Bidang lain juga perlu diteroka seperti Ekonomi, Sukan dan Sains selain bahasa dan sastera yang difokuskan sekarang. 4
@PEJABAT PENDAFTAR 5 Pendaftar bergambar bersama Ahli Kor SISPA pada 5 Januari 2020 PENDAFTAR HADIRI MAJLIS APRESIASI SEMINAR KEBANGSAAN KOR SISPA PERINGKAT KPT 5 Januari 2020 – Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman selaku Komandan Kor SISPA UPSI hadir ke Majlis Apresiasi Seminar Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat IPT yang berlangsung pada 5 Januari 2020 dan 12 Januari 2020. “Satu majlis penghargaan yang sederhana buat jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menjayakan Seminar Kebangsaan Kor SISPA Peringkat IPT Kali Ke-7 yang diadakan pada 3-4 November 2019. Ia diakui sebuah penganjuran hebat dan kejayaan ini milik semua ahli jawatankuasa yang juga hebat ini” ucap Dr Hajah Zainab Othman. “Hanya sekalung penghargaan dan setinggi ucapan terima kasih mampu saya ungkapkan. Semoga segala kebaikan tuan/puan akan dibalas oleh Allah S.W.T” tambah Dr Hajah Zainab. 5 Pendaftar bergambar bersama Ahli Kor SISPA pada 12 Januari 2020
6 @PEJABAT PENDAFTAR Pendaftar menyaksikan Sesi Penyerahan Tugas PENDAFTAR SAKSI MAJLIS PENYERAHAN TUGAS TIMBALAN NAIB CANSELOR (A&A) 28 Januari 2020 – Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa UPSI, Profesor Dr Mohd Sahandri Gani Hamzah yang berlangsung di Atrium, Bangunan Canselor pada 28 Januari 2020. Bergambar ramai sempe6 na penyerahan tugas
7 @BAHAGIAN SUMBER MANUSIA Naib Canselor bersama sembilan staf akademik selepas sesi perjumpaan NAIB CANSELOR BERSAMA STAF AKADEMIK BAGI PENGESAHAN JAWATAN 9 Januari 2020 – Sesi Perjumpaan Naib Canselor bersama Staf Akademik bagi Tujuan Pengesahan Jawatan diadakan pada 9 Januari 2020 di Bilik Mesyuarat BC 2-7, Bangunan Canselori melibatkan sembilan orang staf akademik. Naib Canselor UPSI, YBhg Profesor Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran dalam ucapannya berharap setiap pensyarah yang disahkan jawatan dapat mengangkat nama Universiti melalui kepakaran bidang masing-masing. Menurutnya lagi, para pensyarah perlu membina nama masing-masing sehingga dikenali masyarakat dan ini secara tidak langsungnya UPSI dirujuk oleh pihak di 7 luar.
8 @BAHAGIAN SUMBER MANUSIA Ceria…bergambar kenangan selepas tamat mesyuarat USAHA MEMPERKASAKAN HRM, HRD & BAKAT UPSI 6 Januari 2020 – Mesyuarat Semakan, Pemantapan dan Memperkasakan Pengurusan Sumber Manusia (HRM), Pembangunan Sumber Manusia (HRD) dan Pengurusan Bakat diadakan pada 3-5 Januari 2020 bertempat di Hotel Summit, Kuala Lumpur. Sepanjang mesyuarat berlangsung, Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman menjadi pemudahcara bagi setiap slot melibatkan pengurusan perjawatan, perkhidmatan, kebajikan, pembangunan sumber manusia, pengurusan bakat, proses kakitangan dan pengurusan teknologi maklumat. Turut diadakan Sesi Perkongsian Ilmu “Assessment in Recruitment” yang disampaikan oleh Profesor Dr Othman M8ohamed, CEO Matroll Technology Sdn Bhd.
9 @BAHAGIAN SUMBER MANUSIA Pendaftar berucap pada sesi awal bengkel ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN UNTUK LATIHAN STAF 2020 7 Januari 2020 – Bengkel Analisis Keperluan Latihan diadakan pada 6 Januari 2020 bertempat di Scholar’s Suites, UPSI. Sesi ini dikendalikan oleh Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, Encik Azman L Kadir. Sesi bermula dengan ucapan aluan Pendaftar UPSI, PPj (Kehormat) PA Dr Hajah Zainab Othman dan seterusnya para peserta berbengkel bagi menyemak senarai keperluan latihan Universiti. Encik Saiful Lizan Mohd Lajis, Pre9siden Kesatuan Pegawai Awam, antara pembentang bengkel
@BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 10 Sesi perbincangan ketika bengkel berlangsung UPSI MANTAPKAN DOKUMEN 3 TRACK 10 Januari 2020 – Bengkel Kriteria Kenaikan Pangkat (3 track) Kakitangan Akademik UPSI berlangsung pada 9 Januari 2020 bertempat di Scholar’s Suites, UPSI. Sesi ini dikendalikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Profesor Dr Mohd Sahandri Gani Hamzah dan dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, jemputan empat orang Profesor Emeritus UPSI, profesor-profesor berpengalaman selain Dekan-Dekan dan wakil Bendahari. Hasilnya, dokumen 3 track berjaya dimantapkan sebelum dimuktamadkan melalui satu lagi sesi perbengkelan yang akan ditetapk1a0n kemudian.
11 @BAHAGIAN SUMBER MANUSIA Antara ahli mesyuarat yang hadir ke mesyuarat BSM TERUSKAN ENGAGEMENT BERSAMA PTj 20 Januari 2020. Mesyuarat Bahagian Sumber Manusia (BSM) Bersama Pusat Tanggungjawab berlangsung buat kali ke-17 pada 20 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. Menurut Encik Ahmad, BSM meneruskan engagement bersama PTj bagi memudahkan informasi terkini disebarluas dan juga perbincangan isu-isu berkaitan sumber manusia dapat diselesaikan dengan berkesan. Mesyuarat iMniedsiyaudaarkaatnsdeulaankjuatlni ydaalaamkans1e1tdaihaudnakdaann kali terakhir diadakan pada Jun 2019 lalu. pada pertengahan tahun 2020 nanti.
12 @BAHAGIAN SUMBER MANUSIA #PRIHATIN KEBAJIKAN DOA KESEMBUHAN & KESEJAHTERAAN Bagi pihak Universiti, Unit Kebajikan Staf, BSM ingin mengajak semua staf UPSI dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan staf/waris: 1. Encik Mohamed Hanipah Mohamed Ramly, Pembantu Kemahiran H26, JPPHB dimasukkan ke Hospital Slim River kerana disyaki kompilkasi penyakit jantung dan paru-paru berair. 2. Dr Siti Rahaimah Ali, Pensyarah Universiti DS51 di Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pada 6 Januari 2020 kerana menjalani pembedahan di bahagian kepala dan masih dalam rawatan rapi di hospital berkenaan. 3. Puan Nur Hazwani Ridzuan, Pembantu Tadbir (P/O) N19, Unit Integriti dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kerana disyaki mengalami komplikasi penyakit jantung. 4, Isteri kepada Dr Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan, Pustakawan S44 di Perpustakaan Tuanku Bainun dimasukkan ke KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu, Kelantan. DRAF DASAR KEBAJIKAN STAF UPSI DIMANTAPKAN 31 Januari 2020. Mesyuarat Semakan Draf Dasar Kebajikan Staf UPSI diadakan pada 31 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat BC 2-7, Bangunan Canselori bertujuan membuat semakan terakhir dokumen sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia UPSI. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain dan dihadiri oleh Jabatan Bendahari dan Bahagian Governan. “Draf Kebajikan Staf UPSI ini melalui beberapa sesi bengkel pada 2019 termasuk sesi Mesyuarat Semakan, Pemantapan dan Memperkasakan HRM, HRD & Bakat pada 3-5 Januari 2020 yang lalu” kata Enc1ik2 Ahmad.
13 @BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 22 STAF BAHARU LAPOR BULAN JANUARI 2 Januari 2020 – Seramai 22 staf baharu melapor diri sebagai kakitangan baharu UPSI bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM), Bangunan Canselori. Sesi selamat datang dan penerangan kepada mereka disampaikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, BSM, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. Sesi ini juga melibatkan beberapa Unit BSM dan juga Jabatan Bendahari dalam usaha memastikan Sesi Lapor Diri Staf Baharu dikendalikan secara berpusat selaras dengan perancangan ke arah pendekatan “One Stop Centre”. INFO STAF BERTUKAR JABATAN Bil Nama PTj Asal PTj Baharu Tarikh Kuatkuasa Pusat Kaunseling Bahagian Sumber Manusia Pertukaran Encik Azman L Kadir 1 Pegawai Tadbir N48 Pusat Teknologi Maklumat & Jabatan Bendahari 1 Januari 2020 Komunikasi 2 Januari 2020 Puan Hamira Mohd Hassim Jabatan Bendahari Pusat Teknologi Maklumat 2 Pembantu Tadbir (Kewangan) W26 & Komunikasi Muzium Pendidikan Nasional Bahagian Hal Ehwal Puan Nor Fadzilah Ahmad Safri Akademik 3 Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 Institut Peradaban Melayu Jabatan Bendahari Cik Saidatul Saiha Saifuzzaman 4 Pembantu Tadbir (P/O) N19 5. Encik Mohd Muhaiyuddin Md Zahid Pembantu Operasi N11 13
14 @BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 14
15 @BAHAGIAN KESELAMATAN 15
16 @PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI PKU ANJUR TAKLIMAT PENYAKIT BERJANGKIT 17 Januari 2020 – Pusat Kesihatan Universiti menganjurkan Taklimat Penyakit Berjangkit pada 17 Januari 2020 bertempat di Dewan Jauhar, NCDRC. Taklimat disampaikan oleh Dr Norziha Abd Hamid melibatkan 40 orang ibu bapa dan staf NCDRC. Program ini merupakan sesi perkongsian ilmu berkaitan penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak yang merangkumi senarai penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak, cara penyebaran, gejala, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit serta kemudahan cuti kuarantin. PKU SERTAI LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN KAFETERIA KE UKM 21 Januari 2020 – PKU menyertai lawatan Ahli Jawatankuasa Pemantauan Kafeteria Universiti yang terdiri daripada Jabatan Hal ehwal Pelajar dan Alumni, Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda, Bahagian Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Bahagian Keselamatan. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari kaedah pelakasanaan pemantauan kafeteria yang dilakukan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sekaligus dapat memberi ruang dan peluang ahli jawatankuasa pemantauan kafeteria UPSI menambah baik pelaksanaan pemantauan di UPSI. PERBINCANGAN KERANGKA KERJA BAGI MENANGANI WABAK COVID-19 27 Januari 2020. Satu perbincangan kerangka kerja bagi menangani wabak COVID-19 diadakan pada 27 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pusat Kesihatan Universiti. Perbincangan ini merupakan satu langkah persediaan untuk menghadapi kemasukan pelajar baharu yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa. Perbincangan ini membabitkan beberapa pusat tanggungjawab lain iaitu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Bahagian Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 16
17 @PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Tekun mendengar informasi yang diberikan TAKLIMAT LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 24 Januari 2020 - Taklimat langkah pencegahan dan kawalan penularan COVID-19 di UPSI disampaikan oleh Pegawai Epidemiologi Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, Dr Ramzie Isa pada 24 Januari 2020. Taklimat ini merupakan langkah persediaan untuk menangani kes COVID-19 yang sedang menular di Wuhan, China. Pusat Kesihatan Universiti mengambil peluang dalam sesi taklimat ini untuk mendapatkan info mengenai persediaan yang perlu dilakukan oleh UPSI dalam menerima kemasukan pelajar baharu termasuk pelajar antarabangsa bagi Sesi Kemasukan Akademik yang terdekat Antara staf PKU meraikan Majlis Perpisahan MAJLIS PERPISAHAN BUAT KJ AZURA 31 Januari 2020 –jasPausbaatktKi esstaihf aPtaKnU,UKn1Ji7veArzsuitria(PSKaUid) menganjurkan Majlis Perpisahan bagi menghargai yang menyambung perkhidmatan ke jabatan baharu.
18 Jabatan Pendaftar Sidang Redaksi Penasihat: Pejabat Pendaftar PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman Pendaftar PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman Ketua Editor: Pendaftar Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain [email protected]/4506444 Sidang Editor: Pejabat Pendaftar Ketua PTj: Cik Azura Mat Said Bahagian Governan Bahagian Governan Puan Mohaieda Mat Hussin Bahagian Sumber Manusia Hajah Maskana Haji Ahmad Puan Rozlinda Rusli Timbalan Pendaftar Kanan N52 Bahagian Pengangkutan [email protected]/4506351 Encik Azlan Al-Hafiz Mazlan Bahagian Keselamatan Bahagian Sumber Manusia Puan Siti Suriana Yahya Pusat Kesihatan Universiti Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain Dr Mazlina Hamzah Timbalan Pendaftar Kanan N52 Puan Syaidatul Hamera Mohd Radzi [email protected]/4506357 Urus setia Puan Rozlinda Rusli Bahagian Pengangkutan Encik Azlan Al-Hafiz Mazlan Penolong Pendaftar Kanan N44 [email protected]/4506594 Bahagian Keselamatan Encik Mohd Fairuz Mislan Pegawai Keselamatan KP44 [email protected]/4505112 Pusat Kesihatan Universiti Dr Noor Safina Ahmad Noor Pegawai Perubatan UD54 [email protected]/4506669 18
Search
Read the Text Version
- 1 - 18
Pages: