Puan Noriza Nayan memotong kek PUAN NORIZA ANTARA INDIVIDU PENTING SEBALIK PENUBUHAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 20 Oktober 2021 – Puan Norizan Nayan, pensyarah Jabatan Komputeran berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang berkhidmat di UPSI bersempena Majlis Apresiasi yang dianjurkan oleh Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif pada 20 Oktober 2021. 45
Menurut Puan Norizan Nayan, sebelum wujudnya Fakulti Sains dan Teknologi (FST), beliau dan pensyarah terawal di UPSI bernaung di bawah jabatan. Pengalamannya membentuk dan menubuhkan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) merupakan satu kenangan yang sukar dilupakan sehingga kini bersama Allahyarham Profesor Dr Mohamad Ibrahim dan Allahyarhamah Puan Razana Baharudin. “FST sudah bertukar kepada Fakulti Sains dan Matematik dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan kemudiannya Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif” katanya. “Saya seronok dengan rakan-rakan kerana sering mendapat kerjasama. Kerja menjadi lebih senang dan mudah untuk mencapai matlamat. Pesanan saya, bekerjasamalah. Apa- apa kerja, buat sama-sama bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” tambah Puan Noriza yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang. “Harap jabatan dan fakulti lebih maju jaya, cemerlang untuk mencapai ranking sesuai dengan UPSI No.1 Pendidikan” katanya mengakhiri perbualan. Untuk rekod, Puan Noriza Nayan yang memegang nombor pekerja K00090 ini mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 1 Ogos 1986 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 dan seterusnya mendapat pelepasan dengan izin untuk berkhidmat di UPSI pada 12 Januari 1998 sebagai Pensyarah DS45. Mempunyai pengalaman luas dalam kerja pentadbiran termasuk pernah menjadi Ketua Jabatan pada 2006-2010 dan dinaikan pangkat sebagai Pensyarah Kanan pada 1 Mac 2008. Beliau akan bersara pada 31 Oktober 2021 ini apabila umur genap 60 tahun. 46
‘ Sepanduk Digital Kolokium KOLOKIUM PENGAJIAN SISWAZAH FSKIK MEDAN PELAJAR BENTANG CADANGAN PENYELIDIKAN Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 25 Oktober 2021 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) meneruskan Kolokium Pengajian Siswazah yang sebelumnya diadakan pada bulan Mei dan Jun 2021. Majlis pembukaan bermula pada 25 Oktober 2021 dengan ucapan Dekan FSKIK, Profesor Madya Dr Mohd Zahuri Khairani dan seterusnya pembentangan pelajar sehingga 30 Oktober 2021. Seramai sembilan orang pelajar terlibat dalam kolokium kali ini. 47
Suasana Program Dalam talian 49
Iklan Penjualan UHSB COVID-19 ANTIGEN RAPID TEST BOLEH DIBELI DI KAUNTER PEJABAT AM FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 25 Oktober 2021 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) membantu syarikat Universiti, UHSB bagi penjualan Covid-19 Antigen Rapit Test (Oral Fluid) yang boleh dibeli di kaunter Pejabat AM FSKIK. Harga jualan sangat munasabah dan berpatutan dengan pembelian 1 pek berharga RM17/2 pek RM30 atau membeli sekotak (5 pek) dengan harga RM73. Semua warga UPSI dan FSKIK boleh mengambil peluang ini dengan hadir ke Aras 3, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. 50
Ucapan tahniah buat Profesor Dr Md Nasir PROFESOR DR MD NASIR BAKAL CEO FINAS Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 27 Oktober 2021 – Satu lagi berita gembira diterima warga Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) apabila pensyarah akademik berjawatan Skim Tenaga Pengajar Khas (STPK), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bermula 1 November 2021 nanti. Kehebatan kakitangan FSKIK bukan sahaja menjadi buruan dalaman UPSI malah di luar sana. Tahniah Profesor Dr Md Nasir!. 51
Dikemaskini/Updated:28 Oktober 2021/28 October 2021
54
1 MQAVA 7 PENILAIAN MQAVA AKREDITASI PENUH SARJANA MUDA REKABENTUK (PERMAINAN DIGITAL) DENGAN KEPUJIAN Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 2 November 2021 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengadakan sesi penilaian MQAVA Akreditasi Penuh melibatkan program Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). Sarjana Muda Rekabentuk (Permainan Digital) dengan kepujian. Sesi ini berlangsung selama dua hari bermula 1 November 2021 secara dalam talian melalui aplikasi zoom dengan pengisian taklimat latar belakang program, perjumpaan Ketua Program, Staf Akademik, pelajar selain verifikasi dokumen dan lawatan kemudahan. Untuk rekod, program ini mendapat kelulusan JPT pada 21 Julai 2016 dan mula ditawarkan kepada pelajar Semester 1, Sesi 2017/2018. 55
Ketua Jabatan Komputeran, antara yang hadir 10 STAF HADIR KE PERHIMPUNAN BULANAN UPSI BULAN NOVEMBER DI DATARAN CEMERLANG BERSAMA Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 3 November 2021 – Sempena Perhimpunan Bulanan UPSI yang berlangsung pada 3 November 2021, 10 orang staf Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) hadir ke program yang diadakan di Dataran Cemerlang Bersama Stadium UPSI. Mereka ialah Ketua Jabatan Komputeran, Dr Mohd Hishamuddin Abdul Rahman mewakili Dekan FSKIK, Puan Siti Salwa Jamaldin, Profesor Madya Abu Bakar Sabran, Ts Dr Ahmad Nizam Othman, Encik Mohd Ikram Alhafis Hashim, Cik Aliaa Husna Zainudin, Cik Nurul Najiha Abdul Rahim, Puan Nurul Akmar Abdul Razak dan Puan Siti Fazilation Akmar Syed Omar. Staf lain mengikuti acara ini menerusi Facebook. 56
Sepanduk Digital UPSI UPSI DAN ISTANA PERAK BERPISAH TIADA 5 November 2021 - Institusi pengajian dan istana umpama aur dengan tebing. Sejak dahulu lagi, peranan istana dalam institusi pendidikan sangat signifikan. Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah, Sultan Perak Ke-28 yang memerintah negeri Perak dari tahun 1889 hingga 1916 merupakan sultan yang sangat berjasa dan memberi sumbangan besar dalam bidang pendidikan. 57
Sultan Idris Training College (SITC) merupakan institusi pendidikan terawal yang menggunakan nama baginda sebagai nama institusi mula dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir W George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Memasuki hampir 100 tahun, nama baginda masih kekal menjadi satu nama diraja yang diwarisi turun temurun dari SITC ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ke Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) hinggalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dengan sejarah yang panjang itu, UPSI dinaiktaraf sebagai Universiti sejak 1 Mei 1997 menjadi Universiti pertama yang mempunyai nama sultan dan secara tidak langsung sangat relevan digelar Universiti Pendidikan Diraja atas adanya sentuhan istana itu. Mengimbas sejarah, institusi pengajian tinggi ditubuhkan melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dengan tujuan untuk menyelenggara dan mentadbir Universiti. AUKU mewujudkan beberapa jawatan utama di Universiti seperti Canselor, Pro Canselor hingga ke Naib Canselor. Salah satu jawatan yang sangat penting ialah jawatan Canselor yang berperanan sebagai ketua universiti selain mempengerusikan konvokesyen. Oleh sebab dekatnya istana dengan institusi pengajian, jawatan Canselor kebiasaannya diisi Sultan dan Raja Pemerintah serta kerabat Diraja selain TYT Yang Di-Pertua Negeri. Satu perkara yang unik di UPSI, jawatan Canselor UPSI mengangkat kedudukan DYMM Raja Permaisuri ke satu jawatan teratas di Universiti bermula 1999. DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dimashyurkan sebagai Canselor Pertama UPSI. Permasyhuran ini sangat bertepatan sekali kerana baginda merupakan seorang bekas pendidik yang memahami tugas perguruan. 58
Search