U-Media@ dia@Edisi Khas Ogos 2022
Hak cipta/Copyright Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif/Faculty of Art, Computing & Creative Industry Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system without permission in writing from Faculty of Art, Computing & Creative Industry. Tarikh Penerbitan Pertama/First Date of Publication: 7 September 2021/7 September 2021 (Edisi Pertama) 1 Januari 2022/1 January 2022 (Edisi Kedua) Diterbitkan di Malaysia oleh/ Published in Malaysia by Fakulti Seni, Komputeran dan Industry Kreatif/ Faculty of Art, Computing & Creative Industry Aras 3, Bangunan E-Learning Aluan Dekan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Dean’s Message Perak Darul Ridzuan
Kandungan/Content 1 3 Aluan Dekan/Dean’s Message U-Media Ogos
Info: U-Media@FSKIK merupakan inisiatif fakulti bagi menyokong U-Media UPSI melalui pelbagai penerbitan ke arah melonjak fakulti dan Universiti dari aspek “visibility”.U- Media@FSKIK is a faculty intiative to support UPSI U-Media through various publications towards soaring faculty and University in terms of visibility. Penerbitan ini dikompilasikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. This publication is compiled by Senior Deputy Registrar FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain.
“buku ini merupakan himpunan bahan penulisan FSKIK untuk siaran media yang dikumpul oleh U-Media FSKIK bagi tujuan dokumentasi” PROFESOR MADYA Ts DR MUHAMMAD ZAFFWAN IDRIS “this book is a collection of FSKIK writing materials for media release collected by FSKIK U-Media for documentation purposes. ASSOCIATE PROFESSOR Ts DR MUHAMMAD ZAFFWAN IDRIS 1
2
Ogos 3
4
Antara Yang Hadir RABU@QALBU ANJURAN JMK ”LANGKAH SIHAT BERMULA – 1000 LANGKAH MENGELILINGI UPSI” Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 3 Ogos 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Multimedia Kreatif (JMK) menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti Langkah Sihat Bermula – 1000 Langkah Mengeliling UPSI bermula jam 815 pagi. Aktiviti mengeliling UPSI dibuat secara berkumpulan mengikut kumpulan Team Building. Ahli kumpulan berjaya mengadakan “reunion” sekali lagi dalam aktiviti ini. 5
Staf Yang Hadir MAJLIS MINI REUNION STAF PEJABAT AM FSKIK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 5 Ogos 2022 – Satu Majlis Mini Reunion Staf Pejabat Am Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) telah diadakan pada 4 Ogos 2022 bertempat di Domino’s Pizza, Tanjung Malim pada jam 12 tengah hari. Majlis ini ditaja oleh bekas Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Modi Lakulu. 6
Rabu@Qalbu PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK 10 OGOS 2022 TUNDA Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 8 Ogos 2022 – Perhimpunan Mingguan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) yang sepatutnya diadakan pada 10 Ogos 2022 oleh Jabatan Komputeran (JKOM) telah ditunda bagi memberi laluan kepada penganjuran Majlis Menandatangani MOU UPSI- FINAS dan Soft Launch Festival Filem Pelajar Malaysia yang bakal diadakan pada masa yang sama. Perhimpunan Mingguan FSKIK akan diadakan semula pada 17 Ogos 2022 yang dihoskan oleh pasukan yang sama. Minggu lepas Perhimpunan Mingguan ini dihoskan oleh Jabatan Multimedia dan Kreatif. Ia mengambil alih slot Perhimpunan Bulanan Universiti yang kebetulan tidak diadakan. Dengan perubahan tarikh ini, Perhimpunan Mingguan pada 24 Ogos 2022 pula akan dikendalikan oleh Unit IT, Unit Pereka dan Unit Kejuruteraan manakala pada 14 September 2022 dihoskan oleh Unit Pentadbiran dan Unit Akademik. 7
Majlis MOU UPSI-FINAS UPSI MENANDATANGANI MOU DENGAN FINAS Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 10 Ogos 2022 – UPSI menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Jauhar, Pusat Penyelidikan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) pada 10 Ogos 2022. 8
MOU telah ditandatangani oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr Md Amin Md Taff manakala FINAS oleh Puan Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Manakala Encik Helmi Zaifura Abdul Rahman, Pendaftar UPSI dan YM Raja Khairul Azman Raja Abdul Karim, Pengarah Pembangunan Industri bertindak sebagai saksi. Majlis ini turut diadakan pra pelancaran Festival Filem Pelajar Malaysia (FFPM) selain Penyampaian Mock Cheque RM200,000.00 oleh pihak FINAS kepada UPSI. 9
Kejayaan Nur Dayana Puteri TAHNIAH ATAS KEJAYAAN WARGA FSKIK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 12 Ogos 2022 – Minggu ini beberapa kejayaan warga Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menjadi berita manis buat fakulti ini. Antaranya kejayaan Nur Dayana Puteri, Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi) yang menang tempat pertama dalam pertandingan komik Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, kejayaan Profesor Madya Dr Bahbibi Rahmatullah dan Profesor Madya Dr Suzani Mohamad Samuri yang ditawarkan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan 2021 berjumlah RM91,850.00 dan tujuh geran FRGS diterima FSKIK melalui kehebatan para penyelidiknya. 10
Sepanduk Digital Kejayaan Warga FSKIK 11
EDISI KHAS Fail Bersejarah FSKIK SEJARAH PENUBUHAN FSKIK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 12 Ogos 2022 – Menjelang penubuhan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) dan penjenamaan semula Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) pada 1 September 2022, sejarah asal penubuhan fakulti sedia ada, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif bakal menjadi satu tinggalan fakta untuk direnung oleh generasi akan datang. 12
Segalanya bermula pada tanggal keramat 15 September 2009 apabila Mesyuarat Senat Kali Ke-72 Bil.5/2009 meluluskan cadangan penstrukturan semula fakulti di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang antara tujuannya adalah untuk menyesuaikan fakulti dengan program /bidang pengajian yang ditawarkan. Pada peringkat awal, Naib Canselor berhasrat menubuhkan fakulti baharu, Fakulti Industri Kreatif. Ini turut dinyatakan dalam buku “Merekayasa Sebuah Universiti Pendidikan Gemilang. Pernah dibengkel termasuk keputusan memansuhkan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK). Fakulti Seni dan Muzik (FSM) pernah menghantar kertas cadangan penubuhan Fakulti Seni dan Industri Kreatif ke Senat. Taklimat Naib Canselor pada 2 Oktober 2009 memutuskan fakulti baharu sebagai Fakulti Seni, Pengkomputeran dan Teknologi Kreatif. Pada 3 November 2009, inisiatif menggerakan fakulti baharu dibuat oleh FTMK bersama FSM dengan mengadakan Mesyuarat Penyediaan Kertas Cadangan Penubuhan Fakulti Baharu. Nama yang dipersetujui ialah Fakulti Seni, Pengkomputeran dan Industri Kreatif. Jabatan yang dicadangkan termasuklah Jabatan Seni Halus, Jabatan Reka Bentuk dan Kraf, Jabatan Pengkomputeran dan Jabatan Multimedia dan Reka Bentuk Digital. Kertas cadangan yang disediakan itu dibawa ke peringkat Universiti sehingga ke Mesyuarat Lembaga Pengarah UPSI Kali Ke-66 pada 21 Disember 2009 untuk kelulusan. Nama yang diluluskan ialah Fakulti Seni, Pengkomputeran dan Industri Kreatif (FSPIK) dengan jabatan di bawahnya iaitu Jabatan Seni dan Rekabentuk Kreatif, Jabatan Teknologi Inovatif & Komputeran,Jabatan Multimedia & Ekspresi Digital Definisi Tinggi. 13
Selepas itu, terdapat perubahan nama fakulti yang diubah kepada Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) bagi dikemukakan ke Jabatan Pendidikan Tinggi. Kemuncaknya, Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi 4/2009 pada 25 Februari 2010 meluluskan penubuhan fakulti baharu, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). Dalam kertas cadangan ditulis nama Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK)/Faculty of Art, Computing and Creative Industry. Jabatan di bawah FSKIK terdiri daripada Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Jabatan Pengkomputeran dan Jabatan Pembangunan Multimedia & Ekspresi Digital serta Jabatan Keusahawanan. Manakala surat yang dikeluar oleh Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 31 Mac 2010 yang diterima UPSI pada 5 April 2010 ditulis “h) Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif iaitu tanpa ada koma selepas perkataan Seni. Dalam surat tersebut ditulis penubuhan fakulti diluluskan mulai April 2010. Dengan penubuhan itu, FTMK yang ditubuhkan pada 2002 hanya dapat bertahan untuk tempoh 8 tahun sahaja. Warga FTMK yang menaungi fakulti itu kini bernaung di bawah Jabatan Komputeran. Manakala kakitangan Jabatan Seni, FSM berpindah di bawah fakulti baharu. Selepas penubuhan itu, terdapat usaha di peringkat fakulti untuk membuat penstrukturan jabatan. Melalui Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE) Bil 14/2010 pada 21 Julai 2010, FSKIK memohon kelulusan bagi pembentukan jabatan. Cadangan mewujudkan Jabatan Reka Bentuk Kreatif bagi menggantikan Jabatan Keusahawanan tidak diluluskan. Jabatan Keusahawanandipindah ke Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. 14
Cadangan penubuhan Jabatan Seni bagi menggantikan Jabatan Seni dan Reka Bentuk diluluskan dengan perubahan nama kepada Jabatan Seni dan Reka Bentuk Kreatif. Manakala nama Jabatan Komputeran dan Jabatan Multimedia dan Ekspresi Digital tidak berubah. Pada 4 Ogos 2010, FSKIK membuat rayuan kepada Naib Canselor berdasarkan keputusan MPE itu. Nama jabatan di FSKIK dimuktamadkan dengan tiga jabatan iaitu Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Jabatan Multimedia Kreatif dan Jabatan Komputeran. Selepas dua tahun penubuhan iaitu pada 21 Februari 2012, kakitangan akademik Jabatan Komputeran menghantar permohonan kepada Naib Canselor melalui Dekan fakulti bagi hasrat menubuhkan fakulti baharu yang diberi nama Fakulti Komputeran dan Mekatronik. Melalui Mesyuarat Khas Pengurusan FSKIK pada 23 Julai 2012 meluluskancadangan penstrukturan semula FSKIK dengan cadangan penubuhan fakulti baharu, Fakulti Komputeran dan Elektro-Mekanikal manakala fakulti sedia ada dikenali Fakulti Industri Kreatif. Usaha ini tidak berjaya kerana penubuhan FSKIK baharu dua tahun wujud. FSKIK melalui perubahan kepimpinan Fasa 1 dari Dekan pertama dari Jabatan Multimedia Kreatif (2010-2014) hingga perubahan kepada Dekan kedua dari Jabatan Komputeran (2014-2019) dan Dekan ketiga dari Jabatan Seni dan Reka Bentuk (2019-2022). Pada 10 Januari 2022, satu lawatan Jawatankuasa Pengurusan Universiti ke FSKIK telah diadakan di Dewan Konvensyen E-Learning. Dalam pertemuan itu, Naib Canselor mendengar cadangan staf Jabatan Komputeran agar diwujudkan fakulti baharu. 15
Dengan lengkapnya pusingan tiga orang Dekan fakulti dari ketiga-tiga jabatan apabila tamatnya perkhidmatan Dekan ketiga FSKIK pada 4 Februari 2022, pihak Universiti melantik Dekan keempat dari Jabatan Multimedia Kreatif berkuatkuasa 5 Februari 2022. Dengan pelantikan ini, barisan kepimpinan FSKIK bagi Fasa Kedua pun bermula. Namun demikian, semua warga FSKIK dikejutkan dengan pengumuman penubuhan Fakulti Komputeran dan Teknologi Digital oleh Naib Canselor dalam Sesi Amanat Naib Canselor pada 16 Februari 2022. Penubuhan fakult baharu ini mensasarkan pendigitalan pendidikan yang meliputi Digital Education Lab, Animasi dan Internet of Everything. Bermula 10 Mac 2022 hingga 13 Mac 2022, FSKIK mengadakan tinjauan kepada staf FSKIK dengan 76% setuju agar FSKIK distruktur semula kepada dua fakulti berlainan. Tinjauan ini melibatkan 100 orang daripada 109 responden (91.7%). Pada 15 Mac 2022, Mesyuarat Naib Canselor telah diadakan bersama Pengurusan FSKIK. Antara intipati perbincangan adalah mencadangkan nama yang bersesuaian untuk fakulti baharu selain meminta akronim FSKIK dikekalkan bagi fakulti sedia ada. Usaha menyediakan kertas cadangan telah dibuat oleh Jabatan Komputeran termasuk mengadakan Bengkel Penubuhan Fakulti Baharu di peringkat jabatan pada 9 Mac 2022 di Scholar’s Suites dan pada 23 Mac 2022 di Dewan Sri Tanjung. Cadangan nama baharu fakulti telah diubah kepada Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKOM). Pada 25 Mac 2022 hingga 27 Mac 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Protem Penubuhan Fakulti Baharu dan Pemerksaan 5 Tahun FSKIK diadakan di Best Western I-City, Shah Alam. Dua kertas cadangan berjaya dimantapkan untuk diangkat bagi kelulusan Universiti. 16
Dua kertas cadangan telah dibawa untuk kelulusan Jawatankuasa Perancangan Akademik pada 27 April 2022 dan kemudianya Senat pada 17 Mei 2022. Jawatankuasa Induk Penubuhan Fakulti Baharu turut bersidang pada 17 Mei 2022 bagi memperakukan cadangan penubuhan fakulti sedia ada dan penjenamaan nama fakulti sedia ada. Pada 26 Mei 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) meluluskan dua kertas cadangan yang dikemukakan. Bertitik tolak dari mesyuarat ini, cadangan akronim asal FKOM ditukar kepada nama FKMT. Selepas 4 hari JKPU bermesyuarat, dua kertas cadangan itu diangkat ke Mesyuarat Lembaga Pengarah (LPU) pada 30 Mei 2022. Dengan kelulusan di peringkat UPSI ini, FSKIK bertukar kepada nama baharu iaitu Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif dengan dua jabatan di bawahnya iaitu Jabatan Multimedia Kreatif dan Jabatan Seni dan Reka Bentuk. Manakala fakulti baharu dikenali sebagai Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi dengan dua jabatan terdiri daripada Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Digital dan Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Teknologi Pintar. Cadangan kuatkuasa kedua fakulti adalah pada 1 September 2022. Pada awal Jun 2022, Bahagian Governan UPSI telah mengemukakan dua kertas cadangan ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk kelulusan akhir. Pada Julai 2022, FSKIK menggerakan usaha ke arah penubuhan fakulti baharu dengan penyediaan prasarana dan kerja-kerja perpindahan. Ini termasuk cadangan sumber manusia bagi kedua fakulti yang telah dimuktamadkan pada 1 Ogos 2022. Sehingga 15 Ogos 2022, usaha-usaha ini terpaksa ditangguhkan kerana kelulusan KPT masih belum diperoleh. Oleh demikian, penubuhan FKMT dan penjenamaan FSKIK belum selesai. 17
Sesi Dalam Talian RABU@QALBU ANJURAN JKOM Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 17 Ogos 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Komputeran (JKOM) menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti perkongsian ilmu secara dalam talian oleh Ts Dr Haji Nazre Abdul Rashid dengan tajuk “Designing Computer Network for PdP”. 18
Suasana Dalam Mesyuarat FSKIK HARGAI AJK PROGRAM TEAM BUILDING Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 22 Ogos 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Mesyuarat Post Mortem dan Majlis Apresiasi Program Team Building Pangkor pada 22 Ogos 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, FSKIK. Dalam majlis ini, AJK menerima sijil penghargaan di atas jasa dan sumbangan mereka menjayakan program selain diberi jamuan makan tengah hari yang menggunakan peruntukan tajaan. 19
AJK Yang Menerima Sijil 20
Pensyarah dan Kakitangan JKOM di SMK Behrang 2020 JKOM BERSAMA KOMUNITI Oleh : DMHAR 18 Ogos 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Komputeran (JKOM) terlibat dalam program bersama komuniti yang diadakan di SMK Bandar Behrang 2020 pada 16-17 Ogos 2022. 21
Menurut Ketua Jabatan Komputeran, Dr Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, JKOM telah dijemput oleh pihak SMK Bandar Behrang 2020 untuk mengadakan pameran sempena minggu Sains dan Matematik. Pameran ini dikendalikan oleh Dr Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, Dr Yusri Abdullah, Dr Mad Helmi Ab. Majid, Dr Noor Hidayah Che Lah, Encik Fizaril Amzari Omar, Puan Nor Zuhaidah Mohamed Zain, Dr Laili Farhana Md Ibharim, Puan Maryati Md Saad dan Puan Zaihasra Che Ros. Dr Yusri Bersama Pelajar 22
Selain itu terdapat juga beberapa pelajar JKOM yang turut membantu dalam menjayakan pameran ini.Pelbagai bentuk produk hasilan pelajar-pelajar Jabatan Komputeran telah dipamerkan antaranya permainan digital, permainan papan dan kad, animasi dan robot. Pameran ini telah dihadiri oleh ramai pelajar dan guru dari sekolah tersebut, malah turut juga dihadiri oleh pelajar-pelajar dari sekolah rendah berdekatan. Selain mendedahkan produk-produk keluaran JKOM di mata masyarakat, pameran ini diharapkan dapat menarik perhatian pelajar SMK Bandar Behrang 2020 untuk menyambung pelajaran di UPSI setelah tamat belajar kelak. Suasana Dalam Bilik Darjah 23
Warga FSKIK Bersemangat Patriotik 34 STAF TAKLUKI BUKIT CHANGKAT ASA SEMPENA RABU@QALBU ANJURAN UNIT PENTADBIRAN & AKADEMIK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 24 Ogos 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Unit Pentadbiran & Akademik menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti simbolik yajg diberi tajuk \"Peranan Warga FSKIK dalam Memacu Fakulti bagi Mencapai Sasaran KPI Melalui Pendekatan Menakluki Bukit Changkat Asa\" 24
Seramai 36 orang kakitangan dari 138 orang staf FSKIK menyertai program ini. Aktiviti yang berteraskan Reunion Team Building Pangkor ini menerangkap konsep semangat berpasukan, kebersamaan dan pergorbanan dalam menjalankan amanah yang diberikan. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk diselesaikan dengan tugasan mencabar adalah untuk semua ahli kumpulan berada di kemuncak Bukit Changkat Asa. Mereka perlu membuktikan sampai ke puncak melalui gambar dirakam. Selain itu, mereka juga diminta untuk merakam gambar di kaki bukit selain merakam gambar bercirikan patriotik. Staf FSKIK yang terlibat melalui cabaran yang getir dalam melalui laluan sebelum sampai ke puncak. Ia mengajar mereka keazaman dan kecekalan untuk mencapai sasaran KPI yang ditetapkan. Dari 36 orang yang terlibat itu, hanya dua orang sahaja tidak berjaya menyempurnakan misi ini. Akhirnya 34 orang warga FSKIK digelar Juara Menakluki Bukit Changkat Asa apabila mereka berjaya berada di puncak. Penganjur turut menyediakan Sijil Penyertaan yang mengiktiraf kejayaan mereka menakluk Bukit Changkat Asa yang setinggi 234 meter. Warga FSKIK turut mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan kata keramat “Merdeka” sebagai meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Kali Ke-65 pada tahun ini. “Ini mungkin kali pertama dan terakhir saya naik ke sini” kata Setiausaha Pejabat FSKIK, Puan Siti Fazilaton Akmar Syed Omar. Pengalaman mendaki Bukit Changkat Asa merupakan kenangan yang tidak akan dilupakan beliau. Program ini mendapat sentuhan Jurulatih Hiking berpengalaman. Profesor Madya Ts Dr Muhammad Modi Lakulu yang sudah banyak terlibat dalam ekspedisi mendaki bukit di banyak kawasan. 25
v Sepuluh Kumpulan bergambar di Puncak Bukit 26
JUARA MENAKLUKI BUKIT CHANGKAT ASA Kumpulan 1 Kumpulan 6 1. Dr Mad Helmi Abd Majid 1. Dr Mohd Hishamuddin Abdul Rahman 2. Puan Nurul Akmar Abdul Razak 2. Dr Suraya Md Nasir 3. Puan Nor Hidayah Ahmad 3. Profesor Madya Dr Yakup Mohd Rafee 4. Puan Siti Fazilaton Akmar Syed Omar Kumpulan 2 5. Puan Rasidah Yazid 6. Encik Azhar Ahmad 1. Ts Dr Nazre Abdul Rashid 2. Encik Izzal Khairi Ramli Kumpulan 7 3. Dr Nor Syazwani Mat Salleh 4. Puan Syaidatul Hamera Mohd Radzi 1. Dr Nur Safinas Albakry 5. Encik Mohd Shukri Mohd Shafie 2. Profesor Madya Dr Amri Yusof 3. Dr Zainuddin Abindinhazir Kumpulan 3 Kumpulan 8 1. Profesor Madya Ts Dr Muhammad Modi Lakulu 2. Dr Muhammad Abdul Malik Saedon 1. Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain 3. Puan Aliaa Husna Zainuddin 2. Puan Nur Fauzun Adam 4. Encik Jamaluddin Ariffin 3. Puan Rosnah Mhd Sapiee 4. Encik Muhammad Hafirdause Mustafa Kumpulan 4 Kumpulan 9 1. Dr Mohd Ekram Al Hafis Hashim 2. Puan Rosyada Elias 1. Dr Mohd Fadhil Harfiez Abdul Muttalib 2. Encik Mazlan Ismail Kumpulan 5 Kumpulan 10 1. Encik Mohd Farizal Puadi 2. Cik Aina Natasha Baharom 1. Puan Nor Adilah Ghazali 2. Dr Abdullah Hussein Abdullah Al-Moodi 3. Dr Muhamad Hariz Muhamad Adnan 27
22 ahli bengkel bergambar kumpulan FSKIK ANJUR BENGKEL STRATEGI DAN PELATAAN KPI & PEMERKASAAN HALA TUJU FSKIK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 28 Ogos 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Bengkel Strategi dan Pelataan KPI bagi Separuh Tahun 2022 dan Pemerkasaan Hala Tuju FSKIK yang diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam pada 26-28 Ogos 2022. Bengkel 3 hari 2 malam ini berjaya membantu fakulti dalam menyediakan Strategi dan Pelataan Teras 1 hingga 6 yang melibatkan FSKIK termasuk penyediaaan dokumen Permerkasaan FSKIK da fakulti baharu. 28
Ahli-Ahli Kumpulan 6 KUMPULAN 6 PEMENANG REUNION TEAM BUILDING@CHANGKAT ASA Oleh : Arissa Hasya Auni 30 Ogos 2022 – Kumpulan 6 menepati ramalan pelbagai pihak memenangi Reunion Team Building@Changkat Asa bersempena Rabu@Qalbu yang diadakan pada 24 Ogos 2022 lepas. Naib Juara dimenangi oleh Kumpulan 8 dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan 1. Kejayaan Kumpulan 6 didorong oleh penyertaan ahli kumpulan yang ramai manakala Kumpulan 8 mengutip mata daripada tiga tugasan yang dipos di Facebook. Rata-rata kumpulan gagal memenuhi tiga tugasan dan tidak memuat naik gambar mereka di laman Facebook. 29
EDISI KHAS Warga FSKIK Bersama Jalur Gemilang WARGA FSKIK HAYATI KEMERDEKAAN NEGARA Oleh : Arissa Hasya Auni 31 Ogos 2022 – Seminggu sebelum Hari Kebangsaan, sebilangan warga Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) berjaya mendaki Bukit Changkat Asa sambil melaungkan “Merdeka” di kemuncak bukit tersebut. 30
Ekspedisi mendaki Bukit Changkat Asa memberi semangat kepada pendaki bukit untuk menyemarak semangat patriotik tambahan dalam tugasan diberi, mereka diminta merakam gambar bercirikan patriotik. Aktiviti ini sangat relevan untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara. Bendera Malaysia yang sedia ada dipacak di kawasan puncak bukit turut menyuntik semangat kebangsaan kepada warga FSKIK. Ini termasuk pensyarah antarabangsa, Dr Abdullah Al-Moodi yang turut sama memegang Jalur Gemilang bersama staf yang lain. Dr Abdullah memegang Bendera Malaysia 31
Ketua Jabatan Komputeran, Dr Mohd Hishamuddin Abdul Rahman dan Penolong Pegawai Tadbir, Puan Aliaa Husna Zainudin sempat merekacipta pantun ketika berada di Bukit Changkat Asa. Pantun ciptaan mereka sempena kemerdekaan berbunyi: Changkat Asa Tinggi Puncaknya Keindahan floranya masih terpelihara Ayuh semua rakyat Malaysia Angkat tangan kibarkan bendera Pensyarah Jabatan Komputeran, Ts Dr Chee Ken Nee turut mencipta pantun sempena Hari Kebangsaan yang disambut oleh rakyat Malaysia pada 31 Ogos 2022: Perwira Pertiwi berjuang demi negara Keamanan dan kemakmuran baru dapat dikecapi demi merdeka Jalur Gemilang berkibar megah di persada dunia Kedaulatan Malaysia kekal utuh dijaganya kita Sementara itu, pensyarah jabatan yang sama, Puan Harnani Mat Zain mencipta dua rangkap pantun bagi sama-sama menyemarakkan hari bermakna Negara: Manis berkebaya si nyonya Melaka, Santun melangkah ditemani mama 65 tahun negara merdeka Keluarga Malaysia teguh bersama Nama Malaysia sudah terbilang Menjadi siulan tanpa sempadan Ayuh kibarkan Jalur Gemilang Semarakkan bersama bulan kemerdekaan 32
Puan Aliaa dan Dr Hishamuddin di Bukit Changkat Asa 33
Sepanduk Ciptaan Ts Dr Chee Ken Nee 34
Sepanduk Ciptaan Puan Harnani 35
Selain berpantun, Warga FSKIK turut menunjukkan semangat patriotik dengan menghias pejabat termasuk meletakkan bendera Malaysia di pejabat am sebagai salah satu usaha menyemarakkan kecintaan terhadap tanah air. Sempena Hari Kebangsaan 2022, Dekan dan Ahli Pengurusan FSKIK mengambil kesempatan hari bercuti tersebut untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-65! Sepanduk Ciptaan Encik Khairul Ezedy 36
EDISI KHAS FSKIK-FKMT KITA MASIH BERSAMA SEBAGAI WARGA FSKIK Oleh : Arissa Hasya Auni 31 Ogos 2022 – Dalam perancangan asal, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) dan Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) mula beroperasi pada bulan September 2022. Namun demikian, sehingga 31 Ogos 2022 belum ada lagi keputusan yang diterima dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) berkenaan kertas cadangan UPSI yang telah dikemukakan pada awal Jun 2022. Sepanjang September 2022 nanti, staf Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) masih bersama dalam satu fakulti. Tentunya semua pihak menanti detik sebenar yang mula dicetuskan sejak cadangan penubuhan fakulti baharu pada 16 Februari 2022. 37
185 Dikemaskini/Updated: 31 Ogos 2022
Search
Read the Text Version
- 1 - 44
Pages: