Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 3 - REGIS MAC 2020

3 - REGIS MAC 2020

Published by ajfirdaus, 2020-05-06 22:45:52

Description: 3 - REGIS MAC 2020

Search

Read the Text Version

BULETIN JABATAN PENDAFTAR 1 MAC 2020

BERITA UTAMA 2 UPSI HARGAI KECEMERLANGAN STAF 10 Mac 2020 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UPSI 2019 yang berlangsung pada 2 petang, 9 Mac 2020 di Dewan SITC menyaksikan 6 anugerah disampaikan kepada staf bagi menghargai kecemerlangan mereka. Selain APC yang menghargai 154 orang penerima, UPSI turut mengiktiraf kecemerlangan dalam penyelidikan, penerbitan, perundingan, pengkomersilan melalui Anugerah 4P yang diberikan kepada 68 orang penerima selain Anugerah Kecemerlangan Staf Pentadbiran (3 orang), Anugerah KIK (1 kumpulan) dan Anugerah Fakulti Terbaik (1 fakulti). Anugerah baharu diperkenalkan ialah Anugerah Khas Cemerlang Bersama yang disampaikan kepada 18 orang penerima. Majlis ini disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, YBhg Profesor Dato' Dr Mohammad Shatar Sabran bersama-sama dengan pengurusan Universiti dengan kehadiran Ketua-ketua pusat tanggungjawab. Sempena majlis ini, staf Jabatan Pendaftar diberi pengiktirafan menerima anugerah. Ini termasuklah Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr Noor Safina Ahmad Noor dan Hajah Maskana Ahmad yang menerima Anugerah Khas Cemerlang Bersama manakala 18 orang staf lain menerima APC. Penerima APC Jabatan Pendaftar: 1.Cik Azura Mat Said, Pejabat Pendaftar 2.Encik Megat Iskandar Shah Megat Abu Hassan, Bahagian Governan 3.Puan Rahayu Mangsor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 4.Encik Fakhrul Islami Mohd Nor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5.Encik Shahril Fitri Zailani, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia 6.Encik Mohd Khairul Hazrin Mohammed Maidin, Bahagian Pengangkutan 7.Encik Ibrahim Adam Khan, Bahagian Pengangkutan 8.Encik Mohd Hisam Sulaiman, Bahagian Pengangkutan 9.Encik Mohamad Sharif Zulkifly, Bahagian Pengangkutan 10.Cik Nurulfaiezah Noor Zaki, Pusat Kesihatan 11.Puan Hasnah Abdullah, Pusat Kesihatan 12.Puan Zahrah Hayati Mohd Hailani, Bahagian Keselamatan 13.Encik Rudi Kurniawan Salleh, Bahagian Keselamatan 14.Encik Abd Hamid Hashim, Bahagian Keselamatan 15.Encik Awang Chi Koh Li, Bahagian Keselamatan 16.Encik Shahrul Niza Tak, Bahagian Keselamatan 17.Encik Khairul Fetrey Ahmed Bakkeri, Bahagian Keselamatan 18.Encik Mohd Fairuz Mislan, Bahagian Keselamatan

@PEJABAT PENDAFTAR 3 Sesi bergambar di hadapan Bangunan Canselori bersama Naib Canselor UPSI UPSI TUAN RUMAH MESYUARAT JAWATANKUASA PENDAFTAR-PENDAFTAR UA 16 Mac 2020 - UPSI menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar-Pendaftar UA yang diadakan pada 16 Mac 2020 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori. Terdahulu, satu majlis makan malam bagi meraikan tetamu diadakan di Scholar's Suites. Sempena majlis ini juga, mereka berkesempatan untuk melihat sendiri kemudahan UPSI Adventure Park. Mesyuarat sedang berlangsung (kiri) dan kenangan di Majlis Makan Malam (kanan)

@PEJABAT PENDAFTAR 4 UPSI & PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 18-31 MAC 2020 PEMATUHAN ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME) Merujuk kepada perutusan YAB Perdana Menteri, Kerajaan memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Sehubungan itu, semua staf UPSI adalah diminta mematuhi Peraturan Bekerja Dari Rumah seperti berikut: 1. Sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat/pekerja yang ditetapkan oleh Kerajaan; 2. Sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain; 3. Memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja. Mana-mana staf yang gagal mematuhi arahan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Semua staf adalah pada setiap masa tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 dan lain-lain peraturan atau arahan rasmi yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

@PEJABAT PENDAFTAR 5

6 @PEJABAT PENDAFTAR Pendaftar sampaikan sumbangan kepada pelajar PENDAFTAR TURUN PADANG SUMBANG BANTUAN 9 Mac 2020 –Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman berkesempatan turun padang melawat, bertanya khabar keadaan pelajar yang kekal berada di kediaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan selain menghulurkan bantuan bekalan bahan makanan kepada pelajar UPSI yang menetap di Luar Kampus (UKLK) - Taman Bahtera (Zon F). Turut serta, Puan Nor Hayati Aziz, Encik Muhammad Nur Aizudin Abdul Rahman dan Encik Mohamad Asri Seman. Pendaftar berbual mesra dengan pelajar

7 @PEJABAT PENDAFTAR Sesi bergambar selepas majlis serahan PENDAFTAR HADIRI MAJLIS SERAHAN BANTUAN MAKANAN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI) KEPADA IKSAS 28 Mac 2020 - Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman menghadiri Majlis Serahan Bantuan Makanan kepada Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Tuan Arthur Joseph Kurup. \"Terima kasih kepada YB kerana sudi meluangkan masa turun padang bagi menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada persatuan anak Sabah iaitu IKSAS UPSI bersama-sama Puan Suli Koid Chin Lin, CEO Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad\" kata Dr Hajah Zainab. Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Bitarasiswa UPSI ini ialah Bendahari UPSI, Tuan Haji Mohamad Najib Mohamed, Pengetua dan felo Kolej Kediaman Luar Kampus UPSI serta Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Mohd Faiz Farhan Abdul Rahman (YDP MPP) dan Muhammad Nur Naim Abdul Rehman (TYDP MPP). \"Ingatan daripada YB ini amat bermakna buat Universiti serta seluruh anak Sabah di UPSI terutamanya ketika negara menghadapi ancaman wabak COVID-19 ini. Semoga usaha YB sentiasa dipermudahkan dan dikurniakan kekuatan untuk terus menaburkan jasa bakti kepada negara.\" tulis Dr Hajah Zainab dalam status Facebooknya.

8 @PEJABAT PENDAFTAR JABATAN PENDAFTAR AKTIF MENGANJURKAN MESYUARAT DALAM TALIAN 31 Mac 2020 - Jabatan Pendaftar memulakan langkah mengadakan Mesyuarat Dalam Talian bermula 26 Mac 2020 melalui Pusat Kesihatan Universiti bagi sesi penerangan petugas War Room. Pejabat Pendaftar pada 30 dan 31 Mac 2020 mengadakan Mesyuarat Pendaftar Bersama Ketua PTj di bawah Jabatan Pendaftar, Mesyuarat Bersama Pegawai Bahagian Sumber Manusia dan Mesyuarat Bersama Timbalan Pendaftar Fakulti. Interaksi Mesyuarat Dalam Talian Melibatkan Pegawai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pendaftar turut mengikuti Sesi Taklimat Pusat Kesihatan Universiti Kepada Petugas War Room pada 26 Mac 2020

9 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Pendaftar bersama Pengurusan FBK ENGAGEMENT PENDAFTAR-BSM BERAKHIR DI FBK 9 Mac 2020 - Sesi Engagement Pendaftar dan Bahagian Sumber Manusia berakhir di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) pada jam 9 pagi, 9 Mac 2019 lalu di Bilik Mesyuarat FBK. Sesi turun padang ini bertujuan untuk mendapatkan input dan maklumbalas fakulti berkaitan perjawatan dan juga tadbir urus terbaik untuk penambahbaikan pengurusan fakulti. Sesi di FBK merupakan sesi terakhir diadakan setelah kali pertama berlangsung di Fakulti Teknikal & Vokasional (FTV) pada 5 Februari 2020 dan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) pada 27 Februari 2020. Sesi pada bulan Mac meliputi Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) pada 2 Mac 2020, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) pada 4 Mac 2020, Fakulti Sains dan Matematik (FSM) pada 4 Mac 2020, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) pada 5 Mac 2020, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) pada 5 Mac 2020 dan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) pada 6 Mac 2020.

10 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA LENSA ENGAGEMENT PENDAFTAR-BSM-FAKULTI FPE, 27 Februari 2020 FSSK, 4 Mac 2020 & FPM, 6 Mac 2020 FSM, 4 Mac 2020

11 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Pendaftar bergambar di hadapan kaunter KPT SESI RUNDING CARA KEPERLUAN JAWATAN 12 Mac 2020 - Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman, Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM), Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain bersama Penolong Pendaftar Kanan BSM, Puan Norhasrina Mohd Idris, Penolong Pendaftar BSM, Puan Siti Rafidah Mukdan dan Penolong Pegawai Tadbir BSM, Encik Amiruzaman Aminuddin hadir dalam Sesi Runding Cara Keperluan Perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahun 2021. Sesi ini bermula jam 9 pagi, 11 Mac 2020 bertempat di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Razifudin Rahmat, pegawai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Setiap Universiti Awam hadir ke sesi runding cara yang diadakan di KPT mengikut jadual masing-masing.

12 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA UPSI TERIMA LAPORAN INTERIM AUDIT PERJAWATAN 12 Mac 2020 - Susulan Audit Perjawatan berlangsung pada 24-26 Februari 2020, Universiti menerima laporan interim yang dikemukakan pada 12 Mac 2020. Oleh kerana laporan ini bersifat interim, Bahagian Sumber diminta untuk menyalurkan maklumbas perubahan dan pengemaskinian data dalam tempoh 14 hari sebelum laporan sebenar dikeluarkan secara rasmi. Untuk rekod, sebanyak 22 PTj diaudit melibatkan pasukan audit luar. Objektif Audit Perjawatan adalah untuk memastikan sumber manusia di PTj digunakan secara optimum selain menyemak proses kerja kerja bertepatan dengan pengurusan lean dan IR4.0. TEMU DUGA SPKU BERLANGSUNG SEPERTI BIASA PADA 17 MAC 2020 17 Mac 2020 - Temu duga SPKU bagi gred jawatan 41 dan 29 (Teknologi Maklumat) berlangsung seperti biasa bertempat di Bilik Temu Duga, BSM. Terdahulu, para calon menghadiri sesi ujian yang dikendalikan oleh Pusat ICT. Sepanjang tempoh 18-31 Mac 2020, BSM merancang mengadakan beberapa lagi siri temu duga perjawatan namun kerana penutupan kampus akibat COVID-19, semua sesi temu duga sama ada akan diadakan pada tarikh lain atau diadakan secara temu duga dalam talian. SURAT PERAKUAN DAN PENGESAHAN DIRI (GL) BOLEH DIAMBIL DI POS PENGAWAL PINTU TIMUR 23 Mac 2020 - Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Unit Kebajikan, BSM mengambil inisiatif untuk memudahkan permohonan staf yang memohon surat perakuan dan pengesahan diri (GL) boleh diambil di Pos Pengawal Pintu Timur pada 24 Mac 2020, 26 Mac 2020, 28 Mac 2020 dan 30 Mac 2020. BSM juga menggalakkan agar semua staf menggunakan kemudahan \"e-GL kerajaan\" dengan datang terus di kaunter hospital dan klinik kesihatan tempatan yang berkenan bagi mendapatkan rawatan. Sementara itu, BSM melalui hebahan pada 23 Mac 2020 turut memaklumkan mengenai penutupan klinik panel Dr Azhar & Rakan-rakan di seluruh negara. Staf yang memilih Klinik Dr Azhar & Rakan-rakan bagi mendapatkan rawatan disyorkan supaya pergi ke klinik pilihan yang kedua atau di hospital-hospital kerajaan dan klinik kesihatan tempatan yang berhampiran.

13 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PKP STAF PERLU MENDAPAT KEBENARAN HADIR KE PEJABAT DALAM TEMPOH PKP 31 Mac 2020. Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, setiap kakitangan yang diarahkan bertugas melibatkan urusan pentadbiran, kewangan, keselamatan, kebersihan dan penyelarasan maklumat perlu mendapat surat keizinan daripada Universiti. Ketua PTj diminta menghantar senarai nama dan nombor pekerja staf tersebut kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk urusan pengeluaran surat kebenaran. Surat kebenaran itu boleh diakses oleh kakitangan terlibat melalui portal masing-masing. Apabila PKP dilanjutkan mulai 1 April sehingga 14 April 2020, semua kakitangan masih terikat dengan arahan yang digariskan di dalam Pekeliling Naib Canselor tersebut. Mulai 1 April 2020, surat kelulusan hadir ke pejabat hanya akan dikeluarkan oleh Pendaftar. Semua Ketua Jabatan yang memerlukan kakitangan untuk hadir ke pejabat perlulah mengemukakan permohonan dan justifikasi keperluan keberadaan kakitangan di pejabat melalui emel [email protected] dengan menyertakan maklumat seperti nama staf, tarikh bertugas, alasan dan sebab bertugas, Implikasi sekiranya permohonan tidak diluluskan dan menyertakan jadual penggiliran (sekiranya berkaitan). Dalam hal ini, staf yang memiliki surat arahan Pendaftar sahaja dibenarkan memasuki kawasan kampus. Tindakan akan dikenakan kepada kakitangan yang tidak mematuhi arahan ini. Surat kelulusan terkini adalah terpakai untuk tempoh 1 hingga 14 April 2020 dan surat kelulusan terdahulu tidak lagi sah digunakan. Kebenaran untuk hadir ke kampus UPSI lebih ketat selaras dengan PKP yang dikeluarkan kerajaan dan juga surat Kementerian Pengajian Tinggi.

14 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

15 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

16 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA #PRIHATIN KEBAJIKAN SALAM TAKZIAH Bagi pihak Universiti, Unit Kebajikan Staf, BSM ingin merakamkan takziah kepada keluarga staf dan semoga Allahyarham/Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman: 1. Suami kepada Puan Nur Nabila Micheal Lung Abdullah, Pensyarah Universiti DS45, meninggal dunia pada 4 Mac 2020. 2. Bapa kepada Encik Shamsul Arifin, Pembantu Kemahiran H19, Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda meninggal dunia pada 14 Mac 2020. 3. Ibu kepada Puan Siti Khairatul Azwa Mohd Farok, Pembantu Tadbir (P/O), N22 (KUP), Fakulti Sains dan Matematik meningal dunia pada 18 Mac 2020. 4. Bapa kepada Puan Norlaila Kamarudin, Penolong Pegawai Tadbir N29, Fakulti Bahasa dan Komunikasi meninggal dunia pada 23 Mac 2020. Al Fatihah

17 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Antara staf baharu yang lapor diri 33 STAF BAHARU LAPOR DIRI BULAN MAC 3 Mac 2020 – Seramai 33 orang melapor diri sebagai kakitangan baharu UPSI bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM), Bangunan Canselori. Sesi selamat datang dan penerangan kepada mereka disampaikan oleh Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman. Seramai 5 orang pensyarah gred DS51 & DS45, tiga orang staf gred 19, seorang gred KP11 dan selebihnya SPKU 19, 29 dan 41 melapor diri pada bulan Mac 2020. INFO STAF BERTUKAR JABATAN Bil Nama PTj Asal PTj Baharu Tarikh Kuatkuasa 1 Encik Ikmal Redzuan Mohd Isa Bahagian Bahagian Governan Pertukaran Timbalan Pendaftar N48 Pembangunan 1 Mac 2020 Sumber Manusia 2 Encik Musa Jaafar Pejabat Pendaftar Bahagian Timbalan Pendaftar N48 Pembangunan Sumber Manusia 3 Encik Mohd Zaiham Izwan Fakulti Pengurusan & Pusat Transformasi Zainudin Ekonomi Komuiti Universiti Penolong Pendaftar Kanan N44 (Penempatan (PTj Asal) Sementara) 4 Cik Shariza Haryati Zabri Pejabat Timbalan Naib Pusat Pembangunan Penolong Pendaftar Kanan N44 Canselor Penyelidikan Akademik dan Inovasi) 5. Puan Sakinatul Hidayah SIdek Pusat Pembangunan Pejabat Timbalan Naib Penolong Pendaftar N41 Akademik Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

18 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

19 @BAHAGIAN GOVERNAN Perbincangan dengan Dekan-Dekan Fakulti PELAKSANAAN TABUNG BAKAT BAGI KELESTARIAN BAKAT KEPIMPINAN UPSI BERSAMA DEKAN-DEKAN FAKULTI 16 Mac 2020 - Sesi ini diadakan bagi menerangkan kepada Dekan-Dekan fakulti berhubung hasrat UPSI dan AKEPT dalam membina satu barisan atau kelompok bakat yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan dan dimantapkan kualiti kepimpinan menerusi program-program pembangunan yang akan dilaksanakan oleh UPSI dan AKEPT. Melalui sesi ini diharapkan fakulti dapat mengenalpasti bakat-bakat berpotensi untuk dicalonkan bagi tujuan pemantauan proses perkembangan dan pembangunan bakat seterusnya memastikan hasrat universiti untuk memperkasakan kelompok kepimpinan dapat tercapai. Khusyuk mendengar taklimat disampaikan

20 @BAHAGIAN GOVERNAN Antara yang hadir dalam sesi penerangan SESI PENERANGAN PROJEK BIDAAN PEMBANGUNAN KAPASITI KEPIMPINAN 3 Mac 2020 - Capacity Building in Leadership (CapaBLe) merupakan satu inisiatif baharu di bawah Pejabat Pengarah AKEPT untuk memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti pengurus-pengurus bakat di Universiti Awam (UA). Program ini adalah usaha memperkasakan hasrat AKEPT untuk menginstitusikan satu ekosistem pengurusan bakat kepimpinan yang holistik dan berstruktur. Setiap UA boleh menghantar cadangan projek secara bidaan kepada AKEPT untuk dinilai. Ia mesti tertumpu kepada dua tema besar iaitu Pengurusan Bakat dan Pembangunan Bakat. Menerusi sesi penerangan ini, tiga projek bertemakan Pembangunan Bakat diusulkan kepada pihak AKEPT. Tempoh masa projek jika berjaya dibida bermula April hingga November 2020. - Perbincangan antara staf

21 @PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Sesi demonstrasi kepada peserta KURSUS ASAS KECEMASAN CPR DAN AED 13 Mac 2020 – Pusat Kesihatan Universiti menganjurkan Kursus Asas Kecemasan CPR dan AED bertempat di Bilik Latihan. Blok C pada 13 Mac 2020 Staf PKU mengadakan saringan SARINGAN COVID-19 PELAJAR LI PULANG DARI LUAR NEGARA 25 Mac 2020 – Pusat Kesihatan Universiti mengadakan saringan COVID-19 kepada pelajar Latihan Industri (LI) yang pulang dari Indonesia pada 25 Mac 2020.

22 @PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Staf PKU yang menjalankan tugas di masjid DECONTIMINATE MASJID & SURAU UPSI 27 Mac 2020 – Pusat Kesihatan Universiti mengadakan sesi decontaminate bertempat di Masjid Al Mursyidin dan juga Surau UPSI pada 27 Mac 2020. Penyerahan sumbangan oleh Pengarah PKU PENYERAHAN ALAT PPE KE HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN 29 Mac 2020 – Pusat Kesihatan Universiti (PKU) membuat serahan Alat PPE kepada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 29 Mac 2020.

23 @PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Dr Noor Safina menerima 50 keping face shield daripada Dr Fadhil Wong PKU SERAH ALAT PPE KEPADA HOSPITAL & KLINIK 29 Mac 2020 – Pusat Kesihatan Universiti membuat serahan Alat PPE sumbangan Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) (gambar bawah) dan RISE@UPSI (gambar atas) kepada Hospital dan Klinik pada 29 Mac 2020. Staf yang terlibat dalam pemberian sumbangan

24 Jabatan Pendaftar Sidang Redaksi Penasihat: Pejabat Pendaftar PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman Pendaftar PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman Ketua Editor: Pendaftar Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain [email protected]/4506444 Sidang Editor: Pejabat Pendaftar Ketua Ptj: Cik Azura Mat Said Bahagian Governan Bahagian Governan Encik Ikmal Redzuan Mohd Isa Puan Mohaieda Mat Hussin Hajah Maskana Haji Ahmad Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Timbalan Pendaftar Kanan N52 Puan Rozlinda Rusli [email protected]/4506351 Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Encik Azman L.Kadir Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Pengangkutan Encik Azlan Al-Hafiz Mazlan Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain Bahagian Keselamatan Timbalan Pendaftar Kanan N52 Puan Siti Suriana Yahya [email protected]/4506357 Pusat Kesihatan Universiti Dr Mazlina Hamzah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Puan Syaidatul Hamera Mohd Radzi Urus setia Encik Azman L.Kadir Puan Rozlinda Rusli Timbalan Pendaftar N48 [email protected]/4506353 Bahagian Pengangkutan Encik Azlan Al-Hafiz Mazlan Penolong Pendaftar Kanan N44 [email protected]/4506594 Bahagian Keselamatan Encik Mohd Fairuz Mislan Pegawai Keselamatan KP44 [email protected]/4505112 Pusat Kesihatan Universiti Dr Noor Safina Ahmad Noor Pegawai Perubatan UD54 [email protected]/4506669


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook