INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDUP3013) NAMA NUR AISHAH BINTI NIZAR ANGKA GILIRAN 2020192340251 NO. KAD PENGENALAN 010808-11-0210 KUMPULAN PISMP F13 KOD KURSUS EDUP3013 NAMA KURSUS FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI NAMA PENSYARAH MALAYSIA ENCIK BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR TARIKH HANTAR 9 OKTOBER 2020 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 3 PERKARA 4 1. PENGHARGAAN 2. 1.0 PENGENALAN 5–9 3. 2.0 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA 10 2.1 Isu Fizikal Sekolah 11 2.2 Isu Keselamatan Sekolah 2.3 Isu Disiplin Pelajar 4. 3.0 RUMUSAN 5. RUJUKAN 2
PENGHARGAAN Pertamanya-tamanya dan selama-lamanya, bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya, saya masih lagi dapat menyiapkan tugasan esei kerja kursus EDUP3013 (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia) dengan jayanya dalam waktu yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Badrul Hisham bin Mokhtar kerana telah banyak membimbing saya dengan penuh sabar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya tanpa rasa letih dan jemu sehingga tugasan ini berjaya disiapkan. Selain itu, saya amat berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya atas doa, dorongan dan semangat yang tidak putus-putus diberikan kepada saya. Mereka juga turut memberi saya nasihat-nasihat yang memberangsangkan sehingga kerja kursus ini siap dengan suksesnya. Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang turut memberikan pertolongan dan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini sehingga saya dapat menyiapkannya dengan baik. Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan kerja kursus saya. 3
1.0 PENGENALAN Pendidikan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) adalah perihal atau perbuatan mendidik manakala dalam portal Wikipedia (2019) pula menyatakan bahawa pendidikan ini merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran yang khusus dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam melalui pengetahuan, pertimbangan, kemahiran dan kebijaksanaan. George F. Kneller (1971) juga mengatakan bahawa pendidikan ialah “In its broad sense, education refers to any act or experience that has formative effect on the mind, character or physical ability of an individual…In its technical sense education is the process by which society, through schools, colleges, universities and other institutions, deliberately transmits its cultural heritage- its accumulated knowledge, values and skills- from one generation to another…” (Noriati A. Rashid et.al, 2016). Selain itu, istilah pendidikan dalam Islam adalah lebih meluas, menyeluruh dan merangkumi semua aspek-aspek kehidupan manusia. Buktinya, aspek kepercayaan (akidah), undang-undang (syariah), akhlak dan adab, sains dan teknologi, politik dan lain-lain semuanya terkandung di dalam al-Quran dan hadis. Syed Muhammad Qutb (1992) mengatakan bahawa ianya adalah merangkumi kehidupan di dunia dan di akhirat dalam satu disiplin yang lengkap. Pendidikan di Malaysia berperanan untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. Pendidikan yang berterusan dapat menjadikan seseorang itu berfikir dengan lebih jauh ke depan. Hal ini dapat melahirkan generasi-generasi muda yang dapat menyumbang kepada kemajuan negara sekaligus dapat menjadikan Malaysia ini setaraf dengan negara-negara maju yang lain seperti Finland, Switzerland dan Jepun khususnya dalam bidang pendidikan. Perkara ini selari dengan hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang ingin menjadikan Malaysia dalam kelompok satu per tiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut ukuran Trends in Intternational Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme International Student Assessment (PISA). Pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan khususnya kepada para guru dan murid supaya mereka lebih bersedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini adalah dalam usaha untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia agar ianya dapat memberi manfaat kepada guru dan murid itu sendiri. Namun, pendidikan di Malaysia juga turut mengalami beberapa isu yang menyebabkan kualiti pendidikan masih lagi tidak mampu untuk berada dalam carta 10 tertinggi di peringkat antarabangsa. 4
2.0 ISU-ISU PENDIDIKAN DAN PENYELESAIANNYA 2.1 ISU FIZIKAL SEKOLAH Fizikal sekolah yang baik dan lengkap merupakan salah satu elemen yang paling penting dalam pendidikan di sekolah khususnya bagi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) para guru dan murid. Fizikal sekolah ini merujuk kepada persekitaran, kemudahan dan kelengkapan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi keselesaan guru dan murid. Menurut Friedrich Froebel (1837), beliau berpendapat bahawa suasana untuk pembelajaran mestilah ceria terutamanya di dalam kelas. Sebagai contoh, sesebuah kelas itu mestilah mempunyai ruang pengudaraan yang baik, dipenuhi dengan warna-warna yang ceria dan saiz kelas yang luas supaya memudahkan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas semasa PdP. Semua perkara ini amat penting demi meningkatkan minat para pelajar untuk belajar dalam suasana yang selesa dan kondusif. Kesannya, prestasi murid dan sekolah juga akan terus meningkat. Fizikal sekolah yang baik juga termasuklah kelengkapan infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah tersebut mencukupi dari pelbagai aspek. Contohnya, bilangan kerusi dan meja di dalam kelas, kemudahan capaian WiFi yang baik untuk mengakses internet bagi tujuan pembelajaran, alatan-alatan sukan dan sebagainya. Namun, kebanyakan sekolah di Malaysia sering mengalami permasalahan yang melibatkan kelengkapan infrastruktur ini. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mahyudin Arsat dan Maizura Mohd Yunus (2008) mengenai “Cabaran guru di sekolah pedalaman di daerah Muar, Johor”, hasil dapatan kajian tersebut mendapati bahawa seramai 36 orang daripada 72 orang guru yang bersetuju mengenai kekurangan infrastruktur di sekolah pedalaman ini seperti tidak mempunyai kelengkapan makmal sains yang baik. Hal ini menyebabkan proses PdP guru dan murid terganggu terutamanya apabila melibatkan topik atau bab yang memerlukan aktiviti amali seperti eksperimen. Para murid juga tidak akan merasai pengalaman melakukan eksperimen dan akan menjejaskan proses pembelajaran mereka. Selain itu, dalam satu portal rasmi My Metro yang ditulis oleh Nur Saliawati Salberi pada 4 Januari 2020, terdapat satu isu di Melaka pada awal tahun 2020 mengenai masalah kekurangan kerusi dan meja untuk para pelajar. Menurut kenyataan dalam portal tersebut, sebanyak 40 buah meja dan 90 buah kerusi yang masih tidak mencukupi bagi para pelajar. Hal ini menyebabkan para pelajar mempunyai kesukaran sepanjang berlangsungnya proses pembelajaran kerana 5
tiada kerusi untuk diduduki dan tiada meja untuk menulis isi-isi pembelajaran. Seterusnya, kekurangan infrastruktur seperti kemudahan capaian internet menyebabkan para pelajar tidak dapat untuk menyempurnakan proses PdP. Masalah ini sering berlaku di sekolah-sekolah luar bandar. Hal ini dapat dibuktikan melalui sebuah laman web rasmi Sarawak Voice, penulis menyatakan bahawa kekurangan kemudahan internet di kawasan sekolah luar bandar ini menyebabkan para pelajar tidak berminat untuk menjalankan proses PdP secara dalam talian terutamanya apabila terjadinya wabak pandemik yang melanda negara masa kini. Hal ini kerana liputan internet yang tidak dapat dicapai sepenuhnya menyebabkan proses pembelajaran itu menjadi bosan dan tidak menarik. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang bertanggungjawab hendaklah segera dalam menyelesaikan masalah infrastruktur yang tidak mencukupi ini. Pihak-pihak yang bertanggungjawab khususnya pihak kerajaan dan pihak sekolah hendaklah peka dan prihatin terhadap nasib para pelajar yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran. Mereka perlulah membuat tinjauan di setiap sekolah untuk mengetahui keadaan fizikal sesebuah sekolah dan segera membuat tindakan apabila berlakunya perkara yang menghalang proses PdP. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa bersedia dalam segala perkara. Sebagai contoh, kekurangan kerusi dan meja disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah yang tidak bersedia dan tidak peka dengan jumlah kemasukan para pelajar baharu atau para pelajar yang sedia ada ke sekolah. Pihak sekolah patut membuat pemeriksaan terhadap setiap kelas yang ada di sekolah tersebut dan melaporkan kepada pihak atasan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya terdapat sebarang permasalahan di sekolah tersebut. 2.2 ISU KESELAMATAN SEKOLAH Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), keselamatan yang diambil dari kata dasar selamat bermaksud terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya, aman sejahtera dan tidak mendapat apa-apa gangguan. Isu ini tidak asing lagi di sekolah terutamanya untuk para guru dan murid. Pada tahun 2016, terdapat satu kes yang meragut nyawa seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Kelantan. Hal ini terjadi ketika pelajar lelaki tersebut dan rakan-rakannya sedang bermain bola untuk subjek Pendidikan Jasmani dan tiang gol yang terdapat di padang bola itu secara tiba-tiba sahaja menghempap mangsa dan menyebabkan kematian. Selain itu, ibu bapa zaman kini juga sering melaporkan perbuatan guru 6
yang dilakukan terhadap anak-anak mereka kepada pihak-pihak atasan. Sebagai contoh, pada tahun 2017, terdapat satu kes yang tular di seluruh Malaysia tentang seorang guru yang menampar anak muridnya kerana kesalahan disiplin di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Kes ini berlanjutan apabila bapa kepada anak murid tersebut melaporkan perkara itu dan memfailkan kes tersebut ke mahkamah. Seterusnya, isu mencabul pelajar yang sering berlaku di sekolah yang dilakukan oleh tukang kebun, pengawal sekolah dan terdapat juga kes yang melibatkan guru ini menjadi satu kebimbangan khususnya kepada pelajar perempuan. Menurut statistik yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes cabul di sekolah ini semakin meningkat sebanyak 15.5% pada tahun 2018. Menurut Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, perkara ini adalah satu perkara yang membimbangkan dan perlu dibendung. Pada awal tahun 2020, terdapat satu kes cabul di sebuah sekolah di Terengganu yang melibatkan tukang kebun ke atas beberapa orang pelajar perempuan di sekolah tersebut. Bagi menangani perkara ini dari terus berlaku, pihak pengurusan sekolah perlu memastikan segala peralatan-peralatan di sekolah selamat untuk digunakan. Sebagai contoh kepada kes tiang gol yang menghempap pelajar lelaki itu, pihak pengurusan sekolah hendaklah sentiasa peka dan memastikan bahawa segala peralatan yang berat dan membahayakan itu kukuh dan tiada kemungkinan bahawa peralatan-peralatan itu akan jatuh dan sebagainya. Pihak pengurusan juga perlu bertindak dengan segera apabila terjadinya masalah-masalah yang berlaku di sekolah dan bukannya hanya membiarkan sahaja perkara itu berlarutan sehingga terjadinya isu yang lebih besar. Sebagai contoh, isu pencabulan yang berlaku perlu diambil berat oleh pihak sekolah dengan membuat laporan kepada PPD dan polis supaya pesalah dapat dikenakan hukuman yang setimpal. Isu yang melibatkan guru dan murid juga perlu dikendalikan dengan baik dan tidak perlu sehingga menjadi kes di mahkamah. Para guru dan murid juga hendaklah sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan persekitaran masing-masing demi menjaga keselamatan diri sendiri. 2.3 ISU DISIPLIN PELAJAR Setiap sekolah pasti tidak akan terlepas dengan istilah masalah disiplin pelajar. Disiplin merupakan perkara yang amat penting yang perlu ada dalam diri 7
setiap pelajar untuk membina sahsiah diri pelajar yang baik. Disiplin juga merupakan panduan kepada seseorang untuk tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang ataupun peraturan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), disiplin didefinisikan sebagai kepatuhan atau ketaatan pada tatatertib dan peraturan. Disiplin akan menjadikan seseorang pelajar itu membentuk tingkah laku yang baik, mengelakkan daripada melakukan aktiviti negatif, dapat melahirkan keterampilan diri yang tinggi dan juga dapat mencari kestabilan secara mentaliti kepada diri pelajar tersebut. Banyak isu yang berlaku di sekolah yang melibatkan masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah vandalisme. Terdapat satu kes di sebuah sekolah di Kelantan pada tahun 2019 yang melibatkan masalah vandalisme dalam kalangan pelajar ini. Menurut portal rasmi Sinar Harian yang ditulis oleh Rosmiza Kasim pada 22 November 2019, pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada pelajar lelaki yang berusia dalam lingkungan 14 tahun. Mereka memecahkan lapan buah kerusi yang digunakan oleh pelajar yang lain di dalam sebuah kelas dan dianggarkan mengalami sedikit kerugian. Kesannya, pelajar-pelajar yang lain tidak dapat untuk belajar dengan selesa akibat kerusi mereka yang telah rosak. Nama baik sekolah juga akan turut tercemar lantaran perkara tersebut sudah menjadi tular di seluruh Malaysia. Isu disiplin yang terjadi dalam kalangan pelajar ini adalah kerana tiada penerapan aspek disiplin dalam diri mereka. Berdasarkan Thomas Hobbes (1889), tanpa peraturan moral, akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat,bersifat buas dan angkuh. Begitu juga dengan masalah disiplin pelajar yang melibatkan buli. Kes buli ini memang tidak asing dari dahulu lagi terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata dalam satu portal rasmi Berita Harian, beliau menyatakan bahawa sebanyak 1,054 kes buli yang dilaporkan sepanjang enam bulan pada tahun 2018. Angka ini menjadi satu perkara yang membimbangkan. Sebagai contoh, pada tahun 2020, terdapat satu kes buli yang berlaku di sebuah sekolah di Perlis yang melibatkan tiga orang pelajar Tingkatan 2 yang lebam akibat dibelasah oleh lima orang pelajar Tingkatan 5. Lima orang pelajar senior yang membuli pelajar junior itu membuat dakwaan kononnya pelajar-pelajar Tingkatan 2 itu tidak menghormati mereka sebagai pelajar senior. 8
Seterusnya, perbuatan merokok juga merupakan isu disiplin pelajar yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah di Malaysia. Buktinya, seramai 1,095 orang pelajar sekolah rendah dan seramai 68,321 pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam isu merokok di sekolah melalui saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2018. Perbuatan merokok ini bukan sahaja di dalam sekolah malah para pelajar juga ada merokok di luar sekolah. Sebagai contoh, di Sarawak terdapat satu kes yang melibatkan empat orang pelajar sekolah yang dikompaun akibat merokok di sebuah premis makan. Perkara ini bukan sahaja menjadi kebimbangan ibu dan bapa, malah turut menjadi kebimbangan pihak sekolah. Bagi mencegah isu disiplin ini dari terus berleluasa terutamanya dalam kalangan pelajar, pihak kerajaan mestilah menganjurkan kempen “Cegah Vandalisme” di setiap sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia. Hal ini bagi memberi kesedaran kepada para pelajar tentang keburukan vandalisme. Selain itu, ibu bapa sangat memainkan peranan yang penting dalam menerapkan sahsiah yang baik dalam diri anak-anak. Ibu bapa sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik supaya dapat membentuk disiplin yang baik dalam diri anak-anak mereka. Disiplin yang baik dapat menjadikan seseorang pelajar itu menentukan kejayaannya. Seterusnya, guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelajar sentiasa berdisiplin dan mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru hendaklah menasihati dan menegur perbuatan yang salah jika dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah. Pihak sekolah juga perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa atau pihak atasan apabila terjadinya kes-kes yang berat seperti buli, vandalisme dan sebagainya. Hal ini supaya pihak sekolah lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku di sekolah. 9
3.0 RUMUSAN Semua pihak seperti pihak kerajaan, pihak sekolah dan ibu bapa mestilah memainkan peranan masing-masing dalam menyelesaikan isu-isu pendidikan yang berlaku di Malaysia. Sekiranya semua pihak bertanggungjawab dalam menjalankan peranan masing- masing, maka isu-isu yang sering berlaku di sekolah dan khususnya melibatkan pelajar sekolah ini dapat dikurangkan dan dibendung dari masa ke masa. Apabila berkurangnya permasalahan dalam kalangan pelajar di sekolah, maka prestasi pelajar akan meningkat. Hal ini selari dengan elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, jasmani, sosial dan rohani. Selain itu, prestasi pelajar dalam pendidikan juga akan meningkat dan sekaligus dapat menaikkan nama baik sekolah. Pendidikan ini penting bukan sahaja dari segi pembelajaran iaitu menilai siapa yang pandai dan siapa yang sebaliknya, namun pendidikan juga merangkumi adab, akhlak dan sahsiah yang baik. Sebagai contoh, murid-murid menghormati dan beradab dengan para guru, menjaga disiplin diri dan masa, sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan di dalam sekolah mahupun di luar sekolah dan sentiasa berbudi bahasa tidak kira dengan sesiapa sahaja. Pelajar-pelajar yang mempunyai sikap sebegini mampu untuk memajukan bidang pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi lagi dan dapat menjadi tiang seri dan harapan yang besar untuk negara. 10
RUJUKAN Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn.Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Mundy, K., Bickmore, K., Hayhoe, R., Madden, M. & Madjidi, K. (2008). Comparative and International Education: Issues for Teachers. Marquis Book Printing Inc. Wood, K. (2011). Education: The Basics. Taylor & Francis Books. Mahyuddin Arsat & Maizura Mohd Yunus. (2008). Satu Kajian Cabaran Guru Di Sekolah Pedalaman Daerah Muar, Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Ifwan Tun Tuah. (2017, December 19). Kes Cikgu Azizan : Bapa murid beri penjelasan esok. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/365329/kes-cikgu-azizan-bapa- murid-beri-penjelasan-esok Melvin Joni. (2020, January 7). Pelajar sekolah dikompaun merokok. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/533012/pelajar-sekolah-dikompaun- merokok Mohd Azam Shah Yaakob. (2018, June 30). Kementerian Pendidikan perlu kekang buli. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/443429/kementerian- pendidikan-perlu-kekang-gejala-buli Nur Saliawati Salberi. (2020, January 4). Masih kurang 40 meja, 90 kerusi. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/531966/masih-kurang-40-meja-90- kerusi “Pendidikan”, n.d. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan Ramli Ibrahim. (2016, July 12). Pelajar maut dihempap tiang gol. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2016/07/172871/pelajar-maut- dihempap-tiang-gol Rosmiza Kasim. (2019, November 22). Pelajar pecah kerusi dikenal pasti. https://www.sinarharian.com.my/article/58623/EDISI/Kelantan/Pelajar-pecah-kerusi- dikenal-pasti Sarawak Voice. (2020, June 13). Internet dan Kekangan Pelajar Luar Bandar. https://sarawakvoice.com/2020/06/13/internet-dan-kekangan-pelajar-luar-bandar/ 11
Search
Read the Text Version
- 1 - 11
Pages: