PANDUAN PRASISWAZAH Fakulti Sains dan Teknologi Sesi Akademik 2015-2016
PANDUAN PRASISWAZAH Fakulti Sains dan Teknologi Sesi Akademik 2015-2016 Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi • 2015 http://www.ukm.my/fst
Cetakan / Printing Hak cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016 Pihak Pengurusan Universiti sedaya upaya sudah mempastikan bahawa Buku Panduan ini adalah tepat pada masa diterbitkan. Buku ini bermaksud untuk memberikan panduan kepada pelajar memilih program dan kursus pengajian serta kemudahan yang Universiti tawarkan dan bukan pula dimaksudkan sebagai satu ikatan kontrak. Pengurusan Universiti berhak meminda atau menarik balik tawaran program dan kursus pengajian serta kemudahan tanpa sebarang notis. Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by PENERBIT UKM Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada: Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Telefon: 03-8921 5419/ 5418/ 5421/ 4632 Faks: 03-8925-6086 E-mel: [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan Cataloguing-in-PublicationData Buku Panduan Prasiswazah Fakulti Sains dan Teknologi Sesi Akademik 2015-2016 ISSN 1823-8785
(Ucapan Tun Abdul Razak di Konvokesyen Pertama UKM, 1973)
Maksud Logo UKM Logo UKM ialah sebuah perisai yang berpetak empat. Tiap-tiap petak mengandungi gambar dan membawa maksud-maksud tertentu. Buku Buku melambangkan ilmu pengetahuan iaitu peranan utama UKM sebagai pusat pengajian tinggi dan penyelidikan. Perisai Perisai bererti keteguhan. Keteguhan yang dimaksudkan ialah kemampuan UKM memainkan peranan sebagai pusat pengajian tinggi di negara ini. Harimau Harimau melambangkan keberanian dan kegagahan. Harimau mencerminkan masyarakat Malaysia yang berteraskan kebudayaan Melayu. Harimau garang menggambarkan kesediaan dan keupayaan UKM mara memerangi kejahilan, kejahatan dan kepalsuan. Atom dan Teknologi Simbol-simbol atom dan teknologi melambangkan konsep pembangunan negara yang berlandaskan sains dan teknologi moden. UKM sebagai pusat ilmu bertanggungjawab mengeluarkan tenaga-tenaga mahir dalam semua bidang untuk memenuhi keperluan pembangunan negara. Bunga Raya Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Lima helai ranggi melambangkan lima prinsip Rukun Negara yang diamalkan dan sentiasa dipelihara oleh rakyat Malaysia.
KANDUNGAN Kata-kata Aluan Naib Canselor 8 Tarikh Sesi Akademik 9 Pihak Berkuasa dan Pegawai Universiti 10 Lembaga Pengarah Universiti 11 Pegawai Pengurusan Utama 13 Dekan/Pengarah/Fakulti/Institut/Pusat 14 Falsafah, Wawasan, Misi dan Matlamat UKM 21 Imbasan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia 22 Carta Pengurusan FST 24 Pentadbiran Fakulti 26 Ahli Akademik Fakulti 29 Sejarah Fakulti 48 Visi, Misi, Wawasan & Matlamat FST 50 Program Pengajian Fakulti 51 Kursus Fakulti (STPD) 56 (Pengenalan Pusat Pengajian, Pengenalan Program-Program, Struktur -Struktur Program, Liputan Kursus, Sinopsis Kursus) Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi 73 • Program Biokimia 75 • Program Genetik 78 • Program Mikrobiologi 81 • Program Bioteknologi Tumbuhan 84 Pusat Pengajian Fizik Gunaan 151 • Program Fizik 153 • Program Sains Bahan 157 • Program Sains Nuklear 161 Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan 281 • Program Kimia 283 • Program Teknologi Kimia 286 • Program Sains Makanan dan Pemakanan 289 • Program Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan 293 Pusat Pengajian Sains Matematik 391 • Program Matematik 393 • Program Statistik 396 • Program Sains Aktuari 399
Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam 465 • Program Biologi 467 • Program Geologi 472 • Program Sains Laut 477 • Program Sains Sekitaran 481 Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 645 Syarat Kemasukan 659
Kata Alu-aluan Naib Canselor Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera aya amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Spara pelajar baru ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pilihan saudara dan saudari ini adalah satu pengiktirafan terhadap program pengajian peringkat prasiswazah yang ditawarkan oleh UKM. Sepanjang berada di UKM, saudara saudari disediakan peluang dan inisiatif untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dengan memberikan sumbangan terhadap misi UKM untuk muncul sebagai universiti penyelidikan terkemuka dunia. Bersesuaian dengan status sebagai universiti penyelidikan, UKM berperanan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui inovasi berteknologi tinggi dengan menerapkan budaya keusahawanan dan inovasi di kalangan pelajar. Saudara saudari juga merupakan antara yang bertuah dan terpilih dapat melanjutkan pengajian di sebuah universiti kebangsaan yang ditubuhkan hasil perjuangan rakyat yang ingin melihat bahasa Melayu di martabatkan sebagai bahasa ilmu tinggi. Setiap daripada saudara saudari dilengkapkan dengan kemudahan pembelajaran yang terbaik untuk mempercepatkan lonjakan kepada pencapaian hasrat ini. Saya amat menggalakkan saudara-saudari untuk menyertai secara akif dalam pelbagai aktiviti keilmuan, kokurikulum, kebudayaan, sukan dan sebagainya bagi memantapkan pengetahuan dan mematangkan pengalaman masing-masing. Saya berdoa semoga saudara saudari mencapai kejayaan cemerlang dalam pengajian yang diikuti dan terus meneroka pelbagai ilmu baru yang boleh menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat dan negara selaras dengan peranan UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara. Sekian. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
(SISWAZAH - KAMPUS INDUK BANGI, FFAR, FSK, FGG &FPER kecuali Program Sarjana Klinikal) Tarikh Sesi Akademik Prasiswazah 2015-2016 (PRASISWAZAH - KAMPUS INDUK BANGI, FSK) dan Catatan * Semester III untuk Prasiswazah sahaja. Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor - 11 Disember 2015 (Jumaat) Cuti Hari Tahun Baru Cina - 8 & 9 Februari 2016 (Isnin dan Selasa) Cuti Awal Muharam (Maal Hijrah) - 14 Oktober 2015 (Rabu) Cuti Hari raya Aidil Adha - 24 September 2015 (Khamis) Cuti Maulidur Rasul - 24 Disember 2015 (Khamis) Cuti Hari Deepavali - 10 November 2015 (Selasa) Cuti Hari Krismas - 25 Disember 2015 (Jumaat) Cuti Tambahan - 25 September 2015 (Jumaan) Cuti Hari Malaysia - 16 September 2015 (Rabu) Cuti Tahun Baharu - 1 Januari 2016 (Jumaat) Cuti Thaipusam - 23 Januari 2016 (Sabtu) Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong - 4 Jun 2016 (Sabtu) Cuti Hari Raya Aidil Fitri - 7 & 8 Julai 2016 (Khamis & Jumaat) Cuti Hari Pekerja - 1 Mei 2016 (Ahad) Cuti Hari Wesak - Mei 2016 Cuti Hari Kebangsaan - 31 Ogos 2016 (Rabu) Semester I Semester 2
10 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2015-2016 Pihak Berkuasa dan Pegawai Universiti Kebangsaan Malaysia Canselor Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir D.K., D.M.N., D.K. (Perak)., D.K. (Perlis)., D.K. (Selangor)., D.K. (Kedah)., D.K. (Kelantan)., D.K. (Johor)., D.K. (Terengganu)., D.K.Y.R., PPT., LLB (UWAberystwyth)., Hon. LLD Glamorgan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud D.K., D.P.T.J. Pro-Canselor Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar DK., DKYR., SPNS., SPMP., PPT., BSC ECON (HONS)., Legion d’Honneur, Ordre du Merite, Palmes Academiques (France)., Order of Gran Cruz De La Orden Bernardo O’Higgins (Chile)., Fellow of Aberystwyth University (Wales)., Royal Fellow of Lestari Institute (UKM) Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid SSM., PMN., SIMP., SSSA., PNBS., SPMT., DGSM., SSMT., SPNS., SPDK., SPMP., DPCM., JMN., SMP., PJK., BA (Hons) (Malaya)., DPA (The Hague)., MPA (Harvard)., Doktor Kehormat Sains (Pengurusan) (UUM)., Hon. Doctor of BA (Nottingham-Trent)., Doktor Kehormat Persuratan (UNIMAS)., Hon. Doctor in Management (UIAM)., Doktor Kehormat Pengurusan (UNIMAP) Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah DKH., DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP., Hon.PhD.(UUM)., Hon.PhD.(KUIN). TUNKU PANGLIMA BESAR KEDAH (AHLI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH)
Fakulti Sains dan Teknologi 11 Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Pengerusi Yang Berbahagia’ Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Zawawi bin Ismail DPSK., JSM., KMN., Bsc., Ph.D, DEng. (Leeds)., Hon DEng. (OUM)., Hon Ph.D (UKMalaysia).,PASM., FIPM., MIEM., Peng (sehingga 31 Mac 2015) Yang Berbahagia Dato Seri Dr. Ibrahim Saad DGPN., DSAP., DMPN., DMSM., BA Hons (UMalaya)., Dip Ed (UMalaya),. MA (Ed. Policy) (USA)., MA (Pol. Science) (USA)., Ph.D (USA) (mulai 16 April 2015) Ahli-ahli LPU Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali PJN., DMSM., JSM., BSc. Bus. Adm (Finance)., MBA (Finance) (University of Nebraska)., MPA. (Harvard)., Ph.D (University of Nebraska) Yang Berbahagia Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang SSTM, PJN, DSNS, DNS, PPT, AMP (Harvard), Ph.D. (Environ. Eng.) (Newcastle), M.Sc. (Environ. Eng.) (Newcastle), B.Chem.Eng. (UTM), Hon. Fellow ASEAN Eng. (AFEO), F.I.Chem.E. (UK), F.A.Sc. (M), Fellow Royal Physiographic Society (Sweden), FIWA (UK), FCMarEng (IMAREST), P.Eng. (M), C.Eng. (UK Engineering Council), C.Sci. (UK Science Council), C.W.E.M. (UK), MIEM Encik Abu Bakar bin Hj. Jambol Cert of American Associate Degree (UiTM))., DPA ( INTAN)., DPA (UiTM)., BA(Hons.) (UUM)., MEcon. (UPM)., Yang Berbahagia Datuk Dr. Ahmad Tasir bin Lope Pihie PJN., PMP., JSM., FASc Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Wan Zurinah Wan Ngah DIMP., BSc (Hons)(UK)., Ph.D (Wellington) Yang Berbahagia Datuk Mohd Nasir Ahmad PJN., ACCA (UK)., MBA (Finance) (UKMalaysia) Yang Berbahagia Datuk Dr. Md. Hamzah bin Md. Kassim PJN., DSPN., BA (USA)., MBA (Taxes)., Ph.D (UK) Yang Berbahagia Datuk Ter Leong Yap PJN.,AMN., BE (Hons)(Mechanical Engineering)(UMalaya) (sehingga 30 April 2015)
12 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2015-2016 Encik Ahmad Zakie bin Ahmad Shariff SmEkon. (UKMalaysia)., M.A.S (Illionois)., Ph.D (UK) Yang Berbahagia Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh PJN., DPMP., KMN., LLB (Lincoln’s Inn, London) Ahli Ex-Officio Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat DBNS, BEng., MEng (UTM)., Ph.D (UKMalaysia)., M.I.H.T.M.R.E.A.A.A., MIEM., Peng Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar DSDK., PMP., BSc (Tasmania)., Ph.D (Queensland)., FMIC Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni Yang Berbahagia Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal DNS., LLB (Aessex)., LLM (Kent) Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Prof. Madya Dr. Imran Ho Abdullah BA (Hons.) (Otago)., DipPend (UKMalaysia)., Mphill (Cantab)., Ph.D (Otago) Pengarah Eksekutif Pentadbiran Puan Asmahan Musa DNS., SmSa (UKMalaysia)., MPA (UMalaya) Pengarah Eksekutif Kewangan Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd. Abd. Rashid Mohd. Fadzil DBNS., DNS., ANS.,BEc (Malaya)., DPI (UKMalaysia)., MBA (Cardiff) (sehingga 1 Mac 2015) Puan Khalijah Hj. Abu Bakar MBA (Buss. Admin) (SMSU, Kentuckey)., BA (Math) (Indiana Uni.) (Bloomington) Pemangku (mulai 2 Mac 2015) Penasihat Undang-Undang Prof. Dr. Rohimi Shapiee SSP., LLB (Hons.)(Malaya)., LLM (Monash)., Ph.D (Manchester) Ketua Pustakawan Puan Hafsah Mohd MLS (Louisiana), B.Sc.(NIU, Illinois) Dip. in Islamic Studies (UKM)
Fakulti Sains dan Teknologi 13 Ahli Ganti KPT Cik Norina binti Jamaludin AMK(Kedah)., MA (Brisbane)., BA (Hons.)(UMalaya)., Post Grad. Dip (UK) Pegawai Pengurusan Utama Naib Canselor Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali PJN., DMSM., JSM., BSc. Bus. Adm (Finance)., MBA (Finance) (University of Nebraska)., MPA. (Harvard)., Ph.D (University of Nebraska) Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat DBNS.,BECivil., McivilEng (UTM)., Ph.D (UKMalaysia)., Peng., MIEM Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar DSDK., AMP.,PMP., BSc (Tasmania)., Ph.D (Queensland)., AMIC Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni Yang Berbahagia Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal DNS., LLB (Aessex)., LLM (Kent) Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Prof. Dr. Imran Ho Abdullah BA (Hons.) (Otago)., DipPend (UKMalaysia)., Mphill (Cantab)., Ph.D (Otago) Pro Naib Canselor (Strategi & Pembangunan Korporat) Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Marzuki Mustafa DBNS, BSc., BEng (Tasmania)., MSc. (UMIST)., Ph.D (Salford)., MIEEE, PEng Pro Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor BEc & Acc (New Castle)., MEc(USA)., Ph.D (USA) Pengarah Eksekutif Pentadbiran Puan Asmahan Musa DNS., SmSa (UKMalaysia)., MPA (UMalaya) Pengarah Eksekutif Kewangan Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd. Abd. Rashid Mohd. Fadzil DBNS., DNS., ANS.,BEc (Malaya)., DPI (UKMalaysia)., MBA (Cardiff) (sehingga 1 Mac 2015)
14 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2015-2016 Puan Khalijah Hj. Abu Bakar MBA (Buss. Admin) (SMSU, Kentuckey)., BA (Math) (Indiana Uni.) (Bloomington) Pemangku (mulai 2 Mac 2015) Penasihat Undang-Undang Prof. Dr. Rohimi Shapiee SSP., LLB (Hons.)(Malaya)., LLM (Monash)., Ph.D (Manchester) Ketua Pustakawan Puan Hafsah Mohd MLS (Louisiana), B.Sc.(NIU, Illinois) Dip. in Islamic Studies (UKM) DEKAN / PENGARAH FAKULTI / INSTITUT / PUSAT Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor BEc & Acc (New Castle)., MEc(USA)., Ph.D (USA) (sehingga 31 Julai 2015) Prof. Madya Dr. Maisarah Ahmad BSc (Washington Uni, St. Louis)., MBA (Ohoi)., Ph.D (UPMalaysia) Menjalankan Tugas (mulai 1 Ogos 2015) Fakulti Farmasi Prof. Dr. Ibrahim Jantan BPharm (Mansoura)., MSc (Minnesota)., Ph.D (Malaya) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad DSDK,. BSc (Lehigh),. MSc (Purdue),. Ph.D (Wales, Swansea),. MIChEM,. MIEM,. CEng,. Peng Fakulti Pendidikan Prof. Dr. Lilia Halim BSc (Ottawa)., Dip. Pend (UKMalaysia)., MEd (Leeds)., Ph.D (London) Fakulti Pengajian Islam Prof. Dr. Wan Kamal Mujani B.A.(Hons.)(Al-Azhar), S.P.I. (UKMalaysia), Ph.D (Manchester)
Fakulti Sains dan Teknologi 15 Fakulti Perubatan dan Pusat Perubatan UKM Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali DJN., DPNS., MBBS Hons (Monash)., MMed (S’pore)., MMed. (M’sia)., MD (Monash)., FAMM., FRCP (Glasg) Fakulti Pergigian Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Ghazali Mat Nor DSPN., BDS (Malaya)., MSc. (Orl. Surgery)(London)., FDSRCS (England)., AM (Malaya) (sehingga 24 Mac 2015) Prof. Madya Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom BDS (Malaya), MPH (Michigan), PhD (UKMalaysia) (mulai 1 Jun 2015) Fakulti Sains dan Teknologi Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad BSc (Malaya)., Ph.D (Lough) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Prof. Dr. Hazita Azman BAEd., MA Educ. (Kansas)., Ph.D (Western Australia) Fakulti Sains Kesihatan Prof. Dr. Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari MD (UKMalaysia)., MSc (Manchester)., AuD (Central Michigan)., FAAA Fakulti Undang-undang Prof. Dr. Rohimi Shapiee SSP., LLB (Hons.)(Malaya)., LLM (Monash)., Ph.D (Manchester) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin BSc (Hons) (Southampton)., MSc (Wales)., Ph.D (Nottingham) Graduate School of Business (UKM-GSB) Prof. Dr. Izani Ibrahim BSc. (Pennsylvania)., MSc., Ph.D (Nebraska)., CRM Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin SmSa (UKM), M.A (London), PhD (U.Malaya).
16 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2015-2016 Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Prof. Dr. Mohd Raihan Taha BECivil (UTMalaysia)., MS(Maryland)., PhD(LSU) Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Burhanuddin Haji Yeop Majlis DPMP., JMN., BSc (UKMalaysia)., MSc (Wales)., Ph.D (Durham)., J.M.N., SMIEEE., FmASS Institut Perubatan Molekul (UMBI) Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal PJN., DPNS., ANS., MD (UKMalaysia)., MRCP (Ireland)., Ph.D (London) Institut Kajian Oksidental (IKON) Prof. Dr. Rashila Ramli BSc (Illinois)., MBA., Ph.D (Northern Arizona) Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) Prof. Dr. Ismanizan Ismail BSc. (Hons) (UKMalaysia)., Ph.D (UK) Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Kamaruzaman Sopian DPMP., PMP., BSc (Wisconsin-Madison)., MSc (Pittsburg)., Ph.D (Miami) Institut Sel Fuel (SELFUEL) Prof. Dr. Abu Bakar Mohamad BA (N.Jersey)., Ph.D (S. Carolina)., AMIChe Institut Islam Hadhari (HADHARI) Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof bin Hj. Othman DSNS., DSPN., SmSn (UKMalaysia)., MSc (London)., Ph.D (Aston)., MIPM Institut Kajian Etnik (KITA) Yang Berbahagia Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin PJN., DSNS., PPT., BA., MA (Malaya)., Ph.D (Monash) Institut Perubahan Iklim (IPI) Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah DPNS., JSM., SmSa., Dip. Pend. (UKMalaysia)., MSc. (Sheffield)., Ph.D (Southampton) Institut Informatik Visual (IVI) Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Halimah Badioze Zaman DSDK., ALA (Information Sc.), MLS (Information Sc.)., Ph.D (Information Sc.)(UK)
Fakulti Sains dan Teknologi 17 Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (HEARS) Prof. Dr. Goh Bee See MD (UKM), MS (Orl-Hns) (UKM), AM (MAL) Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran (PENGAJARAN UKM) Prof. Dr. Mohamed Amin bin Embi Dip. Education (TESL) (UKMalaysia),. B.A. Hons (First Class) (Brock, Canada),. M.Ed. (TESOL.) (Leeds),. Ph.D (TESOL.) (Leeds) Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan Prof. Madya Dr. Rohayu Abdul Ghani MSPHRM (U Texas at Arlington)., Ph.D (Cranfield University, UK) Pusat Siswazah Prof. Dr. Andanastuti Muchtar BEng. (Hons) Mech Eng. (Leeds)., Ph.D (NUS) Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi Prof. Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain BEng (Kookmin)., MEng (Kyushu)., PhD (Kyushu) Pusat Inovasi Kolaboratif Prof. Dr. Mohamad Sanusi Jangi BagriSc (Malaya)., Ph.D (Reading) Pusat Citra UKM Prof. Dr. Khaidzir Hj. Ismail BSc., MSc (Southern Illinois)., Ph.D (Leeds) Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) Yang Berbahagia Prof. Madya Datin Dr. Shamshubaridah Ramlee DIA (ITM), BBA (ITM-Ohio), SPP(UKMalaysia), DBA (UKMalaysia) Pusat Strategi UKM Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Marzuki Mustafa DBNS, BSc., BEng (Tasmania)., MSc. (UMIST)., Ph.D (Salford)., MIEEE, PEng Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan SmSn (Dietetik) (UKMalaysia)., MSc. (Aberdeen)., Ph.D (Glasgow) Pusat Teknologi Maklumat Prof. Madya Dr Mohamad Shanudin Zakaria Bsc.(Computer Sc.)., MSc. (Computer Sc.) (USA)., Ph.D (UK)
18 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2015-2016 Pusat Kembangan Pendidikan Prof. Dr. Norhamidi Muhamad BSc.(Mechanical Engineering)(USA)., MSc. (Design & Economic Manufacturing) (Wales)., Ph.D (Mechanical Engineering) (Wales) Pusat PERMATApintar™ Negara Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak PMW., BSc (Malaya)., MEd., Dip. Psycho (UKMalaysia)., Dphil (Western Michigan)., Graduate Cert. (Western Michigan)., Cert (Michigan State) Pusat Pemerkasaan Remaja Prof. Dr. Shamsuddin A. Rahim SmSa (UKMalaysia)., MS (Madison)., Ph.D (Madison) Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim Prof. Madya Dr. Madeline Berma SmEkon (UKMalaysia)., MA (Wisconsin)., Ph.D (Hull) Penerbit Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Roslan Abd Shukor DBNS., BSc (Physics)( Northern Illinois)., MSc (Applied Physics) (Northern Illinois)., Ph.D (Condensed Matter Physics) (Arkansas) Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Prof. Madya Ir. Dr. Abdul Khalim Abd. Rashid DNS., BECivil (UTM)., MSc (Maryland)., Ph.D (Birmingham)., MIEM., PEng Pusat Komunikasi Korporat Yang Berbahagia Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak BA (Western Illinois), MA TESL (Northern Iowa), Ph.D (UKMalaysia) Pusat Jaminan Kualiti Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah B.Eng. (UKMalaysia)., M.Sc., Ph.D (Wales) ., P.Eng Pusat Sukan Prof. Madya Dr. Tajul Arifin Muhamad AMP., BA (Fresno)., MA (Fresno)., Ph.D (UKMalaysia) Pusat Hubungan Antarabangsa (UKM Global) Prof. Dr. Yazrina Yahya SmSn (Sains Komputer) (UKMalaysia), MSc (BSAD) (London), Ph.D (UKMalaysia)
Fakulti Sains dan Teknologi 19 Pejabat Yayasan Canselor Tuan Haji Roslan bin Mohamed BA.Mass Comm (UiTM), MDP (Asian), MBA (UPMalaysia) Ph.D (Malaya)(Candidate), ACIM-UK, MCIM, MIMM, MMIM Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Prof. Madya Datuk Dr. Rokiah Hj. Omar PSD., BOptom.(UKMalaysia)., Ph.D (NSW)., FAAO., FAMO (mulai 1 Julai 2015) Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian & Kesihatan Pekerjaan (ROSH – UKM) Prof. Dr. Amran Ab. Majid SmSn (Kep) (UKMalaysia)., Ph.D (Loughborough) Pejabat Hubungan Industri Puan Yazlina Saduri B.Ed. - TESL (UKMalaysia) Muzium Warisan Akademik Dr. Mohd bin Samsudin BA (Hons) (Sejarah) (UKMalaysia)., MA (Sejarah) (UKMalaysia) PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN Kolej Dato’ Onn Prof. Madya Dr. Jasri Jamal Dip. Islamic Finance (London)., SmPI Kep (Syariah) (UKMalaysia)., SPI (Syariah) (UKMalaysia)., Dip Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (UKMalaysia)., Ph.D (Birmingham) Kolej Aminuddin Baki Dr. Mohd Suzeren Md. Jamil BSc (UKMalaysia), MSc (UKMalaysia), Ph.D (Uni. Of Sheffield) Kolej Ungku Omar Encik Nik Hairi Omar SmSn (UKMalaysia),. MSc. (UPM) Kolej Burhanuddin Helmi Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa SmSn (UKMalaysia)., MSc, Ph.D (London) (sehingga 14 Julai 2015)
20 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2015-2016 Dr. Muhammad Rahimi Yusop SmSn, MSc (UKMalaysia), Ph.D (Edinburgh) (mulai 15 Julai 2015) Kolej Ibrahim Yaakob Dr. Ruslin Amir BEc., MS., Ph.D (UKMalaysia) Kolej Rahim Kajai Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan BEc (UKMalaysia)., MSc (London)., Ph.D (UKMalaysia) Kolej Antarabangsa Ibu Zain Encik Anuar Ahmad Dip.Ed., BEc (UKMalaysia)., MS (London) Kolej Keris Mas Prof. Madya Dr. Muhammad b. Hussin BA, DipEd, M. Ed(UKMalaysia), PhD (Wales) Kolej Pendeta Za’ba Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long BA Hons. (UKMalaysia)., MA., M.Phil. (Nottingham)., Ph.D (Malaya) Kolej Tun Syed Nasir Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib SmSn., Ph.D (UKMalaysia) (hingga 15 Jan 2015) Dr. Shazli Ezzat Ghazali SmMassComm (Uitm), MA (UKM),. PGDip Health Psychology & MRes Psychology (Aberdeen),.PhD (UKM) (mulai 1 April 2015) Kolej Tun Dr. Ismail Prof. Dr. Zulkifli Md. Zainuddin MD., MSc. (UKMalaysia) Kolej Tun Hussein Onn Yang Berbahagian Prof. Madya Dato’ Dr. Samsu Adabi Mamat DIMP., SmPI (Kep.) (UKMalaysia)., Dip.Ed., MSc. (UKMalaysia)., Ph.D (UMalaya)
Fakulti Sains dan Teknologi 21 Falsafah, Wawasan, Misi dan Matlamat UKM Falsafah Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti. Wawasan UKM nekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia. Misi Menjadi universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan. Matlamat Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai pusat bahasa ilmu, membangun masyarakat dinamis dan berakhlak mulia, mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat, menjana teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat.
22 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2015-2016 Imbasan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu muncul dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme. Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan. Perjuangan yang tidak pernah luput itu mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970 yang memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang dan dua (2) orang pascasiswazah mula mendaftar di tiga buah fakulti iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam. Pada 1974, UKM menubuhkan UKM Kampus Sabah di Kebun Kawang, Papar. Nama Kebun Kawang kemudiannya ditukar kepada Limauan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun yang ketika itu sebagai Ketua Menteri Sabah. Kampus yang menempatkan Fakulti Sains dan Sumber Alam ini berpindah ke Bukit Padang, Kota Kinabalu pada 1980. Seterusnya berpindah ke Menggatal, Tuaran pada 1990 bersama Fakulti Sains Pembangunan yang asalnya ditempatkan di Kampus Induk Bangi. Dengan penubuhan Universiti Malaysia Sabah pada 1994, UKM Kampus Sabah ditutup secara rasminya pada 1996 dan kedua-dua fakulti berkenaan dipindahkan ke Kampus Induk Bangi, Selangor.
Fakulti Sains dan Teknologi 23 Sejak 44 tahun penubuhannya, UKM telah menghasilkan 163,853 graduan pra siswazah dan siswazah. Universiti ini terus berkembang pesat sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam terkehadapan yang kini mempunyai tiga belas (13) fakulti dan tiga belas (13) institut kecemerlangan penyelidikan. UKM juga mempunyai entiti yang beroperasi secara komersil, iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd. dan UKM Technology Sdn Bhd sebagai satu pendekatan dalam mengkomersilkan dan memasyarakatkan kepakaran yang dimiliki di samping menjana kewangan Universiti. Kampus induk UKM di Bangi yang memulakan operasinya pada 1977 mempunyai keluasan 1,096.29 hektar. Kampus Induk Bangi menempatkan sembilan (9) fakulti, dan sebelas (11) institut penyelidikan. Selain itu, UKM juga mempunyai sebuah kampus di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur dengan keluasan 20 hektar yang menempatkan Fakulti Perubatan (Praklinikal), Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (HEARS). Manakala Pusat Perubatan UKM (PPUKM) yang mempunyai keluasan 22.3 hektar di Cheras, Kuala Lumpur menempatkan Fakulti Perubatan, Hospital UKM dan Institut Perubatan Molekul (UMBI). Berasaskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan lebih empat dekad, UKM dipilih sebagai salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia pada 2006. Proses pemantapan bidang penyelidikan disusuli dengan pengwujudan projek tertumpu di bawah dua belas (12) nic iaitu Cabaran Membina Negara Bangsa; Pembangunan Lestari Wilayah; Tenaga Keterbaharuan; Teknologi Kesihatan dan Perubatan; Perubahan Iklim; Nanoteknologi dan Bahan Termaju; Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Teknologi; Informatik Isian; Penyelidikan Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan; Pendidikan dan Peradaban; Politik dan Keselamatan; dan Penyelidikan Transformasi Luar Bandar. Universiti juga adalah penerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006, memperoleh status Swa-Akreditasi pada 2010 dan diberikan status Universiti Autonomi pada Januari 2012. Penganugerahan ini adalah pengiktirafan bagi kecemerlangan UKM dalam bidang akademik dan tadbir urus. UKM melestarikan kecemerlangannya melalui Pelan Strategik UKM 2000-2020 (PS2020). Kini, UKM memberi tumpuan terhadap enam (6) Bidang Keberhasilan Utama yang dijangka terus melonjakkannya lebih tinggi. Tumpuan tersebut adalah Graduan Berindentiti Nasional, Berkompeten dan Berdaya Saing Inovasi; Penyelidikan dan Inovasi Yang Berimpak Tinggi; Perhubungan Strategik dan Perkongsian Pintar; Tenaga Kerja Kompeten dan Inovatif; Penjananaan Kekayaan Strategik dan Intensif; dan Prasarana Ilmu Yang Kondusif.
24 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2015-2016 Bagi memastikan roh perjuangan para pelopor UKM terus subur dan segar, kesedaran terhadap sejarah penubuhan dibugar secara berterusan. Menginsafi bahawa UKM adalah institusi harapan masyarakat, seluruh warga universiti sama ada warga kerja mahupun pelajar diimbau supaya menyelami dan memahami keperluan rakyat menerusi persoalan yang berlegar dalam kehidupan bernegara. Namun ini tidak menghadkan jangkauan universiti terhadap segenap perkembangan malah pergolakan yang berlaku di peringkat antarabangsa. Universiti yang memiliki pelbagai kepakaran merentas disiplin diyakini berupaya melangkaui garis psikologikal yang membolehkannya beraksi tangkas dalam arena global serta sama-sama memberi jawaban dan penyelesaian permasalahan yang menghambat kehidupan sejagat.
Search
Read the Text Version
- 1 - 25
Pages: