Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan cara apa pun sama secara elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa keizinan bertulis daripada Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil. 3/2016/2017 Kelulusan Senat Bil. 8 /2016/2017
KANDUNGAN Muka SuratPERKARA iKandungan 11.0 Pengenalan 22.0 Definisi 43.0 Objektif 4 54.0 Komponen Beban 7 4.1 Pengajaran dan Penyeliaan 9 4.2 Penyelidikan 4.3 Pentadbirani
1.0 PENGENALAN 1.1 Panduan Beban ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai beban tugas staf akademik seterusnya membantu perancangan dan pembahagian tugas staf akademik yang merangkumi fungsi dan peranan yang telah ditetapkan oleh universiti. 1.2 Staf akademik diberikan beban tugas yang bersesuaian bagi membolehkannya membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian dan pengkhususan masing-masing. 1.3 Beban tugas staf akademik UTHM adalah meliputi tiga (3) komponen utama iaitu: (i) Pengajaran dan Penyeliaan, merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran melalui kuliah, tutorial dan amali. Manakala Penyeliaan merujuk kepada penyeliaan projek di peringkat Diploma dan Sarjana Muda serta Latihan Industri atau Latihan Mengajar. (ii) Penyelidikan merujuk kepada penyelidikan dan penyeliaan projek/ disertasi/ tesis di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. (iii) Pentadbiran, merujuk kepada lantikan jawatan pengurusan oleh Universiti atau Fakulti/Pusat secara giliran seperti Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah/Ketua Pusat, Ketua Program, Ketua Jabatan, Ketua Panel Bidang, Ketua Makmal dan jawatan-jawatan lain yang berkaitan. 1.4 Staf akademik adalah diagihkan beban tugas sebanyak 40 jam beban tugas minima per minggu untuk melaksanakan tiga (3) komponen tersebut. 1.5 Untuk tujuan pengagihan beban, staf akademik dikategorikan kepada Pensyarah Universiti (DS), Pengajar (DV), Guru Bahasa (DG) dan Penyelidik Utama di Pusat-pusat Kecemerlangan (COE) (mengikut kelulusan mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bilangan 2/2012).1|Panduan Beban Staf Akademik
1.6 Peruntukan beban tugas bagi setiap kategori ini adalah seperti diberikan dalam Jadual 1.0.Jadual 1.0: Peruntukan beban tugas berdasarkan komponen beban bagi staf akademik UTHM Beban tugas minima (jam) Pengajaran Penyelidikan Keseluruhan Penyeliaan PentadbiranStaf akademik kategori 28 12 40pensyarah universiti Nisbah 70:30Staf akademik (penyelidikdi Pusat Kecemerlangan) 12 28 40 Nisbah: 30:70Staf Akademik kategori Pengajaran PembangunanGuru Bahasa Penyeliaan Diri Pentadbiran (merangkumi penyelidikan, perundingan, 40 penerbitan dan perkhidmatan masyarakat) 32 8 Nisbah 80:20 1.7 Pemantauan pengagihan beban tugas staf akademik ini dilaksanakan secara sistematik melalui Sistem Pengiraan Beban Akademik (SPBA) yang dilaksanakan secara online di bawah pemantauan pihak Pusat Pembangunan Akademik dan Latihan (CAD) dan dibantu oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM).2.0 DEFINISI2.1 Takrifan yang digunakan dalam panduan ini adalah seperti berikut: (i) Universiti merujuk kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (ii) Fakulti/Pusat merujuk kepada pusat tanggungjawab yang menjalankan atau menguruskan sebarang aktiviti akademik pelajar berdaftar contohnya pengajaran dan pembelajaran.2|Panduan Beban Staf Akademik
(iii) Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, (COE)) merujuk kepada pusat untuk menjalankan penyelidikan bermutu tinggi dan mempunyai kolaborasi dengan agensi luar termasuk institusi antarabangsa.Ian adalah sebuah entiti yang menerajui suatu bidang penyelidikan/perkhidmatan yang terfokus. Ketua COE dilantik oleh Naib Canselor. (iv) Pusat Penyelidikan (Centre of Research, (COR)) merujuk kepada satu kumpulan penyelidikan yang melaksanakan kajian dalam kumpulan besar dalam bidang tertentu di bawah pengurusan Fakulti. Ketua COR dilantik oleh Naib Canselor. (v) Kumpulan Fokus (Focus Group, (FG)) merujuk kepada suatu kumpulan penyelidikan yang melaksanakan kajian dalam kumpulan kecil dalam bidang tertentu di bawah pengurusan Fakulti. (vi) Staf akademik merujuk kepada pegawai universiti yang dilantik secara tetap, kontrak, atau sambilan ke jawatan Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah, Tutor, Guru Bahasa, Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan Felo. (vii) Penyelidik Utama merujuk kepada staf akademik yang dilantik sebagai Ketua Kluster dalam setiap bidang integrasi tujahan utama (Integrated Niche Area) di setiap COE dan COR. (viii) Penyelidik Kanan merujuk kepada staf akademik yang dilantik sebagai Penyelidik Sokongan dalam setiap bidang integrasi tujahan utama (Integrated Niche Area) di setiap COE dan COR bagi tujuan membantu Penyelidik Utama. (ix) Kredit merujuk kepada ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu. (x) Beban merujuk kepada jumlah ukuran kuantitatif yang melibatkan semua tugas staf akademik termasuk pengajaran, penyeliaan dan membimbing pelajar menjalankan latihan industri/praktikum/mengajar dan projek ilmiah/tesis sehingga tamat serta pentadbiran. (xi) Projek diploma merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan beserta dengan penulisan ilmiah, disertasi atau tesis yang dilakukan oleh pelajar peringkat diploma.3|Panduan Beban Staf Akademik
(xii) Projek sarjana muda merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan beserta dengan penulisan ilmiah, disertasi atau tesis yang dilakukan oleh pelajar di peringkat sarjana muda. (xiii) Projek sarjana merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan beserta dengan penulisan ilmiah, disertasi atau tesis yang dilakukan oleh pelajar di peringkat pasca siswazah. (xiv) Semester panjang/lazim merujuk kepada satu tempoh pengajian yang dinyatakan dalam kalendar akademik tahunan universiti. (xv) Semester pendek merujuk kepada satu tempoh pengajian selain daripada semester panjang yang dinyatakan di dalam kalendar akademik tahunan universiti.3.0 OBJEKTIF 3.1 Objektif panduan ini diwujudkan adalah seperti berikut:- (i) Memastikan pengurusan pengagihan beban tugas staf akademik dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien. (ii) Membolehkan pihak pengurusan Universiti memantau agar staf akademik mendapat beban tugas yang adil dan saksama. (iii) Memastikan beban tugas staf akademik tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Universiti.4.0 KOMPONEN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIK Beban tugas staf akademik UTHM dikategorikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu: pengajaran (kuliah, tutorial, dan amali) dan penyeliaan projek peringkat Diploma dan Sarjana Muda serta Latihan Industri atau Latihan Mengajar, penyelidikan yang merujuk kepada penyelidikan dan penyeliaan peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dan pentadbiran.4|Panduan Beban Staf Akademik
4.1 Pengajaran dan Penyeliaan4.1.1 Pengajaran(i) Pengajaran merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.(ii) Bilangan pelajar bagi kuliah atau tutorial peringkat Sarjana Muda adalah ditetapkan seramai minimum 30 orang.(iii) Bilangan pelajar bagi kuliah atau tutorial peringkat Sarjana adalah ditetapkan seramai 15 orang.(iv) Walaubagaimanapun, kuliah untuk jumlah pelajar yang kurang daripada itu adalah tertakluk kepada kelulusan pengurusan fakulti.(v) Nilai beban untuk komponen pengajaran adalah seperti dalam Jadual 2.0Jadual 2.0 : Perincian nilai beban untuk komponen pengajaran Nilai beban (jam)Aktiviti Deskripsi Pra Siswazah Pasca Siswazah (Diploma/Sarjana (Sarjana/PhD) Muda)Kuliah I jam kuliah 3 jam beban 4 jam beban I jam kuliah (ulangan 2 jam beban 2 jam beban dalam semester yang sama) Penilaian kuliah 2 minit seorang 2 minit seorang pelajar yang melebihi pelajar yang melebihi 30 orang /kelas 15 orang /kelasTutorial 1 jam tutorial 1.5 jam beban Tiada Berkaitan 1 jam tutorial 1.5 jam beban Tiada Berkaitan (ulangan dalam semester yang sama) 1 jam studio /Amali bengkel / makmal / 2.0 jam beban 1.5 jam beban kerja lapangan5|Panduan Beban Staf Akademik
(vi) Bagi kuliah dengan jumlah pelajar melebihi 30 orang (peringkat Sarjana Muda) dan 15 orang (peringkat Sarjana), beban tambahan diberikan dengan nilai 2 minit beban untuk setiap pelajar.(vii) Nilai beban bagi kursus kendiri (independent study) adalah diberi berdasarkan kepada komponen tutorial sahaja.(viii) Bilangan kursus minimum bagi setiap staf akademik ialah satu (1) kursus per semester.(ix) Selain itu jumlah pengajaran minimum per semester bagi staf akademik dengan pelantikan jawatan pengurusan (lantikan Naib Canselor dan Pendaftar) adalah seperti dalam Jadual 3.0.Jadual 3.0: Nilai pengajaran minimum per semester bagi staf akademik Melebihi atau sama Tidak menjawat sebarang jawatan dengan (≥) 9 kredit pengurusan (lantikan Naib Canselor atau Pendaftar)Pengajaran 6-8 kredit Penyelaras, Ketua Makmal dan setara 3-6 kredit Ketua Panel/ Ketua Jabatan dan setara Kurang atau sama Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan, dengan (≤) 3 kredit Timbalan Pengarah dan setara (Sumber : Adaptasi daripada LNPT,2016 UTHM)4.1.2 Penyeliaan(i) Komponen penyeliaan merangkumi dua sub-komponen iaitu penyeliaan projek tahun akhir serta penyeliaan Latihan Industri atau Latihan Mengajar.(ii) Nilai beban bagi penyeliaan projek tahun akhir adalah seperti di Jadual 4.06|Panduan Beban Staf Akademik
Jadual 4.0: Perincian nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan projek tahun akhirTahap Peranan Nilai beban (jam/pelajar)Diploma Penyelia Utama 1 Penyelia Bersama 0Sarjana Muda Penyelia Utama 1 Penyelia Bersama 0(iii) Nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan Latihan Industri atau Latihan Mengajar pula diberikan sebagai: Nilai beban = Bilangan hari bertugas x 8 jam/14 minggu4.2 Penyelidikan(i) Aktiviti yang terlibat dalam komponen ini adalah projek penyelidikan dan penyeliaan projek, disertasi dan tesis di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.(ii) Nilai beban bagi komponen penyelidikan ini adalah diambilkira berdasarkan kepada penyertaan geran penyelidikan di peringkat Universiti, Kebangsaan atau Antarabangsa dan peranan staf akademik tersebut serta penyeliaan pelajar di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.(iii) Nilai beban untuk sub-komponen penyertaan geran adalah seperti dalam Jadual 5.07|Panduan Beban Staf Akademik
Jadual 5.0: Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyertaan geran Peranan Beban (jam/geran) Universiti Kebangsaan Antarabangsa Ketua geran penyelidikan 1.0 2.0 3.0 Ahli geran penyelidikan 0.5 1.0 1.5 (iv) Bagi sub-komponen penyeliaan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, nilai beban mengambilkira mod pengajian pelajar dan juga peranan staf akademik tersebut. (v) Nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah diberikan dalam Jadual 6.0 dan Jadual 7.0. Jadual 6.0: Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan peringkat Sarjana Beban (jam/pelajar)Peranan Sepenuh masa Separuh masa Mod Mod Mod Kerja Mod Mod Mod Kerja Penyelidikan Campuran Kursus Penyelidikan Campuran KursusPenyelia 2.0 1.5 1.0 1.0 0.75 0.5UtamaPenyelia 1.0 1.0 0.5 0.5 0.5 0.25Bersama8|Panduan Beban Staf Akademik
Jadual 7.0: Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan peringkat Doktor Falsafah Beban (jam/pelajar)Peranan Sepenuh masa Separuh masa Mod Penyelidikan Mod PenyelidikanPenyelia Utama 3.0 1.5Penyelia Bersama 1.5 0.754.3 Pentadbiran (i) Komponen pentadbiran adalah merujuk kepada lantikan jawatan pengurusan oleh Universiti (Naib Canselor dan Pendaftar) atau Fakulti/Pusat. (ii) Senarai jawatan pengurusan dan nilai beban bagi setiap kategori adalah seperti dalam Jadual 8.0Jadual 8.0: Perincian nilai beban untuk komponen pentadbiran mengikut jawatan pengurusanJawatan Beban (jam)Penolong Naib Canselor, Dekan, Pengarah, Pengetua Kolej 24Kediaman dan setaraTimbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Ketua COE, Ketua 20Penerbit, Ketua Pusat dan setaraKetua Jabatan, Ketua COR, Pengurus Makmal dan setara 15Ketua Panel, Ketua Program, Ketua Writing Unit, Ketua Galeri 12 5Ilmu, Ketua Editor, Penyelia Makmal, Pengarah Muzik dan setaraPenyelaras Fakulti ● Penyelaras Latihan Industri / Latihan Mengajar 5 ● Penyelaras Projek Diploma / Sarjana Muda / Sarjana9|Panduan Beban Staf Akademik
● Penyelaras Jadual Waktu 5 ● Penyelaras Outcome Based Education 5 / Penyelaras Akreditasi 5 ● Penyelaras Kursus / Makmal * sekiranya jumlah pelajar melebihi 400 orang, beban tambahan diberikan sebanyak 1 minit per pelajar, dengan nilai maksimum yang boleh diberikan adalah sehingga 8 jam bebanCOE Penyelidik Utama COE 5FG Ahli COE (Penyelidik Kanan) 3 Ketua FG 3Penasihat Akademik Minima 20 pelajar 3 1 Keanggotaan dalam ● Universiti 1 jawatankuasa ● AJK Tetap Universiti (selain daripada ● AJK Ad-Hoc Universiti ● Aktiviti Pasukan Beruniform pemegang jawatan pentadbiran) ● Fakulti(iii) Nilai beban maksimum bagi sub-komponen pentadbiran yang boleh diberikan berdasarkan lantikan adalah seperti dalam Jadual 9.0. Jadual 9.0: Nilai beban maksimum bagi komponen pentadbiran berdasarkan lantikan Jawatan Beban Maksimum (jam)Lantikan Universiti (Naib Canselor) 24Lantikan Universiti (Pendaftar) 15Lantikan Fakulti 510 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k
Search
Read the Text Version
- 1 - 14
Pages: