Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Modul IBSE KSSR_Akhir 2021

Modul IBSE KSSR_Akhir 2021

Published by Tracy M, 2021-10-20 06:34:29

Description: Modul IBSE KSSR_Akhir 2021

Search

Read the Text Version

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Bank Biji Benih dan Semaian yang merangkumi sebahagian kawasan Taman Negara Sarawak. Pada awal penubuhannya, Pusat Hidupan Liar Semenggoh bukan sahaja menjadi tempat rehabilitasi dan pemuliharaan orang utan, malah dijadikan sebagai pusat perlindungan kepada hampir 1,000 ekor mamalia terancam, burung serta reptilia daripada ribuan spesies. Berikutan kejayaan pusat tersebut dalam pemuliharaan orang utan, kini fokus dan peranan utama kawasan terbabit sudah berubah dengan tertumpu kepada kajian mengenai sifat semula jadi dan biologi haiwan terbabit di samping menjadi tempat tinggal selamat kepada beberapa ekor orang utan separa liar dan yang lahir di hutan. “Program rehabilitasi orang utan merangkumi beberapa tahap iaitu peringkat jagaan, sekolah rendah, sekolah menengah, pelepasan ke hutan dan pemantauan. “Di peringkat jagaan atau dikenali dengan baby caring house, kami akan menjaga sepenuhnya orang utan dari aspek pembersihan, memberi makan dan minum susu serta bermain dalam kawasan yang berpagar. Di peringkat sekolah rendah pula, kami melatih orang utan ini cara memanjat pokok, membawa keluar ke hutan, mengajar mencari makanan serta membuat sarang. “Pada peringkat sekolah menengah, haiwan ini akan belajar cara ikhtiar hidup sendiri di hutan dengan membina sarang serta tidur di situ dan mengurangkan memberi makanan untuk menggalakkan ia mencari makanan sendiri. Pada tahap ini, kakitangan kami akan mengawasi orang utan ini dengan rapat sebelum boleh dilepaskan,” jelas Jiew Han. Selain menjadi pusat rehabilitasi, Pusat Hidupan Liar Semenggoh juga berfungsi sebagai pusat ekopelancongan yang memberi peluang kepada orang awam melihat sendiri orang utan secara dekat apabila tiba waktu memberi makan haiwan berkenaan. Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0520&pub=Kosmo&sec =Infiniti&pg=in_01.htm 43

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3.5 1.0 Tema: SAINS HAYAT 2.0 Tajuk: 5.0 Pemeliharaan dan Pemuliharaan 3.0 Standard 5.2 Kepentingan Menjaga Keseimbangan Alam Kandungan: 4.0 Standard Murid boleh: Pembelajaran: a. memerihalkan cara-cara pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan. b. menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. 5.0 Pengetahuan Muridtahu tentang ancaman kepupusan terhadap haiwan dan sedia ada: tumbuhan. 6.0 Hasil Pada akhir pembelajaran ini, murid diharapkan dapat: Pembelajaran: a. memerihalkan cara-cara pemeliharaan dan pemuliharaan orang utan. b. menjelaskan pemerhatian melalui peta minda dan perkongsian secara lisan. 7.0 Pendekatan Konstruktivisme PdP: 8.0 Kaedah : Perbincangan 9.0 Kemahiran Memerhati, berkomunikasi Proses Sains (KPS): 10.0 Kemahiran Mengaplikasi, menganalisis Berfikir Aras Tinggi (KBAT): 11.0 Bahan Bantu Artikel surat khabar Kosmo bertarikh 19 Mei 2015 bertajuk Mengajar “Populasi orang utan Semenggoh berganda” (BBM): 12.0 Alat Berfikir: Peta minda, Soalan aras tinggi 13.0 Elemen Sains & Teknologi Merentas Kurikulum (EMK): 14.0 Penilaian PdP: Tugasan, hasil kerja, lisan, pemerhatian 44

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 15.0 Pengisian PdP Mengikut Model 5E: Fasa Aktiviti PdP Cadangan soalan oleh guru Pengajaran Engagement  Guru mengadakan sesi  Berikan contoh haiwan yang (Penglibatan) sumbangsaran dengan murid hampir pupus. berkenaan haiwan yang Exploration berhadapan dengan ancaman  Pada pendapat anda, (Penerokaan) kepupusan di Malaysia. mengapakah haiwan ini semakin pupus? Explanation (Penerangan)  Guru mengarahkan murid  Di manakah habitat asal orang berbincang mengenai artikel utan? surat khabar yang diberikan dalam kumpulan yang terdiri  Mengapa orang utan tersebut daripada tiga ke lima orang dipindahkan daripada habitat murid. asal?  Murid dikehendaki untuk  Apakah yang berlaku kepada menggariskan isi-isi penting orang utan dalam artikel dan membina peta minda tersebut? berdasarkan isi-isi penting yang telah dipilih.  Siapakah yang bertanggungjawab dalam  Guru boleh mencadangkan perlindungan orang utan contoh isi utama untuk mengikut artikel tersebut? membimbing murid.  Apakah sumbangan pusat pemuliharaan yang dinyatakan terhadap populasi orang utan?  Guru menjemput semua  Adakah perkataan/terminologi kumpulan untuk yang baru anda dengar? mempamerkan peta minda masing-masing di papan  Berikan isi utama yang hitam. dimuatkan di dalam peta minda.  Guru meminta satu kumpulan  Bagi kumpulan lain, beri untuk membentangkan peta cadangan maklumat tambahan minda yang dihasilkan. bagi kumpulan pertama.  Setelah pembentangan  Kumpulan manakah yang dapat kumpulan pertama, guru mengenalpasti paling banyak bertanyakan kepada maklumat berkaitan? kumpulan lain sekiranya ada maklumat tambahan  Ada persoalan berkaitan artikel berdasarkan hasil peta minda ini? kumpulan masing-masing dan perbincangan dengan ahli kumpulan.  Guru membuka sesi soal jawab sekiranya ada persoalan yang ingin dikemukakan oleh setiap kumpulan untuk dibincangkan bersama. 45

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Elaboration  Guru menggalakkan murid  Ramalkan apakah yang akan (Penghuraian) untuk berbincang dalam berlaku terhadap keseimbangan kumpulan berkenaan alam sekiranya pemuliharaan Evaluation persoalan berikut: Sekiranya terhadap haiwan dan tumbuhan (Penilaian) pemuliharaan terhadap yang hampir pupus tidak haiwan dan tumbuhan yang dijalankan? (imbas semula hampir pupus tidak berkaitan mangsa pemangsa dan dijalankan, ramalkan kesan siratan makanan) yang mungkin berlaku terhadap keseimbangan alam.  Berdasarkan perbincangan kita, apakah pandangan anda tentang  Guru menggalakkan murid kepentingan pemeliharaan dan untuk turut berbincang pemuliharaan haiwan seperti tentang kepentingan orang utan? pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan.  Guru mengarahkan murid  Sebagai ahli World Wildlife menjalankan refleksi Fund (WWF) yang pembelajaran dengan bertanggungjawab terhadap menyenaraikan ciri-ciri pusat pemuliharaan orang utan, pemuliharaan yang lengkap senaraikan ciri-ciri penting yang dan mampu memulihara perlu ada pada pusat haiwan yang terdedah dengan pemuliharaan orang utan untuk ancaman kepupusan seperti memastikan populasi orang utan orang utan. Jawapan dalam dapat terlindung sepenuhnya. bentuk peta minda dibuat di dalam buku catatan murid. 16.0 Refleksi: _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 46

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 3.6 Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia dan Masalahnya (Ulasan Artikel) Artikel SECARA purata, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8 kg. sampah setiap hari. Jumlah ini bertambah besar jika mengambil kira individu yang tinggal di bandar. Penghuni kawasan bandar dianggarkan menghasilkan 1.5kg. sampah setiap hari. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan penghasilan sampah sebanyak 2,955 tan sehari. Ini diikuti dengan Kuala Lumpur (2,634 tan/hari), Johor (2,002 tan/hari), Perak (1,596 tan/hari) dan Kedah (1,383 tan/hari). Melihatkan data di atas, penghasilan sampah atau sisa pepejal bergantung kepada keluasan sesebuah kawasan, jumlah penduduk dan aktiviti yang dijalankan. Jenis sampah yang terhasil juga berbeza mengikut kawasan. Bagi kawasan bandar, sampah pepejal yang terhasil adalah lebih kompleks berbanding di luar bandar. Sampah yang terhasil adalah dalam bentuk kertas, bahan-bahan kaca, kayu-kayu sisa binaan, bahan-bahan plastik, sisa-sisa makanan, bahan-bahan aluminium dan sebagainya. Di Malaysia, sampah yang dihasilkan dihantar ke tapak pelupusan ataupun ke pusat pembakaran (incinerator). Dua sistem ini amat popular di Malaysia. Terdapat 161 tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia (jumlah ini tidak termasuk sepuluh pihak berkuasa tempatan di Sabah dan Sarawak ). Negeri Sarawak mempunyai jumlah tapak pelupusan sampah yang tertinggi iaitu sebanyak 28 tapak. Ini diikuti dengan Johor (26), Perak (18), Pahang (14) dan Kelantan (12). Di antara 161 tapak ini, 77 daripadanya terdiri dari tapak pempepejal sampah terbuka (open dumping). 49 tapak terdiri dari pelupusan terkawal (controlled tipping), 19 tapak mempunyai bund dan sisa pepejalnya dikambus setiap hari, sepuluh tapak mempunyai kemudahan paip pengumpulan 'eachate dan paip pengudaraan serta selebihnya mempunyai sistem rawatan leachate. Walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan. Dianggarkan, sebahagian besar tapak ini akan penuh atau tidak boleh digunakan dalam masa dua tahun lagi. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini berisiko tinggi terhadap alam sekitar dan manusia di sekitar kawasan tapak pelupusan itu. Sebagai contoh, tapak pelupusan terbuka boleh memberi kesan kepada 47

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR sistem tanah dan air di kawasan tersebut. Selain bau busuk, penyakit mata dan kulit juga boleh mengganggu hidup manusia di persekitaran kawasan tapak. Akibat masalah ruang yang semakin terhad, Malaysia kini beralih kepada teknik pembakaran untuk mengatasi masalah pelupusan sampah. Terdapat 7 pusat pembakaran mini di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Pulau Labuan. Pusat pembakaran mini ini mempunyai kapasiti pengurusan sisa pepejal sebanyak 3-10 tan/hari/unit. Di samping itu, sebuah pusat pembakaran berteknologi tinggi (Thermal Treatment Plant) akan dibina di Kampung Brogo, Semenyih, Selangor. Pusat pembakaran ini mampu menguruskan 1,500 tan sisa pepejal dalam sehari. Sementara itu, di Pulau Labuan juga terdapat sebuah pusat pembakaran yang menggunakan kaedah Thermal Oxidation. Pusat pembakaran ini mampu mengendalikan 40 tan sisa pepejal sehari. Pembinaan pusat pembakaran dikatakan mampu mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal di Malaysia .Ini kerana sistem itu berkeupayaan membakar sampah dengan lebih cepat berbanding pelupusan sampah terbuka. Sistem pembakaran boleh membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu yang tinggi sekitar 500-600 darjah celsius. Melalui kaedah ini separuh dari sisa pepejal yang dihasilkan boleh dibakar setiap hari. Abu hasil dari pembakaran itu pula dikatakan 99 peratus selamat untuk ditanam di mana-mana tapak pelupusan sampah yang sedia ada. Selain dari itu, kaedah pembakaran juga dikatakan mampu membakar kuman-kuman yang terdapat dalam sisa bagi mengelakkan masalah penyebaran penyakit. Dalam masa yang sama, sistem ini telah dibina dengan mengambil kira semua aspek bagi mengatasi masalah jerebu, masalah bau busuk dan pelepasan gas dioksin. Walaupun kaedah pembakaran menjadi pilihan untuk mengatasi masalah pelupusan sampah yang meningkat, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Pembinaan pusat pembakaran sebenarnya memerlukan sumber kewangan yang sangat tinggi. Misalnya, pembinaan pusat pembakaran mini di Langkawi sahaja melibatkan kos sebanyak RM5.7 juta. Manakala pembinaan pusat pembakaran di ibu kota pula menelan belanja antara RM500 juta hingga RM1 billion. Dengan kos yang setinggi ini, seluruh rakyat perlu menanggung kos itu secara bersama. Ini tentu sahaja akan menimbulkan rungutan pihak tertentu. Di samping itu, masalah alam sekitar dan kesihatan manusia yang berpunca dari aktiviti pembakaran juga harus diambil kira. Misalnya masalah jerebu dan masalah gas dioksin akibat pembakaran sisa yang tidak sempurna. Di Jepun, pelepasan gas dioksin merupakan satu masalah yang besar. Ia dikaitkan dengan 48

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR penyakit kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, masalah kulit dan memberi kesan negatif kepada sistem reproduktif manusia. Selain mencemarkan udara, dioksin juga mampu menyerap ke dalam tanah dan air lalu mencemarkan air dan seterusnya mencemarkan tumbuhan, hasil tenusu dan ikan. Kedua-dua masalah ini perlu diambil kira agar tidak mewujudkan masalah lain yang akan menyukarkan kehidupan manusia dan merosakkan alam sekitar. Pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah berubah mengikut masa. Teknologi yang digunakan di dalam pengurusan ini juga semakin canggih. Penggunaan teknologi dan sistem pengurusan yang canggih adalah semata-mata untuk mencapai kualiti alam sekitar yang baik bagi negeri Malaysia . Kerajaan bertanggungjawab untuk mencapai matlamat ini. Walaubagaimana pun, rakyat juga mempunyai tanggungjawab yang sama. Haruslah diingat bahawa manusia adalah khalifah di bumi ini. Oleh itu, tanggungjawab menjaga alam ini adalah tanggungjawab kita bersama. Bermula di rumah, sisa yang dihasilkan perlu diuruskan dengan baik agar pengurusan pada peringkat yang lebih tinggi menjadi mudah dan berkesan. Sumber: http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7193-pengurusan-sisa-pepejal-di- malaysia-dan-masalahnya RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3.6 1.0 Tema: Sains Bahan 2.0 Tajuk: 9.0 Bahan Pepejal 3.0 Standard 9.1 Bahan Pepejal Kandungan: Murid boleh: 4.0 Standard 9.1.6 Memerihalkan pengurusan bahan pepejal secara Pembelajaran: terancang untuk kehidupan lestari 5.0 Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengenalpasti bahan pepejal berdasarkan jenis bahan melalui pemerhatian persekitaran 6.0 Objektif Murid mengetahui proses kitar semula bahan pepejal. Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini, murid diharapkan dapat: a. menghuraikan kaedah-kaedah pengurusan sisa pepejal b. menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 kelebihan dan 3 kelemahan kaedah pengurusan sisa pepejal secara tapak pelupusan dan insinerator 49

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 7.0 Pendekatan Konstruktivisme PdP: 8.0 Kaedah : Perbincangan 9.0 Kemahiran Memerhati, berkomunikasi Proses Sains (KPS): 10.0 Kemahiran Mengaplikasi, menganalisis Berfikir Aras Tinggi (KBAT): 11.0 Bahan Bantu Artikel Pengurusan sisa pepejal di Malaysia dan masalahnya Mengajar www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7193 (BBM): 12.0B Alat Berfikir Peta Pemikiran – Peta pemikiran 13.0 Elemen Bahasa Merentas Kurikulum 14.0 Penilaian PdP Perbahasan 15.0 Pengisian PdP mengikut Model 5E: Fasa Aktiviti PdP Cadangan soalan oleh guru Pengajaran Engagement  Guru mengadakan sesi  Apakah yang dapat anda sumbangsaran dengan murid perhatikan ? (Penglibatan) berdasarkan gambar yang dipamerkan.  Berikan pendapat anda berkenaan cara untuk mengurus bahan pepejal tersebut. 50

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Exploration  Guru mengarahkan murid  Apakah isi-isi penting yang (Penerokaan) berbincang mengenai artikel diperolehi dalam artikel ini ? dari sumber internet yang Explanation diberikan dalam kumpulan  Nyatakan kaedah pengurusan sisa (Penerangan) yang terdiri daripada tiga ke pepejal pepejal lima orang murid. Elaboration  Senaraikan ciri-ciri bagi kaedah- (Penghuraian)  Murid dikehendaki untuk kaedah pengurusan sisa pepejal menggariskan isi-isi penting. pepejal yang terdapat dalam artikel tersebut?  Murid diminta untuk membina peta pemikiran  Apakah kaedah pengurusan berdasarkan isi-isi penting yang telah dikenalpasti. bahan pepejal pepejal yang sering diamalkan oleh kebanyakan  Guru boleh mencadangkan negeri ? contoh isi utama untuk membimbing murid.  Guru menjemput semua  Adakah terdapat persamaan dan kumpulan untuk perbezaan isi-isi penting yang mempamerkan peta terdapat dalam peta pemikiran pemikiran masing-masing di bagi setiap kumpulan ? papan tulis.  Nyatakan kebaikan dan  Guru meminta satu kumpulan keburukan bagi setiap kaedah untuk membentangkan peta pengurusan sisa bahan pepejal pemikiran yang dihasilkan. pepejal.  Setelah pembentangan  Adakah terdapat kaedah lain kumpulan pertama, guru yang boleh digunakan untuk bertanyakan kepada mengurus sisa pepejal selain kumpulan lain sekiranya ada kaedah yang terdapat dalam maklumat tambahan artikel ini ? berdasarkan hasil peta pemikiran kumpulan masing-  Sekiranya kaedah pengurusan masing dan perbincangan sisa pepejal tidak dilaksanakan, dengan ahli kumpulan. apa akan berlaku kepada hidupan dan alam sekitar ?  Guru membuka sesi soal jawab sekiranya ada  Pada pandangan kamu, kaedah persoalan yang ingin manakah yang akan diamalkan dikemukakan oleh setiap oleh negeri yang mempunyai kumpulan untuk keluasan tanah yang terhad ? dibincangkan bersama.  Guru membahagikan murid  Pada pendapat kamu, adakah kepada 2 kumpulan ( setiap pengurusan sisa pepejal secara kumpulan terdiri daripada 5 tapak pelupusan adalah lebih 51

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR orang ) : satu kumpulan baik berbanding incinerator atau mewakili pihak pencadang, sebaliknya?Debatkan. satu kumpulan mewakili pihak pembangkang.  Guru meminta setiap kumpulan untuk berbincang bagi mendapatkan isi-isi penting perdebatan bagi tajuk “Pengurusan Sisa Pepejal Secara Tapak pelupusan Adalah Lebih Baik Berbanding Insinerator (Pembakaran Terkawal).” Evaluation  Guru mengedarkan lembaran  Pada pendapat kamu, nyatakan (Penilaian) kerja kepada setiap murid. Kaedah Pengurusan Sisa Pepejal Yang Paling Baik berdasarkan  Murid dihendaki untuk perdebatan yang diperdebatkan melengkapkan ayat dalam sebentar tadi. lembaran kerja dengan memilih Kaedah Pengurusan  (Murid menyambung ayat dalam Sisa Pepejal Yang Paling lembaran kerja yang diedarkan ) Baik berdasarkan perdebatan di antara dua tajuk yang  Contoh : Pada pendapat saya, diperdebatkan tadi. kaedah pengurusan sisa pepejal yang paling baik adalah …………….................... kerana ………………………….............. 16.0 Refleksi: ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 52

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR BAB 4 PENUTUP Berdasarkan hasil kajian rintis pelaksanaan modul IBSE di enam buah sekolah di kawasan Miri dari tahun 2015 dan 2016, pelaksanaan IBSE di sekolah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada guru-guru. Guru-guru mendapati kebanyakan pelajar seronok menjalankan aktiviti yang kebanyakannya melibatkan perkara yang terjadi dalam kehidupan seharian pelajar. Selain itu, pelajar juga didapati lebih aktif menyoal dan lebih berminat meneroka topik perbincangan lebih dalam daripada apa yang telah mereka pelajari. Pengenalan: RUJUKAN Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2010). Rancangan Pengajaran Harian. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Banchi, H. and Bell, R. (2008). The Many Levels of Inquiry, Science and Children. 46(2): 26-29. Blumenfeld, P.C., Kempler, T.M. & Krajcik, J.S. (2006). Motivation and Cognitive Engagement in Learning Environments. In The Cambridge Handbook of The Learning Sciences. Ed. R.K. Sawyer. Cambridge University Press, 475-488. Bybee, R. W. (2009). The BSCS 5E instructional model and 21st century skills. http://itsisu.concord.org/share/Bybee_21st_Century_Paper.pdf [6 Ogos 2013]. Campbell, N. A, Reece, J.B, Urry, L.A, Cain, M.L, Wasserman, S.A, Minorsky, P.V & Jackson, R.B. (2011). Biology (9th edition). San Francisco : Pearson. Cruickshank, D.R., Jenkins, D.B. dan Metcalf, K.K (2006). The Act Teaching. Boston: Mc Graw Hill. Friedl, A. E. & Koontz T.Y. (2005). Teaching Science to Child: An Inquiry Approach. New York: McGraw-Hill. 53

MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Gloria Tan. (2013). Attack UPSR. Selangor Darul Ehsan: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Gurses, A., Acıkyıldız, M., Dogar, C. & Sozbilir, M. (2007). An investigation into the effectiveness of problem-based learning in a physical chemistry laboratory course. Research in Science & Technological Education, 25(1), 99–113 Hofstein, A., Navon, O., Kipnis, M., & Mamlok-Naaman, R. (2005). Developing students’ ability to ask more and better questions resulting from inquiry- type chemistry laboratories. Journal of Research in Science Teaching, 42, 791–806. Jones, A, Reed, R & Weyers, J. (2007). Practical skills in Biology (4th edition). London : Pearson Krathwohl, D.R. 2002. A revision of Bloom's Taxonomy: An Overview. Theory into practice 41(4): 212-218. Lederman, N.G., Lederman, J.S., & Bell, R.L. (2004). Constructing science in elementary classrooms. Boston: Allyn & Bacon. Llewellyn, D. 2014. Inquire Within: Implementing Inquiry – and Argument-Based Science Standdard in Grade 3-8. 3rd edition. Corwin: Carlifonia. Mader, S.S. (2010). Biology (10th edition). New York: McGraw Hill. Suwaibatullaslamiah Jalaludin, Sophia Md Yassin & Tan Mun Wai. (2014). Buku Teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Trumbull, D.J., Bonney, R. & Grudens-Schuck, N. (2005). Developing Materials to promote Inquiry: Lessons Learned. Science Education, 89, 879-900 Walker, M. (2015). Teaching inquiry-based science. Lulu. com. [29.08.2016] Worth, K., Duque M. & Saltiel E. (2009), Designing and implementing Inquiry based Science Units. Edited and Published by La main a la pate, URL: http:// www.fondation lamap.org/sites/default/files/upload/media/minisites/ seminaire_ international/Guide_IBSE_light.pdf Zion, M. (2007). Implementation Model of an Open Inquiry Curriculum. Science Education International, 18(2), 93-112. 54


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook