Cahayamu merah tapi menyejukan Bagaikan tatapan seorang putri Yang pergi menuju ke peraduan Berlalu meninggalkan sepi. Foto : Samsudin
Mencari lokasi yang sesuai untuk berkhemah.
Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba - Beringgis Bikepack. Untuk memulakan coretan ini lebih baik saya memberi sedikit mukadimah berkaitan kayuhan kali ini. Kayuhan ini agak berbeza daripada kayuhan saya sebelum ini, kami perlu bermalam di khemah, menggunakan unggun api, tandas kambus dan lain- lain. Memandangkan ini kayuhan pertama, oleh itu kelengkapan yang kami bawa sekadar pengenalan sahaja. Saya pernah mengikuti perlumbaan basikal yang bersifat Adventure Race. Namun pertama kali saya berkayuh dengan membawa muatan. Kayuhan yang sebelum ini bersifat mengejar masa maka kali ini saya perlu mengatur kayuhan dengan lebih santai…The Day Is Ours Dude.
Semasa menyediakan peralatan tergerak hati biarla yang 3 orang bawa kelengkapan. Kiranya semakin kurang muatan semakin ringan, namun naluri seorang sumandak memang tidak boleh di sangkal. Jika berlaku masalah teknikal dan saiz tools berbeza akan bertambah masalah. Maka saya perlu membawa peralatan sendiri seperti pam basikal, Allen Key, Penampal tayar dan lain-lain. Makanan saya hanya bawa ala kadar saja. Menyeberangi hilir sungai yang berlumpur dan penuh dengan agas.
BASIKAL l PERALATAN l BACKPACK l MAKANAN Jam sudah menunjukkan 3 petang tetapi batang hidung John tidak muncul lagi. Kami mengambil kata putus untuk memulakan kayuhan dengan mind set yang positif bahawa mungkin beliau masih kerja dan akan mengejar daripada belakang. Kami tidak berasa risau kerana hanya bikepack di persisiran pantai Kampung Beringgis. Bagai mengambil segala resah, Kau datang kemudian pecah, Pulang kembali ke Samudra, Membawa dariku segala cerita. ‘Anna Noer Jannah’ Lagi pun koordinat sudah di kongsikan di antara kami berempat. Kami meneruskan kayuhan menyusu- ri Kampung Meruntum, Lok Kawi dan seterusnya ke Pekan Kinarut untuk berjumpa dengan seorang bikepack yang akan menyertai kami. Sam ialah rakan John. Eri berkenalan semasa pertandingan sukan lasak paintball. Bagi Sam, bikepack ialah perkara baru. Banyak yang perlu di pelajari olehnya. Ketibaan di Kampung Beringgis sejauh Eri dan Sam sedang menyediakan unggun api 20KM mengambil masa 2jam 10minit. Ka- bagi menghalau agas, nyamuk dan binatang liar wasan berkhemah semakin hampir dan ka- mi menukar laluan untuk menyusuri pantai yang indah… Sunset View.
5 jam diiringi petikan Ukalele : Fire within a moon Cuaca yang semakin malap membuatkan kami bertiga segera mencari tapak untuk berkhemah dan spot yang di anggap sesuai. Spot yang di cari ialah kedudukan khemah hendaklah bertabirkan pokok dan menghadap Laut China Selatan. Malang tidak berbau Samsudin tidak membawa khemah kerana beranggapan bikepack membawa erti me- nyusun barangan di basikal secara kemas. Nasib baik beliau ada bawa bekalan makanan dan sehelai seluar. Gandingan basikal MTB, Fixie dan Full Sus memang jauh berbeza, mungkin sebab itu Sam berasa malu untuk sama-sama bergambar. Semasa saya dan Eri sibuk me- masang khemah, Sam mengumpul kayu dan ranting- ranting kering untuk membuat unggun api. Konsep kerja berpasukan amat penting ketika bikepacking. Saya amat bersyukur kerana Sam sudah menyalakan api sebelum malam. Ini kerana saya telah di serang oleh agas- agas sejak mula tiba di Pantai Beringgis. Well what to say… Darah manis la katakan. Memandangkan saya tidak pernah berkhemah dan bermalam di pantai, saya tidak menyangka ada isu sebegini. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa ga- talnya kaki saya ketika itu. Dengan bantuan Eri maka unggun api berjaya menghasilkan api yang sederhana besar tetapi menghasilkan asap yang berkepul-kepul. Pucuk di cita, Ulam mendatang. Macam fogging asap yang terhasil. Apa lagi, jangan buang masa, buka pintu khemah dan kasi masuk asap...ujar Sam Kami buka pintu khemah dan membiarkan asap masuk dan memenuhi ruang dalam khemah agar nyamuk dan agas terbang menyelamatkan diri.
Di pendekkan cerita kami bertiga berkongsi pen- galaman berbasikal. Malam ini Sam akan ber- kongsi khemah dengan Eri. Oleh kerana kami berkhemah di kawasan kampung maka kami kena bergilir berjaga malam. Kami itu merujuk kepada Eri dan Sam...kata ku kepada mereka sambil terta- wa besar. Sebelum saya terlupa malam itu Eri meminjamkan Mutitoolsnya kepada ku. Menjadi persoalan apakah fungsi benda ini. Lebih-lebih lagi kalau ada 2 bodyguard. Nanti ko tau la ba apa fungsinya..kata Eri seakan menyindir. Malam itu John telah menghantar pesanan ringkas, beliau tidak turut serta kerana terkandas di Telipok. Hujan lebat bermula 11pagi tanpa henti membuat- kan kawasan rumahnya banjir. Beliau juga me- mesan agar kami berhati-hati di sana sebab berada di tepi laut. Sebagai Langkah berjaga-jaga, kami telah membuat parit di sekeliling khemah. Namun angin malam tidak betiup kencang apatah lagi ti- tisan hujan membasahi Pantai Beringgis. Setelah selesai membuat segala persiapan kami bertiga makan malam sambil bercrita. Well…..makanan terjun. Semuanya fast food. Mungkin di masa akan datang menu manakan per- lu di tukar. It was a moment night… walaupun kami terpaksa menunggu selama 5 jam untuk mendapatkan Moment Photo: Camp Fire tapi kami tidak kesunyian. Samsudin banyak menghibur- kan kami dengan nyanyian dan alunan Ukalelenya.
A mug and A Bike Penggera telefon bimbit berbunyi menunjukkan jam 05:50pagi. Saya bangun dan keluar khemah dengan segera kerana ingin merakam matahari terbit. Moment yang saya tidak boleh lupakan. Keindahan alam yang sememangnya menawan jiwa. Semalam tidak hujan dan pagi ini langit sangat cerah. Air laut yang surut dan tenang serta bunyi kicauan bu- rung membuatkan pagi ini…My Coffee Day.
Api yang baru disediakan oleh Sam untuk memasak air Saya mengambil kesempatan ini untuk morning walk bagi menikmati keindahan pantai Kampung Ber- inggis. Memandangkan Eri dan Sam belum bangun maka saya menyusuri pantai Beringgis bersendirian berbekalkan multitools yang di pinjamkan oleh Eri. Rasanya mereka berdua masih penat dan mengantuk. Merangkap bodyguard la katakan. Berjaga secara bergilir sepanjang malam. Menghirup udara segar di kawsan kampung memang di nantikan cuma kali ini di persisiran pantai. Langkah saya agak laju…memang sedikit ganjil bagi yang ingin menikmati keindahan pagi. Sebenarnya saya sedang mencari tempat yang sesuai untuk menyahut panggilan alam. Sistem pencernaan agak aktif sejak semalam. Langkah demi langkah rasanya saya sudah semakin jauh dari tapak perkhemahan kami. Perasaan hampa semakin terasa kerana tidak terjumpa tandas kampung yang berdekatan. Tapak perk- hemahan kami memang agak terasing. Sekembalinya saya ke khemah, saya terlihat komando botak (Eri) berdiri di tepi khemah. Semakin meng- hampiri tapak khemah semakin jelas terlihat ukiran wajahnya dengan senyuman menyindir sambil berka- ta 'susah kan cari tandas di sini' . Saya hanya mampu tersenyum. Sam pula agak sibuk membersihkan ka- wasan unggun api kami. Rupanya Sam sudah memasak bekalan air yang di beli kelmarin.
Kayuhan santai menuju ke Daerah Putatan Berbekalkan biskut dan roti kami bertiga mula menyediakan sarapan dan membancuh minuman 3in1. Selesai sarapan kami mengemas khemah dan bersedia untuk pulang. Sebenarnya saya masih teringin hen- dak baring lagi di dalam khemah sambil memegang segelas kopi sambil menghadap laut. Apakan daya ma- sa tidak menyebelahi kami. Setelah siap berkemas kami memulakan perjalanan balik sekitar jam 07:00pagi. Tidak banyak perbualan sepanjang laluan. Keadaan agak berbeza ketika kami berkayuh menuju Pantai Ber- inggis. Pagi ini kami masing-masing ingin menikmati keindahan Kampung Beringgis di sepanjang jalan ba- lik. Kami menyusuri Kampung Beringgis dan terus ke Pekan Kinarut. Sebelum berpisah Samsudin mengucapkan terima kasih kerana di beri peluang untuk turut serta di kayu- han bikepack. Kami berpisah di Restoran Jamal Salim, Kinarut dan meneruskan kayuhan masing-masing.
Stella Samudin Rosdi Fikiran Eri Wikid SILA IMBAS KOD QR SILA IMBAS KOD QR SILA IMBAS KOD QR Johnny Joseph SILA IMBAS KOD QR MUKA SURAT TERAKHIR
Search
Read the Text Version
- 1 - 11
Pages: