KULIAH 3
MORFOLOGI Definisi Bidang ilmu bahasa seperti kajian mengenai struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur bahasa – susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna) Bentuk bahasa – unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
PROSES PEMBENTUKAN KATA Proses pembentukan kata menerangkan cara sesuatu kata itu terbentuk sehingga menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Ada perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya makan, minum, dan tidur. Terdapat perkataan yang terbentuk daripada proses pengimbuhan, seperti pemakanan, minuman, dan tertidur. Ada juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan, contohnya antarabangsa, alat tulis, pilihan raya,kuih-muih, tolong-menolong dan buku-buku.
PROSES PEMBENTUKAN KATA (sambung) Proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta, dibentuk, atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa, daripada tiada kata kepada ada kata. Pewujudannya melalui dua sumber, iaitu: A. Asal usul bahasa B. Pembentukan melalui proses tertentu
ASAL BAHASA Keluarga Indonesia Keluarga Melanesia Keluarga Mikronesia Keluarga Polinesia
PEMBENTUKAN MELALUI PROSES TERTENTU Pengimbuhan Penambahan Penggabungan Analogi Makna Khusus Penciptaan Akronim Peleburan Fonem Peluasan Kata Penyingkatan Pinjam Terjemah Peluasan Makna Penyempitan Makna Perubahan Makna
BENTUK KATA AKAR Ialah perkataan yang belum diberi apa-apa imbuhan.. Kata akar boleh merupakan morfem bebas dan morfem terikat. Contohnya rawat dalam perkataan jururawat jatuh dalam perkataan terjatuh
BENTUK KATA DASAR Ialah perkataan yang menjadi dasar dalam sesuatu perkataan sama ada perkataan itu telah menerima imbuhan atau belum menerima imbuhan. Contohnya : paksa menjadi terpaksa
PERBEZAAN ANTARA KATA AKAR DAN KATA DASAR Kata akar boleh menjadi kata dasar tetapi kata dasar tidak semestinya menjadi kata akar.
MORFEM Adalah suatu bentuk bahasa yang tidak mengandung bahagian-bahagian yang mirip dengan bentuk lain, baik bunyi maupun maknanya (Bloomfield,19714:6). Morfem adalah unsur-unsur terkecil yang memiliki makna dalam tutur suatu bahasa. Morfem dapat juga dikatakan unsur terkecil dari pembentukan kata dan disesuaikan dengan aturan suatu bahasa. Morfem boleh bersifat bebas dan terikat.
MORFEM TERIKAT Morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain, tidak boleh berdiri sendiri dan tidak mengandungi makna. Morfem terikat hanya wujud dalam pembentukan kata melalui pengimbuhan. Cth: rama dalam rama-rama
MORFEM BEBAS Morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri dengan sendiri dan mengandungi makna. Cth: pergi,sekolah,cepat
PEMBENTUKAN KATA Proses pembentukan kata i. Bentuk kata tunggal ii. Bentuk kata terbitan iii. Bentuk kata majmuk iv. Bentuk kata ganda
BENTUK KATA TUNGGAL Tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan kata dasar yang lain. Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar. Terdapat dua jenis kata tunggal iaitu: i. kata sempurna ii. Kata tugas
KATA TUNGGAL (SAMBUNG) i. Kata ii. Kata tugas sempurna • Memerlukan sekurang-kurangnya satu kata sempurna untuk Ialah kata tunggal yang melaksanakan tuga tatabahasa. dapat berdiri sendiri. •Tidak dapat berdiri sendiri tanpa Cth. bantuan daripada kata yang Dia. mengikutinya. Itu. di sekolah Cantik. dengan bas Keluar! untuk siapa? Siapa? oleh mereka?
BENTUK KATA TERBITAN Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Awalan – penyanyi, juruwang, ketua Sisipan – telunjuk, kemuning, serabut Akhiran – jahitan, usahawan, dekati Apitan - pelaksanaan, pembinaan, melalui
GOLONGAN KATA Golongan kata terdiri daripada a. Kata nama b. Kata kerja c. Kata adjektif d Kata tugas
Latihan 1. Nyatakan maksud morfologi. 2. Senaraikan empat jenis imbuhan dan contoh ayat- ayat bagi imbuhan tersebut (1 imbuhan 5 ayat). 3. Jelaskan tentang pembentukan kata serta contoh tersebut. 4. Jelaskan tentang golongan kata serta contoh.
Search
Read the Text Version
- 1 - 18
Pages: