Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 81 TB AL TAKWIR BM

81 TB AL TAKWIR BM

Published by cs2.ilq2020, 2022-06-22 05:52:47

Description: 81 TB AL TAKWIR BM

Search

Read the Text Version

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR SURAH 81: AL-TAKWIR ‫سورة التكوير‬ GULUNGAN GAMBARAN KESELURUHAN SURAH Surah al-Takwir adalah antara surah Makiyyah. Ianya merupakan antara surah yang terawal yang diturunkan, iaitu surah yang ketujuh diturunkan. Diriwayatkan ketika ayat ke-28 surah ini diturunkan – berkenaan dengan peranan al-Quran sebagai penunjuk kepada sesiapa yang mahu mencari jalan yang lurus – Abu Jahal memberi respons yang menyindir dengan mengatakan dialah yang akan menentukan jalan manakah yang lurus. Lalu, Allah menurunkan ayat yang terakhir dan membantah apa yang diucapkan olehnya. Maka, surah ini diturunkan untuk ditujukan kepada orang-orang yang menafikan kepastian hari kiamat. “Al-Takwir” bermaksud gulungan. Ianya merujuk kepada peristiwa yang berlaku ketika hari kiamat nanti, iaitu apabila matahari digulung sehingga cahayanya menjadi terlindung dan tidak terlihat lagi, meninggalkan bumi dalam keadaan gelap gelita yang menakutkan. Surah ini mempunyai dua tema: hari akhirat dan kenabian. Dalam enam ayat pertama, peringkat awal hari tersebut telah disebutkan apabila matahari akan hilang cahayanya, bintang-bintang akan berselerak, gunung-gunung akan dicabut dan akan diselerakkan, manusia tidak lagi menghiraukan harta benda yang mereka cintai, haiwan-haiwan liar akan tercengang dan akan dikumpulkan, dan laut akan mendidih. Kemudian dalam tujuh ayat berikutnya, peringkat seterusnya dijelaskan pula, iaitu ruh akan disatukan semula dengan jasad, catatan-catatan amalan akan dibuka, manusia akan dipanggil untuk menjadi saksi atas jenayah mereka sendiri, syurga akan dipamerkan dan ancaman neraka akan diperlihatkan sejelas-jelasnya. Setelah menggambarkan akhirat sebegitu, manusia telah digesa untuk merenung tentang perbuatannya sendiri, dengan mengatakan bahawa setiap orang akan dipaksa untuk membentangkan amalannya sendiri di akhirat kelak. 1

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR Selepas itu, tema kenabian pula dibincangkan. Allah membela reputasi Nabi dengan menegaskan bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang yang tidak waras, ataupun dirasuk jin, atau dibisikikkan kepadanya oleh syaitan, akan tetapi perkataan seorang Rasul yang mulia, yang beriman yang diutuskan oleh Allah. Dengan semua penerangan yang terbukti benar ini, Allah kemudiannya bertanya jalan apakah yang manusia mahu ambil – sama ada jalan kebenaran atau mahu terus kekal dalam kesesatan. Surah al-Takwir berkait dengan dengan Surah al-Infitar dengan memerihalkan tanda-tanda awal Hari Kiamat, bermula dengan matahari menjadi semakin malap dan menjadi semakin rancak dengan pelbagai bencana alam yang berlaku secara serentak dan luar biasa. Ia juga memerihalkan peristiwa manusia akan membentangkan amalan masing-masing. Manakala, surah al-Infitar meneruskan kesinambungan tersebut dengan menjelaskan jenis-jenis amalan yang akan mereka bentangkan. Ia berkait pula dengan Surah ‘Abasa dengan menjernihkan nama al-Quran daripada sebarang tuduhan dan keraguan yang ditimbulkan oleh orang-orang kafir, manakala al-Takwir menjernihkan nama malaikat Jibril dan Rasulullah, yang menjadi penyampai kandungan al-Quran. Juga, al-Takwir mengulas beberapa peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat. 2

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR MINGGU 1 TAFSIR SURAH 1. Matahari Digulung. ‫إِذَا ٱل َّش ْمس ك ِّو َر ْت‬ “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);” Allah memulakan surah ini dengan memberikan beberapa gambaran berkenaan beberapa peristiwa yang akan berlaku ketika Hari Kiamat akan bermula. Dan semua gambaran ini adalah untuk menyampaikan sebuah kenyataan yang akan terzahir di ayat 14. Ini adalah metafora yang memerihalkan cahaya matahari yang akan hilang. “Kuwwirat” bermaksud dilipat. Oleh itu, di sini, cahaya yang memancar daripada matahari dan menerangi seluruh alam telah disamakan dengan serban yang melilit kepala. Sebagaimana kepala sedikit demi sedikit hilang daripada pandangan apabila dibalut serban, sebegitu juga matahari akan menjadi gelap sedikit demi sedikit. 2. Bintang-Bintang Akan Gugur. ‫َو ِإذَا ٱل ُنّجوم ٱن َكدَ َر ْت‬ “Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;” Maksudnya, apabila daya yang mengekalkan bintang-bintang tersebut di orbit dan kedudukan mereka semakin tersasar, maka semua bintang dan planet akan berselerak ke seluruh alam semesta. Perkataan “inkidarat” juga menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja akan bertaburan tetapi juga akan menjadi semakin malap dan malap. 3. Gunung-Ganang Akan Terapung. ‫َوإِذَا ٱ ْل ِج َبال س ّيِ َر ْت‬ “Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);” Dalam erti kata lain, bumi akan kehilangan daya graviti yang menyebabkan gunung-ganang menjadi berat dan teguh tertancap ke dalam bumi. Akan tetapi, apabila tidak ada lagi graviti, gunung-ganang akan tercabut daripada tempat mereka dan akan mula bergerak dan menjadi terapung seperti awan bergerak terapung di langit. 3

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR 4. Harta Tidak Berguna Lagi. ‫َوإِذَا ٱ ْل ِع َشار ع ِِّط َل ْت‬ “Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;” Dan pada hari itu, unta-unta yang bunting akan ditinggalkan seolah-olah tidak berguna lagi (‘uttilat) oleh manusia. Unta yang bunting (‘ishar) adalah simbol kepada kekayaan bagi orang-orang Arab. Sewaktu seekor unta menjadi bunting, mereka akan menjaganya dengan sangat teliti agar tidak dicuri, tidak jatuh sakit dan sebagainya. Akan tetapi, apabila hari kiamat berlaku, semua harta yang sangat berharga bagi seseorang akan ditinggalkan begitu sahaja. 5. Haiwan Hilang Tabiat Semulajadi. ‫َو ِإذَا ٱ ْلوحوش ح ِش َر ْت‬ “Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;” Kemudian, semua haiwan liar akan dikumpulkan. Kalimah “hushirat” bermaksud sesuatu yang dikumpulkan secara paksa. Bermakna, mereka tidak mahu berkumpul, akan tetapi terpaksa berkumpul akibat kedahsyatan hari tersebut. Seekor singa akan tidak lagi hirau dengan buruannya. Dan seekor mangsa tidak lagi risau akan diburu. Kerana kedua-duanya akan sibuk berasa takut kepada sesuatu yang lebih besar daripada itu. Sewaktu itu, semua makhluk akan bertindak luar daripada kebiasaan tabiat semulajadinya. Juga, mereka semua akan dikumpulkan kerana, pada hari itu, tidak akan ada banyak ruang untuk bergerak secara bebas, menyebabkan mereka terpaksa berkongsi ruang yang sempit yang ada. Mengapakah ini terjadi? 6. Air Akan Terbakar Sehingga Kering. ‫َوإِذَا ٱ ْلبِ َحار س ِّج َر ْت‬ “Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;” Ini disebabkan oleh lautan yang berapi menyala-nyala. “Bihar” bukan sahaja merujuk kepada laut, akan tetapi laut yang sangat besar sehinggakan tidak ada lagi perbezaan antara laut Atlantik dan Pasifik dan sebagainya. Semuanya telah bercampur menjadi satu laut yang besar. Dan laut yang besar ini, ketikamana sebelumnya menjadi alat untuk memadam api, sebaliknya pada tersebut air inilah yang akan menjadi sumbu yang menyalakan api tersebut. Tambahan lagi, api tersebut akan menjadi sangat besar, tinggi dan panas sehingga mencecah ke langit. 4

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR 7. Ruh Akan Bersatu Semula Dengan Jasad. ‫َو ِإذَا ٱل ُنّفوس ز ِّو َج ْت‬ “Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;” Lagi, semua orang yang mati akan dibangkitkan semula. Ruh mereka akan dimasukkan semula ke dalam jasad mereka. Orang-orang soleh akan dipasangkan dengan yang soleh. Dan orang-orang yang jahat akan dipasangkan dengan esame mereka. Serta, para mangsa akan dikumpulkan. Dan para pesalah juga akan dikumpulkan bersekali. 8. Mangsa Kezaliman Dibela. ‫َوإِذَا ٱ ْل َم ْوءۥدَة سئِ َل ْت‬ “Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya,” Antara mereka yang dibangkitkan tersebut, ada yang pernah menjadi mangsa kepada kekejaman manusia. Dan antara yang pernah menjadi mangsa tersebut adalah anak-anak perempuan yang ditanam hidup-hidup sejurus sahaja selepas mereka dilahirkan. Mereka ini akan ditanya oleh Allah, sebagai tujuan untuk membela nasib mereka yang teraniaya ketika di dunia, yang mana mereka ketika itu berada dalam keadaan yang lemah dan tidak mampu membela diri. Contohnya, ketika seorang bayi perempuan ditanam hidup-hidup, mereka tidak berdaya menyelamatkan diri sendiri. Justeru, pada Hari Kebangkitan nanti, Allah-lah yang akan membela nasib mereka. Juga, ia sebagai tanda kemurkaan Allah yang sangat dahsyat sehinggakan Allah enggan untuk bercakap dengan para pesalah ini secara langsung. Ayat ini merujuk kepada amalan yang sering dilakukan oleh para Arab jahiliyyah yang menanam anak-anak etika mereka dilahirkan. Ketika seorang perempuan hendak melahirkan anak, mereka akan siap menggali sebuah lubang dalam tanah. Jika yang lahir tersebut adalah seorang perempuan, maka dia akan dicampakkan dan dikambus di dalam lubang tersebut. Maka, ayat ini berperanan sebagai celaan terhadap amalan tersebut. 5

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR 9. Mangsa Yang Tidak Berdosa. ‫بِأَ ِّى ذَ ۢن ۢب ق ِت َل ْت‬ “Dengan dosa apakah ia dibunuh?” Apakah yang akan ditanyakan oleh Allah? Ianya berkenaan peristiwa penindasan yang berlaku ke atas mereka. Apakah sebabnya yang melayakkan mereka menerima nasib yang sedemikian buruk? Apakah dosa mereka, misalnya, dilahirkan sebagai seorang perempuan? Mengapakah mereka itu dianggap lebih hina dan memalangkan berbanding lelaki? Semua ini adalah soalan yang tiada jawapan. Ini kerana mereka tidak sedikit pun bersalah. Lalu, apakah tujuan Allah bertanyakan soalan ini? Ianya tidak lain tidak bukan kerana hendak mengisyaratkan kepada para pesalah, bahawa kesalahan yang mereka buat tersebut tidak ada langsung sebab yang boleh membela mereka. Kalimah “dhanbin” merujuk kepada apa sahaja jenis kesalahan – baik yang sekecil-kecilnya mahupun yang sebesar-besarnya. Justeru, ia memaksudkan bayi-bayi kecil tersebut tidak langsung berdosa walaupun dengan dosa kecil. 10. Catatan Amalan Sebagai Bukti. ‫َو ِإذَا ٱل ُّصحف ن ِش َر ْت‬ “Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;” Bukan sahaja pengakuan mangsa dan anggota badan si pesalah sendiri yang akan mengaku tentang dosa yang telah mereka lakukan, akan tetapi setiap buku amalan juga akan dibentangkan, menguatkan lagi pembuktian bahawa mereka memang benar-benar telah melakukan dosa tersebut. Maka, si mangsa akan mendapat pembelaan yang menyeluruh. Tidak sedikit pun keadilan yang berhak baginya akan ditahan. Dan si pesalah tidak akan boleh lari daripada tanggungjawabnya. 6

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR AKTIVITI 1: BINTANG-BINTANG YANG BERKERLIPAN (ayat 2) Pengenalan: Aktiviti surah ini dimulai dengan salah satu gambaran tentang peristiwa-peristiwa ngeri dan dahsyat yang akan berlaku sebelum kebangkitan semula pada hari kiamat. Set Induksi: Dalam ayat 2, Allah memerihalkan bintang-bintang yang ada di angkasa lepas suatu hari nanti akan gugur ke Bumi. Mari kita lakukan sebuah aktiviti untuk melihat bagaimana proses pembakaran tersebut berlaku. Dan bagaimana kehidupan sebiji bintang berakhir. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Membuat aktviti dengan jayanya seperti proses pembakaran gas-gas pada bintang. 2. Mengetahui gambaran kiamat yang akan berlaku sebelum kebangkitan semula. - Matahari digulung - Bintang-bintang berjatuhan - gunung-ganang dihancurkan - lautan dipanaskan Bahan-Bahan: -baking soda -cuka buatan -serbuk glitter -acuan kuih berbentuk bintang -picagari -dulang membakar kuih (https://fun-a-day.com/fun-science-experiment-with-fizzy-stars/) Arahan: 1. Letakkan acuan berbentuk bintang di atas dulang membakar kuih. 2. Letakkan serbuk baking soda ke dalam acuan tersebut sehingga penuh. 3. Kemudian, hiaskan acuan tersebut menggunakan serbuk glitter. 4. Akhir sekali, titiskan cuka ke dalam acuan serbuk baking soda tersebut menggunakan picagari. 5. Perhatikan apa yang terjadi. Pengajaran: - Tahukah anda? Bintang diperbuat daripada gas-gas yang terbakar selama berjuta-juta tahun. Api yang terhasil daripada proses tersebut menjadi cahaya yang kita lihat dari Bumi. - Dan suatu hari nanti, pembakaran tersebut akan terhenti dan bintang-bintang akan meletup dan tidak lagi bercahaya. Penilaian Pembelajaran: 1. Bintang diperbuat daripada apa? 2. Berapakah jumlah bintang yang berada di langit? 3. Bilakah proses pembakaran bintang akan berhenti? 4. Selepas mempelajari banyak scenario hari kiamat, adakah anda berasa gerun? 7

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR AKTIVITI 2: MANUSIA DIKUMPULKAN MENGIKUT KATEGORI (ayat 7) Pengenalan: Aktiviti berikut ini pula menggambarkan salah satu peristiwa-peristiwa ngeri dan dahsyat yang akan berlaku selepas kebangkitan semula pada hari kiamat. Set Induksi: Dalam ayat 7, Allah memerihalkan roh-roh akan dipertemukan dengan jasadnya dan dikumpulkan mengikut amalan masing-masing. Mari kita lakukan aktiviti yang menggambarkan situasi ini. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Membuat aktiviti dengan jayanya iaitu dapat mengumpulkan kesemua item mengikut kategorinya. 2. Mengetahui gambaran kiamat yang akan berlaku selepas kebangkitan semula. - Roh-roh dipertemukan dengan jasadnya - catatan-catatan amal manusia dibuka - Neraka jahim dinyalakan - Syurga didekatkan Bahan-Bahan: - Perkakas dapur: sudu, garfu, mangkuk, pinggan, cawan - Alatan tulis: pensel, pen, pembaris, pemadam, buku - Pakaian: baju, seluar, tudung, kain, jubah Arahan: 1. Mari kita jalankan suatu permainan. 2. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan 3. Kumpulan A (perkakas dapur), kumpulan B (alatan tulis) dan seterusnya. 4. Item-item yang disediakan hendaklah diselerakkan atau disembunyikan 5. Pelajar hendaklah mencari item mengikut kategori dan kumpulkan 6. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan kesemua item bagi kategori mereka dalam tempoh masa tertentu adalah pemenang. Pengajaran: - Sewaktu di padang mahsyar kelak, roh-roh akan dipertemukan dengan jasadnya - Kemudian mereka dipertemukan pula yang sejenis dalam kelompoknya sendiri. - Walaupun mereka berbeza dari segi rupa, umur, bangsa namun persamaan bagi mereka adalah amalan mereka - Roh orang beriman bersama golongan yang beriman, roh orang tidak beriman Bersama golongan yang tidak beriman. Penilaian Pembelajaran: - Apakah yang berlaku selepas tiupan sangkakala kedua? - Bagaimanakah manusia itu dikumpulkan? - Berikan gambaran-gambaran kiamat yang akan berlaku selepas kebangkitan semula 8

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR MINGGU 2 TAFSIR SURAH 11. Langit Akan Dikupas. ‫َوإِذَا ٱل َّس َمآء ك ِش َط ْت‬ “Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;” “Kushitat” membawa erti dikupas, sepertimana kulit haiwan dikupas daripada daging haiwan tersebut. Apabila kulit ditanggalkan daripada daging, apa yang akan terjadi adalah darah akan terkeluar, menjadikan daging yang pada awalnya sedikit putih bertukar menjadi merah pekat. Keadaan yang sama juga akan terjadi kepada langit. Apa yang ada di langit adalah cerminan kepada apa yang ada di bumi. Langit berwarna biru kerana pantulan cahaya biru yang datang dari laut. Maka, kebiruan langit akan direntap dan yang akan terlihat adalah warna merah yang sangat pekat. Tetapi merah pekat tersebut bukanlah disebabkan oleh darah, akan tetapi api yang sangat marak dan tinggi sehingga mencecah ke langit. 12. Api Neraka Akan Dikuatkan Apinya. ‫َو ِإذَا ٱ ْل َج ِحيم س ّعِ َر ْت‬ “Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;” Berserta dengan keadaan alam dunia yang semakin teruk dan kehancuran yang semakin berleluasa, syurga dan neraka pun akan dipersiapkan, menanti kehadiran penghuni masing-masing. Maka, neraka yang telah menyala apinya selama berjuta-juta tahun akan dimarakkan lagi sehingga semua azab yang terdapat di dalamnya akan jelas kelihatan, menghantui mereka yang sedia maklum akan kualiti amalannya yang buruk. 13. Syurga Akan Diperlihatkan. ‫َوإِذَا ٱ ْل َج ّنَة أ ْز ِل َف ْت‬ “Dan apabila Syurga didekatkan;” Selain itu, syurga pula akan dizahirkan kepada semua orang. Yang soleh akan langsung maklum dengan pengakhirannya yang baik, manakala yang jahat akan langsung merasa rugi. Kerana mereka telah menyibukkan diri mereka dengan ni’mat dunia, sehingga mengkaburkan mata mereka daripada ni’mat yang sebenar-benarnya berbaloi. 9

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR 14. Manusia Hadir Dengan Amalannya. ‫َع ِل َم ْت َن ْف ٌۭس َّمآ أَ ْح َض َر ْت‬ “(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.” Iaitu, apabila segala yang tersembunyi daripada pandangan kini kelihatan, pada masa itu, Kerajaan Allah akan terzahir secara penuh di hadapan umat manusia, tanpa apa-apa hijab, dan apabila di Padang Mahsyar, apabila penghakiman kes-kes akan berjalan, api Neraka juga akan marak, dan Syurga juga dengan semua kandungannya akan dapat dilihat oleh semua orang, ketika itu, semua orang akan tahu bagaimanakah pengakhiran nasibnya. Ketika itu, mereka semua akan membentangkan amalan yang telah mereka kerjakan di dunia. Kalimah “ahdharat” membawa maksud pembentangan yang terpaksa mereka lakukan. Sungguhpun mereka akan merasa keberatan untuk membentangkan amalan mereka, mereka tidak akan menjumpai cara apa pun untuk mengelak daripada menzahirkan amalan mereka itu. Orang-orang jahat akan langsung tahu apa kesalahan dan di mana mereka akan dilemparkan, dan orang-orang yang bertaqwa juga akan tahu daripada kedahsyatan apakah yang akan mereka diselamatkan dan enga napa yang akan mereka diganjarkan. 15. Bintang-Bintang Yang Ada Dan Menghilang. ‫َفََلٓ أ ْق ِسم بِٱ ْلخنَّ ِس‬ “Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;” Seterusnya, selepas memerihalkan kedahsyatan yang akan mengiringi Hari Kiamat dan Hari kebangkitan, orang-orang kafir masih juga berdegil tidak mahu mengiyakan kebenaran dan kepastian hari tersebut. Justeru, mereka mendakwa bahawa Rasulullah adalah seorang yang dipengaruhi, dirasuki dan dibisikkan kepadanya oleh syaitan akan perihal hal-hal ghaib. Dan bahawa semua yang disampaikan oleh baginda hanyalah sekadar omong kosong. Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa perkara tahyul sedemikian boleh dibuat-buat oleh mereka juga. Oleh itu, menurut mereka, tidak ada apa yang istimewa pada Nabi berbanding diri mereka, kerana mereka juga mampu menghubungi syaitan dan jin untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkara-perkara ghaib. Dalam erti kata lain, mereka mempersoalkan ketelusan Nabi dan sumber wahyu. 10

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR Lalu, Allah hendak membangkang dan menafikan dakwaan mereka dengan mengangkat sumpah atas sumber maklumat mereka sendiri. Jika mereka mengatakan maklumat ghaib boleh diperolehi dengan membaca bintang, maka Allah bersumpah atas bintang-bintang tersebut, yang berada bawah takluk kuasaNya. “Fa la uqsimu” adalah sejenis sumpah yang diangkat untuk menafikan sesuatu dakwaan yang dibawa oleh pihak musuh. Maka, Allah bersumpah atas bintang-bintang untuk menafikan dakwaan orang-orang kafir berkenaan bintang-bintang tersebut. Iaitulah, bintang-bintang yang kerlipannya terkadang terang dan terkadang malap. 16. Yang Menghilang Dengan Tiba-Tiba. ‫ٱ ْل َج َوا ِر ٱ ْلكنَّ ِس‬ “Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;” “Al-Jawar” merujuk kepada tahi bintang. Orang kafir menyangka bahawa tahi bintang adalah salah satu sumber maklumat ghaib yang terpercaya, yang daripadanya syaitan dan jin mengambil maklumat. Akan tetapi, padahal tahi bintang itu merupakan anak panah para malaikat yang dilontarkan kepada syaitan-syaitan yang cuba mencuri rahsia Allah. Manakala, “al-Kunnas” pula merujuk kepada kelakuan bintang-bintang yang terkadang zahir dan terkadang tersorok seperti binatang buruan yang lincah bersembunyi di sebalik semak. Justeru, ia menandakan kekuasaan Allah untuk mengawal penglihatan manusia terhadap bintang. Bermakna, bukanlah syaitan yang memiliki rahsia bintang-bintang tersebut, akan tetapi Allah. 17. Malam Yang Kabur. ‫َوٱلَّ ْي ِل ِإذَا َع ْسعَ َس‬ “Dan malam, apabila ia hampir habis,” “As’as” mempunyai dua maksud yang berlawanan, iaitu: hampir bermula dan hampir habis. Kedua- dua ini merujuk kepada peristiwa permulaan malam dan penghujungnya. Ketika malam baru sahaja bermula, bintang-bintang masih belum kelihatan di langit. Sebegitu juga ketika ia hampir tamat. Maka, sekali lagi, kenyataan yang ingin disampaikan oleh Allah adalah kehadiran dan kehilangan bintang-bintang daripada pandangan manusia bukanlah sesuatu yang penuh misteri, akan tetapi pameran kepada kuasa Allah. Justeru, perasaan kagum terhadap kejadian tersebut tidak sepatutnya dinisbahkan kepada syaitan, akan tetapi kepada Allah. 11

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR 18. Bintang Hilang Pada Waktu Siang. ‫َوٱل ُّص ْبحِ إِذَا تَنَ ّفَ َس‬ “Dan siang, apabila ia mulai terang;” Kemudian, waktu sianglah yang mengiringi penghujung waktu malam. “Tanaffas” bermaksud menghela dan menghembus nafas, sebagai perlambangan kepada waktu siang yang hidup kembali setelah bangun daripada tidur, ditutupi malam. Sekali lagi, waktu sianglah yang menjadi penjelasan kepada bintang-bintang daripada penglihatan manusia. Dan, sekali lagi juga, ia menjadi bukti kepada kekuasaan Allah dan juga kepada pendustaan orang-orang kafir dan konconya, iaitu syaitan. 12

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR AKTIVITI 3: DOSA YANG DISEMBUNYIKAN (ayat 9) Pengenalan: Kehidupan manusia tidak dapat dilepaskan dari perbuatan dosa dan kesalahan, sama ada dosa yang tidak disengaja bahkan ada yang melakukannya dengan sengaja. Set Induksi: Dalam ayat 9, Allah memaklumkan bahawa pada Hari Akhirat nanti, setiap manusia akan ditanya tentang dosanya, termasuklah anak kecil yang dibunuh tanpa sebab. Akan tetapi, anak kecil tersebut tidak berdosa. Sebaliknya, ibu bapanya lah yang berdosa kerana telah membunuhnya. Mari kita lakukan sebuah aktiviti untuk memahami apa itu dosa (zanbun) dan apakah yang sepatutnya kita lakukan untuk memperbetulkannya. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Membuat aktiviti dengan betul mengikut arahan yang diberikan dan mengenalpasti perkataam yang dieja dengan salah di papan hitam. 2. Memahami bahawa seorang yang membiasakan dirinya dengan dosa akan menyebabkan dirinya melakukan dosa tersebut secara berterusan, tetapi cuba untuk menyembunyikannya. 3. Menyedari segala dosa yang kita lakukan akan ditanya pada Hari Akhirat nanti, tiada yang tersembunyi. Bahan-Bahan: -sebatang pen marker/kapur tulis -papan putih/hitam Arahan: 1. Tuliskan sebuah perkataan yang dieja dengan salah di papan hitam. (Nota: Anda mungkin mahu menulis ayat yang lengkap untuk menyembunyikan perkataan yang salah tersebut). 2. Mulailah bercakap tentang topik tersebut dan berikan sedikit masa untuk pelajar-pelajar mengenalpasti perkataan yang salah. 3. Apabila ada yang berjaya mengenalpasti perkataan tersebut, mula-mula berlakon seakan-akan anda tidak tahu apa yang sedang mereka perkatakan. 4. Kemudian, hujahkan bahawa perkatan tersebut sebenarnya telah dieja dengan betul. Arahkan mereka untuk membuka kamus untuk semakan. 5. Seterusnya, katakan kepada mereka, anda memang mahu mengeja perkataan tersebut sebegitu. Biarkan mereka mengeluarkan hujah masing-masing. 6. Selepas itu, anda bersetuju dengan mereka bahawa perkataan tersebut tersalah eja. Tetapi, anda tetap tidak mahu memperbetulkannya. Sebaliknya, anda menutupinya dengan tangan anda. 13

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR 7. Akhirnya, buka ruang kepada mereka untuk mengajukan penyelesaian kepada kesalahan tersebut. Harap-harapnya mereka akan menyuruh anda untuk memadam perkataan salah tersebut dan mengejanya semula dengan betul. Pengajaran: - Manusia seringkali melalui peringkat-peringkat yang berikut apabila melakukan dosa. - Pertama, mereka akan berlagak seolah-olah perkara tersebut bukanlah sebuah dosa. - Seterusnya, mereka akan mencari hujah untuk membenarkan dosa mereka. - Kemudian, mereka akan berkeputusan untuk tidak mengendahkan suruhan dan larangan Allah, dan mereka bertegas hendak melakukannya mengikut kehendak mereka. - Dan akhir sekali, mereka akan melakukan dosa tersebut secara berterusan, tetapi cuba untuk menyembunyikannya. - Oleh itu, kita janganlah menjadi seorang yang membiasakan dirinya dengan dosa. Jika tidak, syaitan dan nafsu akan memandu kita untuk mendatangkan pelbagai hujah untuk membenarkan kesalahan kita. - Kerana di akhirat nanti, tidak akan ada seorang pun yang akan dibiarkan tanpa semua amalannya terlebih dahulu dihitung. Penilaian Pembelajaran: 1. Apakah hukum melakukan dosa besar? 2. Apakah hukum melakukan dosa kecil? 3. Bagaimanakah caranya untuk kita tidak mengulangi dosa yang kita lakukan? 14

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR AKTIVITI 4: OBJEK ANGKASA BERULANG-ALIK (ayat 15 & 16) Pengenalan: Bintang-bintang dan planet-planet di seluruh angkasa di bawah kekuasaan Allah swt dan ia beredar di atas paksinya. Set Induksi: Dalam ayat 15 & 16, Allah mengangkat sumpah atas bintang-bintang dan planet-planet yang cerah dan gelap, dan yang bergerak atas orbit masing-masing. Apakah kepentingannya Allah mengangkat sumpah atas objek dan kejadian tersebut? Mari kita jalankan sebuah eksperimen untuk memahami sifat dan kepentingan planet tersebut. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Membuat aktiviti dengan jayanya iaitu dapat mengawal bola kecil mengorbit plasticine tanpa melanggarnya. 2. Mengetahui bahawa Allah swt yang berkuasa bagi seluruh alam semesta seperti mengawal pergerakan bintang-bintang dan tiadalah kuasa bagi bintang mahupun planet itu memberikan sumber ilmu tentang alam ghaib. Bahan-Bahan: - -plasticine oren (mewakili matahari) -bola kecil berwarna biru (mewakili bumi) -dulang yang besar Arahan: 1. Gumpalkan plasticine oren menjadi seketul bebola yang besar. Ini mewakili matahari. Dan letakkan matahari tersebut di tengah-tengah dulang. 2. Kemudian letakkan bola biru dan sengetkan dulang tersebut untuk menggerakkan bola tersebut. 3. Kendalikan bola tersebut dalam keadaan mengelilingi matahari, tapi tanpa melanggarnya. Pengajaran: - Orang-orang kafir mendakwa bahawa planet-planet ini menjadi sumber ilmu mereka tentang alam ghaib. - Lalu, Allah swt menafikan bahawa planet-planet tersebut mampu memberikan mereka sebarang ilmu yang sahih berkenaan alam ghaib. - Bahkan, Allah membuktikan bahawa objek-objek tersebut adalah bukti kepada kekuasaanNya. Dialah yang mengawal pergerakan objek-objek tersebut menurut sebuah kitaran yang tertentu. Penilaian Pembelajaran: - berapakah planet yang terdapat di galaksi bima sakti? Berikan namanya. - benarkah planet dan bintang merupakan sumber ilmu ghaib seperti yang didakwa oleh orang kafir? 15

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR MINGGU 3 TAFSIR SURAH 19. Al-Quran Ialah Kalam Allah. ‫إِنَّهۥ لَ َق ْول َرسو ۢل َك ِري ۢم‬ “Sebenarnya Al-Quran itu, sesungguhnya adalah qawl oleh seorang utusan yang mulia,” Maka, selepas membuktikan bahawa kejadian terang dan malapnya bintang-bintang adalah disebabkan oleh kuasa Allah, ianya sudah terbukti bahawa tidak mungkin al-Quran itu datangnya daripada sumber yang kabur sedemikian. Melainkan, ianya tidak lain tidak bukan adalah kalam Allah, yang disampaikan hanya oleh utusanNya yang mulia, iaitu Jibril. Yang menyampaikannya bukanlah terdiri daripada kalangan syaitan yang penipu dan memutar-belitkan cerita, akan tetapi merupakan ketua kepada segala malaikat, yang paling taat kepada Allah. Kalimah “qawl” membawa maksud kata-kata yang disampaikan oleh seseorang, akan tetapi ungkapan tersebut bukanlah berasal daripada penyampainya. Bermakna, sungguhpun ungkapan tersebut disampaikan oleh Jibril, akan tetapi bukanlah dia yang menuturkannya. Dia hanyalah seorang utusan yang menyampaikan. 20. Jibril Yang Kuat. ‫ِذى ق َّوة ِعندَ ِذى ٱ ْل َع ْر ِش َم ِكي ۢن‬ “Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,” Dan utusan ini merupakan seorang yang gagah, tidak mungkin akan ditundukkan oleh sebarang kuasa pun melainkan Allah. Berbanding para syaitan yang terpaksa lari lintang-pukang apabila dipanah dengan bintang-bintang. Bermakna, malaikat Jibril ini tidak mungkin akan terdedah kepada sebarang bentuk pengaruh yang memungkinkan risalah yang disampaikannya itu akan terpesong dan menyeleweng daripada kandungan yang sebenarnya. Dan kekuatannya itu diperolehi daripada Tuan kepada ‘Arash yang mulia. 21. Malaikat Yang Amanah. ‫ُّم َطا ۢع ثَ َّم أَ ِمي ۢن‬ “Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.” Dan malaikat Jibril ini adalah seorang malaikat yang disegani antara semua malaikat, yang ditaati setiap perintahnya dengan ketaatan yang tidak berbelah-bahagi. Maka, ketikamana malaikat Jibril sedang membawa risalah yang ingin disampaikan kepada Rasulullah, dia diiringi oleh jutaan malaikat yang berperanan seakan-akan sebagai pengawal. Mereka inilah yang akan memanah para syaitan yang cuba untuk mencuri maklumat Ilahi. Selain itu, di atas semuanya sekali, Jibril adalah seorang utusan yang terpercaya, yang beramanah. Sungguhpun jika sebuah risalah itu diiringi oleh sebuah rombongan keselamatan yang begitu hebat, ianya masih boleh terededah kepada kebejatan pembawa itu sendiri. Bermakna, penyampai risalah 16

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR juga mestilah seorang yang tidak boleh dirasuah, yang kebal dan menjangkaui semua kekurangan moral yang ada. 22. Nabi Bukan Seorang Yang Tidak Waras. ‫َو َما َصا ِحبكم ِب َم ْجنو ۢن‬ “Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);” Selepas sahaja Allah membela Jibril daripada sebarang tohmahan dan penghinaan orang-orang kafir, Allah membela pula nama baik penyampai dalam kalangan manusia untuk risalah tersebut, iaitulah Nabi Muhammad saw. Tidak mungkin seorang manusia yang hidup bersama mereka sedari kecil sehingga beberapa dekad, yang mereka bersua muka setiap hari, yang menjadi jiran mereka dan mengikut serta aktiviti mereka, dan yang mereka sendiri sudah sangat kenal keperibadiannya yang tinggi dan terpercaya serta tidak melibatkan diri dengan jenayah masyarakat setempat ini merupakan seorang yang tidak waras. “Sahibukum” bermaksud seseorang yang sudah ersama mereka sekian lama, berada di dalam kejiranan tersebut sepanjang hidupnya. Tidak mungkin seorang lelaki yang dikenali ramai dengan peribadi yang baik ini merupakan seorang yang gila. Rasulullah Melihat Jibril. ‫َولَ َقدْ َر َءاه ِبٱ ْْلف ِق ٱ ْلمبِي ِن‬ “Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.” Dan tidak mungkin pula baginda mendapatkan maklumat dan perkhabaran sebegini melalui syaitan dan amalan nujum. Ini kerana amalan nujum hanya boleh diamalkan pada waktu malam, ketika bintang kelihatan jelas di langit. Akan tetapi, pengalaman baginda melihat Jibril bukanlah pada waktu malam, dan baginda melihatnya bukan di bumbung langit, bahkan di kaki langit. Maka, pengalaman baginda tidak sama sekali serupa dengan pengalaman para ahli nujum yang sesat. 23. Rasulullah Bukan Seorang Ahli Nujum. ‫َو َما ه َو َع َلى ٱ ْلغَ ْي ِب بِ َض ِني ۢن‬ “Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.” Selain itu, Rasulullah juga berbeza dengan ahli nujum kerana Rasulullah tidak pernah lokek dan kedekut dalam menyampaikan perkhabaran ghaib ini dan tidak pernah penat mengulanginya berkali-kali. Berbeza dengan para ahli nujum yang seringkali menyembunyikan pengetahuan mereka dan menuntut agar dibayar terlebih dahulu sebelum mengkongsikan pengetahuan tersebut, yang mana sebenarnya pengetahuan tersebut tidak langsung mempunyai sebarang kebenaran. 17

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR Rasulullah bukanlah seorang lelaki yang mempunyai sebarang agenda yang menyembunyikan maklumat dan menuntut bayaran yang akan menguntungkan dirinya. Semua berita yang disampaikan oleh baginda datangnya daripada keprihatinan yang mendalam terhadap nasib akhirat umatnya. 18

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR AKTIVITI 5: PUZZLE DOA-DOA MALAM (ayat 17) Pengenalan: Dalam ayat ke 17 ini Allah bersumpah dengan keadaan malam yang hampir habis. ‘As’asa juga digunakan utk menggambarkan sesuatu yang menjadi tidak jelas. Set Induksi: Malam yang di mana banyak benda-benda kita selalu mahu mohon perlindungan kepada Allah darinya. Malam yang sinonim dengan perasaan-perasaan takut dan gangguan, bahaya dan ancaman. Jom kita main satu aktiviti untuk mengenalpasti apakah doa-doa yang telah diamalkan oleh Rasulullah saw. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Mengamalkan doa-doa dan wirid yang sunnah untuk dibaca pada waktu malam atau sebelum tidur. 2. Mengenalpasti perasaan-perasaan yang berkait (associated) dengan waktu malam 3. Memahami kenapa Allah bersumpah dengan malam yang ‘as’asa - iaitu yang menjadi tidak jelas. Bahan-Bahan: - Keratan doa-doa yang ma’thur yang berkaitan dengan malam - Kertas kosong - Gam dan gunting Arahan: 1. Berikut beberapa himpunan doa-doa atau wirid yang diajarkan baginda Rasulullah saw. 2. Guru Potong ikut baris dan campurkan. 3. Pelajar cari doa, susun kemudian cantumkan dan tampal di atas kertas. 4. Hiaskan kertas tu seperti frame gambar. Pengajaran: - Allah bersumpah dengan malam apabila ia hampir habis atau ‘as’asa ini untuk memberi kita pedoman iaitu malam yang apabila ia hampir habis atau ‘as’asa yag menjadi makan tidak jelas itu mengundang pelbagai perasaan atau bahaya. - Namun semua yang datang atau diundang malam itu menjadikan kita mengenali Allah iaitu yang menguasai malam dan yang meciptakan kejadian malam. - Secara umumnya, setiap perkara yang Allah gunakan sebagai sumpah/Allah bersumpah dengannya, sebenarnya ada hikmah dan pedoman yang boleh kita ambil manfaat/pengajaran. Penilaian Pembelajaran: 1. Apakah amalan-amalan seperti doa yang anda lakukan sebelum tidur? 2. Adakah amalan yang anda lakukan membantu anda untuk tidur dengan lebih tenang dan tidak mengalami mimpi yang buruk? 19

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR AKTIVITI 2: ‘MORNING PLANNER’ (ayat 18) Pengenalan: Dalam ayat 18 Allah swt bersumpah pula dengan keadaan subuh atau siang apabila ia bernafas. Set Induksi: Perkataan ‫ تَ َن َفّ ََس‬ini digunakan untuk menggambarkan kehidupan dan keaktifan waktu siang. Kata perbuatan ‘tanaffasa’ itu menunjukkan kehidupan dan aktiviti. Mari kita rancang apakah kegiatan pagi atau aktiviti di awal hari yang wajar kita amalkan untuk memperopleh barakah awal pagi tersebut. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Merancang aktiviti mereka di awal hari 2. Merencana kegiatan yang berfaedah dan membawa kebaikan harian Bahan-Bahan: - Morning planner Arahan: - Sila isi ruang yang kosong di dalam rencana harian waktu pagi yang telah disediakan di lembaran kerja al takwir Pengajaran: -Subuh adalah waktu terawal bagi permulaan sesuatu hari. - Setelah Allah jadikan malam sebagai selimut; ‫ َو َج َع ْل َنا ٱلَّ ْي َل ِل َبا ًسا‬, “dan Kami telah menjadikan malam sebagai pakaian”, (An Naba: 10) Lalu siang dijadikan sebagai waktu untuk kehidupan, bekerja, beraktiviti. - Rasulullah saw pernah menyebut bahawa, «‫ »اللهمَباركَلأمتيَفيَبُ ُكورهَا‬yang bermaksud: “Ya Allah, berilah berkah untuk umatku di pagi harinya.” (HR Abu Daud dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhuma). - sebagai panduan kepada kita tentang kebaikan dan manfaat memulakan hari atau kegiatan di awal hari. Penilaian Pembelajaran: - Perlukah kita merancang aktiviti harian kita? - berikan contoh amalan dan juga aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu pagi? 20

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR MINGGU 4 TAFSIR SURAH 24. Al-Quran Bukan Daripada Syaitan. ‫َو َما ُه َو ِب َق ْو ِل َش ْي َط ٰـ ٍۢن َّر ِجي ٍۢم‬ “Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.” Semua ini – ketulusan Jibril dan keperibadian Rasulullah yang mulia – menjadi bukti kepada satu hakikat, iaitu al-Quran bukanlah himpunan hikayat yang diputarbelitkan oleh syaitan. Sekali lagi, kalimah “qawl” digunakan untuk menunjukkan bahawa jika suatu perkhabaran datang daripada syaitan, maka ianya bukanlah kata-kata azalinya, akan tetapi sesuatu yang telah disampaikan daripada sumber yang lain, yang telah diputarbelitkan. Maka, al-Quran adalah jauh sama sekali daripada menjadi sekufu dengan fitnah yang mereka ungkapkan ini. Dan pesanan yang dibawakan dalam kandungannya bukanlah suatu risalah yang tidak bertujuan dan sia-sia, sebaliknya ia menuntut sebuah tindakbalas daripada manusia, agar mengubah dirinya ke arah lebih baik. 25. Jalan Apa Yang Manusia Pilih. ‫َف َأ ْي َن َت ْذ َه ُبو َن‬ “(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?” Dengan semua penerangan yang telah dijelaskan dengan panjang lebar di atas, Allah pun menggesa agar manusia mengambil pendirian berkenaan perkara tersebut. Adakah manusia akan menuruti jalan yang telah dibentangkan oleh al-Quran? Atau dia akan tidak mengendahkannya dan berpaling daripadanya? Soalan ini diberikan kepada manusia untuk mereka tanyakan kepada diri sendiri. 21

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR 26. Al-Quran Adalah Peringatan. ‫ِإ ْن ُه َو ِإ َّّل ِذ ْك ٌۭر ِّل ْل َع ٰـ َل ِم َي‬ “Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:” Dan barangsiapa yang ingin memilih jalan yang benar, maka al-Quran-lah yang menjadi pendampingnya.Teguh Atas Jalan Islam. َ ‫أن‬ ‫َي ْس َت ِقي َم‬ ‫ِمن ُك ْم‬ ‫َش ٓا َء‬ ‫ِل َمن‬ “Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.” Dan jalan yang benar tersebut ialah jalan Islam. 27. Allah Pengatur Segalanya. َ ‫أن‬ ‫ٱ ْل َع ٰـ َل ِم َي‬ ‫َر ُّب‬ ‫ٱَّل ُل‬ ‫َي َش ٓا َء‬ ‫ِإ ََّّ ٓل‬ ‫َت َش ٓا ُءو َن‬ ‫َو َما‬ “Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.” Akan tetapi, ada dalam kalangan manusia yang masih lagi terlalu angkuh untuk menjadi patuh kepada ajaran Islam, iaitulah Abu Jahal, yang mendakwa dengan keras kepala bahawa dialah yang akan menentukan jalan mana yang benar. Maka, Allah menjawab bahawa tidak ada seorang pun yang kehendaknya melampaui kehendak Allah. Kerana Dia seorang sahaja yang menjadi Pemilik dan Raja kepada semua alam yang ada. Justeru, siapakah Abu Jahal yang mahu membandingkan dirinya dengan Allah? 22

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR AKTIVITI 7: KATA KUNCI AL TAKWIR Pengenalan: Pembelajaran ini fokus kepada tema keseluruhan dan pengajaran surah. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini, pelajar dapat membiasakan dan mengingat kata kunci baru beserta maksud yang terdapat di dalam surah al takwir. Kata kunci baru: Terma Bahasa Terjemahan Bahasa Melayu Terjemahan Bahasa Arab Inggeris kuwwirat digulung enfolded al-nujum ‫ُك ِّوَر ْت‬ bintang-bintang stars inkadarat suyyirat ‫ٱل ُّن ُجو ُم‬ berjatuhan fade away `ishar ‫ٱن َك َد َر ْت‬ dihancurkan destroyed `uttilat unta-unta yang bunting pregnant camels al-wuhush ‫ُس َِّّي ْت‬ ditinggalkan abandoned hushirat binatang-binatang liar wild beasts al-bihar ‫ِع َشا ُر‬ dikumpulkan gathered sujjirat ‫ُع ِّط َل ْت‬ al-nufus ‫ٱ ْل ُو ُحو ُش‬ lautan seas zuwwijat dipanaskan heated ‫ُح ِِ َش ْت‬ souls ‫ٱ ْل ِب َحا ُر‬ roh-roh coupled ‫ُس ِّج َر ْت‬ dipertemukan ‫ٱل ُّن ُفو ُس‬ ‫ُز ِّو َج ْت‬ al-maw`udat ‫ٱ ْل َم ْو ُءۥ َد ُة‬ Bayi-bayi perempuan yang Female infant buried su’ilat ‫ُس ِئ َل ْت‬ ditanam hidup-hidup alive ditanya asked 23

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR qutilat ‫ُق ِت َل ْت‬ dia dibunuh she was slain al-suhuf the pages of book ‫ٱل ُّص ُح ُف‬ Catatan-catatan (amal nushirat perbuatan manusia) are open kushitat ‫ُن ِِ َش ْت‬ Su`irat ‫ُك ِش َط ْت‬ dibuka uzlifat ‫ُس ِّع َر ْت‬ ahdarat ‫ُأ ْ ِزل َف ْت‬ dilenyapkan laid bare ‫َأ ْح َ َض ْت‬ la uqsimu dinyalakan kindled al-khunnas ‫ََّٓل ُأ ْق ِس ُم‬ al-jawar ‫ٱ ْل ُخ َّنس‬ didekatkan brough nigh al-kunnas ‫ٱ ْل َج َوار‬ ‫ٱ ْل ُك َّنس‬ what you have made apa yang telah dikerjakannya ready Aku bersumpah I swear planet planet yang beredar dan terbenam Those that move and set `as`as ‫َع ْس َع َس‬ sesuatu menjadikanya diselaputi lalu tidak jelas approaches tanaffas ‫َت َن َّف َس‬ bernafas breathes Arahan: Guru boleh menggunakan kreativiti guru sendiri untuk melakukan aktiviti ini. 24

ILHAM 4.0 SURAH AL TAKWIR AKTIVITI 8: JURNAL SURAH AL TAKWIR Set Induksi: Mari kita menulis sebuah jurnal untuk mencatat segala pengajaran yang telah diperolehi, agar dapatan tersebut akan berkekalan dalam hati kita. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat mengimbas kembali semua pembelajaran dan pengajaran di dalam surah al takwir. Bahan-Bahan: - Jurnal Arahan: 1. Kemaskini aktiviti surah al-Takwir dalam jurnal anda. 2. Tuliskan perkara-perkara penting yang telah anda pelajari dalam setiap ayat. 3. Tuliskan pengajaran keseluruhan yang telah anda perolehi. 25


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook