Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 82 TB Al-Infitar BM

82 TB Al-Infitar BM

Published by cs2.ilq2020, 2022-05-25 07:01:17

Description: 82 TB Al-Infitar BM

Search

Read the Text Version

SURAH 82: AL-INFITAR ‫سورة الانفطارر‬ TERBELAH GAMBARAN KESELURUHAN SURAH Surah al-Infitar adalah sebuah surah Makiyyah. Ianya diturunkan berkenaan dengan Ubay bin Khalaf yang mengingkari hari kebangkitan dari kubur. Maka, ayat ini merupakan teguran kepada orang yang tidak percaya kepada ketentuan Allah. Temanya adalah mengenai hari akhirat. Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah saw bersabda: \"Barangsiapa yang ingin melihat Hari Kebangkitan seperti dia melihatnya dengan mata kepalanya sendiri, hendaklah dia membaca Surah At-Takwir, Surah Al-Infitar dan Surah Al-Inshiqaq.\" Ini untuk menunjukkan tiga surah ini memerihalkan Hari Kebangkitan dengan sangat nyata. Dalam Surah ini, pertamanya Hari Kebangkitan dijelaskan bahawa apabila ia berlaku, setiap orang akan melihat apa yang telah dilakukannya di dunia. Selepas itu, manusia telah dipertanggungjawabkan untuk soalan itu: \"Wahai manusia, apa yang telah memalingkan engkau dan memikirkan bahawa Tuhan, yang telah menciptakan engkau dan Yang memberi nikmat, daripada beribadah hanya kepada Allah tidak semata-mata? Hanya kerana Dia itu Maha Pemurah tidak bererti bahawa engkau tidak perlu berhati-hati dengan keadilan-Nya”. Kemudian, manusia telah diperingatkan, agar tidak terus terlibat dalam sebarang salah faham berkenaan kebangkitan manusia di hari akhirat. Catatan amalan manusia sedang disediakan dan ianya dicatat oleh pencatat-pencatat yang terpercaya. Sebagai kesimpulan, ia telah menyatakan dengan tegas bahawa Hari Kebangkitan pasti akan berlaku. Dan orang yang benar akan menikmati segala jenis kebahagiaan di syurga dan orang- orang jahat akan dihukum di neraka. Pada hari itu tiada apa yang akan dapat memberi manfaat kepada sesiapa pun. Semua kuasa penghakiman adalah bersama Allah. 1

Surah al-Infitar berkait dengan Surah al-Takwir. Ia pula berkait dengan Surah al-Mutaffifin dengan menjelaskan dengan lebih teliti apakah kandungan yang dicatatkan oleh para pencatat yang mulia itu (kiraman katibin). MINGGU 1 TAFSIR SURAH 1. Langit Terbelah. “Apabila langit terbelah;” Dalam gambaran surah ini, Allah mengumpamakan langit sebagai kanopi kepada sebuah khemah. Dan kanopi tersebut menghunikan gugusan bintang. Maka, dengan gambaran ini, langit, suatu hari nanti, akan terbelah seperti sehelai kain kanopi yang terkoyak. “Infatarat” bermakna terbelahnya sesuatu menjadi dua. Bermakna, belahan yang berlaku tersebut bukanlah belahan yang kecil. Akan tetapi, sebuah belahan yang berterusan sepanjang kepanjangannya. 2. Bintang Yang Bertaburan. “Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;” Kanopi ini mengandungi gugusan bintang yang besar. Kalimah “kawakib” merujuk kepada bintang-bintang yang besar, yang menjadi panduan kepada pengembara-pengembara dan yang tetap kedudukannya serta keterangan cahayanya, berbanding “najm” yang hanya merujuk kepada keterangan cahaya bintang sahaja. Manakala, “intatharat” pula adalah seperti guli yang diletakkan di atas kain dan kemudian kain tersebut disentap dengan kuat. Lalu, guli tersebut bukan sekadar bertaburan, malah ia akan bertaburan dengan sangat drastik. Justeru, dalam kefahaman orang-orang Arab, “kawakib” ini semua tidak akan berganjak daripada tempat masing-masing selamanya. Tetapi, Allah menggegarkan kepercayaan mereka tersebut dengan memberikan gambaran yang tidak terbayangkan ini. 2

3. Lautan Bercampur Sesama Sendiri. “Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;” Kemudian, semua laut yang selama ini dipisahkan oleh benua-benua dan perbezaan ketumpatan dan sebagainya, akan menjadi bercampur-baur. Ianya bermula dengan laut-laut tersebut dididihkan dan berapi (al-Takwir: 6). Kepanasan dan pendidihan tersebutlah yang menjadikan laut tidak berada di tempat masing-masing yang sepatutnya dan bercampur sesama sendiri. Waktu itu, tidak ada beza lautan Pasifik dan Atlantik, lautan India dengan laut China Selatan, dan lain-lain. Seperti pelbagai jenis air yang diletakkan dalam satu tempayan dan dididihkan atas kayu api yang dibakar. 4. Kubur Dibongkarkan. “Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan,” Selepas langit dan bumi terbelah, kubur-kubur yang pernah tertanam di dalamnya mayat-mayat akan dibongkarkan dan dipunggah isinya. “Bu‟thirat” bermaksud menyelongkar, sepertimana sebuah beg yang diterbalikkan dan digoncang-goncang sehingga terkeluar segalanya yang terdapat di dalamnya. 5. Amalan Akan Diberitakan. “(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.” Perkataan “ma qaddamat wa akhkharat” boleh memaksudkan beberapa makna. Pertama, “ma qaddamat” adalah perbuatan baik atau kejahatan yang telah dibuat oleh manusia, dan “ma akhkharat” adalah apa yang ditinggalkannya. Bermakna, selepas sesuatu telah dilakukan, seseorang tidak boleh lagi menarik balik amalannya. Semuanya telah dicatat oleh malaikat. Kedua, “ma qaddamat” adalah apa yang dilakukan terdahulu dan “ma akhkharat” ialah apa yang dilakukan kemudian; iaitu kerja seluruh manusia akan muncul di hadapannya mengikut urutan hidupnya. Ketiga, apa pun perbuatan baik dan kejahatan yang dilakukan seseorang dalam hidupnya adalah “ma qaddamat” dan apa pun kesan dan pengaruh perbuatannya yang ditinggalkan untuk masyarakat manusia adalah “ma akhkharat”. 3

AKTIVITI 1: KHEMAH LANGIT (ayat 1) Pengenalan: Aktiviti ini berkaitan dengan ayat 1 surah al infitar, langit bumi akan terbelah pada hari kiamat nanti. Set Induksi: Dalam ayat 1, Allah mengumpamakan langit sebagai sebuah bumbung khemah. Mari kita lakukan sebuah aktiviti seni untuk menggambarkan rupa khemah tersebut. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Melakukan aktiviti dengan jayanya, dengan membuat kraf khemah yang cantik. 2. Mengenal ciptaan Allah iaitu langit beserta fungsinya kepada bumi. Bahan-bahan: -kertas warna -gam -gunting -batang aiskrim -aneka objek hiasan Arahan: 1. Lipat kertas menjadi dua bahagian. 2. Lipat di bahagian sisi hujung kertas sebanyak 1/2 inci. 3. Hiaskan khemah anda. 4. Tampalkan bahagian sisi kertas dengan batang ais krim mengikut bentuk huruf V terbalik seperti bumbung rumah. 5. Lebihan batang ais krim hendaklah di bahagian atas dan menjadi huruf X 6. Rujuk: (https://www.youtube.com/watch?v=LN4vh0BzoJg) Pengajaran: - Langit merupakan bumbung yang melindungi kita daripada bahaya yang datang daripada angkasa lepas. - Lapisan atmosfera di langit melindungi hidupan di bumi dengan melindunginya daripada sinaran ultraungu (UV) yang masuk, mengekalkan kepanasan planet melalui penebat, dan menghalang suhu melampau antara siang dan malam. Matahari memanaskan lapisan atmosfera menyebabkan ia merolak pergerakan udara dan corak cuaca di seluruh dunia. - Akan tetapi, satu hari nanti bumbung tersebut akan terkoyak. Penilaian Pembelajaran: 1. Apakah fungsi langit? 2. Bilakah bumbung bumi akan dikoyak? 3. Cuba anda bayangkan, ketika anda sedang berjalan dan tiba-tiba langit menjadi terbelah, apakah perasaan anda pada saat itu? 4

AKTIVITI 2: LANGIT YANG RUNTUH (ayat 2) Pengenalan: Kemudian setelah langit terbelah, kesemua bintang yang pegun di langit akan jatuh bertaburan. Set Induksi: Dalam ayat 2, Allah memerihalkan bahawa bintang-bintang dan langit akan jatuh menimpa manusia di hari kiamat nanti. Bagaimanakah situasi tersebut mungkin berlaku? Mari kita jalankan sebuah eksperimen untuk memahami situasi tersebut. . Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Melakukan aktiviti dengan jayanya, dengan membuat eksperimen seakan-akan bintang- bintang yang jatuh pada hari kiamat. 2. Memahami bahawa antara tanda-tanda besar hari kiamat ialah perubahan sistem alam seperti terbelahnya langit, jatuhnya bintang-bintang dan sebagainya. Bahan-bahan: -Air -Minyak masak -Pelbagai warna perwarna makanan -Gelas besar -Gelas kecil -penitik cecair. Arahan: 1. Tuangkan minyak masak ke dalam gelas kecil. 2. Kemudian, titikkan pelbagai warna pewarna makanan ke dalam minyak masak. Kacaukan dengan laju seihngga titisan warna pewarna makanan tersebut pecah menjadi serpihan-serpihan kecil. 3. Seterusnya, tuangkan air ke dalam gelas besar sehingga penuh. Dan tuangkan pula minyak masak yang telah dicampurkan dengan pewarna makanan. 4. Perhatikan apa yang akan terjadi. Kemudian bincangkan dan umpamakan titisan-titisan tersebut seperti bintang dan langit yang runtuh. 5. Rujuk: (https://www.youtube.com/watch?v=9J_SCQhTmcM) Pengajaran: - Setiap hari, sentiasa terdapat batu-batuan yang jatuh daripada langit menuju ke Bumi. - Namun begitu, Allah telah menciptakan lapisan ozon untuk melindungi kita daripada batu- batu tersebut. Secara saintifiknya, batu-batu tersebut akan terbakar menjadi ketulan kecil dan tidak berbahaya. - Akan tetapi, jika lapisan ozon ini berlubang dan terkoyak, maka kita tidak akan mempunyai sebarang bentuk perlindungan lagi. - Hari tersebut pasti akan datang. Oleh itu, kita hendaklah bersedia untuk melalui hari tersebut. 5

Penilaian Pembelajaran: 1. Apakah yang terdapat di luar angkasa bumi? 2. Mengapakah batu-batuan yang jatuh di bumi tidak menimpa kita? 3. Apakah tanda-tanda besar hari kiamat? 6

MINGGU 2 TAFSIR SURAH 6. Manusia Terpedaya. “Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?” Maksudnya, pada mulanya, kurniaan dan ni‟mat Yang Maha Pemurah menuntut agar manusia mengiktiraf ni‟mat tersebut dan menjadi hamba yang taat dan semestinya merasa malu untuk menderhakaiNya, tetapi manusia telah tertipu (gharraka) memikirkan bahawa dia mencapai segalanya dengan usahanya sendiri, dan dia tidak pernah terfikirkan bahawa dia harus mengakui kurniaan Allah yang telah memberikan hidup kepadanya. Kedua, adalah menjadi limpahan dan kebaikan Tuhan yang mengizinkan manusia untuk hidup secara bebas dengan apa sahaja yang dia suka. Tidak pernah terjadi apabila setiap kali manusia melakukan kesalahan, Allah akan menghukumnya dengan kelumpuhan, atau buta, atau menjadikan ribut yang melandanya. Tetapi manusia menyangka kebaikanNya itu adalah suatu kelemahan dan memikirkan bahawa Kerajaan Allah tidak mempunyai keadilan. 7. Allah Yang Menjadikan Kesempurnaan Manusia. “Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai, serta menjadikan badanmu sama padan dengan kekuatannya;” Iaitu, tidak ada alasan yang munasabah untuk manusia menjadi tertipu, kewujudan fizikal manusia sendiri mengatakan bahawa manusia tidak terjadi dengan sendiri, ibu bapanya juga tidak menjadikannya. 8. Bentuk Manusia Sesuai Dengan Kehendak Allah. “Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.” Manusia juga tidak terjadi sebagai hasil gabungan unsur-unsur yang terjadi secara tidak sengaja, tetapi Tuhan Yang Maha Bijaksana dan Maha Kuasa telah membentuk manusia dalam bentuk yang sempurna ini. 7

Akal yang sihat pasti akan menatijahkan bahawa manusia harus menjadi bersyukur dan tidak pernah berani melakukan perbuatan derhaka kepada Tuhan Yang Maha Mulia. Manusia juga harus tahu bahawa Allah bukan hanya Maha Mengasihani dan Maha Pemurah, tetapi juga Maha Kuasa dan Maha Adil. Apabila berlakunya gempa bumi, taufan atau banjir berlaku dengan PerintahNya, semua peranti dan alat-alat yang manusia reka akan gagal untuk menanganinya. Manusia juga harus tahu bahawa Tuhan tidak jahil dan bodoh tetapi Maha Bijaksana dan Mengetahui, dan orang yang bijak dan berpengetahuan juga pasti tahu bahawa manusia harus bertanggungjawab atas perbuatannya; dan sesiapa yang diberikan kelebihan sepatutnya bertanggungjawab terhadap penggunaannya; dan sesiapa yang melakukan kebaikan dengan kesedaran sendiri harus diganjari. Semua kebenaran ini jelas. Oleh itu, manusia tidak boleh mengatakan bahawa terdapat alasan yang munasabah baginya untuk menderhakai Tuhan. 9. Manusia Yang Ingkar. “Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.” Maksudnya, manusia tidaklah ditipu oleh sesiapa pun tetapi oleh kepercayaan yang salah bahawa tidak akan ada perjumpaan dengan Allah selepas kehidupan di dunia ini. Inilah konsep yang salah dan tidak berasas yang membuat manusia lalai tentang Tuhan, tanpa takut akan keadilanNya dan tidak bertanggungjawab dalam tindak-tanduk mereka. 10. Malaikat Penjaga Amalan. “Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,” Iaitu, sama ada manusia menafikan kewujudan hari tersebut, menghina atau mengolok- olokkannya, hakikat itu tidak akan berubah. Realitinya adalah bahawa Tuhanmu tidak meninggalkan manusia bersendirian di dunia, tetapi telah melantik para pencatat yang jujur untuk setiap orang manusia, yang mencatat secara setia semua perbuatan baik dan jahatnya, dan tidak ada perbuatan manusia yang tersembunyi daripada mereka, sama ada manusia melakukannya dalam gelap, atau secara peribadi, atau jauh di dalam hutan, atau secara rahsia. 8

AKTIVITI 3: LAUT YANG MENDIDIH (ayat 3) - eksperimen Pengenalan: Kemudian Allah menceritakan pula antara tanda-tanda besar hari kiamat iaitu air di lautan akan mendidih kepanasan. Set Induksi: Dalam ayat 3, Allah menyebut bahawa pada Hari Kiamat nanti laut akan terbakar dan mendidih kepanasan. Mari kita jalankan sebuah aktiviti untuk memahami gambaran suasana Hari Kiamat tersebut. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Melakukan eksperimen dengan jayanya, setiap gelas airnya seakan-akan menggelegak kepanasan. 2. Mengenalpasti antara tanda-tanda besar hari kiamat adalah: - Langit terbelah - Bintang-bintang jatuh bertaburan - Lautan menggelegak kepanasan - Kubur-kubur dibongkarkan Bahan-bahan: -Alka Seltzer / Eno -Air -Gelas -Perwarna makanan Arahan: 1. Sediakan bahan. 2. Tuangkan air (suam / panas) ke dalam lima gelas yang berbeza, melambangkan lima samudera yang utama di dunia. 3. Titikkan pula perwarna makanan yang berbeza warna. 4. Kemudian, satu demi satu, letakkan sebutir Alka Seltzer ke dalam setiap gelas. Pastikan anda berada dalam jarak selamat daripada perkakas eksperimen anda! 5. Lihat dan nikmati reaksi kimia yang terjadi. 6. Rujuk: (https://www.youtube.com/watch?v=_lmco-D9uas) Pengajaran: - Pada Hari Kiamat nanti, semua laut di dunia ini akan mendidih akibat gunung-gunung berapi yang berada di dasar laut akan meletus secara serentak. 9

- Keadaan tersebut akan menyebabkan laut menjadi panas dan mendidih. Penilaian Pembelajaran: 1. Berapakah darjah kepanasan lava gunung berapi? 2. Adakah anda tahu dimanakah lokasi gunung berapi yang berada di dalam lautan? 3. Adakah anda berasa gerun dengan situasi yang akan berlaku pada hari kiamat nanti? 10

AKTIVITI 4: AMALAN YANG TIDAK AKAN DITARIK SEMULA (ayat 5) Pengenalan: Setelah menggambarkan situasi pada hari kiamat, Allah menegaskan manusia akan sedar perbuatan baik atau jahat mereka di dunia akan dibentangkan di hadapan Allah ketika berada di padang mahsyar kelak. Set Induksi: Dalam ayat 5, Allah menyebut bahawa manusia akan mengetahui amalan masing-masing selepas mereka dibangkitkan semula kelak. Kalimah “qaddamat” dan “akhkharat” merujuk kepada perbuatan yang tidak dapat ditarik semula. Apabila kita dibangkitkan nanti, tidak ada lagi peluang untuk membuat kebaikan atau untuk bertaubat daripada kesalahan-kesalahan kita. Mari kita lakukan sebuah aktiviti untuk memahami ayat ini. . Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Melakukan aktiviti dengan jayanya, air yang panas menjadi sejuk dan asap akan keluar bertebaran. 2. Memahami peraturan alami entropi itu pasti akan berlaku kepada manusia kerana ia telah ditentukan oleh Allah swt. Bahan-bahan: Set A: -air yang panas. -cawan mug. -air suhu bilik. -besen yang besar. (nota: untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik, gunakan air kopi atau teh, atau apa sahaja air manis yang sedap.) Set B: -bekas kaca lutsinar. -kayu mancis. -sekeping kadbod (atau buku berkulit keras). Arahan: Set A: 1. tuangkan air panas ke dalam cawan mug. 2. tuangkan air suhu bilik ke dalam besen. 3. letakkan air panas (berserta dengan mug) ke dalam besen tanpa air tersebut menjadi 11

bercampur. 4. bincangkan apa yang terjadi dan bagaimana. Set B: 1. nyalakan beberapa batang mancis dalam sebuah balang kaca. 2. terbalikkan balang tersebut apabila mancis hampir habis membakar. 3. tutup lubang balang tersebut menggunakan kadbod. 4. kemudian, lepaskan asap mancis tersebut dengan mengalihkan kadbod tersebut. 5. bincangkan dengan para pelajar. Pengajaran: - Kedua-dua hasil yang berlaku dalam eksperimen set A & B dikelola oleh peraturan alami yang sama, iaitu entropi. - Peraturan alami tersebut menyebabkan air panas akan secara semulajadinya menjadi sejuk, dan itu tidak dapat dielakkan. - Juga, ia menyebabkan asap pasti menjadi tersebar dengan sendiri tanpa perlu dikawal, dan proses tersebut tidak dapat diterbalikkan. - Seperti itu juga hidup manusia di dunia ini akan bertemu dengan pengakhirannya, dan akan dibangkitkan semula dan dihakimi, sama ada kita suka mahupun tidak. Perkara tersebut tetap akan terjadi. - Ketika dihakimi, setiap diri akan mengetahui perbuatan masing-masing, iaitu ketika dibentangkan buku catatan, sama ada baik atau jahat. - Mereka akan mengetahui apa jua amalan yang ditangguh atau tidak sempurna kerana cuai dan lalai. - Hal ini disebutkan dalam firman Allah (bermaksud): “Pada hari itu diberitahu kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya‟. (Al Qiyamah:13) Penilaian Pembelajaran: 1. Apakah yang berlaku kepada air yang panas itu? 2. Bagaimana pula dengan asap di dalam balang itu? 3. Apakah nama bagi proses alami tersebut? 4. Allah telah memberi teguran kepada manusia agar sentiasa melakukan amalan baik dan menjauhi amalan mungkar. Adakah manusia mendengar dengan patuh? 5. Bagaimanakah cara untuk kita bertaubat atas dosa yang kita lakukan dan tidak mengulanginya? 12

MINGGU 3 TAFSIR SURAH 11. Kiraman Katibin. “(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);” Untuk malaikat penjaga ini, Allah telah menggunakan perkataan “kiraman katibin”, iaitu penulis yang mulia dan jujur. Mereka tidak terkesan dengan cinta peribadi, atau terpengaruh dengan permusuhan terhadap sesiapa, yang boleh menjadikan mereka berat sebelah dalam mencatat amalan manusia. Dan mereka tidak akan terdedah kepada kemungkinan untuk dirasuah. Mereka jauh sekali daripada kelemahan moral ini. 12. Mereka Mengawasi Amalan Manusia. “Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.” Kedua, mereka tahu apa yang manusia lakukan. Mereka mengiringi setiap orang, ke mana-mana pun, dalam keadaan apa pun, sedemikian rupa sehingga dia sendiri tidak tahu bahawa adamalaikat yang sedang mengawasinya. Oleh itu, catatan yang disediakan oleh mereka adalah catatan yang lengkap di mana tiada apa pun yang akan ditinggalkan tanpa catatan (Surah al-Kahfi: 49). 13. Orang Baik Berada Di Syurga. “Kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;” Kemudian dikhabarkan mengenai nasib orang-orang yang benar dan yang jahat, yang ditentukan oleh perhitungan berdasarkan catatan malaikat-malaikat yang mulia. Bahawa orang-orang yang benar akan hidup dalam kebahagiaan yang kekal. Orang yang benar adalah orang yang secara konsisten melakukan tindakan yang betul, iaitu perbuatan baik, sehingga melakukan hal itu menjadi ciri-ciri semulajadinya. Perkataan sifat “abrar” memaksudkan kebajikan dan kemanusiaan. 13

14. Orang Jahat Berada Di Neraka. “Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang- julang.” Manakala, ciri yang berlawanan, “fujjar”, membawa erti kebiadapan dan kekasaran seperti apabila mereka yang jahat tenggelam dalam perbuatan berdosa. Nerakalah balasan yang layak untuk kejahatan. Kepastian hukuman ini disampaikan dengan dua cara. 15. Mereka Memasuki Neraka. “Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,” Pertama, ia menekankan kepastian hukuman ini dengan cara memerihalkan mereka akan pasti masuk ke dalam api neraka. Dan masuknya mereka ke dalam itu bukanlah dengan cara dipaksa. Akan tetapi, merekalah yang akan mencampakkan diri mereka sendiri ke dalam api neraka tersebut, seperti yang dicerminkan dalam kalimah “yaslawnaha”. 14

AKTIVITI 5: TUHAN YANG MAHA PEMURAH (ayat 6) Pengenalan: Manusia telah terpedaya dengan memikirkan bahawa dia mencapai segalanya dengan usahanya sendiri, dan dia tidak pernah terfikirkan bahawa dia harus mengakui kurniaan Allah yang telah memberikan hidup kepadanya. Set Induksi: Dalam ayat 6, Allah bertanya kepada manusia yang tidak mahu beriman kepada Allah. Mengapakah mereka tidak mahu beriman dan bersyukur sedangkan Allah lah yang bersifat Maha Pemurah, memberikannya pelbagai perkara dan kesenangan. “al-Karim” bermaksud Allah yang Maha Pemurah, memberikan banyak kemudahan dan nikmat kepada manusia tanpa menuntutnya semula melainkan hanya ketaatan sahaja. Justeru, mari kita laksanakan sebuah aktiviti untuk menunjukkan kesyukuran kita terhadap semua nikmat yang telah Allah berikan. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Melakukan aktiviti dengan mengambil sebatang stix tanpa membuatkan batang-batang lain bergerak. 2. Menyebut perkara-perkara yang membuat kita harus rasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah swt berikan kepada kita. Bahan-bahan: -pick up stix -kertas -pensil warna Rujuk: (https://teachbesideme.com/gratitude- game-pick-sticks) Arahan: 1. Tuliskan perkara-perkara tersebut di atas sebuah kertas, dan warnakan setiap perkara tersebut dengan warna-warna yang berbeza: -bersyukur terhadap seseorang. -bersyukur terhadap sebuah tempat. -bersyukur terhadap sejenis makanan. -bersyukur terhadap sebuah benda. -bersyukur terhadap apa sahaja. 15

2. Kemudian, lontarkan batang-batang pick up stix agar menjadi rawak. 3. Para pemain hendaklah mengambil sebatang stix tanpa membuatkan batang-batang lain bergerak dan memberikan contoh kepada perkara-perkara di atas. 4. Pemain yang menggerakkan batang-batang tersebut akan kehilangan giliran. Manakala, pemain yang bejaya mengumpul batang yang paling banyak akan menang. Pengajaran: - Kita hendaklah bersyukur ke atas segala nikmat yang Allah berikan. - Sejak kita lahir di dunia ini Allah telah menjadikan kita sempurna serta lengkap dengan bentuk yang paling baik, mempunyai anggota-anggota yang sesuai dan harmonis serta seimbang. - Kita juga dibekalkan dengan pancaindera - pancaindera yang terdiri daripada pendengaran dan penglihatan serta kemampuan berfikir dan daya untuk faham. - Bukti kesyukuran tersebut hendaklah ditunjukkan dengan melaksanakan ibadah yang sempurna. Penilaian Pembelajaran: 1. Adakah semua benda yang kita perolehi di dunia hasil usaha kita sendiri? 2. Bagaimanakah kita mahu menunjukkan rasa bersyukur kepada Allah swt? 3. Apakah tanda-tanda seseorang itu kufur nikmat? 16

AKTIVITI 6: ILMU TENTANG PERKARA-PERKARA YANG GHAIB (ayat 17-19) Pengenalan: Setelah Allah swt menerangkan senario pada hari kiamat dan balasan mereka yang mendustakannya, kemudian Allah swt menggambarkan hari kiamat pula secara umum dengan gambaran yang mengerikan. Set Induksi: Dalam ayat 17-19, Allah bertanya kepada manusia adakah mereka mempunyai pengetahuan tentang apa itu hari pembalasan. Dan apakah mereka ada cara untuk mengetahui tentangnya? Tentunya, manusia tidak mampu mendapat ilmu tentang perkara yang ghayb melainkan jika diberitahu oleh Allah. Justeru, Allah memaklumkan kepada manusia akan hakikat hari tersebut, iaitu hari yang tidak ada sesiapa pun yang boleh membuat sebarang keputusan melainkan Allah sahaja. Mari kita lakukan sebuah aktviti untuk memahami sifat hal-hal yang ghayb. . Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat: 1. Melakukan aktiviti dengan jayanya, dengan meniup belon dan melihat perubahan bentuk yang terjadi pada belon itu. 2. Menyimpulkan bahawa hari kiamat, syurga dan neraka adalah antara perkara-perkara ghaib yang pasti akan berlaku kelak dan kita wajib mempercayainya. Bahan-bahan: -belon udara. Arahan: 1. Tunjukkan penggunaan belon. 2. Untuk aplikasi, jelaskan bahawa walaupun kita dikelilingi oleh udara, kita tidak dapat melihatnya. 3. Apabila kita meniup belon, kita tidak dapat melihat udara, tetapi kita dapat melihat perubahan yang terjadi di dalam belon. Pengajaran: - Manusia tidak dapat melihat perkara ghayb yang berada di sekeliling mereka, tetapi mereka akan dapat melihat perubahan yang terjadi dengan kehadirannya dalam diri kita. - Contohnya, percaya kepada kewujudan api neraka akan menjadikan kita sentiasa berhati-hati dalam amalan seharian kita, mengelakkan diri daripada melakukan dosa. Penilaian Pembelajaran: 1. Adakah anda dapat melihat udara? 2. Jika ya, bagaimanakah rupa udara? 3. Jika tidak, bagaimanakah cara anda mengetahui bahawa udara berada di sekeliling anda? 4. Apakah contoh perkara-perkara ghaib yang kita wajib percayainya? J= padang mahsyar, jin, syaitan, malaikat, titian sirat dll 17

MINGGU 4 TAFSIR SURAH 16. Kekal Di Dalam Neraka. “Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak terselamat daripadanya” Kedua, surah ini menekankan semula, mereka bukan sahaja akan memasuki neraka dengan sendiri, bahkan mereka tidak akan sesekali terselamat daripadanya. Tidak ada satu waktu pun mereka akan dapat berehat daripadanya – baik sesaat mahupun sedetik. 17. Apakah Itu Hari Pembalasan. “Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?” Setelah menyatakan apa yang berlaku pada Hari Akhirat, surah ini menekankan kembali kepastian hari itu, kerana ia ditolak oleh sesetengah pihak. Penekanan yang diberikan di sini adalah dalam bentuk persoalan agahan yang meningkatkan misteri yang mengelilinginya. 18. Manusia Tidak Mampu Menjawab Soalan Allah. “Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?” Surah ini kemudiannya sekali lagi menyatakan ketidakupayaan semua orang untuk mendapatkan sedikit pun pengetahuan berkenaan kedahsyatan hari tersebut. 19. Allah Penentu Segalanya. “(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.” Iaitu, tiada sesiapa pun yang akan berkuasa untuk menyelamatkan sesiapa pun daripada menerima balasan perbuatannya; tidak ada seorang pun yang akan berpengaruh, kuat, atau menjadi kesayangan Allah sehingga dia berani berkata di Mahkamah Allah bahawa si fulan dan si fulan merupakan orang yang akrab dengannya di dunia maka dia layak dikecualikan daripada balasan. Tidak! Masing-masing akan bertanggungjawab. Dan Allah sahajalah penentu segala urusan. 18

AKTIVITI 7: KATA KUNCI AL INFITAR Pengenalan: Pembelajaran ini fokus kepada tema keseluruhan dan pengajaran surah. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini, pelajar dapat membiasakan dan mengingat kata kunci baru beserta maksud yang terdapat di dalam surah al infitar. Bahan-Bahan: Terma Bahasa Arab Terjemahan Bahasa Melayu Kata kunci baru: Infitar ‫ِانْ ِف َطار‬ Terbelah Kawakib ‫َك َوا ِكب‬ Biha ‫ِِ َبار‬ Bintang - bintang Qaddamat ‫كَ َّد َم ْت‬ Lautan Akhkharat Insan ‫َأ َّخ َر ْت‬ Perbuatan baik atau jahat Gharr ‫ِانْ َسان‬ yang telah dibuat oleh al-Karim ‫غَ َّر‬ manusia ‫ال َك ِريم‬ Apa yang ditinggalkannya 19 (dilalaikannya) Manusia Terpedaya Allah yang Maha Pemurah

Khalaqa ‫ َخلَ َق‬Menciptakan Sawwaa ‫ َس َّوى‬Sesuai „Adala ‫ عَ َد َل‬seimbang Surah ‫ُصو َرة‬ Bentuk Rakkaba ‫َركَّ َب‬ Hafizin ‫َحا ِف ِظين‬ Menyusun Kiraman katibin ‫ِك َرام ًا ََك ِت ِبين‬ Abrar ‫َأبْ َرار‬ Malaikat penjaga amalan Fujjar Yawm al-Din ‫فُ َّجار‬ Penulis yang mulia dan jujur ‫يَو َم ال ِدين‬ – Malaikat penjaga amalan orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan) Orang yang jahat (derhaka) Hari pembalasan ‫َأ ْم ُر‬Amru Segala urusan Arahan: Guru boleh menggunakan kreativiti guru sendiri untuk melakukan aktiviti ini. 20

AKTIVITI 8: JURNAL SURAH AL INFITAR Set Induksi: Mari kita menulis sebuah jurnal untuk mencatat segala pengajaran yang telah diperolehi, agar dapatan tersebut akan berkekalan dalam hati kita. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat mengimbas kembali semua pembelajaran dan pengajaran di dalam surah al infitar. Bahan-Bahan: - Jurnal Arahan: 1. Kemaskini aktiviti surah al infitar dalam jurnal anda. 2. Tuliskan perkara-perkara penting yang telah anda pelajari dalam setiap ayat. 3. Tuliskan pengajaran keseluruhan yang telah anda perolehi. 21


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook