Info lanjut : https://spmu.09educators.com
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) (UPBM), Sektor Pembangunan Murid (SPMu), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPNPs) telah merancang pelaksanaan pertandingan-pertandingan Kokurikulum Akademik STEM bersempena dengan program The Podium : This is Perlis yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Perlis pada 10 Februari 2021. Pelaksanaan pertandingan-pertandingan Kokurikulum Akademik STEM ini adalah selaras dengan usaha Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan Inisiatif Perkukuhan STEM, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat terus dilaksanakan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19. Usaha melaksanakan aktiviti-aktiviti pertandingan Kokurikulum Akademik STEM bertujuan merealisasikan salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif Perkukuhan STEM, iaitu Melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.
Syarat pertandingan - Individu dan terbuka kepada semua murid TINGKATAN 1 hingga 3 sekolah MENENGAH DAN murid Tahun 4 hingga 6 sekolah RENDAH negeri Perlis. - Peserta yang menjawab lengkap 30 soalan pusingan SPRINT Round dalam tempoh 40 minit layak menerima sijil penyertaan peringkat Negeri - Peserta yang menjawab dengan betul 20 soalan dan ke atas dalam pusingan SPRINT Round layak menerima sijil merit pencapaian seperti berikut: o Emas : 28 dan ke atas o PERAK : 25 hingga 27 o GANGSA : 20 hingga 24 - Peserta yang mendapat EMAS dan PERAK layak ke pusingan TARGET Round - Lima PESERTA TERBAIK DALAM PUSINGAN TARGET ROUND AKAN MENERIMA SIJIL PENCAPAIAN JOHAN HINGGA TEMPAT KE – 5 DAN HADIAH IRINGAN. (SEKIRANYA MARKAH TERTINGGI ADALAH SAMA, MASA TERPANTAS MENJAWAB AKAN DIKIRA PEMENANG) Info lanjut : https://spmu.09educators.com
Syarat pertandingan - Individu dan terbuka kepada semua murid Tahun 4 hingga 6 sekolah RENDAH negeri Perlis. - Fokus pertandingan adalah memastikan kefahaman murid tentang sesuatu konsep sains dan melalui penghasilan buku skrap. - Membina buku skrap konsep sains berdasarkan topik-topik sains yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). - Penghasilan buku skrap boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan bilangan muka surat diantara 4 hingga 10 muka surat sahaja - Buku skrap mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari internet atau sumber-sumber lain. - Buku skrap yang telah siap dan lengkap hendaklah dihantar ke sekolah masing- masing sebelum atau pada 3 Mei 2021. Pihak sekolah perlu mengumpul semua bahan peserta dan dihantar ke Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) sebelum atau pada 5 Mei 2021 untuk penilaian. - Penilaian adalah berdasarkan: i. kandungan isi dan fakta 40 markah ii. keaslian 20 markah iii. penggunaan infografik 20 markah iv. susun atur dan ejaan 10 markah v. kreativiti 10 markah Info lanjut : https://spmu.09educators.com
– Syarat pertandingan - Individu dan terbuka kepada murid-murid tingkatan 1 hingga 3 sekolah menengah Negeri Perlis - Fokus pertandingan ialah menggalakan kreativiti murid-murid dalam penghasilan visual secara digital dalam memaparkan maklumat yang dipersembahkan menggunakan teks, lakaran, carta, grafik dan foto. - Penghasilan infografik boleh dihasilkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. - Infografik mesti merujuk topik-topik sains yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) - Infografik mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat dari internet atau sumber-sumber lain. - Penghasilan Infografik dibuat menggunakan perisian yang sesuai, satu mukasurat bersaiz A4 dan perlu disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF. - Infografik bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan kelak. - Penilaian adalah berdasarkan: i. Keaslian 25 markah ii. Data infografik 25 markah iii. Kreativiti Persembahan 25 markah iv. Noveliti dan rekabentuk 25 markah Info lanjut : https://spmu.09educators.com
Search
Read the Text Version
- 1 - 9
Pages: