Buku Panduan PDPP IPGKS 1
Buku Panduan PDPP IPGKS @Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri Kementerian Pendidikan Malaysia Diterbit oleh: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak. Web: ipgks.moe.edu.my e-ISBN: 9789672830023 e-ISBN: 9789672830023 Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terbitan Februari 2021 2
Buku Panduan PDPP IPGKS ISI KANDUNGAN 1.0 Kata alu-aluan Pengarah...................................................................................................... 4 2.0 Sejarah IPGKS...................................................................................................................... 5 3.0 Pentadbiran dan Pengurusan IPGKS................................................................................... 6 3.1 Majlis Pengurusan Tertinggi ...................................................................................... 6 3.2 Ahli Akademik................................................................................................................. 7 4.0 Visi Misi dan Hala Tuju IPGKS ........................................................................................... 10 5.0 PENGENALAN PROGRAM ................................................................................................. 11 6.0 MATLAMAT PROGRAM................................................................................................... 12 7.0 PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL PEMBELAJARAN (OUTCOME-BASED EDUCATION-OBE) ................................................................................................................................................. 12 8.0 KEMAHIRAN INSANIAH IPGM...................................................................................... 12 9.0 SYARAT UMUM KEMASUKAN...................................................................................... 14 10.0 SISTEM AKDEMIK......................................................................................................... 14 11.0 PELAKSANAAN KURIKULUM PROGRAM.................................................................. 15 12.0 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN.................................................................................... 15 13.0 PENGANUGERAHAN IJAZAH ........................................................................................ 15 14.0 STRUKTUR UMUM PROGRAM................................................................................. 16 15.0 STRUKTUR UMUM KURSUS MENGIKUT SEMESTER .................................................... 17 16.0 BIDANG TERAS REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH................... 18 16.1 Struktur Program......................................................................................................... 18 16.2 Struktur Kursus Mengikut Semester ........................................................................... 19 16.3 Objektif Pendidikan Program (OPP) ............................................................................ 20 16.4 Hasil Pembelajaran Program (HPP) ............................................................................. 21 16.5 SINOPSIS KURSUS IPG.............................................................................................. 22 16.6 SINOPSIS KURSUS ASAS PENDIDIKAN...................................................................... 22 16.7 SINOPSIS KURSUS TERAS ......................................................................................... 25 16.8 SINOPSIS KURSUS AMALAN PROFESIONAL ............................................................. 26 16.9 SINOPSIS KURSUS ELEKTIF....................................................................................... 27 17.0 LOKASI IPGKS ............................................................................................................... 27 18.0 PANEL PENYEDIA BUKU PANDUAN PDPP.................................................................... 29 3
Buku Panduan PDPP IPGKS 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGARAH Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, Buku Panduan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri (IPGKS) berjaya diterbitkan atas usaha dan komitmen semua pihak seperti yang dirancangkan. Penawaran Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPGKS memberi nafas dan semangat baharu kepada semua warga IPGKS. Buku panduan ini diterbitkan dengan memberi fokus kepada objektif dan matlamat program, kemahiran insaniah, sistem akademik, struktur program, agihan kursus mengikut semester, Objektif Pembelajaran Pendidikan (OPP), Hasil Pembelajaran Pendidikan (HPP), perincian kursus yang ditawarkan, sinopsis kursus, sistem penyampaian dan pentaksiran, dan maklumat lain berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum yang boleh membantu pelajar-pelajar mendapat informasi tepat mengenai program pendidikan guru dijalankan di institut ini. Penerbitan buku panduan ini juga memberi maklumat kepada masyarakat umum secara amnya, dan pelajar PDPP secara khususnya bahawa IPGKS adalah sebuah institut pendidikan guru yang bersejarah dan mampu menyumbang kepada kecemerlangan dalam pendidikan serta latihan pendidikan guru yang berkualiti dan bertaraf dunia setanding dengan institusi pengajian tinggi lain di Malaysia. Mengejar kecemerlangan dari aspek pembangunan modal insan berjiwa keguruan, keunggulan akademik dan penyelidikan merupakan hala tuju dan visi misi semua warga institut untuk melonjak nama IPGKS sebagai peneraju dalam melahirkan guru permulaan bertaraf dunia. 4
Buku Panduan PDPP IPGKS Sekian , selamat maju jaya. 2.0 SEJARAH IPGKS Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) ialah salah sebuah daripada empat buah institut pendidikan guru yang terletak di negeri Sarawak. IPGKS merupakan satu- satunya institusi pendidikan di Zon Utara Sarawak. Nama asal IPGKS adalah Maktab Perguruan Sarawak. Maktab Perguruan Sarawak mula ditubuhkan di Jalan Desa, Sibu pada tahun 1957 bagi melatih guru-guru berpengantar Bahasa Cina. Encik Ting Kwong Yu merupakan pengetua pertama dan dibantu oleh 7 orang pensyarah. Pada tahun 1982, maktab telah berpindah ke Jalan Bakam iaitu kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Miri. Maktab Perguruan Sarawak telah diisytiharkan sebagai Institut Perguruan Sarawak dan kini telah pun diiktiraf sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dan akan terus membangun bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan guru selaras dengan hasrat negara. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) merupakan sebuah daripada 27 buah kampus di Malaysia yang mengendalikan pelbagai program pendidikan guru praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Program pendidikan praperkhidmatan yang ditawarkan di IPGKS antaranya Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP). Masa kini, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) merupakan IPG Tier 2 dalam bidang Bahasa Melayu, Bimbingan dan Kaunseling, Bahasa Iban dan Pendidikan Seni Visual, di samping sebagai IPG Pedagogi Peribumi di Negeri Sarawak. 5
Buku Panduan PDPP IPGKS Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) juga berperanan dalam memberikan kursus pembangunan profesionalisme berterusan (CPD) kepada guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah mengikut keperluan KPM, JPN dan sekolah masing-masing. Tahun 2020, IPGKS dilantik sebagai Rakan Strategik Program Continuous Profesisional Development (CPD) untuk Guru Sekolah Rendah Bukan Opsyen Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di Negeri Sarawak. Di samping itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) juga berfungsi sebagai Institut Latihan Awam (ILA) bagi memberi dan membekalkan perkhidmatan kepada agensi- agensi kerajaan persekutuan dan negeri oleh pihak MAMPU. 3.0 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN IPGKS 3.1 Majlis Pengurusan Tertinggi Hj Mohamad Zailani bin Jaya Dr Chin Peng Yee (Pengarah) (Timbalan Pengarah) Encik Lee Tiew Siong Encik Marni bin Golong (KJ Kecemerlangan Akademik) (KJ Hal Ehwal Pelajar) Dr Baity anak Bujeng Puan Chua Geok Kwee (KJ Ilmu Pendidikan) (KJ Bahasa) Encik Ling anak Anelus Angking Dr Hamden bin Gani (KJ Pengajian Melayu) (KJ Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Encik Sain anak Datok Puan Mariah binti Raba-ee (KJ Pendidikan Jasmani dan (KJ Pendidikan Islam dan Moral) Kesihatan) Dr Norsarihan bin Ahmad Encik Bell Su’ut (KJ Perancangan, Penyelidikan dan (KJ Sains Sosial) 6
Buku Panduan PDPP IPGKS Inovasi) Cik Sapatomah @ Sabtuyah binti Encik Abang Abdul Ghapar bin Abang Morshidi Husen (KJ Pembangunan Latihan) (KU Khidmat Pengurusan) Encik Nicholas Nyipa Anyi Encik Si Tong Yong (KU Praktikum) (KU Penilaian dan Peperiksaan) Encik Marverys anak Micheal Dian Puan Christina Suntai ank Ugah (KU Psikologi dan Kaunseling) (KU Pusat Sumber) (Menjalankan Tugas KU) Puan Hajah Ainah binti Julhee (Setiausaha Sekretariat JKPP) 3.2 Ahli Akademik JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK 1 ENCIK LEE TIEW SIONG Ketua Jabatan Pensyarah Bahasa Cina JABATAN BAHASA 2 PUAN CHUA GEOK KWEE Ketua Jabatan Pensyarah Bahasa Cina 3 Dr NELSON TANDANG AK Timbalan Ketua Jabatan EDWIN UNTING Pensyarah Bahasa Iban Pensyarah Cemerlang 4 ENCIK CAMILLUS ONG HOCK SIEW Ketua Unit Bahasa Inggeris Pensyarah Bahasa Inggeris 5 ENCIK LEE TIEW SIONG Ketua Jabatan JKA Pensyarah Bahasa Cina Ketua Unit Bahasa Iban 6 ENCIK NGALAI AK BELAWING Pensyarah Bahasa Iban 7
Buku Panduan PDPP IPGKS Pensyarah Bahasa Inggeris 7 PUAN MARIA ALFRED KANYI 8 PUAN HOON SWEE KIM Ketua Unit Bahasa Cina Pensyarah Bahasa Cina 9 PUAN SARAH FREDA BT. Timbalan Ketua Jabatan HEP WILFRED PEEROK Pensyarah Bahasa Inggeris JABATAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN & MATEMATIK (STEM) 10 Dr HAMDEN BIN GANI Ketua Jabatan Pensyarah Matematik 11 ENCIK MOHAMMAD FAUZI BIN ABDUL RADZAK Timbalan Ketua Jabatan Pensyarah Teknologi Pendidikan 12 Dr NARAWI BIN ABU BAKAR Penyelaras PDPP 13 Dr HU LAEY NEE Pensyarah Matematik Pensyarah Cemerlang Timbalan Ketua Jabatan PPI Ketua Unit Matematik Pensyarah Matematik Pensyarah Cemerlang 14 Dr HUANG CHWEI ING Ketua Unit Pembelajaran Digital Pensyarah Teknologi Pendidikan 15 PUAN TRACY AK MENSAN Ketua Unit Sains Pensyarah Sains JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN & INOVASI 16 Dr NORSARIHAN B. AHMAD Ketua Jabatan Pensyarah Bahasa Inggeris JABATAN ILMU PENDIDIKAN 17 Dr BAITY AK BUJENG Ketua Jabatan Pensyarah Reka bentuk dan Teknologi 18 PUAN SITI NOR ROSHASIDAH Timbalan Ketua Jabatan BINTI DERAMAN Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling 19 ENCIK SELVARAJ A/L Pensyarah Bimbingan dan Kuanseling GRAPRAGASEM CIK SAPATOMAH @ Ketua Jabatan Pembangunan Latihan 20 SABTUYAH BINTI MORSHIDI Pensyarah Pendidikan Khas 21 PUAN ALICE AK SANGGAU Guru PraSekolah JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Ketua Jabatan 22 ENCIK SAIN AK DATOK Pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Timbalan Ketua Jabatan 23 ENCIK HENRY KOTA PIRAK Pensyarah Pendidikan Jasmani danKesihatan 8
Buku Panduan PDPP IPGKS 24 ENCIK ZAINUDIN B. DENAN Menjalankan Tugas Ketua Unit 25 ENCIK MARNI BIN GOLONG Kokurikulum Pensyarah (Jurulatih Kokurikulum) Ketua Jabatan HEP Pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan JABATAN SAINS SOSIAL 26 ENCIK BELL SU'UT Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Seni Visual 27 Dr NGUMBANG AK SULTAN Timbalan Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Seni Visual JABATAN PENGAJIAN MELAYU 28 ENCIK LING AK SNELUS Ketua Jabatan ANGKING Pensyarah Bahasa Melayu 29 PUAN HAJAH AINAH BT. Timbalan Ketua Jabatan JULHEE Ketua Pemeriksa Dalam Pensyarah Bahasa Melayu 30 ENCIK NG CHEE HUAY Pensyarah Bahasa Melayu 31 PUAN SELINA BT. AHMAD Timbalan Ketua Jabatan JKA Pensyarah Bahasa Melayu Pensyarah Bahasa Melayu 32 DR MAGDELINE ANAK NOR JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL 33 PUAN MARIAH BT. RABA-EE Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Islam 34 PUAN JANNET NG YIN YIN Timbalan Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Moral 9
Buku Panduan PDPP IPGKS 4.0 VISI MISI DAN HALA TUJU IPGKS 4.1 Visi & Misi IPGKS IPG peneraju kecemerlangan pendidikan guru Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidikan melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia 10
Buku Panduan PDPP IPGKS 4.2 Hala Tuju IPGKS Kecemerlangan Pembangunan Kognitif dan Kemahiran Insaniah Kecemerlangan Profesionalisme Pensyarah Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi Kecemerlangan Modeling dan Amalan Terbaik 5.0 PENGENALAN PROGRAM Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam bidang teras berkaitan mengikut unjuran keperluan guru sekolah rendah dan sekolah menengah bagi memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus-kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara. Secara kolektif, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) (Tahap 7, KKM) membolehkan bakal guru scholar menangani tuntutan perkembangan baharu dalam bidang pendidikan. 11
Buku Panduan PDPP IPGKS 6.0 MATLAMAT PROGRAM Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah dan sekolah menengah yang terlatih, dinamik, berwibawa, kompeten dan berkualiti dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru secara amnya, dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara khususnya. 7.0 PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL PEMBELAJARAN (OUTCOME-BASED EDUCATION-OBE) Pendidikan Berasaskan Hasil Pembelajaran (Outcome-based Education-OBE) bermaksud suatu pendekatan pendidikan yang dimulakan dengan fokus yang jelas dan nyata mengenai perolehan akhir pembelajaran yang signifikan dan kontekstual serta berkualiti tinggi dan seterusnya merancang atau menyusun segala persekitaran sistem pendidikan agar apa yang penting mampu dilakukan dengan jayanya oleh semua pelajar pada akhir pengalaman pembelajaran mereka. Ini bermakna menggambarkan dengan jelas dan nyata apa yang penting untuk pelajar lakukan dan kemudiaannya menyusun kurikulum, kaedah pengajaran dan pentaksiran untuk memastikan pembelajaran yang dihasratkan akhirnya berlaku buat semua pelajar. 8.0 KEMAHIRAN INSANIAH IPGM Kemahiran Insaniah adalah kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kemahiran berkumpulan. Kemahiran Insaniah adalah ciri atau atribut dan kemahiran yang dihasratkan oleh majikan dan diperlukan dalam kehidupan profesional dan libat sama pelajar dengan masyarakat. Pelajar IPG tidak terkecuali dalam memiliki kamahiran insaniah yang memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan harian serta dinilai secara komprehensif dan berkesan semasa bergelar pelajar. Kemahiran Insaniah IPGM dibangunkan bagi melaksanakan Pendidikan Berasaskan Hasil Pembelajaran (OBE) yang sejajar dengan keperluan domain/kluster hasil pembelajaran yang digariskan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia edisi kedua. 12
Buku Panduan PDPP IPGKS Beberapa elemen yang menjadi asas dan pertimbangan dalam membina kemahiran insaniah IPGM ini ialah Kemahiran Insaniah IPGM, Kerangka Kelayakan Malaysia edisi kedua, elemen kompetensi pembelajaran global 6C bagi Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, kemahiran insaniah IPT, elemen-elemen futuristik, Rubrik PNGK Bersepadu iCGPA, elemen kemenjadian pendidik guru dan pemikiran komputational yang menuju ke arah pencapaian matlamat IPG untuk menjadi Institut Pendidikan Tinggi (IPT) utama yang berupaya meningkatkan standard pendidikan di Malaysia melalui latihan dan pembangunan pendidikan guru di samping mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kemahiran Insaniah IPGM ini merupakan kemahiran generik yang terdiri daripada enam jenis kemahiran iaitu: (i) Kemahiran Kognitif (KKG) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, dan kebolehan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif. (ii) Kemahiran Interpersonal dan Komunikasi (KIK) melibatkan kemahiran komunikasi lisan dengan pelbagai mod, komunikasi bertulis, kemahiran mendengar dan kemahiran komunikasi bukan lisan. (iii) Kemahiran Digital dan Numerasi (KDN) melibatkan kebolehan pemerolehan dan pemanfaatan kemahiran digital dan numerasi. (iv) Kemahiran Kepimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab (KAT) melibatkan usaha pelajar belajar bekerja dalam pasukan, menunjukkan kuasa autonomi, mencapai matlamat pasukan, bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan pasukan serta mempamerkan kemahiran kepemimpinan profesional. (v) Kemahiran Personal dan Keusahawanan (KPK) melibatkan kemahiran personal, mempunyai minda keusahawanan dan kemahiran keusahawanan. (vi) Kemahiran Etika, Nilai dan Profesionalisme (KEP) melibatkan nilai, kemahiran etika dan profesionalisme serta kewarganegaraan (Rujukan: Buku Panduan Kermahiran Insaniah IPGM, KPM 2019) 13
Buku Panduan PDPP IPGKS 9.0 SYARAT UMUM KEMASUKAN Pelajar yang mengikuti program ini perlu memiliki ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan atau luar negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) Kementerian Pendidikan Malaysia. 10.0 SISTEM AKDEMIK 10.1 TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dikendalikan selama satu tahun dalam tiga semester. 10.2 TAHUN AKADEMIK Tahun akademik IPG dibahagikan kepada tiga semester, iaitu dua semester panjang dan satu semester pendek. Pelaksanaan tahun akademik adalah tertakluk kepada Kalendar Akademik yang dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mengikut tahun akademik semasa. 10.3 PRINSIP PENGIRAAN JAM KREDIT Peruntukan jam bagi tujuan pengiraan kredit adalah berdasarkan interaksi bersemuka dan tidak bersemuka, yang mencakupi teori dan amali diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit. Kokurikulum dan Bina Insan Guru masing- masing juga diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit. Amalan Profesional terdiri daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum, dan internship jika berkenaan yang memperuntukkan 1 kredit bagi tempoh dua minggu pelaksanaan. Seseorang pelajar perlu menamatkan pengajian selama 3 semester dengan jayanya dengan menyempurnakan pembelajaran sebanyak 36 kredit untuk dianugerahkan ijazah ikhtisas Diploma Pascasiswazah Pendidikan. 14
Buku Panduan PDPP IPGKS 11.0 PELAKSANAAN KURIKULUM PROGRAM Semua program pengajian dikendalikan melalui kaedah interaksi bersemuka dan tidak bersemuka yang merangkumi kuliah, tutorial, e-pembelajaran dan pembelajaran kendiri. Kuliah diadakan setiap minggu mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Di samping itu, pelajar akan didedahkan dengan kerja amali di makmal, bengkel atau lapangan bagi mendapatkan kemahiran yang berkaitan. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar juga diamalkan termasuk Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning) dan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-based Learning), Portfolio Pembelajaran, kajian kes, penyelidikan tindakan, pentaksiran prestasi (performance assessments), penilaian tugasan terarah, dan penilaian portfolio dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran diaplikasi kepada masalah amalan atau praktis yang sebenar. Di samping itu pelajar juga diwajibkan menjalani amalan profesional di sekolah menekankan pengalaman klinikal dan bimbingan melalui pengalaman berasaskan sekolah, praktikum dan latihan industri jika berkenaan akan dilaksanakan sepanjang pengajian untuk mengaplikasikan teori dalam situasi sebenar. 12.0 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Pentaksiran dan Penilaian terhadap setiap kursus dibuat secara berterusan di sepanjang semester berdasarkan kerja kursus, pentaksiran alternatif dan peperiksaan bertulis seperti dalam Maklumat Kursus (MK). Penilaian kerja kursus lazimnya dibuat berasaskan kuiz, tugasan, kertas projek dan ujian amali kendalian kampus. Penilaian bagi amalan profesional dilakukan oleh pensyarah bersama guru pembimbing yang dilantik oleh IPG dan pihak sekolah mengikut tatacara yang telah ditetapkan. 13.0 PENGANUGERAHAN IJAZAH 15
Buku Panduan PDPP IPGKS Seseorang pelajar akan dianugerahkan ijazah ikhtisas Diploma Pascasiswazah Pendidikan setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama tiga semester dengan jumlah 36 kredit dan memenuhi semua syarat lain yang ditetapkan oleh Senat IPG. 14.0 STRUKTUR UMUM PROGRAM Struktur program merupakan kerangka dan komponen kurikulum yang menetapkan kursus-kursus yang ditawarkan serta jumlah kredit dan kewajarannya. Secara umumnya struktur Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) IPG KPM mengandungi lima (5) komponen utama iaitu Kursus IPG, Kursus Asas Pendidikan, Kursus Bidang Teras, Kursus Amalan Profesional dan Kursus Elektif dengan jumlah 36 jam kredit. Struktur program ini dibangunkan mengikut keperluan dan kehendak pemegang taruh, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia secara khususnya dalam melatih dan melahirkan guru permulaan berkualiti dan berkompetensi dengan merujuk kepada Standard Program : Pendidikan yang dibangunkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) pada tahun 2014. KOMPONEN KREDIT JUMLAH KREDIT PERATUS (%) (A) 1 3 8 KURSUS IPG 2 15 42 (B) 2 KURSUS 2 8 22 3 6 ASAS 2 PENDIDIKAN 2 2 (C) 2 BIDANG 3 3 TERAS 2 (D) 1 16
Buku Panduan PDPP IPGKS AMALAN PROFESIONAL 5 4 17 (E) 2 36 11 2 100 ELEKTIF 15.0 STRUKTUR UMUM KURSUS MENGIKUT SEMESTER Kursus-kursus PDPP diagihkan dalam tiga semester mengikut keperluan pelaksanaan kurikulum berpandukan kepada kesinambungan dan spiral kurikulum serta selaras dengan pembahagian tiga semester tahun akademik IPG KPM. KOMPONEN KREDIT KURSUS JUMLAH KREDIT SEMESTER 1 1 15 2 2 3 2 2 17
Buku Panduan PDPP IPGKS SEMESTER 2 3 14 SEMESTER 3 2 2 7 3 2 36 2 2 1 2 5 JUMLAH KREDIT 16.0 BIDANG TERAS REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH 16.1 Struktur Program KOMPONEN KOD DAN NAMA KURSUS KREDIT (A) MPU2071 - Pengurusan Kokurikulum 1 KURSUS IPG 2 MPU2082 - Bina Insan Guru 2 (B) EDUP2072 - Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di 2 KURSUS 3 Malaysia ASAS EDUP2082 – Psikologi Pendidikan EDUP2093 - Pedagogi 18
Buku Panduan PDPP IPGKS PENDIDIKAN EDUP2102 - Sosiologi dalam Pendidikan 2 2 EDUP2112 - Teknologi dan Media Pengajaran 2 2 EDUP2122 - Pentaksiran dalam Bilik Darjah 3 3 (C) EDUP2132 - Profesionalisme Keguruan 2 BIDANG 1 RBTS2063M - Pengajian Kurikulum Reka Bentuk dan 5 TERAS Teknologi Sekolah Menengah 2 (D) 2 RBTS2073M - Pedagogi Reka Bentuk dan Teknologi 36 Sekolah Menengah RBTS2082M - Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Menengah PRKA2031 - Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) AMALAN PROFESIONAL PRKA2045 - Praktikum PDPP (E) RBTS2092M - Pengenalan kepada Teknologi Pertanian ELEKTIF PRNV2102 - Pemasaran Digital JUMLAH 16.2 Struktur Kursus Mengikut Semester KOMPONEN KOD DAN NAMA KURSUS KREDIT KURSUS SEM 1 MPU2071 - Pengurusan Kokurikulum 1 2 EDUP2072 - Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di 2 Malaysia 3 2 EDUP2082 – Psikologi Pendidikan 2 3 EDUP2093 - Pedagogi 2 2 EDUP2102 - Sosiologi dalam Pendidikan SEM 2 EDUP2122 - Pentaksiran dalam Pendidikan RBTS2063M - Pengajian Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Menengah EDUP2132 - Profesionalisme Keguruan EDUP2112 - Teknologi dan Media Pengajaran 19
Buku Panduan PDPP IPGKS SEM 3 RBTS2073M - Pedagogi Reka Bentuk dan Teknologi 3 Sekolah Menengah 2 2 RBTS2082M - Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi 2 Sekolah Menengah 1 2 RBTS2092M - Pengenalan kepada Teknologi Pertanian 5 PRNV2102 - Pemasaran Digital 36 PRKA2031 - Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) MPUD2082 - Bina Insan Guru PRKA2045 - Praktikum PDPP JUMLAH KREDIT 16.3 Objektif Pendidikan Program (OPP) OPP adalah pernyataan-pernyataan yang menjelaskan hasil-hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap graduan dalam sesebuah program akademik setelah berada di alam pekerjaan selama diantara 3 hingga 5 tahun. Program ini mempunyai empat (4) OPP yang perlu dicapai oleh setiap graduan. OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP) OPP1 Berpengetahuan (HP1) yang mendalam dan meluas, berfikiran kreatif dan kritis serta berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks (HP2) dalam bidang ikhtisas keguruan selaras dengan kehendak organisasi pelbagai. OPP2 Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal (HP3), digital (HP6) dan OPP3 numerasi (HP7) dalam bidang ikhtisas keguruan. Mempamerkan sifat kepimpinan dan tanggungjawab (HP8), kemahiran komunikasi (HP5) dan interpersonal (HP4) dalam melaksanakan kerja di peringkat organisasi pelbagai. Mempamerkan kemahiran personal dan keusahawanan (HP9) dalam OPP4 perkembangan peribadi dan profesional (HP10). 20
Buku Panduan PDPP IPGKS 16.4 Hasil Pembelajaran Program (HPP) HPP adalah pernyataan-pernyataan yang menjelaskan hasil-hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan semua kursus yang ditawarkan dalam kurikulum sesebuah program akademik. Program HPP ini dibangunkan berasaskan sepuluh (10) domain Hasil Pembelajaran (HP) dalam lima (5) kluster seperti berikut: (COPPA Edisi Kedua, MQA) yang mencakupi domain taksonomi kognitif, psikomotor dan afektif. Lapan (8) HPP bagi bidang teras Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Menengah adalah seperti berikut: HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP) HPP1 Memiliki pengetahuan dan kefahaman yang komprehensif berkaitan HPP2 dengan teori, prinsip, konsep, fakta dan idea dalam pembelajaran teras. HPP3 (HP1) Berfikiran kreatif dan berkemahiran dalam menyelesaikan masalah yang di luar jangkaan dan/atau kompleks dalam bidang ikhtisas keguruan (HP2). Menguasai kemahiran praktikal (HP3) dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran yang terkini dalam bidang ikhtisas keguruan. 21
Buku Panduan PDPP IPGKS HPP4 Mempunyai kompetensi berkomunikasi (HP5) dan berkolaboratif (HP4) HPP5 dengan menggunakan pelbagai maklumat, media dan aplikasi digital. HPP6 Mensintesis pengetahuan terkini dalam ikhtisas keguruan dengan HPP7 mengaplikasi kemahiran saintifik, digital (HP6) dan numerasi (HP7). HPP8 Mempamerkan kemahiran kepemimpinan, interpersonal dan menunjukkan tanggungjawab (HP8) dalam pengurusan sumber dan kerja berpasukan atau organisasi secara glokal. Menunjukkan nilai-nilai profesionalisme melalui perkembangan kemahiran individu yang berterusan dan kemahiran personal dan keusahawanan (HP9). Mematuhi kod amalan etika profesional (HP10) dan berkemampuan membina pengetahuan baharu dalam bidang keguruan. 16.5 SINOPSIS KURSUS IPG MPU2071 Kokurikulum-Pengurusan Kokurikulum 1 Kredit Kursus ini berfokus kepada pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran sebagai guru penasihat kokurikulum serta memperkembangkan ilmu dalam Pengurusan Kokurikulum. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar bagi meningkatkan dan memantapkan lagi kompetensi diri mereka sebagai guru penasihat Kokurikulum di sekolah. MPU2082 Bina Insan Guru 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada Prosedur Operasi Standard, Perkhemahan, Aktiviti Air , Aktiviti Kembara dan Aktiviti Tali. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar untuk memantapkan pembinaan jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan, proaktif, berdaya tahan, berdaya saing, mempunyai nilai dan sikap profesionalisme insan guru melalui pengalaman yang autentik, holistik dan kontekstual. 16.6 SINOPSIS KURSUS ASAS PENDIDIKAN 22
Buku Panduan PDPP IPGKS EDUP2072 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep asas falsafah, falsafah pendidikan, cabang-cabang falsafah, serta perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dan di pentas antarabangsa. Pelajar juga akan diberi pendedahan kepada dasar pendidikan kebangsaan bersesuaian dengan kehendak dan aspirasi perkembangan pendidikan global. Kursus ini juga ditawarkan agar pelajar dapat membincangkan strukur organisasi pendidikan dan cabaran dalam sistem pendidikan di Malaysia serta meningkatkan profesionalisme guru dan kemenjadian murid. EDUP2082 Psikologi Pendidikan 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep, prinsip dan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan; peringkat-peringkat perkembangan individu dan teori-teori berkaitan; perbezaan individu; personaliti dan konsep kendiri; proses pembelajaran; teori pembelajaran; serta motivasi dalam pembelajaran. Kursus ini juga ditawarkan supaya pelajar dapat mengaplikasi konsep-konsep psikologi yang dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaran di masa hadapan. EDUP2093 Pedagogi 3 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep pedagogi pendidikan, model pengajaran, pendekatan, strategi, kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini juga ditawarkan bagi mendedahkan pelajar kepada komponen pedagogi kontemporari, kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna dan komponen kemahiran mengajar, serta pedagogi dan pengurusan kurikulum di bilik darjah seiring dengan trenda pendidikan global. EDUP2102 Sosiologi dalam Pendidikan 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep asas sosiologi dan sosiologi dalam pendidikan, stratifikasi sosial dan institusi sosial, perkembangan sosiobudaya di sekolah, mobiliti 23
Buku Panduan PDPP IPGKS sosial dan perubahan dalam pendidikan. Kursus ini juga ditawarkan agar pelajar mempunyai kefahaman yang mendalam dan keupayaan membincang mengenai konsep-konsep yang merangkumi pendidikan untuk semua serta pemupukan integrasi nasional dalam persekitaran kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. EDUP2112 Teknologi dan Media Pengajaran 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada teknologi dan media pengajaran bagi membolehkan pelajar dalam menangani tuntutan perkembangan baharu bersesuaian dengan pelbagai persekitaran pendidikan. Pelajar akan mendapat pendedahan tentang konsep teknologi pendidikan, media pengajaran dan reka bentuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan persekitaran pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan mudah alih berintegrasikan elemen multimedia interaktif. Pelajar juga memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai pelbagai sumber dan objek pembelajaran digital serta memahami isu dan cabaran teknologi dalam pendidikan. EDUP2122 Pentaksiran dalam Bilik Darjah 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada kedalaman pengetahuan pelajar secara khusus dalam bidang pentaksiran merangkumi topik-topik konsep asas pentaksiran; ciri-ciri pentaksiran; jenis pentaksiran; reka bentuk dan pembinaan ujian; analisis Item dan interpretasi data. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentaksiran berasaskan sekolah serta isu berkaitan dengan pentaksiran sekolah di Malaysia. EDUP2132 Profesionalisme Keguruan 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep profesion, profesional, profesionalisme dan akauntabiliti serta peringkat perkembangan guru dan pembangunan profesionalisme guru. Kursus ini juga menawarkan topik-topik berkenaan kualiti guru, guru sebagai pemimpin instruktional serta etika dan perundangan guru turut dibincangkan bagi 24
Buku Panduan PDPP IPGKS meningkatkan kefahaman pelajar mengenai peranan guru dalam pembangunan tadbirurus insan dan kewarganegaraan. 16.7 SINOPSIS KURSUS TERAS RBTS2063M Pengajian Kurikulum Reka Bentuk dan 3 Kredit Teknologi Sekolah Menengah Kursus ini berfokus kepada pengenalan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah Reka Bentuk dan Teknologi ; teori dan model kurikulum dalam konteks Reka Bentuk dan Teknologi; kurikulum Reka Bentuk danTeknologi sekolah menengah ; perancangan dan pengurusan kurikulum; trenda dan isu dalam kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi sekolah menengah. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat memahami konsep, falsafah dan kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi sekolah menengah bagi mengukuhkan perancangan pengajaran dan pelaksanaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. RBTS2073M Pedagogi Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah 3 Kredit Menengah Kursus ini berfokus kepada aspek pendekatan pengajaran, pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi ;strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Reka Bentuk dan Teknologi; perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Reka Bentuk dan Teknologi; bahan bantu mengajar dalam Reka Bentuk dan Teknologi; pengajaran makro Reka Bentuk dan Teknologi sekolah menengah. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengetahui cara merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berstruktur. RBTS2082M Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah 2 Kredit Menengah Kursus ini berfokus kepada pentaksiran dalam Reka Bentuk dan Teknologi sekolah menengah yang merangkumi konsep pentaksiran; jenis-jenis pentaksiran di sekolah 25
Buku Panduan PDPP IPGKS menengah; reka bentuk, pembinaan dan pentadbiran ujian; pentaksiran secara atas talian; laporan pencapaian pelajar; trenda dan isu semasa pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi sekolah menengah. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat memahami konsep pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Menengah bagi mengukuhkan perancangan pengajaran dan pelaksanaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 16.8 SINOPSIS KURSUS AMALAN PROFESIONAL PRKA2031 Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Program 1 Kredit Diploma Pascasiswazah Pendidikan Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan serta melihat peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,penelitian dokumen,refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem organisasi sekolah berdasarkan pengurusan pentadbiran kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, nilai-nilai kepimpinan serta mengenal pasti dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan di sekolah secara efektif. PRKA2045 Praktikum Program Diploma Pascasiswazah 5 Kredit Pendidikan (PDPP) Kursus ini memberi tumpuan kepada merancang dan memantapkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berdasarkan kurikulum sedia ada dengan mengambil kira komponen dalam PdP, pentaksiran, amalan pedagogi masa kini dan kemahiran insaniah. Selain daripada itu, penumpuan juga diberi kepada melaksanakan amalan refleksi dan jurnal, pembinaan portfolio, serta merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengaplikasikan teori, kaedah, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, amalan pedagogi masa kini, kemahiran insaniah serta amalan refleksi dalam situasi sebenar di bilik darjah melalui bimbingan pensyarah penyelia dan guru pembimbing. 26
Buku Panduan PDPP IPGKS 16.9 SINOPSIS KURSUS ELEKTIF RBTS2092M Pengenalan kepada Teknologi Pertanian 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi pertanian untuk diaplikasikan dalam perancangan dan pengurusan projek tanaman pelbagai sistem. Selain daripada itu, kursus ini juga memberi penekanan kepada kaedah penjagaan tanaman dengan betul, pengendalian serta pemasaran hasil pertanian. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat memahami konsep teknologi pertanian bagi mengukuhkan perancangan pengajaran dan pelaksanaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PRNV2102 Pemasaran Digital 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada Dunia Pemasaran Digital yang melibatkan Kempen Pemasaran Digital; Medium Pemasaran Digital; Integrasi Tapak Pasaran dan Aplikasi Mudah Alih. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar mengetahui persekitaran kerja digital dan kemahiran teknikal yang diperlukan untuk menggunakan internet dan komputer teknologi untuk mencapai matlamat pemasaran. 17.0 LOKASI IPGKS 27
Buku Panduan PDPP IPGKS 28
Buku Panduan PDPP IPGKS 18.0 PANEL PENYEDIA BUKU PANDUAN PDPP PENASIHAT Pengarah Hj. Mohamad Zailani bin Jaya PENGERUSI PANEL Timbalan Pengarah Dr Chin Peng Yee AHLI PANEL KJ Kecemerlangan Akademik Encik Lee Tiew Siong KJ Ilmu Pendidikan Dr Baity anak Bujeng KJ Bahasa Puan Chua Geok Kwee KJ Pengajian Melayu Encik Ling anak Anelus Angking KJ Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik Dr Hamden bin Gani KJ Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Encik Sain anak Datok KJ Pendidikan Islam dan Moral Puan Mariah binti Raba-ee KJ Sains Sosial Encik Bell Su’ut Pereka Grafik KJ Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Dr Norsarihan bin Ahmad KJ Hal Ehwal Pelajar Encik Marni bin Golong KJ Pembangunan Latihan Cik Sapatomah @ Sabtuyah binti Morshidi KU Praktikum Encik Nicholas Nyipa Anyi KU Penilaian dan Peperiksaan Encik Si Tong Yong KU Pusat Sumber Puan Christina Suntai anak Ugah Penyelaras PDPP Dr Narawi bin Abu Bakar Pensyarah Teknologi Pendidikan Dr Huang Chwei Ing Pensyarah Teknologi Pendidikan Encik Mohammad Fauzi bin Abdul Radzak Pegawai Teknologi Maklumat Encik Hamid bin Kassim 29
Buku Panduan PDPP IPGKS Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak, Malaysia. Web: ipgks.moe.edu.my 30
Search
Read the Text Version
- 1 - 30
Pages: