Buku Panduan PDPP IPGKS BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AMBILAN JUN 2021 SESI 2021/2022 1
Buku Panduan PDPP IPGKS @Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri Kementerian Pendidikan Malaysia Diterbit oleh: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak. Web: ipgks.moe.edu.my ISBN: eISBN: Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terbitan Jun 2021 2
Buku Panduan PDPP IPGKS ISI KANDUNGAN 1.0 Kata alu-aluan Pengarah...................................................................................................... 4 2.0 Sejarah IPGKS....................................................................................................................... 5 3.0 Pentadbiran dan Pengurusan IPGKS................................................................................... 6 3.1 Majlis Pengurusan Tertinggi ...................................................................................... 6 3.2 Ahli Akademik................................................................................................................. 7 4.0 Visi Misi dan Hala Tuju IPGKS ........................................................................................... 11 5.0 PENGENALAN PROGRAM ................................................................................................. 12 6.0 MATLAMAT PROGRAM.................................................................................................. 12 7.0 PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL PEMBELAJARAN (OUTCOME-BASED EDUCATION-OBE) ................................................................................................................................................. 12 8.0 KEMAHIRAN INSANIAH IPGM...................................................................................... 13 9.0 SYARAT UMUM KEMASUKAN...................................................................................... 14 10.0 SISTEM AKDEMIK......................................................................................................... 14 10.1 TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM................................................................................. 14 10.2 TAHUN AKADEMIK....................................................................................................... 14 10.3 PRINSIP PENGIRAAN JAM KREDIT................................................................................ 15 11.0 PELAKSANAAN KURIKULUM PROGRAM.................................................................. 15 12.0 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN................................................................................ 16 13.0 PENGANUGERAHAN IJAZAH ........................................................................................ 16 14.0 STRUKTUR UMUM PROGRAM................................................................................. 16 15.0 STRUKTUR UMUM KURSUS MENGIKUT SEMESTER .................................................... 18 16.0 BIDANG TERAS BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH ................................................ 19 16.1 Struktur Program......................................................................................................... 19 16.2 Struktur Kursus Mengikut Semester ........................................................................... 20 16.3 Objektif Pendidikan Program (OPP) ............................................................................ 20 16.4 Hasil Pembelajaran Program (HPP) ............................................................................. 21 16.5 SINOPSIS KURSUS IPG.............................................................................................. 23 16.6 SINOPSIS KURSUS ASAS PENDIDIKAN...................................................................... 23 16.7 SINOPSIS KURSUS TERAS ......................................................................................... 25 16.8 SINOPSIS KURSUS AMALAN PROFESIONAL ............................................................. 26 16.9 SINOPSIS KURSUS ELEKTIF....................................................................................... 27 17.0 LOKASI IPGKS ............................................................................................................... 28 18.0 PANEL PENYEDIA BUKU PANDUAN PDPP.................................................................... 29 3
Buku Panduan PDPP IPGKS 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGARAH Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, Buku Panduan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri (IPGKS) berjaya diterbitkan atas usaha dan komitmen semua pihak seperti yang dirancangkan. Penawaran Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPGKS memberi nafas dan semangat baharu kepada semua warga IPGKS. Buku panduan ini diterbitkan dengan memberi fokus kepada objektif dan matlamat program, kemahiran insaniah, sistem akademik, struktur program, agihan kursus mengikut semester, Objektif Pembelajaran Pendidikan (OPP), Hasil Pembelajaran Pendidikan (HPP), perincian kursus yang ditawarkan, sinopsis kursus, sistem penyampaian dan pentaksiran, dan maklumat lain berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum yang boleh membantu pelajar-pelajar mendapat informasi tepat mengenai program pendidikan guru dijalankan di institut ini. Penerbitan buku panduan ini juga memberi maklumat kepada masyarakat umum secara amnya, dan pelajar PDPP secara khususnya bahawa IPGKS adalah sebuah institut pendidikan guru yang bersejarah dan mampu menyumbang kepada kecemerlangan dalam pendidikan serta latihan pendidikan guru yang berkualiti dan bertaraf dunia setanding dengan institusi pengajian tinggi lain di Malaysia. Mengejar kecemerlangan dari aspek pembangunan modal insan berjiwa keguruan, keunggulan akademik dan penyelidikan merupakan hala tuju dan visi misi semua warga institut untuk melonjak nama IPGKS sebagai peneraju dalam melahirkan guru permulaan bertaraf dunia. Sekian , selamat maju jaya. HAJI MOHAMAD ZAILANI BIN JAYA Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri 4
Buku Panduan PDPP IPGKS 2.0 SEJARAH IPGKS Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) ialah salah sebuah daripada empat buah institut pendidikan guru yang terletak di negeri Sarawak. IPGKS merupakan satu- satunya institusi pendidikan di Zon Utara Sarawak. Nama asal IPGKS adalah Maktab Perguruan Sarawak. Maktab Perguruan Sarawak mula ditubuhkan di Jalan Desa, Sibu pada tahun 1957 bagi melatih guru-guru berpengantar Bahasa Cina. Encik Ting Kwong Yu merupakan pengetua pertama dan dibantu oleh 7 orang pensyarah. Pada tahun 1982, maktab telah berpindah ke Jalan Bakam iaitu kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Miri. Maktab Perguruan Sarawak telah diisytiharkan sebagai Institut Perguruan Sarawak dan kini telah pun diiktiraf sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dan akan terus membangun bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan guru selaras dengan hasrat negara. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) merupakan sebuah daripada 27 buah kampus di Malaysia yang mengendalikan pelbagai program pendidikan guru praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Program pendidikan praperkhidmatan yang ditawarkan di IPGKS antaranya Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP). Masa kini, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) merupakan IPG Tier 2 dalam bidang Bahasa Melayu, Bimbingan dan Kaunseling, Bahasa Iban dan Pendidikan Seni Visual, di samping sebagai IPG Pedagogi Peribumi di Negeri Sarawak. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) juga berperanan dalam memberikan kursus pembangunan profesionalisme berterusan (CPD) kepada guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah mengikut keperluan KPM, JPN dan sekolah masing-masing. Tahun 2020, IPGKS dilantik sebagai Rakan Strategik Program Continuous Profesisional Development (CPD) untuk Guru Sekolah Rendah Bukan Opsyen Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di Negeri Sarawak. Di samping itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) juga berfungsi sebagai Institut Latihan Awam (ILA) bagi memberi dan membekalkan perkhidmatan kepada agensi- agensi kerajaan persekutuan dan negeri oleh pihak MAMPU. 5
Buku Panduan PDPP IPGKS 3.0 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN IPGKS 3.1 MAJLIS PENGURUSAN TERTINGGI Dr Chin Peng Yee (Timbalan Pengarah) Hj Mohamad Zailani bin Jaya (Pengarah) Encik Lee Tiew Siong Encik Marni bin (KJ Kecemerlangan Golong Akademik) (KJ Hal Ehwal Pelajar) Dr Baity anak Bujeng Puan Chua Geok (KJ Ilmu Pendidikan) Kwee (KJ Bahasa) Encik Ling anak Anelus Dr Hamden bin Gani Angking (KJ Sains, Teknologi, (KJ Pengajian Melayu) Kejuruteraan dan Matematik) Encik Sain anak Datok Puan Mariah binti (KJ Pendidikan Jasmani Raba-ee dan Kesihatan) (KJ Pendidikan Islam dan Moral) Encik Bell Su’ut Dr Norsarihan bin (KJ Sains Sosial) Ahmad (KJ Perancangan, Cik Sapatomah @ Penyelidikan dan Sabtuyah binti Morshidi Inovasi) (KJ Pembangunan Latihan) Encik Abang Abdul Ghapar bin Abang Husen (KU Khidmat 6
Buku Panduan PDPP IPGKS Pengurusan) Encik Nicholas Nyipa Anyi Encik Si Tong Yong (KU Praktikum) (KU Penilaian dan Peperiksaan) Encik Marvelys anak Michael Dian Puan Christina Suntai (Menjalankan Tugas KU ank Ugah Psikologi dan Kaunseling) (KU Pusat Sumber) Puan Hjh. Ainah binti Julhee (Setiausaha Sekretariat JKPP) 3.2 AHLI AKADEMIK JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK Ketua Jabatan Pensyarah Bahasa Cina 1 ENCIK LEE TIEW SIONG JABATAN BAHASA Ketua Jabatan Pensyarah Bahasa Cina 2 PUAN CHUA GEOK KWEE Timbalan Ketua Jabatan 3 Dr NELSON TANDANG AK Pensyarah Bahasa Iban EDWIN UNTING Pensyarah Cemerlang Ketua Unit Bahasa Inggeris 4 ENCIK CAMILLUS ONG HOCK Pensyarah Bahasa Inggeris SIEW 7
Buku Panduan PDPP IPGKS Timbalan Jabatan KA 5 ENCIK LEE TIEW SIONG Pensyarah Bahasa Cina Ketua Unit Bahasa Iban ENCIK NGALAI AK Pensyarah Bahasa Iban BELAWING 6 Pensyarah Bahasa Inggeris 7 PUAN MARIA ALFRED KANYI Ketua Unit Bahasa Cina Pensyarah Bahasa Cina 8 PUAN HOON SWEE KIM Timbalan Ketua Jabatan HEP PUAN SARAH FREDA BT. Pensyarah Bahasa Inggeris WILFRED PEEROK 9 JABATAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN & MATEMATIK (STEM) Ketua Jabatan Pensyarah Matematik 10 Dr HAMDEN BIN GANI Penyelaras PDPP Pensyarah Matematik 11 Dr NARAWI BIN ABU BAKAR Pensyarah Cemerlang 12 Dr HU LAEY NEE Timbalan Ketua Jabatan PPI Ketua Unit Matematik Pensyarah Matematik Pensyarah Cemerlang Ketua Unit Pembelajaran 13 Dr HUANG CHWEI ING Digital Pensyarah Teknologi Pendidikan Ketua Unit Sains Pensyarah Sains 14 PUAN TRACY AK MENSAN 8
Buku Panduan PDPP IPGKS Ketua Unit Penilaian dan 15 ENCIK SI TONG YONG Peperiksaan Pensyarah Matematik JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN & INOVASI Ketua Jabatan Pensyarah Bahasa Inggeris 16 Dr NORSARIHAN B. AHMAD JABATAN ILMU PENDIDIKAN Ketua Jabatan 17 Dr BAITY AK BUJENG Pensyarah Reka bentuk dan Teknologi Timbalan Ketua Jabatan 18 PUAN SITI NOR ROSHASIDAH Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling BINTI DERAMAN Ketua Jabatan Pembangunan 19 CIK SAPATOMAH @ Latihan SABTUYAH BINTI MORSHIDI Pensyarah Pendidikan Khas Guru PraSekolah 20 PUAN ALICE AK SANGGAU JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Jasmani 21 ENCIK SAIN AK DATOK dan Kesihatan Timbalan Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Jasmani 22 ENCIK HENRY KOTA PIRAK dan Kesihatan Menjalankan Tugas Ketua Unit Kokurikulum Pensyarah (Jurulatih 23 ENCIK ZAINUDIN B. DENAN Kokurikulum) 9
Buku Panduan PDPP IPGKS Ketua Jabatan HEP Pensyarah Pendidikan Jasmani 24 ENCIK MARNI BIN GOLONG dan Kesihatan JABATAN SAINS SOSIAL Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Seni 25 ENCIK BELL SU'UT Visual Timbalan Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Seni 26 Dr NGUMBANG AK SULTAN Visual JABATAN PENGAJIAN MELAYU Ketua Jabatan ENCIK LING AK SNELUS Pensyarah Bahasa Melayu ANGKING 27 Timbalan Ketua Jabatan 28 PUAN HAJAH AINAH BT. Ketua Pemeriksa Dalam JULHEE Pensyarah Bahasa Melayu Pensyarah Bahasa Melayu 29 ENCIK NG CHEE HUAY Pensyarah Bahsa Melayu 30 PUAN SELINA BT. AHMAD Pensyarah Bahasa Melayu 31 DR MAGDELINE ANAK NOR JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Islam 32 PUAN MARIAH BT. RABA-EE 10
Buku Panduan PDPP IPGKS Timbalan Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Moral 33 PUAN JANNET NG YIN YIN 4.0 VISI MISI DAN HALA TUJU IPGKS 4.1 Visi & Misi IPGKS IPG peneraju kecemerlangan pendidikan guru Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidikan melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia 4.2 Hala Tuju IPGKS Kecemerlangan Pembangunan Kognitif dan Kemahiran Insaniah Kecemerlangan Profesionalisme Pensyarah Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi Kecemerlangan Modeling dan Amalan Terbaik 11
Buku Panduan PDPP IPGKS 5.0 PENGENALAN PROGRAM Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam bidang teras berkaitan mengikut unjuran keperluan guru sekolah rendah dan sekolah menengah bagi memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus-kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara. Secara kolektif, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) (Tahap 7, KKM) membolehkan bakal guru scholar menangani tuntutan perkembangan baharu dalam bidang pendidikan. 6.0 MATLAMAT PROGRAM Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah dan sekolah menengah yang terlatih, dinamik, berwibawa, kompeten dan berkualiti dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru secara amnya, dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara khususnya. 7.0 PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL PEMBELAJARAN (OUTCOME-BASED EDUCATION-OBE) Pendidikan Berasaskan Hasil Pembelajaran (Outcome-based Education-OBE) bermaksud suatu pendekatan pendidikan yang dimulakan dengan fokus yang jelas dan nyata mengenai perolehan akhir pembelajaran yang signifikan dan kontekstual serta berkualiti tinggi dan seterusnya merancang atau menyusun segala persekitaran sistem pendidikan agar apa yang penting mampu dilakukan dengan jayanya oleh semua pelajar pada akhir pengalaman pembelajaran mereka. Ini bermakna menggambarkan 12
Buku Panduan PDPP IPGKS dengan jelas dan nyata apa yang penting untuk pelajar lakukan dan kemudiaannya menyusun kurikulum, kaedah pengajaran dan pentaksiran untuk memastikan pembelajaran yang dihasratkan akhirnya berlaku buat semua pelajar. 8.0 KEMAHIRAN INSANIAH IPGM Kemahiran Insaniah adalah kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kemahiran berkumpulan. Kemahiran Insaniah adalah ciri atau atribut dan kemahiran yang dihasratkan oleh majikan dan diperlukan dalam kehidupan profesional dan libat sama pelajar dengan masyarakat. Pelajar IPG tidak terkecuali dalam memiliki kamahiran insaniah yang memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan harian serta dinilai secara komprehensif dan berkesan semasa bergelar pelajar. Kemahiran Insaniah IPGM dibangunkan bagi melaksanakan Pendidikan Berasaskan Hasil Pembelajaran (OBE) yang sejajar dengan keperluan domain/kluster hasil pembelajaran yang digariskan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia edisi kedua. Beberapa elemen yang menjadi asas dan pertimbangan dalam membina kemahiran insaniah IPGM ini ialah Kemahiran Insaniah IPGM, Kerangka Kelayakan Malaysia edisi kedua, elemen kompetensi pembelajaran global 6C bagi Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, kemahiran insaniah IPT, elemen-elemen futuristik, Rubrik PNGK Bersepadu iCGPA, elemen kemenjadian pendidik guru dan pemikiran komputational yang menuju ke arah pencapaian matlamat IPG untuk menjadi Institut Pendidikan Tinggi (IPT) utama yang berupaya meningkatkan standard pendidikan di Malaysia melalui latihan dan pembangunan pendidikan guru di samping mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kemahiran Insaniah IPGM ini merupakan kemahiran generik yang terdiri daripada enam jenis kemahiran iaitu: (i) Kemahiran Kognitif (KKG) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, dan kebolehan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif. (ii) Kemahiran Interpersonal dan Komunikasi (KIK) melibatkan kemahiran komunikasi lisan dengan pelbagai mod, komunikasi bertulis, kemahiran mendengar dan kemahiran komunikasi bukan lisan. 13
Buku Panduan PDPP IPGKS (iii) Kemahiran Digital dan Numerasi (KDN) melibatkan kebolehan pemerolehan dan pemanfaatan kemahiran digital dan numerasi. (iv) Kemahiran Kepimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab (KAT) melibatkan usaha pelajar belajar bekerja dalam pasukan, menunjukkan kuasa autonomi, mencapai matlamat pasukan, bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan pasukan serta mempamerkan kemahiran kepemimpinan profesional. (v) Kemahiran Personal dan Keusahawanan (KPK) melibatkan kemahiran personal, mempunyai minda keusahawanan dan kemahiran keusahawanan. (vi) Kemahiran Etika, Nilai dan Profesionalisme (KEP) melibatkan nilai, kemahiran etika dan profesionalisme serta kewarganegaraan (Rujukan: Buku Panduan Kermahiran Insaniah IPGM, KPM 2019) 9.0 SYARAT UMUM KEMASUKAN Pelajar yang mengikuti program ini perlu memiliki ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan atau luar negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Kementerian Pendidikan Malaysia. 10.0 SISTEM AKDEMIK 10.1 TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dikendalikan selama satu tahun dalam tiga semester. 10.2 TAHUN AKADEMIK Tahun akademik IPG dibahagikan kepada tiga semester, iaitu dua semester panjang dan satu semester pendek. Pelaksanaan tahun akademik adalah tertakluk kepada 14
Buku Panduan PDPP IPGKS Kalendar Akademik yang dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mengikut tahun akademik semasa. 10.3 PRINSIP PENGIRAAN JAM KREDIT Peruntukan jam bagi tujuan pengiraan kredit adalah berdasarkan interaksi bersemuka dan tidak bersemuka, yang mencakupi teori dan amali diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit. Kokurikulum dan Bina Insan Guru masing- masing juga diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit. Amalan Profesional terdiri daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum, dan internship jika berkenaan yang memperuntukkan 1 kredit bagi tempoh dua minggu pelaksanaan. Seseorang pelajar perlu menamatkan pengajian selama 3 semester dengan jayanya dengan menyempurnakan pembelajaran sebanyak 36 kredit untuk dianugerahkan ijazah ikhtisas Diploma Pascasiswazah Pendidikan. 11.0 PELAKSANAAN KURIKULUM PROGRAM Semua program pengajian dikendalikan melalui kaedah interaksi bersemuka dan tidak bersemuka yang merangkumi kuliah, tutorial, e-pembelajaran dan pembelajaran kendiri. Kuliah diadakan setiap minggu mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Di samping itu, pelajar akan didedahkan dengan kerja amali di makmal, bengkel atau lapangan bagi mendapatkan kemahiran yang berkaitan. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar juga diamalkan termasuk Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning) dan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-based Learning), Portfolio Pembelajaran, kajian kes, penyelidikan tindakan, pentaksiran prestasi (performance assessments), penilaian tugasan terarah, dan penilaian portfolio dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran diaplikasi kepada masalah amalan atau praktis yang sebenar. Di samping itu pelajar juga diwajibkan menjalani amalan profesional di sekolah menekankan pengalaman klinikal dan bimbingan melalui pengalaman berasaskan sekolah, praktikum dan latihan industri jika berkenaan akan dilaksanakan sepanjang pengajian untuk mengaplikasikan teori dalam situasi sebenar. 15
Buku Panduan PDPP IPGKS 12.0 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Pentaksiran dan Penilaian terhadap setiap kursus dibuat secara berterusan di sepanjang semester berdasarkan kerja kursus, pentaksiran alternatif dan peperiksaan bertulis seperti dalam Maklumat Kursus (MK). Penilaian kerja kursus lazimnya dibuat berasaskan kuiz, tugasan, kertas projek dan ujian amali kendalian kampus. Penilaian bagi amalan profesional dilakukan oleh pensyarah bersama guru pembimbing yang dilantik oleh IPG dan pihak sekolah mengikut tatacara yang telah ditetapkan. 13.0 PENGANUGERAHAN IJAZAH Seseorang pelajar akan dianugerahkan ijazah ikhtisas Diploma Pascasiswazah Pendidikan setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama tiga semester dengan jumlah 36 kredit dan memenuhi semua syarat lain yang ditetapkan oleh Senat IPG. 14.0 STRUKTUR UMUM PROGRAM Struktur program merupakan kerangka dan komponen kurikulum yang menetapkan kursus-kursus yang ditawarkan serta jumlah kredit dan kewajarannya. Secara umumnya struktur Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) IPG KPM mengandungi lima (5) komponen utama iaitu Kursus IPG, Kursus Asas Pendidikan, Kursus Bidang Teras, Kursus Amalan Profesional dan Kursus Elektif dengan jumlah 36 jam kredit. Struktur program ini dibangunkan mengikut keperluan dan kehendak pemegang taruh, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia secara khususnya dalam melatih dan melahirkan guru permulaan berkualiti dan berkompetensi dengan merujuk kepada Standard Program : Pendidikan yang dibangunkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada tahun 2014. 16
Buku Panduan PDPP IPGKS KOMPONEN KREDIT JUMLAH KREDIT PERATUS (%) (A) 1 3 8 KURSUS IPG 2 15 42 (B) 2 KURSUS 2 8 22 3 6 17 ASAS 2 4 11 PENDIDIKAN 2 36 100 2 (C) 2 BIDANG 3 3 TERAS 2 (D) 1 5 AMALAN PROFESIONAL 2 (E) 2 ELEKTIF 17
Buku Panduan PDPP IPGKS 15.0 STRUKTUR UMUM KURSUS MENGIKUT SEMESTER Kursus-kursus PDPP diagihkan dalam tiga semester mengikut keperluan pelaksanaan kurikulum berpandukan kepada kesinambungan dan spiral kurikulum serta selaras dengan pembahagian tiga semester tahun akademik IPG KPM. KOMPONEN KREDIT KURSUS JUMLAH KREDIT SEMESTER 1 1 15 2 SEMESTER 2 2 14 SEMESTER 3 3 7 2 2 36 3 2 2 3 2 2 2 1 2 5 JUMLAH KREDIT 18
Buku Panduan PDPP IPGKS 16.0 BIDANG TERAS BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 16.1 STRUKTUR PROGRAM KOMPONEN KOD DAN NAMA KURSUS KREDIT (A) MPU2071 - Pengurusan Kokurikulum 1 KURSUS IPG 2 MPU2082 - Bina Insan Guru 2 (B) EDUP2072 - Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di 2 KURSUS 3 Malaysia 2 ASAS EDUP2082 – Psikologi Pendidikan 2 PENDIDIKAN 2 EDUP2093 - Pedagogi 2 (C) 3 BIDANG EDUP2102 - Sosiologi dalam Pendidikan 3 2 TERAS EDUP2112 - Teknologi dan Media Pengajaran 1 (D) 5 EDUP2122 - Pentaksiran dalam Bilik Darjah AMALAN 2 PROFESIONAL EDUP2132 - Profesionalisme Keguruan 2 BMMB2063R - Pengajian Kurikulum dalam Pendidikan 36 (E) ELEKTIF Bahasa Melayu BMMB2073R - Pedagogi dalam Pendidikan Bahasa Melayu BMMB2082R - Pentaksiran dalam Pendidikan Bahasa Melayu PRKA2031 - Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) PRKA2045 - Praktikum PDPP BMMB2092R - Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan Bahasa Melayu BMMB2102R - Keterampilan Bahasa dan Komunikasi JUMLAH 19
Buku Panduan PDPP IPGKS 16.2 STRUKTUR KURSUS MENGIKUT SEMESTER KOMPONEN KOD DAN NAMA KURSUS KREDIT KURSUS SEM 1 MPU2071 - Pengurusan Kokurikulum 1 2 EDUP2072 - Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di 2 Malaysia 3 2 EDUP2082 – Psikologi Pendidikan 2 3 EDUP2093 - Pedagogi 2 2 EDUP2102 - Sosiologi dalam Pendidikan 3 2 SEM 2 EDUP2122 - Pentaksiran dalam Bilik Darjah 2 2 BMMB2063R - Pengajian Kurikulum dalam Pendidikan 1 Bahasa Melayu 2 5 EDUP2132 - Profesionalisme Keguruan 36 EDUP2112 - Teknologi dan Media Pengajaran BMMB2073R - Pedagogi dalam Pendidikan Bahasa Melayu BMMB2082R - Pentaksiran dalam Pendidikan Bahasa Melayu BMMB2092R - Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan Bahasa Melayu BMMB2102R - Keterampilan Bahasa dan Komunikasi PRKA2031 - Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) SEM 3 MPU2082 - Bina Insan Guru PRKA2045 - Praktikum PDPP JUMLAH KREDIT 16.3 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP) OPP adalah pernyataan-pernyataan yang menjelaskan hasil-hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap graduan dalam sesebuah program akademik setelah berada di alam pekerjaan selama diantara 3 hingga 5 tahun. Program ini mempunyai empat (4) OPP yang perlu dicapai oleh setiap graduan. 20
Buku Panduan PDPP IPGKS OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP) OPP1 Berpengetahuan (HP1) yang mendalam dan meluas, berfikiran kreatif dan kritis serta berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks (HP2) dalam bidang ikhtisas keguruan selaras dengan kehendak organisasi pelbagai Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal (HP3), digital (HP6) serta OPP2 numerasi (HP7) dalam bidang ikhtisas keguruan OPP3 Mempamerkan sifat kepimpinan dan tanggungjawab (HP8), OPP4 kemahiran komunikasi (HP5) dan interpersonal (HP4) dalam melaksanakan kerja di peringkat organisasi pelbagai Mempamerkan kemahiran personal dan keusahawanan (HP9) dalam perkembangan peribadi dan profesional (HP10). 16.4 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP) HPP adalah pernyataan-pernyataan yang menjelaskan hasil-hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan semua kursus yang ditawarkan dalam kurikulum sesebuah program akademik. Program HPP ini dibangunkan berasaskan sepuluh (10) domain Hasil Pembelajaran (HP) dalam lima (5) kluster seperti berikut: (COPPA Edisi Kedua, MQA) yang mencakupi domain taksonomi kognitif, psikomotor dan afektif. 21
Buku Panduan PDPP IPGKS Lapan (8) HPP bagi bidang teras Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah seperti berikut: HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP) Mengaplikasi dan mengintegrasi pengetahuan (HP1) keguruan untuk HPP1 memahami isu pendidikan semasa melalui teknik, sumber, kemahiran dan pendekatan terkini dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu Berfikiran kreatif dan kritis serta berkemahiran dalam menyelesaikan HPP2 masalah di luar jangkaan atau kompleks dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu (HP2). Menguasai kemahiran praktikal (HP3) dalam bidang Pendidikan HPP3 Bahasa Melayu. Mempunyai kompetensi berkomunikasi (HP5) dan kemahiran HPP4 interpersonal (HP4) dengan menggunakan pelbagai maklumat, media dan aplikasi teknologi. HPP5 Mensintesis pengetahuan keguruan termaju dan melibatkan diri dalam penyelesaian masalah dengan mengaplikasi kemahiran digital (HP6) dan numerasi (HP7). HPP6 Mempamerkan autonomi, kemahiran kepimpinan serta menunjukkan tanggungjawab (HP8) dalam pengurusan sumber dan melaksanakan kerja di peringkat organisasi pelbagai. HPP7 Menjadi suri teladan dalam kemenjadian sahsiah melalui perkembangan kemahiran personal yang berterusan dan kemahiran keusahawanan (HP9). HPP8 Mematuhi kod amalan etika profesional (HP10) dan berkemampuan membina pengetahuan baharu dalam bidang keguruan. 22
Buku Panduan PDPP IPGKS 16.5 SINOPSIS KURSUS IPG MPU2071 Kokurikulum-Pengurusan Kokurikulum 1 Kredit Kursus ini berfokus kepada pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran sebagai guru penasihat kokurikulum serta memperkembangkan ilmu dalam Pengurusan Kokurikulum. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar bagi meningkatkan dan memantapkan lagi kompetensi diri mereka sebagai guru penasihat Kokurikulum di sekolah. MPU2082 Bina Insan Guru 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada Prosedur Operasi Standard, Perkhemahan, Aktiviti Air , Aktiviti Kembara dan Aktiviti Tali. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar untuk memantapkan pembinaan jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan, proaktif, berdaya tahan, berdaya saing, mempunyai nilai dan sikap profesionalisme insan guru melalui pengalaman yang autentik, holistik dan kontekstual. 16.6 SINOPSIS KURSUS ASAS PENDIDIKAN EDUP2072 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep asas falsafah, falsafah pendidikan, cabang-cabang falsafah, serta perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dan di pentas antarabangsa. Pelajar juga akan diberi pendedahan kepada dasar pendidikan kebangsaan bersesuaian dengan kehendak dan aspirasi perkembangan pendidikan global. Kursus ini juga ditawarkan agar pelajar dapat membincangkan strukur organisasi pendidikan dan cabaran dalam sistem pendidikan di Malaysia serta meningkatkan profesionalisme guru dan kemenjadian murid. 23
Buku Panduan PDPP IPGKS EDUP2082 Psikologi Pendidikan 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep, prinsip dan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan; peringkat-peringkat perkembangan individu dan teori-teori berkaitan; perbezaan individu; personaliti dan konsep kendiri; proses pembelajaran; teori pembelajaran; serta motivasi dalam pembelajaran. Kursus ini juga ditawarkan supaya pelajar dapat mengaplikasi konsep-konsep psikologi yang dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaran di masa hadapan. EDUP2093 Pedagogi 3 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep pedagogi pendidikan, model pengajaran, pendekatan, strategi, kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini juga ditawarkan bagi mendedahkan pelajar kepada komponen pedagogi kontemporari, kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna dan komponen kemahiran mengajar, serta pedagogi dan pengurusan kurikulum di bilik darjah seiring dengan trenda pendidikan global. EDUP2102 Sosiologi dalam Pendidikan 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep asas sosiologi dan sosiologi dalam pendidikan, stratifikasi sosial dan institusi sosial, perkembangan sosiobudaya di sekolah, mobiliti sosial dan perubahan dalam pendidikan. Kursus ini juga ditawarkan agar pelajar mempunyai kefahaman yang mendalam dan keupayaan membincang mengenai konsep-konsep yang merangkumi pendidikan untuk semua serta pemupukan integrasi nasional dalam persekitaran kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. EDUP2112 Teknologi dan Media Pengajaran 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada teknologi dan media pengajaran bagi membolehkan pelajar dalam menangani tuntutan perkembangan baharu bersesuaian dengan pelbagai persekitaran pendidikan. Pelajar akan mendapat pendedahan tentang konsep teknologi pendidikan, media pengajaran dan reka bentuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar 24
Buku Panduan PDPP IPGKS akan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan persekitaran pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan mudah alih berintegrasikan elemen multimedia interaktif. Pelajar juga memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai pelbagai sumber dan objek pembelajaran digital serta memahami isu dan cabaran teknologi dalam pendidikan. EDUP2122 Pentaksiran dalam Bilik Darjah 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada kedalaman pengetahuan pelajar secara khusus dalam bidang pentaksiran merangkumi topik-topik konsep asas pentaksiran; ciri-ciri pentaksiran; jenis pentaksiran; reka bentuk dan pembinaan ujian; analisis Item dan interpretasi data. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentaksiran berasaskan sekolah serta isu berkaitan dengan pentaksiran sekolah di Malaysia. EDUP2132 Profesionalisme Keguruan 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep profesion, profesional, profesionalisme dan akauntabiliti serta peringkat perkembangan guru dan pembangunan profesionalisme guru. Kursus ini juga menawarkan topik-topik berkenaan kualiti guru, guru sebagai pemimpin instruktional serta etika dan perundangan guru turut dibincangkan bagi meningkatkan kefahaman pelajar mengenai peranan guru dalam pembangunan tadbirurus insan dan kewarganegaraan. 16.7 SINOPSIS KURSUS TERAS BMMB2063R Pengajian Kurikulum dalam Pendidikan 3 Kredit Bahasa Melayu Kursus ini berfokus kepada Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah, organisasi kandungan, komponen dokumen kurikulum, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, aspek seni bahasa, 25
Buku Panduan PDPP IPGKS aspek tatabahasa, pengisian kurikulum sebagai kemahiran bernilai tambah, strategi pengajaran dan pembelajaran, serta kepelbagaian sumber dan bahan. BMMB2073R Pedagogi dalam Pendidikan Bahasa Melayu 3 Kredit Kursus ini berfokuskan prinsip, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, membina bahan bantu mengajar, penulisan Rancangan Pengajaran Harian serta pengajaran mikro dan makro. BMMB2082R Pentaksiran dalam Pendidikan Bahasa Melayu 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada pengertian dan konsep pentaksiran, taksonomi dan domain serta penilaian bahasa dan pembinaan ujian. Selain itu, kursus ini memfokuskan kaedah penilaian dalam kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kursus ini juga memperincikan elemen, aktiviti, bahan dan aspek yang diuji. 16.8 SINOPSIS KURSUS AMALAN PROFESIONAL PRKA2031 Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Program 1 Kredit Diploma Pascasiswazah Pendidikan Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan serta melihat peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,penelitian dokumen,refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem organisasi sekolah berdasarkan pengurusan pentadbiran kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, nilai-nilai kepimpinan serta mengenal pasti dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan di sekolah secara efektif. 26
Buku Panduan PDPP IPGKS PRKA2045 Praktikum Program Diploma Pascasiswazah 5 Kredit Pendidikan (PDPP) Kursus ini memberi tumpuan kepada merancang dan memantapkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berdasarkan kurikulum sedia ada dengan mengambil kira komponen dalam PdP, pentaksiran, amalan pedagogi masa kini dan kemahiran insaniah. Selain daripada itu, penumpuan juga diberi kepada melaksanakan amalan refleksi dan jurnal, pembinaan portfolio, serta merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengaplikasikan teori, kaedah, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, amalan pedagogi masa kini, kemahiran insaniah serta amalan refleksi dalam situasi sebenar di bilik darjah melalui bimbingan pensyarah penyelia dan guru pembimbing. 16.9 SINOPSIS KURSUS ELEKTIF BMMB2092R Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan Bahasa 2 Kredit Melayu Kursus ini berfokus kepada kesusasteraan Melayu, iaitu konsep, sejarah, genre dan fungsi sastera Melayu yang berkaitan tentang puisi Melayu tradisional, prosa Melayu tradisional, puisi Melayu moden, prosa Melayu moden serta akal budi dan pemikiran tokoh kesusasteraan Melayu di Malaysia. BMMB2102R Keterampilan Bahasa dan Komunikasi 2 Kredit Kursus ini berfokus konsep dan aspek keterampilan bahasa dan komunikasi, komponen keterampilan bahasa, iaitu keterampilan mendengar, keterampilan bertutur, keterampilan membaca, keterampilan menulis, aspek komunikasi lisan dan komunikasi bertulis serta isu bahasa Melayu yang berkaitan tentang keterampilan bahasa. 27
Buku Panduan PDPP IPGKS 17.0 LOKASI IPGKS 28
Buku Panduan PDPP IPGKS 18.0 PANEL PENYEDIA BUKU PANDUAN PDPP PENASIHAT Pengarah Hj. Mohamad Zailani bin Jaya PENGERUSI PANEL Timbalan Pengarah Dr Chin Peng Yee AHLI PANEL KJ Kecemerlangan Akademik Encik Lee Tiew Siong KJ Ilmu Pendidikan Dr Baity anak Bujeng KJ Bahasa Puan Chua Geok Kwee KJ Pengajian Melayu Encik Ling anak Anelus Angking KJ Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik Dr Hamden bin Gani KJ Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Encik Sain anak Datok KJ Pendidikan Islam dan Moral Puan Mariah binti Raba’ee KJ Sains Sosial Encik Bell Su’ut Pereka Grafik KJ Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Dr Norsarihan bin Ahmad KJ Hal Ehwal Pelajar Encik Marni bin Golong KJ Pembangunan Latihan Cik Sapatomah @ Sabtuyah binti Morshidi KU Praktikum Encik Nicholas Nyipa Anyi KU Penilaian dan Peperiksaan Encik Si Tong Yong KU Pusat Sumber Puan Christina Suntai anak Ugah Penyelaras PDPP Dr Narawi bin Abu Bakar Pensyarah Teknologi Pendidikan Dr Huang Chwei Ing Pegawai Teknologi Maklumat Encik Hamid bin Kassim 29
Buku Panduan PDPP IPGKS 30
Search
Read the Text Version
- 1 - 30
Pages: