BULETIN IPG KAMPUS SARAWAK 1
BULETIN IPGKS SIDANG EDITOR ISI KANDUNGAN PENAUNG TEGAS SOUL BOOTCAMP 4 HAJI MOHAMAD ZAILANI BINJAYA PENASIHAT MAJLIS PENGURUSAN PELAJAR BAHARU 5 DR CHIN PENG YEE PPPISMP AMBILAN JUN 2020 PENYELARAS TAKLIMAT BERSAMA JABATAN HAL EHWAL 7 PUAN MARIA ALFRED KANYI PELAJAR PENULIS/EDITOR PERJUMPAAN BERSAMA REKTOR INSTITUT 9 SHAHRIL ANAK ZAINI PENDIDIKAN GURU MALAYSIA JESSECA JOO BINTI JOHN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAN 11 JESSIAH SUSAN JOHN PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU 13 GEORGEBRILL BIAN ANTARA PENGAJIAN MIKE BALA RAMAN PENSYRAH JABATAN MAJLIS ANUGERAH PENGARAH 2020 PENGAJIAN MELAYU MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA 14 JURUFOTO PERINGKAT IPGKS 2020 ABG MORTADZA BIN ABG FAUZAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1442 16 HIJRAH/2020 MASIHI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK, MIRI. ‚UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI‛ SAMBUTAN BULAN BAHASA DAN BULAN 19 KAUNSELING IPGKS 2020 CERAMAH PERGIGIAN ‚PROGRAM 21 KESIHATAN PERGIGIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU‛- FASA 1 ‚LAMBAIAN KASIH JASAMU DIKENANG‛ 22 SEMPENA PERSARAAN PUAN CHUA LEONG CHEE MESYUARAT PEMANTAPAN 24 PROFESIONALISME DAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN IPG KAMPUS SARAWAK DI BORNEO TROPICAL RAINFOREST
BULETIN IPGKS ISI KANDUNGAN SIDANG EDITOR BENGKEL KETUPAT PALAS 26 PENAUNG LAWATAN KE GUA NIAH 27 TUAN HAJIMOHAMAD ZAILANI BIN JAYA BENGKEL ASAS FLOORBALL 28 PENASIHAT BENGKEL ASAS SENAM TARI 29 DR CHIN PENG YEE PENYELARAS PENYAMPAIAN SIJIL DARIPADA KPM KEPADA 30 PUAN MARIA ALFRED KANYI PESARA PUAN CHUA LEONG CHEE PENULIS/EDITOR MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN 31 SHAHRIL ANAK ZAINI CEMERLANG 2019 IPGK SARAWAK JESSECA JOO BINTI JOHN JESSIAH SUSAN JOHN GEORGEBRILL BIAN MIKE BALA RAMAN PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN MELAYU JURUFOTO ABG MORTADZA BIN ABG FAUZAN 3
TEGAS SOULS BOOTCAMP 2020 Borneo Tropical Rainforest Miri, 9 Februari 2020 - SOULS Go-Getter Bootcamp Miri telah dianjurkan oleh Rakan Belia TEGAS bagi memberi peluang kepada belia-belia muda untuk belajar semangat ‘leadership’ melalui beberapa aktiviti pembangunan kendiri yang dianjurkan oleh pihak TEGAS. Aktiviti ini diadakan selama 3 hari 2 malam di sebuah resort pedalaman yang berdekatan Taman Negara Bukit Lambir. Seramai 3 orang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak telah mewakili IPGKS Miri bagi menyertai aktiviti yang penuh pengisian ini. Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (Tegas) telah bertekad dalam menyediakan lebih ramai belia untuk menjadi penyedia pekerjaan pada masa depan melalui bidang keusahawanan. Sehubungan itu, ADUN Telang Usan, Dennis Ngau menganggap Pemimpin Belia Sarawak (SOULS) – satu gerakan yang ditubuhkan di bawah Tegas - sebagai langkah proaktif ke arah matlamat ini. Khususnya, beliau berkata SOULS ditugaskan untuk menyediakan modal insan yang mencukupi untuk Hab Inovasi Digital yang akan ditubuhkan di setiap bahagian di seluruh Sarawak. Pada hari penangguhan TEGAS Go-Getter Bootcamp tersebut, Jesseca Joo binti John berjaya dianuger- ahkan sebagai ‚Peserta Wanita Terbaik‛ dan ‚Kumpulan Peserta Terbaik‛ oleh TEGAS. 4
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU PPISMP AMBILAN JUN 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 1 September 2020 - Pada 1 September 2020 yang lalu, seramai 59 orang pelajar baharu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PPISMP) telahmendaftardi Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri. Seperti tahun sebelumnya, minggu pengurusan pelajar baharu wajib dilaksanakan di semua IPG masing-masing berdasarkan ketetapan dan jadual waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia. Namunbegitu, minggu pengurusan pada tahun ini agak berlainan dengan tahun yang sebelumnya ekoran pandemik yang sedang melanda dunia. Di peringkat IPGKS sendiri minggu pengurusan pelajar baharu ini telah diadakan dengan jayanya selama 3 hari iaitu pada 1 September 2020 sehingga 3 September 2020. Antara pengisian minggu pengurusan ini termasuklah berkenaan taklimat Akta 174, taklimat berkenaan pengisian borang perjanjian pendidikan guru, taklimat berkenaan peperiksaan dan sebagainya yang meliputi hal-hal dalaman Institut Pendidikan Guru. Sepanjang minggu tersebut, kesemua siswa guru baharu telah mendapat input yang bermanfaat dan berguna sebagai bekalan bergelar siswa guru di IPGKS. Diharapkan melalui minggu pengurusan tersebut, siswa guru baharu ini dapat menjalani kehidupan dengan lebih teratur dan berteraskan peraturan yang telah ditetapkan. 5
6
TAKLIMAT BERSAMA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPG Kampus Sarawak, 10 September 2020 – Taklimat bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah diadakan apabila pandemik Covid-19 semakin meningkat saban hari. Taklimat ini diadakan adalah untuk memperingati kepada setiap pelajar agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam pada masa yang sama untuk membantu pihak barisan hadapan dalam memutuskan rantaian covid-19 ini. Antara aspek-aspek yang ditekankan semasa taklimat ini adalah penggunaan My-sejahtera dalam Kawasan IPG Kampus Sarawak atau di luar Kawasan kampus. Maksudnya adalah, setiap pelajar dikehendaki Scan QR Code yang sedia ada untuk pergi ke pejabat, pusat sumber, koperasi dan sebagainya. Hal ini adalah untuk memastikan keberadaan pelajar di Kawasan kampus. Seterusnya, aspek lain yang ditekankan ialah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKMiaitusentiasamenggunakanpelitupmuka, elakkan 3Siaitusesak, sempitdansembang dekat dan seterusnya diwajibkan untuk sentiasa mencuci tangan. Kemudian, KJ HEP juga menekankan berkaitan dengan ‚Pickup Zone‛. Misalnya, pelajar dikehendaki untuk menunggu maxim, grab atau food panda di depan Dewan Muhibah untuk menjaga keselamatan pelajar di kawasan asrama. Beliau juga menekankan penggunaan elektrik di asrama lelaki dan perempuan seperti memasak, pengering rambut, periuk elektrik dan seumpamanya. Alat-alat elektrik seperti ini dilarang untuk dibawa ke asrama atas faktor elektrik di di IPGKS yang uzur. Akhir sekali, beliau juga menekankan etika berpakaian ketika berada di kawasan Kampus dimana cara pemakaian pelajar dan pejawat awam adalah berbeza. Pelajar haruslah memakai pakaian yang sesuai ketika menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi. Hal ini dikatakan demikian adalah untuk menunjukkan personaliti sebagai seorang guru pelatih yang baik dan berkarisma. 7
8
PERJUMPAAN BERSAMA REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA IPG Kampus Sarawak, 28 September 2020 – Perjumpaan para guru pelatih bersama rektor IPGM diadakan adalah atas dasar untuk menyuntik semangat dan memberi dorongan kepada para guru pelatih di IPGKS. Perjumpaan ini diadakan di Pusat Sumber IPGKS. Rektor mengingatkan kepada pada guru pelatih bahawa ‚Guru yang cemerlang, sayang pada murid‛. Seorang guru tidak seharusnya tidak berat sebelah dalam menyayangi murid-murid, misalnya tidak kira murid tersebut cemerlang atau lemah seorang guru mesti adil dalam memberi kasih sayang kepada mereka. Dengan ini, terbuktilah bahawa guru itu mampu menjadi seorang guru yang cemerlang dalam mendidik dan membimbing murid. Seterusnya, beliau juga mengingati kepada para guru pelatih untuk sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Hal ini dikatakan demikian kerana guru akan menghadapi banyak cabaran dalam mengajar dan membimbing murid kelak khususnya pada era pemodenan yang sentiasa berubah-ubah. Kemudian, beliau juga mengingati kepada para guru pelatih supaya sentiasa bersedia dan tahu bagaimana untuk mendidik anak-anak pedalaman. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat beberapa sekolah di pedalaman itu ketinggalan dari segi pemodenan zaman. Contohnya, guru perlu sentiasa berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam menjalankanprosesPengajarandanPembelajaransupayadapatmelahirkaninsanyangcemer lang. Di samping itu, beliau turut mengingati kepada para guru pelatih agart sentiasa mengambil peluang dalam menimba ilmu sementara berada di kampus, membaca buku yang mengajar tentang kreativiti (Robinson) untuk menjana idea dan melatih guru pelatih menjadi seorang guru yang berkualiti tinggi, kreatif dan berinovasi. Akhir sekali, beliau juga memperkongsikan kepada para guru pelatih bahawa guru seharusnya tidak memandang rendah terhadap murid, namun mendorong dan menyokong mereka lakukan dalam melatih keyakinan anak-anak didik. 9
10
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAN PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU ANTARA PENGAJIAN Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 5 November 2020 - Sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru yang ingin melahirkan warga pendidik berkualiti serta berteraskan nilai-nilaimurni yang luhur,maka Unit Kokurikulum IPGKSberinisiatifuntuk mengadakan pertandingan nyanyian solo dan pertandingan pidato bahasa Melayu antara pengajian. Kedua- dua pertandingan tersebut telah dijalankan dengan jayanya mulai 5 Oktober 2020 hingga 7 November yang lalu di IPGKS. Walaupun keadaan negara yang berada dalam situasi pandemik ini, namun perkara tersebut tidak menjejaskan usaha Unit Kokurikulum kita dalam mereal- isasikan pertandingan tersebut dengan sebaik mungkin. Kaedah digital seperti telefon pintar menjadiplatformutamaapabilakedua-duapertandingantersebutmemerlukansiswaguruuntuk merakam hasil nyanyiandan pidato mereka serta menghantarnya ke email yang telah ditetapkan. Sesungguhnya, pertandingan nyanyian solo yang diadakan mempunyai objektifnya yang jelasuntuk mendedahkan kepada siswa guru berkenaan ilmu muzikal sekaligus mencungkil bakat dan potensi mereka. Bagi pertandingan pidato bahasa Melayu pula, ia bertujuan untuk memantapkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran berucap dalam kalangan siswa guru, malah martabat bahasa Melayu juga dapat diangkat dan dilestarikan bersama. Sesungguhnya, pertandingan sebegini wajar untuk diadakan secara berterusan demi melahirkan siswa guru yang kompeten dan berkualiti ke arah memacu sistem pendidikan Malaysia yangberkualiti. 11
12
MAJLIS ANUGERAH PENGARAH 2020 IPG Kampus Sarawak, 9 Oktober 2020 - Majlis Anugerah Pengarah Pelajar Cemerlang telah diadakan 2 kali setahun bagi menghargai usaha pelajar dan meningkatkan daya saing pelajaran antara pelajar. Majlis ini merupakan aktiviti anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 bagi menaikkan semangat siswa siswi pendidik untuk lebih berdaya saing dalam meningkatkan prestasi pembelajaran. Anugerah Pengarah merupakan penganugerahan kepada guru pelatih yang mencapai prestasi pembelajaran yang cemerlang dimana CGPA mencapai 3.8 ke atas. Anugerah ini melibatkan kesemua guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Justeru, anugerah ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat mereka untuk lebih cemerlang di samping memberi penghargaan kepada siswa pendidik yang telah berjaya dan memperoleh kecemerlangan. Pada tahun ini, seramai 3 orang pelajar Ambilan Jun 2020 telah dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang kategori PPISMP Sem 2 2020 iaitu Shahril anak Zaini, Jesseca Joo binti John dan Jessiah Susan John. Penganugerahan ini diharapkan dapat menyuntik semangat pelajar lain untuk terus berusaha maju bagi mencapai kecemerlangan akademik dan meningkatkan kualiti diri. 13
MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2020 PERINGKAT IPGKS Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Namun bagi peringkat IPGKS sambutan hari Malaysia 2020 telah diadakan pada 15 September 2020 dan bertempat di Dewan Muhhibah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Seperti yang kita tahu, setiap kali hari Malaysia menjelang maka pelbagai pertandingan akan diadakan bagi memeriahkan hari istimewa rakyat Malaysia ini. Tidak mahu ketinggalan, beberapa pertandingan telah disediakan bagi menyemarak- kan lagi semangat cinta akan negara di dalam diri setiap warga IPGKS. Antara pertandingan yang telah tersenarai seperti pertandingan sajak atas talian dan juga pertandingan persembahan kreatif secara terbuka kepada guru pelatih IPGKS. Tidak ketinggalan juga pertandingan mewarna yang melibatkan murid pra-sekolah. Kesemua pertandingan ini telah menerima penyertaan yang begitu positif dari semua peserta. Pada malam sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang, penantian yang begitu mendebarkan dapat disaksikan dari semua peserta. Bagi penyampaian hadiah pula, disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad Zailani bin Jaya, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, diiringi oleh Dr Chin Peng Yee dan juga Encik Marni Bin Golong. Diharapankan untuk sambutan hari Malaysia yang akan datang, lebih banyak pertandingan yang akan diadakan dan mendapat sambutan yang meriah daripada semua pihak bagi sama-sama menjayakan hari Malaysia disamping menyemai semangat patriotisme dalam diri semua pihak. 14
15
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1442 HIJRAH/ 2020 MASIHIINSTITUTPENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK,MIRI. ‚UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI‛ IPG Kampus Sarawak, 29 OKTOBER 2020 – Majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan untuk meraikan keputeraan baginda Rasulullah S.A.W yang lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Majlis sambutan Maulidur Rasul pada kali ini telah diadakan dalam suasana yang berlainan berbanding tahun-tahun sebelum ini berikutan negara yang masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dan terdapat juga beberapabuahnegeriyangmasihlagiberadadalamPerintahKawalanPergerakanBersyarat(PKPB). Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah ‚Ummah Rabbani, Negara Harmoni‛. Pemilihan tema ini mengandungi 3 komponen utama iaitu pembangunan modal insan, pembudayaan ilmu dan pengukuhan pengurusan. Oleh hal yangdemikian, negara yang harmoni akan terbentuk apabila ketiga-tiga komponen ini dihimpunkan. Tema ini telah membawa pengertian yang begitu mendalam buat umat islam di Malaysia khususnya. Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus SarawakinitelahdikendalikanolehJabatanPendidikanIslamIPGKSdandibantuolehJawatankuasa Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Sarawak sesi 2020/2021. Majlis ini telah diadakan padahari khamis, 29 Oktober 2020 bertempatdi Surau Darul Insyirah, IPG kampus Sarawak, Miri. Majlisini bermulapadajam 8 pagisehingga 10 pagi. Terdapattigaoranggurupengiring yang turut membantu dalam menjayakan program ini. Antaranya ialah Puan Mariah Binti Raba’ee, Dr Haji Hamden Bin Ghani dan Encik Marni Bin Golong. Majlis ini telah melibatkan semua pelajar yang beragama islam iaitu seramai 48 orang serta semua pensyarah dan staf- staf kakitangan IPGKS yang beragama Islam. Seterusnya, majlis ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperingati kelahiran baginda Nabi Muhammad S.A.W serta memupuk perasaan cinta terhadap baginda NabiMuhammad S.A.W dalam diri siswa dan siswi yang beragama islam. 16
Majlis telah dimulakan dengan selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. kemudian, majlis diteruskan dengan tazkirah dan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu ustaz Mohammad Saifuddin Bin Ali. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Pengarah IPGKS, Tuan Haji Mohammad Zailani Bin Jaya dan penyampaian hadiah pertandingan yang dipertandingkan dan majlis diakhiri dengan jamuan makan. Kesimpulannya, Majlis sambutan Maulidur Rasul ini sememangnya telah memberikan impak yang besar khususnya terhadap siswa dan siswi guru pelatih islam dalam memperingati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu, majlis seumpama ini juga dapatmengeratkan hubungan dengan lebih dekat antara pensyarah, staf pembantu serta siswa siswi guru pelatih islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. 17
18
SAMBUTAN BULAN BAHASA DAN BULAN KAUNSELING IPGKS 2020 IPG Kampus Sarawak, 30 Oktober 2020 - Majlis Penangguhan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Bulan Kaunseling Peringkat IPG Kampus Sarawak telah diadakan dengan meriah walaupun mengikuti perintah SOP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Bulan bahasa kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala, bulan kaunseling dianjurkan sepanjang Oktober bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkhidmatan kaunseling profesional. Pada bulan bahasa peringkat IPGKS ini, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti pertandingan ekspresi puisi, pertandingan menulis esei dan pertandingan nyanyian puisi. Pada hari penangguhan tersebut, buku Suket Penan hasil karya pelajar Penan dan buku Coretan Sahabat karya staf IPGKS telah diperkenalkan dan dilancarkan pada hari yang baik tersebut. Kedua-dua buku tersebut diterbitkan oleh IPG Kampus Sarawak sendiri. Beberapa persembahan telah dipersembahkan oleh pelajar seperti sketsa kaunseling dan persembahan dikir barat oleh siswa IPG Kampus Sarawak. 19
20
CERAMAH PERGIGIAN ‚PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU‛- FASA 1 Pada 30/10/2020, bertempat di Dewan Ilmu Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, seramai 16 orang pelajar PISMP ambilan Jun 2020 diiringi oleh Puan Jusnani binti Embing, telah menyertai ceramah pergigian ‚ Program Kesihatan Pergigian Institut Pendidikan Guru‛ bagi fasa pertama yang telah dianjurkan Dr. Wan Mariam Wan Abdul Rahman serta kumpulannya. Dalam ceremah tersebut, pelbagai maklumat penting telah mereka sampaikan untuk pengetahuan semua peserta. Antara topik yang menjadi perhatian dan juga penting bagi bekalan ilmu bagi para peserta ialah ‘Perkhidmatan pergigian sekolah dan peranan guru’. Melalui topik ini, penceramah turutmempamerkan pengalaman mereka semasa pergi membuat lawatan tahunan bagi program pergigian di beberapa sekolah di pedalaman Sarawak menerusi gambar. Dalam program ini juga, beberapa aktiviti telah disediakan oleh penganjur seperti kuiz pergigian, perkongsian dan sesi soal jawab. 21
‚LAMBAIAN KASIH, JASAMU DIKENANG‛ SEMPENA PERSARAAN PUAN CHUA LEONG CHEE IPG Kampus Sarawak, 6 November 2020 - Tanggal 6 November 2020 menjadi titik yang paling bermakna buat seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak kerana tarikh tersebut merupakan tarikh persaraan buat Puan Chua Leong Chee yang merupakan salah seorang pensyarah veteran di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak pada tahun 1989 dan menamatkannya pada tahun 2020 serta telah berkhidmat lebih kurang 31 tahun di IPGKS. Jasa dan bakti beliau sepanjang berkhidmat di IPGKS sememangnya tidak terkata apabila beliau pernah bergelar Pemimpin dan Pesuruhanjaya Ketua Penasihat Pandu Puteri IPGKS, Ketua Jabatan Sains Sosial serta banyak lagi. Beliau juga pernah menerima banyak anugerah sepanjang berkhidmat seperti anugerah Pingat Perkhidmatan Setia Kerajaan Sarawak, Leadership Awards For Troops, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan sebagainya. Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas, majlis ‚Lambaian Kasih, Jasamu Dikenang‛ telah diadakan pada 6 November 2020 di Dewan Muhibah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Majlis tersebut dihadiri oleh semua pensyarah dan juga siswa guru IPGKS serta pegawai pengurusan yang lain. Perisian majlis tersebut cukup bermakna dengan alunan kompang semasa mengiringi ketibaan yang diraikan Puan Chua Leong Chee untuk masuk ke dalam dewan serta persembahan koir khas daripada siswa guru IPGKS. Sebagai memperingati jasa beliau, seluruh warga IPGKS memberikan cenderamata khas buat kenang-kenangan dan tanda penghargaan yang tidak terhingga. Sesungguhnya,jasadanpengorbananbeliaubuatIPGKSakansentiasatersematdihatikitasemua. 22
23
MESYUARAT PEMANTAPAN PROFESIONALISME DAN PEMBANGUNAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN IPG KAMPUS SARAWAK DI BORNEO TROPICAL RAINFOREST orneo Tropical Rainforest Miri, 23 Oktober 2020 - Pada 23 Oktober 2020 yang lalu, seramai 70 orang warga IPG Kampus Sarawak telah menghadiri Mesyuarat Pemantapan Profesionalisme dan Pembangunan semangat Kerja Berpasukan yang diadakan bertempat di Borneo Tropical Rainforest, Miri. Mesyuarat ini disertai oleh para pensyarah dan juga pihak pengurusan IPG Kampus Sarawak. Selain itu, mesyuarat ini diadakan bagi mencapai objektif utama iaitu bersama-sama meningkatkan kesedaran dalam pemantapan budaya kerja di antara pihak pengurusan IPG Kampus Sarawak. Selain itu, menyemarakkan lagi semangat profesionalisme pekerjaan dalam diri masing-masing bagi memantapkan lagi mutu pekerjaan. Akhir sekali, melalui mesyuarat ini diharapkan semua pihak dapat menunjukkan peningkatan dan juga memupuk budaya kerja sepasukan dalam kalangan semua pihak demi menjulang kecemerlangan Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. 24
25
BENGKEL KETUPAT PALAS IPG Kampus Sarawak, 3 Disember 2020 - Tradisi turun-temurun masyarakat Melayu tidak dilupakan walaupun berada di bandar besar dan jauh dari kampung halaman masing-masing. Tradisi masyarakat Melayu lama iaitu anyaman ketupat palas dikembalikan semula dan diperkenalkan kepada umum untuk pengetahuan ramai. Seramai 27 orang dalam kalangan warga IPG Kampus Sarawak telah menyertai bengkel ketupat palas ini. Walaupun dalam musim wabak pandemik, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk belajar pengetahuan baru mengenai ketupat palas yang menjadi simbolik kepada perayaan Hari Raya Aidilfitri. Bukan itu sahaja, semangat keusahawanan juga dapat dibangkitkan dan memupuk kemahiran keusahawanan dalam diri individu. Seterusnya, bengkel ketupat palas ini juga menjadi aktiviti riadah bersama dan dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan melalui aktiviti masakan ini. 26
LAWATAN KE GUA NIAH Gua Niah Miri Sarawak, 5 December 2020 - Pada 5 December 2020 yang lalu, seramai 28 orang warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak yang terdiri daripada pensyarah dan staf pengurusan telah melakukan aktiviti riadah di Gua Niah Miri, Sarawak. Aktiviti tersebut bertujuan untuk memupuk kesedaran berkenaan alam semula jadi agar lebih menghargai keindahan yang ada di negara kita. Selain itu, aktiviti sebegini juga sekali gus menjurus kepada gaya hidup sihat dalam kalangan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dan sebagai pendorong kepada yang lain untuk melakukan aktiviti yang menyihatkan badan. Bukan itu sahaja, aktiviti ini turut memberi ruang dan peluang kepada semua agar mengenali tempat-tempat menarik dan pusat pelancongan yang terdapat di Miri iaitu Gua Niah itusendiri. Diharapkan agar aktiviti sebegini dapatdilakukan lagipada tahun hadapan dan melibatkan lebih ramaipeserta. 27
BENGKEL ASAS FLOORBALL IPG Kampus Sarawak, 7 - 8 Disember 2020- Bengkel asas sukan Floorball ini diadakan atas dasar untuk memperkenalkan sukan ini kepada warga-warga IPGKS. Sukan ini amat mudah untuk dipelajari dan dimainkan kerana serupa dengan sukan hoki. Bilangan pemain yang terlibat dalam sukan ini hanya 3 atau 5 orang pemain sahaja. Bengkel ini diadakan di Gym IPGKS dan dikendalikan oleh Encik Nickholas. Seterusnya, bengkel ini diadakan khususnya tertuju kepada staf-staf yang berada di Kawasan Kampus Sarawak. Hal ini dikatakan demikian adalah untuk mengisi masa mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan tubuh badan. Sehubungan dengan itu, setelah tamat sesi bengkel mereka telah mengadakan pertandingan persahabatan bersama para guru pelatih pada sebelah petang untuk mengaplikasikan dan mempraktikkan tentang cara atau skill yang mereka telah pelajari dari bengkel tersebut. Selain daripada itu, dengan melibatkan diri dengan sukan ini juga individu dapat mengamalkan kehidupan yang sihat dan cergas. 28
BENGKEL ASAS SENAM TARI nstitut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 15 -16 Disember 2020 - Pada 15 dan 16 Disember yang lalu, satu bengkel Asas Senam Tari telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Muhibbah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri. Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada staf pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Sesungguhnya, bengkel yang diadakan ini secara jelas bertujuan untuk memperkenalkan dan mendedahkan ilmu berkenaan asas senam tari dalam kalangan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kekitaan dalam kalangan staf pengurusan di IPGKS. Dalam pada itu, aktiviti ini juga dapat memupuk gaya hidup sihat kerana senaman ini sememangnya baik untuk kecergasan dan kesihatan individu. Diharapkan agar aktiviti sebegini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan dengan penglibatan yang lebih ramai khususnya dalam kalangan siswa siswi pendidik IPGKS. 29
PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA KPM KEPADA PESARA PUAN CHUA LEONG CHEE nstitut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 15 Disember 2020 - Pada 15 Disember 2020 yang lalu, satu penyampaian sijil penghargaan persaraan kepada Puan Chua Leong Chee telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Untuk makluman semua, penyampaian tersebut merupakan penyampaian sijil penghargaan persaraan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khas buat pensyarah kita yang telah bersara iaitu Puan Chua Leong Chee pada 6 November 2020 yang lalu. Penyampaian sijil persaraan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak iaitu Dr. Chin Peng Yee. Sebagai tanda tulus ikhlas, seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Chua Leong Chee atas sumbangan dan jasa beliau buat IPGKS yang tercinta. 30
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019 IPGK SARAWAK TARIKH: 28 SEPTEMBER 2020 DISEMPURNAKAN OLEH YBRS DR RUSMINI BINTI KU AHMAD, REKTOR IPGM 1 YBrs Dr Hamden bin Gani 2 Puan Hoon Swee Kim 3 Encik Lee Tiew Siong 4 YBrs Dr Hu Laey Nee 5 Puan Siti Nor Rashasidah binti Derama 6 Encik Mahlil bin Najam
7 Encik James Daniel Anak Peter Ah-Came 8 Puan Noriza binti Assa 9 Encik Mohamad Zamari bin Marasan Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Jalan Bakam, Miri, Sarawak. 31
Search
Read the Text Version
- 1 - 32
Pages: