LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST-OBT) PUSAT PEPERIKSAAN DAN PENGANUGERAHAN IPGM, CYBERJAYA. EDISI 2021
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) GARIS PANDUAN UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST- OBT) PENDAHULUAN Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran ialah proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pelajar dalam pembelajaran. Pentaksiran mempunyai beberapa tujuan. Secara umumnya, tujuan ini boleh dikelompokkan kepada tiga kategori utama, iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning), dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pentaksiran tentang Pembelajaran berlaku apabila pensyarah menggunakan bukti (evidence) pembelajaran pelajar untuk membuat penghakiman (judgement) terhadap pencapaian pelajar berdasarkan sesuatu standard. Salah satu kaedah pentaksiran tentang pembelajaran ialah Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT). Ujian Terbuka dapat meningkatkan kebolehan calon untuk menyampaikan idea, mengemukakan hujah, menganalisis, memberi justifikasi dan menilai secara kritis. Kebolehan ini dapat dipamerkan menerusi soalan esei dan soalan-soalan terbuka yang berstruktur. 1. PENGENALAN Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) ialah dokumen yang digunakan untuk program perguruan Praperkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan berdasarkan Buku Panduan Pentaksiran (Edisi 2019: Semakan Jun 2019). Garis panduan ini bertujuan untuk membantu pensyarah dalam mentadbir kaedah Ujian Terbuka (OBT) secara terancang, sistematik dan berkualiti. Ujian Terbuka (OBT) merupakan kaedah penilaian yang dirancang dengan cara yang membolehkan pelajar untuk merujuk kepada nota, ringkasan, buku teks dan dokumen- dokumen berkaitan lain sebagai bahan rujukan yang digunakan semasa menjawab soalan peperiksaan. Walau bagaimanapun OBT tidak bermaksud bahawa ujian ini adalah lebih 1
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) mudah, atau kurang mencabar berbanding peperiksaan biasa. Ini kerana kaedah peperiksaan Ujian Terbuka (OBT) ini memberi tumpuan kepada pembelajaran ke peringkat domain kognitif yang lebih tinggi dan biasanya memerlukan calon untuk mengaplikasi, menilai, menganalisis dan mensintesis maklumat berbanding sekadar mengingatnya. 2. RASIONAL Penilaian yang berkesan perlulah lebih menyeluruh dan mengambil kira kepentingan pembelajaran yang bermakna ke arah melahirkan guru yang berilmu, dan berketerampilan. Pelaksanaan Ujian Terbuka (OBT) memberikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran belajar, menggalakkan pembelajaran kendiri dan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta mampu menangani masalah dalam pelbagai situasi. 3. OBJEKTIF Melatih pelajar mengaplikasikan pengetahuan untuk menaakul dan menggunakan pemikiran aras tinggi dalam menyelesaikan masalah. Melatih pelajar memilih dan menggunakan maklumat dengan tepat dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan berupaya menyampaikan segala hujah yang dikemukakan dengan baik dan tersusun. Menekankan keupayaan pelajar untuk menghubung kait proses pengajaran dan pembelajaran dengan penilaian secara berkesan. 4. KAEDAH PELAKSANAAN UJIAN TERBUKA (OBT) Kaedah pelaksanaan Ujian Terbuka (OBT) merangkumi dua kaedah seperti berikut: Peperiksaan OBT secara dalam talian Peperiksaan OBT secara bersemuka (Face to face) 5. PANDUAN UMUM UJIAN TERBUKA (OBT) Panduan umum pentadbiran Ujian Terbuka (OBT) adalah seperti berikut: Penggubalan item soalan mestilah berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang telah ditetapkan bagi kursus berkenaan agar sesuai dengan pemberatan aspek pengetahuan isi kandungan dan pedagogi yang terdapat dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) dan juga Maklumat Kursus (MK) bagi setiap program. Aras kemahiran kognitif soalan yang digubal mestilah mencapai aras tinggi iaitu (mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta) 2
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) Penggubal perlu merujuk kepada Buku Panduan Pentaksiran (Edisi 2019: Semakan Jun 2019) yang dikeluarkan oleh IPGM semasa membina soalan bagi tujuan penyelarasan format kertas peperiksaan yang standard serta mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Ujian Terbuka (OBT) hendaklah dilaksanakan dalam minggu peperiksaan semester sahaja. Bimbingan daripada pensyarah-pensyarah adalah tidak dibenarkan semasa calon sedang menyempurnakan ujan tersebut. Butiran tentang tarikh dan masa bagi setiap kursus yang melaksanakan OBT perlu dimaklumkan kepada calon terlebih awal bagi membolehkan calon membuat persediaan menjawab soalan OBT dengan teliti. Skrip jawapan calon hendaklah diperiksa secara holistik dan analitik bagi menjamin ketekalan pemarkahan (pemeriksaan skrip mengikut soalan demi soalan). 6. PROSEDUR PELAKSANAAN OBT Prosedur pelaksanaan OBT adalah seperti berikut: Soalan Ujian Terbuka (OBT) yang digubal mestilah mencakupi Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) yang telah ditetapkan mengikut Maklumat Kursus (MK) atau Rancangan Maklumat Kursus (RMK yang telah ditetapkan dalam semester berkenaan. Calon yang terlibat dengan OBT mestilah menghadiri ujian tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Calon juga dibenarkan membawa/menggunakan pelbagai bahan rujukan bercetak dan nota kuliah semasa peperiksaan. Calon hanya dibenarkan menggunakan bahan rujukan sendiri. Prosedur peperiksaan bagi calon-calon kurang upaya adalah sama seperti prosedur peperiksaan calon normal. Calon-calon kurang upaya hendaklah diberikan beberapa pertimbangan khas seperti yang dinyatakan dalam Manual Prosedur Peperiksaan Pendidikan Guru, IPGM (2020). 7. PENGGUBALAN ITEM UJIAN TERBUKA (OBT) Penggubalan item perlu melibatkan kemahiran kognitif aras tinggi. Calon hendaklah mengaplikasi, menilai, menganalisis pengetahuan yang telah dipelajari dalam situasi yang pelbagai untuk menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang dikemukakan. Jawapan calon bukan sekadar mengemukakan penguasaan isi kandungan tetapi juga penguasaan pemikiran aras tinggi dalam aspek bahasa. 3
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) 7.1 Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Penggubalan item perlu berdasarkan ciri item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti berikut; (a) stimulus yang merangsang pemikiran pelajar; (b) pelbagai tahap pemikiran; (c) konteks bukan lazim; (d) situasi sebenar dalam kehidupan seharian; dan (e) item tidak berulang. 7.2 Item Respons Terbuka (Open ended) Item yang digubal mestilah bersifat Respon Terbuka. Item seperti ini memerlukan calon merancang dan menyusun jawapan dengan terbuka. Calon berpeluang untuk mengemukakan idea, menyusun respons secara kritis, mengemukakan hujah secara rasional dan konstruk yang membina berdasarkan tuntutan soalan. Item ini menggalakkan calon untuk mempamerkan proses penaakulan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada penilai. Sebagai contoh, keperluan jawapan adalah seperti berikut: Soalan esei pendek memerlukan jawapan antara 300 hingga 400 patah perkataan. Soalan esei panjang memerlukan jawapan antara 500 hingga 700 patah perkataan. 4
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) Jadual 1: Panduan Penggubalan Item OBT Bil Ciri-ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei OBT 1 Item esei Pastikan tidak ada pecahan soalan bagi soalan esei. Elakkan item berulang dalam pecahan soalan yang lain 2 Fokus kehendak Bina setiap soalan supaya tujuan dan maksud soalan adalah soalan perlu jelas jelas kepada calon Tentukan bahawa skop, aspek dan penekanan soalan adalah jelas Hadkan fokus soalan supaya calon mempunyai masa yang mencukupi untuk menjawab 3 Skop soalan adalah Bina soalan yang menepati Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) berdasarkan Hasil Berdasarkan HPK (akur JSU) Pembelajaran Kursus Pastikan soalan yang diberikan tidak disoal dalam bahagian (HPK) yang lain 4 Soalan akur kepada Perlu ada rangsangan/stimulus aspek-aspek Boleh menggunakan petikan, rajah atau jadual sebagai penulisan soalan esei rangsangan kepada soalan Untuk semua jenis soalan, rajah, jadual, peta dan petikan diletakkan sebelum pokok soalan dan dinomborkan jika lebih daripada satu Soalan perlu jelas dan lengkap (jika perlu, tunjukkan proses/ tingkah laku/ kemahiran, syarat dan kriteria) 5 Soalan mencabar dan Soalan perlu pada tahap aras tinggi dan merangsang pemikiran merangsang pemikiran calon (tertakluk kepada JSU) supaya memberi peluang kepada aras tinggi calon mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Soalan melibatkan pelbagai tahap pemikiran dan lebih daripada satu aspek supaya calon dapat membuat perkaitan atau mensintesis antara pelbagai aspek Soalan bersifat terbuka (open-ended) Konteks item bukan lazim Item menggambarkan situasi sebenar dalam kehidupan seharian Keseluruhan jawapan tidak boleh didapati daripada buku teks, internet dan sumber-sumber lain Skema Pemarkahan Skema Pemarkahan yang jelas dan terperinci dengan perkara- perkara yang dikehendaki dalam tugasan Item 5
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) Memberikan penekanan atau pemberatan kepada setiap aspek tugasan item Bagi soalan esei, satu sampel hujah yang ideal disediakan sebagai rujukan kepada pemeriksa untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan ketekalan pemarkahan. Hujah-hujah lain dicatat secara ringkas sebagai jawapan yang dijangkakan. Sumber: Buku Panduan Pentaksiran IPG (Edisi 2019: Semakan Jun 2019) 8. SKEMA PEMARKAHAN Skema pemarkahan merupakan dokumen yang mengandungi jawapan dan panduan untuk memberikan markah respons calon serta pembahagian skor bagi setiap jawapan. Pemarkahan melibatkan proses penentuan markah untuk setiap respons yang dipersembahkan oleh calon. Oleh itu, aspek yang dikehendaki dalam tugasan item perlu ditunjukkan dengan jelas dan terperinci. Bentuk jawapan yang ideal disertakan sebagai rujukan kepada pemeriksa semasa memberikan markah kepada jawapan calon. Panduan dan contoh jawapan akan membantu pemeriksa melakukan pemeriksaan dengan tekal bagi menjamin keadilan dalam pentaksiran. 8.1 Kaedah Rubrik Pemarkahan Rubrik adalah panduan penskoran untuk menilai prestasi calon berdasarkan cakupan kriteria yang luas. Rubrik adalah prosedur dan set kriteria yang ditetapkan untuk tujuan pemberian markah bagi hasil kerja atau prestasi calon dalam jawapan. Rubrik merupakan alat untuk mengukur kemahiran respons atau hasil kerja calon dalam pentaksiran yang digubal berdasarkan kriteria dalam konteks tugasan seperti dalam Jadual 2. 6
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) Jadual 2: Huraian Rubrik Pentaksiran yang dijangka bagi kemahiran yang dinilai. Bil Kemahiran/ konstruk Huraian 1 Pengetahuan isi Fakta spesifik - peristilahan, fakta, cara, urutan, trenda, kandungan pengkategorian, perkaedahan, teori, prinsip, struktur dan generalisasi 2 Kefahaman Konsep Menunjukkan kebolehan menterjemahkan dari satu bentuk ke bentuk yang lain (transformasi/ terjemahan) Menunjukkan cara menjawab soalan dengan pendekatan sendiri Membuat interpretasi Mentafsir maksud isu utama atau kata kunci (clue word) dalam soalan/tugasan tersebut Membuat ektrapolasi, iaitu melanjutkan sesuatu daripada apa yang diberikan atau disediakan Mampu melanjutkan maklumat yang diberikan ke masa hadapan atau masa yang lepas berdasarkan jangkaan sendiri 3 Proses Pemikiran Kritis Mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan kefahaman terhadap sesuatu ke dalam situasi tertentu Memberikan contoh pengalaman semasa memberikan hujah Menjelaskan sebab, faktor atau unsur yang terlibat dalam sesuatu isu yang dibincangkan Menjelaskan perkaitan atau hubung kait dalam isu yang dibincangkan Membincangkan isu yang berlaku di peringkat organisasi Menyelesaikan isu, kebolehan membuat cadangan penambahbaikan Menjelaskan pendirian sendiri terhadap sesuatu isu yang dibincangkan berserta kriteria penilaian yang digunakan Kesan dan akibat dijelaskan dengan mengemukakan pendapat sendiri untuk menyokong rumusan bagi setiap hujah 4 Kemahiran Berkomunikasi Bahasa yang digunakan dan kemahiran membuat rujukan Sumber: Freedman, R. L. H. (1994). Open ended questioning: A handbook for educators. USA: Addison-Wesley 7
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) Rubrik memperincikan tahap prestasi calon berdasarkan kepada setiap kriteria bagi perkara yang ditaksir. Sesuatu rubrik menyenaraikan respons yang dijangka dalam kemahiran-kemahiran yang dinilai. Terdapat dua jenis rubrik pemarkahan untuk soalan esei iaitu rubrik pemarkahan analitik (Jadual 3) dan rubrik pemarkahan holistik (Jadual 4). 8.1.1 Rubrik Pemarkahan Analitik o Sesuai digunakan untuk jenis item respons terbuka o Pemberian markah mengambil kira mutu respons bagi setiap kemahiran atau konstruk yang telah ditetapkan o Bagi setiap kemahiran atau konstruk dibahagikan kepada beberapa aras yang diwakilkan dengan skor atau gred atau istilah kualiti o Bagi setiap aras perlu disediakan deskriptor yang menggambarkan respons calon pada aras tersebut 8.1.2 Rubrik Pemarkahan Holistik o Sesuai digunakan untuk jenis item respons terbuka o Pemberian markah mengambil kira mutu respons secara keseluruhan berdasarkan satu standard yang telah ditetapkan o Perkara yang harus dipertimbangkan untuk menentukan standard perlu dikenal pasti. Seterusnya tahap pencapaian ditentukan sebagai gred (Contoh: A+, A, A-, B+, B, B-, C+) o Julat markah perlu disediakan bagi setiap standard gred (Contoh: A+ = 90%– 100%) Setiap julat markah terdiri daripada deskriptor pemarkahan. 8
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) ` Jadual 3: Contoh Rubrik Pemarkahan Analitik untuk jawapan esei dan rumusan deskriptif. Markah Kriteria Fokus/ Susun atur Huraian Bahasa 5 Amat perbincangan Cemerlang Huraian idea Penguasaan 4 Cemerlang Menyatakan idea utama dengan jelas yang sangat bahasa yang 3 Kepujian Sangat fokus dan terperinci dan cemerlang dan 2 Lulus teratur/ sistematik sangat jelas hampir tiada Sangat berjaya Meyakinkan pembaca kesilapan Menyatakan idea Huraian idea Penguasaan utama atau secara tersirat yang bahasa yang Fokus dan teratur/sistematik terperinci dan baik dan Berjaya meyakinkan pembaca jelas kesilapan Menyatakan idea utama tetapi tidak bahasa yang begitu fokus dan konsisten sangat sedikit Terdapat idea yang kurang meyakinkan Huraian idea Penguasaan pembaca Idea utama tidak yang bahasa yang dinyatakan dengan jelas sederhana memuaskan dan Idea kurang meyakinkan pembaca tetapi kurang sedikit kesilapan terperinci bahasa yang minor Huraian idea Penguasaan yang sangat bahasa yang terhad dan lemah dan kurang banyak terperinci kesilapan bahasa Idea utama tidak Tiada huraian Penguasaan dinyatakan Idea tidak 1 Gagal meyakinkan pembaca idea yang bahasa yang dinyatakan sangat lemah dan banyak kesilapan bahasa yang besar sehingga mengganggu pemahaman pembaca 9
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) Jadual 4: Contoh Rubrik Pemarkahan Holistik untuk pemarkahan esei Gred Skala Deskriptor 100 markah Amat 90-100 Mempamerkan satu pemahaman yang jitu dan menyeluruh Cemerlang terhadap soalan (A+) Pemahaman sangat mendalam tentang kandungan yang relevan Cemerlang Banyak menggunakan hujah bersama dengan contoh dan data 75-89 untuk menyokong kesimpulan (A dan A-) Menjawab soalan dengan tepat dan menzahirkan idea dengan Kepujian 60-74 cemerlang (B+,B dan Interpretasi yang menyeluruh dan pengolahan idea logikal dan B-) koheren Mempamerkan satu pemahaman yang tepat dan baik terhadap soalan Pemahaman yang mendalam tentang kandungan yang relevan Menggunakan beberapa hujah bersama contoh dan data untuk menyokong kesimpulan Menjawab soalan dengan tepatnya dan menzahirkan idea dengan berkesan Interpretasi yang jelas dan pengolahan idea yang jelas dan logikal Mempamerkan pemahaman yang baik terhadap soalan Pemahaman sederhana mendalam dan kandungan yang relevan Menggunakan sebilangan kecil hujah bersama dengan contoh dan data yang menyokong kesimpulan Menjawab soalan dengan agak tepat dan menzahirkan idea dengan jelas Beberapa interpretasi yang jelas dan pengolahan idea agak jelas dan logikal Lulus Mempamerkan pemahaman yang minimum terhadap soalan 50-59 Pemahaman yang minimum tentang kandungan yang relevan Menggunakan hanya sebilangan kecil hujah bersama dengan (C+ dan C) beberapa contoh dan data yang menyokong kesimpulan Beberapa ketidaktepatan dalam jawapan dan beberapa kekaburan dalam pengolahan idea Interpretasi idea yang lemah 10
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) Gred Skala Deskriptor 100 markah Tidak mempamerkan pemahaman terhadap soalan Gagal <50 Tidak menjurus kepada isu dalam soalan (C-, D+, D, Pemahaman lemah tentang kandungan yang relevan E dan F) Hujah tidak disokong dengan contoh dan data Banyak hujah yang tidak relevan; jawapan yang kabur; pengolahan idea yang kabur Interpretasi idea yang sangat lemah 9. PERUNTUKAN MASA OBT Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan adalah seperti berikut: Masa yang diperuntukkan dalam OBT adalah sama seperti masa yang diperuntukkan untuk ujian/peperiksaan bertulis bagi soalan pengiraan, jawapan esei pendek dan esei anjang. 10. PENUTUP Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) ini telah menggariskan panduan dan prosedur dalam proses penggubalan item soalan dan pelaksaannya. Aspek-aspek yang terangkum dalam Garis Panduan ini diharap dapat membantu Pemeriksa Dalam (PD), Ketua Jabatan Akademik (KJA), Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) serta pensyarah untuk melaksanakan OBT dengan cekap dan mantap serta dapat mewujudkan keselarasan antara semua kampus. 11
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) Rajah 1: Carta Alir Penggubalan Kertas Soalan OBT dan Skema Pemarkahan MULA 1 1. Arahan penggubalan draf item soalan dan skema pemarkahan kursus-kursus yang ditawarkan jabatan akademik IPG kampus pada 2 awal semester akademik oleh Pengurusan Atasan/KUPP/KJA 3 2. Jadual kerja kawal mutu draf item soalan dan skema pemarkahan peringkat IPG kampus Tidak menepati 3. Penyediaan dan pemurnian draf item soalan dan skema spesifikasi pemarkahan oleh panel penggubal 4 4. Penyemakan dan pemurnian draf item soalan peringkat jabatan akademik IPG kampus Menepati spesifikasi 5. Penentuan set draf item soalan untuk dihantar ke Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGK 5 6. Masukkan draf item soalan ke dalam Bank Soalan/ Bank Item Item tidak terpilih 7. Pemantapan dan kawalan mutu oleh KJA/PD peringkat IPG kampus Item 8. Penyerahan dan penghantaran item soalan dan skema pemarkahan ke Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGK terpilih 9. Memuat naik item soalan OBT ke dalam pelantar Google Classroom 6 (GC) mengikut jadual yang ditetapkan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian Item tidak mantap 7 Item mantap 8 9 TAMAT 12
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) RUJUKAN Anderson, L. & Krathwohl, D. (2001). A taxonomy for learning, teaching and assessing: A revision of Bloom’s taxonomy of educational objectives. New York: Longman. Bloom, B. S. (1956). Taxonomy of educational objectives. Book 1: Cognitive domain. New York: Longman. Bloom, B. S. (Ed.). Engelhart, M. D., Furst, E. J., Hill, W. H. & Krathwohl, D. R. (1956). Taxonomy of educational objectives: The classification of educational goals. Handbook 1: The cognitive domain. New York : David McKay Co Inc. Freedman, R. L. H. (1994). Open ended questioning: A handbook for educators. USA: Addison-Wesley Gupta, M. S. (2007). Open-Book Examinations for Assessing Higher Cognitive Abilities [Educator's Corner]. IEEE Microwave Magazine, 8(6), 46-50. Heijne-Penninga, M., Kuks, J. B. M., Schönrock-Adema, J., Snijders, T. A. B., & Cohen- Schotanus, J. (2008). Open-book tests to complement assessment-programmes: analysis of open and closed-book tests. Advances in Health Sciences Education, 13(3), 263-273. Iskandar, A. (2017, September). The Effect of Open Book Test Model in Improving Students' Learning Motivation. In 2nd International Conference on Education, Science, and Technology (ICEST 2017). Atlantis Press. Linn, R.L. & Miller, M.D. (2005). Measurement and assessment in teaching (9th ed,) Upper Saddle River NJ: Merrill-Prentice Hall. Pusat Peperiksaan dan Pentaksiran. (2019). Buku Panduan Pentaksiran Institut Pendidikan Guru Malaysia. Cyberjaya: Selangor Darul Ehsan. Rummer, R., Schweppe, J., & Schwede, A. (2019). Open-Book Versus Closed-Book Tests in University Classes: A Field Experiment. Frontiers in Psychology, 10. doi:10.3389/fpsyg.2019.00463 13
Garis Panduan Ujian Terbuka (Open Book Test-OBT) PANEL PENGGUBAL GARIS PANDUAN UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST-OBT) 2021 En. Abu Bakar bin Mohamad Rashid Timbalan Rektor En. Zulkifli bin Mat Som Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM Pn. Fazliaton binti Ahmad Ketua Penolong Pengarah Kanan Pn. Salmi binti Ayob Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM Dr. Noor Azimah binti Surip Ketua Penolong Pengarah Dr. Muthukumar B Palanisamy Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM Dr. Hoi Sim Min Ketua Penolong Pengarah Pn. Khayati binti Rafiee@Rani Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM Pn. Mazliza binti Mohamad Penolong Pengarah En. Mohd Zakhiry bin Ab. Rahman Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM En. Mohamad Arsyad bin Mohamad Penolong Pengarah Hussin Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM En. Mohd Rizal bin Abdullah Nawawi Penolong Pengarah Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM Penolong Pengarah Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM Penolong Pengarah Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM Penolong Pengarah Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM Penolong Pengarah Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM Penolong Pengarah Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM 14
Search
Read the Text Version
- 1 - 15
Pages: