Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS 1
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS @Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri Kementerian Pendidikan Malaysia Diterbit oleh: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak. Web: ipgks.moe.edu.my ISBN: eISBN: Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terbitan September 2021 2
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS ISI KANDUNGAN 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGARAH ................................................................................................... 4 2.0 SEJARAH IPGKS .......................................................................................................................... 5 3.0 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN IPGKS................................................................................. 6 3.1 Majlis Pengurusan Tertinggi ................................................................................................. 6 3.2 Ahli Akademik ...................................................................................................................... 8 4.0 VISI MISI DAN HALA TUJU IPGKS ............................................................................................. 11 5.0 PENGENALAN PROGRAM ........................................................................................................ 12 6.0 MATLAMAT PROGRAM........................................................................................................... 12 7.0 PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL PEMBELAJARAN (OUTCOME-BASED EDUCATION-OBE) .... 13 8.0 KEMAHIRAN INSANIAH........................................................................................................... 13 9.0 SYARAT UMUM KEMASUKAN................................................................................................. 14 10.0 SISTEM AKDEMIK................................................................................................................... 15 10.1 Tempoh Pengajian Program .............................................................................................. 15 10.2 Tahun Akademik................................................................................................................ 15 10.3 Prinsip Pengiraan Jam Kredit............................................................................................. 15 11.0 PELAKSANAAN KURIKULUM PROGRAM................................................................................ 15 12.0 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN.............................................................................................. 16 13.0 PENGANUGERAHAN IJAZAH .................................................................................................. 16 14 .0 STRUKTUR UMUM PROGRAM.............................................................................................. 16 15.0 STRUKTUR UMUM KURSUS MENGIKUT SEMESTER .............................................................. 17 16.0 BAHASA MELAYU................................................................................................................... 17 16.1 Struktur Program............................................................................................................... 17 16.2 Struktur Kursus Mengikut Semester ................................................................................. 18 16.3 Objektif Pendidikan Program (OPP) .................................................................................. 18 16.4 Hasil Pembelajaran Program (HPP) ................................................................................... 19 16.5 Sinopsis Kursus Generik................................................................................................... 20 16.6 Sinopsis Kursus Teras........................................................................................................ 23 16.7 Sinopsis Kursus Elektif ...................................................................................................... 24 7.0 LOKASI IPGKS .......................................................................................................................... 25 18.0 PANEL PENYEDIA BUKU PANDUAN PPISMP .......................................................................... 26 3
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGARAH Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, Buku Panduan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri (IPGKS) berjaya diterbitkan atas usaha dan komitmen semua pihak seperti yang dirancangkan. Penawaran Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) bagi pelajar lepasan SPM merupakan program persediaan dan prasyarat meneruskan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP). Buku panduan akademik ini diterbitkan dengan memberi fokus kepada objektif dan matlamat program, kemahiran insaniah, sistem akademik, struktur program, agihan kursus mengikut semester, Objektif Pembelajaran Pendidikan (OPP), Hasil Pembelajaran Pendidikan (HPP), perincian kursus yang ditawarkan, sinopsis kursus, sistem penyampaian dan pentaksiran, dan maklumat lain berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum yang boleh membantu pelajar-pelajar mendapat informasi tepat mengenai program pendidikan guru dijalankan di institut ini. Penerbitan buku panduan akademik ini juga memberi maklumat kepada masyarakat umum secara amnya, dan pelajar PPISMP secara khususnya bahawa IPGKS adalah sebuah institut pendidikan guru yang bersejarah dan mampu menyumbang kepada kecemerlangan dalam pendidikan serta latihan pendidikan guru yang berkualiti dan bertaraf dunia setanding dengan institusi pengajian tinggi lain di Malaysia. Mengejar kecemerlangan dari aspek pembangunan modal insan berjiwa keguruan, keunggulan akademik dan penyelidikan merupakan hala tuju dan visi misi semua warga institut untuk melonjak nama IPGKS sebagai peneraju dalam melahirkan guru permulaan bertaraf dunia. Sekian , selamat maju jaya. HAJI MOHAMAD ZAILANI BIN JAYA Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri 4
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS 2.0 SEJARAH IPGKS Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) ialah salah sebuah daripada empat buah institut pendidikan guru yang terletak di negeri Sarawak. IPGKS merupakan satu- satunya institusi pendidikan di Zon Utara Sarawak. Nama asal IPGKS adalah Maktab Perguruan Sarawak. Maktab Perguruan Sarawak mula ditubuhkan di Jalan Desa, Sibu pada tahun 1957 bagi melatih guru-guru berpengantar Bahasa Cina. Encik Ting Kwong Yu merupakan pengetua pertama dan dibantu oleh 7 orang pensyarah. Pada tahun 1982, maktab telah berpindah ke Jalan Bakam iaitu kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Miri. Maktab Perguruan Sarawak telah diisytiharkan sebagai Institut Perguruan Sarawak dan kini telah pun diiktiraf sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dan akan terus membangun bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan guru selaras dengan hasrat negara. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) merupakan sebuah daripada 27 buah kampus di Malaysia yang mengendalikan pelbagai program pendidikan guru praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Program pendidikan praperkhidmatan yang ditawarkan di IPGKS antaranya Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP). Masa kini, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) merupakan IPG Tier 2 dalam bidang Bahasa Melayu, Bimbingan dan Kaunseling, Bahasa Iban dan Pendidikan Seni Visual, di samping sebagai IPG Pedagogi Peribumi di Negeri Sarawak Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) juga berperanan dalam memberikan kursus pembangunan profesionalisme berterusan (CPD) kepada guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah mengikut keperluan KPM, JPN dan sekolah masing-masing. Tahun 2020, IPGKS dilantik sebagai Rakan Strategik Program Continuous Profesisional Development (CPD) untuk Guru Sekolah Rendah Bukan Opsyen Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di Negeri Sarawak. Di samping itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) juga berfungsi sebagai Institut Latihan Awam bagi memberi dan membekalkan perkhidmatan kepada agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri oleh pihak MAMPU. 5
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS 3.0 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN IPGKS 3.1 Majlis Pengurusan Tertinggi Hj Mohamad Zailani bin Dr Chin Peng Yee Jaya (Timbalan Pengarah) (Pengarah) Encik Lee Tiew Siong Encik Marni bin (KJ Kecemerlangan Golong Akademik) (KJ Hal Ehwal Pelajar) Dr Baity anak Bujeng Puan Chua Geok (KJ Ilmu Pendidikan) Kwee (KJ Bahasa) Encik Ling anak Anelus Dr Hamden bin Gani Angking (KJ Sains, Teknologi, (KJ Pengajian Melayu) Kejuruteraan dan Matematik) Encik Sain anak Datok Puan Mariah binti (KJ Pendidikan Jasmani Raba-ee dan Kesihatan) (KJ Pendidikan Islam dan Moral) Encik Bell Su’ut Dr Norsarihan bin (KJ Sains Sosial) Ahmad (KJ Perancangan, Cik Sapatomah @ Penyelidikan dan Sabtuyah binti Morshidi Inovasi) (KJ Pembangunan Latihan) Encik Abang Abdul Ghapar bin Abang Husen (KU Khidmat Pengurusan) 6
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS Encik Nicholas Nyipa Anyi Encik Si Tong Yong (KU Praktikum) (KU Penilaian dan Peperiksaan) Encik Marvelys anak Puan Christina Suntai Michael Dian anak Ugah (Menjalankan Tugas KU (KU Pusat Sumber) Psikologi dan Kaunseling) Puan Hjh. Ainah binti Encik Zainudin b. Julhee Denan (Setiausaha Sekretariat (Menjalankan Tugas JKPP) KU Kokurikulum) Puan Umi Salawati bt Ali Puan Tracy anak (Ketua Unit Latihan Dalam Mensan Perkhidmatan) (Penolong Setiausaha MPPP) Dr Narawi bin Abu Bakar (Setiausaha MPPP) 7
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS 3.2 Ahli Akademik JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK Ketua Jabatan 1 ENCIK LEE TIEW SIONG Pensyarah Bahasa Cina JABATAN BAHASA Ketua Jabatan Pensyarah Bahasa Cina 2 PUAN CHUA GEOK KWEE Timbalan Ketua Jabatan 3 Dr NELSON TANDANG AK Pensyarah Bahasa Iban EDWIN UNTING Pensyarah Cemerlang Penyelaras PD Ketua Unit Bahasa Inggeris 4 ENCIK CAMILLUS ONG HOCK Pensyarah Bahasa Inggeris SIEW Ketua Jabatan KA 5 ENCIK LEE TIEW SIONG Pensyarah Bahasa Cina Pensyarah Bahasa Inggeris 6 PUAN MARIA ALFRED KANYI Ketua Unit Bahasa Cina Pensyarah Bahasa Cina 7 PUAN HOON SWEE KIM Timbalan Ketua Jabatan HEP PUAN SARAH FREDA BT. Pensyarah Bahasa Inggeris 8 WILFRED PEEROK JABATAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN & MATEMATIK (STEM) Ketua Jabatan Pensyarah Matematik 9 Dr HAMDEN BIN GANI 8
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS Penyelaras PDPP Pensyarah Matematik 10 Dr NARAWI BIN ABU BAKAR Pensyarah Cemerlang 11 Dr HU LAEY NEE Timbalan Ketua Jabatan PPI Ketua Unit Matematik Pensyarah Matematik Pensyarah Cemerlang Ketua Unit Pembelajaran 12 Dr HUANG CHWEI ING Digital Pensyarah Teknologi Pendidikan Ketua Unit Sains Pensyarah Sains 13 PUAN TRACY AK MENSAN Ketua Unit Penilaian dan 14 ENCIK SI TONG YONG Peperiksaan Pensyarah Matematik JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN & INOVASI Ketua Jabatan Pensyarah Bahasa Inggeris 15 Dr NORSARIHAN B. AHMAD JABATAN ILMU PENDIDIKAN Ketua Jabatan 16 Dr BAITY AK BUJENG Pensyarah Reka bentuk dan Teknologi Timbalan Ketua Jabatan 17 PUAN SITI NOR ROSHASIDAH Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling BINTI DERAMAN Ketua Jabatan Pembangunan 18 CIK SAPATOMAH @ Latihan SABTUYAH BINTI MORSHIDI Pensyarah Pendidikan Khas Guru PraSekolah 19 PUAN ALICE AK SANGGAU 9
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Jasmani 20 ENCIK SAIN AK DATOK dan Kesihatan Timbalan Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Jasmani 21 ENCIK HENRY KOTA PIRAK dan Kesihatan Menjalankan Tugas Ketua Unit Kokurikulum Pensyarah (Jurulatih 22 ENCIK ZAINUDIN B. DENAN Kokurikulum) Ketua Jabatan HEP Pensyarah Pendidikan Jasmani 23 ENCIK MARNI BIN GOLONG dan Kesihatan JABATAN SAINS SOSIAL Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Seni 24 ENCIK BELL SU'UT Visual Timbalan Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Seni 25 Dr NGUMBANG AK SULTAN Visual JABATAN PENGAJIAN MELAYU Ketua Jabatan ENCIK LING AK SNELUS Pensyarah Bahasa Melayu ANGKING 26 Timbalan Ketua Jabatan 27 PUAN HAJAH AINAH BT. Setiausaha Sekretariat JKPP JULHEE Pensyarah Bahasa Melayu 10
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS Pensyarah Bahasa Melayu 28 ENCIK NG CHEE HUAY Timbalan Ketua Jabatan KA Pensyarah Bahasa Melayu 29 PUAN SELINA BT. AHMAD Penyelaras PPISMP Pensyarah Bahasa Melayu 30 DR MAGDELINE ANAK NOR JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Islam 31 PUAN MARIAH BT. RABA-EE Timbalan Ketua Jabatan Pensyarah Pendidikan Moral 32 PUAN JANNET NG YIN YIN 4.0 VISI MISI DAN HALA TUJU IPGKS 4.1 Visi & Misi IPGKS IPG peneraju kecemerlangan pendidikan guru Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia 11
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS 4.2 Hala Tuju IPGKS Kecemerlangan Pembangunan Kognitif dan Kemahiran Insaniah Kecemerlangan Profesionalisme Pensyarah Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi Kecemerlangan Modeling dan Amalan Terbaik 5.0 PENGENALAN PROGRAM Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah program persediaan yang ditawarkan kepada calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Program ini merupakan prasyarat kepada pelajar untuk mengikuti program PISMP. Program ini dilaksanakan di IPG Kampus dalam tempoh masa dua (2) semester dengan lima puluh (50) kredit. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah pada Tahap 4, mengikut standard program Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Struktur dan kurikulum PPISMP yang diguna pakai mulai Ambilan Jun 2021 telah disemak dan ditambah baik berdasarkan dokumen Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework-MQA 2nd Edition) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA). 6.0 MATLAMAT PROGRAM Matlamat utama program ini adalah untuk menyediakan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PISMP yang dikendalikan oleh IPG KPM. Program ini akan 12
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang bakal diikuti pelajar peringkat PISMP. 7.0 PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL PEMBELAJARAN (OUTCOME-BASED EDUCATION-OBE) Pendidikan Berasaskan Hasil Pembelajaran (Outcome-based Education-OBE) bermaksud suatu pendekatan pendidikan yang dimulakan dengan fokus yang jelas dan nyata mengenai perolehan akhir pembelajaran yang signifikan dan kontekstual serta berkualiti tinggi dan seterusnya merancang atau menyusun segala persekitaran sistem pendidikan agar apa yang penting mampu dilakukan dengan jayanya oleh semua pelajar pada akhir pengalaman pembelajaran mereka. Ini bermakna menggambarkan dengan jelas dan nyata apa yang penting untuk pelajar lakukan dan kemudiaannya menyusun kurikulum, kaedah pengajaran dan pentaksiran untuk memastikan pembelajaran yang dihasratkan akhirnya berlaku buat semua pelajar. 8.0 KEMAHIRAN INSANIAH Kemahiran Insaniah adalah kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kemahiran berkumpulan. Kemahiran Insaniah adalah ciri atau atribut dan kemahiran yang dihasratkan oleh majikan dan diperlukan dalam kehidupan profesional dan libat sama pelajar dengan masyarakat. Pelajar IPG tidak terkecuali dalam memiliki kamahiran insaniah yang memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan harian serta dinilai secara komprehensif dan berkesan semasa bergelar pelajar. Kemahiran Insaniah IPGM dibangunkan bagi melaksanakan Pendidikan Berasaskan Hasil Pembelajaran (OBE) yang sejajar dengan keperluan domain/kluster hasil pembelajaran yang digariskan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia edisi kedua. Beberapa elemen yang menjadi asas dan pertimbangan dalam membina kemahiran insaniah IPGM ini ialah Kemahiran Insaniah IPGM, Kerangka Kelayakan Malaysia edisi kedua, elemen kompetensi pembelajaran global 6C bagi Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, kemahiran insaniah IPT, elemen-elemen futuristik, Rubrik PNGK Bersepadu 13
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS iCGPA, elemen kemenjadian pendidik guru dan pemikiran komputasional yang menuju ke arah pencapaian matlamat IPG untuk menjadi Institut Pendidikan Tinggi (IPT) utama yang berupaya meningkatkan standard pendidikan di Malaysia melalui latihan dan pembangunan pendidikan guru di samping mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kemahiran Insaniah IPGM ini merupakan kemahiran generik yang terdiri daripada enam jenis kemahiran iaitu: (i) Kemahiran Kognitif (KKG) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, dan kebolehan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif. (ii) Kemahiran Interpersonal dan Komunikasi (KIK) melibatkan kemahiran komunikasi lisan dengan pelbagai mod, komunikasi bertulis, kemahiran mendengar dan kemahiran komunikasi bukan lisan. (iii) Kemahiran Digital dan Numerasi (KDN) melibatkan kebolehan pemerolehan dan pemanfaatan kemahiran digital dan numerasi. (iv) Kemahiran Kepimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab (KAT) melibatkan usaha pelajar belajar bekerja dalam pasukan, menunjukkan kuasa autonomi, mencapai matlamat pasukan, bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan pasukan serta mempamerkan kemahiran kepemimpinan profesional. (v) Kemahiran Personal dan Keusahawanan (KPK) melibatkan kemahiran personal, mempunyai minda keusahawanan dan kemahiran keusahawanan. (vi) Kemahiran Etika, Nilai dan Profesionalisme (KEP) melibatkan nilai, kemahiran etika dan profesionalisme serta kewarganegaraan. (Rujukan: Buku Panduan Kermahiran Insaniah IPGM, KPM 2019) 9.0 SYARAT UMUM KEMASUKAN Kemasukan pelajar ke program ini adalah berdasarkan kelulusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya. Perincian syarat kemasukan boleh dirujuk dalam iklan kemasukan dan portal IPG KPM. Calon-calon yang memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dimohon dan dipanggil temuduga 14
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temuduga. Pemilihan calon untuk mengikuti program ini adalah bergantung kepada kedudukan merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif dalam aktiviti kokurikulum. 10.0 SISTEM AKDEMIK 10.1 Tempoh Pengajian Program Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dikendalikan selama satu tahun dalam dua (2) semester. 10.2 Tahun Akademik Tahun akademik IPG dibahagikan kepada tiga semester, iaitu dua semester panjang dan satu semester pendek. Pelaksanaan tahun akademik adalah tertakluk kepada Kalendar Akademik yang dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mengikut tahun akademik semasa. Walau bagaimanapun, PPISMP dilaksanakan dalam dua (2) semester mengikut struktur kurikulum sedia ada. 10.3 Prinsip Pengiraan Jam Kredit Peruntukan jam bagi tujuan pengiraan kredit adalah berdasarkan interaksi bersemuka dan tidak bersemuka, yang mencakupi teori dan amali diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit. Seseorang pelajar perlu menamatkan pengajian selama dua (2) semester dengan jayanya dengan menyempurnakan pembelajaran sebanyak lima puluh (50) kredit untuk diluluskan oleh Senat Institut-institut Pendidikan Guru KPM ke pengajian peringkat sarjana muda perguruan. 11.0 PELAKSANAAN KURIKULUM PROGRAM Semua program pengajian dikendalikan melalui kaedah interaksi bersemuka dan tidak bersemuka yang merangkumi kuliah, tutorial, e-pembelajaran dan pembelajaran kendiri. Kuliah diadakan setiap minggu mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Di samping itu, pelajar akan didedahkan dengan kerja amali di makmal, bengkel atau lapangan bagi mendapatkan kemahiran yang berkaitan. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran 15
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS berpusatkan pelajar juga diamalkan termasuk Pembelajaran Berasaskan Projek (Project- based Learning) dan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-based Learning), Portfolio Pembelajaran, kajian kes, penyelidikan tindakan, pentaksiran prestasi (performance assessments), penilaian tugasan terarah, dan penilaian portfolio dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran diaplikasi kepada masalah amalan atau praktis yang sebenar. Di samping itu pelajar juga diwajibkan menjalani amalan profesional di sekolah menekankan pengalaman klinikal dan bimbingan melalui pengalaman berasaskan sekolah, praktikum dan latihan industri jika berkenaan akan dilaksanakan sepanjang pengajian untuk mengaplikasikan teori dalam situasi sebenar. 12.0 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Pentaksiran dan Penilaian terhadap setiap kursus dibuat secara berterusan di sepanjang semester berdasarkan kerja kursus, pentaksiran alternatif dan peperiksaan bertulis seperti dalam Maklumat Kursus (MK). Penilaian kerja kursus lazimnya dibuat berasaskan kuiz, tugasan, kertas projek dan ujian amali kendalian kampus. 13.0 PENGANUGERAHAN IJAZAH Seseorang pelajar layak meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama dua (2) semester dengan jumlah lima puluh (50) kredit dan memenuhi semua syarat lain yang ditetapkan oleh Senat IPG. 14 .0 STRUKTUR UMUM PROGRAM Struktur program merupakan kerangka dan komponen kurikulum yang menetapkan kursus-kursus yang ditawarkan serta jumlah kredit dan kewajarannya. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) IPG KPM mengandungi tiga (3) komponen, iaitu Generik, Teras dan Elektif dengan jumlah 50 jam kredit. Struktur program ini dibangunkan mengikut Standard Kursus Asas (Foundation, MQA, 2014), keperluan dan kehendak pemegang taruh, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia secara khususnya dalam menyediakan pelajar lepasan SPM dengan pencapaian 16
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS cemerlang bagi meneruskan pengajian ijazah sarjana muda perguruan di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM). 15.0 STRUKTUR UMUM KURSUS MENGIKUT SEMESTER Kursus-kursus PPISMP diagihkan dalam dua (2) semester mengikut keperluan pelaksanaan kurikulum berpandukan kepada kesinambungan dan spiral kurikulum serta selaras dengan pembahagian tiga semester tahun akademik IPG KPM. Bil Komponen Kursus Kredit (K) 1 Generik 9 Kursus (9 x 2K) 18 2 Teras 6 Kursus (6 x 4K) 24 3 Elektif 2 Kursus ( 2 x 4K) 8 50 Jumlah 17 Kursus 16.0 PENDIDIKAN SENI VISUAL 16.1 Struktur Program BIL. KOMPONEN KURSUS KOD KREDIT 1 GPPP1092 2 2 PENGANTAR PENGAJIAN PENDIDIKAN GKEB1072 2 3 GISC1082 2 4 KEMAHIRAN BELAJAR GAPD1032 2 5 2 ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN GPIM1022/ 2 6 GPML1022 ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL 2 7 GPMK1012 GENERIK PENDIDIKAN ISLAM / 2 8 (18 KREDIT) PENDIDIKAN MORAL GEEC1052 2 9 / 1 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 2 GLEA1052 2 EFFECTIVE COMMUNICATION IN ENGLISH (NON TESL)/ GKKO1062 4 LEARNING ENGLISH TROUGH THE ARTS (TESL) GW CP1042 KO KURIKULUM DAN KESIHATAN DIRI PSVK1074 PENULISAN AKADEMIK ASAS SENI VISUAL 2 ASAS LUKISAN PSVK1084 4 3 ASAS CATAN PSVK1094 4 TERAS PSVK1104 4 4 (24 KREDIT) ASAS PENGENALAN SEJARAH SENI BARAT DAN SENI ORIENTAL PSVK1114 4 5 ASAS SENI CETAKAN 6 KOMUNIKASI VISUAL PSVK1124 4 PSVK1133 3 7 KRAF KANAK-KANAK PSVK1143 3 PSVK1152 2 8 ELEKTIF ASAS SENI DIGITAL 50 (8 KREDIT) 179 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI VISUAL
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS 16.2 Struktur Kursus Mengikut Semester KOD KOMPONEN SEMESTER 1 KOD KREDIT KURSUS 1 GPMK1012 2 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI GPIM1022/ 2 GPML1022 2 2 PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN MORAL GKKO1062 2 GWCP1042 2 3 KO KURIKULUM DAN KESIHATAN DIRI GEEC1052 2 GENERIK GKEB1072 4 4 PENULISAN AKADEMIK 4 PSVK1074 4 5 EFFECTIVE COMMUNICATION IN ENGLISH 24 PSVK1084 6 KEMAHIRAN BELAJAR KREDIT PSVK1104 7 ASAS SENI VISUAL 2 8 TERAS ASAS LUKISAN 2 ASAS PENGENALAN SEJARAH SENI BARAT DAN 2 9 SENI ORIENTAL 4 BIL KOMPONEN SEMESTER 2 KOD 4 KURSUS GAPD1032 4 1 ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL GISC1082 3 GPPP1092 2 GENERIK ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN 3 PSVK1094 26 2 PENGANTAR PENGAJIAN PENDIDIKAN 50 PSVK1114 3 ASAS CATAN PSVK1124 4 TERAS ASAS SENI CETAKAN PSVK1143 PSVK1152 5 KOMUNIKASI VISUAL PSVK1133 6 ASAS SENI DIGITAL ELEKTIF APRESIASI DAN KRITIKAN SENI VISUAL 7 KRAF KANAK-KANAK 16.3 Objektif Pendidikan Program (OPP) OPP adalah pernyataan-pernyataan yang menjelaskan hasil-hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap graduan dalam sesebuah program akademik setelah berada di alam pekerjaan selama diantara 3 hingga 5 tahun. Program ini mempunyai Empat (4) OPP yang perlu dicapai oleh setiap graduan. 18
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS OPP1 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP) OPP2 OPP3 Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman (HP1) serta kemahiran OPP4 praktikal (HP3) dalam bidang Pendidikan Seni Visual. Menggunakan kemahiran komunikasi yang sesuai secara lisan dan penulisan (HP5) untuk membina hubungan sosial (HP4) merentas budaya. Berupaya menggunakan kemahiran berfikir (HP2) dan memperkembangkan kemahiran personal (HP9)dan Keusahawanan (HP10). Berupaya melaksanakan aktiviti-aktiviti akademik secara beretika (HP11), menggunakan teknologi dan aplikasi digital (HP6), kemahiran numerasi (HP7) dan bertanggungjawab (HP8) dalam kerja berpasukan. 16.4 Hasil Pembelajaran Program (HPP) HPP adalah pernyataan yang menjelaskan hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan semua kursus yang ditawarkan dalam kurikulum sesebuah program akademik. Program ini mempunyai Sepuluh (10) HPP yang merangkumi Lima (5) Kluster Hasil Pembelajaran MQA mencakupi domain taksonomi kognitif, psikomotor dan afektif seperti jadual di bawah: 19
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP) HPP1 Mempamerkan pengetahuan dan kefahaman (HP1) terhadap konsep dan HPP2 kemahiran asas dalam bidang Pendidikan Seni Visual. HPP3 HPP4 Membina kemahiran berfikir (HP2) secara kritis dan kreatif untuk memproses maklumat baharu dan menyelesaikan masalah. Menguasai kemahiran praktikal (HP3) dalam bidang Pendidikan Seni Visual. Mengamalkan komunikasi interaktif dan kemahiran kolaboratif (HP4) bagi mewujudkan hubungan sosial dalam pasukan dan konteks silang budaya. HPP5 Menunjukkan kecekapan berkomunikasi (HP5) secara lisan dan penulisan. HPP6 Menggunakan aplikasi digital (HP6) dalam pelbagai konteks akademik. HPP7 Menguasai kemahiran numerasi (HP7) untuk menyelesaikan masalah HPP8 dalam konteks personal dan pembelajaran. HPP9 HPP10 Mempamerkan autonomi, kepimpinan dan sifat kebertanggungjawaban (HP8) serta akauntabiliti dalam membuat keputusan, menetapkan matlamat organisasi serta membina hubungan sepasukan. Membina kemahiran personal (HP9) dan Keusahawanan (HP10) untuk meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan produktiviti individu. Mengamalkan etika (HP11) ketika melaksanakan aktiviti-aktiviti akademik dalam persekitaran personal, setempat atau global. 16.5 Sinopsis Kursus Generik GPPP1092 Pengantar Pengajian Pendidikan 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada definisi dan konsep pendidikan, tokoh-tokoh pendidikan mengikut era, perkembangan pendidikan, aspirasi dan halatuju pendidikan, guru berjiwa pendidik, kompetensi guru serta guru dan pemuafakatan komuniti. Kursus ini juga ditawarkan supaya pelajar dapat membentuk sahsiah guru cemerlang dalam memartabatkan profesion keguruan. GKEB1072 Kemahiran Belajar 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep kemahiran belajar, pengurusan diri dan penyesuaian sosial, kemahiran membaca dan membuat nota, kemahiran berfikir, kemahiran 20
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS memperoleh dan menguruskan maklumat serta kemahiran memproses dan menyampai maklumat. Kursus ini ditawarkan untuk membolehkan pelajar menguasai dan mengaplikasi kemahiran belajar dalam pengurusan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. GISC1082 Isu Semasa dan Cabaran Masa Depan 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada implikasi isu konflik, ekonomi dan global terhadap Malaysia, cabaran-cabaran, dan langkah mengatasi serta masa depan Malaysia dalam konteks perkembangan revolusi industri semasa dan globalisasi. Rasional kursus ini ditawarkan bagi memberi pengetahuan kepada pelajar tentang isu-isu semasa dunia dan cabaran- cabaran yang dihadapi oleh Malaysia. GAPD1032 Asas Pembelajaran Digital 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada pengenalan pembelajaran digital, peranan pelajar era digital, peranan guru era digital, teknologi dan sumber digital untuk aktiviti pembelajaran bermakna, pemanfaatan pengurusan pembelajaran dalam talian, pemanfaatan teknologi digital dalam talian, konsep pemikiran komputasional dan kewarganegaraan digital. Pelajar juga akan memperolehi pengetahuan mengenai konsep pembelajaran dan pemanfaatan digital secara bermakna berdasarkan alat serta sumber digital terkini menggunakan pendekatan penyelesaian masalah untuk pengajaran dan pembelajaran. GPIM1022 Pendidikan Islam 2 Kredit Kursus ini memfokuskan perbincangan asas mengenai peranan al-Quran dan al-Sunah, akidah, fiqh solat, sirah, akhlak, dan peranan manusia sebagai khalifah . Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menjelaskan peranan al-Quran dan al-Sunah dan menilai peranan manusia sebagai khalifah melalui penghayatan akidah, ibadah, akhlak dan sunnah Baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan. GPML1022 Pendidikan Moral 2 Kredit Kursus ini ditawarkan supaya pelajar-pelajar bukan Islam akan dapat menguasai konsep asas moral, konsep asas nilai dan aliran pemikiran moral, dimensi moral, pembentukan 21
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS insan bermoral secara holistik dan nilai daripda perspektif pelbagai agama di Malaysia serta sosialisasi dalam pembentukan moral dan isu-isu moral. GPMK1012 Pengantar Bahasa Melayu Komunikasi 2 Kredit Kursus ini memfokuskan asas kemahiran komunikasi, laras bahasa, kesantunan berbahasa, komunikasi lisan dan tulisan, dan komunikasi dalam era digital. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat memahami konsep bahasa Melayu komunikasi dan mengaplikasikannya dalam komunikasi harian. GEEC1052 Effective Communication in English 2 Kredit This course focuses on developing the non-TESL students' ability to communicate effectively in the English language. The aim of this course is to provide opportunities for students to employ English language skills in both social and academic contexts. GKKO1062 Kokurikulum dan Kesihatan Diri 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran dalam bidang kokurikulum dan kesihatan diri. Selain itu diharapkan melalui kursus ini pelajar bagi meningkatkan dan memantapkan lagi kompetensi diri berkaitan konsep, matlamat dan strategi pelaksanaan kokurikulum dan kepentingan aspek-aspek kesihatan diri serta isu-isu kesihatan melibatkan pemakanan, penyakit berjangkit dan penyalahgunaan bahan. GWCP1042 Penulisan Akademik 2 Kredit Kursus ini berfokuskan pengenalan penulisan akademik, keutuhan wacana dan penanda wacana dalam penulisan akademik, kemahiran dan aplikasi membuat rujukan, kejelasan dalam penulisan, struktur penulisan serta etika dan plagiat dalam penulisan akademik. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat memahami konsep penulisan akademik serta dapat mengaplikasikannya dalam penulisan. 22
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS 16.6 Sinopsis Kursus Teras PSVK1074 ASAS SENI VISUAL 4 Kredit Kursus Ini Berfokus Kepada Pengenalan Seni Visual, Asas Seni Reka, Kajian Visual, Asas Seni Reka Dalam Seni 2 Dimensi Dan 3 Dimensi, Kajian Visual Dan Asas Seni Reka Dan Struktur Rekaan Dalam Karya 2 Dimensi. Pada Akhir Kursus Pelajar Dapat Menguasai Pengetahuan Asas Dalam Bidang Seni Visual Untuk Diaplikasikan Dalam Penghasilan Karya Seni Samada 2 Dimensi Dan 3 Dimensi. PSVK1084 Asas Lukisan 4 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep, jenis gubahan, kaedah, penerokaan media dan teknik dalam Asas Lukisan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengaplikasikan kemahiran Asas Lukisan yang telah dipelajari dalam menghasilkan karya lukisan yang lebih kreatif dan dapat membuat eksplorasi dalam bidang kegiatan seni yang lain. PSVK1094 Asas Catan 4 Kredit Kursus ini berfokus kepada asas catan meliputi aspek pengenalan sejarah catan di Malaysia, alat dan bahan, penerokaan teknik catan, penghasilan portfolio dan penghasilan karya catan dengan mengaplikasikan media dan teknik yang sesuai. Pada akhir kursus pelajar dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas catan dalam bidang Pendidikan Seni Visual. PSVK1104 Pengenalan Sejarah Seni Barat dan Seni Oriental 4 Kredit Kursus ini berfokus kepada pengenalan latar belakang sejarah seni barat dan oriental dalam konteks artifak dan sosio budaya serta membuat perbandingan dan penilaian karya bagi setiap aliran dari segi latar belakang, hal benda, ciri-ciri asas seni reka, pelukis, bentuk serta makna. Pada akhir kursus pelajar akan dapat menguasai pengetahuan berkaitan sejarah seni barat dan oriental. PSVK1114 ASAS SENI CETAKAN 4 Kredit Kursus ini berfokus kepada sejarah perkembangan seni cetakan di Malaysia, menganalisis konsep dan prinsip, penerokaan alat dan bahan, kaedah dan teknik serta 23
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS proses penghasilan karya cetakan. Pada akhir kursus pelajar akan dapat mempelajari ilmu dan kemahiran mengenai cetakan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti membuat hasil karya cetakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. PSVK1124 Komunikasi Visual 4 Kredit Kursus ini berfokus kepada pengenalan , prinsip, unsur-unsur rekabentuk , kepentingan Komunikasi Visual dan mereka bentuk Komunikasi Visual berbantukan teknologi yang sesuai. Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat menghurai, menganalisis dan mencipta satu rekabentuk Komunikasi Visual yang berkualiti dengan memberi penekanan kepada konsep dan nilai. 16.7 Sinopsis Kursus Elektif PSVK1133 Kraf Kanak-kanak 3 Kredit Kursus ini berfokuskan kepada konsep asas, tema, penghasilan produk dan pelaksanaan aktiviti persembahan kraf kanak-kanak. Pelajar dalam kursus ini dapat mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan kraf kanak-kanak dalam penghasilan portfolio dan produk kraf serta melaksanakan persembahan kraf berkenaan PSVK1143 Asas Seni Digital 3 Kredit Kursus ini berfokus kepada pengenalan reka bentuk digital, peranan seni digital dan reka bentuk digital, konsep reka bentuk digital, tipografi digital dan reka letak, kepelbagaian jenis aplikasi digital, kaedah dan teknik penghasilan karya secara digital. Pada akhir kursus, pelajar akan dapat mempelajari elemen rekaan dalam reka bentuk seni digital dan menghasilkan karya menggunakan aplikasi digital seiring dengan perkembangan teknologi terkini. PSVK1152 Apresiasi dan Kritikan Seni Visual 2 Kredit Kursus ini berfokus kepada konsep dan pengertian apresiasi dan kritikan seni visual. Rasional kursus ini pelajar akan mengetahui pengenalan apresiasi dan kritikan seni visual, definisi, tujuan, peranan, kepentingan serta pandangan tokoh-tokoh barat dan Islam. Pelajar juga dapat menjelaskan pendekatan dan kaedah dalam melaksanakan apresiasi 2 Dimensi dan 3 Dimensi dalam proses apresiasi dan kritikan seni visual. 24
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS 7.0 LOKASI IPGKS 25
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS 18.0 PANEL PENYEDIA BUKU PANDUAN PPISMP PENASIHAT Pengarah Haji Mohamad Zailani bin Jaya PENGERUSI PANEL Timbalan Pengarah Dr Chin Peng Yee AHLI PANEL KJ Kecemerlangan Akademik Encik Lee Tiew Siong KJ Ilmu Pendidikan Dr Baity anak Bujeng KJ Bahasa Puan Chua Geok Kwee KJ Pengajian Melayu Encik Ling anak Anelus Angking KJ Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Dr Hamden bin Gani Matematik KJ Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Encik Sain anak Datok KJ Pendidikan Islam dan Moral Puan Mariah binti Raba’ee KJ Sains Sosial Encik Bell Su’ut Pereka Grafik KJ Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Dr Norsarihan bin Ahmad KJ Hal Ehwal Pelajar Encik Marni bin Golong KJ Pembangunan Latihan Cik Sapatomah @ Sabtuyah binti Morshidi KU Praktikum Encik Nicholas Nyipa Anyi KU Penilaian dan Peperiksaan Encik Si Tong Yong KU Pusat Sumber Puan Christina Suntai anak Ugah Penyelaras PPISMP Puan Selina binti Ahmad Pensyarah Teknologi Pendidikan Dr Huang Chwei Ing Pegawai Teknologi Maklumat Encik Hamid bin Kassim 26
Buku Panduan Akademik PPISMP IPGKS Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak, Malaysia. Web: ipgks.moe.edu.my 27
Search
Read the Text Version
- 1 - 27
Pages: