Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore ATUR CARA PERASMIAN HOSPITAL CYBERJAYA (2)

ATUR CARA PERASMIAN HOSPITAL CYBERJAYA (2)

Published by suhaiza saad, 2023-03-07 05:04:32

Description: ATUR CARA PERASMIAN HOSPITAL CYBERJAYA (2)

Search

Read the Text Version

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL CYBERJAYA 9 MAC 2023 (KHAMIS) BERSAMAAN 16 SYA’BAN 1444H

LATAR BELAKANG HOSPITAL CYBERJAYA Hospital Cyberjaya terletak di Cyberjaya, Daerah Sepang dan berada di bawah Majlis Perbandaran Sepang. Hospital ini memulakan operasi secara rasminya pada 11 November 2022 yang lalu. Dengan peruntukan sebanyak RM508.8 juta, pembinaan dibuat di atas tanah seluas 12.82 ekar dalam usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk rakyat. Hospital Cyberjaya adalah Hospital IT berstatus pakar major yang akan memanfaatkan sejumlah 282,000 penduduk di Daerah Sepang dengan kapasiti sebanyak 288 buah katil dengan menyediakan 14 bidang kepakaran iaitu; i. Perkhidmatan Kecemasan viii. Oftalmologi ii. Perubatan Am ix. Otorinolaringologi iii. Pembedahan Am x. Radiologi iv. Obstetrik & Ginekologi (O&G) xi. Patologi v. Pediatrik xii. Psikiatri dan Kesihatan Mental vi. Orthopedik xiii. Rehabilitasi vii. Anaestesiologi xiv. Pergigian Mengambil kira kepesatan pembangunan dan keperluan masa kini, Hospital Cyberjaya adalah hospital awam baharu yang pertama di Malaysia yang berjaya memperoleh Penarafan Green Building Index (GBI) tahap Platinum yang merangkumi faktor-faktor seperti kecekapan tenaga, kecekapan penggunaan air dan penggunaan bahan yang mesra alam. Terbinanya Hospital Cyberjaya ini juga akan menyediakan sebanyak 1,205 perjawatan daripada pelbagai gred dan skim yang telah diluluskan untuk pengoperasian hospital ini dan akan terus dilaksanakan secara berperingkat bagi penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen kepada rakyat setempat.

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL CYBERJAYA Tarikh : 9 Mac 2023 (Khamis) Tempat : Hospital Cyberjaya 10:45 pagi : Ketibaan Dif-dif Jemputan 11:00 pagi : Ketibaan YB Menteri Kesihatan 11:10 pagi : Ketibaan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor 11:20 pagi : Keberangkatan Tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor 11:30 pagi : Keberangkatan Tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor : Lagu Negeri Selangor * : Bacaan Doa : Sembah Ucapan Menjunjung Kasih oleh YB Menteri Kesihatan : Persembahan Multimedia : Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Berkenan Merasmikan Hospital Cyberjaya : Lagu Negeri Selangor * : Tandatangan Buku Pelawat : Sesi Foto Kenangan : Sesi Lawatan ke Jabatan / Wad : Santapan / Jamuan 12:30 tengah hari : Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Meninggalkan Majlis * Dif-Dif Jemputan Dipersilakan Berdiri


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook